Pages

Aura Baby Mason


Semenjak-menjak dah tersampok dengan kecomelan the cuttest baby in the world (my opinion) ~Baby Mason, pantang jumpa baby mesti cari ada tak aura2 baby Mason padanya. Saje2 je nak cari klon baby mason. Hahah. So far, banyak baby aku claim comel (walau tak semua). Dalam banyak2 yang aku claim comel tu, tak semua ada aura Baby Mason yang aku cari. Ala, yang ada ciri Baby Mason. Nak kata mata sepet, tak sepet sangat tapi tak terlalu bulat, pendek kata ciri mata sepet tu ada walaupun matanya besar. Eh susah benoo nak explainnya.haha. Pastu kulit putih2 pastu bila gelak comel nak mampos. Dan yang pasti susah la nak cari aura Baby Mason tu.

Dan budak kat bawah ni buat aku tersampok dengan aura baby mason semula setelah auranya dah lama tak muncul.hahah..

Comel+pipi tembam? Of course! Putih? Of course! Mata sepet dalam masa yang sama besar? Yeee, inilah mata yang aku cari2 selama ni susah nak jumpa.hahah. Budak ni nak kata sepet, tapi tak. Nak kata mata bulat, tapi ada ciri2 mata sepet sikit (perhatikan bahagian dalam mata dia.haha). Sebab ayah dia mata sepet, mak dia mata besar tak sepet langsung. Kombinasi dua tu terhasil la dia.

Dulu ada la sorang yang berjaya bagi aura baby mason tu tapi lamaaaa dah, 2 tahun yang lepas kot. Aura baby mason tu apa? Rasa nak cubit pipi dia kuat2 sangat pastu lari (bak kata Kak Yonna). hahaah.


Budak ni senang nak masuk dengan orang (tak sombong?kekeke). Dengan sape2 je dia nak, siapa2 je agah2 dia mesti dia ketawa look like macam dah lama je kenal. Ish ish ni yang suka ni baby cepat mesra ni.ngeheh. Gara2 comel ala2 baby mason (bagi aku laaa), sampai aku panggil dia bukan dengan nama dia tapi aku panggil dia "Aby Acon". Camno nak sebutnya? Kau pelatkan aje sebutan Baby Mason, jadi la 'Baby Acon' tu. Hahah. Kalau orang yang tak pernah kenal Baby Mason mesti ingat aku kata "Baby beracun". Wakaka. Jom la tengok gambar dia yang lain2.










Budak ni berjantina lelaki ye tuan puan. Hahah. Dah tersampok dengan perangai mak Seung Jo ke apa ni? Waakkaka. Kalau yang pernah baca review atau pernah tengok Playful Kiss mesti faham apa yang aku maksudkan.hoho.. Yaa, Baek Seung Jo!!! (adik aku n aku jerit kat dia). Oh ye inilah kali pertama dan terakhir aku pakaikan dia headband ni. Saje je tebiat kejap.





z







Semua gambar2 di atas aku yang amik. Guna kamera phone of course sebab tu tak cantik sangat. Takpeeee, yang penting subject.hehehe. Pandai aku agah dia supaya dia senyum dengan aku (kamera sebenarnya) dan pandang tepat ke arah kamera

Ada peristiwa aneh pasal budak ni. Sepanjang berkepit dengan budak ni selama 4-5 hari so aku tahu sedikit sebanyak pattern dia nangis macam mana. Sama ada nangis tak selesa (sebab pampers penuh), nak susu, sebab panas, atau nak dukung. Selalunya dia nangis jenis yang merengek-rengek, dan kejap2 je dan tak kuat@tak beria pun.

Ada suatu malam tu. Dalam nak dekat2 pukul 7 camtu (dalam 6.45 kot). Dia nangis semacam. Macam sayu+sedih gila (memang lain dengan cara dia nangis macam selalu). Loud. Tanpa henti walau sekejap. Dia behenti pun time ayat Al-Quran dipasang melalui phone tapi kejap je dia berhenti (dalam lebih kurang 20 saat je) pastu dia sambung nangis balik. Memang lama la dalam 30-40 minit camtu. Macam2 ikhtiar dibuat. Bagi susu la, tidurkan dalam buaian la, dukung la memang tak lut, dia continue nangis type2 macam sayu+sedih tu. Sampai tersedu-sedu dia (sebab nangis lama sangat). Lepas lebih kurang 30-40 minit tu pakcik aku bawak budak ni jumpa ustaz kat kawasan tu. Guess what? Ustaz tu cakap ada 'benda' ikut dia dan nak berdamping dengan dia. Kita assume saja dia comel jadi dapat menarik 'benda2' lain sebab kat rumah tu ada je budak kecik lain tapi takde pulak jadi benda camni. Ustaz tu cakap benda tu ada gigi 4 batang, baju hitam, seluar putih. Nak tengok? Dia kata. haha. Meremang la bulu roma makcik aku tu.hoho. Yang pergi sekali tu kata sepanjang pergi rumah ustaz tu budak ni nangissss je. Bila sampai , ustaz tu sapu je air yang dah 'dibaca-baca' ke muka budak ni, sekelippp mata budak ni senyap tak nangis dah. Dia ada bagi air yang dah dibaca-baca dan kata kalau jadi lagi, baca ayat 3 Qul+ayat kursi dan sapu ke muka dia (especially mata dia). Supaya Allah tutup pandangan mata dia daripada nampak benda2 yang tak sepatutnya dia nampak.

Nak dijadikan cerita malam esoknya, terjadi lagi benda ni. Pastu dalam 15 minit macam tu dan aku tengok type dia nangis jenis macam sayu+takut+sedih (macam semalam) so aku suggest buat macam ustaz tu cakap guna air yang ustaz tu bagi. Zasssss sebaik sahaja air itu disapu ke muka dia, sepantas kilat budak nii senyap pastu pejam mata+dalam proses nak tidur padahal baru je sesaat sebelumnya menangis bagai nak gila. Kesian gila tengok dia nangis macam takut sangat. Aku rasa mungkin 'benda' tu just nak main2 agah2 cak cak dengan budak ni tapi sebab keadaan fizikal 'benda' tu yang 'luar biasa' buat budak ni takut dan nangis ketakutan.

Orang kata budak kecik senang nampak benda2 macam ni. Especially time maghrib or nak dekat2 maghrib. Kalau jadi kat saudara terdekat korang, cepat2lah bawak ke pihak2 yang sepatutnya. Ciri2 nya, nangis time nak dekat maghrib+nangis pattern lain daripada biasa+berterusan lebih daripada 10 minit.


NI NAMANYA AMBIL BERKATTTT. HAHAHAHA. Kot la anak aku nanti ada terkena badi Baby Mason keee. Mak budak ni peminat Baby Mason jugak. Hari2 masa mengandung tengok muka baby Mason dalam laptop dengar ceritanya. Entah2 ada terkena badi sikit2 tak. HAHA. Pandai2 je aku. Oh ye, ini nana yang amik gambar ni. Ish ish tak pandai dia umpan budak tu untuk pandang kamera

Orang kata laaa, kalau dua2 mak dan ayah gorjes, anak jadi biasa2. Tapi kalau salah seorang (mak cantik tapi ayah biasa2 atau mak biasa2 tapi ayah hensem), anak tu akan jadi comel yaamatz. Mak biasa2 ayah pun biasa2 tapi anak comel gila pun boleh jadi jugak (kadang2). Hipotesis ni aku kaji sedikit sebanyak. Setakat ni semua yang aku perhatikan adalah betul. Cuba korang pulak perhatikan. Neway, sekali lagi, ianya tertakluk kepada mata yang melihat dan pandangan masing2 jugak kan =)

p/s: Until now, Baby Mason masih kekal the most cuttest baby in the world in my point of view. Baby Mason, kenapakah anda comel sangatttttt.

4 voice out:

Anonymous said...

ya Allah, comelnyaaaaa diaaaaaaa. comel sangat gamba die pakai topi ala2 snowcap tu + gelak overdose. pandai nadia agah2 die. memang peramah punya baby (kalau anak sepupu diya si rais, jangan kan gelak, senyum pun nan hadooo).

kesian die kena kacau dengan bendalah tu. harapnya makhluk 4 batang gigi tu tak datang mengacau dah. agaknya kalau kita pun boleh nampak, mahunya histeria sorang2

Nadia said...

tu la diya. Entah2 kalau kita2 ni nampak benda alah tu confirm menjerit tak hengat. Baby at least diorang mampu nangis je.heheh

UknoWana said...

saya percaya dengan Hypothesis anda!heheh...

c.nad said...

kawai!!!
anak sdare sy pun ade kena nangis2 cmni dulu, mmg ustaz yg p berubat kate ada benda ikut jugak..tp tak tau la pulak cmne rupenye... tapi skrg die ok dh...dan dh pandai merapu2..
sy sgt suke tgk dagu die, tajam ok, lagi2 bile part die gelak tuh...adush, cair tengok, nsb bek kecik lg...hahaha....