Pages

Separuh akhir Piala Thomas 2010 : Emo mood


Ok, Malaysia kalah. 3-0. Aku boleh terima dengan hati yang terbuka. Walaupun aku macam bengang je dengan Lin Dan apekes nak bukak2 baju tayang body bajet hot jek. Waakakaka. Tengok la gambar tu, zaman bila tah tu, memang dia jenis suka tayang body kot. Macam la bernafsu orang tengok kan. Muahahaha. Tapi aku akui prestasi dia berada di tahap maksimum sekarang. Semua smash tajam Lee Chong Wei, dia boleh balas . Dia sangat lincah (Chong Wei pun apa kurangnya. Dua2 well). Dan aku akui Chong Wei tersilap percaturan, buat kesilapan kecil dan mudah especially di bahagian net.Macam ada yang tak kene but it's okay, biasalah pertandingan ada kalah ada menang kan. Apa yang aku perhatikan Chong Wei kalau lawan dengan Lin Dan before2 ni memang selalu macam tu. Mula2 dia selalu ketinggalan tapi lepas tu dia dapat kejar sehingga mengheret ke rubber set. Pastu akhirnya akan menang (kalau lawan kat gelanggang sendiri). Tapi Lin Dan terlalu hebat untuk dikejar hari ni.



Lepas je Chong Wei kalah aku tau Malaysia memang takde harapan dah. Aku tutup TV. Bila kakak aku bukak, aku suruh dia bukak channel lain. Kemudian sekejap2 kalau agak2 macam dah lama aku suruh dia bukak balik semata-mata nak tengok mata terkini lepas tu tutup balik. Malas nak tengok live, aku follow newspaper je apa ceritanya. Kalau aku tengok live, aku risau aku tercarut je satgi.


Kenapa aku nak Malaysia menang@kenapa aku terover emo kali ni

1) Wong Chong Han dah tua. 30 lebih dah umur dia. Ini kali terakhir dia main (dia kata). Sape nak ganti dia? Hafiz? Sape nak ganti Hafiz? Orang baru? Orang baru macam mana kalau lawan dengan Hafiz pun boleh kalah. Aku rasa Malaysia kekurangan pelapis2 yang bagus sekarang. Nak latih yang sedia ada, haaaa tunggulah 5-10 tahun lagi baru boleh nampak terer ke tak. Aku akui China banyak pemain pelapis yang bagus2. Aku rasa dalam mimpi je la Malaysia nak menang Piala Thomas dalam masa 10 tahun ni.


2) Lee Chong Wei berada di prestasi yang baik sekarang. Umur dia pun dah semakin meningkat . 28 tahun tahun ni. Next Piala Thomas dia 30 tahun. Dah tua dan berkemungkinan kurang berbisa daripada sekarang. Pemain2 China semua muda2. Mungkin betul la kata jurulatih China tu. Pemain Malaysia dah tua-tua.


3) Sebab paling utama, sebab dah 18 tahun Malaysia tak pegang Piala Thomas. Lama ok. Lepas2 tu asyik masuk separuh akhir, final,suku akhir bla bla bla tak lepas2. Sangat sayang. Asyik China dengan Indon je dua Negara konker.

4) Sebab ini satu-satunya sukan yang aku follow up perkembangannya. So, sebab itu aku terover emo.



Apa-apa pun yang terjadi, aku tetap sayang team Malaysia. Proud to be Malaysian. At least memberikan cabaran yang sengit kepada negara2 lain. At least team Malaysia pernah digeruni oleh pemain2 negara lain. At least Malaysia berada di kalangan negara yang top dalam sukan badminton. Nak harapkan bola sepak? Haaa mimpi la!

p/s: To Lee Chong Wei, membuat kesilapan mudah kali ini doesn’t mean you are not good but it seems that you are not lucky to win the game.Lepas ni sila balas dendam ok! Silalah menang Terbuka Malaysia ke, Terbuka Indonesia ke, Terbuka China ke atau apa2 lagi terbuka la.

p/ss: Aku dah tak emo dah sekarang. Sebab dah tutup tv kan. Hahaha. Ok lah nak sambung tengok PT japgi. Bukan Piala Thomas. Tapi citer korea Personal Taste. Ngeh ngeh ngeh

2 voice out:

mun-e said...

fiu~~ nasib tak tengok :P

sokong malaysia tapi takut nak tengok.. sebab takut frust.. sebab tu la. huhu. kang frust kang seminggu takde mood. hahaha.

Nadia said...

huhuhu..mmg frust ni kak. Tapi nadia ada sedikit magic sikit. Kalau tengok citer korea je terus dah frust dah. Teheee =D