Pages

Jenis2 orang yang perlu kuhindari

Jenis2 lelaki yang patut dihindari

1) Lelaki yang sikit2 tergedik-gedik dengan perempuan. Ke mana2 asyik berkepit je dengan perempuan bermacam jenis. Macam mana tu? Lebih kurang macam ni. Ada satu bulan ni kau tengok mamat ni rapattttt sangat dengan sorang minah ni (A). Macam couple la kot. Bulan depan alih2 kau tengok dia rapatttttt sangat dengan minah B la pulak. Rapatnya pulak bukan rapat biasa2 like kawan2. Rapatnya lain macam sampai menimbulkan percakapan orang ramai “Eh eh, diorang ni couple ke?”. Sudahnya kau pun terpening-pening dah relationship mereka2 ni dengan perempuan lain. Lelaki begini eloklah dihindari kerana dikhuatiri akan menyampahkan anda di masa hadapan



2) Lelaki yang bajet popular di kalangan perempuan. Macam mana? LOL. Orang yang bajet hensem selalu berada dalam type2 gini. Kalau boleh dengan semua perempuan dia nak kenal dan rapat. Biar nama dia popular di kalangan perempuan. Lepas tu kalau dia kawan dengan 1000 perempuan so that dia ada 1000 calon untuk dipertimbangkan untuk dijadikan ehem ehem. Macam nak try test semua pun ada jugak, ye la dah kata 1000 orang tengah 'berbaris' kan.. Kalau aku lah termasuk di kalangan perempuan itu, aku lah orang pertama yang akan keluar barisan walau hot mana pun lelaki berkenaan. Muktamad tanpa talian hayat.

Jenis2 perempuan yang patut dihindari


1) Yang bercakap ala-ala pelat. Korang tataww keww, chakep manjew2 tuw. Errr….Aku serius takleh masuk sangat dengan orang terlalu manjewww manjewww (?) ni. Serius aku kalau boleh akan melarikan diri dari orang macam ni. Hahaha.. Bukan apa, aku kurang prefer orang manja tak bertempat ni. Jenis macam ni kalau boleh dengan mana2 lelaki pun dia nak bermanja-manja. Pukul2 manja sana sini. Merengek-rengek. Adehhhh. Geletis aku menengoknya. Kadang2 dah jadi tabiat, tegur pun tarak guna. Aku tengah bayangkan kalau kau dah kawen nanti laki ko tengok ko bermanja-manjaan dengan lelaki lain macam mana. Kalau ko nak bermanja dengan bf tu macam normal gak ar, tapi kalau dengan semua lelaki apakah?? Alhamdulillah mereka yang termasuk dalam koleksi bestfriend ku bukan di kalangan orang yang terlalu manja2 ni.



2) Jenis yang cepat merajuk pastu senang pulak menunjukkan kemerajukannya 24 jam. 24 jam tayang muka kelat sape tahan beb? Kalau ko tunjuk muka kelat tu kat laki@suami ko sure kene penampar. Satu jam satu penampo, 24 jam 24 penampo.

Terasa sikit2 tu takyah la nak tunjuk sangat kan, kelak mengeruhkan keadaan. Be matured. Terasa takde sape boleh elak tapi kita boleh atasinya dengan cara kita sendiri supaya rajuk itu tak jadi berpanjangan. Contohnya pergi lah menonton cerita korea yang gelak2 punya (eceh, macam dah takda contoh lain) so that ko lupa pasal nak merajuk. Dah la merajuk, pastu bila kita tanya dia ada problem ke apa apasal asyik muka masam mencuka je. Pastu bagi jawapan pulak standard ala2 melodi “Takde apa2 la” . Senyum kejap 5 saat lepas tu sambung balik muka kelat. WTH la. Terasa cakap je terasa so that boleh la bincang ke apa ke nak perbaiki keadaan.Kalau taknak beritahu yang diri sendiri terasa, tolong la atasinya dengan cara sendiri ok.


Aku tak tahu la aku nak cakap aku ni jenis tak merajuk ke apa. Tapi kalau terdetik untuk rasa nak merajuk aku akan cepat2 ignore perasaan itu. Aku akan cepat2 atasinya dengan fikir benda2 positif aja. Sebab tu orang jarang nampak aku marah. Even wawa masa kat matrik dulu pun pernah tanya aku “Kenapa tak pernah nampak nadia marah ek? Nadia kalau marah macam mana eh? ” Rumate kat upm pun kalau tak silap pernah tanya benda yang sama (yeke ayie? Rasanya pernah tanya. Hehehe). Itu satu lagi fakta tentang aku yang korang patut tahu. Aku jarang (or tak pernah) nak marah@merajuk dengan kawan baik. Jangan tanya kenapa sebab kalau nak explain harussss panjang lebar kang entri aku. Kunci utama, aku belajar dari Nashimah@Nash. Indirectly, dia yang ajar aku supaya tak mudah sensitive dengan kawan baik. Thanks to her.


Aku tak memilih dalam berkawan tapi kalau boleh aku taknak sifat dua ni termasuk dalam sifat ‘sahabat’ ku. KALAU BOLEH.



p/s: Baru semalam start sistem fingerprint ni kat office aku. Nak pergi mana2 pun even toilet pun kene scan jari. Yang paling tak boleh blah tu, semalam ok la sikit aku scan jari 2-3 kali baru lepas. Ni ha ..pagi ni aku masuk office 6-7 kali scan jari tak lepas2 apa kes? Fed-up aku. Nasib baik still boleh masuk dengan guna nombor pincode, boleh la guna pincode lagi. Dengar cerita diorang nak hapuskan sistem pincode tu after this dan attendance pun diambil melalui sistem fingerprint tu. Habis la aku. Haruslah aku tercongok depan pintu setengah jam je untuk scan jari2 ni. Heran aku, sebelum2 ni aku gi kaunter JPN elok je scan jari, paling banyak pun 2 kali. Jari aku bermasalah atau sistem ni yang mengong?
-Teknologi kadang2 boleh menyusahkan manusia-