Pages

Rahsia..

lah sangat..

Aku rasa it's normal kalau ada benda yang kita boleh cerita ada benda yang kita tak nak share. It's NORMAL. Bukan terhad kepada stranger sahaja tetapi kepada orang yang kita baik juga..

Antara fakta yang orang perlu tahu tentang aku ialah

Kadang2 benda yang aku state 'light2' je kat mana2 lah, fb ke blog ke twitter ke, pastu orang tanya aku, aku akan dengan rela hatinya menceritakan sepenuhnya apa yang aku maksudkan. Dengan agak detail la kiranya. Eceh. Tak perlu tanya banyak2 kali, tanya sekali je cukup untuk aku ceritakan apa-apa yang orang tersebut nak tahu. Aku rasa orang yang pernah mesej aku tanya apa2 mesti faham tang ni.Tapiiiiii. Kalau korang rasa korang dah tanya aku 2-3 kali, aku still jawab 'adalah' atau aku still tak cerita, faham-faham lah ye. Jangan lah buat aku serba-salah sebab tak cerita dan secara tidak langsung mungkin menjejaskan hubungan baik itu. Aku harap2 sangat orang2 yang baik dengan aku faham tentang yang ini. Kalau aku tak cerita tu maksudnya ada la sebabnya kenapa yang korang tak perlu fikir di mana logiknya aku merahsiakannya. Ia, kadang2 aku jugak merahsiakan sesuatu dengan alasan yang tak logic. Kiranya tak logik la bagi mereka aku rahsiakan benda sekian2. Tapi what to do, suka hati la kan? Ok, bukan suka hati, aku rasa semua orang tahu yang aku agak open dalam bercerita, jarang eh rahsia2 ni so once kalau aku tak nak cerita@rahsia tu so faham2 lah ye. Ada sebab yang biarlah aku sorang je yang tahu.

Aku jenis yang tak suka orang paksa2 aku bercerita/btahu apa2. Aku tak suka didesak. Dan aku agak terkesan bila kawan yang mengenali aku mengeluarkan perkataan seperti "Laaa, itu pun nak rahsia ke?" atau "Kenapa nak rahsia2, pelik laa". Aku rasa sedikit terkilan/sedih (tak tahu kenapa, mungkin aku rasa macam orang itu tak memahami aku). Aku tak tahu nak balas apa dan hanya mampu senyum. Tahukah, dulu pernah seorang anonymous lelaki menghentam YM aku dengan kata-kata itu. Ayat macam ni "Laa btahu je la. Itu pun nak rahsia2. Tah pape tah blablabla". Pastu nak tahu aku reply apa "Eh, suka hati la aku nak rahsia ke apa ke. Ko sape eh nak pakse2 aku suh btahu?" dan diakhiri dengan aku banned dia dari YM aku sebab suka sangat menyebok hal aku dengan cara yang tak sopan. Ok, dengan anonymous bleh la nak cakap macam tu. Aku kalau dengan anonymous ni aku garang sikit@cakap lepas bila bengang. Tapi dengan kawan? Aku dengan kawan tak garang ok. Aku tak garang bila dengan orang2 terdekat. Tak caya boleh tanya orang yang pernah kawan dengan aku.

Kesimpulannya, aku harap kalau aku tak cerita apa2 tu faham-faham lah ye (eh, berapa kali nak ulang daaa~). Aku jarang cakap ayat straight macam ni "Sori la, tak boleh btahu, bla bla bla" selalunya aku cakap 'adalahhh' ulang2. So kalau dengar ayat tu dari mulut aku so faham2 lah ye. Takkan nak aku ulang 'adalahh' sebanyak 100 kali kot kan. Pastu kepada anonymous yang bajet macam dia rapat je dengan aku tanya macam2 pastu bila aku tak bitahu, secara gangsternya menyergah aku, maka aku secara gangsternya pun me-reply so don't sentap2 ar kay.

Err, entri ni berciri garang tak? Aku harap tak. Aku sebenarnya bosan ar buat entry garang2 ni. Sebab realitinya aku tak garang pun. Tapi bila aku tak puas hati dengan apa2, aku boleh kelihatan ter-garang sikit. Sebab tu kadang2 bila aku ter-tegas/ ter-garang sikit semua terkejut (in reality). Semua pun buat bunyi 'fuyooo' konon2 terkesima ar. Whateva. Pastu semua pun claim aku marah sangat2 sebab tu kelihatan ter-garang. Mungkin muka aku nampak lembik tak pandai garang2 membuatkan mereka membuat tanggapan begitu. Mungkin la. Ala, kiranya macam ni la, ko tengok sorang tu macam diaammmm je pastu bila dia berani bersuara sure terkejut kan? Sure ko ingat dia marah giler sebab selama ni diam tapi tetiba bersuara. Padahal bersuara je bukan marah. Itu la, orang tak dapat beza kot. Sila beza marah dengan bersuara sebab tak puas hati. Dua makna yang berbeza. Kalau korang rasa maknanya sama, maksudnya korang tak boleh menerima teguran. Semua yang orang bersuara/tegur semua ko claim orang tersebut marah. Padahal tak marah, cuma bersuara.


Lagi satu fakta, kalau aku marah (sila bezakan antara marah dengan tak puas hati, dua makna yang berbeza), aku biasanya takkan bersuara. Orang boleh kesan bila aku pandang seseorang dengan tajam, bertentang mata dengan seseorang yang aku marah itu (dengan jarak yang agak dekat) selama lebih kurang 10-20 saat tanpa cakap apa2. TANPA CAKAP APA-APA. Ia, aku berani tentang mata dengan sape2 kalau aku marah. Walaupun dia mempunyai kedudukan yang tinggi di mata orang, popular , what eva, aku tak kira semua tu. Kalau aku marah, aku marah la. Aku hanya pandang tajam then mungkin aku akan pandang tempat lain ke apa ke pastu (sebab aku takleh pandang lama2, nanti akan bertambah marah). Seumur hidup aku, DUA KALI je aku pernah macam ni. Dua2 manusia ni adalah lelaki. Perghhh rasa marah meluap-luap, berombak dada aku menarik/melepaskan nafas, seluruh badan aku mengigil-gigil menahan rasa marah itu sampai aku rasa nak semburrrrr je tepat kat muka dia tapi what to do. Keadaan tak mengizinkan. Aku takkan meng-popularkan diri dengan cara begitu. Aku harap dengan cara aku pandang dia dengan cara begitu dia boleh faham yang aku bengang sangat2 dengan dia.


p/s: tau kenapa aku marah dengan dua manusia tu? Sebab mereka tengking aku tahap dewa atas sebab yang sangat tak relevan bagi aku. Depan orang ramai plak tuh. Tak kira la sebab nak test aku ke apa ke. Nak test aku? Meh sini aku test tengking ko plak ingat aku tak berani (ok tipu, aku mana pernah nak tengking2 orang ni. Not so me la. Bukan tak berani, tapi bagi pendapat aku, orang gila je yang tinggi2kan suara di khalayak ramai ni. Paling2 pun aku bagi je ayat sepatah-dua dengan nada biasa kasi terkena batang hidung je cukup, tak perlu tinggi2kan suara macam orang gila). Sorang tu biarlah aku rahsiakan sape, sorang lagi tu ex-bos aku. ahaha. Nasib baik lepas2 tu aku tak jumpa bos yang macam tu dah. Semua professional je, kalau tegur apa2 dengan cara yang sopan dan baik. Serius psiko lah ex-bos aku tu. haha harap tak jumpa orang macam tu lagi.

kalau ayat tu rasa2 macam tergantung atau pelik je maafkan aje la eh. Tak larat nak edit atau betulkan. Dah pukul 2 nak tido. Adiosssss =D