Pages

Selingan[3] : Jang Geun Suk (JGS)

First2 masa aku tengok You Are Beautiful (YAB) ni, aku ingat A.N.Jell adalah grup sebenar. Sejak aku baca komen kawan aku di bawah ni baru aku tahu mereka adalah bukan grup yang sebenar. Hanya dalam lakonan sahaja.





*heheh bertuah betul mendapat rakan yang rajin menyebarkan news ni.hihihi. Act aku dengan dia tak rapat sangat (kawan sek men tp tak pernah bercakap) tapi melihatkan sesi berbalas komen, terasa meriah je. Errr...minat juga boleh menyatukan orang. Aite?*

Ok, fine. Pastu bila aku go through komen2 video di youtube baru aku tahu yang Lee Hong Ki (rambut kuning) adalah penyanyi dalam grup F.T Island dan Jung Yong Hwa adalah ahli band C.N Blue (setahu aku band underground). Fine, memang diorang ni ada band sendiri before berlakon cerita tu lagi. No wonder diorang boleh beraksi dengan baik di atas pentas. Sekarang tiba masanya aku menyiasat tentang watak utama@vocalist A.N.Jell dalam YAB ni (sila bayangkan detektif nadia sedang menyiasat)


Dan aku terkejut mendengar berita yang Jang Geun Suk (watak utama dalam cerita YAB) bukan penyanyi sedia ada tapi HANYA MENYANYIKAN SENDIRI LAGU DI DALAM CERITA INI. Maksudnya bukan miming ke apa ke. Memang dia yang nyanyi sendiri. Act lagu2 tersebut sebenarnya lagu Hong Ki (yang rambut kuning tu, grup F.T Island), tapi dinyanyikan semula oleh JGS. How cool he is.


Dan aku ada dengar cerita yang dalam drama dia sebelum2 ni dia memang menyanyi dalam dramanya. Maksudnya dia hanya menyanyi dalam dramanya saje bukan kat luar. Kiranya macam Eira Syazira nyanyi lagu dalam Cinta Balqis tu camtu la lebih kurang. Ramai yang suggest dia supaya menyanyi secara profesional (secara serius) tapi sampai sekarang dia refuse (tak tahu la kalau2 dia dah start debut ke kan) . Mana tahu lepas YAB dia terbukak hati nak menyanyi secara pro sambil berlakon keee..hehehe


Fuh, sekali lagi aku kagum ngan mamat JGS ni. Pada pendapat aku adalah sangat susah untuk seorang pelakon biasa untuk berlakon seperti penyanyi. Yang paling aku terkagum, JGS berjaya melakukannya dengan baik sekali sampai aku pun tertipu ingat dia adalah penyanyi before berlakon cerita tu. Bukan aku je yang tertipu, jutaan penonton drama2 dia pun tertipu dengan 'lakonan' dia jugak. Tak percaya boleh baca komen video2 di bawah di youtube. Kalau korang rajin la. LOL.*

Aku tahu semua orang boleh berlakon menjadi penyanyi tapi bolehkah kalau orang tersebut

1) Boleh beraksi seperti 'penyanyi sebenar' di atas pentas
2) Mempunyai gaya jalan, memek muka, pakaian, rambut yang 120% seperti penyanyi. Dengan erti kata lain, menjiwai watak 'penyanyi popular' dengan baik sekali.

GAYA, GAYA, GAYA.

Dia memenuhi 120% gaya seperti penyanyi sebenar dalam cerita ni. Dari segi suara, aku akui dia dah beat LMH. hahahah


Ok, takyah cakap banyak2. Anda nilailah sendiri.



Tajuk lagu: Still/ As Ever (aku suka part dia petik gitar masa kat tyme 2:25)

*Scene ni merupakan salah satu scene dalam YAB



Tajuk lagu: Promise

*Kamera tu sedang record, untuk dijadikan scene dalam YAB. How cool!!



*Scene last YAB.



p/s: Aku asyik ulang YAB YAB YAB je berderet. Err, ada sesiapa rasa nak muntah? Aku tak rasa nak muntah pun. Lalalalala~

p/ss: Beza suara JGS dengan Hong Ki ialah suara JGS lebih 'manly' berbanding Hong Ki. Sekian

p/sss: Kalaulah A.N.Jell adalah real (dan Park Sin Hye one of them), sure aku akan menjadi peminat nombor ______ diorang (nak letak no. 1 tapi macam ramai je dah letak no.1. HAHA)

p/ssss: Waaaa, aku telah memungkiri kata konon2 tak cerita pasal YAB dah. Waaaa. Dush!~