Pages

AJL review

HAHAH. Buat pertama kalinya aku tengok AJL tanpa miss even 1 saat sekali pun. LOL. Ingatkan nak tengok citer hantu Kum Kum kul 11 malam kat Astro tadi. Siap dah hafal tarikh/tajuk/waktu ok! Sekali, eh apa kata layan AJL dulu, nanti kita tukar lah bila dah jam 11 nanti. Bila tiba kul 11, tak bergerak tangan aku nak tukar channel sebab rasa syok pulak tengok AJL ni. LOL. Sungguh aneh sekali sebab sejak ketiadaan CT dalam AJL, aku dengan AJL tak berapa mesra. hahah. Maksudnya tak layan la. LOL.

Ok laaaa, sebenarnya aku layan AJL tadi semata-mata nak tengok CT! Lama owh tak tengok dia kat tv oh so rindu.kehkehkehkeh.

Cakap pasal review AJL, first of all aku tak minat Yuna eh. Hanya adik aku je tahu betapa aku tak minat dia dan style lagu2 dia tapi malam tadi kan masa saat pertama dia hit the keyboard, "wOW" aku terpegun gituu. Layaannnn je aku tengok dia main keyboard. Selalu dengar lagu ni kat radio mesti aku suh ayah aku tukar radio lain.hoho.. Damn! Damn! Damn! Watching+hearing keyboard/piano tune play by someone is ALWAYS impressed me. Aku suka muzik intro dia. Find, sebenarnya aku suka alunan muzik piano/keyboard yang dia mainkan tu. Mata aku ni asyik tengok tangan/jari2 dia je all the time. Youtube! Tutorial please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau pasal vokal, aku sangat setuju dengan juri! Setuju! Setuju! Setuju! Lagu tu pun alahai best giler. Memang menyerlah vokal Hafiz dalam tu. Tapiiiiiii, lagu tu je pun yang menyerlahkan vokal dia sejak dia keluar AF dulu kan? Macam takde dengar je lagu dia yang lain yang menyerlah. Ke ada lagi lagu dia yang popular tapi aku tak tahu? hahah. Semoga dia memilih lagu yang menyerlahkan vokal dia di masa hadapan.

Pasal FT, aku dengan lagu dia ni biasa2 ja. Lagu dia pun dengar2 camtu ada la, memang layan gitu2 je la. Walaupun 'gitu2 je' tapi aku harus akui suara suara/vokal dia agak unik dan rare. Ayah aku pun puji suara dan kata buat masa sekarang dia la artis lelaki yang vokal/suara paling mantap dan best sekali. Aku pun berpendapat dengan dia. FT punya low note&high note just perfect! Dan aku memang bajet2 kalau bukan Yuna menang, FT ni yang menang. Drama King tu takde la best mana pun untuk menang tempat ke-2. FT should!

Ana Rafali. I'm nothing against her tapi sure ramai terkejut dia menang kan. Masa dengar lagu dia tu (note:first time dengar ok. Ye, aku tak bape layan Ana Rafali sejak aku dengar lagu dia yang tajuk Hujan di KL tu tak best so aku agak lagu2 dia pasni sure tak best jugak.LOL), aku rasa lagu tu ok laaa lagu Tolong Ingatkan aku tu. At least better than Hujan di KL tu, best best la jugak tapi ada lagu lain yang lebih best dari tu. Pendek kata bukan dia tak patut menang tapi ada yang lebih patut untuk menang.

Stacy! I love her performance. Consider yg lagu JAHAT dia tu aku suka giler. Ayah aku pun layan ok lagu Stacy ni. Setiap kali lagu Stacy ni keluar kat radio, mesti ayah aku akan kuatkan volume lebih daripada biasa. Setiap kali dengar lagu tu kat radio kan mesti aku fokus abis teliti dengar betul2 muzik dia. Aku sukaaaaaaaaa genre pop dance gitu. Tapi kan dance dia malam tu tak bape memukau la. Tangan pun gerak ke atas dan ke bawah je macam tak dance langsung kecuali part last tu. Biasa2 je la tapi sebab muzik best so aku suka jugak! hahaha. Aku rasa kan KRU/pihak Stacy patut meneliti genre pop dance korean girl group 2NE1 or 4minute sebab somehow aku rasa imej Stacy suits that genre. Kalau buat dance yang memukau macam korean girl group yang aku kata tu fuh fuh sure Stacy gempak gila dan tak mustahil tarian dia akan jadi ikutan.hahaha. Ayah aku kata Stacy sesuai lagu2 genre camni je, suara dia sangat la perfect untuk lagu2 camtu sebab dia pernah dengar lagu Stacy yang balada tak best dan tak bape sesuai katanya. Tak best la kot sebab tak femes pun dan aku tak pernah TER- dengar pun. hehe

Kebahagian dalam perpisahan nyanyian Shahir tu aku rasa agak kureng malam tu. Bukan suara Shahir sebab suara dia ok dah. Cuma dari segi olahan/susunan muzik tu. Macam kurang umphh. Aku suka radio/recording version lagi. Beat lebih rancak dan best. haha

p/s: Aku tahu lagu2 melayu ni dari radio dalam kereta sebenarnya. Itupun kalau kebetulan naik kereta nak pi mana2. Kalau tak, takde la aku tahu lagu2 melayu ni. Kira macam ter ter ter -dengar sebenarnya bukan nak dengar dengan rela hati . Sebab dalam keadaan biasa, aku jenis yang tak dengar radio tak kira radio apa sekalipun. Ala yang macam selalu orang dengar radio melalui phone/mp3 tu. Sebab aku bab2 entertainment ni tak bape sangat. LOL. *terbatuk kejap* Dulu2 pun akak aku yang rajin bukak radio kat rumah/download lagu2 terbaru yang best2 cam lagu Rossa ke atau lagu2 lain. Bila aku dengar best baru laaa aku bluetooth dari phone dia. Harapkan aku download memang takde la even internet tiap2 hari.haha. Same goes to lagu Korea la. Kebanyakan lagu Korea yang aku minat adalah hasil dari ter ter ter-dengar. Terdengar dalam radio ERA la, terdengar masa iklan shot dalam web la. Ataupun ada kawan2 aku post video so aku klik je tetiba eh best giler lagu ni. Tu diaaa. Bukan dengan cara eh-eh-ada-lagu-baru-mari-kita-dengar. HAHA. Tapiiii, ada group baru yang bernick-name kan SS502 bakal debut tahun ni macam harus dengar sebaik sahaja mereka debut sebab nak tengok style lagu dia ada persamaan ke dengan SS501. haha ok bye!

2 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Akak tengok AJL semata-mata nak tengok ZA je.. HAKHAK.. sebab dia ada mention dalam blog yg dia akan perform kat AJL...

Nanti akan buat jugak entry pasal ZA ni.. hihihi

Ana Raff... Lagu dia tu bg akak, tak best pon..... tapi puisi dia not bad..

Anonymous said...

saya bace entri nih dengan berkerut-kerut kening siket sebab... haha aduih, ramai sungguh artis-artis baru malaysia yang saya tak tahu. pulak tuh, saya bukan jenis yang rajen dengar era secara on9. so, memang blur habis lah nih haha.

dan oh, lamenye tak tengok ajl. dulu kecik-kecik tak pernah lepas lah. siap berkampung depan tv hehehe dan menunggu kemunculan siti. :D