Pages

Happy birthday Kak Noi =D

Saengil chukkha hamnida... Eh silap bahasa pulak ;P

Happy birthday to you..
Happy birthday to you...
Happy birthday to Kak Noi..
Happy birthday to you..

*clap clap clap*




Kalau tak silap, aku kenal kak noi ni area2 birthday aku tahun 2009 yang lepas (beberapa hari before birthday aku).Bulan 7. Masa tu diya buat entri birthday aku n sampai sekarang aku masih ingat komen kak noi dalam entri diya tu "Happy birthday nadia. Kita pun baru kenal kan" Camtu la lebih kurang, kelupaan ayat penuhnya. hihihi.


Just a simple wish from me. Semoga bahagia selalu kak noi. Love is everywhere. Fewitt. heheeheh

Beauty Care talk

Tajuk je omputih. Isi entry BM.


Sekarang aku pakai ni. Eh, bukan. 2 hari lepas kot last pakai. Dah stop dah. Aku pakai 1 minggu lebih je kot pastu stop. Membazir kan? Lelong! Lelong! Sape nak beli! Lima linggit! Lima linggit! Lima linggit! HAHAHAA.Perghh tak best giler. Baru2 pakai ok la sekali tunggu lama skit, jadi berminyak sikit kulit aku. Pastu warna jadi tak rata. Erghh ni mungkin sebab faktor aku tak suka pakai bedak. Bukan apa, ari tu bedak aku adik aku ke akak aku tah selamba je amik pastu claim diorang punya. LOL. Aku hanya pasrah. Nasib menggunakan produk yang sama, bleh la dia claim dia punya kang. Ni ha coming soon produk yang aku beli kang takde de diorang nak claim diorang punya . hahaha. Totally lain daripada diorang. Lain kali aku tak nak ar beli sama produk dengan akak&adik aku ni. Bahaya. Sebab kadang2 aku punya barang, diorang dengan yakinnya kata diorang punya. Kalau diorang punya aku takde la claim aku punya sebab aku sangat cam apa2 yang aku pakai. Sob sob sob T___T (bebel punya bebel tetiba sedih plak)

Aku jenis yang tak suka bertempek-tempek segala khazanah kat muka. Aku rimas. Kalau boleh aku nak tempek satu jenis je kat muka. Contoh, foundation alone atau bedak alone. Malangnya kalau alone tak jadi. Dia macam kering ke apa tah.

Lagi satu, ari tu saje2 tertengok produk Garnier. Dah pegang dah, konon2 nak beli la. Tiba2 ternampak gambar spokesperson berhampiran, terus cancel beli. HAHAHA. LOL. Aku kalau produk so-so ni, agak terinfluence dengan spokesperson. Kalau siti nurhaliza, segera akan beli okeh!!!! Ni maybelline ni sebab terinflunce dengan siti la. Konon2 feeling siti lah bila pakai. Hahahaharuuuuuuu.

Tapi era aku dengan maybelline akan berakhir nampaknya tak lama lagi. Aku nak cuba brand lain lah. Dah 3 tahun kot aku dengan maybelline ni still tak puas hati lagi. Ye la, dulu aku punya intense terhadap beauty care tak berapa tinggi makanya aku rembat aje apa yang ada depan mata. Sekarang, rajin plak aku buat research pasal produk itu produk ini. Sampai kepala aku terpening-pening dah nak pilih mana satu sebab rasa macam semua produk pun best. Haku angkut semua ni kang. muahaha. Err. mana mungkin, mahal lah!!

Sepanjang yang aku usha2 ni kan. Aku tengok orang2 ni suka mencuba produk itu ini. Memang macam tu eh? Kalau jenama tu diorang rasa sangat well dengan diorang, tapi still gak nak cuba jugak jenama lain. Baru beli sebotol jenama ni botol seterusnya jenama lain pulak (dah la semua stock mahal2 bukan setakat 30-40 ringgit. Pelik aih. Kalau aku, bersifat kesetiaan sikit (*sambil nyanyi lagi siti sarah). Cehcehceh. Kalau produk tu well dengan aku, takde maknanya aku nak cari brand lain. Yang tu je laaa. Itu kalau puas hati la. Kalau tak puas hati takkan nak stay kan? Buktinya sejak matrik aku setia dengan lipice sheercolour brand mentholatum ni. Kalau tak pakai akan kering (kering giler sampai menggelupas) bibir aku. Kalau aku pakai jenama lain pun kering jugak. Pendek cerita aku dengan lip ice brand ni tak boleh dipisahkan la. LOL. hahah

Ok, habis cerita dah. Pendek kata, cepatlah 31 hb bulan. Aku mau beliiiiiii. Huu. Tak agak2 gaji bagi 31 hb. Orang bagi la 25 hb ke kan. Takdela sengsara nak menunggu.

pic: google.com

Rahsia..

lah sangat..

Aku rasa it's normal kalau ada benda yang kita boleh cerita ada benda yang kita tak nak share. It's NORMAL. Bukan terhad kepada stranger sahaja tetapi kepada orang yang kita baik juga..

Antara fakta yang orang perlu tahu tentang aku ialah

Kadang2 benda yang aku state 'light2' je kat mana2 lah, fb ke blog ke twitter ke, pastu orang tanya aku, aku akan dengan rela hatinya menceritakan sepenuhnya apa yang aku maksudkan. Dengan agak detail la kiranya. Eceh. Tak perlu tanya banyak2 kali, tanya sekali je cukup untuk aku ceritakan apa-apa yang orang tersebut nak tahu. Aku rasa orang yang pernah mesej aku tanya apa2 mesti faham tang ni.Tapiiiiii. Kalau korang rasa korang dah tanya aku 2-3 kali, aku still jawab 'adalah' atau aku still tak cerita, faham-faham lah ye. Jangan lah buat aku serba-salah sebab tak cerita dan secara tidak langsung mungkin menjejaskan hubungan baik itu. Aku harap2 sangat orang2 yang baik dengan aku faham tentang yang ini. Kalau aku tak cerita tu maksudnya ada la sebabnya kenapa yang korang tak perlu fikir di mana logiknya aku merahsiakannya. Ia, kadang2 aku jugak merahsiakan sesuatu dengan alasan yang tak logic. Kiranya tak logik la bagi mereka aku rahsiakan benda sekian2. Tapi what to do, suka hati la kan? Ok, bukan suka hati, aku rasa semua orang tahu yang aku agak open dalam bercerita, jarang eh rahsia2 ni so once kalau aku tak nak cerita@rahsia tu so faham2 lah ye. Ada sebab yang biarlah aku sorang je yang tahu.

Aku jenis yang tak suka orang paksa2 aku bercerita/btahu apa2. Aku tak suka didesak. Dan aku agak terkesan bila kawan yang mengenali aku mengeluarkan perkataan seperti "Laaa, itu pun nak rahsia ke?" atau "Kenapa nak rahsia2, pelik laa". Aku rasa sedikit terkilan/sedih (tak tahu kenapa, mungkin aku rasa macam orang itu tak memahami aku). Aku tak tahu nak balas apa dan hanya mampu senyum. Tahukah, dulu pernah seorang anonymous lelaki menghentam YM aku dengan kata-kata itu. Ayat macam ni "Laa btahu je la. Itu pun nak rahsia2. Tah pape tah blablabla". Pastu nak tahu aku reply apa "Eh, suka hati la aku nak rahsia ke apa ke. Ko sape eh nak pakse2 aku suh btahu?" dan diakhiri dengan aku banned dia dari YM aku sebab suka sangat menyebok hal aku dengan cara yang tak sopan. Ok, dengan anonymous bleh la nak cakap macam tu. Aku kalau dengan anonymous ni aku garang sikit@cakap lepas bila bengang. Tapi dengan kawan? Aku dengan kawan tak garang ok. Aku tak garang bila dengan orang2 terdekat. Tak caya boleh tanya orang yang pernah kawan dengan aku.

Kesimpulannya, aku harap kalau aku tak cerita apa2 tu faham-faham lah ye (eh, berapa kali nak ulang daaa~). Aku jarang cakap ayat straight macam ni "Sori la, tak boleh btahu, bla bla bla" selalunya aku cakap 'adalahhh' ulang2. So kalau dengar ayat tu dari mulut aku so faham2 lah ye. Takkan nak aku ulang 'adalahh' sebanyak 100 kali kot kan. Pastu kepada anonymous yang bajet macam dia rapat je dengan aku tanya macam2 pastu bila aku tak bitahu, secara gangsternya menyergah aku, maka aku secara gangsternya pun me-reply so don't sentap2 ar kay.

Err, entri ni berciri garang tak? Aku harap tak. Aku sebenarnya bosan ar buat entry garang2 ni. Sebab realitinya aku tak garang pun. Tapi bila aku tak puas hati dengan apa2, aku boleh kelihatan ter-garang sikit. Sebab tu kadang2 bila aku ter-tegas/ ter-garang sikit semua terkejut (in reality). Semua pun buat bunyi 'fuyooo' konon2 terkesima ar. Whateva. Pastu semua pun claim aku marah sangat2 sebab tu kelihatan ter-garang. Mungkin muka aku nampak lembik tak pandai garang2 membuatkan mereka membuat tanggapan begitu. Mungkin la. Ala, kiranya macam ni la, ko tengok sorang tu macam diaammmm je pastu bila dia berani bersuara sure terkejut kan? Sure ko ingat dia marah giler sebab selama ni diam tapi tetiba bersuara. Padahal bersuara je bukan marah. Itu la, orang tak dapat beza kot. Sila beza marah dengan bersuara sebab tak puas hati. Dua makna yang berbeza. Kalau korang rasa maknanya sama, maksudnya korang tak boleh menerima teguran. Semua yang orang bersuara/tegur semua ko claim orang tersebut marah. Padahal tak marah, cuma bersuara.


Lagi satu fakta, kalau aku marah (sila bezakan antara marah dengan tak puas hati, dua makna yang berbeza), aku biasanya takkan bersuara. Orang boleh kesan bila aku pandang seseorang dengan tajam, bertentang mata dengan seseorang yang aku marah itu (dengan jarak yang agak dekat) selama lebih kurang 10-20 saat tanpa cakap apa2. TANPA CAKAP APA-APA. Ia, aku berani tentang mata dengan sape2 kalau aku marah. Walaupun dia mempunyai kedudukan yang tinggi di mata orang, popular , what eva, aku tak kira semua tu. Kalau aku marah, aku marah la. Aku hanya pandang tajam then mungkin aku akan pandang tempat lain ke apa ke pastu (sebab aku takleh pandang lama2, nanti akan bertambah marah). Seumur hidup aku, DUA KALI je aku pernah macam ni. Dua2 manusia ni adalah lelaki. Perghhh rasa marah meluap-luap, berombak dada aku menarik/melepaskan nafas, seluruh badan aku mengigil-gigil menahan rasa marah itu sampai aku rasa nak semburrrrr je tepat kat muka dia tapi what to do. Keadaan tak mengizinkan. Aku takkan meng-popularkan diri dengan cara begitu. Aku harap dengan cara aku pandang dia dengan cara begitu dia boleh faham yang aku bengang sangat2 dengan dia.


p/s: tau kenapa aku marah dengan dua manusia tu? Sebab mereka tengking aku tahap dewa atas sebab yang sangat tak relevan bagi aku. Depan orang ramai plak tuh. Tak kira la sebab nak test aku ke apa ke. Nak test aku? Meh sini aku test tengking ko plak ingat aku tak berani (ok tipu, aku mana pernah nak tengking2 orang ni. Not so me la. Bukan tak berani, tapi bagi pendapat aku, orang gila je yang tinggi2kan suara di khalayak ramai ni. Paling2 pun aku bagi je ayat sepatah-dua dengan nada biasa kasi terkena batang hidung je cukup, tak perlu tinggi2kan suara macam orang gila). Sorang tu biarlah aku rahsiakan sape, sorang lagi tu ex-bos aku. ahaha. Nasib baik lepas2 tu aku tak jumpa bos yang macam tu dah. Semua professional je, kalau tegur apa2 dengan cara yang sopan dan baik. Serius psiko lah ex-bos aku tu. haha harap tak jumpa orang macam tu lagi.

kalau ayat tu rasa2 macam tergantung atau pelik je maafkan aje la eh. Tak larat nak edit atau betulkan. Dah pukul 2 nak tido. Adiosssss =D

Tip-tip putus cinta



Dulu, bila salah seorang yang rapat dengan aku gaduh@putus cinta@ditinggalkan oleh kekasih, aku hampir2 terkejut tahap dewa. Mana taknya, sampai sanggup nak memutuskan nyawanya sendiri ok. Dasyat tak dasyat? Mengucap panjang aku. Kalau lambat sikitttt je lagi, memang dia tu sadaqallahuazim la jawabnya. Serius! Padahal sepanjang yang aku kenal dia, dia seorang yang kuat@garang@nampak tegas n whatsover tak sangka dalam melibatkan hal percintaan dia lemah, lemah-selemahnya. Sangat tak sangka.


Seringkali bila aku dihadapkan kes2 putus cinta oleh rakan sekeliling, satu soalan yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Sakitkah? Sampai nak mati? Untuk menjawab pertanyaan aku yang bercinta pun tak pernah ni, aku tanya la pendapat rakan2 lain yang pernah clash jugak. Rata-rata memberikan jawapan, ya ya , sakit tapi as long as kita boleh kawal emosi, insyaAllah selamat. Jangan biarkan syaitan menghasut sampai tahap macam... ok malas nak cakap dah. Meh sini aku bagi pendapat aku macam mana nak atasi perasaan putus cinta@ditinggalkan.


1) Sibukkan diri dengan aktiviti2 sosial. Bercampur-gaul dengan ramai orang supaya fikiran kita tak terlalu memikirkan sangat tentang si dia. Dengan bersosial, banyak ruang terbuka untuk kita mengenali orang lain jugak sekaligus mencari pengganti si dia. Ehem ehem ehemmmm. Ala, orang yang meninggal pun, pasangannya menangis sakan beria-ia pastu tak lama tu kejap je jumpa pengganti kan. Nak buat macam mana, nak taknak hidup perlu diteruskan. Find your other way untuk bahagia. Jika anda menemui seseorang sebagai pengganti, go ahead. Anda layak untuk bahagia.

2) Travel. Sila melancong. Pergi la pulau ke, pantai ke, hutan ke atau apa2 tempat yang berkaitan dengan keindahan semulajadi la. Supaya fikiran akan lebih tenang



Kajian menunjukkan, melancong adalah ubat kepada stress. Dengan melancong, kita dapat mempelajari benda baru, melihat benda baru supaya fikiran kita teralih sedikit.

3) Buang segala kenangan yang mengingatkan kita kepada si dia. Ia, buang. But then, sesetengah orang memilih untuk simpan. Kenangan mungkin? As long as kenangan itu tak membuatkan kita sentiasa bersedih, its okay untuk menyimpannya. Kalau aku, aku memilih untuk buang. Diari aku dulu yang dipenuhi dengan rasa marah terhadap sesetengah orang sudah aku bakar dan semadikan. Sebab membacanya walau untuk mengimbas kejadian dulu, mengingatkan aku kepada situasi itu dan membuatkan rasa 'tak suka' itu datang kembali. Dan aku memilih untuk membuangnya. Guess what? Aku dah tak benci sape2 yang aku pernah benci tahap dewa dulu. Eh, kisah aku tu bukan cintan-cintun la, pasal orang yang tak suka, orang yang menjengkelkan. hmmm....

4) Tips dari aku yang terakhir. Pandang hadapan. Jangan pandang belakang (eceh, ini tajuk movie;P)



Ingat, ramai yang masih menyayangi anda. Kawan, keluarga. Jangan fikir, menamatkan hidup sebagai jalan penyelesaian. Tak cium bau syurga tahu? Buat penat je kau hidup sebagai orang Islam selama 24 tahun (contoh). Jangan terlalu menyesali kesilapan lalu. Benda dah berlaku. What to do? Dah tak boleh patah balik dah. Jadikan kesilapan kita itu sebagai pengajaran di masa hadapan.Be positive. Bukan tak sudah2 menyesali, mengungkit hal dulu, ulang2, lama2 kita sendiri lemas dalam kenangan silam itu. Dulu pernah masa kucing kesayangan aku mati, aku selalu sangat berfikir, kalaulah aku bawak kucing tu balik kampung mesti dah hidup dah sekarang, mesti tak mati. Kalaulah kucing tu kurung je dalam rumah jangan bagi keluar mesti takkan mati. ITU NAMANYA MELAWAN TAKDIR. Cepat2 aku nafikan perasaan itu. Kalau dah takdir kucing itu mati pada tarikh sekian2, ia akan tetap mati walau dengan cara apa sekalipun, di mana sekalipun. Sebab tu kita tak boleh terfikir-fikir sangat sebab semakin kita fikir, semakin kita cuba untuk menyalahkan@melawan takdir. Sama macam kes putus cinta. Kalau ditakdirkan hubungan anda dan pasangan berakhir pada tarikh sekian2, walau apa pun terjadi, ia tetap terjadi dengan cara apa sekali pun. Yang kita mampu buat hanyalah berfikir hikmah di sebalik kejadian. Mungkin Allah pisahkan kita dengan seseorang supaya dia dapat temukan anda dengan seseorang yang lebih baik dan sesuai dengan anda.

Dari keempat-empat point di atas, aku boleh simpulkan satu iaitu, jangan terlalu memikirkan sangat. Pada awalan mungkin kita masih terfikir-fikir but it's okay. Take time kan. Sesudah itu, alihkan perhatian anda. Alihkan walau dengan cara apa sekalipun. Kerana bila terlalu banyak berfikir, ia akan mengakibatkan kemurungan dan tak mustahil ia akan berlarutan sampai tahap boleh masuk tanjung rambutan mungkin?

p/s: entry ini mungkin lebih sesuai untuk orang yang bereaksi ekstrem pasal putus cinta ni. Hmm u know, yang tahap nak makan pil tidur berdos-dos, ataupun yang tahap nak terjun bangunan, ataupun yang tahap nak kelar tangan sendiri. Pendek kata yang tahap macam dia rasa macam tak wujud dah lelaki@perempuan lain dalam dunia ni. Yang sorang tu je.. Kalau putus cinta tahap biasa2 tu, i know about that feeling. Ye la, manusia mana tak sedih kan.huhu...ok bye.


p/ss: Auwww, malunya tetiba je keluarkan entri pasal cintan-cintun ni macam berexprience pulak aku ni kan. Tiba2 rasa segan pulak. Mau gi menyorokkan diri kejap sebab malu*tetiba* ;P

YEPP Magic Drag



ngehehehe. Frankly speaking, aku kureng sikit dengan image girlish dia ni. Tak tahu la pasal apa dia berpenampilan ala2 girlish sekarang. Rambut dia tu dia suka sangat kasi lepas. Tu yang nampak girlish tu. Terpengaruh dengan hee chul kot. hahhaha tetiba je masuk nama hee chul kat sini. Walaupun begitu, he still look good in this Commercial Film (CF) especially his killing smile. LOL..Tp rambut dia lagi baik kalau dia ikat kat belakang (ala2 style ninja). Nampak la macam stylo sikit.

p/s: I prefer his image in YAB. Nampak kelelakian sikit. ngahahaha

Tajuk yang hilang



Aku taknak keluarkan perkataan yang tak baik terhadap dia. Sebab dia tak pernah berkasar dengan aku. Tolong tolong tolong. Aku tak sampai hati. Tapi melihat dia melakukan perbuatan2 yang sedikit menyusahkan aku membuatkan aku sedikit geram dan kerana memikirkan aku tak patut lepaskan geram dengan cara sebegitu, aku pendam. Namun tak semua terpendam, kadang2 ada cara aku berkata-kata mungkin sedikit memperlihatkan isi hati aku. Sedikit tapi mungkin tak nampak sangat. Untuk itu, mi-an-ham-ni-da... T____T

Pelik la, apasal la seorang bertitle 'senior' tapi langsung tak tahu apa-apa. 'Junior' pulak tahu terlebih-lebih. Ok, takpe lah macam tu. At least dengar la pendapat 'junior' yang lebih tahu ni. Yang lebih tahu selok-belok benda ni. Naik pitam aku bila tengok dia nak call orang sekian2 sebab nak buat sekian2. Huh? Gilaaa. Kot la nak initiate benda baru pun, tanya2 la sikit orang yang lama ni logic ke tak buat macam tu. Nasib baik aku berjaya terangkan elok2 kepada dia then dia cancel order barang sekian2.

Takde kaitan dengan entry: I'm learning 한국(cara baca: Han-Guk) language now. Secara online je baru 2 hari aku belajar sendiri2 ni. Mula2 ingat saje2 je try lama2 jadi syok pulak (biasa la benda baru kan). Aku ingat mustahil untuk aku (sebab aku kan ba alif ngap sikit kan) rupanya tak la sesusah yang aku sangka. Woah, mencabar! Hasil research dan menggabungkan semua sumber selama 2 hari ni (cewah, research la sangat) , aku dah boleh mengecam kesemua huruf vokal dan konsonannya and can write and pronounce a little bit. Tapi merangkak sikit ah.haha. But still boleh cam mana satu huruf konsonan b,c,d,g,h,j,k (k sama dengan g),l,m,n,p,r (r sama dengan l),s,t. Cuma huruf vokal sedikit mengelirukan.Yang uniknya, ala2 tulisan jawi ok cara nak learn ni. Hurufnya ditulis dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan.Tapi yang slacknya, boleh pronounce but sometimes ada yang aku tak tahu meaning. Standard beginner. hohoho..

Lagi bad, keyboard/lappy aku takleh nak produce word2 pelik ni. Sebab cd nak install takde. Huuu, takleh la aku nak explain macam mana aku boleh baca that word dengan cara yang sama dengan macam belajar jawi yang aku maksudkan tu.


Siapa tak kenal Hong Sisters???

Peminat2 drama korea saentro dunia (especially dari negara ASEAN) sure memang kenal la dua adik beradik ni. Hong Sisters. Penulis skrip drama korea yang terkenal dengan genre romantic-comedy. Mari berkenalan dengan orang yang membuatkan aku teraddict sampai tengok 10 round pun tak jemu drama2 diorang ni.




Diorang dah macam ada 'brand' sendiri dalam industri di mana orang nak tengok drama yang dihasilkannya tu bukan kerana pelakon, tapi kerana penulis skrip itu sendiri. Kerana mereka. Maksudnya, letak la mana2 pelakon sekali pun, pelakon baru ke pelakon lama sure citer+pelakonnya akan meletup kebabomm..Kalau tak melalui rating, ia menjadi topik hangat untuk diperkatakan di forum-forum atau laman web. Maksudnya macam ni la. Kat tempat ni korang nampak orang cakap pasal citer ni, kat tempat lain eh eh citer ni lagi, pergi tempat lagi satu eh eh citer ni lagi sampai korang pun termuntah-muntah tengok cerita diorang bersepah dimana-mana. LOL


Semua macam dah boleh detect trend diorang. Paling utama of course belong to romantic-comedy genre. Comedynya pulak comical type. Scene yang unimaginable, unrealistic, full of humor, comical act, sometimes they make 'toilet' humor but still boleh buat orang gelak guling-guling. Pulak tu dalam lawak2 tu boleh je terselit scene yang sedih2. Mungkin orang yang pernah tengok You Are Beautiful dengan citer My Girl boleh faham apa yang aku maksudkan.


Sebenarnya aku memang kagum la dengan diorang ni. Sangat kagum yang mencurah-curah sampai aku terfikir macam mana la otak diorang ni bekerja? Sebab kadang2 scene+dialog yang diorang buat ni tak terlintas langsung dalam kepala aku. Memang tak disangka-sangka la. Aku suka writing style diorang. Walaupun kita boleh detect jalan citer, cinta tiga segi bla bla bla ada orang ketiga bla bla bla tapi still scence2 + dialognya di luar dari jangkaan. Plot diorang pun ringkas dan takkan pening kepala la tengok. Aku sangat suka dialog yang dihasilkan. Banyak mempunyai double meaning yang memerlukan kita berfikir dan perlu mengaitkan antara satu scene dengan satu scene yang lain untuk faham apa maksud sebenar yang nak disampaikan. Kesimpulan, kalau korang tengok episod 1, pastu lompat episod 4 pastu lompat episod 6 pastu lompat si katak lompat, sure takkan faham sesetengah dialog tersirat yang dimaksudkan. Yeah, aku suka kalau apa2 yang ada double meaning =)

Lagi satu lupa nak cakap, aku suka diorang punya style angle kamera masa shooting.=D

Dan jeng jeng jeng, diorang akan hasilkan buah tangan yang terbaru. Yippieeeee!!! Tajuk drama My Girlfriend is A Gumiho. Diorang dapat idea nak buat cerita ni masa kat YAB filming set lagi. Diorang start filiming Jun kalau tak silap dan untuk tayangan bulan Ogos. SURE AKU AKAN TENGOK, VIIKII SILA JANGAN BUAT HAL LAGI LA OK. Heronya Lee Sung Gi (errr, aku tak pernah tengok drama lakonan dia before ni) dan Shin Se Kyung (lagi aku tak kenal). Hope cerita dia kali ni akan sebest dan se-funny drama2 nya before ni. hahah . Kesian diorang, diorang kata kadang2 diorang rasa terikat dengan 'title' yang mereka miliki. Maksudnya, kalau nak buat skrip, diorang seolah-olah terikat dengan 'trend' diorang dan perlu mengikut 'line' yang orang2 kenal before ni. Ye lah, unrealistic, unimaginable, comical expression bla bla bla. hohoho...



Lee Sung Gi


Shin Se Kyung

Shin Se Kyung ni pelakon baru kot. 19 tahun! Wow muda! Tak pernah dengar pun sebelum ni. Aku rasa dia saja ambil pelakon baru sebab nak menimbulkan 'refreshment', takde la muak orang asyik tengok muka pelakon yang sama je kan. Macam Park Shin Hye dulu pun mana ada popular sian dia. After YAB baru la nama dia naik jadi top sekarang. Poor her. Dia dah lama berlakon sejak dari kecik lagi now baru nama naik.huhu..Eh eh melalut plak aku. Ok bye.

Maklumat, sumber dan gambar dipetik dari sini, sini dan sini

Aku dah tengok semua drama diorang. Rating aku terhadap drama diorang mengikut susunan:

1-paling suka, 5-less suka. hehehe

1) You Are Beautiful
2) My Girl
3) Delighful Girl Chun Hyang
4) Hong Gil Dong
5) Fantasy Couple

Lawak?

Dulu (note:dulu), aku pernah dapat statement dari seseorang. Salah seorang daripada geng aku (dulu). Dia meluahkan sesuatu lebih kurang macam ni kat aku.

"Rasa macam tak boleh masuk dengan korang. Rasa macam kt ni lain daripada korang2. Kt tak pandai buat lawak macam korang. Kadang2 bila korang gelak gila2@buat lawak, kt macam tak boleh faham kenapa. Kt tak gelak pun. Entah, rasa macam tak boleh masuk"

Statement yang membuatkan aku terkedu. Statement yang memerlukan aku jawab sebenarnya (tapi aku lupa aku jawab apa dengan dia).

Ok, sekarang kita bercakap pasal sense of humor. Sense of homur atau dalam BM nya SIFAT LAWAK@KELAKAR tu perlu dibuat-buat ke? Bagi aku ia bukan dibuat-buat tetapi datang secara semulajadi. Seumur hidup aku la kan, tak pernah aih ayat ni ada dalam kepala aku 'Aku nak buat lawak apa ni lepas ni eh?' ataupun 'Pukul 6 ni nanti masa makan malam, aku nak buat lawak apa eh nanti?' ataupun 'Eh, aku buat lawak ni apasal takde orang gelak?'.


Aku sangat percaya setiap orang ada sense of humor masing2 cuma peratusannya mungkin berbeza tetapi TETAP ADA. Aku pun kalau dikirakan ada la jugak tapi tak tahu la pulak peratusannya. Tapi tak la banyak sangat sampai mencecah 100%. Kalau dah dekat2 100% macam tu baik aku resign je kerja aku sekarang lepas tu apply je masuk Raja Lawak Astro tu kan. Muahahah. Tak pun jadi pelakon tambahan You Are Beautiful tu ke. Erkkk..Ngarut!!.


Aku pernah selak dalam majalah remaja. Ada saranan yang agak baik di situ. Katanya tak semestinya kita perlu pandai buat lawak untuk memproduce humor tapi kita boleh join dengan menambah-nambah atau mengubah suai daripada ayat orang yang pencetus lawak tu. Aku macam terfikir kebenarannya. Sebab antara geng aku dulu, kalau ada sorang pencetus lawak, ia akan bersambung-sambung dan melarat-larat dari sorang ke sorang akhirnya end up dengan SEMUA ORANG MENYUMBANG LAWAK@BAHAN UNTUK GELAK.


p/s: Aku jenis yang tak mudah terikut-ikut. Kalau aku rasa lawak, aku gelak. Aku tak kisah la orang lain rasa tak kelakar ke, atau orang lain tak gelak ke, whatevaaaa. Aku akan gelak sorang2. Bukan senyum ye, GELAK (ada beza). Tapiiiii, kalau aku rasa tak lawak, aku takkan gelak walau macam mana hebat pun orang sekeliling aku gelak. That's me. I show my true expression directly.


Secara kesimpulannya, lawak datang secara semula jadi kot, bukan dibuat-buat. Sekian

Tentang Mimpi-1


pic: google.com

Ok, kene tulis sekarang. Sekarang sebab kalau tulis esok lusa, akan jadi basi. Nak tahu, malam semalam tiba2 je Hafiz Hashim masuk dalam mimpi aku. HAHAHAHAHA. Act, aku lagi adore Lee Chong Wei dari dia tapi takde la plak muka Chong Wei masuk dalam mimpi aku. Pelik betul, bukan aku minat si Hafiz pun (walaupun dia sebenarnya hensem dan isterinya comel eh eh takde kaitan). Mungkin sebab aku masih fikir2 pasal Piala Thomas & badminton things kot sebab tu la tetiba je mimpi dia. Aku rasa mimpi aku real sangat (biasa la mana ada kalau mimpi rasa tak real walau tak logik mana pun mimpi tu).


Dalam mimpi tu kan aku berlatih badminton dengan ada sorang cikgu sukan ni. Kebetulan, dia pun dibawah cikgu yang sama (haaa, kebetulan la sangattt). Lepas aku berlatih tu, tetiba je cikgu aku tu menghilangkan diri so aku tak tahu nak buat apa. Pastu tetiba Hafiz Hashim datang kat aku dan ajak aku lawan badminton dengan dia. Yang peliknya, terer la pulak aku main badminton ni kan. Walaupun kalah di tangan dia, aku berjaya memberikan saingan yang sengit kepada dia(cehcehceh gelis) dengan mata 21-19. Dia 21, aku 19. Huh sengit tak sengit? Set pertama je sempat lawan, nak masuk set kedua, aku dah terjaga dari tido. Ok, sangat tak boleh blah. Aku citer dengan nana pasal aku kalah 19-21 dengan hafiz hashim dalam mimpi aku tu terus dia gelak terbahak-bahak kata tak boleh blah mimpi macam tu. Kalau betul la mimpi tu, aku dah dikira boleh tercalon masuk untuk join Piala Uber 2 tahun lagi. muakakakakakahkah.


Akhir2 ni aku jarang mimpi. Bukan jarang, seingat aku, tak pernah kot mimpi apa-apa dalam masa 3-4 bulan yang lepas. Perkara yang agak pelik, walaupun aku dikira kipas susah mati Jang Geun Suk tahap korang pun tahu macam mana kan, tak pernah sekali pun aku mimpi si JGS ni(cehhh pelik la sangatt). Oh oh tersesesat la pulak nama dia kat sini kan ;P


p/s: Mulai sekarang, kalau mimpi apa2 aku nak catatkan cepat2 dalam blog/draft. Sebab aku menghadapi masalah mengingat jalan cerita mimpi bila dah lama2 sangat. Contoh, aku akan ingat 2 jam pertama je (after bangun tidur) pastu kalau aku tak berusaha nak ingat/refresh aku akan lupa terussssss jalan ceritanya. Apa yang aku ingat just subjek je. Apa ingat dalam drama/movie je ada jalan cerita@ subjek? Mimpi pun ada kay.hakhakhakokbye

Tiba-tiba je kan

Kegemaran aku akhir2 ni begitu pelik. Sangat pelik. Sampai bila aku tunjuk kat kakak aku, dia kata "Ko kenapa ni Nadia?". Haaa gituuu, dia ingat aku kene penyakit sawan ke apa ke kan.

Tetiba je aku macam berminat dengan heels. Setengah hari aku dok search heels je tak habis2. Tak pernah2 macam ni.





Heels atas ni cantikkkk


Boleh nampak type2 heels yang aku suka? Yang tali tebal2 atau pun tali yang banyakkkk. I like!!! Kawan aku, Sya, kalau aku cakap aku beli sandal baru masa kat UPM ari tu pastu aku tunjuk kat dia mesti dia cakap "Dah agak dah". Dia tau2 je taste aku mesti yang banyak2 tali. LOL. HAHAHA. Aku ada sebab tersendiri. Aku suka banyak tali ialah sebab kalau salah satu tali terputus at least aku masih lagi boleh berjalan dengan kasut tu. Cuba kalau tali halus-mulus yang ada 2-3 je tali (err, korang boleh bayangkan tak?) lepas tu salah satu terputus? Azabbb ok. Merangkak la ko kat tengah2 Mid Valley tu terseret-seret. hahaha.

Aku ni kurang percaya dengan kasut dan berfikiran agak advance. Dalam berbuat sesuatu, aku selalu imagine apa-apa risiko/implikasi yang akan aku hadapi di kemudian. Dalam hal ni, aku selalu bayangkan situasi di mana tali sandal putus lepas tu aku terpaksa seret2 cari sandal baru ke apa ke. Dah tu kalau jalan macam alien terseret-seret, mustahil orang tak halakan pandangan terhadap ko walaupun sekejap kan. OMG maluuuuuuwuwuwu (walaupun tak pernah hadapi pun lagi ;P ). Dulu2 lagi dasyat, setiap kali pergi keluar shopping kompleks dengan kawan, aku wajib bawak kasut spare ok! Letak dalam beg. Sebab aku sangat bersedia kalau sandal terputus tali. Kawan aku pelik je apasal beg aku besar sumbat dengan apa. Ye la, zaman sekolah menengah, trend orang bawak beg kecik comey jalan2, aku bawak beg besar sebab nak sumbat kasut. LOL.


Berbalik kepada cerita heels tadi. Malangnya aku dengan heels macam tak berapa nak jodoh. Sebab even aku pakai kasut heels yang tak berapa nak heels sangat ni pun macam nak terjatuh kadang2, apatah lagi kalau heels yang berinci-inci macam gambar kat atas ni kan. So, aku rasa wedges lebih sesuai =)




Aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan kasut atas ni. Nak! Nak! Nak! Malangnya saiz 5 je yang available. Aku saiz 8, saiz kaki Siti Nurhaliza (perlu ke mention yang ini??). Eh kejap2. Aku rasa macam aku ada copy url orang yang jual kasut ni tapi mana hilang tahh. Aigoooo. Nak cari balik, mana tau saiz 8 dah restockable ke.




OMG aku suka giler design heels kat atas ni!!!!! Aaaaaaaa!!! Such a perfect design for me. Separuh tutup, separuh lagi ada tali-tali. Design pun sangat cantik. Nakkkk. Waaaa, kalaulah ianya wedges T__T

pic: google.com

Separuh akhir Piala Thomas 2010 : Emo mood


Ok, Malaysia kalah. 3-0. Aku boleh terima dengan hati yang terbuka. Walaupun aku macam bengang je dengan Lin Dan apekes nak bukak2 baju tayang body bajet hot jek. Waakakaka. Tengok la gambar tu, zaman bila tah tu, memang dia jenis suka tayang body kot. Macam la bernafsu orang tengok kan. Muahahaha. Tapi aku akui prestasi dia berada di tahap maksimum sekarang. Semua smash tajam Lee Chong Wei, dia boleh balas . Dia sangat lincah (Chong Wei pun apa kurangnya. Dua2 well). Dan aku akui Chong Wei tersilap percaturan, buat kesilapan kecil dan mudah especially di bahagian net.Macam ada yang tak kene but it's okay, biasalah pertandingan ada kalah ada menang kan. Apa yang aku perhatikan Chong Wei kalau lawan dengan Lin Dan before2 ni memang selalu macam tu. Mula2 dia selalu ketinggalan tapi lepas tu dia dapat kejar sehingga mengheret ke rubber set. Pastu akhirnya akan menang (kalau lawan kat gelanggang sendiri). Tapi Lin Dan terlalu hebat untuk dikejar hari ni.



Lepas je Chong Wei kalah aku tau Malaysia memang takde harapan dah. Aku tutup TV. Bila kakak aku bukak, aku suruh dia bukak channel lain. Kemudian sekejap2 kalau agak2 macam dah lama aku suruh dia bukak balik semata-mata nak tengok mata terkini lepas tu tutup balik. Malas nak tengok live, aku follow newspaper je apa ceritanya. Kalau aku tengok live, aku risau aku tercarut je satgi.


Kenapa aku nak Malaysia menang@kenapa aku terover emo kali ni

1) Wong Chong Han dah tua. 30 lebih dah umur dia. Ini kali terakhir dia main (dia kata). Sape nak ganti dia? Hafiz? Sape nak ganti Hafiz? Orang baru? Orang baru macam mana kalau lawan dengan Hafiz pun boleh kalah. Aku rasa Malaysia kekurangan pelapis2 yang bagus sekarang. Nak latih yang sedia ada, haaaa tunggulah 5-10 tahun lagi baru boleh nampak terer ke tak. Aku akui China banyak pemain pelapis yang bagus2. Aku rasa dalam mimpi je la Malaysia nak menang Piala Thomas dalam masa 10 tahun ni.


2) Lee Chong Wei berada di prestasi yang baik sekarang. Umur dia pun dah semakin meningkat . 28 tahun tahun ni. Next Piala Thomas dia 30 tahun. Dah tua dan berkemungkinan kurang berbisa daripada sekarang. Pemain2 China semua muda2. Mungkin betul la kata jurulatih China tu. Pemain Malaysia dah tua-tua.


3) Sebab paling utama, sebab dah 18 tahun Malaysia tak pegang Piala Thomas. Lama ok. Lepas2 tu asyik masuk separuh akhir, final,suku akhir bla bla bla tak lepas2. Sangat sayang. Asyik China dengan Indon je dua Negara konker.

4) Sebab ini satu-satunya sukan yang aku follow up perkembangannya. So, sebab itu aku terover emo.



Apa-apa pun yang terjadi, aku tetap sayang team Malaysia. Proud to be Malaysian. At least memberikan cabaran yang sengit kepada negara2 lain. At least team Malaysia pernah digeruni oleh pemain2 negara lain. At least Malaysia berada di kalangan negara yang top dalam sukan badminton. Nak harapkan bola sepak? Haaa mimpi la!

p/s: To Lee Chong Wei, membuat kesilapan mudah kali ini doesn’t mean you are not good but it seems that you are not lucky to win the game.Lepas ni sila balas dendam ok! Silalah menang Terbuka Malaysia ke, Terbuka Indonesia ke, Terbuka China ke atau apa2 lagi terbuka la.

p/ss: Aku dah tak emo dah sekarang. Sebab dah tutup tv kan. Hahaha. Ok lah nak sambung tengok PT japgi. Bukan Piala Thomas. Tapi citer korea Personal Taste. Ngeh ngeh ngeh

Merepek di kala bosan

From: Nadiah [mailto: nadiah@companydotdotdot.com ]
Sent: Thursday, May 13, 2010 2:37 PM
To: ' nadia_ws@yahoo.com '
Subject: bbbb



Hari yang sangatlah tak productive. PC yang digunakan untuk handle mesin ICP itu rosak maka aku tak boleh buat apa-apa langsung. Percaya, aku duduk melekat kat atas kerusi depan pc dalam office dari pagi sampai petang. Tahukah apa je yang aku buat sepanjang hari ni? Baca blog kawan2, bukak online shopping website (walaupun takde beli apa), apa lagi, itu je la. Sumpah bosan. Nak bukak facebook yang tak membosankan itu (eceh), tak boleh la pulak kan . Hok oloh kuno betul pc kat desk aku ni. Sebarang ajax application dia takleh nak detect. Apa daaaaa…Pastu yahoo email dia pi block ala ala.. kedekutnya. hahahaha



Aku boring la keje macam ni. Hari2 buat kerja yang sama. No thrill. Aku suka thrill. Aku suka bila aku dicabar. Aku suka bila emosi aku turut tercabar jugak. Sekaligus membuat hidup aku tercabar. Aik? Ayat apakah? Berpusing-pusing 360 darjah.



Oleh sebab aku mahukan kelainan dalam warna hidup aku, aku bercadang nak buat part-time job.



HAHAHAHAHA



Ala, part time job. Pergi keje sana shoping complex ke apa ke. Sementara masih remaja, biarlah aku melihat dunia luar sekejap. Bosanlah. Ok, aku ni tak habis2 dengan bosan. Macam yang aku katakan, sementara aku masih remaja, biarkan.



HAHAHAHA



Mungkin akan berpart-time untuk hari sabtu dan ahad la saja ok. Sebab weekdays keje macam biasalah, keje yang bosan ini. Dah la bosan, kalau environment best dan tak bosan takpe la jugak kan. Boleh je aku survive. Penat? Tak apa? Biar badan penat asalkan hati aku sihat. Aku kirakan, part-time itu mungkin menyumbang kelainan dalam warna hidup aku. Bila aku katakan kelainan, maka ia juga salah satu penyumbang kepada ubat stress. Bila stress itu diubati apakah akan jadi? Ye. Hati itu akan sehat.



Aku pernah rasakan macam ni. Suatu jangka masa yang aku berkerja dengan sangat tekunnya sampai penat tapi takde langsung perkataan bosan dalam hidup aku. Tiada, neda, aniiiiii. Setiap hari adalah kegembiraan, pembaharuan dan sekaligus cabaran yang sedikit pun aku tak boleh expect apakah yang akan jadi pada keseluruhan hari itu. Bukan macam sekarang. Aku siap boleh buat jadual apa akan jadi hari ini. Pergi kerja, buat kerja, balik rumah, kemudian online internet, hok oloh bosanlah bukan?



Meowwwww.



Eh, tersesat perkataan meow kat sini kan . FYI , perkataan ‘meow’ ni adalah trademark aku dengan nana (adik). Seringkali mengeluarkan perkataan bila hormone gedik datang melanda secara tiba2. Sebagai contoh semalam bila tengok KKK-TBH main well dalam setiap game Piala Thomas, tetiba je rasa macam dia adalah hensem lepas tu bila mana perlawanan Choong Han lepas tu kamera spot kejap kat muka TBH ni kan pastu tetiba je “Nana nana cepat tengok . Tu Boon Heong kan ? Comelll la dia gelak” lalu dijawab oleh nana “Aah la. Meow” dan disambut oleh aku “Meow meow” lepas tu tersengih-sengih. Lepas kamera terhala ke arah muka Chong Wei kejap. Apasal tah nampak dia lagi hensem dari Hafiz Hashim. Betul la, lelaki2 sekalian, perempuan2 (ke aku je?) akan nampak lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh secara tekun itu sebagai ‘berkarisma' . Yang mempunyai passion, yang mempunyai impian dan berusaha keras untuk mencapai impian dia. Sungguh pun aku akui Hafiz Hashim jelas lebih hensem daripada Chong Wei, tapi di mata aku, kalau diberi pilihan, aku pilih Chong Wei. Hakhakhak. Eh, ini jawapan jujur okayyy. Ingat aku tipu ke? Meh sini Chong Wei, I nak minta autograph ;P lalalala~

p/s: Email yang dihantar live dari office aku. Hantar ke email sendiri. Macam loser kan? Nak kata luahan hati macam ya, nak kata merepek pun macam ya jugak. Kesimpulannya, boleh tahan jugak aku merepek dan mengarut bila dilanda kebosanan yang melampau bila tak ada kerja langsung yang nak dibuat. Esok? Akan berulang lagi. Aigoooo. Senior kata pc tu mungkin boleh dihantar semula ke sini setelah di-repair hari Isnin. Kalau kerosakannya minimum, otherwise akan lambat lagi. Perghhh, dah la sample berlambak belum di-test. Takkan nak buat overtime. What? OT? Apa itu OT? muahahaha ;P. Kat sini mana main OT OT ni, semua rakyat jelata balik sharp ok. Memang macam tu, takda sape rela nak OT . Yang OT biasanya yang gaji below RM1200 kot. Boleh claim OT. Kitorang2 ni tak boleh claim. So dengan itu, takde sape dengan relanya nak OT tanpa bayaran free free je. So lepas ni aku relax je buat macam biasa. So lepas ni, sample2 sekalian, silalah beratur ok.

Hafiz Hashim

1) Dia dah pandai main smash. Dah kurang main rali dah. Macam ini la yangggg (tetiba). muahahaaha. Semoga dia kekalkan corak permainan macam ni bila jumpa China nanti. Eh, takleh kekalkan tapi kena lagi ok daripada hari ni

2) Pukulan dia agak bertenaga. Tak lembik macam masa dia lawan jepun semalam.

3) Kemenangan dia dibantu dengan kesilapan mudah si sape tah nama lawan dia mamat Denmark tu. Tergeliat-geliat lidah aku nak menyebutnya. Aku rasa macam mamat Denmark tu gugup dan agak menggelabah. Selalu sangat bola out. Lepas tu pukul bola banyak tersangkut kat net.

Dia dah mengulang sejarah dulu. Aku ingat lagi masa Piala Thomas bila tah. Lawan dengan Korea kot. Macam ni la keadaan dia, semua tak letak harapan kat dia. Tapi dia muncul wira, penyumbang mata penentu kemenangan Malaysia dan dengan itu Malaysia mampu melangkah ke akhir (tapi kat akhir tu kalah la). Magic la tu. Dengan alasan tu aku dengan nana backing dia. Sebab dia kadang2 boleh buat kejutan dan magic dengan tiba2.

Ok, time dia main ok ni ayah aku takde la pulak kan kat rumah. Semalam masa dia lawan Jepun tu Ya Allah, tahan je la telinga aku ayah aku bising2 pasal Hafiz ni. Aku rasa ayah aku memang tak boleh tengok live si hafiz ni main. Kalau tak, dia la jadi pengulas tak bertauliah. Tapi aku dengan nana terhegeh-hegeh nak tengok live jugak. Serius kelakar. Ayah aku kutuk2, bila aku dengan nana backing hafiz, kitorang pulak tetiba kene sergah dengan ayah. Sungguh panas suasana dirumahku ketika itu. LOL. Aku pandang nana, nana pandang aku sekaligus kitorang tergelak kecil. Lawak bila tengok ayah aku emo pasal benda ni. Bila Hafiz dah kalah semalam, ayah aku marah2. Last2 mak aku tukar channel cepat "Dah dah tukar tv lain. Marah2 lain kali jangan tengok". Aku nana tergelak-gelak jek. hahaha. Comel la ayah ni.

Fikiran aku yang jauh ni kan, cuba la bayang2 kan kot2 la si hafiz ni ehem ehem aku kan. Pastu macam mana nak minta restu dari ayah aku? Confirm2 la dia susah nak bagi restu ceh ceh ceh. Muahahahaha ;p

p/s: Aku suka la tengok gaya zakry tu main. Walaupun dia rendah je tak tinggi tapi sekali dia smashhhh, kencang owh. I like. Nampak sangatlah bersemangattt. Pulak tu selalu ok dia smash. Permainan mereka tu sangatlah sengit. Walaupun kalah, kalah bermaruah, orang tak marah

p/s: Chong Wei aku tak sempat tengok. On da way dari tempat kerja balik ke rumah. Final pulak weekdays, sah2 takleh tengok dia main T_T (kalau malaysia masuk Final)

The Beautiful Necklace....

Dear The Necklace,






You are beautiful and just nice....


Ok, aku dah puas hati dah sekarang.

Tapi hilang sikit ke-excited-an dapat benda ni gara2 tengok game Piala Thomas tadi. Aku memang emo kalau tengok badminton ni.

The necklace behind the scene:

Mula2 aku ingat dalam mimpi je la aku dapat benda ni sebab aku check harganya kat salah satu website yang agak popular la jugak (worldwide) tapi MAHALLLLLLL seyh harganya. So, impian masuk dalam mimpi sahaja la ok



Pastu jalan2 lagi, memang tak berniat pun nak beli dah sebab dah bleh tau range harga kan, tetiba jumpa lagi kat website yang singapore based punya. Murah la jugak daripada first2 aku tengok tu. Masa ni dah excited dah. Bila aku dah ready dah setup akaun paypal semata-mata nak beli kat situ punya pasal, sekali sold out daa...Ok redha jek.


Ok, jalan2 lagi terjumpa la pulak kat website yang US based punya. Harga plus rm13 daripada yang website singapore based tu but then still harga dia lagi rendah daripada orang malaysia mana tah yang jual harga mahal2 tu. Walaupun aku agak ragu2 sebab tak pernah2 order barang ship dari US tapiii, aku redah jek. Sebab website itu boleh dipercayai dan baca review kat situ, ok je. Kali ni aku malas nak tunggu dah, rembat ajeee. Last2, lebih kurang 9 hari tunggu, sampai dah parcel ni. =)




simple jek


Dia tak bagi kotak, siot je. Then, aku beli kotak sendiri dan simpan

Gaduh pasal Piala Thomas

Lawak pulak aku rasa. Aku & nana dengan ayah saling berlawan cakap gara2 piala thomas. Ayah aku dok kutuk2 hafiz, aku dengan nana dok backing2 hafiz kata bagi la semangat sikit kat dia ke apa ke kan. Lepas tu ayah aku emo lagi. hahahahahah

At last aku akui, dia memang..... (ok tak sampai hati nak cakap)

1) Semangat memang takde. Cuba tengok gaya dia main dengan gaya mamat jepun tu main. Pastu tengok muka dia masa main tu, leh detect. Kat bawah ada lagi reason membuktikan yang semangat jelas takde.

2) Kalau sesape perasan, mamat jepun takda la tererrrrr sangat2, biasa sangat, tapi jepun banyak dapat mata yang mudah. Gara-gara kesilapan hafiz sendiri. So nampak macam terer je mamat jepun tu padahal takda la terer mana TAPIIIIIIII nampak semangat juang dia tu tinggi. Dengan semangat tu lah dia dapat kalahkan hafiz.

3) Hafiz banyak main rali, tak tau la apa reason dia main gaya macam ni. Pasukan2 hebat negara lain mana de main rali2 ni. Orang main attack ok! Atack! Attack! Ni dia tak main attack pun?? Asyik main rali last2 tersilap pastu free2 je mata dapat kat Jepun.

4) Kiri kanan depan belakang orang malaysia sokong dia, lawan kat tempat sendiri, itu pun boleh kalah. Dia tinggi, jepun tu rendah je, itu pun boleh kalah.

5) Tengok cara pukulan dia, ada sesetengah pukulan yang dia dapat mata pun nampak relaks je pukul (takde semangat), kira bangga la relaks2 pun boleh dapat mata. Tu kalau dapat mata. Kalau tak dapat mata? Malu okeh, sebab ia kelihatan lembik. Kalau pukul ganas tapi tak dapat mata at least takde la orang kutuk kan. Nampak macam main2 je dia. Macam bukan main di perlawanan yang penting. Macam Piala Thomas ni nothing.

6) Bila dah nak dekat ujung2 set ketiga baru nampak dia macam ganas&semangat sikit. Baru nampak dia smash ke apa ke. Sikittttt je la pun. Tapi nak buat macam mana. Dah terlambat. Sepatutnya dia main gaya macam tu dari awal2 lagi bukan dah last2.


7) Pemain Jepun tu pemain yang baru kot. Rangking entah keberapa. Jauh la beza dengan hafiz, tapi itu pun boleh kalah. Ok, ni fakta paling jelas.

ok, tu je yang aku nak membebel malam ni. Sekian.

Hasil pengaruh nana


2-3 hari ni nana asyik play lagu ni je. Last2 lekat kat aku. Aku start suka sebab aku tertarik dengan muzik intronya. FYI, kebanyakan lagu yang aku tersuka semuanya sebab aku tertarik kat muzik part intro. Especially kalau lagu korea. hohoho...




Secara jujurnya, sebelum ni aku tak berapa minat suara Lee Hong Ki ni. Bukan tak berapa, memang tak minat pun. Bila dengar dia nyanyi lagu Promise dengan lagu Still/As Ever yang Jang Geun Suk nyanyi tu, terus terdetik macam suara dia tak berapa sedap sangat .Suara JGS lagiiii best (kan farah-fdragon kan??? cewahhh tetiba). Padahal dua lagu tu sebenarnya lagu Lee Hong Ki originally, JGS cuma nyanyi untuk drama YAB je ;P

Tapi bila dengar lagu Missing You ni tiba2 je rasa suara Hong Ki ni best dan matching untuk lagu ni. hakhakhak.

Tapi aku tak nafikan, setiap lagu yang dia nyanyi, dia memang nyanyi dengan penuh perasaan.

Aku pernah terbaca interview JGS, dia ditanya kalau boleh tubuhkan band sendiri dia nak sape untuk jadi ahli ( ni band konon2 la bukan betul2). Dia namakan Lee Hong Ki sebagai penyanyi utama, dia sendiri sebagai penyanyi kedua, Kim Hee Chul (Super Junior) sebagai drummer dan lagi sorang sape tah kumpulan Trax (aku tak kenal pun grup ni, wujud ke?haha). Hmm...geng2 diorang je la ni. JGS kata, Hee Chul yang kenalkan dia dengan Hong Ki. Sebab Hong Ki rapat dengan Hee Chul, JGS pun rapat dengan Hee Chul jugak sebelum2 ni. So , mereka pun kenal & berkawan baik, tambah2 bila dua2 berlakon dalam YAB, lagiiii la geng kan. Patut la aku tengok diorang macam rapat giler kat YAB filming set. Hahaha. Motif aku cerita susur galur diorang ni????

p/s: Aku teringat kat kata2 MC dalam WGM Sweet Potato couple tu. MC tu kata patut la group CN Blue ( sila focus Jung Yong Hwa ;P) adalah band berasaskan instrument (ada vocalis, gitar, bass, drummer) sebab grup ni kalau bab2 menari memang lingkuppp. hakhakhak tergelak aku dengar. Lepas tu aku baru teringat patut la Lee Hong Ki pun belong to group band yang berasaskan instrument sebab dia memang lingkup jugak bab2 menari ni (JGS beritahu dalam kebanyakan interview). hohohoo..

p/ss: Aku lebih prefer group berasaskan instrument sebab entah kenapa, aku tengok mereka2 ni kelihatan sangat cool bila bermain instrument, tak kira la gitar ke, bass ke (boleh rujuk pemain bass group CN Blue), drummer ke, main piano ke, even vocalis sekalipun (sila refer vocalis grup A.N.Jell ok. lalalala~)

Gambar kasi standard sikit boleh tak



Tadi kan aku balik Melaka kan. Singgah la ke rumah sedara aku ni. Nak dijadikan cerita, dia tunjuk la gambar kawen anak dia tahun lepas ke dua tahun lepas tah.

Masa aku tengok tu kan, mengucap panjang aku

1) Gambar jarak dekat, betul2 depan muka tapi KABURRRRRR SANGAT! Macam bergegar. Obvious. Bayangkan bayangkan.

2) Gambar jarak dekat lagi, betul2 depan muka kedua-dua pengantin tapi part muka pengantin perempuan tu terkerat bahagian muka (boleh beza sama ada dia nak mencari seni dalam gambar atau memang dia tak perasan teramik gambar senget). 3/4 je muka dia masuk dalam gambar. Apakah?

3) Lighting tak bagus. Muka kedua-dua pengantin nampak 'semacam' dan walaupun pengantin act make-up tapi nampak tak ada seri langsung.

4) Gambar seramai lebih kurang 6-7 orang bersama pengantin, kesian kat adik aku. Kulit dia yang biasa2 je tapi seolah-olah 'rentung' dalam gambar tu. Hitam legam okeh. Macam india mana tah. Bukan adik aku je. Ada jugak muka pengantin perempuan jadi hitam legamm. Pulak tu bahagian mata dia tk hilangkan kesan 'red eye'.

banyak2 jugak yang aku boleh detect kelemahan2 photographer tu tapi tak ingat dah.


Secara kesimpulan, seolah-olah gambar di ambil dengan kamera guna kodak.

Aku tanya mak cik tu, ada panggil upah photographer ke untuk amik2 gambar ni. Dia kata ada, siap orang tu bagi CD lagi. So kesimpulannya confirm la bukan kamera kodak kan yang lepas dia tangkap gambar tu dia takleh tengok hasil gambar dia macam mana kan. Kamera digital yang lepas amik gambar tu, boleh tengok gambar tu jadi ke tak.

Aku boleh terima la kalau gambar tu langsung takde seni, tapi kalau dah kabur, lighting teruk sampai muka orang2 nya jadi hitam legam, terkerat sana sini, so apakah fungsi gambar?

Aku pun boleh terima kalau gambar tu gambar pakai kamera kodak tapi kalau pakai kamera digital memang takleh dimaafkan la.

Nasib baik bukan gambar aku. Kalau la gambar tu gambar kawen aku, boleh menangis sehari semalam. Ialah, kawen kan moment terpenting bagi setiap orang, bukannya hari jadi yang boleh disambut setiap tahun. Kalau boleh, biarlah gambar kawen tu up to standard walaupun tak cantik kebabom. Bak kata photographer2 famous yang aku follow blog mereka 'Tak salah berhabis sikit untuk upah photographer yang kita puas hati gambarnya. Sebab gambar itulah yang akan mengembalikan kenangan bila kita dah tua-tua kelak'


p/s: Aku rasa kalau aku la jadi photographer tu, malu okeh nak offer amik gambar kawen orang lain.

p/s: Aku rasa, kalau aku yang amik gambar lagi cantik kot (bukan statement berlagak ye).

p/s: Kalau kita 'dah biasa' melihat gambar2 yang super duper cantik kebabom, penuh dengan seni, moment semua pastu bila tertengok gambar yang tak cantik (gambar kawen especially), mesti mulut rasa macam nak komplen je. hahaha. Semua pun macam ni kan? Ke aku sorang je yang rasa macam ni? hahaha

pic: kredit to peveyhack.fotopages.com

Bila baik....

Malam semalam aku tengok citer Jepun ni, One Missed Call Final yang telah selesai didownload dari youtube. Tiba2 je kan, aku teringat kat seseorang.

Dia wife kepada bos aku. Orang jepun, ibu kepada anak yang berumur 11 tahun. Suami dia orang Cina dan dia berkomunikasi dengan husband dia dengan bahasa jepun. Mula2 aku mistake yang dia orang Cina tapi baru realize sejak dia berkata kepada seseorang “Sory, saya bukan orang Chinese, saya tak pandai cakap chinese.” Aku ada tanya dia, macam mana tahu cakap BM? Ada amik apa2 kelas BM ke?” sebab dia sangat fluent ok cakap BM. Dia kata BM sangat senang, tak payah belajar, hari2 bercakap dah boleh pandai dah. Oh, apasal la bahasa Korea tak sesenang BM? OK tetiba sangat!


Sepanjang kerja situ, aku baik dengan dia. Baik dan mesra sehinggakan pekerja2 lain gelarkan aku pekerja kesayangan dia. Mana taknya, apa2 benda je, mesti dia akan panggil aku settle kan. Macam kan tak ada pekerja lain kat situ selain aku. Nak kata baikkkk sangat2 tu takde la. Tapi baik la jugak sampaikan kadang2 hal rumah-tangga dia, dia cerita kat aku jugak sikit2 pastu selalu belanja aku makan Kyros Kebab, McD, KFC dan sebagainya.


Aku ada gak la learn sikit2 japanese word dia. Kalau dia panggil ke apa ke mesti kitorang akan sahut in Japanese word “Nani??”. Gedik sekejap bukan selalu. Pastu sebab terpengaruh dengan dia skit2, aku selalu kalau marah @ bengang akan terikut-ikut cara dia. Akan cakap ‘Baka! Baka! Baka! ’ or ‘ Baka betul la dia ni’. Oh, terasa sopan pulak kan sebut macam tu. Sebab ianya bukan BM. Cuba kalau aku sebut dalam BM tengok ada ke tak yang akan pandang slack kat aku. Sure pandang slack punya la.


Dalam banyak2 nama orang, dia kata dia paling suka sebut nama aku. “Nadia nadia nadia” banyak kali dia ulang sebut. Dia sebut in a unique way. Kelihatan comel plak cara sebutan dia. Ke nama aku memang comel? Ok gelis di situuu.


Titik hitam bila aku mengkhianati kepercayaan dia. Ok, aku tak tahu la sama ada ini dikira mengkhianati dia atau tak. Dia kata kalau nak berhenti kerja kene beritahu awal2 sebab senang nak arrange apa2. Tapi disebabkan ketidakmatangan aku berfikir ketika itu, aku membuat keputusan salah dengan berhenti kerja secara tiba2 tanpa memberitahu dia. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku berhenti kerja yang mungkin pembaca awal blog aku ni tahu serba sedikit kenapa aku buat keputusan berhenti secara tiba-tiba (pernah cerita kat entry awal2 dulu). Disebabkan aku orang yang memegang peranan yang agak penting di tempat kerja, keberhentian aku secara tiba2 tu telah membuatkan keadaan tempat kerja jadi sangat kelam-kabut. Serius aku menyesal sebab buat macam tu.


Bila aku mesej dia kata say sory semua, dia balas “Jangan mesej atau call saya lagi” .Sebak baca ayat tu.Nape tah padahal lepas2 tu bukan jumpa dia lagi pun. Bila teringat kenangan bersama dia, gelak ketawa semua, tiba2 je air mata keluar dari mata. I hate this feeling!!!


Aku pernah beritahu kan, aku tak suka bila aku baik dengan seseorang lepas tu hubungan tu berakhir macam tu je. Aku tak suka! Aku tak suka hubungan baik yang diakhiri dengan perasaan benci. Walau apa pun sebabnya.


Sejak tu, aku macam berazam dalam diri aku sendiri. Aku takkan cuba2 untuk mengkhianati orang lain. Sebab aku serik dengan perasaan itu. Perasaan ‘orang yang aku baik tak percaya dengan aku lagi’.


Sebab tu sejarah aku dengan kawan baik aku selama ni, jarang aku yang merajuk dengan orang sampai bermasam-muka. Err..bukan jarang, tapi tak pernah kot. Walau kasar macam mana pun diorang(kawan baik sahaja), aku terima dengan hati terbuka yang dia memang sebegitu, setiap manusia berlainan caranya as long as dia bukan jenis yang tikam belakang. Setakat mulut laser, cakap kasar, takde hal.. Lainlah kalau orang yang start merajuk dengan aku (walaupun aku tak berkasar dengan mereka. Hmm, u know, sebab salah faham n everything yang simple2 yang tak patut untuk merajuk). Itu pun aku yang akan try pujuk ok! Pujuk and say sory semua (walaupun kadang2 bukan salah aku). Lepas aku pujuk kalau orang tu still nak layan rajuk dia tu then memang bye bye la. Terpaksa je la terima je kan.


Dulu, farahiyah(best friend aku yang paling lama, kenal sejak darjah enam rapat sejak Form 1 sampai sekarang) selalu takut kalau2 aku merajuk dengan dia. Masa hujung form 3, masa sape tah yang beria-ia nak kawan rapat dengan dia padahal dia biasa je dengan orang tu, dia siap cakap sory kalau2 aku terasa dia kelihatan rapat sangat dengan orang tu. Hahaha zaman sekolah menengah, kan selalu berlaku kes2 macam ni. Jeles kawan baik rapat dengan orang lain. But not me la merajuk pasal benda2 remeh macam ni. Macam kurang kasih sayang lah bukan? Lepas tu masa dia terlambat wish birthday masa aku kat UPM tu pun beria-ia dia minta maaf dengan aku sebab wish lambat 2 hari. Beria-ia sampai membuatkan aku tergelak kecil “Sory la lambat wish birthday awak. Sory sangat2. Kawan baik apa la macam saya ni kan, lupa birthday kawan baik”. Sekali lagi, aku takkan terasa hati, terkecil hati sebab remeh2 macam ni. Especially pasal birthday lagi laaaaa aku tak kisah orang wish ke tak. Yang wish, aku akan hargai. Yang tak wish, aku tak kisah. Sumpah tak kisah. So kalau kawan2 baik aku yang baca blog aku ni kot2 terlupa wish birthday aku ke, takyah la send mesej minta maaf ye. Biasa la kalau terlupa tu.^_^


Ok, sebelum aku melalut dengan lebih jauh, ada baiknya aku tamatkan entri aku kat sini. Buat Hiromi-chan. Walau di mana pun anda berada, sory and thanks for everything. Will always remember u even anda melupakan saya sekalipun.


p/s: Aku tengok One Missed Call Final tu at the first 7 minit je. Lepas tu aku tulis draft entry blog ni. Hakhakhak. Surrender la tengok ahad petang je. Semacam je aku tengok tengah2 malam sorang2 dah la tido sorang2 malam ni nana takde. Kalau tengok ramai2 takpe la jugak kan. Dah la aku cepat je imiginasi bukan2 tambah2 lepas tengok citer seram malam2.


TRUST IS HARD TO GET BUT EASY TO LOST

Bagai irama dan laguuu

1) Tak sabar menunggu parcel yang bakal sampai. Aigooo, cepatlah sampai ok *nada excited*

2) Dua minggu lepas aku makan benda ni. Kawan aku yang beria-ia ajak makan, aku ikutkan aje. hehehe. Aku beli benda lain sebenarnya, ni aku tumpang rasa kawan aku punya



Dubokki (pic grab from facebook Far)

Yang putih2 tu rasanya macam kuew teow . Cilinya tak berapa pedas. Boleh tahan la rasa dia. Tapi sayang tak habis sebab sebelum tu perutku sudah disumbat dengan takotao@takoyaki (peberet sampai mati) dengan sushi jugak. Dua benda tu je dah boleh buat aku separuh kenyang. hohohoh. Aku dah cerita kan kat blog ni sejarah aku start makan tako tao tu? Yang first time makan terus jatuh cinta gituuuu. Nak tahu tak sejarah first time aku makan sushi macam mana? Masa hujung form 3. Kawan aku beli kat jusco, dia bagi aku test rasa sushi jenis kanikama (sushi bergulung yang dalamnya ada crab stick). AKU MAKAN RASA NAK MUNTAH OKAYYY. Tapi terpaksa tahan je sebab makan depan kawan aku kan takkan nak muntah depan dia.Aku tak ingat bila kali kedua aku makan. Mungkin selepas 5-7 tahun kemudian kot (serius tak ingat, rasanya la). Makan kali kedua tetiba rasa "eh eh, sedap la!!!!" pastu terus jadi makanan peberet sampai sekarang. Peberet sampaikan kalau aku singgah jusco tak sah kalau tak beli. Kadang2 tengah2 malam boleh terbayang-bayang je pastu nak gi jusco mustahil sebab dah tutup. Perasan tak, aku kalau citer pasal makanan yang aku suka yang aku rasa sedapppp, memang detail abis. Bak kata Sya, aku dan makanan bagai tak dapat dipisahkan.LOL.

3)Aku ingat malam ni aku akan jadi zombi kampung cheras tapi tak jadi sebab tengok2 video episod 11 dan 12 dah abis loading daaa..heeheh. Aku kan tamak, sekali harung aku try loading dua episod sekaligus. Sebab selalunya it takes whole night untuk loading satu episod (part 1 sampai 6). Ini tak sampai satu malam dah habis load dua2. ngeh ngeh ngeh. Siapa salah? Ayuh kita salahkan morzilla firefox. Aku bukak guna IE, cepat je loading. I love IE *tetiba*

Ok lah, nak sambung tengok PT. Bye.

Lovely,
Zombi tak jadi

Tentang nana

1) Bukan selalu aku citer pasal dia skang kan. Tambah2 sejak dia kat UITM tu. Nana 3-4 hari yang lepas dia balik rumah. Tapi petang tadi. dah balik UITM melaka dah. Nana kalau balik rumah mesti nak aku depan mata dia, kalau tak mesti dia akan panggil aku turun walau macam mana pun siap hantar komen kat aku kat FB

hahaha..angah jom teman ak kt bwh nie boring doe ko x sian kt ak ke pnat2 ak blik tp xde spe nk lyn ak..huhuhu~

hahah sian ko. Ye la aku turun la ni. muahahah

yeaaaaaaaaaa..........


ni baru satu. Belum masuk mesej dia kat inbox FB lagi suruh aku turun bawah. Agagaga~


2) Nana kata dia pencetus demam cerita korea kat bilik dia sekarang. Dulu mana ada roomate2 dia layan korea2 bagai ni. Siap kutuk adalah.hahah. Aku ingat lagi dia pernah cerita dulu masa tu tengah demam YAB, haruslah dia tengok banyak kali music video lagu 'Still/As Ever' yang A.N.Jell perform kat pentas tu kan. Sekali kawan dia sound daa "Ko tak boring ke tengok benda ni banyak2 kali? Aku nak termuntah tengok" sambil buat muka mejengkelkan. Fuhhh, direct okeh. Kalau aku, aku balas balik "Laa, yang ko datang tengok watpe. Sape suh tengok? Dah pi main jauh2. Syoh3x". muahaha.. Padahal bukan tengok guna lappy kawan dia kot. Pastu sound lappy pun takde la kuat mana pun.Ok, takpe la camtu kan. Tengok2, orang yang kutuk pun da kene virus demam korea dah. hahah gituuu. Bermula dengan BOF, berlarutan ke YAB pastu la ni patah balik ke cerita My Girl. Semangat nana copy dvd cerita My Girl aku semata-mata nak promote kat kawan dia. Kawan dia nak tengok katanya. Oh ye, semalam aku tengok My Girl punya NG, still gelak2 dengan nana. Tak lapuk ditelan tahun la citer ni =D

"Angah, apasal aku tak boleh log in laman web soompi ni?"
"Ko masuk emel salah tak?"
"Takde la. Betul la emel aku ni"
"Password ko salah kot. Apa password ko?" (aku dah tau act password dia sebab dia pernah btahu aku dulu, saje je aku tanya lagi)
"Password 'janggeunsuk' la"
"janggeunsuk? Eh password ko bukan 'leeminho' ke?"
"Yeke.. Jap aku try. Ehh, aah betul la"
"Sengal!!!"

Dia register soompi masa tengah demam BOF dulu (lee min ho heronya) sekarang demam YAB tak sembuh2 lagi tetiba je sesuka hati password dia bertukar jadi 'janggeunsuk' tanpa usul periksa. hahaha

3) Nana dah pandai make-up sekarang. Fewitttt. Ayah siap cakap dengan aku suruh aku make-up macam nana. Tercabar aku okeh. Ini tak boleh jadi!!! (sambil dalam kepala dah fikir alat make-apa yang bakal dibeli)

Kekeliruan


Okay, sekarang aku nak bercakap pasal kerjaya aku pulak. Aku sekarang rasa macam kerja aku ni boring. Setiap hari dan setiap kali asyik buat benda yang sama. Boring boring boring. No advanture at all. Kerja yang aku handle ni boleh kata kalau aku mc dan suruh nana ganti pun dia boleh buat. Sebab senang dan kerjanya berulang-ulang. Sounds boring kan?

Aku mahukan sesuatu yang baru.

1) R&D Chemist? Aku rasa macam ok. Tapi kalau R&D yang tak perlu cari journal bolehkah? Kalau takyah cari jounal memang aku nakkkkk sangat kerja ni. Sebab aku dah fobia dengan journal. Membaca dan mengadap journal demi mencari sesuatu maklumat bagi aku adalah fobia sebab aku kalau baca journal dua tiga kali pun still tak faham apa benda yang orang yang karang journal ni buat terutamanya part result dan discussion. Kalau ada graf tu silap2 dengan unit2 dia aku tak faham.

2) Cikgu? Aku tak bape minat mengajar tapi orang kata ia boleh dipupuk kan? Malangnya application KPLI aku kali yang lepas tak berjaya ok. Nampak sangat kelayakan itu tak ada.

3) Sales Exec? Yang ni akan difikirkan untuk dalam jangka masa 5 tahun akan datang. Aku banyak dengar cerita yang ramai chemist yang dah exprience 5 tahun camtu, end up dengan sales&markerting field sebab dah bosan jadi chemist. Ni mesti yang jenis2 cam aku gak, bosan buat benda yang sama banyak2 kali. And of course sales & markerting adalah bidang yang mencabar coz kene selalu cari idea baru nak tarik customer kan. Walaupun dalam sales&markerting field tapi mereka biasanya berada dalam syarikat2 yang berkaitan chemistry jugak. So ada sedikit relation dengan pengalaman jugak kan.

4) Apa2 kerja yang gaji standard (heheeh of course la, gaji rendah2 mana leh survive ok), pastu yang kene bercakap-cakap dengan orang. Ada? Yang kene travel jap pergi sana jap pergi sini. Ada?

Cakap pasal travel, ada sekali dulu kerja aku asyik berjalan-jalan pergi sana sini. Setiap kali bos call suh gi cawangan sana, aku mesti sedikit macam "Alaahhh, pergi lagi. Baru je pergi dah kene pergi lagi". Tapi rungutan itu sekejap sahaja ok. Bila tyme aku ke sana, on da way ke sana aku memerhatikan orang, ragam manusia dengan manusia yang lain, jumpa ramai orang yang variety dan bermacam-macam situasi membuatkan rasa penat tu hilang serta-merta, sumpah tak tipu. Life being as a observant mungkin memang macam ni. Aku suka memerhati. Dalam masa yang sama aku menilai apa, kenapa, bagaimana dan siapa yang berada si sekeliling aku.

Orang kata, kalau kita suka dengan kerja tu, walau penat mana pun, penat itu akan hilang serta-merta. Terasa kepuasan kan?

Memang aku boring dengan kerja aku. Tapi what to do? Teruskan je lah sampai aku jumpa 'peluang' yang lain.

Cuma aku terfikir. Nak stay at least 6 bulan or satu tahun? hahaha of course tak lebih setahun. Aku mendengar nasihat senior2 chemist yang berpengalaman, tips2 nak naik gaji dengan cepat adalah jangan stay dalam satu2 syarikat lama2. Kene lompat2 kerja sikit. Setiap kali lompat kerja, up kan gaji sedia ada. Kalau gaji sekarang dot dot dot , minta kerja kat tempat lain minta gaji kasi tambah 3-4 ratus ke apa. Tapi jangan selalu sangat melompat. Ceh ceh ceh lompat lompat, da macam katak daaa...

Falsafah aku, bila boring tengok lah korean drama. Sure hilang boring. It's true. Entertainment2 camtu la yang memberi 'kelainan' dalam hidup aku sekarang.




Sweet nye la couple dua ni. Alahaiiii

Terutama gambar yang kat bawah ni.



Aku tak ingat dialognya apa. Ke heroin cakap hero ni sebijik macam mak dia? Atau dia kata dia nak dengar apa yang sebenarnya ada dalam hati min ho? Atau dia sangat berterima kasih dengan hero sampai buat reaksi macam tu? Ok, lupa. Tapi yang pasti aku rasa cam excited je dengar dialog diorang masa scene ni. Comellll. Mula2 aku dengar cerita ni diwar-warkan (masa belum rasmi lagi citer ni diterbitkan), aku rasa macammm WTH Min Ho jadi gay??? Aku jangkakan watak dia akan hilang menghilangkan kemachoan dia, gay kan, confirm tiada kemachoan di situ. Rupa-rupanya terbalik sudaaa, makin adorable adalah. Pandai penulis skrip buat cerita macam ni.

p/s: Senior chemist aku yang sekarang ni dah berhenti.Hari ni dia last.Tepat seperti ramalan aku.heheh Dah ada orang ganti dia. Baru je masuk semalam.

Good bye and welcome

Goodbye



Setelah lama buat hal sampai phone aku tahap masuk ICU dah. Takleh sliding langsung, otherwise akan 'padam'. hahaha. Sekaligus takleh tekan apa2 nombor atau mesej (sebab kene bukak sliding kan nak wat dua benda ni). Ok, takpe la. Memandangkan nadia dah tertarik dengan phone lain, phone yang ni akan di-repair dan diberi kepada ayah.hehe


Welcome to my new phone

Salah satu wishlist aku sudah tertunai =D


Samsung Corby Wifi edition. Ada 4 kaler, putih kuning pink oren, teka kaler apa yang aku amik?














Tadaaaaaa.. It's yellow!


Casing bahagian belakang diorang bagi free tiga jenis. Satu kuning kosong, kuning bercorak(macam dalam gambar di atas) dengan hitam. Oh aku dah bosan dengan kaler hitam dah ok. hahaaa



Beli kat Samsung outlet kat The Gardens. Tingkat atas sekali kat sebelah nokia outlet. Err beli kat sini sebab aku tak reti nak pergi Low Yatt. Wakakaaka. Aku tanya adik aku, reti tak gi sana dia pun tak tahu jugak. Baik takyah jadi orang KL cenggini gi Low Yatt pun tak reti. Muahahaha. Ok, sejujurnya aku pergi Low Yatt dua kali je , satu masa beli Hard Disk (gi dengan kawan) dan satu lagi masa beli laptop nana (gi dengan family). See, dua2 pergi dengan orang mana pernah gi sendiri. Orang yang bawakan (lead), aku tukang mengekor pastu still tak boleh ingat jalan. hahah. Ok, seperti semua sedia maklum yang aku ni susah nak ingat jalan kan (kalau pergi kurang dari 3-4 kali). So aku browse website cari tempat lain yang aku senang nak pergi beli phone ni. The Gardens tak besar so senang je aku jumpa outlet ni.

Aku memang berhajat nak beli kaler oren, tanya la promoter situ, sekali takda stok daaa. Dua kaler je available iaitu kuning dan pink. Lama aku fikir last2 amik kuning. Bukan kerana Jeremy (eh, perlu ke sebut nama ni kat sini??), tapi sebab pink tu terlalu menyerlah untuk aku so aku tak amik ar. Bak kata salah seorang kawan aku yang obses dengan kaler pink "Pink kalau warna lembut2 cantik, tapi kalau terang sangat jadi tak bape cantik sangat". hehehe . Diharap kenyataan ini tidak mempengaruhi sesiapa yang nak beli kaler pink ;P

Sebenarnya kuning bukan pilihan aku sebab ada kawan aku dah bagi amaran awal "Aku nak kaler kuning, ko jangan beli ar....". Lebih kurang macam tu la dia cakap. Nasib baik kaler hijau takde ko, kalaulah ada memang awal2 aku bagi amaran "Hijau is mine" . lalalala~

Malangnya tak ada ye hijau. Aku dah tanya dah sales person kat situ. Hijau only for Korea sahaja, gi la mana2 negara selain korea memang tak akan jumpa. Ok, aku pun tak faham ,perlu ke aku sebut hijau hijau hijau kat entry ni padahal aku dengan kaler hijau biasa2 aje. Sejak bila tah sungguh aim mahu warna hijau kali ni. lalala~

Ok, aku nak cerita satu peristiwa ni. Balik je kat rumah, aku bantai online FB, check email semua guna phone. Lama gak la. Pastu masa dalam pukul 8.30 pm camtu aku rasa macam lain macam. Apasal ea, aku online tak payah turn on wireless button kat menu? Masa kat samsung outlet tadi dia cakap kalau nak online melalui wireless kene cari ikon wireless then bla bla bla... Aku hanya cari ikon internet je pastu terus online.

Terusssss aku check baki kredit aku. Amik kooO!!!! Dari RM11 something tetiba tinggal RM0.98!!!!!! Walllaa, terjerit kecil aku kejap. Hampeh. Oh, sangat la tidak suka membazirkan duit dengan cara begini. Sob3x. Sedangkan aku boleh guna wireless (streamyx). takyah usik kredit phone. Terserlah kesengalan dan kebodohan aku di situ. Aku ingat boleh automatik detect wireless macam lappy aku selalu detect automatik tu. hahaha..Walaupun tak la banyak sangat tapi lepas la jugak buat makan KFC snack plate T__T


p/s: Oh ye, aku pernah pegang iPhone jenama Apple original kepunyaan manager kat company lama dulu. Bezanya touch phone tu tak terasa touch sangat sebab terlalu smooth macam tak ada effect sama ada sentuh atau tidak. Kalau yang ini, setiap kali sentuh screen, terasa ada 'getaran kecil' di bahagian hujung jari tempat sentuhan tu so rasa kepuasan sebab rasa 'feel' sentuh la jugak. Ada tindak balas. Kalau taip mesej pun senang la skit sebab every single sentuhan ada 'getaran kecil' tu kan. Laju je aku taip mesej.

UPDATE:

Other spesification

1) Camera 2MP tapi percayalah pengguna SE sekalian, kualitinya agak low. seolah-olah 1.3 MP hahah. Well, memandangkan aku dah ada kamera so kualiti kameranya aku tak kisah sangat dah sekarang.

2) Full touch, no slider, berat 93.2 gram. Talktime up to 9h , standby up to 730h

3) Music & Sound player: MP3 / AAC / AAC+ / e-AAC+ / WMA / AMR

4) Video player: MPEG4 / H.263 / ASF / WMV.

5) Ada radio, JAVA Game, bluetooth dan GPRS &EDGE (bukan 3 G ye, yang 3G adalah kaler hijau dan tak dipasarkan di Malaysia).

6) Calendar, Scheduler ,Dictionary, Clock Worldtime, Alarm, Currency Converter, Converter(translate some language by voice recognization) , find music application (bukak application, dekatkan speaker dengan lagu then dia boleh identify the song for you. Ok aku tak guna lagi dan tak try lagi pun)
  • Calculator, Memo Book, Stopwatch, Countdown (standard macam phone biasa)

6) Wifi. Phone ni sama specification sebijik dengan Samsung Corby biasa cuma bezanya model ni ada wifi, Samsung Corby biasa takde wifi.

7) Memory 50MB built in, support memory card up to 8G

8) Kemudahan FB, twitter, myspace (ni aku belum geledah lagi, aku just log in FB guna internet biasa je bukan melalui kemudahan ni, japgi aku geledah)

9) Smart unlock. Lock screen then nak unlock, balik just draw satu huruf di screen (huruf tu boleh set kat setting. Boleh pilih huruf di antara A sampai I)

Untuk specification penuh, boleh la tengok link di sebelah >--- Full Spec S3653w Corby WiFi.

Ok, sekian.hehehehe =D

p/s: Pendapat aku, hp ni agak smart berbaloi dengan harga. Maknanya harga takde la mahal sangat sampai beribu tapi nampak smart dan setanding dengan harga phone lain yang lebih mahal harganya. Errr, fahamkan maksud aku .hehehe. The only kelemahan ketara adalah tiada 3G. Untuk aku, so okay sebab aku tak pernah guna 3G pun. HP dulu aku hanya pernah ber-3G dengan fiza SAHAJA ok, itu pun sebab dia nak try2 macam mana rupanya buat video call ni. hahah.. Bdw, Corby TouchPro ada 3G&keypad+touch phone tapi harga seribu lebih ye. hahah..