Pages

Apa nak buat dengan Si Looser a.k.a Queen Drama ek? Hmm... (fikir2)

pic: Google.com

Sila baca keseluruhan entri di bawah dengan LEMBUT tetapi TEGAS. Diulang, dengan LEMBUT TETAPI TEGAS. Sebab aku menulis dalam keadaan sebegitu. Bukan dengan emosi. Ada beza dua tu.

Kadang2 kan, aku macam kesian la kepada si looser a.k.a queen drama ni. Perasan tak, bila difikir-fikirkan kembali mengapa mereka beraksi seperti looser ni adalah disebabkan mereka TAK ADA KEYAKINAN TERHADAP DIRI SENDIRI. Kesian giler.


Aku rasa macam bertuah sebab tak berfikiran seperti mereka. Aku YAKIN DENGAN KELEBIHAN DIRI AKU (tapi hanya simpan dalam hati, nanti gebang2 kat orang dah jadi RIAK la pulak kan) so that kalau aku tengok kelebihan orang lain aku MACAM TAK HERAN SANGAT. Serius, kalau korang nak tahu la. Orang tu lebih kat benda lain, aku lebih kat benda lain, so buat apa nak dengki? Aku tahu apa kelebihan aku, apa kekurangan aku kemudian BELAJAR UNTUK MENG-IMPROVE-KAN DIRI. Kalau aku tengok orang lain ada rezeki lebih, aku gembira bersama-sama mereka. Kalau kita tengok orang lain berjaya kerana usaha dia, so belajarlah meng-improvekan diri supaya MENJADI SEPERTI MEREKA jugak. PERCAYA DENGAN KEBOLEHAN DIRI. Susah sangat ke semua nak berfikiran macam ni? Susah sangat ke???


Tapiiiii orang yang looser a.k.a queen drama ni berlainan dari normal. Boleh panggil mereka alien. Disebabkan tak yakin dengan kebolehan diri sendiri maka semua orang yang dia rasa tercabar dengan kedudukan dia, DIA NAK CANTAS, DIA NAK BURUK-BURUKKAN so that semua orang bergaduh. Sebab dia, semua orang bergaduh, almaklumla penyampai gossip memang macam ni. Kat orang ni gossip pasal orang tu, kat orang tu pulak gossip pasal orang lain pulak.


Nak tahu apa ending cerita untuk si looser a.k.a queen drama ni? At last, semua telah tahu segala ‘dramanya’ dan MULA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA DIA. Kesian dia dah takde sape nak kawan dah. Kesian tak? Kesian tak? Bila orang dah jauhkan diri daripada dia mulalah dia tertanya-tanya. “Kenapa eh **** macam jauhkan diri dari I ? Entah2 sebab Nadia tak. Ni mesti Nadia ada buat cerita tak baik pasal I kat **** ni..” Aku pulakkkkkkk. Ni lagi kesian ni!!! Tak sedar salah sendiri, tunding jari kat orang. Ingat orang nak percaya? Sory lar ‘drama queen’, dulu kau mungkin menang, sekarang tidak lagi.

*mungkin sebab aku baik dengan ****(Kak N) tersebut so dia sesuka hati buat cerita. Act dia dengan **** tu kamceng giler dulu, tapi sekarang tidak lagi. **** baik dengan aku sekarang. So dia macam jeles ke apatah.*


Si looser tu macam bangga je cerita dengan aku yang dia tengking Mr. *** (manager yang dah berhenti tu. Tyme tu belum berhenti lagi la maksudnya). Kau ingat kau berani sangat lar? Siapa kau nak tengking2 bos? Ingat dia kuli kau? Walaupun tak suka macam mana pun dengan bos, walau macam mana teruk pun bos kau, be professional please? SILA HORMAT. HORMAT! HORMAT!HORMAT! At least kau jaga sikit air muka dia depan pekerja lain. Mentang2 la semua tak suka Mr. ***, berani lar kau tengking2 dia. Kalau tak boleh buat apa yang dia suruh, sila provide reason yang reasonable sikit dan explain dengan tertib tak perlu tengking2. AKu rasa Mr.*** tu takde la kejam sangat.Dia OK. Cuma slow motion je@blur2, tapi takyah la sampai nak pijak kepala kan. Aku pun tak puas hati gak dengan Mr. *** tu tapi sebab tak nak malukan dia dan jaga air muka dia, aku ajak dia pergi bilik meeting, bincang @ cakap elok2. Settle jek. Serius kalau aku la jadi bos kau, AKU DAH TENGKING KAU BALIK DAH “Shut up! Shout your mouth! Siapa bos sekarang?? U ke I? ” Serius kalau aku la Mr. *** tu memang aku dah sembur kau balik sampai terdiam. Part ni memang aku kesian dengan Mr.*** (walaupun aku pun tak suka dia tapi yg ni memang kesian kat dia) , terasa macam maruahnya dipijak-pijak oleh anak buahnya sendiri. Of course kalau kau bos kau tak nak orang pijak maruah kau kan? Kan? Kan?


Bila orang sales cari kau nak settle benda, kau pergi lari dalam lab “I nak masuk lab. ****(Kak N) minta tolong I buat troubleshooting” Padahal troubleshootingnya 5 minit je, 2 jam lagi kau pergi berborak dengan mat saleh kat lab. Borak pasal kucing la,rumah la “Do you like Malaysia”, “How many children do you have”. Bukan pasal kerja, tak berfaedah ok. Aku rasa daripada ko berborak dan bergelak ketawa dengan mat saleh tu, baik kau pergi settle kerja kau yang kau laung2 kan macam BANYAK SANGAT. Kerja banyak sempat lagi borak2. Waktu kerja kau jalan sana-sini, tapi tyme 5.30 jeeeee terus kau pergi tempat kau buat2 busy. Dan dannnn. Supaya kau nak orang nampak yang kau ni 5.30 pun tak balik lagi, wow rajinnya stay lama2 kat office. Buat2 kelam-kabut, telefon sana-sini, kertas berterabur as anggapan kau kertas berterabur=busy=rajin. Yes, u’re a queen drama.


Kau nak jadi QC tapi tak suka documentation. So? Tak pasal2 aku yang kene settle kerja kau. Ok, takpe. Kalau senang takpe la jugak. Aku kan baru, setakat customer besar2@popular tu aku tau la, boleh settle. Kalau customer yang aku macam tak biasa contoh syarikat yang aku tak pernah dengar wujud di Vietnam, China, Korea, Singapore, Thailand,Indonesia, Taiwan of course la aku tak tahu kan. Last2 apa aku buat, aku tinggal semua2 tu tak bersettle atas meja. KAHKAHKAH!!!! Kau ni pun bijak la sikit. Dah tahu bos besar nak turun dari US, kau pergi pass kerja kat orang buat apa. Pulak tu tak monitor @ jenguk2 langsung siap ke tidak. Dibuatnya tak bersettle kau jugak yang susah sebab tu kerja kau. Kan dah padan muka kau kene marah dengan bos besar tu. “That’s all your work. You must settle it” KAHKAHKAH lagi.


Sabtu lepas keluar dengan FS ke Taman Pertanian Bukit Cahaya. Sempat kitorang sharing selama 3 JAM diiringi bunyi air pancut. Entri ni adalah rumusan daripada sharing tersebut. Part2 si looser tu mereka-rekakan cerita tu banyakkkk sangat sampai nak tulis dalam entri pun tak muat. hahahah..


p/s: Err, aku rasa cam kurang sesuai pulak letak gambar atas ni.Sebab gambar tersebut adalah superrrrrcomel , berbeza dengan isi entri yang tak comel langsung. Tapi aku nak letak gak, tak kira!!! Hak hak hak, larikkkkkkkkkkkk