Pages

Merepek di kala bosan

From: Nadiah [mailto: nadiah@companydotdotdot.com ]
Sent: Thursday, May 13, 2010 2:37 PM
To: ' nadia_ws@yahoo.com '
Subject: bbbb



Hari yang sangatlah tak productive. PC yang digunakan untuk handle mesin ICP itu rosak maka aku tak boleh buat apa-apa langsung. Percaya, aku duduk melekat kat atas kerusi depan pc dalam office dari pagi sampai petang. Tahukah apa je yang aku buat sepanjang hari ni? Baca blog kawan2, bukak online shopping website (walaupun takde beli apa), apa lagi, itu je la. Sumpah bosan. Nak bukak facebook yang tak membosankan itu (eceh), tak boleh la pulak kan . Hok oloh kuno betul pc kat desk aku ni. Sebarang ajax application dia takleh nak detect. Apa daaaaa…Pastu yahoo email dia pi block ala ala.. kedekutnya. hahahaha



Aku boring la keje macam ni. Hari2 buat kerja yang sama. No thrill. Aku suka thrill. Aku suka bila aku dicabar. Aku suka bila emosi aku turut tercabar jugak. Sekaligus membuat hidup aku tercabar. Aik? Ayat apakah? Berpusing-pusing 360 darjah.



Oleh sebab aku mahukan kelainan dalam warna hidup aku, aku bercadang nak buat part-time job.



HAHAHAHAHA



Ala, part time job. Pergi keje sana shoping complex ke apa ke. Sementara masih remaja, biarlah aku melihat dunia luar sekejap. Bosanlah. Ok, aku ni tak habis2 dengan bosan. Macam yang aku katakan, sementara aku masih remaja, biarkan.



HAHAHAHA



Mungkin akan berpart-time untuk hari sabtu dan ahad la saja ok. Sebab weekdays keje macam biasalah, keje yang bosan ini. Dah la bosan, kalau environment best dan tak bosan takpe la jugak kan. Boleh je aku survive. Penat? Tak apa? Biar badan penat asalkan hati aku sihat. Aku kirakan, part-time itu mungkin menyumbang kelainan dalam warna hidup aku. Bila aku katakan kelainan, maka ia juga salah satu penyumbang kepada ubat stress. Bila stress itu diubati apakah akan jadi? Ye. Hati itu akan sehat.



Aku pernah rasakan macam ni. Suatu jangka masa yang aku berkerja dengan sangat tekunnya sampai penat tapi takde langsung perkataan bosan dalam hidup aku. Tiada, neda, aniiiiii. Setiap hari adalah kegembiraan, pembaharuan dan sekaligus cabaran yang sedikit pun aku tak boleh expect apakah yang akan jadi pada keseluruhan hari itu. Bukan macam sekarang. Aku siap boleh buat jadual apa akan jadi hari ini. Pergi kerja, buat kerja, balik rumah, kemudian online internet, hok oloh bosanlah bukan?



Meowwwww.



Eh, tersesat perkataan meow kat sini kan . FYI , perkataan ‘meow’ ni adalah trademark aku dengan nana (adik). Seringkali mengeluarkan perkataan bila hormone gedik datang melanda secara tiba2. Sebagai contoh semalam bila tengok KKK-TBH main well dalam setiap game Piala Thomas, tetiba je rasa macam dia adalah hensem lepas tu bila mana perlawanan Choong Han lepas tu kamera spot kejap kat muka TBH ni kan pastu tetiba je “Nana nana cepat tengok . Tu Boon Heong kan ? Comelll la dia gelak” lalu dijawab oleh nana “Aah la. Meow” dan disambut oleh aku “Meow meow” lepas tu tersengih-sengih. Lepas kamera terhala ke arah muka Chong Wei kejap. Apasal tah nampak dia lagi hensem dari Hafiz Hashim. Betul la, lelaki2 sekalian, perempuan2 (ke aku je?) akan nampak lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh secara tekun itu sebagai ‘berkarisma' . Yang mempunyai passion, yang mempunyai impian dan berusaha keras untuk mencapai impian dia. Sungguh pun aku akui Hafiz Hashim jelas lebih hensem daripada Chong Wei, tapi di mata aku, kalau diberi pilihan, aku pilih Chong Wei. Hakhakhak. Eh, ini jawapan jujur okayyy. Ingat aku tipu ke? Meh sini Chong Wei, I nak minta autograph ;P lalalala~

p/s: Email yang dihantar live dari office aku. Hantar ke email sendiri. Macam loser kan? Nak kata luahan hati macam ya, nak kata merepek pun macam ya jugak. Kesimpulannya, boleh tahan jugak aku merepek dan mengarut bila dilanda kebosanan yang melampau bila tak ada kerja langsung yang nak dibuat. Esok? Akan berulang lagi. Aigoooo. Senior kata pc tu mungkin boleh dihantar semula ke sini setelah di-repair hari Isnin. Kalau kerosakannya minimum, otherwise akan lambat lagi. Perghhh, dah la sample berlambak belum di-test. Takkan nak buat overtime. What? OT? Apa itu OT? muahahaha ;P. Kat sini mana main OT OT ni, semua rakyat jelata balik sharp ok. Memang macam tu, takda sape rela nak OT . Yang OT biasanya yang gaji below RM1200 kot. Boleh claim OT. Kitorang2 ni tak boleh claim. So dengan itu, takde sape dengan relanya nak OT tanpa bayaran free free je. So lepas ni aku relax je buat macam biasa. So lepas ni, sample2 sekalian, silalah beratur ok.

3 voice out:

yonna said...

hahhaa nampak status2 nadia kat FB. pasal gaji buta :D ngehehehe.

apesal diorang block FB? tapi still boleh online la eh? heee nasib baik :D

::dAuZsHaNLeY:: said...

cane eh full screen kan kat vikii tu?
ehm...
kan slalu kat youtube ade button time line die yg leh tgk dah abes buffer ke blm kan?
kat viikii ni xde eh?

Nadia said...

kak yonna: boleh online tapi dia takleh detect ajax applocation. So kalau ada icon 'read more' dia tkleh click. huhuhu