Pages

Gambar kasi standard sikit boleh tak



Tadi kan aku balik Melaka kan. Singgah la ke rumah sedara aku ni. Nak dijadikan cerita, dia tunjuk la gambar kawen anak dia tahun lepas ke dua tahun lepas tah.

Masa aku tengok tu kan, mengucap panjang aku

1) Gambar jarak dekat, betul2 depan muka tapi KABURRRRRR SANGAT! Macam bergegar. Obvious. Bayangkan bayangkan.

2) Gambar jarak dekat lagi, betul2 depan muka kedua-dua pengantin tapi part muka pengantin perempuan tu terkerat bahagian muka (boleh beza sama ada dia nak mencari seni dalam gambar atau memang dia tak perasan teramik gambar senget). 3/4 je muka dia masuk dalam gambar. Apakah?

3) Lighting tak bagus. Muka kedua-dua pengantin nampak 'semacam' dan walaupun pengantin act make-up tapi nampak tak ada seri langsung.

4) Gambar seramai lebih kurang 6-7 orang bersama pengantin, kesian kat adik aku. Kulit dia yang biasa2 je tapi seolah-olah 'rentung' dalam gambar tu. Hitam legam okeh. Macam india mana tah. Bukan adik aku je. Ada jugak muka pengantin perempuan jadi hitam legamm. Pulak tu bahagian mata dia tk hilangkan kesan 'red eye'.

banyak2 jugak yang aku boleh detect kelemahan2 photographer tu tapi tak ingat dah.


Secara kesimpulan, seolah-olah gambar di ambil dengan kamera guna kodak.

Aku tanya mak cik tu, ada panggil upah photographer ke untuk amik2 gambar ni. Dia kata ada, siap orang tu bagi CD lagi. So kesimpulannya confirm la bukan kamera kodak kan yang lepas dia tangkap gambar tu dia takleh tengok hasil gambar dia macam mana kan. Kamera digital yang lepas amik gambar tu, boleh tengok gambar tu jadi ke tak.

Aku boleh terima la kalau gambar tu langsung takde seni, tapi kalau dah kabur, lighting teruk sampai muka orang2 nya jadi hitam legam, terkerat sana sini, so apakah fungsi gambar?

Aku pun boleh terima kalau gambar tu gambar pakai kamera kodak tapi kalau pakai kamera digital memang takleh dimaafkan la.

Nasib baik bukan gambar aku. Kalau la gambar tu gambar kawen aku, boleh menangis sehari semalam. Ialah, kawen kan moment terpenting bagi setiap orang, bukannya hari jadi yang boleh disambut setiap tahun. Kalau boleh, biarlah gambar kawen tu up to standard walaupun tak cantik kebabom. Bak kata photographer2 famous yang aku follow blog mereka 'Tak salah berhabis sikit untuk upah photographer yang kita puas hati gambarnya. Sebab gambar itulah yang akan mengembalikan kenangan bila kita dah tua-tua kelak'


p/s: Aku rasa kalau aku la jadi photographer tu, malu okeh nak offer amik gambar kawen orang lain.

p/s: Aku rasa, kalau aku yang amik gambar lagi cantik kot (bukan statement berlagak ye).

p/s: Kalau kita 'dah biasa' melihat gambar2 yang super duper cantik kebabom, penuh dengan seni, moment semua pastu bila tertengok gambar yang tak cantik (gambar kawen especially), mesti mulut rasa macam nak komplen je. hahaha. Semua pun macam ni kan? Ke aku sorang je yang rasa macam ni? hahaha

pic: kredit to peveyhack.fotopages.com

6 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Gila ke ape servis macam tu....... isk3.. kalau akak mau akak dah menangis 4 hari 4 mlm pastu gi serang fotografer tu.. cis cis cisdel btol....

sbb tu la kalo moment penting kan.. akak lg suka berurusan dgn org yg ada testimoni yg bagus.. bukan ape lah, kita nak pastikan kita dpt terbaek kan.....

Nadia said...

betul betul. But nadia rasa makcik ni or ahli keluarga dia tak kisah kot kualiti gambar macam mana pun asalkan ada gambar. Sesetengah orang 'tak pandai menilai gambar'. huhuhu.

ArtForAuction said...

Macam guna lomo cam jer....
tapi kan, mungkin tu stail art die.
ak ade tgk photogs yang buat gambar semua formal, front view jer; ada pulak yang wat gambar senget2 n reflection.

moralnya kena tengok dulu photog tu punya hasil kerja. dari situ baru dapat tau stail die dan kualiti dia. huhuhu

Nadia said...

TPM: no..bukan lomo. FYI saya ada survey2 jugak gambar yg guna kamera lomo dan saya boleh cam dan bezakan.

saya tahu ada photogrpher yang tend untuk buat reflection atau senget2 kan pic untuk amik gambar and itu mungkin dianggap seni bagi dia and i admit it. Seni berbeza bagi setiap orang. Mcm yg saya cakap, kalau kita dah biasa tgk gambar, kita seolah-olah akan tahu sama ada orang tu tangkap gambar senget sebab nak cari seni atau mmg tak perasan amik gambr senget.

Yang sy cerita tu memang tak ada style or seni langsung . Don't know how to describe it. Lupa plak nak amik gambar contoh guna kamera phone tadi..huhu

yonna said...

peveyhack mmg terbaik.

akak selalu tau kritik gambar2 kawen kawan2 akak HAHAHA sumpah hodoh gila. sebab diorang hire photographer yang skali dengan pakej baju kawen semua, mmg lingkup la gambar kau. sumpah la tak lawa. kalau gambar lawa, edit pulak macam haram! harap kaver album je lawa T____T

sebab tu la,kena survey betul2 kalau nak hire photog. dah la wedding kita seumur hidup sekali je pun. takkan nak amek halai balai kan? akak sgt pelik orang yg tak amek berat hal2 photog ni. marah i tau :p semua nak sekali dgn pakej2. mmg huduh la gambar kau. kalau akak, malu nak bg org tgk LOL.

one more, akak rasa akak selalu sgt tgk gambar2 kahwin yg superb superb HAHAHA.mmg lah superb.nak hire photog2 tu mau melayan 3-4K T_____T ... sebab tu la nampak gambar buruk sikit, akak kritik padahal tak sedar diri betul setiap gambar ada seni dia tersendiri :p hahaa

Nadia said...

ramai kan orang hire photgrphr sekali dengan pakej andaman semua. Rasanya ok cuma kene pandai tengok testimonial la. Sesetengah org tak amik berat pasal benda ni, bagi diorang janji ada photogrpher, ada gambar , jadiiii

nadia kalau tgk gambar2 photogrpher yg tak bape, taakde la kutuk cuma just kata "Tak secantik yg biasa tgk" heheheeh

tp yang nadia cerita kat entri ni sumpah bruk kak, mengucap panjang tengok. Nadia pulak emo tgk dia amik photogrpher camtu, hahaha