Pages

Trust is hard to get but easily lose

Detik pertemuan.

Dia bercakap dengan aku dengan nada yang tenang. Tapi still she like a stranger to me.

Lusanya, i heard she speak japanase, bercakap dengan someone dalam telefon. I kinda like..Woahhh, terer gila minah cina ni cakap Jepun.

Tak lama kemudian , someone told me that she is actually Japan netizen. She's Japanese. Mati2 aku ingat dia malaysian chinese (not only me, other people too) tambah2 bila dengar dia fluent gila cakap BM. Dia hanya tahu cakap Japanese dan Malay sahaja. Cakap cina langsung tak pandai walaupun husband dia sendiri berbangsa Cina (dia berkomunikasi dengan husband dia dalam bahasa Jepun). Selaku orang Melayu, aku bangga jugak la part ni. I even ask her "Macam mana u boleh cakap BM. Ada masuk kelas belajar ke?" and she replied "BM sangat senang. Hari2 cakap boleh pandai ini macam la, tak payah belajar punya". Woahhh... Aku hari2 dengar bahasa korea pun takleh cakap korea okeh? Camno tuh? Lampi lah katakan. Huahuahua

After that our relationship semakin berkembang. I mean makin rapat.Cerita sana, cerita sini, gelak sana, gelak sini. Dia kata dia suka nama aku. Sebab dia kata nama aku sangat best untuk disebut dan unik. LOL. Pastu aku pun gedik2 jugak nak cakap Jepun dengan dia walaupun act aku tak minat pun bahasa tu (korea je aku minat). She kinda trust me. I don't know why. I notice that she often talk a personal things with me. Her life, perangai gatal husband dia, keletah nakal anak dia... Tu belum campur belanja makan lagi. She just too kind. Yang pastinya, bukan dengan semua orang dia macam ni and i'm surprise i'm one of it.

One day, i've done something to her yang memusnahkan kepercayaan dia terhadap aku. Dan aku mengaku itu silap aku. Nak kata camne eh. Bukan kesalahan jenayah, bukan juga mengkhianati dia atau orang kata tikam belakang or buat dajal ke apa ke. Kesalahan aku hanyalah aku tak berterus-terang tentang sesuatu perkara penting dengan dia. Itu membuatkan dia marah gila dengan aku. Dia rasa aku tipu dia. Aku mesej dia say sorry dan panjang gak la mesej aku cerita pasal apa tah. I thought she was ok with that. Tau dia reply ape? Pendek dan ringkas

"Jangan contact saya lagi"

Air mata aku jatuh. Seriouslyyyy... Time tu aku rasa jauhhhh dengan dia. Rasa lain. Dah la masa tu dalam LRT, kawan aku tanya apasal aku masam/sedih tetiba, aku tak jawab yang pasti hati aku tak tenang langsung. Aku macam dapat agak reaksi dia tapi tak sangka dia semarah itu. Kenangan dengan dia berlegar di ruang mata aku. Gelak ketawa kitorang esp. Mungkin the fact yang dia susah nak percaya@suka dengan orang yang buat aku rasa sedih gila. Dia sangat memilih orang untuk rapat okeh! Sangat! Kadang2 membuatkan aku rasa "Kenapa dia susah sangat nak percayakan orang?". Kadang2 orang lain cakap betul tapi dia kata tipu, macam mana tu? Kadang2 geram jugak sebab orang lain bercakap benar tapi dia fikir negative tapi aku just biar je la kan. huhu... See betapa susahnya dia nak suka/percaya orang. And then aku pulak senang2 je memusnahkan kepercayaan dia.

1 minggu aku amik masa nak tenangkan hati aku supaya tak fikir sangat hal ini. Peristiwa ni betul2 menghantui aku. Cakap memang mudah kan. Kalau aku rasa itu bukan salah aku, aku sikit pun tak heran la orang nak marah aku ke apa ke. Kalau bukan salah aku, aku takde nya nak 'terasa' sangat. Tapi memang ini salah aku kan, tu yang buat aku rasa down gila2 tu dan take time untuk hilangkan perasaan down tu.

Aku harap itulah kali pertama dan kali terakhir aku tak berterus-terang dengan orang. Aku menyembunyikan sesuatu sehingga membuatkan dia rasa aku mengkhianati dia. Kesalahan yang membenarkan orang fikir aku mengkhianati dia (padahal bukan, it's just i don't reveal some important things to her). Secara ringkasnya, aku rasa bersalah sebab buat orang benci aku.Dan aku mengaku itu salah aku..


Sejak dari itu, aku macam insaf dan berjanji dengan diri sendiri yang perkara2 yang aku rasa aku patut berterus-terang, aku takkan sorok. Aku taknak buat benda2 atau perkara2 yang memusnahkan kepercayaan orang lagi dah atau membuatkan orang terdekat/kawan baik menjauhkan diri dari aku or hate me because of my own fault. It's really hurt u know. Really really hurt. Tambah2 kalau orang tu bukan orang yang senang2 percayakan orang. Kalau kawan tu menjauhkan diri dari aku atas sebab dia over-sensitive (contoh: Terlupa beli topup kawan masa pergi kedai) , bagi aku itu bukan salah aku, itu kesalahan kau yang terlalu sensitif atas perkara yang tak sepatutnya, so ada aku kisah?

Dear H-i-R-o-M-i chan,

I truely hope that i have a courage to face u right now and seek ur forgiveness. But i don't think i have that courage ever. And i'm sure that u already delete me, my face and everything about me from ur memories. Where-ever you are, i hope deep in ur heart, u can forgive me for everything that make u hate me. Even u didn't like me as before, i'm okay with it as long as u didn't hate me (how i wish). And thanks for all memory that u gave me. Sayonara.

p/s: Kalaulah aku berterus-terang dari awal, keadaan takkan jadi macam ni. Wish i can go back during that time. Aku tak suka buat orang benci aku atas kesalahan berpunca dari aku sendiri. It's hurt. Rasa bersalah sangat2.