Pages

Aura Baby Mason


Semenjak-menjak dah tersampok dengan kecomelan the cuttest baby in the world (my opinion) ~Baby Mason, pantang jumpa baby mesti cari ada tak aura2 baby Mason padanya. Saje2 je nak cari klon baby mason. Hahah. So far, banyak baby aku claim comel (walau tak semua). Dalam banyak2 yang aku claim comel tu, tak semua ada aura Baby Mason yang aku cari. Ala, yang ada ciri Baby Mason. Nak kata mata sepet, tak sepet sangat tapi tak terlalu bulat, pendek kata ciri mata sepet tu ada walaupun matanya besar. Eh susah benoo nak explainnya.haha. Pastu kulit putih2 pastu bila gelak comel nak mampos. Dan yang pasti susah la nak cari aura Baby Mason tu.

Dan budak kat bawah ni buat aku tersampok dengan aura baby mason semula setelah auranya dah lama tak muncul.hahah..

Comel+pipi tembam? Of course! Putih? Of course! Mata sepet dalam masa yang sama besar? Yeee, inilah mata yang aku cari2 selama ni susah nak jumpa.hahah. Budak ni nak kata sepet, tapi tak. Nak kata mata bulat, tapi ada ciri2 mata sepet sikit (perhatikan bahagian dalam mata dia.haha). Sebab ayah dia mata sepet, mak dia mata besar tak sepet langsung. Kombinasi dua tu terhasil la dia.

Dulu ada la sorang yang berjaya bagi aura baby mason tu tapi lamaaaa dah, 2 tahun yang lepas kot. Aura baby mason tu apa? Rasa nak cubit pipi dia kuat2 sangat pastu lari (bak kata Kak Yonna). hahaah.


Budak ni senang nak masuk dengan orang (tak sombong?kekeke). Dengan sape2 je dia nak, siapa2 je agah2 dia mesti dia ketawa look like macam dah lama je kenal. Ish ish ni yang suka ni baby cepat mesra ni.ngeheh. Gara2 comel ala2 baby mason (bagi aku laaa), sampai aku panggil dia bukan dengan nama dia tapi aku panggil dia "Aby Acon". Camno nak sebutnya? Kau pelatkan aje sebutan Baby Mason, jadi la 'Baby Acon' tu. Hahah. Kalau orang yang tak pernah kenal Baby Mason mesti ingat aku kata "Baby beracun". Wakaka. Jom la tengok gambar dia yang lain2.










Budak ni berjantina lelaki ye tuan puan. Hahah. Dah tersampok dengan perangai mak Seung Jo ke apa ni? Waakkaka. Kalau yang pernah baca review atau pernah tengok Playful Kiss mesti faham apa yang aku maksudkan.hoho.. Yaa, Baek Seung Jo!!! (adik aku n aku jerit kat dia). Oh ye inilah kali pertama dan terakhir aku pakaikan dia headband ni. Saje je tebiat kejap.





z







Semua gambar2 di atas aku yang amik. Guna kamera phone of course sebab tu tak cantik sangat. Takpeeee, yang penting subject.hehehe. Pandai aku agah dia supaya dia senyum dengan aku (kamera sebenarnya) dan pandang tepat ke arah kamera

Ada peristiwa aneh pasal budak ni. Sepanjang berkepit dengan budak ni selama 4-5 hari so aku tahu sedikit sebanyak pattern dia nangis macam mana. Sama ada nangis tak selesa (sebab pampers penuh), nak susu, sebab panas, atau nak dukung. Selalunya dia nangis jenis yang merengek-rengek, dan kejap2 je dan tak kuat@tak beria pun.

Ada suatu malam tu. Dalam nak dekat2 pukul 7 camtu (dalam 6.45 kot). Dia nangis semacam. Macam sayu+sedih gila (memang lain dengan cara dia nangis macam selalu). Loud. Tanpa henti walau sekejap. Dia behenti pun time ayat Al-Quran dipasang melalui phone tapi kejap je dia berhenti (dalam lebih kurang 20 saat je) pastu dia sambung nangis balik. Memang lama la dalam 30-40 minit camtu. Macam2 ikhtiar dibuat. Bagi susu la, tidurkan dalam buaian la, dukung la memang tak lut, dia continue nangis type2 macam sayu+sedih tu. Sampai tersedu-sedu dia (sebab nangis lama sangat). Lepas lebih kurang 30-40 minit tu pakcik aku bawak budak ni jumpa ustaz kat kawasan tu. Guess what? Ustaz tu cakap ada 'benda' ikut dia dan nak berdamping dengan dia. Kita assume saja dia comel jadi dapat menarik 'benda2' lain sebab kat rumah tu ada je budak kecik lain tapi takde pulak jadi benda camni. Ustaz tu cakap benda tu ada gigi 4 batang, baju hitam, seluar putih. Nak tengok? Dia kata. haha. Meremang la bulu roma makcik aku tu.hoho. Yang pergi sekali tu kata sepanjang pergi rumah ustaz tu budak ni nangissss je. Bila sampai , ustaz tu sapu je air yang dah 'dibaca-baca' ke muka budak ni, sekelippp mata budak ni senyap tak nangis dah. Dia ada bagi air yang dah dibaca-baca dan kata kalau jadi lagi, baca ayat 3 Qul+ayat kursi dan sapu ke muka dia (especially mata dia). Supaya Allah tutup pandangan mata dia daripada nampak benda2 yang tak sepatutnya dia nampak.

Nak dijadikan cerita malam esoknya, terjadi lagi benda ni. Pastu dalam 15 minit macam tu dan aku tengok type dia nangis jenis macam sayu+takut+sedih (macam semalam) so aku suggest buat macam ustaz tu cakap guna air yang ustaz tu bagi. Zasssss sebaik sahaja air itu disapu ke muka dia, sepantas kilat budak nii senyap pastu pejam mata+dalam proses nak tidur padahal baru je sesaat sebelumnya menangis bagai nak gila. Kesian gila tengok dia nangis macam takut sangat. Aku rasa mungkin 'benda' tu just nak main2 agah2 cak cak dengan budak ni tapi sebab keadaan fizikal 'benda' tu yang 'luar biasa' buat budak ni takut dan nangis ketakutan.

Orang kata budak kecik senang nampak benda2 macam ni. Especially time maghrib or nak dekat2 maghrib. Kalau jadi kat saudara terdekat korang, cepat2lah bawak ke pihak2 yang sepatutnya. Ciri2 nya, nangis time nak dekat maghrib+nangis pattern lain daripada biasa+berterusan lebih daripada 10 minit.


NI NAMANYA AMBIL BERKATTTT. HAHAHAHA. Kot la anak aku nanti ada terkena badi Baby Mason keee. Mak budak ni peminat Baby Mason jugak. Hari2 masa mengandung tengok muka baby Mason dalam laptop dengar ceritanya. Entah2 ada terkena badi sikit2 tak. HAHA. Pandai2 je aku. Oh ye, ini nana yang amik gambar ni. Ish ish tak pandai dia umpan budak tu untuk pandang kamera

Orang kata laaa, kalau dua2 mak dan ayah gorjes, anak jadi biasa2. Tapi kalau salah seorang (mak cantik tapi ayah biasa2 atau mak biasa2 tapi ayah hensem), anak tu akan jadi comel yaamatz. Mak biasa2 ayah pun biasa2 tapi anak comel gila pun boleh jadi jugak (kadang2). Hipotesis ni aku kaji sedikit sebanyak. Setakat ni semua yang aku perhatikan adalah betul. Cuba korang pulak perhatikan. Neway, sekali lagi, ianya tertakluk kepada mata yang melihat dan pandangan masing2 jugak kan =)

p/s: Until now, Baby Mason masih kekal the most cuttest baby in the world in my point of view. Baby Mason, kenapakah anda comel sangatttttt.

Just make it short.

1) Laptop dah masuk virus!!! *cry at the corner*. Taubat lepas ni tak mau transfer apa2 atau berhubung apa2 dengan laptop nana dah. Laptop aku jadi kucar-kacir sejak broadband aku dia guna kejap dulu kat laptop dia. Broadband a.k.a USB ni pun boleh pindah virus eh jangan tak tau. Bebudak u ni kalau tak menternak virus dalam lappy memasing memang tak sah eh (aku dulu zaman u pun camtu gak.Lalala~). Dia dah lama format lappy dia dah, aku je tunggu takleh start (kira dah tenat habis la tu) baru nak gi format. Sob sob abis la semua variety show SS501 yang aku susah payah download kat lappy aku tu. Mpick tu dah la appx 60 episod. Tu baru MPick, yang lain2 lagi. Ish menyesal tak transfer kat tempat lain dulu. Baru ingat nak simpan buat perkasam. Uwaaa, pasrah je la. Takde benda di komputer akan kekal. Format lappy ah pasni. Huhuhu...

2) Aku baru balik dari bercuti di kampung. Sebab tu tak menghilang 4-5 hari ni. heheh. Baru ingat nak cerita sket2 pasal cerita 4-5 hari lepas sekali lappy buat hal terpaksa la aku tangguhkan dulu. huhu...

3) "Meaya, meh sini ayah nak tanya ni. Hari tu ayah takde sape bagi dia makan? Ada orang bagi dia makan tak? Makan kat mana? Dengar tak ayah tanya ni.... Ala kesian dia takde sape nak bagi dia makan eh. Ala ala ala, dia buat muka kesian yeee"-Ayah berkata kepada kucing aku bernama Meaya sambil mengusap-usap kepala Meaya. Alololo comel plak aku dengar ayah aku bercakap-cakap dengan kucing sensorang ni. Melepas rindu la tu. Masa kat kampung memang ayah aku asyik teringat-ingat je kucing2 kat rumah aku ni takde sape jaga. Lepas je memasing pandai2 la diorang cari makanan sendiri. Memang 3-4 kali la ayah aku mengeluh "Apa la nasib kucing2 kat rumah tu. Kesian pulak (pastu keluarkan bunyi macam mengeluh tu sambil buat muka risau)." Aku usik ayah aku "Habis la kucing2 kat rumah tu. Pepang tu dah la lurus bendul, tak reti cari makanan sendiri. Nanti balik2 kang entah2 mati kelaparan" Hohoho, sajeee je nak menyakat ayah aku padahal aku rasa kucing2 kat rumah aku ni jenis independent tahu cari makanan sendiri kalau kitorang takde kat rumah balik kampung ke apa ke. Bukan jenis2 kucing yang manja yang duduk dalam sangkar bajet kucing mahal takut orang curi tu. hahaha.

4) Buat pertama kalinya aku takleh tidur selagi tak tahu result Final pertama Piala Suzuki 2010 ahad lepas masa malam perlawanan final pertama dengan indon tu. Mimpi apa tah tetiba macam berminat gila dengan Piala Suzuki kali ni. Ialah, permainan Malaysia macam bagus la kali ni macam magik apa tah boleh kalahkan Veitnam yang terer tu sooo, rugi sikit la kalau tak tengok. (Malaysia kan,negara sendiri so bangga sikit la paling tidak pun. Piala EPL ke,MU ke, Chelsea ke apa ke memang semua tu aku tak berminat nak amik tahu langsung kot.hoho..).Terusss aku mesej beberapa kawan aku tanya siapa yang menang. Almaklumlaaa, tibi kat kampung aku tu ala2 tenat sikit, tv3 je yang boleh ditengok. Bagus betul kawan aku tu. Bukan setakat kasi tau result, sikit punya detail dia cerita. Woahhh Malaysia menang Oh!!!!! Ok, gudluck kepada team Malaysia yang akan lawan di indon pada final Rabu ni (eh eh, malam ni la kiranya) especially Norshahrul & Safee. Kalau takde dua orang ni aku rasa macam mustahil sikit Malaysia mampu ke akhir. Dan pedulikan tekanan psikologi yang akan dihadapi kat negara sana tu. Poyo eh. Fanatik namampus penyokong negara tu. Belum lawan lagi (baki 90 minit perlawanan) dah boleh nampak ke-poyo-an dan kefanatikan yang terlampau. Bila kalah yang final 1st tu, cipta pelbagai alasan yang tak logik diterima dari sudut sains. Ok la sebelum aku bercerita lebih panjang ada baiknya aku tamatkan di sini. Hahah, tetiba jek kann. Ok bye!

sekian: Live dari lappy nana

Random-ness

1) Gambar yang belum diupload





Korang kenal tak artis di atas? Aku memang tak kenal la sampai la mak aku beritahu, tu la Roh*n* Jal*l. Eh eh takyah la kasi nama penuh tak pasal2 je dia sampai blog aku kang. HAHA. Sedara makcik aku yang jemput dia datang nyanyi kat majlis kawen sepupu aku yang lepas. Aku post gambar dia ni sebab aku teringat muka depan paper bahagian Utusan Mega (lamaaa dah) ada featured muka dan berita pasal dia ni. Tajuk apa "Saya tak cucuk botox untuk kelihatan cantik". Begitu lah tajuknya tak ingat pulak tajuk yang sebenar-benarnya. Tapi isinya ada la kata yang dia kata dia tak mainlah cucuk2 ni. Kecantikan semulajadi la kiranya. Tapi aku tengok hari tu serius macam 'tak asli' je. Biasa la, standard jawapan artis kan. Orang sekarang tak macam dulu, da boleh menilai

Masa kat sana kan, tak putus2 orang amik gambar sekali dengan dia. Heran aku. Diorang2 ni semua minat dia ke? hoho.. Aku takde la nak amik gambar dengan dia bagai ni. Macam aku pernah cakap, kalaulah ada artis Malaysia yang aku teringin nak bergambar sekali pun, the only is, Siti Nurhaliza je kot =D

Bila lagi nak tengok muka mak aku macam ni? Hehehe, tumpang lalu mak...

2) Macaroni Cheese



Kenapa laaaaa Macaroni Cheese kat SR sedap gila????



3) Tentang Mayonis

Before ni , mayonis yang sedap yang pernah aku rasa ialah yang Burger Otai pernah guna dulu, jenama apa tah lupa daaa, tapi jenama dari negara New Zelen la. Ayah aku kata tu mayonis mahal. Patut laaa sedap. Sebab kalau setakat Lady Choice&Mayo, memang aku takde la beria sangat. Memang masa tu asyik teringat-ingat je burger Otai, asyik nak beli selalu. Tapi sejak bila tah aku macam dapat detect yang diorang tukar mayonis lain (mungkin Lady Choice&Mayo, mungkin nak jimat kos),rasa 'umphhh' dah takde. Rasanya biasa2 je so sejak tu aku dah tak addicted dengan Burger Otai dah.hoho


Tapi mayonis Kewpie ni lagi best la daripada yang jenama New Zelen tu. TERBAEK la mayonis ni. Sedap gila ok!!! Bila makan, rasa tak cepat muak, tak masam macam jenama tempatan. Aku ada buat research sikit pasal mayonis ni. Jenama tempatan lebih ikut kepada jenama western, rasa macam masam2 sket. Mayonis Jepun ni unik sikit sebab rasanya lebih kepada sweet (bukan manis macam taruk gula ok, tapi 'lembut' dan tak masam).Good good je rasa dia.Yang pasti unik dan best lah. 'Feeling' je bila makan. HAHA. Mak aku pun kata mayonis ni best. Patut la aku rasa mayonis yang selalu guna untuk sushi tu lain je . Rupanya Japanase style punya mayonis. Mayonis ni boleh dijumpai di mana2 pasaraya (aku beli kat Giant). Harga untuk 310 ml ni RM6.40 jeee.

4) Gel eyeliner


Baru beli kat Guardian tadi.Gara2 kurang berpuas hati dengan yang aku beli online tu. Nak beli the best brand of Gel eyeliner iaitu Bobby Brown tak mampu, amik yang biasa2 je laaaa.



Murah2 pun berkualiti yawww. Tengok, tak smudge langsung.Cepat kering pulak tu. Kalau yang ni pun aku rasa best terbaik kebabom,tak tahu la betapa bestnya kalau pakai Bobby Brown .hohoho..


Ni mata nana. Mengaplikasikan teknik cat-eyes pada matanya..

Oh ye, memandangkan ianya water-proof, nak hilangkannya tak semestinya kene guna make-up remover. Guna johnson baby oil pun boleh.



Info ni aku tau daripada blog2 & pengalaman orang ramai. Aku test memang betul pun. Adik aku letak tiga-empat titis kat tisu dan sapu sikit2 je dah bleh hilang takyah sapu hard2 sangat sampai sakit2 mata. Wahhh, cara yang sangatttttt murah dan effective. Tau harga minyak ni berapa? Kat Guardian RM2.40 jeeee. Harga make-up remover berapa? HAHAHA. RM16.90 jenama Maybelline yang aku sempat tengok tadi . LOL

Eye Make-up


Percaya tak di umur 23 tahun ni, aku tak reti nak apply eye-liner? (atau ringkasnya tak reti nak make-up kat bahagian mata except calit2 eye-shadow). Tak caya boleh tanya rumate 3 tahun kat UPM tu. HAHA. Kat UPM tu, nak apply eye-liner pun suruh dia applykan. Kalau takde dia, memang takdenye nak ber eye-liner bagai ni.

Sebab, aku takut kot2 aku apply terlebih sikit kang ada rupa hantu Kak Limah balik rumah pulak kan. Kalau apply sikit sangat jadi terlalu biasa sampaikan rasa macam eh eh tak payah letak eye-liner pun takda effect kot. So how?

Kalau tak make-up, camne nak bagi mata nampak besar kan. Tu Siti Nurhaliza mata sepet asal dia make-up mata nampak besar je *verangan nak mata aku nampak besar jugak walaupun hakikatnya mata kecik holoh holoh biarlah aku nak mata nampak besar kannn*

Apa smokey2 eyes ni? Pelik ok. Berat sangat. Bagi aku laaa. HAHAHA. Bagi orang lain mungkin cantik. Dalam gambar mungkin ok tapi tengok depan2 nampak macam over-do . Bagi aku laaa. Aku kan suka yang ala2 natural je kan...

Kesimpulannya aku takyah la nak ber eye-liner bagai ni... Tapi aku suka je tengok perempuan2 make-up ni. Tapi artis Malaysia aku tak suka tengok sangat sebab eye-liner diorang nampak ter-over sangat sampai menjejaskan kecantikan semulajadi diorang. Especially Rozita Che Wan, aku rasa dia make-up light2 100 kali lebih cantik daripada make-up lebih2.

Aku suka tengok artis Korea/Jepun make-up. Heeee. Selalunya dalam drama la. Diorang make-up light sangat tapi cantik dan nampak sederhana tapi tetap cantik. Bukan muka okay. MATA. MATA. HAHA. Pastu sebab kedua yang aku suka tengok ialah ciri mata aku lebih kurang mata diorang. Sepet dan double eye-lid. Eh eh, macam ferrasan pulak ayat ni. Muahaha.. Sekali lagi, bukan muka okay, MATA,MATA. haha. So aku macam nak tahu la macam mana diorang apply make-up mata ni dan nampak good good je. Suatu hari aku ada terjumpa la blog mana tah yang mengkhusus kepada make-up mata, masa tu macam semangat abis la nak belajar make-up mata (konon) malangnya ia khusus untuk orang2 yang bermata besar ala2 pelakon Bollywood, sebab bila aku apply kat mata aku(mengikut teknik yang dia ajar) apasal jadi huduh semacam je nih?

Terus menjunammm semangat nak belajar make-up. Hilangggg, terbangggg.. Huhuhu.. Sampai la semalam semalam (err..dulu semalam ke orang kata?) aku jalan2 kat youtube dan ter-accross dengan video kat bawah ni,

Goo HaRa make-up





Go Hye Sun make-up



Sandara Park make-up




dan video2 ni berjaya menaikkan semangat yang telah menjunam itu. Dan2 ok aku jadi semangat giler on the spot aku ajak nana pergi kedai Guardian dan borong 2 jenis eye-liner (eye-liner biasa dan shimmer eye-liner), gel-eye liner (yang ni beli online, dengan adik2 aku sekali nak tumpang beli skali ok) siap blusher sekali. Eh apa kaitan blusher dengan make-up mata neh? KAHKAHKAH. Semangat giler aku test make-up mata kat mata nana (sebab mata nana pun ala2 mata sepet macam aku jugak) tak caya tanya nana. HAHA. Sian dia jadi bahan eksperimen aku semalam pastu tak habis2 aku puji diri sendiri sebab berjaya make-upkan mata dia kasi cantik. Pastu tak habis2 puji mata nana apasal cantik semacam je ni.Kekekeke. Kan nana kan? Kekeke jakun sekejap. Sian jugak kat diri-sendiri sebab dah 23 tahun baru reti nak make-up mata dengan cara yang betul =_=


Aku paling suka make-up style gini. Pastu tambah eye-liner jenis shimmer kat bahagian bawah mata(ala2 Go Hye Sun style).. Perfect dah.. TAK PAYAH APPLY FAKE EYE-LASH pun... Neway, aku tahu beza mata yang apply fake eye-lash atau tak okkk.. Maklum la, aku tak suka pakai fake eye-lash. Rimasssss pastu mana tau tengah2 pakai sekali tertanggal depan orang ramai ke tak ke malu? HAHAHA

Make-up style Sandara Park tu ok gak untuk occasion. Still tak nampak over. Selama ni aku fikir hanya eye-shadow je yang boleh mengubah 'rupa mata' seseorang, rupa-rupanya eye-liner lagi ok. Takyah eye-shadow berlapis-lapis sampai endup macam rupa menakutkan aku tengok.huhu..


Aku suka tengok orang yang make-up tapi macam tak make-up. Aik? Macam mana tu. Heheh jenis yang 'tak berat' sangat la. If u know what i mean. Tapi selalunya aku tengok make-up orang kawen ni heavy2 sampai dah macam wayang opera cina pulak aku tengok.Pelik aku, bukan ke kita boleh minta test make-up dulu ke (i mean bayar lebih kurang RM30 camtu?). Test dulu,kalau puas hati amik la kalau tak puas hati takyah amik. Sepupu aku dulu pernah di-makeup dengan tukang make-up tapi dia terkejut dengan hasilnya. Pastu dia bersanding dalam keadaan tak ceria langsung sebab rasa make-up tu mencacatkan penampilan dia. Tapi aku tengok dalam gambar ok gak la tapi depan2 macam pelik sikit. Ye la kan, sesetengah tu dalam gambar cantik tapi depan2 tak cantik sangat. Kalau boleh biarlah dalam gambar cantik, depan2 pun cantik kan.Huhu..Sesetengah make-up sesuai untuk mata besar, tapi bila di-apply pada mata sepet serius huduh/tak kena aku tengok. Bertambah sepet jadinya. Takut je kot aku tunang/kawen nanti jadi kes2 camtu..

Nak tengok rupa bila guy make-up eye-liner? Tengok MV ni. kekeke..



Antara MV yang aku tengok banyak2 kali pun tak jemu. Aku suka tengok eye make-up diorang dalam MV ni. Nampak cool abis. Pastu tak over-do sangat... Light2 gitu. Pastu muka Young Saeng & Jung Min kan selalu cam comel2 je cam girlish sket kan so bila apply eye-liner nampak la macam manly gitu. Pastu Hyung Jun yang muka style ala budak2 pun nampak la macam lelaki dewasa sket kan..hahaha...

Teknologi Korea dan China untuk Projek 'Snow Walk' di i-City Shah Alam


Boleh baca dengan lebih lanjut di sini dan disini. Location: i-City Shah Alam. Ala, yang dulunya penuh dengan pokok2 yang ada lampu warna-warni tu. Laa ni diorang nak tambah Snow Walk plak kat situ. Dibuka pada awal tahun depan.

Bleh ar pergi sana pastu feeling2 Korea sikit (apahal kalau salji je Korea, macam la Korea je the only negara 4 musim kan.HAHA). Pastu bleh la feeling ala2 Yoo Jin dalam cerita Winter Sonata tu (tapi Jun Sang nya enggak ada dong) .kekeke

Teringat masa pergi Genting dulu. Semata-mata nak pegang salji punya pasal, bayo la sorang RM17 untuk masuk dengan limit masa 30 minit. Huh.


nampak je macam besar kawasan ni tapi ianya auta semata-mata

Gambar masa masuk Snow World, Genting dulu. Dicilok daripada entri ini. OMO! Lawak gila entri aku zaman dolu2. Bersepah dengan mak nenek gif tengah2 perenggan plak tu. Dengan gif kucing la, monyet la, bear la, aduuiiiyaiii bajet comel ar buat entri cenggitu. Wakakaka. *nyorok muka sekarang*

Sekian misi dan kempen nadia 'Marilah ber-winter sonata di i-City'. Ayuh beramai-ramai memeriahkan suasana. Dulu kalau setakat lampu liplapliplap macam tak pergi lagi sekarang pun takpe tapi bila dah ada Snow Walk, macam wajib pergi ni. hehehe

Trust is hard to get but easily lose

Detik pertemuan.

Dia bercakap dengan aku dengan nada yang tenang. Tapi still she like a stranger to me.

Lusanya, i heard she speak japanase, bercakap dengan someone dalam telefon. I kinda like..Woahhh, terer gila minah cina ni cakap Jepun.

Tak lama kemudian , someone told me that she is actually Japan netizen. She's Japanese. Mati2 aku ingat dia malaysian chinese (not only me, other people too) tambah2 bila dengar dia fluent gila cakap BM. Dia hanya tahu cakap Japanese dan Malay sahaja. Cakap cina langsung tak pandai walaupun husband dia sendiri berbangsa Cina (dia berkomunikasi dengan husband dia dalam bahasa Jepun). Selaku orang Melayu, aku bangga jugak la part ni. I even ask her "Macam mana u boleh cakap BM. Ada masuk kelas belajar ke?" and she replied "BM sangat senang. Hari2 cakap boleh pandai ini macam la, tak payah belajar punya". Woahhh... Aku hari2 dengar bahasa korea pun takleh cakap korea okeh? Camno tuh? Lampi lah katakan. Huahuahua

After that our relationship semakin berkembang. I mean makin rapat.Cerita sana, cerita sini, gelak sana, gelak sini. Dia kata dia suka nama aku. Sebab dia kata nama aku sangat best untuk disebut dan unik. LOL. Pastu aku pun gedik2 jugak nak cakap Jepun dengan dia walaupun act aku tak minat pun bahasa tu (korea je aku minat). She kinda trust me. I don't know why. I notice that she often talk a personal things with me. Her life, perangai gatal husband dia, keletah nakal anak dia... Tu belum campur belanja makan lagi. She just too kind. Yang pastinya, bukan dengan semua orang dia macam ni and i'm surprise i'm one of it.

One day, i've done something to her yang memusnahkan kepercayaan dia terhadap aku. Dan aku mengaku itu silap aku. Nak kata camne eh. Bukan kesalahan jenayah, bukan juga mengkhianati dia atau orang kata tikam belakang or buat dajal ke apa ke. Kesalahan aku hanyalah aku tak berterus-terang tentang sesuatu perkara penting dengan dia. Itu membuatkan dia marah gila dengan aku. Dia rasa aku tipu dia. Aku mesej dia say sorry dan panjang gak la mesej aku cerita pasal apa tah. I thought she was ok with that. Tau dia reply ape? Pendek dan ringkas

"Jangan contact saya lagi"

Air mata aku jatuh. Seriouslyyyy... Time tu aku rasa jauhhhh dengan dia. Rasa lain. Dah la masa tu dalam LRT, kawan aku tanya apasal aku masam/sedih tetiba, aku tak jawab yang pasti hati aku tak tenang langsung. Aku macam dapat agak reaksi dia tapi tak sangka dia semarah itu. Kenangan dengan dia berlegar di ruang mata aku. Gelak ketawa kitorang esp. Mungkin the fact yang dia susah nak percaya@suka dengan orang yang buat aku rasa sedih gila. Dia sangat memilih orang untuk rapat okeh! Sangat! Kadang2 membuatkan aku rasa "Kenapa dia susah sangat nak percayakan orang?". Kadang2 orang lain cakap betul tapi dia kata tipu, macam mana tu? Kadang2 geram jugak sebab orang lain bercakap benar tapi dia fikir negative tapi aku just biar je la kan. huhu... See betapa susahnya dia nak suka/percaya orang. And then aku pulak senang2 je memusnahkan kepercayaan dia.

1 minggu aku amik masa nak tenangkan hati aku supaya tak fikir sangat hal ini. Peristiwa ni betul2 menghantui aku. Cakap memang mudah kan. Kalau aku rasa itu bukan salah aku, aku sikit pun tak heran la orang nak marah aku ke apa ke. Kalau bukan salah aku, aku takde nya nak 'terasa' sangat. Tapi memang ini salah aku kan, tu yang buat aku rasa down gila2 tu dan take time untuk hilangkan perasaan down tu.

Aku harap itulah kali pertama dan kali terakhir aku tak berterus-terang dengan orang. Aku menyembunyikan sesuatu sehingga membuatkan dia rasa aku mengkhianati dia. Kesalahan yang membenarkan orang fikir aku mengkhianati dia (padahal bukan, it's just i don't reveal some important things to her). Secara ringkasnya, aku rasa bersalah sebab buat orang benci aku.Dan aku mengaku itu salah aku..


Sejak dari itu, aku macam insaf dan berjanji dengan diri sendiri yang perkara2 yang aku rasa aku patut berterus-terang, aku takkan sorok. Aku taknak buat benda2 atau perkara2 yang memusnahkan kepercayaan orang lagi dah atau membuatkan orang terdekat/kawan baik menjauhkan diri dari aku or hate me because of my own fault. It's really hurt u know. Really really hurt. Tambah2 kalau orang tu bukan orang yang senang2 percayakan orang. Kalau kawan tu menjauhkan diri dari aku atas sebab dia over-sensitive (contoh: Terlupa beli topup kawan masa pergi kedai) , bagi aku itu bukan salah aku, itu kesalahan kau yang terlalu sensitif atas perkara yang tak sepatutnya, so ada aku kisah?

Dear H-i-R-o-M-i chan,

I truely hope that i have a courage to face u right now and seek ur forgiveness. But i don't think i have that courage ever. And i'm sure that u already delete me, my face and everything about me from ur memories. Where-ever you are, i hope deep in ur heart, u can forgive me for everything that make u hate me. Even u didn't like me as before, i'm okay with it as long as u didn't hate me (how i wish). And thanks for all memory that u gave me. Sayonara.

p/s: Kalaulah aku berterus-terang dari awal, keadaan takkan jadi macam ni. Wish i can go back during that time. Aku tak suka buat orang benci aku atas kesalahan berpunca dari aku sendiri. It's hurt. Rasa bersalah sangat2.


Perempuan gedik: Sesuatu yang tidak terfaham

I know, it's quite random tapi ianya sesuatu yang aku rasa nak tahu sangat2.

Dalam tv selalu ada watak perempuan 'manja' (kononnya) yang mengada-ngada gesel sana gesel sini. Gedik sana gedik sini. Oh dengan lelakilah of course. Ala, watak penggoda tapi tak dapat tu. HAHA. Di dunia sebenar wujudkah?????? Atau ianya hanya dalam drama sahaja???

Siapa pernah jumpa perempuan macam ni?

Oh serius aku tak pernah jumpa lagi sebab tu aku macam tak faham dan mungkin tak akan faham. HAHAHA. Sebab macam pelik je kalau ada perempuan macam ini. Sebab perempuan kan biasanya malu2 kan so kalau perempuan yang terang-terangan macam tak tahu malu, aku rasa pelik sedikitlah. Oh fahamkah? HAHA.

Lelaki gedik aku pernah la jumpa. Ohh, adakah kerana aku perempuan? Mungkin kalau aku lelaki, aku akan jumpa lah perempuan2 gedik ini.hohoho...


p/s: Jangan tanya aku apa kaitan gambar dengan isi entri. Aku pun tak tahu apa kaitannya. Hoho.. Anggap sahaj sebab dia selalu berlakon watak ini dalam lakonannya.

p/ss: Pernah dapat gelaran 'gedik' dulu. Daripada orang yang tak pernah pun bercakap dengan aku. Takpe la, aku anggap saja itu bahan lawak untuk diketawakan bersama teman2 yang lain. Lawak gila aku rasa. Apa maksudnya gedik? Bukan gedik tu maknanya poyo2&gedik2 around boys ke? Wahhh, aku 'manja2' around boys? Jauh panggang dari api ok? Aku rasa orang yang sesuka hati menggelar orang gedik tu lagi gedik dan terserlah gedik dari orang2 yang dia kata. At least i'm not easily mix around boys (while she is). Aku gedik2 pun dengan friends (girl) or adik & kakak aku sendiri. =)

MT=Majlis Tertinggi



Adik aku ni haaaa... Jadi MT kolej dia bukak sem baru ni kang. Terkagum kejap aku (habis laaaa, kembang semangkuk kang dia ;P)

Aku tanya dia, aikkk apasal macam senang je dia jadi MT kolej ni. Katanya bagi nama kat sape tah pastu ada orang pilih2, terussss jadi.

Interview? Takde, yilek.
Kursus? Takde, yilek.

Apa pun takde.. Wahhh senang okeh..

Kat kolej aku punya la banyak stage sebelum terpilih jadi MT kolej.

Dulu, aku tak tahu tau sapekah gerangan orangnya yang bagi nama aku untuk masuk senarai untuk interview untuk pergi kursus kepimpinan yang dikhaskan untuk calon2 MT kolej ni.. Sebelum interview, kene isi borang dulu okeh. Melalui borang tu baru depa tapis untuk layak di-interview. Tetiba je kawan aku inform, nama aku naik untuk senarai interview. Sumpah nervous!!! Aku rasa... Siapa weyh yang kasi nama aku pastu tetiba boleh masuk interview padahal aku confirm2 tak isi borang langsung sebab aku langsung tak berkeinginan untuk jadi pemimpin bagai ni. Aku rasa orang yang kasi nama aku tu misteri dan sampai sekarang aku tak tahu sape orangnya.

Pastu aku kontek someone. The only MT kolej yang pernah aku bercakap (aku syak dia yang bagi nama aku. Sape lagi je MT yang kenal aku time tu). Aku tanya dia, kenapa aku tak isi borang tapi nama naik? Pastu dia tak jawab tapi dia kata,kalau nama naik just pergi je.

Yang aku tak faham, apa ciri2 aku yang dia rasa layak untuk gi kursus2 MT ni(padahal aku rasa diri sendiri pun tak layak). Time tu aku ada join aktiviti kolej under dia tapi tak pegang langsung apa2 jawatan. AJK pun bukan. Ahli biasa je. Pastu nak kata baik dengan dia lagi lahhh jauh panggang dari api. Bercakap direct dengan dia adalah sekali tapi itu pun tergagap-gagap (tanda tak mesra dan tak berapa selesa. Maklum lah lelaki). Bercakap depan orang ramai lagilaaahhh tak.

Dalam keadaan termangu-mangu dan blur2 tu aku pergi jugak interview. Sebab aku rasa agak tidak bersopan kalau nama naik tapi tak pergi. Dengan rasa rendah-diri habis lah aku rasa sebab rata2 calon yang hadir untuk interview semua femes2 dan at least pernah pegang jawatan AJK kat kolej. Aku usha borang2 diorang, each of them at least pernah jadi AJK bagi 3-4 event kolej. Aku ni langsung tak. Jawatan 'penonton event' ajaaa. LOL. Memang self-esteem di tahap paling terbawah. Tapi aku jenis yang tak suka menunjukkan low self-esteem dengan orang especially time interview. Aku selalu buat2 berani. Dah pergi interview, jawapan haruslahh positif. Kenapa nak pergi kursus? Kenapa nak jadi pemimpin? 'Kerana saya mahu menyumbangkan sesuatu dan berbakti kepada kolej. Saya yakin saya mampu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan'. Wahh, rasa geli dengan jawapan yakin diri sendiri tu. Kalau jawapan negative dan kerek2 seperti 'Saya sebenarnya taknak pergi tapi saje2 je datang interview ni sebab nama dah ada, pergi je la' memang lah kuang ajo nak kene hempuk kan. Baik takyah pergi interview kan kalau camtu.hoho... Tapi jauh di sudut hati aku harap sangat aku tak dipilih untuk pergi kursus tu. Serius berharap tak dipilih takyah aku penat2 fikir benda lain.

Masa sebelum interview tu kan, calon2 lain masing2 ligat tengah hafal apakebenda tah kat tangan diorang. Nama2 NC UPM la, nama TNC la. Nama MT kolej la, siap dengan jawatan2 diorang skali. Aku pun macammm "Eh, kene hafal nama MT kolej ke?" Budak yang aku tanya tu dah start buat muka pelik2 dah. Takkan tak kenal langsung nama MT kolej, katanya. Aku jawab, tak, lagilah dia buat muka pelik sambil beritahu aku nama2 MT, jawatan2 diorang semua. ..hehe...Believe me, Presiden MT kolej so called, orang paling tertinggi kolej aku pun time kat kursus tu baru aku tahu okeh? Ignorance kan aku? Kan aku cakap aku tak berhajat untuk pass interview so memang tak prepare mende pun. Pergi dengan tangan kosong. Tapi takde pun penginterview tanya nama2 MT yang aku kenal, kalau tak sure aku awal2 dah out sebab tak kenal MT (kecuali sorang, yang aku join aktiviti under dia tu). Yang aku tak tahu yang diorang tanya pun ialah soalan berbunyi 'berapa orangkah TNC UPM?' . Apa susahhhhh, dua calon sebelum aku jawab tiga orang (interview berkumpulan ye), aku pun ikut jawab tiga jugak laaa. ngeh ngeh ngeh. (last2 lepas interview aku check balik memang betul tiga orang pun)

Yang harunyaaaa, sekali lagi nama aku naik untuk 54 calon short-listed untuk pergi berkursus selama lebih kurang seminggu tu. Kawan aku inform kat aku. Diorang je tahu betapa pucatnya muka aku bila dapat tahu aku terpilih. Aku rasa nak nangis! Hahah. Lame. Memang! Sebab serius aku memang tak nak pergi. Sebab aku tak yakin aku tetiba nak pergi kursus jadi pemimpin ni bagai ni.

So aku buat keputusan yang aku tak nak pergi. Pandai2 la hari pendaftaran kang aku cakap aku demam ke ke apa ke supaya aku tak jadi pergi. Memang nekad la. Kengkawan aku semua tahu aku tak nak pergi.

Ditakdirkan 3 hari sebelum hari pendaftaran tu aku sedang dalam perjalanan balik dari perkhemahan anjuran Kelab kat kolej. Masa tu dalam bas. Kawan aku tetiba bocorkan rahsia yang nama aku naik untuk pergi kursus tu kat salah seorang orang kuat yang handle kursus tu. Pastu adalah word2 orang tu yang aku rasa tercabar gila yang buat aku rasa "Eh, kenapa? Mencabar sangat ke kursus ni sampai dia kata camtu?" terusssss aku decide untuk pergi semata-mata nak sahut cabaran dia...

Aku tanya kawan aku tu apasal bagitau orang tu yang nama aku naik untuk pergi kursus tu. Kawan aku jawab, kalau dia tak buat macam tu, dia sangat pasti yang aku tak akan pergi, dia memang tahu aku jenis yang macam mana kan. Dia kata aku ni luck sebab tak apply tapi tetiba nama ada untuk pergi interview pastu tetiba pulak pass interview untuk pergi kursus padahal ramaiiii je nak pergi kursus ni tapi tak terpilih. So aku macam berterima kasih kat kawan aku yang telah membocorkan rahsia tu. Kalau dia tak buat macam tu memang 100% aku tak pergi la. hahah. ABoleh tak, ada seorang senior tanya aku siapa yang interview aku sambil tayang muka tak caya apasal aku layak pergi kursus. HHAHA. Nampak sangat kannnn.

Aku rasa ada tiga kemungkinan sebab aku terpilih. Antara peng-interview yakin dengan 'muka dan jawapan yakin' aku. Atau ada seseorang yang memang nak aku pergi tak kisah la interview macam mana pun. Atau ada seseorang atau sekumpulan nak aku pergi supaya dapat maki2 aku secara berleluasa (eh, fikir positif, pikir positif, orang lain pun kene maki jugak. Kene maki lagi teruk daripada aku pun ada. haha)

Melalui kursus tu sumpah aku belajar banyak. Kompleks untuk diceritakan kat sini. Memang sangat berguna la untuk aku di masa hadapan.

Dan yang paling pasti kalau aku tak pergi kursus tu, aku takkan tahu betapa teruknya rasa lobak putih jika dimakan secara mentah dan fresh. Korang pernah rasa? Kalau tak pernah sila try! Aku mula2 tengok, ala denda kene makan lobak putih je? Apa susah sangat, makan je la! Bukankah rasanya sama dengan lobak merah? Bukan okeh! Aku gigit sekali jeeee, terus aku muntah! Bukan muntah main2 okeh. Muntah betul2. Berair mata aku. Macam fear factor dah. Dasyatttttttt.

Lepas pergi kursus ni, setiap peserta kursus dinilai dari segi involvement dengan aktiviti kolej bla bla bla tengok gaya kepimpinan bla bla bla. Aku tak terpilih jadi MT punnnn. Nasib baik kan? hihi. Sebab aku tengok tanggungjawab MT ni agak berat. Macam tak termampu je aku tanggung. Mana nak study lagi, nak handle every event kolej lagi, meeting every night lagi. Busy abis laa. Aku yang tak jadi MT tapi kene turun selalu masa handle event PENITI interkolej dan intervarsiti ni pun dah rasa sengsaranya.hoho.. Memang suspek la dekat diorang2 yang jadi MT kolej aku ni. hehehe.

So pesanan kepada nana, aku tahu suatu hari nanti kau mesti akan pergi kursus macam ni jugak. Cuma aku pergi sebelum pemilihan MT, ko mesti akan pergi selepas ni since ko dah terpilih kan. Pesanan aku, silalah bersedia menerima makian (termasuk perkataan carut2, bodoh bangang sial babi ke apa semua tu), sumpah seranah dan orang marah kau secara tiba2 atas kesalahan yang eh eh eh orang lain pun buat jugak apasal aku sorang je yang kene tengking neh? Atau ko tak buat salah sekali dengan kau2 kene denda dan kene marah secara tiba2. Team work is always like that. Orang lain punya salah, dengan kau2 sekali terima akibatnya. Ok dah bye!.


Teori konspirasi?



Aku rasa ramaiii yang tahu pasal teori konspirasi. Bukan teori konspirasi blog kay. Ni yang illuminati, freemason etc etc. Aku tak nak melibatkan diri pasal benda ni. Aku tak menolak, juga tidak menerima. Bila membaca, aku mengetahui tapi tidak menolak, jugak tidak mempercayai 100%. Teori bermaksud idea. Idea boleh jadi salah, boleh jadi betul. Aku tak nak mengulas bimbang tersalah kat mana2.


Aku rasa bilaaku baca orang bincangkan teori konspirasi ni buat aku pening dan aku tahu walau betapa banyak pun aku baca, ianya takkan habis. Yang penting kita tingkatkan akidah dan amalan diri kita sendiri kan?



Daripada sebar emel tentang teori konspirasi, ada baiknya sebarkan emel tentang perkara2 Islam yang asas seperti solat, puasa,aurat etc etc. Ni aku tengok dok sebar2 teori2 ni diri sendiri tak insaf2 jugak. Sosial sana sini. Pegang2 antara lelaki perempuan. Yang lagi haru, still keluar masuk club. Eh? eh?

Betulkan diri sendiri dulu boleh? Setidak-tidaknya jaga asas dulu.



Ok bye!

p/s: Signature yang gambar kat bawah ni (kat bawah setiap post enry) aku buat sendiri. Nampak macam ada peningkatan sedikit la kan terhadap photoshop. Dulu nak edit gambar satu apa pun aku tak reti. La ni kalau setakat nak letak gradient2 tu di hujung jari jee (masuk bakul angkat sendiri).

Even if i'm different from you, could you... like me?

New header!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yeah, sebenarnya aku bosan dengan header lama aku. Sebab ianya ready-made dan tak memapar sedikit pun kesukaan aku. Sikit pun takde. So macam bosan biar lama2 . hahahah

Pastu singgah kat blog naluvkpop.blogspot.com. Tertarik dengan one of his pic design. Frankly speaking, i like how she choose the word and match with the pic . Suka ayat "Even if I'm different from you, could you...like me" (ayat ni ada dalam citer Gumiho.hehe. Eh apasal lah citer korea ni selalu ada ayat2 yang menyentuh hati.wuwuw*tetiba*). Look like, kalau aku lain dari korang, mempunyai minat yang tak sama dengan korang, adakah korang still suka aku sebagai kawan korang. Ye la, sesetengah orang prefer berkawan dengan orang yang minat sama je kan.*huhuhu tetiba lagik*.

Berbalik kepada citer header semula. Kalaulah aku pandai photoshop or design2 macam dia ni sumpah aku tukar design header setiap dua minggu sekali ok. HAHAHA. Dengan selambanya aku minta dia saiz gambar tu untuk header tapi dia dengan baik hatinya design satu yang lain (tambah2 skit). Thank you sooooooo much. Neomu neomu neomu chuaa!!! Hahah selamba je aku ni. Dah la first time komen blog dia , sesuka hati je kan main request2 .ngeheheh..



Dengan ini jugak aku decide nak kekalkan design header yang ni sampai lah aku berjaya design header aku sendiri yang mengandungi gambar

1) Takoyaki

2) 2) SS501

3) 3) Pasangan2 cerita drama korea yang aku suka dan caption tajuk drama mereka sekali . Drama You Are Beautiful, My Girlfriend is Gumiho, Playful Kiss, My Girl, Boys Over Flower dan Stairway To Heaven. Pastu aku nak letak gambar hero 2nd citer My Girlfriend is Gumiho yang No Min Woo(berbaju hitam, nampak kolar kaler itam pun jadi la) tu sekali letak kat sebelah gambar gumiho (eh? Sempat lagiii)

S

Selagi takda 3 elemen di atas, aku tamau tukar. HAHAHAH.

Malangnya la, aku buta photoshop tak reti buat banner dan edit2 bagai. Kene belajar dulu laaaaa. Masalahnya aku kalau belajar online pasal photoshop lambat pick up oh. Dah la lambat pickup kan, sekali dapat pickup, sekali tu je la yang dapat buat. Esok2 kang aku try 'Eh? Camne? Dah lupa dah'. HAHA. Agaknya aku dengan photoshop memang ditakdirkan untuk tidak bersama *tetiba*. Wuwuwu..

Dengan ini, aku try lah belajar perisian nak design2 header. Korang edit header pakai software apa eh? Photoshop je eh? Ke ada software best yang lain? Kak Noi wajib jawab. Hehehe..

Heehehe. Tu je. Bye

p/s: Menjerit adik aku bila tahu aku tukar header baru."Nak jugakkkk!!!!!!!" katanya. Hehe sebab dia pakai header ready-made dan tak pandai coding n design2. Aku boleh lah faham sikit2 coding tu, kat mana location coding header tu tapi aku tak pandai design header/photoshop nana. Nanti bila aku dah pandai, aku buatkan untuk ko eh. =D

My Girlfriend is Gumiho (korean drama)




Cerita in bertemakan comedy romance. Lawak abis la. Tapi bila datang part sedih tu memang sedih la. Aku rasa lagi sedih daripada cerita2 Hong Sister yang lepas (My Girl, YAB etc) .Bolehlah tengok MV lagu ni untuk faham sedikit sebanyak tentang drama ni.



Lagu ni macam ada sikit2 fairy tale beatnya/bunyinya . Especially part intro tu ada bunyi 'ting ting ting'. haha..suka dengar. Muzik lagu ni berkumandang bila datang part2 sedih. Sedih ok!

Gumiho merupakan lagenda bagi masyarakat korea. Ala2 macam pontianak versi Malaysia la. hehe. Itu secara singkatnya. Kalau nak tahu lebih, sila google.

Gumiho merupakan musang yang mempunyai 9 ekor tetapi tinggal dalam sebuah lukisan. Dia teringin menjadi manusia. Suatu hari dia keluar dari lukisan dan ke dunia menjadi manusia yang sangat cantik. Kerana kecantikannya membuatkan ramai manusia terpesona dengan kecantikannya sampai huru-hara jadi manusia2 sampai takleh bekerja diorang. Mana taknya, tengah kerja2 sekali gumiho lalu je pengsan, kerja2 je gumiho lalu sebelah, pengsan. Pengsan sebab dia cantik sangat. So ramai la perempuan2 complain kat nenek yang jaga dia. Disebabkan itu nenek tu decide nak carikan seorang calon suami di kalangan manusia untuk dikawenkan dengan gumiho ni supaya problem solved. Tapi perempuan2 manusia ni taknak kasi anak lelaki or suami diorang kawen dengan gumiho dan diorang buat rumor yang gumiho akan makan hati lelaki yang dikahwininya. So takde sape nak kwen dengan gumiho. Jadi, nenek tu cut kesemua 9 ekor gumiho supaya dia terperangkap dalam lukisan dan tak boleh keluar ke dunia manusia lagi.


Ditakdirkan 500 tahun kemudian, suatu hari hero termasuk dalam temple yang ada dalam lukisan gambar musang tu (gumiho). Since dia boleh dengar suara gumiho, gumiho takutkan dia dan suruh dia lukis kat lukisan tu 9 ekor dia yang hilang tu.



Sebaik sahaja kesembilan ekor tu berjaya dilukis, dia dapat lah ke alam manusia . Dia terjumpa lelaki (hero)yang lukis ekor dia tu terbaring nyawa2 ikan (jatuh dari tempat tinggi). Disebabkan hero tu membolehkan dia ke alam manusia, dia decide untuk bagi beads (butiran ni ada kuasa untuk menjadikan orang yang ada beads ni ada kuasa luar biasa dan kuasa penyembuhan) kat hero tu.



Dan kisah ini seterusnya bermula dengan gumiho tu ikuttttt je mana2 lelaki ni pergi since beads dia ada pada lelaki ni dan dia perlu terusss berada dekat dengan ‘beads’ dia. Since gumiho asyik mengekor ke mana dia pergi membuatkan dia rimas dan menyampah dengan gumiho tu. Hero ni mula2 tak percaya yang ikut dia ni musang jadian (gumiho), pastu gumiho ni tunjuk la kesembilan ekor dia yang dia ada tu.



Ekor dia hanya akan muncul pada setiap kali bulan penuh sahaja. Bila tahu dia ni gumiho so hero ni terpaksa la layankan je gumiho ni dan biarkan gumiho ikut dia . Tambah2 lagi awal2 tu gumiho ugut dia yang kalau takde makanan, ‘hero’ tu yang akan dia makan. So takut kene makan punya pasal, terpaksa la si hero tanggung makanan gumiho yang mahal ni. Maklumla , musang kan, makanya dia suka makan daging lembu . Bukan sikit macam level manusia makan, banyak oke, manusia tengok pun terkejut. Seterusnya konflik terjadi di mana identity dia menjadi pertanyaan orang sekeliling. Bermacam-macam cara digunakan untuk sembunyikan identity gumiho yang nyaris-nyaris terbongkar.

Bila beads gumiho berada dekat hati hero tu, makanya hero sekali-kali tak boleh memusnahkan beads tu. Tahu bagaimana cara memusnahhan beads tu? Bila ada perempuan lain rapat/menyentuh hero tu. Sweet kan konsep ni? Look like he must loyal to gumiho dan hero tu milik gumiho seorang. Pernah jadi, bila ada seorang perempuan lain yang tahu identity gumiho dan kisah ‘beads’ tu, pompuan tu decide untuk mencari bukti kisah gumiho dengan test dengan cara kiss hero secara tiba2. Ini menyebabkan gumiho pengsan secara tiba2 dan jatuh dari tempat yang tinggi (sebab kebetulan gumiho berada di tempat yang tinggi ketika tu). Bila bangun2 je dari pengsan, dia tetiba menjadi hilang rasional/luar biasa dan berniat untuk membunuh perempuan yang cuba untuk memusnahkan ‘beads’ dia tu (perempuan yang kiss hero secara tiba). Eh panjang la pulak aku citer ni yang pasti scene ni sedih yaamatzz!


Gumiho ni sangat cintakan si hero dan dia bermisi nak jadi manusia sebab dia boleh berada di samping hero. Hero ni tahu yang gumiho ni sebenarnya musang jadian, bukan manusia sebab tu dia seboleh-boleh menghalang hatinya dari menyukai gumiho tapi at the last dia tak mampu halang lagi. At the last, hero ni terjatuh cinta dengan gumiho dan sanggup berkorban demi gumiho. Disebabkan konflik sorang manusia dan sorang lagi bukan manusia, pada penghujungnya, salah seorang perlu berkorban supaya salah seorang boleh hidup. Mereka perlu membuat pilihan. If you choose your partner to live, then you must willing to die. If you choose yourself to live, then you must faced you partner’s death. Soalnya siapakah yang harus hidup dan siapakah yang harus mati? Aku suka part ‘tarik tali’ diorang ni. Aku suka konsep diorang yang bila diorang masing2 sanggup berkorban antara satu sama lain demi memastikan orang yang diorang cintai terus hidup. Seboleh-boleh gumiho taknak hero tahu yang dia sanggup berdepan dengan kematian demi memastikan hero terus hidup. Same goes to hero. Pengorbanan diorang membuatkan hero 2nd sedar akhirnya gumiho berjaya menemui cinta sejati yang pada mulanya dia sangkakan hanya omong2 kosong dan angan2 khayalan gumiho sahaja. Dan pengorbanan hero yang sanggup mati (scene last2) demi memastikan gumiho berjaya menjadi manusia dan hidup membuatkan gumiho sedar yang cintanya berbalas dan dia tak berangan-angan kosong tentang itu. Sobs sobs sedih ok part ni. Sampai aku ternangeh-nangeh ni haaa.


In conclusion, cerita ni lain dari cerita korea yang lain. Aku sukakan keunikannya yang menggabungkan antara reality dan fantasi. Kalau korang mahukan sesuatu yang lain dan berbeza, boleh lah tengok citer ni. In fact, sebenarnya banyak aku nak ulas pasal citer ni tapi bila taip2 je panjang giler pastu tak reti nak tulis kasi pendek lagi last2 tinggal synopsis ni je haa. HAHAHA. Cerita ni agak kompleks untuk diceritakan sinopsisnya selengkapnya so kalau nak tahu kene tengok sendiri lah ye.


Ini caranya diorang dua greeting antara satu sama lain. Ala2 macam 'give me five'. Kene temukan jari hantu masing2 sambil cakap hoi hoi (versi comel).

Pasal OST, this song gonna be my top fav OST in this drama. OST ni bercirikan misteri dan akan muncul setiap kali lelaki non-human tu muncul. Dengar muzik je dah rasa misteri kan? Oh i really want this music instrumental (tanpa suara/vocal) tapi macam takde je unless dengar kat dalam drama je




p/s: Buat sesiapa yang tanya macam mana aku tengok citer2 korea yang baru2 yang belum masuk tayangan di Malaysia, you can ALWAYS watch it here >-- viikii.net or mysoju.com . Dan untuk pengetahuan korang, aku tak tengok online pun since aku jenis yang tak sabar nak tunggu video loading (lainlah kalau bukak2 terus dapat tengok like internet macam kat Korea or UK lah kan). So aku tunggu cerita tu habis siaran kat korea then aku beli je cd data dengan budak ni . Oh ye, kot la korang tak pernah tengok cerita korea or korang takut la kot2 citer ni tak menepati citarasa korang, bolehlah beli dengan budak tu. Korang boleh tengok cerita tu full sampai habis kesemua 16 episod dengan bayaran RM8 je. =D Cuma korang takleh pasang kat dvd biasa yang sambung kat tv tu la, just cd tu boleh mainkan kat PC or laptop je that’s why murah.hehe

Shopping

Sabtu lepas aku keluar shopping kat Jalan TAR dengan nana. Aku borong ni


=)



Tak jadi beli shawl yang ada anting2 sebab terpesona dengan harga murah shawl yang ni (bulan depan je la borong shawl anting2 tu haha) dan dia ada dua tone kaler. Act, aku nak beli jugak shawl ni 5, anting2 5 tapi sebab harga borong shawl ni incredible murah so aku decide beli yang murah, lagipun lebih kurang je dengan shawl anting2 tu.hihi


Tadi pergi Jusco Selatan. All this while aku mencari toner . Sekali adik aku ajak usha2 kat The Face Shop. Sampai2 je aku dihampiri dengan ramah oleh promoter kat situ siap rekemenkan lagi produk apa yang sesuai . Takde plak dia nak kata “Beli yang ni je, yang ni murah. Yang kat situ mahal2.”. HAHAHA. Aku tengah perli siapa neh? AHAHA.


Aku terkejut sebab agak murah dari yang aku sangkakan. Mula2 ingat nak toner je. Pastu dia promote moisturizer letak kat tangan aku. Wahhh, sangat best moisturizer dia, letak sikitttt je lapisan dia kat tangan aku ada nampak macam shining2 sket. Tetiba rasa macam best sebab dia kilat2 bawah cahaya lampu. Tak pernah plak aku tengok moisturizer kilat2 ni. Ke semua moisturizer macam ni eh, aku je yang tak tahu? HAHA.LOL. Aku pernah pakai moisturizer SAFI BALQIS je. Macam tak ada beza pakai ke tak pakai ke. Hohoho..



Last2 angkut dua2.


Murah murah. Murah la dpd Skin Food ;P

Diskaun 20% + diskaun RM5=saving RM20 lebih. Oh ye, nak dapat kupon diskaun RM5 ni kene isi ada satu kad tu. Kad kecik saiz ala2 poskad. Isi punya isi dia macam koyakkan kad tu kepada half. Half dia simpan half lagi bagi aku pastu kata “Ini handsome man u boleh simpan”. Rupanya bahagian belakang tu ada ini la



LOL. Tak sangka betul dapat poskad ni. Bukan promotion dah abis ke 1 December dulu? Adik aku kata kalau aku beli before dia datang dulu boleh la dapat chance pergi FM Asia Tour tu (Lebih RM50 got the chance). Aku kata “Aku beli sebab memang nak beli , ikhlas tau, bukan sebab dia” Amacam, poyo tak ayat ni? Muahaha.



p/s: Kulit aku cenderung untuk membentuk jerawat halus(white head),so amik set tu. Agak2 macam tak bagus kang ,atau jerawat makin bertambah ke, aku tukar produk lain ;P

No Min Woo = Cool

Aku start tengok citer korea start dari tahun 2004

2004-2010 aku jarang memberikan perhatian kepada watak 2nd Hero. Walau betapa baiknya 2nd hero, walau betapa hensemnya 2nd hero, walau betapa romantiknya 2nd hero, walau betapa sweetnya tindakan 2nd hero, pendek kata kau bagi je 100 kelebihan 2nd hero pun, my attention always goes to 1st lead hero dan berpusat di situ. Macam tak ada attraction dan tak ada kesan dengan 2nd hero. Tapiiii kenapa 2nd hero citer My Girlfriend is Gumiho ni aku macam pay attention dengan dia

“Siapa dia ni? Misterinya diaaaaa”
“Ish berdebar-debar pulak aku, siapa dia ni? Kenapa begitu misteri?”
“Siapa dia ni? Apa tujuan dia buat macam ni? Hishh misterinya”

Misteri misteri misteri. Pendek kata Tuan Pengarah berjaya menimbulkan efek misteri terhadap dia. Meh aku list-kan kenapa aku pay attention dengan dia sedikit-sebanyak


1) watak dia sebagai half human-half monster(non-human). Errr, twilight much? Wakakakaka.

Aku rasa watak dia yang misteri, different with other normal people and that’s the speciality of him. Dengan gaya dia tenung pisau, gaya dia hiris tangan dia dengan pisau, gaya dia pandang heroin dengan gaya yang misteri dan niat yang tersendiri yang tak diketahui pada awalnya.

2) Outfit dia which is almost all-black. Aku rasa 90% adalah black. Smart owh. Tak tahu yang aku suka men in all black? Hahaha. Sekian. Aku suka outfit dia dalam citer ni. Macam wahhhhhh

3) Gaya dia yang cool. Bukan sebab eleh mentang2 dia macam ni, semua yang dia buat semua pun cool etc etc. Bukan eh. Tapi memang cool pun. Dari cara dia berdiri, berjalan, makan lollypop (eh?), duduk (hah, duduk pun ada gaya kauuu), merenung, pegang benda (hah, pegang benda pun gaya?), memandang benda atau pandang heroin, berlari, bercakap semuanya nampak cool.

Tengok sendiri lah ye. Ok bye!



Ala, pe barang tengok gambar2 yang dicompile, tengok keseluruhan citer la baru besh.

p/s: Selalunya kalau heroin reject 2nd hero aku tak rasa pape langsung. I mean seriously.hoho tapi kali ni,untuk cerita ni, walaupun happy sebab heroin choose 1st hero which was destiny to her sejak dari awal lagi, still rasa kesian dan berat hati untuk 2nd hero. ngehehee

You Are Beautiful (korean drama) on 8tv



Tapi menggunakan tajuk yang lain sikit. He Is Beautiful. Akan mula ditayangkan pada 14 December 2010 (Selasa), 8tv. 8:30PM. Nak baca my review (tahun lepas aku habis tengok cerita ni). Sila baca di link ini.

Yesssss. You Are Beautiful, my so-call super fav drama akan ditayangkan di Malaysia! Happy? 50-50. Yang tak bestnya ialah mengenangkan apa yang 8tv buat dengan citer ni. I mean, sure dalam Mandarin kan? Walaupun 10 000 orang minta kekalkan bahasa Korea tapi demi nak tarik penonton cina, sure citer ni dialih bahasa ke Mandarin jugak. Tolong la kekalkan the way Go Mi Nam says “Hyung Nimmmm!!” and the way Tae Kyung says “Go Mi Nam” because it display this drama's uniqueness dan itu adalah trademark citer ni T_T. Unik kot cara diorang sebut tu. Tak sama 100%, sama 90% pun jadi lah kan. Aku bayangkan 'Hyung Nimmmm' dan 'Go Mi Nam' tu disebut dengan nada panggilan 'biasa2'. Alahhhh, jadi tak unik laaaa. Bahasa mandarin alih bahasa ni kan, kau menangis ke, kau marah ke, kau kecewa ke,kau berdendam ke, kau sebut biasa2 ke, samaaaa je semua nadanya. Macam tak ada beza je aku rasa (ke aku je yang rasa camni?). Padahal in korean semuanya ada beza cara nak sebutnya.


Dan I’m very sure fans2 Lee Min Ho (BOF) selama ni akan beralih arah ke Jang Geun Suk pulak. Yeay! Jang Geun Suk, even though I’m no longer ur fans now but I really adore talent, u're really talented and I hope u get more recognization after this ;P



Kawan aku yang inform benda ni. Tak sangka dia ingat lagi pasal relation citer ni dengan aku padahal almost 1 year kot kisah aku dengan citer ni dan almost 8 month we didn’t contact each other..Waaa, rasa macam best je kan. Benda sesimple ini pun boleh buat orang ingat kat aku. So aku pun berharap kalau kot2 korang tertengok citer ni kang, korang pun akan ingat aku jugak .ngehehe ;)

p/s: Aku rasa citer YAB ni kot membuatkan aku agak terbuka/sedikit positif dengan band2 lelaki kot. Sebab dulu aku tak suka dengan lelaki groupie. Aku rasa band2 lelaki ni tak kisah la band Malaysia ke, Korea ke, macam poyo je lebih, bajet hensem bla bla bla,nyampah i tauuuu (tetiba jek). Macam ke-menyampah-an terhadap New Boyz, Q-Face, (band korea takyah sebut la eh kang korean fans sentap dengan aku pulak kang.hahaha) etc etc tapi lepas aku tengok band A.N.Jell dalam citer ni tak sangka kelakar jugak eh perangai diorang ni. I mean tak elok la berfikiran negatif terhadap seseorang selagi tak kenal lalalala~. Terus aku neutral je dengan band2 ni. Kiranya takde la nak nyampah2 kan. hihi


Takoyaki SOGO=Epic fail !

Tadi pergi Jalan TAR, singgah sogo, beli takoyaki kat situ. Kawan aku yang btahu kewujudan takoyaki kat situ. Seriously , worst takoyaki ever! Epic fail!

Nampak je macam tempting tetapi sesungguhnya penampilan tak menggambarkan rasanya. Aku usha2 cara dia buat tu. Tengok time dia letak sayur kobis(yang dah di-grind) tu aku dah jeling2 dengan nana dah. Mana taknya, kedekut kobis okeh. Sangat! Macam ada tak ada je kobis tu. Orang kata apa, celah gigi jek. Padahal tempat lain aku beli, aku tengok diorang letak kobis sepenuh-penuh alam okeh. Dia ni tak reti buat ke apa? Aku rasa dia tak reti buat la. Dia takut nak letak kobis2 banyak2 sebab takut tak boleh nak terbalikkkan/nak bulatkan bentuknya,padahal boleh je sebenarnya, dia tak pernah try buat camne nak tahu kan. Blerghhh. Sampai aku dah tak boleh tolerate dah. Rasa nak sound je orang yang buat tu "Pernah makan benda ni tak? Benda ni kalau letak sayur kobis tak boleh kedekut sangat nanti rasa dia terrible". Aku tak pernah makan takoyaki yang sangat sikit sayur kobisnya. Cuma aku dapat imagine yang kobis2 tu sebenarnya yang mengurangkan kepadatan tepung takoyaki ball tu dan membolehkan takoyaki tu 'sangat lembut' bila dimakan. Bila kobis terlalu sikit makanya ruangnya dipenuhi dengan tepung je la kot.Bila first time rasa versi sayur kobis kedekut hangit tu, memang betul apa imiginasi aku tu. Sebijik macam rasa cekodok tapi cekodok versi tak sedap.

Structure takoyaki=FAIL! Keras, kepadatan tinggi. Sebijik macam cekodok tapi versi tak sedap
Sos yang warna hitam tu=FAIL. Rasa tah apa2. Yek.
Sos sotong=FAIL! Sungguh teruk rasanya.
Mayonis=FAIL! Act yang ni aku boleh tolerate lagi. Mayonis kat Jusco Cheras Selatan pun mayonisnya tak sesedap Jusco lain tapi aku tak kisah sangat, tak effect sangat kot rasanya.

Pendek kata 99% FAIL. Yang 1% tak failnya pun katsuo (fish flakes) je kot. Ala, itupun sebab fish-flakes tu ready-made, bukan diorang buat. Kalau diorang buat entah macam mana lah kan.

Tiada lain melainkan yang teruk2 belaka. Sampai aku dengan nana lagi sikit nak muntah (serius! bukan over-exaggerate kayh).

Masa first2 makan tu, muka nana dah lain dah

Nana: Angah, aku rasa nak muntah la angah...
Aku: Aku pun..
Nana: Yekkk, aku tak sanggup nak makan.
Aku: Buang je la...


Untuk mengelakkan muntah, kitorang berpakat untuk buang takoyaki yang selebihnya . Aku try rasa dua ketul je selainnya faham2 je lah kan kat mana tempatnya. Tapi memandangkan rasa fish flakes tu rasa sama universal (ready-made kan), so tu je lah yang sedapnya pun. Tu je la yang kitorang habiskannya pun. Pastu, out dalam tong sampah.

Macam tak percaya aku buang takoyaki. Macam tak percaya. Macam tak percaya.

Masalahnya aku beli dua set ok. Nana pun dua set jugak. Total=RM18. Aku rasa rugiiiiiiiii sangat.Tak berbaloi. Kalau aku amik ktm singgah Mid Valley beli kejap pun rasanya lebih berbaloi. Masa aku beli tu kan, aku cakap nak 4, boleh plak dia ingat aku nak 4 ketul je (iaitu satu set). Dia selaku penjual pun tak double confirm. Last2 kene tunggu lamaaa gila. Sebab tunggu lama dia kasi kitorang free satu ketul setiap sorang. Bak kata adik aku, dapat free pun tak guna, tak sedap kan.hoho. .

Aku harap orang yang tak pernah makan jangan lah beli kat situ nanti akan mengalami trauma terhadap takoyaki. Aku takde la trauma cuma trauma takkan beli kat situ lagi dah.

Aku rasa Takoyaki Jusco je kot yang sedapnya. Tapi ramai orang pernah buat review (termasuk Kak Di) kata takoyaki kat Sunway Piramid tu sedap (yang kat Asian Avenue?). Ada jugak yang kata situ lebih sedap dari yang kat Jusco tu. Tak pernah pulak aku pergi situ. Kalau yang kat Jusco tu pun aku claim sedap gila sampai rasa nak nangeh je setiap kali makan , macam mana plak kalau aku dapat rasa yang lebih sedap dari situ eh? Pengsan boleh?

Ok bye!

p/s: Aku pernah makan takoyaki kat Jusco (Bukit Raja, Taman Maluri, AU2 Keramat,Mid Valley dan Cheras Selatan). Setakat ni Cheras Selatan la yang paling tak best sekali (dan Jusco ini je yang paling dekat dengan rumah aku T_T ). 10-15 minit dah sampai. Bukan sekali dua aku makan yang aku claim tak sedapnya pun, banyak kali kot tapi redha je la. Selagi ada rasa Takoyaki tu boleh la, boleh la telan lagi. Daripada yang kat SOGO tu, silalah bungkus kedai.