Pages

It's not a crime to like someone~Jang Geun Suk~You Are Beautiful Korean Drama

Amaran: Entri ni adalah entri yang gambar overload dan perkataan overload. Sekian


Jang Geun Suk
Bagaimanalah manusia boleh membentuk dengan sebegini sempurna sekali? Ok, lepas tengok gambar ni baru aku tahu dia rupanya begitu comey sekali di luar YAB (dalam YAB tak nampak sangat.Tak secomel gambar di atas.hahah). Apasal dalam cerita Baby and I aku tak perasan kecomelan dia ? Padahal dia dah cukup comel dalam movie tu. Nampak sangat watak dia dalam drama tu belum cukup kuat untuk menarik perhatian aku. hahaha ;P

Tapi walau macam mana pun imej dia kat luar, aku tetap suka imej dia dalam You Are Beautiful (YAB) ni. Rambut tocang dua, mata pakai eyeliner+ muka sengal dia tu. haha ;P

Comel kan gambar ni? Esp kartun tu. Very similar,aite? Thanks to the creator (walaupun aku tak tahu sape)
Aku nak bagi dia title 'King of Drama', sebab hebat dalam memberi good face expression. Pandai buat muka seposen yang jadi. Unik owh!


Aku nak mengumumkan yang Jang Geun Suk adalah BF terbaru aku. Huahuahua. Habis la korang, muntah la asyik dengar nama JGS je pasni. Dah la dulu muntah hijau asyik dengar nama Lee Min Ho, sekarang bolehlah muntah darah coz asyik dengar Jang Geun Suk, Jang Geun Suk, JGS, JGS …Eh ok pe aku minat JGS.. Daripada aku minat Azw*n Ali? Tu dah lain namanya tu. Wakakaka, larikkkkk!!!!


Isk isk isk makin banyak kali aku tengok YAB ni(setakat ni dah 3 round), makin aku suka pulak kepada Jang Geun Suk ni. Padahal mamat ni la aku tak berkenan awal2 episod YAB dulu. Sampai aku meng-convincekan diri aku untuk tak suka dia. Tetiba at the middle episode ter-suka dia pulak. Dan selepas diulang-ulang jadi makin suka. Oh, mengapakah??

Like korean said, ottekeh? Ottekeh?? Ottekeh?????!!! Well, It’s not a crime to like someone. Kahkahkah. Ayat ni aku jumpa dalam YAB ye bukan reka sendiri. Oh, scripwriter citer ni which is The Hong Sister memang pandai la menghasilkan script2 yang lawak to the max. Karyanya juga meletup2 seperti cerita My Girl, Princess Hour, Sassy Girl Chun Hyang.


Jang Geun Suk! Please let me be a fan of you!!! Hahaha.. Ni bukan aku yang cakap, tapi Go Mi Nam yang cakap. Lawak nak mampos la..

Selama ni kan aku tak kisah hero sesuatu drama korea nak couple ngan sape2 pun kat luar. Contoh: Walaupun aku minat Jun Pyo dengan Jan Di masa BOF dulu (siap jadi fan kat fanpage Jun Pyo and Jandi lovers kat FB) tapi aku takde la sampai nak suruh diorang couple kat luar drama. Tapiiiii, untuk drama YAB ni, pasangan hero & heroin sangat sweet ok! Jang Geun Suk, please marry me Park Sin Hye for a real !!!!!! hahah. Excited aku. Tambah2 lagi bila ada dalam satu variety show ni, JGS beritahu yang mak dia suka Park Sin Hye dan mak dia tu siap pergi jumpa tukang tilik (orang tilik hari lahir yang sesuai untuk berkahwin) senyap2 tanpa pengetahuan JGS dan tukang tilik tu kata tarikh lahir mereka sangat matching untuk berkahwin! Walla!! JGS sila ikut kata ibu kay, pilihan ibu bapa adalah terbaik. Eceh!!


Sinopsis You Are Beautiful.

Tentang kehidupan di sebalik sebuah kumpulan penyanyi popular bernama A.N.Jell. Dianggotai Hwang Tae Kyung , Kang Shin Woo dan Jeremy. Asalnya mempunyai 3 orang ahli tetapi disebabkan vocalist, Hwang Tae Kyung mempunyai masalah dengan suara dia maka pihak pengurusan menetapkan akan mengambil ahli baru masuk dalam A.N.Jell. Asalnya seorang lelaki bernama Go Mi Nam yang kene masuk grup ni tapi disebabkan lelaki tersebut ada masalah kesihatan kene jalani pembedahan maka manager A.N.Jell menyuruh Go Mi Nyu menyamar jadi abang kembarnya (sebab muka diorang sama). So bila dah menyamar tu, nama dia pun bertukar la jadi nama abang dia iaitu Go Mi Nam. Dan bermulalah kehidupan mereka berempat di sebuah rumah. Mostly funny situation. Can u imagine seorang bakal sister yang sangatlah pureness, innocent, tapi terpaksa menyamar jadi lelaki pastu mula belajar mengenali cinta. How innocent! Last2 dia tak jadi sister pun. Awal2 tu Tae Kyung menyampah la kat Mi Nam. Ye la, ada orang replace tempat ko sebagai penyanyi mesti ada sedikit rasa tak suka kan. Dah la Mi Nam menjadikan hidup dia kelam-kabut. Tapi lama2 _______ (tengok sendiri.haha!) .Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan plot citer ni. Tak memboringkan langsung sampai aku tak sedar eh eh dah episode 16 dah? Haa..macam tu. Character pun kuat je masing2. Superb lebih2 lagi diorang punya facial expression. Cemerlang!


Review watak:

Watak utama YAB. Dari kiri , Kang Shin Woo, Go Mi Nam, Jeremy, Hwang Tae Kyung

Jang Geun Suk as Hwang Tae Kyung (hero)

Seorang yang sangat pembersih tetapi hidupnya jadi kelam-kabut sejak kehadiran Go Mi Nam. Self-centered, ego, garang tak tentu pasal. Kalau nak sound@tak puas hati apa2 selamba je dia sound direct. Watak dia mengingatkan aku kepada Jun Pyo(Lee Min Ho) dalam BOF. Cuma bezanya Tae Kyung ni suka sorok perasaan dia. Berbeza dengan Jun Pyo dalam BOF. Dia malu nak tunjuk dan berlagak cool. Cara dia berlagak cool tu unik n kelakar. Now, aku rasa watak dia ni dah boleh kalahkan Lee Min Ho okeh (bagi aku la). Salute dengan dia! Dia punya facial expression memang tak leh blah betul la aku tengok. Membuatkan aku asyik terbayang-bayang masa kat lab pastu senyum sensorang.LOL. Tak pernah2 aku macam ni selama ni. Masa gila BOF dulu pun takda macam ni. Gilo ko apa senyum sorang2! Tak pasal2 orang kata aku dah ada bf la, bercinta laa…hahah.Manakala mak pulak kata aku tak betul sebab sengih2 menghadap lappy. Neway aku happy akhir2 ni sebab citer ni la. Minda aku dipenuhi dengan adegan2 dalam citer ni so aku takde masa la nak memikirkan perkara2 yang tak best di sekeliling aku. Bila happy, maka akan nampak seri. Orang kata apa , seri naik ke muka. Eceh. Bunyi macam kelakar tapi tu lah hakikatnya.


Jung Yong Hwa as Kang Shin Woo

Watak dia mengingatkan aku kepada Ji Hoo dalam BOF tu. Orang pertama yang tahu Go Mi Nam adalah seorang perempuan. Tapi dia diamkan. Menyukai Mi Nam sejak dari awal lagi tapi dia pendamkan. Bila dia luahkan , dah terlambat sebab time tu Mi Nam dah jatuh cinta dengan Tae Kyung. Apakan daya cinta tak boleh dipaksa. Eceh! Pandai ko berkata-kata eh nadia.


Lee Hong Ki as Jeremy

Ni lagi sorang sengal. Dia rasa macam dia seorang gay bila dia rasa ‘lain macam’ terhadap Go Mi Nam. Dia rasa dia gay sebab suka Go Mi Nam tu (sebab Mi Nam menyamar jadi lelaki kan).LOL. Lawak nak mampos. Dia orang terakhir yang tahu Mi Nam adalah perempuan. Tak dinafikan dia berwatak comel macam kanak2 dalam citer ni. Keseluruhan dia mengingatkan aku kepada watak Nakatsu dalan citer jepun Hana Kimi. Sebijik character dia.


Park Sin Hye as Go Mi Nam@Go Mi Nyu (heroin)

Seorang yang clumsy, innocent dan pureness. Berperwatakan lurus. Dia macam takleh detect siapa yang suka dia. Padahal tiga ahli A.N.Jell suka dia, sorang pun dia tak dapat detect. Innocent nya alahai T_T. Interaction dia dengan Tae Kyung selalu lawak nak mampos. Bila Tae Kyung rasa Mi Nam ni suka Shin Woo, Te Kyung asyik je marah2 Mi Nam pastu cakap sorang2 (sebab bengang). Selalu kalau dalam cerita korea mesti kalau hero marah2, heroin secara tak langsung akan marah2 jugak kemudian saling bergaduh and the stories goes by. Tapi cerita ini sangat berbeza di mana bila hero marah2, heroin macam lurus okeh sampai hero tak jadi nak terus marah. Hahha..Tu la menyebabkan terhasilnya “Hwang Tae Kyung tone” tu. Peminat2 kat ruangan forum menggelarkan nada suara dia sebegitu. Unik okeh. Mendatar coz konon2 cool ah. Last jadi kelakar plak setiap kali aku dengar nada ‘Hwang Tae Kyung tone’ keluar dari mulut dia.

Favourite scene

1)Supermarket scene (scene paling aku suka)




Percayalah, saat aku tengok je muka masam Tae Kyung tu di awalan video ni cukup membuatkan aku tersenyum@tergelak(kan aku kata face expression dia memang tak boleh blah).Orang yang tak tengok lagi cerita ni berkemungkinan akan kata dia berlakon macam takde perasaan tapi bagi orang yang dah tengok akan kata dia berlakon dengan penuh perasaan! haha.. Masa part Shin Woo &Mi Nam tengah berborak pasal bau buah(kat 0:20), tetiba je terselit muka Tae Kyung kat tengah2 dengan muka jeles dia tu. Adeh, lawak dowhhhhhh.Tae Kyung bila jeles slalu macam tu. A way dia tunjukkan perasaan jeles tu nampak comel okeh. Mulut dia tu dia suka muncung-muncungkan pastu berlagak cool la konon takde pape. Tambah2 bila part Jeremy macam nak peluk Mi Nam (kat 1:09), dan dan keluar ayat “Jeremy grew up in England so he’s used to intimate behavior but Go Mi Nam can’t get used to this”. Adoi, lawak la..Cakap je la yang ko tu jeles. Hahaha. Bila kat tempat kerja boring2 aku akan search ‘supermarket scene’ kat youtube then play, confirm bleh gelak sensorang. hehehe

2) Fan-fic scene

Fan-fic bermaksud imiginasi peminat-peminat terhadap artis pujaan mereka (selalunya novel yang ditulis melibatkan artis pujaan mereka. Aku rasa fan-fic ni berlaku kat industry hiburan kat korea je kot). Most of it..a lot of fangirls doesn't want to pair their idols with girls because it makes them jealous so they make fanfic with those other males they like. LOL. Tak pasal2 je mereka kelihatan sungguh GAY di situ.



Awal-awal2 aku dah gelak terkekek-kekek dah, dan ketawa aku bergema kuat di saat terdengar bunyi gelas pecah saat Shin Woo berkata “I’m going to destroy the two of you”. Lawak giler!!! Aku teringin nak tengok behind the scene untuk adegan ni. Macam mana la diorang boleh menahan ketawa masa berlakon part ni. LOL

3) Mi Nam join Tae Kyung Fansite

Sekarang aku nak kasi scene yang tercomel bagi aku. Kepada sesiapa yang belum tengok, scene ni mengisahkan yang Tae Kyung (JGS) tak sangka yang heroin tu betul2 register dan menggunakan nick name Pig Rabbit!! How innocent!! Pastu JGS menyamar sebagai webmaster dan bertanya beberapa soalan test (pengesahan memberhip) kepada heroin untuk dijawab. Heroin tak tahu pun yang si Tae Kyung tu yang menyamar jadi webmaster. Soalannya semua bercirikan tahap 'interest' terhadap JSG. Hwang Tae Kyung ni cool ke tak. Camtu la type soalannya. Awal2, heroin tu asyik bagi point sikit je kat soalan yang ditanya(jawapan yang sangat jujur), ape lagi, bengang la JGS. Kata peminat setia, apasal bagi point sikit je kan? Pastu dia bertanya soalan yang terakhir "How much do you like Hwang Tae Kyung (watak JGS dalam citer ni)? Please give us a ratting". Dan heroin jawab dengan innocent & honestnya 100% !!! hahah. OMG see apa face reaction si hero! Cute gilerrrrrr!!!!! Tak pernah2 dia ketawa@senyum macam tu dalam drama ni.




Gambar scene menarik


LOL. Perlambangan bunga api muncul di dalam imiginasi Go Mi Nam adalah sangat sweet.Bila Tae Kyung kiss dia, terus keluar bunga api dalam imiginasi dia.Comel jek.

Tae Kyung berfikir2 apasal dia kiss Mi Nam. Dia sendiri tak faham kenapa dia tiba2 kiss Mi Nam. Every circle he made represented an answer but when it came to the question "What is Mi Nam to me?". He couldn't think of an answer.LOL.Adeh, comel je. Dua-dua innocent dalam hal ni.

In a very arrogant way Tae Kyung beritahu Mi Nam “I, hereby, give you permission to like me” (tak bleh blah ayat ni). Pastu dia cakap dia kan penyanyi superstar, mempunyai peminat adalah perkara biasa bagi dia dan tak membebankan (ceh, kepoyoannya terserlah). Klako time dia terkejut bila Mi Nam cakap "Thank you for letting me to like you even as a fan", dia berasa terharu diterima sebagai peminat . Fan???!!! LOL. How sweet. Lepas tu kalau diorang nak dating mesti Tae Kyung kata "We have fan-meeting at bla bla" . Fan-meeting? Adeh, sakit perut aku gelak. Lurusnya alahai si heroin ni, dia rasa perasaan suka@cinta dia pada Tae Kyung sama macam perasaan peminat yang minat artis pujaan mereka. LOL. Innocent okeh. Kalau aku jadi lelaki aku dah ngorat dia dah macam Shin Woo buat.





Tyme ni adalah imiginasi Manager Ma yang kalau2 diorang ni kawen. Masa part Tae Kyung kata “I hereby, give you permission to marry me” . Aku macammm WTH? What permission?? Giloooooo. Lawak ok. Pandai script writer ni kaitkan peristiwa related dalam dialog.



Masa Jeremy menunjukkan video kepada Go Mi Nam. Video first variety show mereka dahulu masa mereka mula2 nak popular. Bagi Tae Kyung, video tu memalukan dia. Dia kene parut lobak menggunakan gigi atas. LOL.Menjerit JGS kat Jeremy suruh matikan video tu. Tapi tak sempat sebab Go Mi Nam sempat tengok adegan tu depan mata kat tv. Dan aku di hadapan lappy tergelak-gelak sensorang melihat telatah mereka. LOL!!!


Manager Ma mengajar cara melindungkan perasaan dari diketahui orang apabila di samping orang yang disukai iaitu memicit hidung. Tae Kyung menyampah setiap kali Mi Nam picit hidung depan dia (act dia tak tahu pun sebab yang tersembunyi)

Tae Kyung mengatakan dia tak suka rabbit sebab dia kata rabbit nampak gentle tapi dangerous. Dan katanya, orang yang pernah kene gigit dengan rabbit je yang akan faham. Dan dan dia kata Go Mi Nam ni macam rabbit sebab dia kata Go Mi Nam ni nampak gentle tapi dangerous (sebab Go Mi Nam menjadikan hati&hidup dia kelam kabut.LOL). Dan disebabkan itu dan disebabkan dia selalu nampak Mi Nam buat aksi 'pig nose' , Tae Kyung menggelarkan Go Mi Nam Pig Rabbit.



Adeh, tak bleh blah betul scene ni. Lawak dowh. Semangat okeh si JGS ni buat 'surgery' bedah hidung pig letak kat rabbit (siap ada pisau, lampu bagai) tu semata-mata nak bagi sepit rambut warna hitam kat pig rabbit tu kasi Go Mi Nam.LOL

Gambar2 lain

tergelak-gelak aku tengok scene ni.


Kalau ikutkan banyak scene yang aku suka dalam cerita ni. Banyak adegan&dialog yang hilarious yang aku suka tapi aku rasa cukup kot aku cerita ni. Kang aku citer semua harussss mencecah lantai kang entri aku ni kang.

Sape nak tengok cerita YAB ni, tengok la kat link ini(youtube) > Link you are beautiful drama (tengok kat playlist belah kanan)
Aku tak ingat berapa puluh kali aku promote link tu kat merata-rata. Kalaulah boleh dapat royalti dengan mempromote link, kaya kot aku skang. huahuahua

Ok, puas hati aku dah buat review keseluruhan cerita ni. Agaknya selagi tak buat review, aku tak puas kot, tu yang berderet je entri YAB tu. hahah.. Bye bye You Are Beautiful (bubye dalam entri je, esok2 kang aku play lagi cerita ni kat lappy, aku peduli apa kan, biasa lorrrr. wakakaka)

p/s: Review ini hanyalah pendapat peribadi. Kalau tak memenuhi citarasa anda, jangan serang aku kay. hahaha ;)

p/s: Aku berani kata aku minat JGS kat entry ni sebab dia artis. Kalau dia orang biasa, takde makna la nak mention di sini siap letak gambar ke apa. LOL

pic: asianfanatics.net forum & Google.com

Entri bergambar overload

Place: Hotel Pullman, Putrajaya
Tarikh: Tak ingat, dah ingat nanti aku letak.
Keselesaan:10/10
Makanan: 7/10. Mahal tapi menu dia tak berapa sangat la(nasib baik bos yang belanja).Paling aku suka pasta carbonara. Perghhh, sedap giler. Dengan muka bercahaya blink blik blink, aku promote kat budak2 meja aku. Dan dan ok diorang semua pergi kat tempat pasta dan order sebijik macam aku , Pasta Carbonara. Kuah yang berwarna putih.


Aku tak amik gambar makanan. Ingat rancangan Jalan-jalan Cari Makan ke apa? Segan owhhh, dah la bebudak praktikal UITM (pandai2 je aku cakap budak uitm, yang pasti ada logo UITM kat baju rasmi mereka, ye la kot kan) dok usha2 kitorang. Don't get me wrong, bukan usha mengorat eh dalam konteks ini, tapi usha sebagai seorang customer kot2 nak order apa2 diorang leh tolong amikkan. Eceh! Kitorang just order air jus buah-buahan sebagai tambahan, makanan semua buffet. Oh ye aku ada try try Sup Miso. Aku amik semangkuk je tapi sikit la. Selalu aku tengok citer Korea, diorang akan buat sup ini untuk meraikan hari jadi seseorang (sila rujuk cerita You Are Beautiful atau Stairway To Heaven).Errk.. Tak sedap wehhhhhhh. Tak sangka plak aku rasanya horror sebegitu rupa. Aku bajet2 rasa dia ala-ala mushroom sup Campbell namun jauhhh beza rupanya. Nasib baik aku tak muntah kat situ.Seaweed untuk sushi aku makan la tapi bila dibuat sup macam pelik la pulak. Aku tak habis makan. Aku mampu makan 3-4 sudu jek. Lantak lerrrr.

Jom layan gambar


comel giler anak Kak N



Jer*my, mat saleh betul2 kat belakang aku tu. Ingat muka dia cepat, nanti entri depan2 nanti aku nak citer pasal dia sket.




Hiasan je lawa...Tetapi rasanya...errr...aku tak makan dah sebab time dessert kurasakan perut dah overload takleh sumbat dengan apa2 dah. Hanya mampu disumbat dengan aiskrim sahaja.





Bos besar aku yang baju hijau duduk kat tengah2 tu. She look Indian kan? Tapi menetap kat US. Husband dia pun berciri Indian jugak.


Rabu, 27 Jan kitorang bawak Pet*r & Jer*my pergi makan Nasi Beriani. Makan free a.k.a Pet*r nak claim duit company nanti. haha. Banyak betul kitorang bergambar. Jarang okeh nak kumpul ramai2 then amik gambarKhamis , 28 Jan kitorang satu department adakan farewell party khas untuk P*ter dan Jer*my. Diorang bukannya apa-apa untuk ditakutkan. Kitorang je awal2 menggelabah lebih padahal takde benda pun, dah bleh geng apa2 takde nak takut sangat. hahah

K, tu je. Bye!

2 perkara

1) Malam2 ni ada orang saje je nak buat spoil mood aku. Walaupun tak menuju khusus untuk aku tapi apakebendanya letak link tu kat thread orang berbincang pasal reunion? Dah la sejak nana takde ni aku tido sensorang. Dah la otak aku ni suka berimiginasi macam2.Pantang dok sorang malam2, kejap2 terbayang scene Ju-On, kejap2 terbayang muka Maya Karin dalam citer PHSM la. bla bla bla. Orang yang suka imagine2 ni memang macam ni kot.



tak pasal2 aku sound direct. Ok, japgi aku nak tengok YAB lagi. Boleh padam imej yang aku tengok sebentar tadi. Biar aku tak terbayang imej tadi tapi terbayang muka ahli-ahli A.N.Jell sekalian. Eceh!!! Siapa berani pergi la bukak link tu. Tak tau la kalau bukak direct kat browser boleh ke tak(aku taknak cuba). Kalau berani la. Gambar tersebut sebesar satu screen ok, GILOOOO!!!!!!! Kalau sekecik ibu jari takpe agi. Kalau tak berani jangan pandai2 nak bukak. Ini amaran ye. Sakit jantung masuk hospital aku tak tanggung eh.


2) Siang tadi kat office ada sejumlah orang memuji aku ______ (isi tempat kosong sendiri). Ada sorang tu kata aku pakai make-up, pakai gincu and blusher. Tergelak aku, lipice pun aku malas nak pakai (tak pakai pun ari ni) apatah lagi gincu2 bagai ni. Blusher tu tunggu aku kawen nanti baru aku pakai. Yang sorang lagi ni lagi kelakar "Nadia, kenapa u banyak ______ hari ni? Ni mesti dah bercinta ni kan? Ni mesti dah ada bf niiiii". Gelak sakan aku weh. Apekebendanya...?? ______ tu semestinya kalau bercinta sajakah? hahaha.. Aku punya tahap confius tu sampai aku pergi toilet dan dan tu gak telek apa yang lainnya aku hari ni.Hahaha, takde maknanya. LOL. Kenapa aku nampak macam _____ tu nanti aku cerita kat entri akan datang+akan datang. Eh mana entri bergambar yang aku kata teaser2 bagai tu? wakakaka, kejap lagi aku post.

p/s: kalau aku letak tajuk entri yang jenis2 nya macam 2 tajuk, dua cerita, dua perkara, etc tu...maksudnya aku tak tahu nak letak tajuk apa ye. Harap maklum

Aku, FS, dan Rumah Iklim Sederhana 4 musim




Kejap2, kita amik mood dulu.1...2...3..

nae-ga olsu-opsul-korago
i-jen kurolsu op-tago

chebal kuman-harago narul tarrae-ji..

chong-mal i-joborigo shipo
tashin-bolsu-optdamyon

narul chapgo-in-nun
noye modun-golllllllllllll


ok,cukup dah lagu satu perenggan. Apasal tah asal musim salji je mesti nak kaitkan dengan citer Winter Sonata. Anggap saja itu permulaan aku ter-jatuh cinta dengan drama korea ;)

Before ni dah DUA kali aku cancel untuk keluar sekali dengan FS. Sikit2 aku ada hal, hal itu la hal ini la dan sabtu 16 januari lepas aku terpaksa la kosongkan jadual aku untuk tidak mengecewakan dia . Aku dengan FS keluar bersama ke Taman Pertanian Bukit Cahaya. We have fun together! Kitorang naik basikal, balik rumah je terus aku sakit2 kaki.

Sebab kuat aku nak pergi situ hanyalah sebab nak merasa masuk rumah salji 4 musim diorang tu. haahah padahal masuk je dalam fridge dah boleh rasa dah. LOL.













Nampak tak pondok tu? Tempat aku dengan FS ber-sharing cerita selama 3 jam. Tentang si Looser.haha

Banyak lagi tempat kitorang pergi. Tapi malas nak upload gambar. hehehe. Kay dah. Tu jek. =)


Gambar teaser untuk entri akan datang pulak. Ceh, sejak bila entri aku ada teaser2 bagai ni? Eh, kejap, teaser tu apa? kahkahkah, aku pakai tulis jek.