Pages

Entri bergambar overload

Place: Hotel Pullman, Putrajaya
Tarikh: Tak ingat, dah ingat nanti aku letak.
Keselesaan:10/10
Makanan: 7/10. Mahal tapi menu dia tak berapa sangat la(nasib baik bos yang belanja).Paling aku suka pasta carbonara. Perghhh, sedap giler. Dengan muka bercahaya blink blik blink, aku promote kat budak2 meja aku. Dan dan ok diorang semua pergi kat tempat pasta dan order sebijik macam aku , Pasta Carbonara. Kuah yang berwarna putih.


Aku tak amik gambar makanan. Ingat rancangan Jalan-jalan Cari Makan ke apa? Segan owhhh, dah la bebudak praktikal UITM (pandai2 je aku cakap budak uitm, yang pasti ada logo UITM kat baju rasmi mereka, ye la kot kan) dok usha2 kitorang. Don't get me wrong, bukan usha mengorat eh dalam konteks ini, tapi usha sebagai seorang customer kot2 nak order apa2 diorang leh tolong amikkan. Eceh! Kitorang just order air jus buah-buahan sebagai tambahan, makanan semua buffet. Oh ye aku ada try try Sup Miso. Aku amik semangkuk je tapi sikit la. Selalu aku tengok citer Korea, diorang akan buat sup ini untuk meraikan hari jadi seseorang (sila rujuk cerita You Are Beautiful atau Stairway To Heaven).Errk.. Tak sedap wehhhhhhh. Tak sangka plak aku rasanya horror sebegitu rupa. Aku bajet2 rasa dia ala-ala mushroom sup Campbell namun jauhhh beza rupanya. Nasib baik aku tak muntah kat situ.Seaweed untuk sushi aku makan la tapi bila dibuat sup macam pelik la pulak. Aku tak habis makan. Aku mampu makan 3-4 sudu jek. Lantak lerrrr.

Jom layan gambar


comel giler anak Kak N



Jer*my, mat saleh betul2 kat belakang aku tu. Ingat muka dia cepat, nanti entri depan2 nanti aku nak citer pasal dia sket.




Hiasan je lawa...Tetapi rasanya...errr...aku tak makan dah sebab time dessert kurasakan perut dah overload takleh sumbat dengan apa2 dah. Hanya mampu disumbat dengan aiskrim sahaja.





Bos besar aku yang baju hijau duduk kat tengah2 tu. She look Indian kan? Tapi menetap kat US. Husband dia pun berciri Indian jugak.


Rabu, 27 Jan kitorang bawak Pet*r & Jer*my pergi makan Nasi Beriani. Makan free a.k.a Pet*r nak claim duit company nanti. haha. Banyak betul kitorang bergambar. Jarang okeh nak kumpul ramai2 then amik gambarKhamis , 28 Jan kitorang satu department adakan farewell party khas untuk P*ter dan Jer*my. Diorang bukannya apa-apa untuk ditakutkan. Kitorang je awal2 menggelabah lebih padahal takde benda pun, dah bleh geng apa2 takde nak takut sangat. hahah

K, tu je. Bye!