Pages

Fuh fuh fuhh

Itu bunyi semput. Baru je nak bernafas (read:online). Maklumlahhh lappy pergi service kan, tak beronline lah aku. First2 bukak twitter, update dengan isu semasa (?) pastu bukak FB, tapi FB scan je lah *pilih kasih sket*

Perubahan

1) Selamat Tahun Baru everyone! Ye aku tahu aku dah terlambat ucap T_T

2) Semoga 2011 , kehidupan aku berjalan dengan lebih lancar. Amin.

3) Ehem2. Aku rasa akhir2 ni kan baru aku sedar yang suara aku tak la sedap mana pun. Aik, awat selama ni perasan sedap keee? Wakakaka.

Aku rasa suara aku tak layak masuk hatta karaoke jamban sekalipun apatah lagi karaoke2 yang lain.huhu..Menyesal sebab pernah rasa suara sendiri agak best suatu ketika dahulu. Apaa daaa... Suara aku ni kalau katak-katak dengar pun semua bertempiaran lari okkk.

Dulu masa keje kat 7-e kan ada sorang mamat ni jenis yang suka menyakat orang. Err bukan menyakat secara geli2 konon2 nak ngorat ke apa tapi menyakat yang jenis dia memang gitu jahat2 skit suka buat orang jerit marah kat dia. Ada sekali tu aku terjerit TER-kuat sikit daripada biasa. Bukan saje2 eh in fact aku sound&bengang dengan dia sebenarnya. Bleh plak dia kata sambil gelak2 "Suara ko sama macam sharifah. Macam doraemon *pastu cakap gaya doraemon*". Hampeh punya budak. Over tau samakan suara aku dengan doraemon. Suara aku biasa2 je ok, normal apa suara orang perempuan macam aku ni halus2 gitu. Sah2 dia belum pernah dengar suara Fasha Sandha or tak pernah dengar suara Fasha marah/jerit. Lagiiiiii terserlah.


4) Baru aku sedar yang aku rasa aku takde taste ke arah memilih barang2 perkahwinan yang spesifik apatah lagi baju/cadar/bunga/perhiasan dan sebagainya (kecuali design pelamin). Apasal aku rasa semua cantik2 je? Apasal aku rasa semua ok takde yang tak ok. Ini cantik tak? Cantik. Itu cantik tak? Cantik. Nak pilih yang mana? Itu ke ini? Habis..tak tahu sebab rasa macam semua2 ok tak reti nak pilih mana lagi ok. Risau plak aku kot la majlis aku nanti simple giler macam orang yang takde taste.HAHAHA.

5) Tahun 2010 menyaksikan perubahan aku dari FB ke twitter. Ada kawan baik aku perasan, ke mana aku menghilang kenapa macam tak ber-FB macam aneh. haha. Untuk pengetahuan semua, sekarang dah tak rajin FB dah apatah lagi nak update status 3 kali sehari macam dulu. Err FB macam bosan la!*kata2 orang yang dah ada twitter*. Aku start sign up twitter semata-mata sebab nak baca update Kak Yonna sebab di kalangan blogger yang aku kenal, dia je yang aktif bertwitter time tu. Time tu aku tak aktif bertweet pun sampai kene tegur aku ni update tweet sebulan sekali ke apa. HAAHHAHA.


Perubahan dari FB ke twitter dimangkinkan oleh komplen terhadap status2 aku di FB apasal semua berunsurkan korea. HAHAHA. Yang sebenarnya ada je status tak berunsurkan korea yang aku selitkan sekali tapi apasal tah yang orang ingat korea aje.haha. Ini menyebabkan aku beralih arah ke medium twitter untuk update apa2 sama ada luahan hati, isu semasa, korea2,sharing link dan sebagainya. Pendek kata random thoughts. Lebih telus takda tapis2. Oh serius rasa bebas giler takda orang komplen. Lagipun kat sana, nak update 10 kali sehari pun takde orang heran *sebab semua orang pun bercirikan update 10 kali sehari atau lebih* (Disebabkan ini, aku limit abis la orang yang aku follow. ) Pastu kan tweet yang bercirikan remeh seperti *Ayah aku cakap muka vanida imran cantik. Walaupun dia lagi gelap dari Fasha, tapi dia lagi cantik dan manis daripada Fasha* pun boleh tweet jugak. Cuba aku tulis gini kat FB, sure ada kata "Ada aku kisah ayah kau kata gitu?" *kata kipassusahmatifasha*. Contoh je la.

6) One of kenangan manis 2010 ialah berpeluang training kat multinational company (US based Company) selama 6 bulan. I love their environment and culture. Dan juga berpeluang bekerja sekali dengan officemate2 omputih yang datang dari US dan menganalisis dan melihat cara kerja mereka. Satu benda ketara yang aku tertarik tentang budaya kerja mereka cepat praise orang. Kalau ada apa2 yang rakan sekerja buat bagus, doing well dalam menerangkan apa2, pendek kata even yang paling simple sekalipun, mesti diorang akan praise "Owh good! Very good". Kadang2 rasa macam kelakar pun ada ialah sebab benda simple kan. Semua benda pun good. Tapi aku tak nafikan benda2 ni membuatkan orang berkenaan rasa dihargai. Tak gitu? Benda bagus dipuji, benda yang tak kena akan ditegur secara berhemah sekali.. I like that way. Kalau aku la, aku suka je bos/orang atasan puji kalau kita buat kerja secara bagus sebab itu buat aku lebih bersemangat untuk bekerja keras. Chewahhh. Dan kedatangan2 mereka buat lab jadi ceria sebab bila dah last2 (dah mesra) diorang asyik buat lawak je dan buat semua gelak2 je kat lab. Tak kurang jugak ada jugak gurau2 bercirikan "Nadia, anak Peter muka handsome sebijik macam Harry Potter. Pergilah ngorat". "Nadia, Jeremy takde GF, baru je putus beberapa bulan yang lepas. You grab him la". Hamboiii mentang2 i single kan abis semua orang nak disuakan.

7) 2010 menyaksikan kontroversi perpecahan group2 kpop. Ada yang sebab saman-menyaman tak puas hati, ada yang tamat kontrak terpisah secara baik. Tahun 2011 aku nak tengok doubleS berlima di atas pentas. Bdw sebab utama aku 'usha' diorang ialah sebab aku suka tengok interaksi/perbualan sesama mereka, bonding dan kerapatan hubungan diorang yang kadang2 macam adik beradik je aku tengok. So bila aku tak nampak interaksi itu secara langsung (read:no new variety show), rasa macam kekurangan something. Rasa 'lain' bila tengok mereka bergerak sendiri2. 7 years together berkepit ke sana ke mari, makan sama2 tido sama2,, mandi pun pernah mandi berlima sekali (pengurus diorang mention),gurau2 gelak2 sakan, buli-membuli antara satu sama lain memang strong bonding in group la tetiba kene ubah haluan masing2. Can u feel it? Even kawan yang 3 tahun kat universiti years pun aku rasa sedikit kehilangan bila masing2 cari haluan ni, apatah lagi kalau 7 tahun kan.. Dan tweet Kyu Jong kepada Jung Min yang berbunyi "Happy New Year Mal! You are doing good job. Let us go up the stage this year too!!" adakah memberi maksud mereka akan bersatu a.k.a reunion atau ke stage secara berasingan eh? Confius pulak maksud sebenar tweet dia ni.huhu..

3 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Seriously...??? Suara Nadia macam Doraemon ke, seriously???? Comel-comel high-pitched bunyi macam katun kalau pegi audition buat alih suara untuk katun terkemuka tanah air kemungkinan besar boleh kena shortlisted? YE KE?? Ya Allaaaaaaaaaaahh.. sebab.. bf akak kata dulu pon sore akak mcm katun + macam Doraemon (T__T).
Even kawan-kawan akak kata akak ni Doraemon, kalau nak pintu sukahati mintak kat Noi.. HAKHAK..

I think we should talk on the phone lah! Masa tu leh la kita berlakon jd Doraemon on the phone.. EKEKE.

Anonymous said...

itu lah kan. kalau ade yg update 10 kali dekat fb, rasa macam errr perlu ke update benda gitu? tapi bila orang tweet 100 kali kat twitter punnn tetap enjoy je baca, haha. pelik sungguh.

btw, diya perasan kan omputih ni memang habit die kot praise orang. sebab tengok cerita pun, kalau ada anak kecik yang misalnya tengah lukis kereta ke ape, mesti parents diorang puji2 bagi galakan (walaupun budak tu kecik tak pandai cakap lagi). kalau orang melayu kita? takde de. dimarah nye budak tu lagi ade lah, sebab anak die buat sepah2.

lecturer diya pernah mentioned pasal ni, walaupun nampak small matter je (setakat praise biasa2), tapi benda ni boleh bagi effect pada self-development die. bila grown up, mesti die lebih berani nak cuba benda baru sebab ade orang bagi galakan. herm. menarik kan bila study bab culture ni ;)

Nadia said...

kak noi: ye ke kak. Tp rasanya ramai je perempuan suara halus tp tak bpe menyerlah selagi tak bersuara kuat/high pitch/marah. Personally nadia sendiri tak rasa suara nadia macam doraemon. Itu pun first time nadia dpt panggilan doraemon tu. Act dia kata macam tu maybe sebab nadia jerit kuat giler kot (first time rsnya jerit lagu tu,mmg betul2 marah masa tu). Nadia kalau jerit kuat giler mmg rasa-rasanya ala2 doraemon jerit kot. Wakaka. Tp kalau tak jerit biasa2 je. heheh. And then, takkan nadia nak jerit2 kat kak noi untuk keluarkan suara doraemon tu.Tak smpai ati nak jerit2 kat kak noi.kekekek

diya: betul2 diya. Benda2 tu mungkin antara psikologi effect kenapa diorang ni agak luar biasa dr segi akademik (pandai giler kee) dan juga success dlm apa2 kerja yg diorng buat. Self-development mmg sgt penting kan. Mcm menarik je culture diorang yg ni. Kalau melayu tu, hareemmm la nak puji2 pasal kerja ni. Anehnya kalau puji2 pasal fizikal cantik/hensem boleh plak kan.kekekek