Pages

Hilarious scene~You Are Beautiful~

Hilarious scene. Aku baru jumpa di sebalik tabir untuk scene ni tadi. Perghhhh lawak nak mampos (bagi aku la) . Aku gelak sorang2 je masa tengok scene ni. Scene ni untuk cerita ni memang dah lawak dah (sebab ia part of someone imagination's actually) tapi di sebalik tabir dia lagilah lawak. Mak aku cakap aku gila sebab gelak sorang2. HAHAHAH!!!

Hero dia cam lawak2 skit tapi heroin dia cam malu2 camtu. Dan memang ramai yang menyokong mereka bercinta di luar drama. Undeniable chemistry between both of them . Aku suka bila hero tu jeles orang lain suka heroin tu. Marah tapi tak cakap. Ego la konon. Konon2 tak jeles padahal dalam hati jeles sebenarnya. Bila orang lain nak luahkan rasa hati pada heroin baru dia kelam kabut bagai. Lawak gila^_^






Oh ye, aku dah jumpa scene sebenar dalam drama



Aku usha2 forum Lee Min Ho (hehehe,wellll), ada diperdebatkan isu drama Boys Over Flowers dengan You Are Beautiful yang mana lagi best. Bagi aku, macam tak adil membanding-bandingkan sebegitu sebab setiap drama bagi aku mempunyai keistimewaan masing2. Aku sendiri pun kalau letak My Girl, Boys Over Flowers(BOF), You Are Beautiful(YAB) mana lagi best memang aku tak tahu nak pilih mana satu sebab semua pun best. Susah nak pilih sebab semua pun berkualiti. Kalau tengah tengok My Girl akan cakap My Girl best. Kalau tengah tengok BOF akan kata BOF best, kalau tengah tengok YAB, akan kata YAB best. Pendek kata takyah pilih2, semua pun layannnnnn..


Bagi aku BOF best sebab character heronya. Cam lawak2 gituu. Romantic comedy I think. Manakala lawak dalam YAB ni pulak hilarious. Scene&dialog yang dicipta itu sendiri adalah lawak. Heronya pulak berjaya menyampaikan komedi dengan gayanya yang tersendiri. lain daripada yang lain. Kiranya kalau dengar dialognya akan spontan kata "Hakhakhak . Ngok betul!"

p/s: YAB ni baru sangat. Aku berani bet dengan yakinnya bahawa bila cerita YAB ni hit dalam ASTRO@tv8 nanti memang demam YAB akan melanda Malaysia sama macam demam BOF sekarang ni ;)

p/s: Aku tengah demam YAB@A.N.Jell sekarang. Layankan aje la eh. HAHAHA!! Bdw, nama Nadia Ady AnJell kat FB tu aku rasa macam best je. Aku rasa nak kekalkan lah tak nak tukar-tukar dah. Maklum la A.N.Jell orang tak kenal sangat kan. Dulu aku letak Nadia Ady Cullen, terus berduyun orang sound. hahaha.. Ni takde orang sound la pulak . Teeheee :D

p/ss: Saje je nak mention sape A.N.Jell sebenarnya. Kot la ada orang ingat aku perasan angelic pastu letak nama AnJell kat FB kan.


Kerana sambutan terhadap cerita YAB ni sangat menggalakkan di Korea, mereka telah mengadakan mini-concert khas untuk peminat drama ni. Yang uniknya, soundtrack utama dalam drama ni dinyanyikan oleh hero cerita ni. Suara dia sedap okeh, sampai aku pun mula2 terconfius ingatkan mereka ni sebenarnya band sebenar (luar drama maksud aku) dan ingatkan si hero ni memang penyanyi betu2l. Rupanya bukan.

Selain lagu kat sebelah kanan atas ni, aku suka gak lagu di bawah ni. Dinyanyikan oleh si hero ^_^



Aku suka bila hero melaungkan ayat "Don't be where I can't see you". Ia mempunyai double meaning.
p/s: Wahhh berderet aku cerita pasal YAB ni. Maklumlah tengah demam kan. Hope ini last entry pasal YAB. muahaahahahah!

Selingan: Aku pelik apasal tv8 pergi tukar lagu dalam BOF tu(yang tengah ditayangkan di tv8 sekarang). Contoh, lagu Paradise by T-Max sepatutnya keluar untuk scene Jun Pyo bagi surprise bunga api masa kat Pulau Caledonia tu. Tetiba lagu apa tah keluar. Tak sesuaiiii. Lepas tu banyak plak scene yang dipotong. Walaupun aku tengok 2 round je citer BOF tu, aku ingat gak la semua 'khazanah2' dalam cerita tu. Kelakar aku tengok peminat BOF 'mengamuk' kat paper Pancaindera 10 januari. Bagi komen&ulasan yang kalau tv8 tukar soundtrack asal cerita tu lagi, dia ugut tak nak tengok dah apa2 cerita korea kat tv8 tu. Nak kasi rating jatuh la maksudnya. hehehe.. Aku ingatkan aku dengan nana je yang perasan tak sangka ada orang lain perasan gak. Cukup2 la tukar bahasa Korea ke Mandarin, takkan soundtrack pun nak tukar jugak kan. Tak nampak reasonable di situ.