Pages

Takoyaki SOGO=Epic fail !

Tadi pergi Jalan TAR, singgah sogo, beli takoyaki kat situ. Kawan aku yang btahu kewujudan takoyaki kat situ. Seriously , worst takoyaki ever! Epic fail!

Nampak je macam tempting tetapi sesungguhnya penampilan tak menggambarkan rasanya. Aku usha2 cara dia buat tu. Tengok time dia letak sayur kobis(yang dah di-grind) tu aku dah jeling2 dengan nana dah. Mana taknya, kedekut kobis okeh. Sangat! Macam ada tak ada je kobis tu. Orang kata apa, celah gigi jek. Padahal tempat lain aku beli, aku tengok diorang letak kobis sepenuh-penuh alam okeh. Dia ni tak reti buat ke apa? Aku rasa dia tak reti buat la. Dia takut nak letak kobis2 banyak2 sebab takut tak boleh nak terbalikkkan/nak bulatkan bentuknya,padahal boleh je sebenarnya, dia tak pernah try buat camne nak tahu kan. Blerghhh. Sampai aku dah tak boleh tolerate dah. Rasa nak sound je orang yang buat tu "Pernah makan benda ni tak? Benda ni kalau letak sayur kobis tak boleh kedekut sangat nanti rasa dia terrible". Aku tak pernah makan takoyaki yang sangat sikit sayur kobisnya. Cuma aku dapat imagine yang kobis2 tu sebenarnya yang mengurangkan kepadatan tepung takoyaki ball tu dan membolehkan takoyaki tu 'sangat lembut' bila dimakan. Bila kobis terlalu sikit makanya ruangnya dipenuhi dengan tepung je la kot.Bila first time rasa versi sayur kobis kedekut hangit tu, memang betul apa imiginasi aku tu. Sebijik macam rasa cekodok tapi cekodok versi tak sedap.

Structure takoyaki=FAIL! Keras, kepadatan tinggi. Sebijik macam cekodok tapi versi tak sedap
Sos yang warna hitam tu=FAIL. Rasa tah apa2. Yek.
Sos sotong=FAIL! Sungguh teruk rasanya.
Mayonis=FAIL! Act yang ni aku boleh tolerate lagi. Mayonis kat Jusco Cheras Selatan pun mayonisnya tak sesedap Jusco lain tapi aku tak kisah sangat, tak effect sangat kot rasanya.

Pendek kata 99% FAIL. Yang 1% tak failnya pun katsuo (fish flakes) je kot. Ala, itupun sebab fish-flakes tu ready-made, bukan diorang buat. Kalau diorang buat entah macam mana lah kan.

Tiada lain melainkan yang teruk2 belaka. Sampai aku dengan nana lagi sikit nak muntah (serius! bukan over-exaggerate kayh).

Masa first2 makan tu, muka nana dah lain dah

Nana: Angah, aku rasa nak muntah la angah...
Aku: Aku pun..
Nana: Yekkk, aku tak sanggup nak makan.
Aku: Buang je la...


Untuk mengelakkan muntah, kitorang berpakat untuk buang takoyaki yang selebihnya . Aku try rasa dua ketul je selainnya faham2 je lah kan kat mana tempatnya. Tapi memandangkan rasa fish flakes tu rasa sama universal (ready-made kan), so tu je lah yang sedapnya pun. Tu je la yang kitorang habiskannya pun. Pastu, out dalam tong sampah.

Macam tak percaya aku buang takoyaki. Macam tak percaya. Macam tak percaya.

Masalahnya aku beli dua set ok. Nana pun dua set jugak. Total=RM18. Aku rasa rugiiiiiiiii sangat.Tak berbaloi. Kalau aku amik ktm singgah Mid Valley beli kejap pun rasanya lebih berbaloi. Masa aku beli tu kan, aku cakap nak 4, boleh plak dia ingat aku nak 4 ketul je (iaitu satu set). Dia selaku penjual pun tak double confirm. Last2 kene tunggu lamaaa gila. Sebab tunggu lama dia kasi kitorang free satu ketul setiap sorang. Bak kata adik aku, dapat free pun tak guna, tak sedap kan.hoho. .

Aku harap orang yang tak pernah makan jangan lah beli kat situ nanti akan mengalami trauma terhadap takoyaki. Aku takde la trauma cuma trauma takkan beli kat situ lagi dah.

Aku rasa Takoyaki Jusco je kot yang sedapnya. Tapi ramai orang pernah buat review (termasuk Kak Di) kata takoyaki kat Sunway Piramid tu sedap (yang kat Asian Avenue?). Ada jugak yang kata situ lebih sedap dari yang kat Jusco tu. Tak pernah pulak aku pergi situ. Kalau yang kat Jusco tu pun aku claim sedap gila sampai rasa nak nangeh je setiap kali makan , macam mana plak kalau aku dapat rasa yang lebih sedap dari situ eh? Pengsan boleh?

Ok bye!

p/s: Aku pernah makan takoyaki kat Jusco (Bukit Raja, Taman Maluri, AU2 Keramat,Mid Valley dan Cheras Selatan). Setakat ni Cheras Selatan la yang paling tak best sekali (dan Jusco ini je yang paling dekat dengan rumah aku T_T ). 10-15 minit dah sampai. Bukan sekali dua aku makan yang aku claim tak sedapnya pun, banyak kali kot tapi redha je la. Selagi ada rasa Takoyaki tu boleh la, boleh la telan lagi. Daripada yang kat SOGO tu, silalah bungkus kedai.