Pages

Random-ness

1) Gambar yang belum diupload





Korang kenal tak artis di atas? Aku memang tak kenal la sampai la mak aku beritahu, tu la Roh*n* Jal*l. Eh eh takyah la kasi nama penuh tak pasal2 je dia sampai blog aku kang. HAHA. Sedara makcik aku yang jemput dia datang nyanyi kat majlis kawen sepupu aku yang lepas. Aku post gambar dia ni sebab aku teringat muka depan paper bahagian Utusan Mega (lamaaa dah) ada featured muka dan berita pasal dia ni. Tajuk apa "Saya tak cucuk botox untuk kelihatan cantik". Begitu lah tajuknya tak ingat pulak tajuk yang sebenar-benarnya. Tapi isinya ada la kata yang dia kata dia tak mainlah cucuk2 ni. Kecantikan semulajadi la kiranya. Tapi aku tengok hari tu serius macam 'tak asli' je. Biasa la, standard jawapan artis kan. Orang sekarang tak macam dulu, da boleh menilai

Masa kat sana kan, tak putus2 orang amik gambar sekali dengan dia. Heran aku. Diorang2 ni semua minat dia ke? hoho.. Aku takde la nak amik gambar dengan dia bagai ni. Macam aku pernah cakap, kalaulah ada artis Malaysia yang aku teringin nak bergambar sekali pun, the only is, Siti Nurhaliza je kot =D

Bila lagi nak tengok muka mak aku macam ni? Hehehe, tumpang lalu mak...

2) Macaroni Cheese



Kenapa laaaaa Macaroni Cheese kat SR sedap gila????



3) Tentang Mayonis

Before ni , mayonis yang sedap yang pernah aku rasa ialah yang Burger Otai pernah guna dulu, jenama apa tah lupa daaa, tapi jenama dari negara New Zelen la. Ayah aku kata tu mayonis mahal. Patut laaa sedap. Sebab kalau setakat Lady Choice&Mayo, memang aku takde la beria sangat. Memang masa tu asyik teringat-ingat je burger Otai, asyik nak beli selalu. Tapi sejak bila tah aku macam dapat detect yang diorang tukar mayonis lain (mungkin Lady Choice&Mayo, mungkin nak jimat kos),rasa 'umphhh' dah takde. Rasanya biasa2 je so sejak tu aku dah tak addicted dengan Burger Otai dah.hoho


Tapi mayonis Kewpie ni lagi best la daripada yang jenama New Zelen tu. TERBAEK la mayonis ni. Sedap gila ok!!! Bila makan, rasa tak cepat muak, tak masam macam jenama tempatan. Aku ada buat research sikit pasal mayonis ni. Jenama tempatan lebih ikut kepada jenama western, rasa macam masam2 sket. Mayonis Jepun ni unik sikit sebab rasanya lebih kepada sweet (bukan manis macam taruk gula ok, tapi 'lembut' dan tak masam).Good good je rasa dia.Yang pasti unik dan best lah. 'Feeling' je bila makan. HAHA. Mak aku pun kata mayonis ni best. Patut la aku rasa mayonis yang selalu guna untuk sushi tu lain je . Rupanya Japanase style punya mayonis. Mayonis ni boleh dijumpai di mana2 pasaraya (aku beli kat Giant). Harga untuk 310 ml ni RM6.40 jeee.

4) Gel eyeliner


Baru beli kat Guardian tadi.Gara2 kurang berpuas hati dengan yang aku beli online tu. Nak beli the best brand of Gel eyeliner iaitu Bobby Brown tak mampu, amik yang biasa2 je laaaa.



Murah2 pun berkualiti yawww. Tengok, tak smudge langsung.Cepat kering pulak tu. Kalau yang ni pun aku rasa best terbaik kebabom,tak tahu la betapa bestnya kalau pakai Bobby Brown .hohoho..


Ni mata nana. Mengaplikasikan teknik cat-eyes pada matanya..

Oh ye, memandangkan ianya water-proof, nak hilangkannya tak semestinya kene guna make-up remover. Guna johnson baby oil pun boleh.



Info ni aku tau daripada blog2 & pengalaman orang ramai. Aku test memang betul pun. Adik aku letak tiga-empat titis kat tisu dan sapu sikit2 je dah bleh hilang takyah sapu hard2 sangat sampai sakit2 mata. Wahhh, cara yang sangatttttt murah dan effective. Tau harga minyak ni berapa? Kat Guardian RM2.40 jeeee. Harga make-up remover berapa? HAHAHA. RM16.90 jenama Maybelline yang aku sempat tengok tadi . LOL