Pages

Tips-tips pergi MAHA 2010

info: MAHA 2010=Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010
Tarikh: 26 November-5 Disember 2010
Location: MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang)
Waktu pameran: 10 pagi-10 malam
Hosted by: Kerajaan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Organizer: FAMA

1) Pakai kasut flat, jangan pakai high heels sebab sumpah penat berjalan kat sana. Pakai heels alamat cepat penat n lenguh kaki la so that tak boleh nak round banyak tempat. Rugiiii.

2) Bawak payung.LOL. Tengah hari panas ok + berjalan sedikit jauh. Tapi jangan risau, bila dah sampai dewan, dewan2 semuanya ber-aircond.

3) Kat sana ada 4 dewan utama. A,B,C,D. Sila masuk dewan D (agrobazaar) dulu. LOL. Apasal? sebab kat sini ada banyakkkkk makanan. hahah. Dan ada banyak benda makanan yang boleh testing sebelum beli. Benda free sape tak nak kan??? Keropok lekor & cendawan goreng tepung la yang paling banyak sekali, air pun. Nasi beriani pun ada jugak. Banyak jugak benda pelik2 yang tak pernah jumpa seperti keropok nenas la (rupa sebijik macam nenas potong), nugget tempe la, air halia madu la. Kretip2 orang melayu ni, kalau boleh semua benda hasil pertanian diorang nak komersilkan sebagai makanan. Aku macam terfikir kot la di masa hadapan ada keropok daging lembu ke, keropok daging kambing ke (since keropok ikan dah ada kan). Haha manalah tau kan. Creativity is beyond our imagination. Pendek kata silalah masuk hall D dulu ek.

4) Sampai2 area sana kan first2 akan jumpa dulu satu area tempat parking kereta yang luas. Jangan parking kereta kat situ. Sumpah jauhhhh yaamatz. OK lah, memang la dari situ boleh naik bas ke dewan MAEPS tapiiii nak beratur naik bas tu memang la melecehkan. Sebab orang sumpah ramai dan sesak (just imagine satu Malaysia datang situ dan kebanyakan kereta/kenderaan parking kat situ). So, pergi ke atas lagi (kat atas ada lagi satu tempat parking yang paling dekat dengan dewan tapi sebab dah ramai parking kat bawah so area situ ada banyak parking kosong).

5) Round secara random. Kalau berhajat nak melawat&singgah kesemua booth dalam 4-4 dewan tu errrr...fikir la banyak kali sebab company/organisasi yang mengambil bahagian dalam booth ni amatlahhhhh ramai. Aku rasa beribu-ribu kot. Aku & family nak jalan ke semua direction&arah pun tak ter-jalan sebab banyak sangat. So lawatlah secara random ye.

pendek kata bestlah pergi MAHA ni. Berbaloi-baloi. Sory lah gambar langsung takde. HP aku hilang selama 2 hari. Malam semalam baru jumpa balik HP aku tu. Memang kus-semangat lah kalau hilang memang lah haruuuuuuu.

3 voice out:

Fay said...

tak dapat nak pergi MAHA tengah cuti tak de kat KL. :D

♥ Izzah Marzuki said...

baru plan nak pegi.. hehe bagus info ni.. macih bebanyak ye nadia! ;)

Syahira Mansor said...

saya keje jaga parking dekat tempat yang sesak-sesak orang ramai tu ! hehehe memang kitorang suruh kereta penuhkan bawah dulu, baru kasi naik atas.... nasibla sape yang dapat parking dekat :) hehehe