Pages

Hairstyle

Setelah banyak entri aku tak bergambar, sekarang mari ke segmen bergambar yang bernama segmen "Cuci Mata".

Ini first time aku bercakap tentang hairstyle. Dan first time jugak aku macam pay attention terhadap fesyen rambut pelik sebegini. Lelaki berambut tocang. Sebelum2 ni pantang nampak di mana-mana confirm aku kutuk. hahaha..

Aku rasa fesyen sebegini sangatlah sesuai dengan dia kot. Walaupun orang lain nampak horible tapi aku sukaaaaaa. Aku rasa fesyen begini sesuai untuk artis kot, kalau orang biasa2 yang buat mungkin nampak agak janggal (baca: aku tak berkenan. hahaha)




Cool owh


Masa tengok gambar atas ni terus nana cakap "Eh angah, ni gambar profile yang Taro Taro tu kan? (merujuk kepada FB cik Taro MilkTea. hehehe). Ingat@peka jugak ea mata dia ni . Tapi tak sepeka mata aku sebab gambar itu adalah seperti di bawah

kredit kepada cik Taro MilkTea itu (u know who). heheheh

Bersama hp Samsung Corby touch screen kepunyaan Park Shin Hye. Dia punya kaler hijau kot. Errr...perlu ke mention ini???
All white

Sangat jarang owh nampak dia senyum lebar cenggini dalam YAB. Aku rasa reaksi muka gambar di atas adalah comel. Sekian terima kasih.







Owhhh...macam ni rupanya dari belakang.

Aku rasa sebab aku minat dia kot so fesyen apa2 pun kelihatan cool. Tapi paling cool yang berambut tocang la, Hahaha.

Aku perasan ada salah seorang ahli 2PM rambut macam ni gak tapi sebab aku tak/belum minat lagu diorang so aku macam takda heran la. hahah

Tapi memandangkan aku minat lagu CN Blue terutama lagu berhantu (eceh)I'm A Loner tu maka aku pun pay attention la terhadap salah seorang ahlinya



Lee Jung Shin. Teheee =D Tetiba jek. Setiap kali aku view klip video I'm a Loner, mesti mata aku cari si Jung Shin ni. Saje nak usha rambut dia. hahaha, boleh plak kan.



OMG OMG OMG!! Ini fesyen apakah? *geleng2 kepala* Oh tidakkkkkk.... Lariiiiii!!!!! Lariiiii!!! Lariiiii!!!!

p/s: Dia BUKAN idola aku. Tapi aku mungkin salah sorang kipas susah matinya (die hard fan.ngeh3x). Sebab kalau aku minat artis mana2 pun tak kisah dari celah mana pun artis tersebut, aku tak pernah terfikir nak jadikan mereka role model atau mencontohi segala-galanya tentang artis tersebut. Minat aku terhad kepada kebolehan atau bakatnya sahaja. Imej mereka memang aku tolak tepi. Minat aku ada batasnya. Sebab tu aku macam pelik ada jugak ea orang yang ikut melulu perilaku@apa2 tentang artis idola mereka. Artis yang ko minat pakai seksi so ko pun nak seksi gak ar? Artis kau suka masuk kelab so kau nak gak masuk ar? Konon2 nampak geng sebab sama lifestyle. What the fish. Habis tu KALAU artis idola kau makan taik kau nak makan taik jugak keee?


p/s: Idola bermakna SEGALA perilaku dia dari SEGENAP SEGI, ciri-ciri dan personaliti yang wajar dicontohi dan diikuti TANPA RAGU. Idola bermakna kalau boleh kita mahu menjadi 100% sepertinya. Maka idola aku dah tentu2 lah Rasulullah s.a.w. Sama seperti anda-anda yang beragama Islam juga. Salam Maulidur Rasul. =)

pic: kredit to Google.com, FB JGS

Trust is hard to get but easily lose

Ada orang menyuruh aku menyebarkan kat blog. Dia kata jadi blogger kene berani. Tapi aku kan penakut. Huahuahua

Tak reti nak buat ayat (tiba2 jek) maka, gambar mesej ini je lah yang mampu aku letak


Informer: Kawan ayah aku sendiri. Pekerja di sana.Di sana, tempat itu satay terkenal di area KL@Selangor. Kalau aku cakap confirm 100% semua tahu.So takyah cakap la ea. Nanti aku kene saman(penakut jugak aku ni rupanya). Agagaga~

Aku tak tahu la mereka buat lagi ke aktiviti ni sekarang. Yang pasti aku diberitahu pasal ni sejak hujung tahun lepas lagi. Tapiiii, mana lah tahu sekarang mereka tak buat lagi ke kan. So, pandai2 sendiri lah ea. heheeh.

Sekarang kami sekeluarga dah tukar selera, tidak lagi mendambakan satay itu . Cari satay orang lain yang rasanya lebih kurang sama. Walaupun tak popular. hehehe

p/s: Aku rasa semua tahu kot satay apa, kalau tak tahu contact lah aku di FB or email ye =D

Toucholic

Walaupun sana-sini orang bercakap tentang BlackBerry, tapi lama2 tengok kan, aku cam tak berkenan pulak dengan bentuknya. Walaupun canggih, tapi kalau tak berkenan dengan bentuknya tak best la pulak kan (bagi aku la).


Apple




Samsung Corby. Err...cam kenal je type phone ni. Nak yang hijau tu buleh? Teheee :D

HTC Diamond

pic: Google.com


Ni semua gara2 pengaruh rakan sekerja. Aku rasa macam best ar leh online kat phone.Yang penting internet free takyah bayar (bukan macam aku, nak guna internet je mesti kene potong RM2 satu jam. Lembab namam-pos pulak tu)


p/s: Aku tengah fikir sama ada nak beli yang riban-riban ke atau ratus2 je (baca:tiruan. kahkahkahkah). Kalau beli yang ori memang lambat lagi la. Lainlah gaji aku RM4000-RM5000 boleh lah beli anytime. ngehehehe.

p/s: Gambar2 phone di atas tu je yang ada dalam kepala aku sekarang. Yang berada dalam senarai pilihan (kalauuuuu nak beli). Malas nak discover type2 lain.hahaha


Chi so ya !!!


*pic: google.com

Tadi aku pergi interview. For the first time secara serius. Eceh. Yang interview dengan BNM tu belum masuk serius lagi sebab tak menyentuh hal-hal teknikal berkaitan kimia.

Peng-interview ada dua orang. Sorang senior chemist chinese (manis aja mukanya) dan sorang lagi HR (muka ala baik2).

Kalau setakat soalan ‘introduce yourself’ tu memang confirm lancar punya. Bila ditanya pasal experience tu memang part yang agak sukar la kan. Chemistry kan banyak line kan. Food, metal, polymer bla bla bla. Mula-mula dia tanya aku ok ke kalau bertukar chemistry line dari food (berdasarkan experience kat company sekarang dan di MPOB dulu) ke metal. Aku dah agak dah soalan ni mesti ditanya punya. Risau aku kot2, experience aku tak match dengan dia punya requirement. Tapi bila difikir-fikir balik, resume aku kat jobstreet tu mereka dah view 5 kali so konfem dia tahu@baca setakat mana experience aku kan. Kalau tak, apasal dalam 139 applicantions, mereka hanya shortlist untuk interview 6 orang je kan. Mesti dia rasa walaupun line chemistry lain tapi masih boleh dipertimbangkan. So atas sebab ini aku sedikit yakin.


Since dia tahu aku handle HPLC sekarang, pastu dia tanya aku ada pernah run ICP tak. Aku cakap tak tapi aku pernah tengok chemist handle@run. Since selain mesin HPLC , lab aku ni ada jugak mesin ICP jugak di mana fungsinya untuk mendetect kehadiran metal dalam sample makanan (iron contohnya. Eh dalam Milo pun ada iron kan).Dan sekaliiiiii je aku pernah join diorang buat digestion. And aku tahu kalau digestion metal kene guna asid. Itu je yang aku cakap. Oh, rugi aku tak tanya mendalam tentang ICP kat ada seorang akak chemist tu. Huhu. Tapi kan, berdasarkan pengetahuan aku dan kak N, run HPLC lebih sukar berbanding ICP. Sebab run ICP agak simple dan tak banyak troubleshoot. Since nak digest metal adalah senang berbanding nak digest vitamin.


Tapiiiiiiiiiii, aku terlupa nak cakap beberapa magic word ni. Waaaaaaa.. Dush2! Penat aku fikir2,reka ayat tapi bila tyme untuk dikeluarkan, aku boleh plak tetiba lupa nak keluarkan. Aku dapat rasakan takde debaran di hati aku tapi aku macam terhilang perkataan. Oh apakah? Adakah kerana aku tak focus@terperanjat? Haishhh aku ni selalu macam ni tau. Kalau first time di-terjah mesti akan fail. Dulu pernah masa kecik2(Form 1 kot) aku berjalan pergi kedai dengan sedara. Sedara aku ni type2 suka pakai emas2 di pergelangan tangan, leher, dan kaki. Sekali muncul perompak depan mata&ragut emas2 tu. First time okeh aku berhadapan dengan perompak. Sedara aku tu dah nangis2 dah sambil pandang aku. Aku boleh ternganga jek? Jekk?? Lepas ternganga beberapa saat, aku hanya mampu cakap “Woi bodoh apa kau buat ni hah!!??” T_____T. Setakat cakap bodoh mana lah ada effect. Sepanjang perjalanan balik aku macam menyesal giler. Apasal aku tak jerit je kuat2 tyme tu. Kot la lembik sangat pun at least jerit lah sikit ye dak? Yang paling penting, apasal la aku tak tendang je organ kelamin dia??? Wo wo wo wo , agak sensitive di sini. Walaupun sensitive tapi berkesan untuk dilakukan terhadap orang jahat. Kan kan kan. Takpe lain kali kalau aku jumpa lagi konfem aku tendang takda fikir apa dah pastu cabut lari. Padan muka. Haha!



Okay, sekarang aku mengalami masalah yang sama la. Lepas je interview, aku masuk je kereta terus laju je aku cakap dengan ayah aku magic word (ayat2 positif) tersebut yang sepatutnya aku cakap pada interview yang lepas. Lancar okeh aku cakap dengan ayah aku. Sengal!! Takpe la kalau tak terpilih pun. Sekarang aku lebih percaya kepada Allah. Kalau aku tak terpilih pun , aku hanya anggap bukan rezeki aku (rezeki orang lain) dan Allah mungkin menjanjikan yang terbaik buatku di masa hadapan.Lain kali cuba lagi. So dengan itu aku takde lah kecewa kalau tak dapat pun. Hihihi. Eh, betul la aku tengah gelak ni tak caya sudah. Ngahahaha.


p/s: Bilalah company yang operate HPLC nak panggil aku lagi ni. Dulu ada sekali panggil tapi kat kedah ko. Mana ayah aku kasi. Aku tak harap sangat kat company yang aku gi interview tadi sebab aku lebih suka handle HPLC berbanding ICP. Sebabnyaaaaa, walaupun handle HPLC lebih susah tapi lebih senang sebenarnya. Okeh, k-o-ling dah ayat aku ni. Sebab kalau HPLC boleh prepare banyak2 pastu biar overnight. Susah dulu senang kemudian. Since satu sample dia run 30 minit kot. ICP pulak satu sample 3-5 minit je, so takleh la overnight. Maka jadi susah memanjang tak senang2. hoho. Ok, terasa sangatlah KIMIA entry aku kali nih. Sory kalau korang terpening-pening baca


p/s: Aku seorang yang mudah belajar dari kesilapan pertama. InsyaAllah interview yang kedua, ketiga, dan seterusnya, I will do my best.

Macam-macam



1) Kawan aku ada tegur aku tak lama dahulu. Mengatakan betapa rajinnya aku buat huruf besar pada permulaan ayat pada status FB. Baru aku tahu yang aku sungguh skema dalam menulis status di FB. Permulaan ayat huruf besar, ada koma, ada titik, ada space selepas titik. Hahah. Act aku pun baru perasan sebenarnya. Selama ni aku tak perasan pon.haha. Aku tak rajin tapi sebab dah terbiasa agaknya. Aku hanya jawab dalam hati, sejak aku berblog la aku jadi camtu. Kalau korang perasan aku punya entri mesti huruf besar pada permulaan ayat, ada titik, ada space selepas titik, ada koma bla bla bla semua pon ada. Haahah..Skema aite?


2) Aku menyampah dengan orang yang memberi sesuatu untuk mengharapkan balasan. Atau memberi sesuatu dengan niat. Ada suatu masa dulu

Mamat A: Ada no telefon tak?
Aku: Takde…
Mamat A: Takkan besar2 camni takde telefon kot..
Aku: Betul takde.
*setelah didesak beberapa kali*
Aku: Betul takde. HP hilang (tetiba keluar ayat nih untuk kaver)
Mamat A: Nanti abang belikan hp untuk adik eh. Nanti boleh kita boleh mesej2. Eh?
Aku:Ahhhh, tak payah. (Dengan kasarnya aku membalas.)


Apa abang adik abang adik? Sejak bila mak aku mengandungkan kau? Atau sejak bila mak kau mengandungkan aku?


Sebelum tu aku biasa2 je dengan dia. Tapi disebabkan ada satu peristiwa ni dan peristiwa di atas juga, aku mengambil keputusan malas nak layan dia dah. Dia tanya apa2 aku jawab dengan sepatah dua jek takpun lari. Apa kau ingat kau bagi aku hp, so aku layan kau la eh? Boleh blahhhhhh. Dia ingat dia bagi aku barang2 so aku suka dia la. Please ahhh, lagi aku menyampah adalah. Serius aku menyampah dengan orang yang mempunyai mentality sebegitu. Baru kenal senang2 je bagi barang kat pompuan. Nampak sangatt.

3) Aku rasa aku sorang je yang mengalami masalah ni tapi bila aku blog walking baru aku tahu ramai jugak yang sama geng dengan aku dalam hal ni. Aku fail bab2 ingat jalan. Sila ingat ea. Dan ini jugak sebab utama aku boleh fail test jalan raya JPJ ari tu. Aku lupa dah sampai simpang nak ke kiri atau ke kanan padahal dah dua@tiga kali dibawa berlatih . Giloooo kan? Aku buat muka seposen je bila kene sound dengan pakcik JPJ tu. Kahkahkah. Masa kat upm, nak dekat sebulan kot(ke lebih?) aku baru cam jalan. Jalan ke library, fakulti, dewan kuliah, direction bas, semua2 tu la. Minggu2 pertama, kedua dan ketiga memang aku blur dan bergantung sepenuhnya kepada rakan sekuliah yang baik hati bernama Sya dan Nora. Eceh! Hahaha. Nasib baik ada diorang, kalau tak confirm aku sesat dalam university sendiri. Awal2 tu tyme diorang berbincang bab2 ingat jalan (tyme tu mereka macam berusaha keras nak cam&pilih jalan yang perlu dilalui) aku pun join jugak la buat2 memerah ingatan jugak padahal sebenarnya satu apa pun takde dalam kepala aku tyme tu. Konon2 ingat sikit2 la cuma nak recall balik padahal tak pernah ingat pun. Zerooo ingatanku. Huahuahua. Takpe, usaha itu paling penting.


Yang paling peliknya kan. Masa form 4, aku perasan yang ada satu kedai ni ada jual a lot of korean thing. Poster, keychain, vcd/dvd korean drama, photobook, etc. Excited punya pasal ,aku berusaha keras cam jalan supaya lain kali aku boleh datang sorang2 ke sini beli2 apa yang patut. Aku nak cam jalan supaya kalau aku naik lrt turun ke Plaza Rakyat, arah mana yang patut aku pergi supaya boleh sampai ke sana tanpa perlu SESAT. Hahaha. Masa nak balik ada la sepanjang 100 meter aku tertoleh-toleh ke belakang (proses pengecaman). Sepanjang 100 meter itu jugak, apa2 yang orang sebelah cakap (mak, kakak, adik) memang aku tak pay attention sebab tengah khusyuk mengingat, menghafal dan meng-imagine. Eceh, dah macam exam bunyinya. Dan, nahhhh. Kali kedua datang aku dah boleh cam jalan okehhhh *sniff sniff* (muka bangga). Kali ketiga aku dengan sepupu aku pergi ke situ minta kerja kosong jadi promoter. Wakakaka.


Ayah pernah tanya aku. Apasal kalau aku baca buku, soalan peperiksaan aku boleh jawab jugak tapi fail bab2 ingat jalan. Errr..aku pun tak tahu apasal. Tetiba rasa cam bodoh giler. Huakakaka. Aku rasa kan, sebab utama ialah setiap kali berjalan minda aku tak berhenti-henti berfikir. Maka, kalau sedang berfikir mana lah boleh hafal @ cam jalan. Ada la benda yang aku fikir korang takyah la tahu. Heheh


Tapi korang takleh kata aku pelupa sebab kan walaupun aku baca sekali imbas sesebuah entri di blog orang lain, 2-3 bulan pastu dia recycle entri yang sama AKU BOLEH CAM SEBIJIK-SEBIJIK ayatnya siap dengan gambar2 sekali. siap dengan perkataan dalam gambar tu sekali. Makanya aku agak pelik la follower2 setia blognya boleh rilek je bagi komen puji-pujian. Kalau aku, aku bagi je sebijik komen “Apasal rasa macam pernah baca entri ni sebijik sama?”. At least tak lah sekasar ada seorang followernya mengkomen “Entry recycle. Dah tak de idea sangat ke nak buat entry cik kak?”


Lagu Paling Comel



Aku rasa setelah 8-9 tahun bergelumang dengan lagu2 korea dengan segala jenis OST drama, aku rasa ini LAGU YANG PALING COMEL. Kalau nak dibandingkan dengan lagu melayu jugak, aku rasa lagu ini jugak yang paling comel.Sebelum2 ni nana ada tanya aku, aku ada tak lagu tu dalam phone, aku selamba je jawab “Aku tak minat sangat lagu tu nana. Entah, tak tahu ada ke tak”. Hahah. Aku baru perasan kecomelan lagu ni khamis lepas masa nana pasang kat phone dia. 2-3 kali dengar tetiba je aku macam tertarik sikit. Then aku dengar dengan teliti iaitu mendengar dan menghayati sambil menutup mata (kiranya mendengar dari hati la. Cewahhh) terus fall in love gituu. Minat yang sangat2. Masa tengok cerita tak perasan pulak kan. Macam biasa, membagi alasan, khusyuk tengok reaksi muka pelakon2 . hahaha.


And then jumaat lepas aku pasang kat lab banyak kali jugak la. Macam puluh-puluh kali pun ada jugak. Sambil buat kerja lab, aku pasang lagu ni ulang2, hp letak kat poket baju lab. Supervisor lab takde so bermaharajalela la semua2 termasuk aku sekali. Haha.. Takde la kuat sampai satu lab dengar tapi cukup untuk aku je yang dengar. Kak N dan Ida which is NOT korean lover terdengar 2-3 kali pun terus suka. Kak N siap cakap sambil goyang2 kan kepalanya “Lalalala lalalala (she singing). Haishh, dengan aku sekali berjangkit dengan ko. Comel la lagu ni. Lagu sape ni?”. Setiap kali lagu ni berkumandang dan dia terdengar mesti dia akan cakap “Lalala lalala”. Hoho..Yang si Ida pula, masa tengah pasang lagu kat phone dia, nampak je aku dan terdengar lagu yang aku pasang terus dia tutup phone dia kejap sebab nak dengar lagu yang comel ni. Hahaah. Siap cakap “Cewah bleh tak, tutup phone kejap sebab nak dengar lagu tu. Haha. Comel la lagu tu. Walaupun tak faham satu apa yang dia cakap, tapi enjoy dengar dia nyanyi.” Owhh, aku telah menyebarkan lagu comel ini secara tak langsung nampaknya. Sebab selama ni kalau aku pasang lagu, aku tak kisah orang dengar atau tak.

Meh sekarang aku nak sebarkan kecomelan lagu ni secara langsung pulak.

Title: Lovely Day ; Singer:Park Shin Hye



Klik link ini kalau nak play the full song with the lyric.

Klik link ini kalau nak play the full song and download the mp3 of this song.


Comel weh. Aku tak tahu sama ada nak cakap suara penyanyi yang comel, lontaran suara penyanyi yang comel, cara sebutan comel atau irama lagu ini sendiri yang comel. Entah, semuaaaaaaaa comel aku rasa. SEMUA. Sebab tu aku gelarkan lagu ni lagu paling comel di hatiku setakat ini. Try dengar 2-3 kali dulu. Hehe. Dan cuba dengar dengan teliti menggunakan mata hati ceh ceh ceh how that singer pronounce word by word. Sangat comel okeh sebutan dia tu. Sampaikan setiap kali dengar mesti aku nak goyang2 kan kepala ke kiri dan kekanan mengikut rentaknya. Especially part ‘lalalala lalalala’ I enjoy with that song so much!


Kalau tak faham lirik, rasa macam nak tujukan lagu ini kepada baby2 yang comel (sebab lagu ni comel), tapi bila faham in English translation dah takleh la pulak. Lain meaningnya. English translation dia pun sangat sweetttt ok. Menggambarkan orang yang baru/sedang fall in love. Nanti bila aku just fall in love with someone for the first time, aku akan mengeluarkan lagu ini sekali lagi di entri aku di blog ini (insyaAllah) with no other word or hint. Hanya lagu ini with the English translation sahaja. Ingat ye. Itu je hint yang aku kasi. So, rakan2 ku sekalian, ingat2 lah ye. Jangan salahkan aku kalau aku tak beritahu or bagi hint. hehehe


Err..tapi kan…tapi kan…tapi kan…macam lambat lagi jek. Hahaha!



Ini penyanyi lagu tersebut. Such a natural beauty and natural cute.Aku paling suka gambar dia yang ini. With no make-up on face =D. Pic: source

Tak berkaitan dengan entri:




Adeh, balik je dari Melaka, bukak2 je facebook, komen FS ni buat aku gelak terkekeh-kekeh. Tak sangka dia ingat SEMUA-SEMUA isi percakapan/perkara yang pernah aku beritahu dia dulu. Lamaaa dah. Hujung bulan 12 tahun lepas. Walaupun dia bukan korean lover jugak, tapi dia ingat apa yang aku cakap, apa yang aku describe. Dia ini sangat teliti *kagum*

Laptop baru nana


*laptop baru nana*

Kami sekeluarga ke Plaza Low Yat semalam. Untuk men-survey laptop untuk nana. Actually bukan survey la sebab dah macam fall in love at the first sight. Masuk2, nampak booth Acer sekelompok (ala yang kat pintu masuk utama yang ala2 macam pameran tu), pergi ke satu laptop, tanya satu dua soalan kepada promoter then terus je bayar. Hahaha, seberapa pantas di situ. Lagi satu, itu la satu2 nya model lappy Acer yang harganya below RM2000 which is RM1650. Murah kan murah kan murah kan. Yang RM1400 pun ada tapi bila wangnya mini of course saiznya pun mini juga. So, cancel intention terhadap mini lappy tersebut sebab nana kan nak buat assignment2 bagai ni, berpinar-pinar mata dia kang menengok tulisan yang supermini di lappy mini kan. Ok, berbalik kepada Acer yang dibeli itu. Dia punya specification lebih kurang macam yang aku punya sekarang je (bezanya aku model Compaq). 1GB RAM, 320 GB SATA, n bla bla bla (tu jek yang aku tahu.heheh). Tapi nana punya ada webcam!!! Aaaa...!! Aku punya yang takde webcam ni pun dah RM2+++, makanya ini tidak adillllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll.

Redha je dengan peredaran zaman dan peredaran teknologi. Takpe2, nanti aku beli webcam kat PC Fair.

Sejak2 nana dah habis menonton drama 'You Are Beautiful' ni (sebelum ni, dia sempat tengok sampai episode 4 je sebelum pergi ke UITM tu, kiranya balik kali ni dia dah khatam abih dah), masa kat Low Yat semalam kan, tetiba je dia dah pandai panggil aku gaya macam ni dari jauh

Nana: Angah, meh sini kejap.

Amboi-amboiiiiiiiii nana. Panggil macam gangster eh. Nasib baiklah aku ni kakak yang memahami dan se-geng dengan ko. Takpe, boleh faham ini adalah gurauan@ajukan semata-mata. Boleh faham sekali-sekala ko nak jugak berangan jadi Hwang Tae Kyung kan. hakhakhakhak

p/s: Aku sangat berpuas hati dengan gadget baru aku (buat masa sekarang). External DVD Player. Kepada yang built-in dvd hard drive macam dah rosak, bolehlah beli ya. Tak sampai RM200 pun.

Exhausted

Penatnya 2-3 hari ni. Apekebenda tah yang busy tah. Yang pasti macam busy. Eceh! Semalam ke rumah sedara kat Klang, berjumpa dengan ada sorang budak UPM ni. Act dia adik kepada lelaki yang berkahwin dengan sepupu aku. Budak UPM ni perempuan. Kitorang kenal sebab sepupu aku&hubby antar aku ke UPM masa balik dari melawat mak kat ICU dulu (HUKM). Sebelum tu dia ada amik adik (budak UPM ) tu dulu and kitorang hangout makan sekali tyme tu. Yang peliknya walaupun dah makan sekali, duduk semeja, aku masih tak cam muka dia! Dussshhhh sekali. And then tak lama pastu budak tu ada tegur aku masa kat fakulti Math (UPM), berborak la kejap, kejap je. Then aku still tak cam dia lagiiii hari ni. Adeh, fail dowh aku bab cam-mengecam orang nih. Mesti dia ingat aku sombong gara2 tak tegur dia dulu. Ok, pasrah.T__T. Serius aku susah nak cam orang kalau hanya berkomunikasi dengannya kurang dari 5 kali.

Selain dari masalah mengingat orang, aku menghadapi masalah mengingat jalan. Memang aku ni ditakdirkan fail bab2 ingat jalan ni kot. Tadi masa ke masjid (masjid depan rumah sedara jek), masa pergi aku dengan nana main jalan je pusing2 untuk cari pintu masuk (untuk perempuan). Kira terjumpa la pintu masuk. Then dah habis solat tu, nak keluar aku boleh selamba jek pergi arah yang salah. Wakakaka. Nana siap perli2 aku "Angah, sinilah keluar. Baru je masuk tadi, nak keluar dah tak ingat dah?". Memandangkan masa tu aku dengan nana baru je menonton drama YAB, aku teringat watak seseorang, dan dan ok aku mengeluarkan ayat cover "Aku kan sama geng dengan Hwang Tae Kyung, kitorang susah nak ingat bab2 jalan ni, senang sesat" huahuahua, termuntah nana disitu (ayat hyperbola). Yela, Tae Kyung@JGS kan idola nana jugak, haruslah dia geli-geli bila aku perasan geng dengan Tae Kyung tu . miahaha..Sengaja aku menekankan word 'Hwang Tae Kyung' dalam ayatku. Biasalah, ayat cover mesti 'up' sikit. Kalau tak buat ayat 'up', kene tanggung maluuuuu. hahaah...Oh ye, nasib baik aku tak rabun malam, kalau ye, dah lama aku berangan jadi HTK.

Eh kejap kejap. Tak sangka 'her' yang aku ceritakan akhir2 ni membaca blog aku. Siot jer.. Ko baca senyap2 je. Weh weh, aku tau ko baca blog aku kan. Meh sini aku nak bagi lagu kat kau


Hey Ladies by Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

True colour

11 Feb 9.55 malam

Aku nak ingat tarikh ni sampai bila2. Aku nak ingat, aku nak ingat, aku nak ingat. Aku nak ingat tarikh yang buat pertama kalinya aku menjadi berani nak mampos. Bukan sebelum ni aku penakut tapi ada hati yang perlu dijaga tapi kali ni aku tak jaga hati siapa2 dah. At least aku tak memalukan dia di hadapan orang lain kan. It's one to one way. Dalam mesej. Kira aku ni berperikemanusiaan la jugak. Owh mannnn, aku telah menunjukkan 'taringku' sebentar tadi. Di dalam mesej. Sebanyak 12 mesej telah dihantar kepada seseorang. Yahoooooo!!! Dah terluah semuanya. Puas hati akuuuuuuuuuuuuuu. Yahooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok, cukup dah


Sory la, entri aku akhir2 ni sedikit emosi.

p/s: Kalau orang berkenaan nak reply lagi bagus, aku sudi berdebat dengannya. Tapi kan, nampak gayanya tak ada reply kot. Msg first2 aku dulu pun dia kata aku marah giler. Padahal tu baru intro belum masuk isi2 penting lagi. Haa ni hari ni dah masuk isi penting la neh.

Doakan...

Dulu:

Her: Nadia, kalau aku mati nanti kau sedih tak?
Me: (mencebik) Eleh. Tak sedih pun.
Her: Siot je kau eh.

Serentak kami ketawa. Kitorang memang selalu bergurau macam ni. Sedikit kasar but no hurt feeling between us.

8/2/2010 :

Doctor: Saya nak beritahu yang dia sedang tenat sekarang. Keadaan dia kritikal. Bukan keadaan yang biasa2 ye. Saya beritahu ni bukan sebab kami tak try. Kami akan try bla bla bla...


Dan sekarang, ketika ini dia betul2 di ambang maut. Sedang kritikal. Aku tak menangis tyme that doc told me sebab gerak hati aku macam dapat rasakan yang she will recover soon. Dan aku berharap gerak hati aku kali ini tak salah. Ia agak berasas. Dan, yes kalau dia betul2 mati of course aku akan sedih la okeh. Tolong jangan tanya lagi soalan gurauan macam tu lagi boleh tak? Nanti di masa hadapan kalau aku dengar lagi mungkin aku akan menangis.

Yang buat aku sedih ialah bila teringatkan gurauan itu. Aku menangis bila teringat akan gurauan itu. Menangis, sekarang T______T

p/s: Doakan dia selamat walaupun anda mungkin tak tahu siapa dia.

p/s: First time ever aku mengeluarkan bad word direct kepada seseorang melalui sms. 'Bodoh'. 'Bangang'. 'Manusia tak berhati perut'. Oh, aku tak mampu tahan kali ni. Betul2 tak boleh tahan. Tambah2 bila melibatkan orang yang aku sayang dan melibatkan hidup dan mati. Semoga ia menjadi kali terakhir aku mengeluarkan perkataan sebegitu.

nota private

Nota private:

8/2/2010 6:58 pm mungkin adalah tarikh&waktu bersejarah. Kajang, malam 8/2/2010 mungkin menjadi tempat bersejarah.

Aku jadi terkedu terkedu terkedu terkedu terkedu terkedu (rasa macam nak ulang word ni banyak2 kali)

Aku menjadi pelik dengan diri sendiri. How come benda yang aku patut kecewa, patut marah, patut melenting, tetiba aku tak berkelakuan sedemikian? Kenapa aku macam rilek je? What's wrong nadia what's wrong? Adakah aku dah jadi manusia yang tidak berperasaan? Iakah?


Mungkin kerana aku mula belajar menerima kelemahan orang lain. Mula menerima ayat 'Nobody is perfect' dengan sepenuhnya. Aku hairan aku macam dah boleh menerima kelemahan&kekurangan kau yang itu dengan pasrah. Biarlah Allah je yang judge kau, aku tak layak nak judge kau. Walau sebesar mana pun kesalahan kau, as long as kau sudah insaf, it doesn't matter. It doesn't matter. Yes, really. Don't worry dear. Kau jangan takut aku tak terima kau lagi lepas ni. Jangan takut. Aku tak marah kau. Aku cuma risaukan kau. Harap kau baik-baik saja selepas ini.


Setelah mendapat tahu gambaran keseluruhan, aku rasa macam nak menitiskan air mata. Eh, bukan nak tapi sudah tertitis. Hati tetiba jadi sayu kejap. Hati bercelaru. Bukan marah bukan benci tapi hanya bercelaru. Ini akibatnya jika tahu gambaran keseluruhan, kan bagus kalau aku hanya tahu yang basic2 sahaja.

T_____________________________________T

Genting bersama FS

Aku ke genting berdua je dengan FS. Sampai2 pudu pukul 10 pg tapi tiket bas kul 12.30 tgh hari apa lagi aku zasssss pergi kedai cd yang aku pernah beritahu dulu dalam entry. Tak nak menyusahkan FS , aku cakap ngan dia aku je yang pergi , dia tinggal kat pudu jap tapi dia cakap dia nak ikut aku jugak. So aku bawak je la. Sampai2 sana dia impress kejap sebab katanya banyak giler cd korea kat situ. Yang aku tak pernah dengar pun ada. Aku tengok DVD BOF pun dah makan ruang display 1 rak dari atas sampai bawah. 5 ke 6 tingkat tah. Nampak sangat tyme2 camni BOF masih hangat2 lagi. Maklum la, tengah on screen kat tv8 kan tyme tu.Errr korang tau ke aku membebel panjang2 satu perenggan apa yang aku nak cari sebenarnya kat kedai ni? Of course la DVD You Are Beautiful. waakakka!! Cari2 tak jumpa aku tanya la salesman kat situ. Rupa2nya terperuk je DVD ni di suatu tempat. Nampaknya citer ni belum mencetuskan fenomena kat Malaysia lagi. Agaknya lepas setahun baru la nak popular kot. Sob sob sob (tetiba nak sedih ni apekeheiinya? Dushhhh~).



Ni masa sampai kat cable car. Kami bertolak ke theme park menggunakan cable car. Cuba lihat betapa ramainya umat manusia kat situ? Aku baru tahu yang hari tersebut adalah Thaipusam. Memang patut ramai.Disebabkan itu aku sampai ke genting nak dekat 3 petang! Fuhhh abis masa macam2 tu je. Dah la nak keluar theme park 5.45 pm. Masuk2 je aku mendapat perkhabaran yang permainan Spaceshoot tengah maintanence takleh main. Adoooo, apalah ertinya genting theme park tanpa Spaceshoot? Redha jek T____T

Kitorang makan kat marrybrown dulu. Eh, muka bos dia macam JGS look alike la. hahaha! Larikkkkkk!



Ini destinasi pertama kami.Corkscrew. Ianya memang seperti screw, berpusing-pusing. Aku dengan FS berhajat nak jadi orang paling hadapan sekali advanture sikit kot, tapi cina mana tah dah cop awal2. So, aku dan FS berada pada gerabak kedua (err...gerabak?) .Ada orang pernah buat review yang roller coaster ni lebih dasyat daripada roller coaster yang kat Disneyland UK. Oh ye. Haruslah kita main permainan yang horror2. Biasalah beb, rugi ok tak try permainan yang ala2 bisa mengegarkan jantung nih. Kalau nak naik gondola pusing2 yang macam tak advanture langsung tu, baik pergi FUNFAIR jek takyah naik genting. kahkahkah! Eh, betul apa. Bayar RM60 ++ (termasuk tambang bas+cable car), adalah sangat rugi kalau main permainan yang biasa2 jek. Bak kata pepatah, 'biar gerun asalkan berbaloi-baloi'. Eh pepatah mana pulak aku amik ni tah. Pepatah reka sendiri. LOL. Walaupun aku hanya mampu main 3 jenis permainan je tapi at least aku tak komplen menyesal. hahah. Takpe, lain orang lain pendapat kay.


Ini permainan kedua yang kami naik. Lebih kurang macam Corkscrew tapi ia kurang advanture sikit je daripada Corkscrew tu. Walaupun begitu ia tetap bisa menggegarkan jantung juaa. Masa tengah beratur nak naik tu sempat lagi aku....


menskodeng wajah&gaya ke-LeeMinHo-an. wakakaka! Wah wah nadia, boleh jadi pengskodeng terbaek neh (komen FS sebaik sahaja tengok gambar ni) Eleh, aku zoom je tuuuu. Aku buat2 lah tangkap gambar cawan permainan kat belakang dia tu ke, pokok kat belakang tu ke. Maka orang berkenaan tak akan dan tak boleh perasan la aku amik gambarnya. Eceh! Ni kalau pakai tele-lens sure jelas giler ni (berangan). Tapi, gambar ni act tak jelas sangat la kot. Kalau jelas, mesti nampak jelas muka keseluruhan dia, makanya, gugurlah kelayakanku untuk jadi mamarazi.





Ini permainan ketiga yang aku&FS main. Masa kat Marrybrown, telinga kitorang jadi bingit bila dengar orang terjerit-jerit main benda ni. Sebab lokasi tempat aku makan tu sebelah je dengan lokasi permainan ni. Paling tak boleh blah, ada jugak jejaka-jejaka yang terjerit-jerit gedik. Apekeheiinya laaa. Adeh. Kot nak bergurau main2 pun janganlah kuat jerit sangat, malulah sikit pada gadis-gadis ini (eceh). Ialah, benda tu belum bergerak lagi pun dah terjerit-jerit 'Aaaaaaa!!!!'. Tak kelakar ke namanya tu?

Oh ye, masa naik benda ni kan, aku tak menjerit langsung. Sebab best! Aku rasa sangat best sampaikan aku rasa macam nak patah balik je nak main sekali lagi tapi aku maluuuu. Eh ingat tambah nasi je ke malu? Tambah main pun malu okk. hahaha. Sebab aku rasa inilah permainan yang paling tenang sekali. Sebab ia terbang tinggi dengan smooth sekali. Walaupun dia terbang dengan tinggi&nampak macam scary tapi boleh dimaafkan sebab ia smooth. Dan aku boleh berangan jadi superman dengan mendepakan tangan (konon2 sedang terbang dengan keupayaan sendiri, ada kuasa magic) kemudian sambil2 tu menyanyikan lagu Buai Laju-laju.

Laju...laju...buaiku laju...pohon beringin, dahannya rendang. Lalalalalalala~

Ok, check it out. Aku dah penat bercerita dah.LOL









Tetiba je aku nampak ada seorang lelaki ni memakai hoodie&bersweater kelabu, automatik teringat imej JGS sebagai Tae Kyung dalam YAB . Dan dan ok aku ingin menggayakan fesyen Tae Kyung seperti imejnya dalam gambar ini dan juga gambar ini di genting itu. Maka ber-TaeKyung lah aku di tempat kejadian. Sebab aku nak tiru rambut dia macam tak sesuai makanya ikut fesyen dia pun jadi la. Wakaka! Alahhhh, sekali sekala apa salahnya, kebetulan macam sejuk2 sikit suasana tu so macam sesuai la kan. Tapi hoodie itu tak cukup besar la pulak, nanti aku beli sweater baru yang hoodie dia besar sikit.Muahahaha!!!!



Mak aih, besar yaamatz patung nih. Aku rasa kalau aku berdiri sebelah patung ni, sure patung ni lagi tinggi daripada aku.



15 minit beratur hanya untuk naik cable car untuk turun ke bawah.



Kitorang sempat main 3 permainan sebab line beratur corkscrew dengan cyclone amatlah panjang and aku kene keluar 5.45 petang untuk kejar tiket bas 6.30 petang. Aku rasa ada la dalam 45 minit untuk beratur je untuk each cyclone n corkscrew tu. Maklumlah permainan yang hot kat genting nih memang ramai nak naik so line memang sure panjang lah. Tapi kalau gi genting tak naik Spaceshoot,Corkscrew, Cyclone memang rugi. Aku dah rugi untuk Spaceshoot tu. T_T

p/s: Entri dah basi selama seminggu. ehehehe

Kadang-kadang kita tak sedar....

Aku tengah menyiapkan entri bergambar masa kat genting hari tu. Wahhh, sudah lama entri aku tak bergambar realiti kan. Asyik2 gambar JGS je.Tehee :D

Memandangkan tengah meng-upload gambar macam lama je ni, maka sementara nak tunggu tu aku nak share serba sedikit entri menarik di blog rakanku. Aku rasa ia sangat bagus untuk disebar-sebarkan. Sebab aku berpendapat sama dengannya(tapi tak terluah). Aku dah minta izin dia untuk share disini, tapi dia kata tak perlu give credit to her, just do as a dakwah katanya. Thanks to her. I know she will read this =) Jom baca!!!


Perkataan italic adalah tulisan entrinya. Aku copy paste, sikit pun tak ubah. Ok, start!

Assalamualaikum..
tanya sikit..
awak perasaan x apa kelebihan yang ada pada
awak?
ok..

sama2lah kita berdoa agar kelebihan yang Allah
Taala berikan pada kita tidak digunakan pada jalan
yang salah dan dipelihara daripada fitnah kelebihan
itu..

Kecantikan yang dikurniakan Allah kepada awak tu
satu kelebihan bagi awak walaupun awak boleh
menafikan dgn mengatakan ada yang lebih cantik
dari awak..
tapi awak juga dikalangan yang dikurniakan
kecantikan oleh Allah...
ok...

Hargailah kelebihan itu sebaik munkin..
bukan saya bermaksud awak ada kesalahan dgn
kelebihan awak..

cuma sekadar ingat mengingati..
nanti awak ingatkan saya pulak..
munkin saya lebih memerlukan teguran berbanding
awak..
ok..

maaf kalau ada salah..
wassalam.






It was years ago, when i received a few msgs at my Friendster account. 24th June,2006. I was a bit surprise with the msgs. At that time I was a bit excited on uploading photos of me (standard photo-amik gamba muke sendiri). It was like a wake up call where I quickly deleted all photos that focused in me. I respect his effort on dakwah. I understand the msg that he tried to deliver behind the photos. Ia mungkin boleh mendatangkan fitnah atau being missused by others.Perempuan kan, dari mata jatuh ke hati.Orang lelaki ni mudah cair.tak gitu? :)


Habis kalau faham kenape masih post gambar u?


I pun xda jawapan.Tapi i gerak hati i bagitahu, kalau niat u btl post photos bukan utk bangga diri atau menunjuk, insyaAllah,u'll be fine.I think so.Do you? But somehow, this guy, i respect his effort. May Allah bless him.One thing i realize, this is one of Allah's reminder to me and today, at the moment you read this, this probably be a reminder for you all from Allah.Nak post ape2 photos make sure gambar tu tak over yeah. :)




Ini komen aku: Bila gambar yang diupload kat FB,myspace or blog dicuri dan dijaja-jaja, ada yang meroyan, mengamuk. Errr...aku tak tahu nak cakap macam mana. Setahu aku, once gambar diupload di internet bermakna kita dah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Risiko itu. Tapi orang yang mencuri pun salah jugak. Tapi nasib baiklah aku tak cun, maka tak ada lah orang nak curi gambar aku ke nak menyamar jadi aku ke kan. HAHAHA! LMAO..

Jom uji pendengaran telinga anda

Semalam wall FB diya bergegar-gegar dengan komen kitorang. Tentang isu plagiat lagu. Jom dengar perbezaan@persamaan dua lagu ni bawah.

Walaupun anda mungkin tak minat lagu korea, tetapi apa salahnya kali ini anda menguji pendengaran telinga anda. Jom!!!



First time dengar lagu ni, aku rasa lagu ni pelik. Dua kali dengar pun aku rasa pelik, tiga kali pun pelik. Kali keempat, terus aku suka. hahaha..





Ada orang kata sama giler, ada kata sama sikit ada kata tak sama langsung. Aku try dengar banyak kali, pendapat aku pulak, muzik overall tak sama tapi base-line music diorang sama. Kesian gak kat C.N.Blue ni. Baru nak start nyanyi dah berdepan dengan isu plagiat2 ni. Bdw, peminat C.N.Blue don't be upset sebab bukan C.N.Blue pun yang tulis or produce lagu ni. Diorang just tahu nyanyi je dan ikut arahan pihak pengurusan. Kalau nak salahkan, boleh salahkan komposer lagu tu.

p/s: Aku dengar cerita walaupun berdepan dengan isu plagiat, C.N. Blue tetap success dalam first debut mereka. Kepada seiapa yang tak tahu, populariti C.N.Blue mencanak-canak naik, lagu ni tiba2 popular (sampaikan menang carta populariti kat korea) walaupun baru adalah sebab vocalist@rappers dia (Jung Yong Hwa) berlakon citer You Are Beautiful tu. YAB popular, secara tak langsung, kumpulan ni pun popular. Padahal before YAB, diorang ni just grup indie kat korea ^_^

p/s: Kawan aku komen akhir2 ni aku rajin betul update entri katanya. Betulkah? Hehehe. Aku pun baru perasan.... Kejap lagi nak update entri pasal genting pulak. Wahhh memang terbukti rajin neh sampai satu hari boleh buat lebih daripada 1 entri. Dulu 1 minggu 1 entri jek. hahaha.. Ok, kejap lagi nak tengok wayang dengan kakak aku kejap. Dia ajak. Nasib baik la Jusco Cheras Selatan dengan rumah aku ni just 5-10 minit je.

Kembalikan kembalikan kembalikan...

Dah macam PHSM pulak tajuk entri aku kali ni. Errr... Kerana entri lepas bercirikan tiada mood@mood hilang, maka marilah menyaksikan video yang boleh mengembalikan mood yang sudah pergi ituuu. Tehee =D



Bila tengok VC ni, aku jadi rindu. hahah. Sudah 3 hari tidak menonton(a.k.a repeat) ini cerita

Jenis2 orang yang perlu kuhindari

Jenis2 lelaki yang patut dihindari

1) Lelaki yang sikit2 tergedik-gedik dengan perempuan. Ke mana2 asyik berkepit je dengan perempuan bermacam jenis. Macam mana tu? Lebih kurang macam ni. Ada satu bulan ni kau tengok mamat ni rapattttt sangat dengan sorang minah ni (A). Macam couple la kot. Bulan depan alih2 kau tengok dia rapatttttt sangat dengan minah B la pulak. Rapatnya pulak bukan rapat biasa2 like kawan2. Rapatnya lain macam sampai menimbulkan percakapan orang ramai “Eh eh, diorang ni couple ke?”. Sudahnya kau pun terpening-pening dah relationship mereka2 ni dengan perempuan lain. Lelaki begini eloklah dihindari kerana dikhuatiri akan menyampahkan anda di masa hadapan



2) Lelaki yang bajet popular di kalangan perempuan. Macam mana? LOL. Orang yang bajet hensem selalu berada dalam type2 gini. Kalau boleh dengan semua perempuan dia nak kenal dan rapat. Biar nama dia popular di kalangan perempuan. Lepas tu kalau dia kawan dengan 1000 perempuan so that dia ada 1000 calon untuk dipertimbangkan untuk dijadikan ehem ehem. Macam nak try test semua pun ada jugak, ye la dah kata 1000 orang tengah 'berbaris' kan.. Kalau aku lah termasuk di kalangan perempuan itu, aku lah orang pertama yang akan keluar barisan walau hot mana pun lelaki berkenaan. Muktamad tanpa talian hayat.

Jenis2 perempuan yang patut dihindari


1) Yang bercakap ala-ala pelat. Korang tataww keww, chakep manjew2 tuw. Errr….Aku serius takleh masuk sangat dengan orang terlalu manjewww manjewww (?) ni. Serius aku kalau boleh akan melarikan diri dari orang macam ni. Hahaha.. Bukan apa, aku kurang prefer orang manja tak bertempat ni. Jenis macam ni kalau boleh dengan mana2 lelaki pun dia nak bermanja-manja. Pukul2 manja sana sini. Merengek-rengek. Adehhhh. Geletis aku menengoknya. Kadang2 dah jadi tabiat, tegur pun tarak guna. Aku tengah bayangkan kalau kau dah kawen nanti laki ko tengok ko bermanja-manjaan dengan lelaki lain macam mana. Kalau ko nak bermanja dengan bf tu macam normal gak ar, tapi kalau dengan semua lelaki apakah?? Alhamdulillah mereka yang termasuk dalam koleksi bestfriend ku bukan di kalangan orang yang terlalu manja2 ni.



2) Jenis yang cepat merajuk pastu senang pulak menunjukkan kemerajukannya 24 jam. 24 jam tayang muka kelat sape tahan beb? Kalau ko tunjuk muka kelat tu kat laki@suami ko sure kene penampar. Satu jam satu penampo, 24 jam 24 penampo.

Terasa sikit2 tu takyah la nak tunjuk sangat kan, kelak mengeruhkan keadaan. Be matured. Terasa takde sape boleh elak tapi kita boleh atasinya dengan cara kita sendiri supaya rajuk itu tak jadi berpanjangan. Contohnya pergi lah menonton cerita korea yang gelak2 punya (eceh, macam dah takda contoh lain) so that ko lupa pasal nak merajuk. Dah la merajuk, pastu bila kita tanya dia ada problem ke apa apasal asyik muka masam mencuka je. Pastu bagi jawapan pulak standard ala2 melodi “Takde apa2 la” . Senyum kejap 5 saat lepas tu sambung balik muka kelat. WTH la. Terasa cakap je terasa so that boleh la bincang ke apa ke nak perbaiki keadaan.Kalau taknak beritahu yang diri sendiri terasa, tolong la atasinya dengan cara sendiri ok.


Aku tak tahu la aku nak cakap aku ni jenis tak merajuk ke apa. Tapi kalau terdetik untuk rasa nak merajuk aku akan cepat2 ignore perasaan itu. Aku akan cepat2 atasinya dengan fikir benda2 positif aja. Sebab tu orang jarang nampak aku marah. Even wawa masa kat matrik dulu pun pernah tanya aku “Kenapa tak pernah nampak nadia marah ek? Nadia kalau marah macam mana eh? ” Rumate kat upm pun kalau tak silap pernah tanya benda yang sama (yeke ayie? Rasanya pernah tanya. Hehehe). Itu satu lagi fakta tentang aku yang korang patut tahu. Aku jarang (or tak pernah) nak marah@merajuk dengan kawan baik. Jangan tanya kenapa sebab kalau nak explain harussss panjang lebar kang entri aku. Kunci utama, aku belajar dari Nashimah@Nash. Indirectly, dia yang ajar aku supaya tak mudah sensitive dengan kawan baik. Thanks to her.


Aku tak memilih dalam berkawan tapi kalau boleh aku taknak sifat dua ni termasuk dalam sifat ‘sahabat’ ku. KALAU BOLEH.



p/s: Baru semalam start sistem fingerprint ni kat office aku. Nak pergi mana2 pun even toilet pun kene scan jari. Yang paling tak boleh blah tu, semalam ok la sikit aku scan jari 2-3 kali baru lepas. Ni ha ..pagi ni aku masuk office 6-7 kali scan jari tak lepas2 apa kes? Fed-up aku. Nasib baik still boleh masuk dengan guna nombor pincode, boleh la guna pincode lagi. Dengar cerita diorang nak hapuskan sistem pincode tu after this dan attendance pun diambil melalui sistem fingerprint tu. Habis la aku. Haruslah aku tercongok depan pintu setengah jam je untuk scan jari2 ni. Heran aku, sebelum2 ni aku gi kaunter JPN elok je scan jari, paling banyak pun 2 kali. Jari aku bermasalah atau sistem ni yang mengong?
-Teknologi kadang2 boleh menyusahkan manusia-

Lagu untuk orang bercinta

Bukan aku yang bercinta ek

Masa aku tengah syok nyanyi lagu Fly Me To The Moon dengan penuh perasaan kat lab semalam, tetiba kawan aku cakap dia ada mp3 lagu tu kat phone *yang bukan versi YAB punya*. Aku teringin nak dengar lagu tu panjang sikit. Aku pun apa lagi, terusssss rembat itu lagu. Nyanyian Utada Hikaru (artis femes Jepun)




Dan-dan aku asyik pasang je lagu ni kat lab. Ulang2 pasang. Aik? Sejak bila aku minat artis jepun ni? bwahahaha...Act, sejak JGS nyanyi dalam You Are Beautiful yang aku minat kat lagu tu. hahaha. Itupun cik Farah yang inform pasal lagu tu. Boleh tak aku habis 2-3 round citer tu, tapi aku tak perasan lagu ni wujud. Mungkin asyik dok perhati wajah si hero tu sampai tak perasan lagu yang dia sedang nyanyi. Kahkahkah(lempang muka sendiri laju2)



Amacam? Terpesona tak dengan penyanyi irama lagu ni? Nampak cam romantik kan lagu ni? Pandai crew citer ni ubah2 skit irama lagu ni supaya ia menjadi romantic in their way.Sedap kat telinga.Aku suka alunan piano mereka. I like they harmonize when they sing "Please be true". Sayangnya lagu ini hanyalah lebih kurang 1 minit lebih. Aku cari kat internet yang dia nyanyi full version, takde. Memang takde rasanya.


Fly me to the moon
Let me play among those stars
Let me see what spring is like
On jupiter and mars
In other words, hold my hand
In other words, darling kiss me
Fill my heart with song
Let me sing forever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

p/s: Asalnya lagu mat saleh mana tah yang punya. Aku search kat youtube. Errr, tak bleh blah la version mereka2 tu. Old English song kan faham2 je la. Dalam banyak2 version, version Utada Hikaru ni ok sikit la. Tapi paling best Jang Geun Suk+Park Shin Hye version la. haha. Bias? Sila dengar.LOL.

edit: Aku tunjuk video ni kat FS kat office tadi. Boleh dia kata kalau mana2 lelaki nyanyi lagu ni kat aku sure aku jatuh cinta punya. Dah tu kalau orang Tanjung Rambutan@seangkatan dengannya nyanyi kat aku, suka pulak aku kan. Kahkahkah

3 benda



1) Sabtu lepas aku ke genting dengan FS (gambar nanti aku update).Kejap, FS ni adalah nama short cut seorang chinese girl officemate aku ye.Jangan salah anggap dia lelaki pulak. hahaha.. Masa kat Marrybrown, aku terjumpa seorang pekerjanya,lelaki melayu ada serupa Jang Geun Suk look alike . Cewahhh. Ngeheheh…Masa beratur untuk naik Cyclone pulak, aku terjumpa sepasang orang korea (aku ada terdengar mereka bercakap sesame mereka). Yang perempuan memang cun habis ar(dress up pun cun, ala2 artis.FS pun berpendapat sama dengan aku), yang lelakinya pulak aku lihat ada unsur2 ke-LeeMinHo-an di wajahnya dan gayanya. Dengan gaya baju, gaya rambut. Kalau tak ke-LeeMinHo-an pun, mungkin jugak ke-SS501-an atau ke-SUJU-an. Kahkahkah….Kalau tak kenal SS501@SUJU, sila google eh. Aku syak mereka sepasang artis tapi mungkin aku tak kenal. Ini berdasarkan survey aku: Korean people jarang yang good-looking kecuali ARTIS. Hahaha! Eh, betul apa, tak caya buatlah survey kalau rajin.


2) Aku akan mengambil test lesen kereta untuk kali yang kedua. Ya, kedua. First time aku fail. HAHAHA! Hari tu ayah aku asyik dok perli2 aku “Macam mana ni budak u boleh fail ni. Orang tak masuk u pun boleh pass camne ko tak bleh pulak” Alahai ayahku, manalah boleh dibandingkan perkara amik lesen kereta dengan masuk u. Andai kata untuk masuk u kene amik assessment lulus lesen kereta nescaya aku tak masuk-masuk u lagi ni. Dok ulang kelas jek. Kahkahkah


Ok, aku pun tak faham apasal aku fail. Mungkin sebab nervous kot. Aku memang akan nervous setiap kali ada test. Sila faham ea. Tak kira la test tu senang ke susah ke. Peraturan nervous aku ialah, bila nervous aku automatic lupa semua benda. Boleh pulak aku lupa SEMUA BENDA masa test jalan raya. Part 1, elok je aku test bukit sekali je dah lulus tanpa ulangan tetiba masa jalanraya boleh pulak terundur ke belakang la, tak tekan clutch la apa la. Dush!!!


Selasa (which is hari ni) sepatutnya aku test tapi siot ar cina tu. Hari Ahad minggu lepas takde belajar memandu pun! Aku dah agak dah, kalau takde belajar memandu sure takda test ni. Tipu punya olang, ari tu kata aku test 2 feb and belajar kali terakhir ahad lepas. Demm.


3) Aku kadang2 macam malu la sebab telah buat perkara yang memalukan. *Aku tak nak cerita pasal apa, hahaha* . Sebelum2 ni dah banyak kali berlaku. Benda2 ni memang susah aku nak elak. Mungkin aku ditakdirkan untuk ter-buat perkara yang memboleh untuk orang gelakkan aku. Ada suatu hari ni. Kat lokasi...(rahsia.haha!). Aku tak perasan yang sorang Chinese girl bahagian akaun kat office aku ni (aku tak rapat pun dengan dia) dok tengok & dok perhati apa yang aku buat pada ada satu masa tu. Alih2 dia tetiba tegur aku sambil senyum “You buat apa?” Aku jawab:_______ (rahsia), terus dia kata “Macam tu pun boleh ka? Aiya, u ni kelakar la!” sambil gelak2. Adeshh, termalu aku di situ. Tak pasal2 dapat title kelakar padahal tah pape tah. Memalukan. Aku tak sangka pulak dia dok perhati aku, kalau aku tau aku akan cover2 ar skit. Ish malu! Malu! Ok, takpe la, asalkan aku tak buat perkara yang menjengkelkan. hoho


FS pulak, selalu panggil aku kartun. First time dia panggil aku kartun masa dia join aku&Kak N kat lab. Masa tu kitorang tengah gelak sakan sampai sakit perut+buat lawak apa tah , dia pun datang and join gelak sekali. Tyme gelak2 dia bleh cakap “U orang ni kelakar macam kartun la” Aku boleh jawab “Kelakar macam kartun tu macam mana?” LOL
Yang aku tak fahamnya adalah bilaa…

Pagi masa nak gi genting. Baru bangun tido ni. Aku tengok handphone tak berhidup(bateri kong semalam lupa charge), terus aku charge n tengok2 ada mesej FS. “Nadia, I call u kenapa tak dapat? U tutup phone ke?” Kemudian aku relply “Sory saya tertidur smlm. Lupa nak charge phone. FS, I rasa tak boleh sampai jam 8.30. Coz baru charge bateri hp&kamera. 9.30 ok tak?”

FS: “ok, so tak rush sangat. U ni cute macam kartun la”



Duhh, puas aku telek balik di mana ‘kartunnya’ ayat aku tu tapi tidak ketemu. Mungkin bila once dilabel, akan kekal dilabel begitu.