Pages

MT=Majlis Tertinggi



Adik aku ni haaaa... Jadi MT kolej dia bukak sem baru ni kang. Terkagum kejap aku (habis laaaa, kembang semangkuk kang dia ;P)

Aku tanya dia, aikkk apasal macam senang je dia jadi MT kolej ni. Katanya bagi nama kat sape tah pastu ada orang pilih2, terussss jadi.

Interview? Takde, yilek.
Kursus? Takde, yilek.

Apa pun takde.. Wahhh senang okeh..

Kat kolej aku punya la banyak stage sebelum terpilih jadi MT kolej.

Dulu, aku tak tahu tau sapekah gerangan orangnya yang bagi nama aku untuk masuk senarai untuk interview untuk pergi kursus kepimpinan yang dikhaskan untuk calon2 MT kolej ni.. Sebelum interview, kene isi borang dulu okeh. Melalui borang tu baru depa tapis untuk layak di-interview. Tetiba je kawan aku inform, nama aku naik untuk senarai interview. Sumpah nervous!!! Aku rasa... Siapa weyh yang kasi nama aku pastu tetiba boleh masuk interview padahal aku confirm2 tak isi borang langsung sebab aku langsung tak berkeinginan untuk jadi pemimpin bagai ni. Aku rasa orang yang kasi nama aku tu misteri dan sampai sekarang aku tak tahu sape orangnya.

Pastu aku kontek someone. The only MT kolej yang pernah aku bercakap (aku syak dia yang bagi nama aku. Sape lagi je MT yang kenal aku time tu). Aku tanya dia, kenapa aku tak isi borang tapi nama naik? Pastu dia tak jawab tapi dia kata,kalau nama naik just pergi je.

Yang aku tak faham, apa ciri2 aku yang dia rasa layak untuk gi kursus2 MT ni(padahal aku rasa diri sendiri pun tak layak). Time tu aku ada join aktiviti kolej under dia tapi tak pegang langsung apa2 jawatan. AJK pun bukan. Ahli biasa je. Pastu nak kata baik dengan dia lagi lahhh jauh panggang dari api. Bercakap direct dengan dia adalah sekali tapi itu pun tergagap-gagap (tanda tak mesra dan tak berapa selesa. Maklum lah lelaki). Bercakap depan orang ramai lagilaaahhh tak.

Dalam keadaan termangu-mangu dan blur2 tu aku pergi jugak interview. Sebab aku rasa agak tidak bersopan kalau nama naik tapi tak pergi. Dengan rasa rendah-diri habis lah aku rasa sebab rata2 calon yang hadir untuk interview semua femes2 dan at least pernah pegang jawatan AJK kat kolej. Aku usha borang2 diorang, each of them at least pernah jadi AJK bagi 3-4 event kolej. Aku ni langsung tak. Jawatan 'penonton event' ajaaa. LOL. Memang self-esteem di tahap paling terbawah. Tapi aku jenis yang tak suka menunjukkan low self-esteem dengan orang especially time interview. Aku selalu buat2 berani. Dah pergi interview, jawapan haruslahh positif. Kenapa nak pergi kursus? Kenapa nak jadi pemimpin? 'Kerana saya mahu menyumbangkan sesuatu dan berbakti kepada kolej. Saya yakin saya mampu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan'. Wahh, rasa geli dengan jawapan yakin diri sendiri tu. Kalau jawapan negative dan kerek2 seperti 'Saya sebenarnya taknak pergi tapi saje2 je datang interview ni sebab nama dah ada, pergi je la' memang lah kuang ajo nak kene hempuk kan. Baik takyah pergi interview kan kalau camtu.hoho... Tapi jauh di sudut hati aku harap sangat aku tak dipilih untuk pergi kursus tu. Serius berharap tak dipilih takyah aku penat2 fikir benda lain.

Masa sebelum interview tu kan, calon2 lain masing2 ligat tengah hafal apakebenda tah kat tangan diorang. Nama2 NC UPM la, nama TNC la. Nama MT kolej la, siap dengan jawatan2 diorang skali. Aku pun macammm "Eh, kene hafal nama MT kolej ke?" Budak yang aku tanya tu dah start buat muka pelik2 dah. Takkan tak kenal langsung nama MT kolej, katanya. Aku jawab, tak, lagilah dia buat muka pelik sambil beritahu aku nama2 MT, jawatan2 diorang semua. ..hehe...Believe me, Presiden MT kolej so called, orang paling tertinggi kolej aku pun time kat kursus tu baru aku tahu okeh? Ignorance kan aku? Kan aku cakap aku tak berhajat untuk pass interview so memang tak prepare mende pun. Pergi dengan tangan kosong. Tapi takde pun penginterview tanya nama2 MT yang aku kenal, kalau tak sure aku awal2 dah out sebab tak kenal MT (kecuali sorang, yang aku join aktiviti under dia tu). Yang aku tak tahu yang diorang tanya pun ialah soalan berbunyi 'berapa orangkah TNC UPM?' . Apa susahhhhh, dua calon sebelum aku jawab tiga orang (interview berkumpulan ye), aku pun ikut jawab tiga jugak laaa. ngeh ngeh ngeh. (last2 lepas interview aku check balik memang betul tiga orang pun)

Yang harunyaaaa, sekali lagi nama aku naik untuk 54 calon short-listed untuk pergi berkursus selama lebih kurang seminggu tu. Kawan aku inform kat aku. Diorang je tahu betapa pucatnya muka aku bila dapat tahu aku terpilih. Aku rasa nak nangis! Hahah. Lame. Memang! Sebab serius aku memang tak nak pergi. Sebab aku tak yakin aku tetiba nak pergi kursus jadi pemimpin ni bagai ni.

So aku buat keputusan yang aku tak nak pergi. Pandai2 la hari pendaftaran kang aku cakap aku demam ke ke apa ke supaya aku tak jadi pergi. Memang nekad la. Kengkawan aku semua tahu aku tak nak pergi.

Ditakdirkan 3 hari sebelum hari pendaftaran tu aku sedang dalam perjalanan balik dari perkhemahan anjuran Kelab kat kolej. Masa tu dalam bas. Kawan aku tetiba bocorkan rahsia yang nama aku naik untuk pergi kursus tu kat salah seorang orang kuat yang handle kursus tu. Pastu adalah word2 orang tu yang aku rasa tercabar gila yang buat aku rasa "Eh, kenapa? Mencabar sangat ke kursus ni sampai dia kata camtu?" terusssss aku decide untuk pergi semata-mata nak sahut cabaran dia...

Aku tanya kawan aku tu apasal bagitau orang tu yang nama aku naik untuk pergi kursus tu. Kawan aku jawab, kalau dia tak buat macam tu, dia sangat pasti yang aku tak akan pergi, dia memang tahu aku jenis yang macam mana kan. Dia kata aku ni luck sebab tak apply tapi tetiba nama ada untuk pergi interview pastu tetiba pulak pass interview untuk pergi kursus padahal ramaiiii je nak pergi kursus ni tapi tak terpilih. So aku macam berterima kasih kat kawan aku yang telah membocorkan rahsia tu. Kalau dia tak buat macam tu memang 100% aku tak pergi la. hahah. ABoleh tak, ada seorang senior tanya aku siapa yang interview aku sambil tayang muka tak caya apasal aku layak pergi kursus. HHAHA. Nampak sangat kannnn.

Aku rasa ada tiga kemungkinan sebab aku terpilih. Antara peng-interview yakin dengan 'muka dan jawapan yakin' aku. Atau ada seseorang yang memang nak aku pergi tak kisah la interview macam mana pun. Atau ada seseorang atau sekumpulan nak aku pergi supaya dapat maki2 aku secara berleluasa (eh, fikir positif, pikir positif, orang lain pun kene maki jugak. Kene maki lagi teruk daripada aku pun ada. haha)

Melalui kursus tu sumpah aku belajar banyak. Kompleks untuk diceritakan kat sini. Memang sangat berguna la untuk aku di masa hadapan.

Dan yang paling pasti kalau aku tak pergi kursus tu, aku takkan tahu betapa teruknya rasa lobak putih jika dimakan secara mentah dan fresh. Korang pernah rasa? Kalau tak pernah sila try! Aku mula2 tengok, ala denda kene makan lobak putih je? Apa susah sangat, makan je la! Bukankah rasanya sama dengan lobak merah? Bukan okeh! Aku gigit sekali jeeee, terus aku muntah! Bukan muntah main2 okeh. Muntah betul2. Berair mata aku. Macam fear factor dah. Dasyatttttttt.

Lepas pergi kursus ni, setiap peserta kursus dinilai dari segi involvement dengan aktiviti kolej bla bla bla tengok gaya kepimpinan bla bla bla. Aku tak terpilih jadi MT punnnn. Nasib baik kan? hihi. Sebab aku tengok tanggungjawab MT ni agak berat. Macam tak termampu je aku tanggung. Mana nak study lagi, nak handle every event kolej lagi, meeting every night lagi. Busy abis laa. Aku yang tak jadi MT tapi kene turun selalu masa handle event PENITI interkolej dan intervarsiti ni pun dah rasa sengsaranya.hoho.. Memang suspek la dekat diorang2 yang jadi MT kolej aku ni. hehehe.

So pesanan kepada nana, aku tahu suatu hari nanti kau mesti akan pergi kursus macam ni jugak. Cuma aku pergi sebelum pemilihan MT, ko mesti akan pergi selepas ni since ko dah terpilih kan. Pesanan aku, silalah bersedia menerima makian (termasuk perkataan carut2, bodoh bangang sial babi ke apa semua tu), sumpah seranah dan orang marah kau secara tiba2 atas kesalahan yang eh eh eh orang lain pun buat jugak apasal aku sorang je yang kene tengking neh? Atau ko tak buat salah sekali dengan kau2 kene denda dan kene marah secara tiba2. Team work is always like that. Orang lain punya salah, dengan kau2 sekali terima akibatnya. Ok dah bye!.


0 voice out: