Pages

Bila Cinta

So far, kalau ada anugerah lagu OST terbaik untuk drama/filem malaysia, memang aku bagi kat lagu ni lah ---> Bila Cinta-Lagenda Budak Setan OST. Personally aku rasa LBS takde la best mana. Ni yang aku tengok versi drama kat Astro la bukan hok yang filem tu. Korang rasa best ke? ahaha. Aku rasa yang bestnya kat part ost/lagu ja. hahah.. Serius bosan. Jalan citer nampak lembab, slow namampos. Ni yang suka citer ni, suka sebab memang rasa citer tu best ke sebab lagu best giler ek? Confius aku. haha. Cuba bayangkan kalau lagu OST nya tahap 'biasa2' , ada tak yang kata best? hoho.. Kot la ada yang bias ke apa, lagu best so secara tak langsung cerita pun claim best jugak padahal biasa2 jek. Macam cerita yang tak best dikaburi dengan lagu yang best gila. haha. Tapi semuanya terpulang kepada personal preferance masing2 kan.

Korang pernah tak rasa citer gila babeng punya best tapi lagu OST 'biasa2 je'. Best tu best la jugak tapi still tak leh celen lagu yang korang rasa best gila namampos tapi ceritanya 'biasa2'? Hahaha. Aku banyak kali rasa macam ni ^^, (antara cerita korea lorr haha aku suka banding2 kan antara citer2 korea yang aku tengok, mana jalan citer best, mana yang lagu best giler tapi citer biasa jek.haha)



Ada dua intro eh lagu ni? Br sekarang aku tahu.LOL. Aku suka giler intro yang type camni. Macam 'rasa something' je bila dengar. heheh. Kalau tak silap intro ni versi perempuan. Err tak ingat plak sape nama perempuan tu tapi bukan versi Gio la..

Biasanya orang kalau buat piano cover, mesti akan gabungkan vocal+minus one sekali. Kadang2 macam tak best la sebab kadang2 aku just nak dengar versi minus-one jugak. How awesome is? Hehehe. Jarang kot kat YT yang aku jumpa yang buat versi minus one.


Err ni aku kasi contoh versi vocal+minus one. Bukan vocal=suara eh. Dia macam music sheet yang kau tak payah nyanyi nak dapatkan beat dia. Dengar je dah boleh tahu lagu apa/da bleh dapatkan rentak lagu. Dan biasanya orang yang belajar guna ears mostly akan mainkan cara macam ni..


Ni versi minus one. Jarang sangat tengok orang main piano cover menggunakan melody minus one. Bravo to budak ni. Dia lelaki umur 17 tahun kot tahun ni. Yang ni kene nyanyi untuk kenal/dapatkan betul2 rentak dia.Dan aku rasa, dia punya agak close dengan yang sebenar.



Ni pun bravo jugak. Seems like dia cuba pisahkan vocal+minus one. Yang vocal, play by decoder (seruling???) , minus one play by keyboard.

Pendek kata aku suka giler la lagu Bila Cinta ni.Sekian

Wasiat?

Benda ni dah lama blogger2 sekian terfikir cuma aku je belum terfikir lagi.

Guys, esp2 blogger, can u imagine someday when u're suddenly gone, what happen to your blog? Adakah bertukar menjadi blog berhantu? HAHA. Sebab blog tinggal kan. Macam rumah yang pemiliknya dah meninggal dunia takde sape duduk maka jadi rumah tinggal. Tak ke seram?

Sebab biasanya, kalau dah berblog ni sure ada rakan alam maya yang sentiasa berhubung sekali tetiba menghilang tak ke pelik tu.hehe. Pulak tu kalau tetiba simcard aku musnah terjatuh dalam air ke apa, tak boleh access langsung, nombor2 dalam tu semua hilang, mampuih kawan2 aku tak tahu ke mana aku menghilang. Hamboihh jauh pulak imiginasi aku ni kan.

Ramai mengambil inisiatif memberi password2 kepada orang2 yang dipercayai. Kalau ikutkan aku boleh je bagi password kat adik aku tu haaa, tapi tau2 je la, ada sesetengah entri yang masuk draft (sama ada yang pernah publish atau belum) so macam segan sikit lorrr. Muahaha. I think i need to clear (read:delete) segala entry2 yang kat dalam draft. OMG aku baru check tadi. Entry draft dah sama banyak dengan entri yang dah publish! haha. I really need to clear everything neh.

p/s: Nana, nanti bila2 aku bagi password&email blog aku kat ko nanti kan, silalah simpan dalam kepala ok tamau main lupa2 ok! Kot la jadi apa2 kat aku ke, silalah buat entri yang berpatutan untuk information kepada reader blog aku ye. Maklum la, kang ada orang tanya "Akak, kat mana nak cari citer korea murah tu ye" sampai mesej2 kat FB tak bereply, kesian plak kan tunggu lama2 takde respon. hehehe

F.A.R.A.H.I.Y.A.H

So sorry sebab terlambat 2 hari wish kat awk

Farah...

Ingat lagi perkenalan kita? Darjah enam, tapi masing2 ignorance.
Ingat lagi bila kita start rapat? Form 1.
Awak tau, sebelum kenal dengan awak, saya tak pernah ada best friend tau. Sebab masa sekolah rendah saya ni bercirikan ignorance sikit, langsung tak pedulikan orang. Yang saya tau, tegur orang secara rambang, belajar, sit exam, balik rumah. That’s it. Sampai masuk Form 1 pun terbawak-bawak perangai tu sampai la the moments awak tegur saya kat kantin. Macam terbukak je hati nak berkawan dengan awak.

Ingat lagi masa Form 3, ada someone (girl) yang nampak macam nak rapat dengan awak? Setiap kali waktu rehat, mesti dia tarik awak dari kami pastu berborak sampai la habis waktu rehat dan awak kurang masa dengan kitorang. Sebenarnya saya langsung tak kisah. Sebab saya rasa ‘dekat’ dengan awak so saya tak kisah awak rapat dengan sape2 pun. Bila geng2 kita usik2 awak rapat dengan dia, awak mesti perasan kan yang saya the only yang tak pernah mempersoalkan kerapatan awak dengan dia.

Sampai la saya dapat tawaran ke sekolah lain, kita bertukar surat. Awak tahu, saya tergelak tau baca surat awak, sebab tak sangka yang awak memang ‘care’ dengan saya. Awak minta maaf kalau kerapatan awak dengan dia buat saya terasa. Sangat tak sangka yang awak masih memikirkan perasaan saya walaupun saya tak pernah mempersoalkan. Saya langsung tak terasa awak ;)

Seingat saya, sekali je yang saya buat awak terasa. Masa birthday awak dulu. Yang saya amik gambar awak curi2 tu. Saya harap now atau kemudian saya takkan buat awak terasa lagi. Sebab saya boleh menangis tau kalau saya tau awak terasa dengan saya.


Jarak memisahkan kita. Saya di Perak-Kedah-KL, awak pulak all the time kat Johor. Awak tau, walaupun kita jarangggg sangat berhubung, jarangggg sangat berjumpa (for more a year?) tapi dalam hati ni tetap reserved satu tempat untuk awak tau. Sebab tu saya rasa tak pernah jauh dengan awak, sebab awak dah berada dekat dengan hati saya.


Ada kawan, yang kita terbiasa berbual hal2 'general'
Ada kawan, yang kita senang berbicara dari hati ke hati
Ada kawan, yang constantly nasihatkan kita berkait ugama
Ada kawan, yang kita sering berbual hal2 mengujakan/minat
Ada kawan, yang kita selesa to be with, rancak berbual non-stop
Ada kawan, yang suka belanja kita macam2 terutama bab makan2
Ada kawan, yang tegur kita untuk perkara2 random seperti "Nadia suka kasut eh"
Ada kawan, yang mampu detect ketidaksihatan kita hanya dengan mendengar suara
Ada kawan, yang pandai bergurau sentiasa buat kita ketawa, cas positif die tak pernah padam
Ada kawan, yang kita tak berhubung dengan dia selalu tapi kita tahu deep inside hati masing2 masih reserved satu tempat khas untuk dia yang takkan berubah sampai bila2

Kredit: Diya



p/s: Siapa kata kawan baik itu terhad kepada satu jenis sahaja? Tak semestinya kawan baik itu adalah yang kita selalu jumpa, yang selalu lunch sama2, yang selalu contact etc etc. Come on, don't be too rigid to define 'best friend' please. And i'm proud the fact that i have a best buddy yang tergolong dalam macam2 jenis . =)

Anak kedua

Aku pernah dengar orang kata anak kedua tu selalunya flexible dan mudah menyesuaikan diri. Mula2 aku tak faham. Lama2 baru aku faham.

Aku perlu menyesuaikan diri dengan kakak yang agak keras sifatnya. Fiza tak macam anak2 sulung yang lain. Dia memiliki segala ciri2 yang ada pada anak sulung, memikirkan adik2, mudah beralah dengan adik etc etc (dah besar baru aku nampak, masa kecik dulu memang tak de der ciri2 ni. haha) tapi dia ada extra 'keras' dalam perilakunya. Keras yang aku tak jumpa lagi pada kawan2 aku yang jadi anak sulung ataupun kakak sulung kepada kawan aku ke. Memang dia lain. Itu yang membuatkan aku dengan dia selalu sangat bergaduh dulu. Sangat. Tambah2 lagi jarak umur kami yang dekat.Memang panas. Tambah2 lagi aku pantang dibuli memang aku tentang habis-habisan, tu yang merasa penampo dengan dia masa sek rendah dulu ;)

Sebab tu setiap kali bila aku tengok JM kat variety show, aku mesti teringat kat fiza. He resemble Jung Min's behaviour much. Especially part 'konker' & 'kuasa veto' . LOL.

Dan aku juga perlu menyesuaikan diri dengan adik aku yang bongsu. U know macam mana anak bongsu ka, takleh cerita kat sini sebab dia baca ;P


Kadang2 aku belajar menjadi tegas melalui kakak aku. Dan kadang2 jugak aku belajar menjadi 'mudah mengikut' dengan adik aku.So dalam certain2 keadaan aku selalu buat penilaian memilih untuk 'bertegas' atau 'mengikut'. That's why i can say i'm quite flexible & easy tolerate. Sebab tu kot aku boleh mix around dengan someone walaupun different personality dengan aku. Dari sekasar-kasar orang sampai la selembut2 orang (mostly kawan aku yang lembut ni macam wawa dan juga sorang kawan kat Taiping). Dan sebab itu jugak anda akan menemui pelbagai 'personality' dalam diri aku in every angle. Kejap2 kang garang, kejap2 kang soft-spoken, kejap2 kang gedik (LOL.Yang penting i tak pernah gedik dengan lelaki ye kahkahkah), kejap2 kang macam budak(LOL, when growing i will make sure this behaviour will fade;P ), kejap2 kang aku akan act macam orang dewasa. Errr...didn't it means i'm unpredictable?

Pernah ada sorang peng-interview tanya how come aku boleh kata aku ni sedikit keras (when somethings reach my limit) sedangkan aku tak ada adik-beradik lelaki (if u can see kebanyakan perempuan ada sedikit sifat keras terdiri dr yang ada abang lelaki). Aku balas, kakak aku tu aku dah boleh samakan dengan lelaki dah. You don't even know her. LOL.

Met a politician


Cerita ni dah dekat setahun aku peram. Hahaha. Aku tergerak nak citer bila aku tulis entri tentang isu ahli politik (entri akan menyusul selepas ni.haha). Tulis punya tulis tetiba teringat peristiwa berkaitan seorang ahli politik ni.

Aku nak puji ahli Parlimen Masjid Tanah(Melaka) ni. Nama dia Dato' Wira Abu Seman (sila klik link kot nak tengok muka dia). Aku kenal dia pun sebab dia ni ada bau2 bacang , kiranya sedara jauh aku. Ayah dia sepupu dengan atuk aku rasanya (atuk belah mak). Dia datang majlis perkahwinan sepupu aku bulan 2, tahun lepas. Aku macam kagum la sikit, takde pilihan raya pun takde la kempen2 pun time tu. Selalunya ahli parlimen turun kalau ada pilihan raya yang bakal muncul je kan? Aku tanya la adik sepupu aku ni "Dia kalau orang kampung sape2 jemput memang dia datang ke. Ke sedara2 je dia datang?". Adik sepupu aku jawab "Taklah.Sape2 je yang jemput dia datang. Tapi kalau dia free & tak busy la. Selalunya la, kalau orang jemput dia mesti akan datang walau lambat mana pun. Pukul 2 ke 3 ke 4 ke dia akan datang jugak".


Kagummmm aku. Ingatkan kalau sedara2 yang ada pertalian dengan dia je yang dia datang. Rupa-rupanya sape2 jemput pun dia akan usahakan untuk datang kalau free. Even orang kampung2. Dah la masa dia datang tu dalam pukul 3, makanan pun dah habis (just hidang makanan lebihan tsk tsk ) memang takde la layanan2 VIP bagai ni padahal tengok sikit jawatan dia tyme tu, Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan & Timbalan Menteri Pertahanan ok. Barisan ahli kabinet. Majlis perkahwinan sepupu aku tu pulak typical majlis kat area rumah kampung2 (FELCRA). Selalunya VIP2 gini mana nak layan jemputan 'tahap biasa' ni. Paling2 pun kat dewan je ye dak? Tu salah satu sebab rakyat Melaka memang suka kat dia ni. Sebab dia femes dengan ke-humble-an dia ni.

Lagi satu nak cerita sikit. Masa raya tahun 2007 tu (tyme tu dia Ahli Parlimen je belum masuk Kabinet lagi). Aku, family n makcik aku pergi la rumah terbuka sempena hari raya kat rumah dia. Open to seluruh rakyat Melaka terutama kawasan Masjid Tanah . Aku yang bukan rakyat melaka pun nak nyebok2 gak la sebab tyme tu dah ada kat kampung kan. Masa lepas makan2 nak balik tu salam2 (lelaki2 je yang salam dia), dia tetiba tanya "Mana yang masuk MRSM dulu tu?". Fulamak kagum giler aku dengan dia. Aku dapat offer MRSM tahun 2003, time tu dah 2007. Dah empat tahun ok. Terkesima kejap aku. How come dia boleh ingat???????(banyak tanda seru tanda terperanjat abis).

Aku bukan sedara dekat dia pun, mak ayah aku pun dia tak kenal, paling penting tak pernah memunculkan diri depan dia pun. Busy2 dia pun, tua2 gitu rambut putih abis, tajam lagi ingatan dia ok. Makcik aku sebenarnya yang inform dia aku dapat offer masuk MRSM masa 2003 dulu that's why dia tahu (dia kenal makcik aku sebab makcik aku duduk Melaka so kenal la, kitorang yang kat KL ni memang dia tak kenal la,dia nampak makcik aku tu yang dia ingat tu). Tapi pelik how come dah 4 tahun dia still boleh ingat? Mungkinkah sebab tyme 2003 tu dia jadi Pengerusi MARA so dia amik tahu bab2 MRSM ni? haha. Makcik aku pun terkejut dia boleh ingat. Mak aku n makcik aku pun tunjuk la kat aku dan cakap "Dia ni la" . Dengan termalu-malunya (eh apasal nak malu?), aku senyum2 je la. Pastu dengan senyuman dan ramahnya dia tanya "Sekarang belajar kat mana?". Aku dengan rasa rendah dirinya jawab la "UPM je". Rendah diri la sebab bukan belajar kat obersi kan. haha. Pastu dia sambung dengan senyuman dan ramah jugak "Haa.. Bagus2. Belajar elok2" pastu semua tersenyum.

Ok dah tamat kisah aku jumpa Menteri tu. Tapi serius dia ni humble abis, mesra rakyat abis la. Sebab tu semua orang Masjid Tanah suka dia. Rumah dia pun biasa2 je takde la banglo macam istana macam kat Klang tu kan. Huahuahua.. Ok bye!

Tentang jodoh

Semenjak2 akhir2 ni, mak&ayah aku asyik tanya2 dah, aku ni takde sape2 ke steady BF ke apa. Aigooo. Susah jugak aku nak menghadapi soalan2 camni. Imiginasi aku memikirkan kemungkinan2 jalan penyelesaian.

1) Berhijrah ke obersi dalam jangka masa yang lama. So that takde la sedara-mara nak tanya2 pasal aku dah (sebab tak nampak aku dah) mahupun nak tanya2 pasal pasangan hidup aku. Maka damailah aku di sana uuhuhu. Pastu balik2 je dari obersi, bawak calon "Mak, orang nak kawen, ni calonnya". Wah wah wah. Bukankah senang begitu? Tapi kan, masalahnya aku ni nak pergi obersi atas tujuan apa? Belajar? Taknak. Kerja? Errr ada ke orang nak offer aku keje kat obersi, speaking pun terangak-angak.

2) Panggil salah sorang kawan lelaki suh dia menyamar jadi steady BF aku, perkenalkan kat mak ayah aku so that mak aku takde la risau2 sangat. Cukup masa kang 'clash' pastu minta orang lain plak menyamar jadi ganti pastu ulang2 sampai aku dah jumpa Mr. Right. Nampak macam ala2 tipu sikit tapi kalau bertujuan taknak bagi diorang susah hati boleh ke err?? Pelik sedara-mara aku ni. Kalau ada BF tu ala2 macam ada suami. Errr kiranya kalau anak gadis tu ada BF kira macam confirmmm je akan kawen so takyah risau pasal pasangan hidup dia. Entah tukar2 sampai ke sudah tak kawen boleh?

3) Amik je sape2 pastu terus bagi statement kat mak ayah "Mak ayah, orang nak kawen". Hah amik confirm sedara2 aku tu terkejut gilak. Maklum la angin takde ribut takde tetiba kata nak kawen. Almaklumla diorang ni mesti nak dengar 'angin ribut' tu dulu. Mesti nak tahu si anu tu ada BF dulu kemudian tunang kemudian kawen. Kalau aku kawen terus takda angin ribut macam common sure jadi epic abis la. haha. Tapi agak mustahil kaedah ini. Mana mungkin main rembat sape2 ye dak?

4) Start contact ex-balik mana tau kot2 lekat. Err masalahnya kau ni ada ex keee nadia oi?

4) Start mencari dari sekarang *tetiba terblushing-blushing kat part ni*. Owh someone tolong ajar aku bab2 bercinta ni boleh? Aku tak reti owh bab2 gini. Wakaka tak caya sudah

5) Setuju saja dengan sape sahaja calon pilihan ibu bapa. Bak kata orang, siapa saje calon pilihan ibubapa, i terima dengan tak rela hati. Owh sangatlah bercirikan anak dara pingitan kaedah ini >__<

6) Buat bodo je hinggalah Mr Right datang tanpa diundang dan tanpa dijangka. Secara tetiba tanpa menggunakan pick-up line geli2. Eh? LOL. Ok no 6 ni macam paling ideal lah kan? #jawabdalamhati

Terminal Bersepadu Selatan BTS= Malaysia's 570 million bus terminal

Tadi aku berkesempatan melihat terminal bas yang berharga 570 juta ni. My first impression is wow! Dah jadi macam jakun2 aku kat situ. 100% macam KLIA ok. Kalau dah ramai orang kang bolehlah dipanggil KLIA ke-2.hahah..Kalau KLIA aku tak heran sangat sebab lapangan terbang, ini terminal bas kan so macam kagum2 sikit. Berpadanan dengan sistem canggih, kemudahan, keselamatan dan apa2 la kat situ. 5 star aku kasi. Kalau KLIA pun boleh dapat pengiktirafan dunia, apatah lagi terminal kan. Jom tengok gambar yang aku ambik tadi


Dengan memandang benda alah ni dah buat korang rasa macam grand2 je. Tambah2 kalau bawak beg yang tarik2 yang selalu orang bawak masa naik flight tu, memang lah bleh feeling2 naik flight selalu



Tiket menggunakan sistem online. Diuruskan sepenuhnya oleh pihak terminal. Kau duduk rumah pun boleh beli tiket ni (tapi tak tahu plak cara pembayarannya camne.hehe) Masa nak purchase tiket ni aku tengok dia bukak laman web mana tah. Pastu tiket dia pulak ada barcode, main scan2 macam kat pasaraya pulak.hehe. Bila sistem macam ni, harapnya takde la kes double-tiket (tempat duduk sama,bas sama,waktu sama tapi ada dua tiket berlainan). Tiket ni guna macam sistem lapangan terbang. Kat tiket ada nama, no ic dan no telefon (dia minta maklumat masa nak beli tiket. So silalah bawak IC masa nak beli tiket eh). Hanya nama yang tertera je boleh naik bas tersebut. Kiranya takleh ar beli tiket pastu jual kat orang lain dah. hoho.. Oh yang hitam2 tu speaker. Dia akan inform sekali lagi maklumat tiket bas, waktu, harga tiket, so kita boleh dengar jelas before confirmkan beli tiket tu.



Masuk sini rasa macam masuk kedai emas Habib Jewels. Lantai dia berkilat abis. Berpadanan dengan lampu yang terpantul kat lantai tu terang-bederang membuatkan rasa macam tak cukup lampu kat atas, kat lantai pun ada lampu. Cahaya blink2 umpama berada di mana-mana. Cewahhh.

Tiket diuruskan oleh pihak terminal. Maka confirm takda kejadian ulat2 tiket yang tahan kau tengah jalan pastu tanya2 dan paksa2 kau beli tiket padahal kau dah beli tiket sebelum datang. Eh annoying kan orang2 yang bising2 tahan2 tanya nak beli tiket kat pudu raya tu. Semak.


Sila abaikan tangan aku tu :P


Nampak tak kat siling tu? Cantik! Design macam 3D ok!

Lantai lip lap berkilau-kilau ni, aku nak buang sampah a.k.a jatuhkan plastic gula2 (secara tak sengajalah konon padahal sengaja) pun segan sebab cantik sangat. hahaha. Bersih, sampaikan rasa macam nak bentang tilam baring2 kat situ. muahaha.


User-friendly. Kalau tengok board pun tak paham, korang boleh tanya kat orang customer service terminal yang berlegar-legar di kawasan itu dengan uniform segak bergaya tu. Polis pun ada kat situ so takyah takut la kalau ada kejadian2 jenayah ke apa. CCTV takyah cakap la, beratus-ratus kot yang aku dengar. WiFi pun adooo.


Lobi Ketibaan. Sebut betul2, lobi betibaan. hahah. Dah canggih-manggih lampu lip lap lip lap ni, haruslah panggil lobi. Lobi ni, pendatang asing tanpa izin nak tidur bermalam kat sini pun takut sebab polis depan mata hoi. Permit ada permit? haha


Aku amik gambar kat dalam je. Kat luar a.k.a balai berlepas, balai ketibaan semua2 tu aku lupa nak amik. Tapi memang cantik la. Mari kita boo pudu raya yang sesak giler+kotor tu. hahah. Dulu aku rasa bosan giler pergi pudu raya. Dah la sesak, panas, kotor berabuk.haha..

Tapi since first time pergi macam terconfius-confius jugak jalan nak masuk dengan jalan nak keluar. Pastu nak cari lobi2 tu pun terangak-angak 2-3 minit.haha . Sebab ayah aku parking kat bahagian bawah tingkat 1 so time kat sana macam confius yang lobi ketibaan tu kat tingkat berapa sebenarnya (tingkat 3 seingat aku).

Kalau aku laa produser filem, aku akan jadikan tempat ni sebagai salah satu tempat penggambaran. Boleh ar tunjuk kat orang luar, Malaysia ada terminal bus yang canggih-manggih ala2 macam airport ni. Sebagai daya tarikan lah orang kata (err..tapi ada ke orang luar yang nak tengok cerita Melayu? hoho). Teringat cerita korea. Boleh kata every cerita macam wajib ada scene kat lapangan terbang. haha tapi diorang pandai promote tempat2 menarik diorang dalam drama. So dengan orang2 yang tengok pun tahu. Aku rasa Malaysia perlu ubah style la buat drama la. Tak payah la asyik2 tempat penggambaran kat salon rambut, rumah canggih 5 tingkat,dalam kereta, dalam bilik tidur, restoran mewah, kelab malam bagai. Cuba perluaskan dengan amik penggambaran kat Genting Highland ke, Cameron Highland ke, Pulau Langkawi ke, pulau2 kat Sabah ke (sambil dalam dialog mention tempat so that orang yang tengok pun tahu kat mana diorang berlakon). Sekurang-kurangnya ada la promosi tempat menarik kat Malaysia ni. huhu.. meleret-leret dah cerita aku ni. Dari TBS-BTS ke drama la plak.hoho..

#confessionhour


#confession hour- kalau tak silap, antara word yang selalu naik trending kat twitter.

Beberapa minggu yang lepas aku menerima mesej dari seseorang. Dan aku sangatlah pasti dia dapat no aku dari seseorang yang aku rapat/mana2 form yang aku pernah isi masa keje kat tempat lama dulu. Paling tak boleh blah pick up line dia tu. Dengan nana sekali gelak terbahak-bahak baca mesej dia. Maleh eh aku nak citer panjang2 tapi secara ringkasnya kira dia ni nak berkenalan tapi tak nak beritahu identity dia atas sebab2 tertentu. Rahsia2 ler gitu. LOL. Itu pick up line zaman sekolah derrr. Zaman keje2 ni zaman orang lebih open minded mana ada dah pick up line gitu derr. Buatnya aku terkawan dengan laki orang aku jugak yang susah derr. haha semua pun derr daa.. Paling tak boleh blah pick up ala2 gedik pun ada. “Kalau awak tak sudi, hancur musnah lah harapan saya” Aduhaii tepuk dahi aku. Tak sangka eh ada jugak ayat2 gedik camni dari seorang lelaki. LOL. Ke ayat biasa2 je ni aku je yang meng-katogeri-kan ayat ini sebagai gedik?

Resultnya, aku dah tak reply mesejnya. Atas sebab anonymous itu.haha. Dan jugak ayat yang macam geli2 itu.hahah. Chill. Cuba kalau dia reveal dia sape. Even if I'm not interested to him, perhaps we can be a friends yaw. Aku allergic la kalau dengan orang yang belum ada apa2 tapi stok nak cakap jiwang2 sebagai pick up line. Alergik tau tak? Selamba sikit buleh? Sekian terima kasih

Kengkadang kan aku pernah rasa kan best kalau perasaan suka kepada orang boleh diluahkan secara senang dan tanpa memberi rasa malu kepada dua2 pihak. Sebab kadang2 suka tu bukan sebab nak couple ke,berpasangan ke apa. Just suka sebab attitude, appearance dan sebagainya.

Dulu2 pernah ada sorang yang terang-terangan kata dia suka ada bahagian2 tertentu kat muka aku . I mean bukan suka tahap biasa2 tapi secara lebih dari itu. Bukan muka ye tapi bahagian2 tertentu kat muka (nampak sangat muka aku selekeh dulu). Agak hairan macam mana dia perhati padahal aku dah selindung sebaik mungkin. Make-up jangan cakap lah, haram tak make-up segala.

Dia confess depan2 aku ok, selamba je berdiri depan aku then cakap “Nadia, saya suka la tengok ___ u. Sangat comel macam bla bla bla bla”. Malu giler aku tak tahu mana nak letak muka (eh, apasal plak aku yang perlu malu. Bukan dia ke sepatutnya malu? Huh aku pun tak paham). Semuanya bermula pada satu hari tu, aku perasan dia pandang aku lain macam. Aku dengan selambanya tanya “Kenapa?” kot la dia ada hal penting nak cakap. Tau dia cakap apa? “Saya suka la tengok ____ awak. Comel” sambil sengih2 sampai telinga hoh. Memang lah ngok aku rasa. Tergelak ok. Berani gila mamat neh. Kot la betul pun sekurang-kurangnya cakap la “Takde pape” sambil gelengkan kepala ke apa ke kan sorok2 sikit.

Kenapa aku cakap dia ni bercirikan agak extreme? Sebab bila ada je kesempatan dia akan pandang aku taknak lepas. Look like most of the time the time. Walaupun jarak yang jauh. Tiap2 hari ok? Kengkadang aku macam rasa dia ni takde keje ke asik dok pandang. Sangatlah obvious untuk aku buat2 tak perasan (walaupun most of the time aku buat2 tak perasan). Yang peliknya selalu kalau orang biasa pandang pastu orang yang dipandang perasan, dia akan melarikan pandangan kan? Aite? Tapi dia ni tak ok. Selamba je senyum2 bila 'tertangkap'. Bila aku buat isyarat “Kenapa?” dia akan membalas dengan isyarat jugak “Saya suka tengok _____ awak”. Hoh. Pastu kalau dia rasa macam nak cakap, dia main cakap je sesuka hati “Nadia, I suka la tengok ___ u bla bla bla.” Ulang2 benda yang sama sampai 100 kali. Pernah aku sound2 dia sket2 secara gurau2 sebab taknak kasi dia terasa tapi sebab rasa annoying rasa nak sound jugak “Ye ye saya tahu. Tak payah la u cakap lagi dah” tapi nampaknya tak faham bahasa dia ni.

Ok takpe la kalau dia je yang rasa camtu. Yang buat aku start menyampah tu bila dia ‘jaja’ kesukaan dia tu. Err promote orang kata? Tahpapetah. Ada ke bila ada sesapa orang lain di antara kami, selamba je dia cakap dengan orang tu “_____ nadia comel kan? Macam bla bla bla (insert pujian2 word here)”. Terkejut bukan kepalang aku bila dia cakap macam tu dengan orang lain. Aku rasa macam apa tujuan kejadahnya dia nak sebar2 neh dah la aku berada di tempat kejadian ye sila bayangkan reaksi orang berkenaan. Nak cakap 'Ye ye' sedangkan dalam hati berkata tidak dan tak sama sekali. Nak cakap 'Tak', hello aku kat situ ye sila lah faham. takyah cakap pape bleh. haha. Bukan sorang dua okeh. Berkali-kali dia repeat ayat yang sama dengan orang2 yang berlainan. Tyme tu aku rasa menyampah giler mamat neh. Over! Melebihi batasan. Sebab dia dah melibatkan orang lain. Eeee malu giler. Kalau aku betul2 cantik tak disangkal macam Siti Nurhaliza ke Jung So Min ke Park Shin Hye ke Song Hye Kyo ke takper ar kan. Ni setakat biasa2 je takyah la nak propa lebih kan.


Sejak tu aku rasa dia annoying giler. Macam tak suka berada di sekitar dia. Kalau dia ada kat sebelah, sure aku lari cepat2 sebelum dia ulang ayat yang sama kepada orang lain. Sumpah malu okeh!

Lupa nak cakap, mamat yang aku cerita ni Chinese.



p/s: Gaya mamat cina ni ala2 macam kalau aku usha mamat neh. Tapi sekurang-kurangnya aku tak la ketara sangat (tak pernah terkantoi pun) dan aku rasa mamat tu tak perasan pun aku usha dia. Dan I will never and ever confess to him directly.HAHAHA. Kengkadang rasa macam best je confess2 ni (confess dengan beridentiti, bukan anonymous). Ala bukan suka nak couple ke nak berkenalan ke berpasangan ke hape in fact takde rasa apa2 yang berkaitan hati dan perasaan pun. Cuma nak dia tahu, perangai pelik dia tu/gaya dia berjaya menarik perhatian orang lain walaupun muka dia biasa2 je.kehkehkeh. k bye!

Syndrome 'mida'

Akhir2 ni tebiat sikit.

Mak: Nadia, lepas ni (bla bla bla:memberi arahan)
Aku: Dae. Aegaesimida
Mak: Kene cepat2 tau, jangan lambat2.
Aku: Dae aegaesimida

Mak: Nak makan apa? Nasi goreng ke?
Aku: Animida (geleng pale)
Mak: Habis tu, mee goreng?
Aku: Animida (geleng pale)
Mak: Animida animida. Habis tu nak makan apa?
Aku: Tomyam-mida.
Mak: Air?
Aku: The-O-Ais-mida

Hohoho nasib baik mak aku tak tanya “Lempang-mida nak?

p/s: Dengan nana2 sekali ada syndrome 'mida' ni. Am i right nana? hahaha

First impression: The other 2 Nana

Nama nana ni glemer gak eh? LOL

1) Semalam masa lalu kat tol BTR, terserempak dengan Nana, ex-manager kat 7-E dulu. Maka berjejak-kasih la kat situ. Tapi takleh lama2 sebab nanti orang belakang marah. huhu.. Ayah aku komen yang dia ni peramah giler sebab dia nampak ayah aku terus "Ehhhh" sambil senyum sampai telinga tanda dia kenal dan tegur ayah aku (sila imagine dalam kepala). Aku jawab "Bukan biasa ke macam tu?" Ayah aku cakap tak, sebab biasanya kalau kita kawan dengan seseorang tu, kita paling2 pun senyum skit2 je dengan ayahnya. Yang kawan aku ni senyum lebar gile macam pernah berborak-borak dengan ayah aku ni. Padahal kawan aku ni just nampak ayah aku dari jarak lebih kurang 2-3 meter macam tu kiranya tak pernah bertegur sapa la. Ayah aku memula tak kenal dia tapi bila dia tanya "Nadiah mana nadiah?". Baru ayah tahu yang dia kawan aku. LOL.

Cakap pasal Nana ni, aku dengan dia ibarat langit dengan bumi. Tiada langsung persamaan. Lifestyle toksah cakap la kan. Kalau ada sekali pun, SAMA JANTINA. LOL. Seriuslyyy. Tapi aku agak kagum dengan how well dia cuba adapt-kan perangai dia dengan diri aku. Melihatkan kesungguhan dia, membuatkan aku automatic cuba adapt diri aku dengan dia pulak. That's how we begin. Yang aneh tu. Kalau dengan Syam (MT lagi sorang) dia cakap memang kemain gangster abis la tapi bila dengan aku dia akan cakap dengan sopannya. hohoho... Perhaps that is one of her way of adaptation. hehe. Sebab aku tak biasa owhhh cakap gangster2 dengan perempuan.Dengan lelaki boleh lah. Itupun kalau lelaki tersebut jenis yang menyakitkan hati/kerek.

2) Nana kat tempat kerja lama. If you read this u must know that u're one of the great friends that i have. Nana ni receptionist kat tempat kerja lama aku dulu. Apa syarat untuk orang berkawan? Selalu berkomunikasi right? I tell u dia kerja bahagian depan, aku kat dalam lab kat bahagian belakang dalam production plant. There is really really really impossible untuk berkomunikasi sebab dah la tempat kerja jauh2, celah mana nak borak2 kan? Apatah nak baik2 kan. But she break the rules. Setiap kali aku masuk office (sebab nak pergi toilet) mesti dia akan say "Hi" dengan ramah giler pastu ajak aku borak2 kejap. Borak kejap2 macam susah nak mesra lah kan. So gitu2 je la. And then one day dia ajak pergi rumah dia (rumah family) and that is the begin. ^_^ Lepas tu ada la dalam 2-3 kali aku gi rumah dia.haha.. Teringat kat FS, first2 aku tak rapat dengan dia sebab dia budak office jarang jumpa apatah lagi nak berborak kan (time tu rapat dengan budak lab je) and then ditakdirkan lepas pindah office baru aku ditempatkan kat depan dia (and handle some admin/QC job too) and then bermula dengan sapaan2 kecil dan ringkas seperti "Makan apa tu?", kitorang pun jadi rapat.

Aku baru perasan yang mostly aku baik dengan orang semuanya bermula dengan orang tersebut initiate the step kemudian aku respon and then baru start berkawan baik. I tell u, aku susah untuk initiate the step untuk approach orang silalah faham dan jangan kata aku sombong ke apa sebab aku memang begitu (Approach untuk berkawan la. Kalau approach untuk promote/buat sales, aku pandai ar. haha.). Memang orang yang aku dulu start initiate the step tu bertuah la sebab aku jarang buat camtu kat orang.Tapi buat sesiapa yang initiate the step memang aku hargailah dan try to respon sebaik mungkin.

Pixy: Siapa kata murah tu tak bagus?

Aku selalu rasa produk yang murah, not really impressive. Nak cakap impressive boleh fikir 100 kali. Means biasa2 je la. Tapi aku cukup berpuas-hati la dengan 'biasa-biasa' ni (sebab aku pun dah biasa pakai produk 'biasa2' before ni). Nak pakai produk mahal yang glemer2 tak tercapai akal deknon. Tengok harga foundation Bobby Brown yang 30ml tu pun dah tersedu secara spontan (tak caya tanya nana, dia gelak tak hengat tengok reaksi aku terhadap harga foundation tersebut). Tu baru foundation, meh kita tengok harga bedak compact dia pulak. Fuhhh silap2 boleh parkinson selama 20 saat. Tengok harga pun dah tersedu/rasa macam nak Parkinson, kalau pakai macam mana plak kan, entah2 simpan je dalam almari buat pameran untuk anak cucu sebab sayang nak pakai. HAHAHA.

Tapi compact powder kat bawah ni the only product (setakat ni) yang aku guna yang membuktikan bahawa tak semestinya product yang murah tak maveles. Dan juga membuktikan produk murah can be impressive as well =D


Pack besar (ada cermin)

Pek isian semula(takde cermin)

pic credit: As tagged

Aku nak ajak kawan2 aku yang pakai bedak/foundation yang sama 'line' dengan aku (harga below RM30) untuk try bedak ni untuk tengok hasilnya&buat perbandingan dengan bedak yang korang guna. Harganya dalam RM16.88 (bekas besar-ada cermin) dan RM11 something (isian semula/bekas kecik-takde cermin) boleh cari kat Watson/Guardian kalau boleh cari sendiri sebelum tanya jurujual maklum la produk tak bape glemer sesetengah orang mana familiar. Silap2 korang tanya dia, diorang dengan muka blur2 jawab "Apa tu? Tak jual la". hoh. Pe cerita derr. Kasi aku jadi promoter part time kat situ, akan aku promote habis-habisan. LOL


Bila dah try tu, haaa tengok sendiri la perubahan muka korang sebelum dengan selepas. Dan bila apply tu,tengok jugak texture dia (how the quality when immediately apply to ur face eceh speaking omputih tetiba),untuk effect yang lebih maveles sila pakai mosturizer dulu dan pastikan mosturizer tu cukup kering before apply.Dah siap sapu2 tu perati muka, ok tak? Then, jangan lupa telek muka korang after 4-5 jam pakai (kalau pakai pagi, tengah hari boleh try belek muka). Tengok apa beza? My opinion is, even GLOWING! Minyak yang terhasil secara semulajadi oleh muka tu macam blend well dengan bedak Pixy tu dan bagi effect glow. Berbeza dengan aku pernah perhati masa 4-5 jam lepas apply foundation Maybelline (terus basuh muka sebab euwwww, capuk2 jadinya padahal mula2 pakai ok je). Kalau berpeluh jangan lap ye, just tepek2 dengan tisu je cukup (memang macam ni pun orang buat kan bila pakai compact powder/foundation?). Bla bla bla so on and so forth. Jangan lupa perati muka tang ni. Saje kasi korang buat research&perbandingan sket kalau berkesempatan. Dulu2 time aku pakai, tapi ignore je pasal sapuan2,texture,effect to skin bla bla, tapi sejak terpakai Maybelline yang mana satu tah tak ingat dan compare jugak dengan compact powder Maybelline yang aku pakai time zaman u dulu, baru aku tahu betapa specialnya Pixy ni. Dah la murah, best plak tuh. Maybelline pun kalah ok.

Tapi disebabkan takde tester, aku terpaksa menempuh pakai dua kaler yang tak bape match dengan kulit aku sebelum jumpa kaler yang betul2 match.

Dulu aku pernah kene perli dengan kakak aku pasal aku pakai Pixy. Sebab before tu kan aku pakai Pixy(sebab akak aku yang introduce bedak ni kat aku) tapi aku ignore tang tekstur bagai tu (tak perasan bab2 kualiti ni). Pastu saje pakai Maybelline. Akak aku kata "Aku tak suka Maybelline, bedak dia berdebu"(sambil buat muka keji macam menjengkelkan.HAHA). Disebabkan aku dah beli, aku pertahankanlah "Biarlah!" aku jawab. Bila pakai eh eh tetiba perati, eh tak bestnya kualiti dia when applied. Teringat kata2 kakak aku. Pastu beli Pixy balik,pakai then baru perasan betapa bestnya Pixy. Akak aku perasan aku pakai Pixy balik terus kene perli "Hai nadia, dah pakai Pixy dah? Mana bedak Maybelline kau tuuuu". Dah buang sebab tak best.HAHAHA.

Aku ingat nak buat review nak cerita panjang2 tapi last2 aku biarkan je dalam folder Ms Word kat lappy.Nak review lebih2 nanti orang kata aku gebang/propa lebih so try sendiri lah ek =D

Aku buat review pendek je la eh? Bila apply kat muka, aku dapat rasa macam effect pakai bb cream (tak gebang eh, aku pengguna bb cream dulu). Even adik aku pernah tanya ada sekali tu "Kau pakai bb cream ke angah?" padahal aku pakai bedak Pixy ni je. Pakai secara kering plak tu takde basah2 span pun. And then aku pernah baca review kat forum (bukan review/testimoni ala2 macam gelang AC Mizal/MLM eh) ada sorang pengguna M.A.C kata sejak pakai Pixy ni dia tak pakai M.A.C dah sebab dia rasa lebih kurang / setanding je kesannya (LOL. Is it?) then jimat pun jimat.. Sangat jimat! Ada sorang lagi kata bila pakai, dia rasa macam pakai produk 'mahal2' (dia dah pernah pakai dari type mahal sampai la ke murah). Aku tak pernah pakai produk mahal2 so aku tak tahu la camne effectnya.hahah.

Sebab tu bila nana minta bb cream aku(aku baru pakai tak sampai 1/2) aku senang2 je bagi dia free of charge (sambil berkata cleansing oil beli sendiri eh aku tak supply). Selalu aku tak kasi sesuka hati derr. Sebab bb cream kene bersihkan pakai cleansing oil before pencuci muka biasa manakala bedak compact ni bersihkan pakai pencuci muka biasa pun cukup dah. Buat apalah bersusah-payah bila effectnya seakan-akan sama.LOL.

Side effect: Bedak ni mild. Macam takde effect je aku tengok. Akak aku pakai bertahun-tahun ok jer. Takde plak jerawat2 bagai. Aku pulak, selalu time2 ehem ehem tumbuh jerawat dua tiga bijik berwarna merah yang mengganas tapi lately takde la plak(ke sebab effect pakai Toner& moisturizer TFS? LOL).

p/s: Untuk mengelak terbeli produk tiruan, better beli kat Watson/Guardian. Tapi kakak aku selamba je beli kat kedai jamu takde plak pape effect. Nasib dia beli yang btul2 ori kot.


p/s: Yang pasti, bedak ni buat aku dah tak pandang jenama2 lain dah. Especially maybelline. LOL. Maybelinne lagi. Sian maybelline. Tapi gel-eyeliner Maybelline tetap best. hihihi.

p/sss: Tapi ada yang kata Pixy ni lebih kurang dengan jenama Miyami (produk Cosway,type2 murah jugak). Ada yang kata Pixy lagi bagus ada jugak yang kata Miyami lagi bagus, tapi dua2 ni satu company. Aiyakkk. Camne tu? Tapi sebab Miyami hanya boleh dapat kat Cosway sahaja berbanding dengan Pixy yang boleh didapati dengan hanya terjah mana2 cawangan Watson/Guardian (mesra alam gituuuu), so stay dengan Pixy je la setakat ni. hehehe..


Misi 2011






1) Nak wujudkan satu blog private khas untuk hal2 berkaitan tensi2 dalam pekerjaan jika ada. Somehow, aku rasa meluahkan perasaan ketika marah (selalunya aku jarang marah kecuali hal2 berkaitan dunia pekerjaan) especially di blog is not healthy at all. Sebab bila dah tak marah, dah sejuk, terbaca balik rasa macam "eeee eeee apa la macam tu pun nak emo". Biasa la, bila dah tak marah dah, rasa macam semua benda tak patut emo begitu *tu yang jadi kes selalu delete entry tu sebab rasa macam geram dengan diri sendiri boleh emo macam tu*


2) Kumpul duit nak gi korea Autumn depan. Nak pergi Nami Island (sambil mengalunkan lagu Winter Sonata), Namsan Tower, Everland, Dongdaemun Market, Namdaemun Market. Kalau boleh aku cari jugak jalan nak pergi Lotte World. OMG, teringin ok!Nak bergambar depan Camelot Carrousel!!! haha pastu nak tengok pertunjukan kat situ yang ada Cinderella naik kuda, Snow White & orang kerdil etc etc. Boleh feeling2 ala2 kat Tokyo Disneyland. Ok asal keluar nama banyak tempat neh macam pernah pergi pulak.Hahah ter-effect jugak pengetahuan tengok citer korea ni, melekat imej&nama tempat dalam kepala. LOL.


3) Learn keyboard! hahaha. Secara rasmi lah. Bak kata adik aku "Yang datang belajar semua budak kecik je dowh. Ko nak ke?" Eh, mestilah nakkk. Ada aku kisah budak kecik ke tak, asalkan orang tu kata boleh maka boleh lah kan.


4) Melancong bersama kawan2 (dalam or obersea.hehe) dan jugak bersama family (nak pergi mana nana? Korea takleh la kan.hihihi.)


5) Life yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Of course. Dan jugak nak mempersiapkan diri untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kerjaya mahupun tidak, melalui pengalaman2 yang berharga. huhu sungguh skema sekali azam ini.


6) Nak pergi konsert Siti.haha! Kalau ada lahh. Kalau takde takpe. Aku tak bape minat pergi konsert or apa2 acara yang kemunculan dia hanyalah untuk 2-3 buah lagu je. Artis lain kat Malaysia lagilahhh aku haremm nak pergi memana konsert kan. Of course yang dalam Malaysia. Kot la dia buat kat Sg ke, Indon ke memang tak pergi lah kot.

Tu je kot.

pic: google.com

11.1.11 specially for Siti Nurhaliza

Today is your birthday and

15 years and still



So funny to remember back then how her voice, 15 years before can make 9 years old innocent little girl terkaku-kaku depan tv rasa macam taknak berkelip mata. Darjah tiga ok darjah tiga, siapa je artis yang kau boleh ingat the moment kau dengan artis tersebut masa darjah 3? Aku boleh kata almost moment kat sek rendah dari darjah 1-6 aku tak ingat langsung but i still can remember my SITI moment. haha! At the moment, Juara Lagu 1996, i was like...who the hell she is? I truely don't know her existence before. Why such a stranger can make me stunning and immediately fall in love with her/her voice in a blink of second? Tak tipu ok. Terus aku rasa dia akan menang Juara Lagu tapi masa tu aku seriusly baru first time kenal dia dan aku tak tahu tahap populariti dia+ramai ramal ZZ memang malam tu so ramalan itu aku simpan dalam hati takut salah nanti malu*typical pemikiran budak*.Bila dia diumumkan terus aku rasa berbunga-bunga dalam hati pastu tepuk tangan. And that is the start for Siti obsession. haha.. Cuba aku cakap dengan yakinnya kat ayah,mak&family sure diorang akan cakap "Nadia pandai". Muahahaa.

Pastu macam bangga je pakai beg duit gambar Siti Nurhaliza di hadapannya beli kat Stesen Minyak (ingat lagiiii).hahah. Kaler biru ke hitam lupa yang mana satu. Sebab beli dua, satu untuk kakak aku, satu untuk aku. Dua2 gila CT. Cuma kakak aku berhenti minat dia sejak lagu apatah (sejak suara dia matang sket rasanya sbb dia suka suara CT yang awal2) tapi aku kekal minat dia sampai sekarang. Cuma aku tak ingat sejak bila adik aku si nana pulak yang start minat CT. Mungkin sebab selalu mendengar alunan merdu suara kakak dia ni nyanyi lagu CT di dapur,jamban,karaoke dan sebagainya maka dia pun tertarik lah kot. ayatperasangila

Lebih funny bila mengingatkan how i admire her soooo freaking much (nasib bek tak lesbo). Sampai tulis surat secara peribadi kepadanya mengatakan betapa aku minat gila kat dia siap sertakan sepit rambut yang bermacam jenis beli kat pasar malam sebagai hadiah dan suruh dia pakai pastu muncul di TV/surat khabar dengan sepit aku tu di kepalanya supaya aku tahu surat aku dah sampai kepada dia. KAHKAHKAH. LAWAKNAKMAMPOS. Aku rasa malu giler weh bila ingat balik part tu.Sumpah malu! Surat tu entah2 sangkot kat pejabat pos sebab berat sangat. Pastu stem plak 30 sen yang stem untuk surat/kad kecik tak boleh melebihi berapa gram tah. Budak kecik, apalah yang aku tahu sangat kan.

Bila ada artis baru muncul, dengan lagu yang best2 tahap ulang 24 kali sehari, masa itu mula menilai, can he/she beat CT in my heart? Seems like no

Ini kot yang terjadi bila kita rasa kita betul2 dah jumpa the best? Is it? Korang pernah rasa tak? haha

Walaupun sekarang macam dah ter-arah ke artis kpop itu(muehehe)

But with the vocal ability,


u're still the top one singer for me CT!

Performance live all the time, key tak pernah lari, etnik kreatif balada pop bla bla bla seems like you go through all the genre and you've prove that u are capable for everything in singing. Great singer.

Disebabkan vocal ability is the strong reason why i admire her, maka side2 tu aku ignore je. Ada aku kisah dia pakai scarf ke, free hair ke, kawen dengan dato K ke Dato W ke Dato Z ke, dia menang award ke tak menang awards ke,popular ke tak popular ke? hahah. Janji dia tak berbikini di tempat awam seperti di Pantai kat Bali dan tak berkemban tunjuk dada putih lurah2 di majlis anugerah2 atau tak ditangkap sebab hisap dadah,minum arak atau masalah2 sosial yang lain. Ayah aku kan jenis yang kuat mengusik kan, dia tau aku minat siti dari kecik kan so dia selalu provoke aku direct nak kasi aku emo dengan ayat "Habislah aura Siti dah hilang dah", "Siti dah tak popular dah" sambil gelak2 tertawakan aku macam kalau CT menang aku dapat share akan dapat duit ke apa hahaha tapi aku chill jek.Tak terkesan owh. Apa ayah aku ingat aku minat dia sebab popularity ke apa. hoho

Somehow i dream CT being in kpop scene so that she can appear in variety show and show her 'true colour'. So i can know her true personality, what things she like, what things she don't like, what her unique personality and character that remind me of her everywhere. So that i can like her 'in and out' (not just vocal ability and personality appearance only).

Paling penting, i wanna find her weakness (maybe some weakness in personality and character somehow) so that i can love her with her strength and weakness. Sebab aku rasa perfect giler dari segi suara. Maka aku nak cari kelemahan dari segi personality dia so that i can like her even more.

Sesungguhnya aku lebih suka dan hargai benda yang 'aku nampak' tapi orang lain atau orang sekeliling aku 'tak berapa nak nampak'.

Now or in the future, tua atau muda, famous or not, winning awards or not, u're still the one CT and no replaceable. =)

15 years, 16,17,18,19,20.......

AJL review

HAHAH. Buat pertama kalinya aku tengok AJL tanpa miss even 1 saat sekali pun. LOL. Ingatkan nak tengok citer hantu Kum Kum kul 11 malam kat Astro tadi. Siap dah hafal tarikh/tajuk/waktu ok! Sekali, eh apa kata layan AJL dulu, nanti kita tukar lah bila dah jam 11 nanti. Bila tiba kul 11, tak bergerak tangan aku nak tukar channel sebab rasa syok pulak tengok AJL ni. LOL. Sungguh aneh sekali sebab sejak ketiadaan CT dalam AJL, aku dengan AJL tak berapa mesra. hahah. Maksudnya tak layan la. LOL.

Ok laaaa, sebenarnya aku layan AJL tadi semata-mata nak tengok CT! Lama owh tak tengok dia kat tv oh so rindu.kehkehkehkeh.

Cakap pasal review AJL, first of all aku tak minat Yuna eh. Hanya adik aku je tahu betapa aku tak minat dia dan style lagu2 dia tapi malam tadi kan masa saat pertama dia hit the keyboard, "wOW" aku terpegun gituu. Layaannnn je aku tengok dia main keyboard. Selalu dengar lagu ni kat radio mesti aku suh ayah aku tukar radio lain.hoho.. Damn! Damn! Damn! Watching+hearing keyboard/piano tune play by someone is ALWAYS impressed me. Aku suka muzik intro dia. Find, sebenarnya aku suka alunan muzik piano/keyboard yang dia mainkan tu. Mata aku ni asyik tengok tangan/jari2 dia je all the time. Youtube! Tutorial please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau pasal vokal, aku sangat setuju dengan juri! Setuju! Setuju! Setuju! Lagu tu pun alahai best giler. Memang menyerlah vokal Hafiz dalam tu. Tapiiiiiii, lagu tu je pun yang menyerlahkan vokal dia sejak dia keluar AF dulu kan? Macam takde dengar je lagu dia yang lain yang menyerlah. Ke ada lagi lagu dia yang popular tapi aku tak tahu? hahah. Semoga dia memilih lagu yang menyerlahkan vokal dia di masa hadapan.

Pasal FT, aku dengan lagu dia ni biasa2 ja. Lagu dia pun dengar2 camtu ada la, memang layan gitu2 je la. Walaupun 'gitu2 je' tapi aku harus akui suara suara/vokal dia agak unik dan rare. Ayah aku pun puji suara dan kata buat masa sekarang dia la artis lelaki yang vokal/suara paling mantap dan best sekali. Aku pun berpendapat dengan dia. FT punya low note&high note just perfect! Dan aku memang bajet2 kalau bukan Yuna menang, FT ni yang menang. Drama King tu takde la best mana pun untuk menang tempat ke-2. FT should!

Ana Rafali. I'm nothing against her tapi sure ramai terkejut dia menang kan. Masa dengar lagu dia tu (note:first time dengar ok. Ye, aku tak bape layan Ana Rafali sejak aku dengar lagu dia yang tajuk Hujan di KL tu tak best so aku agak lagu2 dia pasni sure tak best jugak.LOL), aku rasa lagu tu ok laaa lagu Tolong Ingatkan aku tu. At least better than Hujan di KL tu, best best la jugak tapi ada lagu lain yang lebih best dari tu. Pendek kata bukan dia tak patut menang tapi ada yang lebih patut untuk menang.

Stacy! I love her performance. Consider yg lagu JAHAT dia tu aku suka giler. Ayah aku pun layan ok lagu Stacy ni. Setiap kali lagu Stacy ni keluar kat radio, mesti ayah aku akan kuatkan volume lebih daripada biasa. Setiap kali dengar lagu tu kat radio kan mesti aku fokus abis teliti dengar betul2 muzik dia. Aku sukaaaaaaaaa genre pop dance gitu. Tapi kan dance dia malam tu tak bape memukau la. Tangan pun gerak ke atas dan ke bawah je macam tak dance langsung kecuali part last tu. Biasa2 je la tapi sebab muzik best so aku suka jugak! hahaha. Aku rasa kan KRU/pihak Stacy patut meneliti genre pop dance korean girl group 2NE1 or 4minute sebab somehow aku rasa imej Stacy suits that genre. Kalau buat dance yang memukau macam korean girl group yang aku kata tu fuh fuh sure Stacy gempak gila dan tak mustahil tarian dia akan jadi ikutan.hahaha. Ayah aku kata Stacy sesuai lagu2 genre camni je, suara dia sangat la perfect untuk lagu2 camtu sebab dia pernah dengar lagu Stacy yang balada tak best dan tak bape sesuai katanya. Tak best la kot sebab tak femes pun dan aku tak pernah TER- dengar pun. hehe

Kebahagian dalam perpisahan nyanyian Shahir tu aku rasa agak kureng malam tu. Bukan suara Shahir sebab suara dia ok dah. Cuma dari segi olahan/susunan muzik tu. Macam kurang umphh. Aku suka radio/recording version lagi. Beat lebih rancak dan best. haha

p/s: Aku tahu lagu2 melayu ni dari radio dalam kereta sebenarnya. Itupun kalau kebetulan naik kereta nak pi mana2. Kalau tak, takde la aku tahu lagu2 melayu ni. Kira macam ter ter ter -dengar sebenarnya bukan nak dengar dengan rela hati . Sebab dalam keadaan biasa, aku jenis yang tak dengar radio tak kira radio apa sekalipun. Ala yang macam selalu orang dengar radio melalui phone/mp3 tu. Sebab aku bab2 entertainment ni tak bape sangat. LOL. *terbatuk kejap* Dulu2 pun akak aku yang rajin bukak radio kat rumah/download lagu2 terbaru yang best2 cam lagu Rossa ke atau lagu2 lain. Bila aku dengar best baru laaa aku bluetooth dari phone dia. Harapkan aku download memang takde la even internet tiap2 hari.haha. Same goes to lagu Korea la. Kebanyakan lagu Korea yang aku minat adalah hasil dari ter ter ter-dengar. Terdengar dalam radio ERA la, terdengar masa iklan shot dalam web la. Ataupun ada kawan2 aku post video so aku klik je tetiba eh best giler lagu ni. Tu diaaa. Bukan dengan cara eh-eh-ada-lagu-baru-mari-kita-dengar. HAHA. Tapiiii, ada group baru yang bernick-name kan SS502 bakal debut tahun ni macam harus dengar sebaik sahaja mereka debut sebab nak tengok style lagu dia ada persamaan ke dengan SS501. haha ok bye!

Fuh fuh fuhh

Itu bunyi semput. Baru je nak bernafas (read:online). Maklumlahhh lappy pergi service kan, tak beronline lah aku. First2 bukak twitter, update dengan isu semasa (?) pastu bukak FB, tapi FB scan je lah *pilih kasih sket*

Perubahan

1) Selamat Tahun Baru everyone! Ye aku tahu aku dah terlambat ucap T_T

2) Semoga 2011 , kehidupan aku berjalan dengan lebih lancar. Amin.

3) Ehem2. Aku rasa akhir2 ni kan baru aku sedar yang suara aku tak la sedap mana pun. Aik, awat selama ni perasan sedap keee? Wakakaka.

Aku rasa suara aku tak layak masuk hatta karaoke jamban sekalipun apatah lagi karaoke2 yang lain.huhu..Menyesal sebab pernah rasa suara sendiri agak best suatu ketika dahulu. Apaa daaa... Suara aku ni kalau katak-katak dengar pun semua bertempiaran lari okkk.

Dulu masa keje kat 7-e kan ada sorang mamat ni jenis yang suka menyakat orang. Err bukan menyakat secara geli2 konon2 nak ngorat ke apa tapi menyakat yang jenis dia memang gitu jahat2 skit suka buat orang jerit marah kat dia. Ada sekali tu aku terjerit TER-kuat sikit daripada biasa. Bukan saje2 eh in fact aku sound&bengang dengan dia sebenarnya. Bleh plak dia kata sambil gelak2 "Suara ko sama macam sharifah. Macam doraemon *pastu cakap gaya doraemon*". Hampeh punya budak. Over tau samakan suara aku dengan doraemon. Suara aku biasa2 je ok, normal apa suara orang perempuan macam aku ni halus2 gitu. Sah2 dia belum pernah dengar suara Fasha Sandha or tak pernah dengar suara Fasha marah/jerit. Lagiiiiii terserlah.


4) Baru aku sedar yang aku rasa aku takde taste ke arah memilih barang2 perkahwinan yang spesifik apatah lagi baju/cadar/bunga/perhiasan dan sebagainya (kecuali design pelamin). Apasal aku rasa semua cantik2 je? Apasal aku rasa semua ok takde yang tak ok. Ini cantik tak? Cantik. Itu cantik tak? Cantik. Nak pilih yang mana? Itu ke ini? Habis..tak tahu sebab rasa macam semua2 ok tak reti nak pilih mana lagi ok. Risau plak aku kot la majlis aku nanti simple giler macam orang yang takde taste.HAHAHA.

5) Tahun 2010 menyaksikan perubahan aku dari FB ke twitter. Ada kawan baik aku perasan, ke mana aku menghilang kenapa macam tak ber-FB macam aneh. haha. Untuk pengetahuan semua, sekarang dah tak rajin FB dah apatah lagi nak update status 3 kali sehari macam dulu. Err FB macam bosan la!*kata2 orang yang dah ada twitter*. Aku start sign up twitter semata-mata sebab nak baca update Kak Yonna sebab di kalangan blogger yang aku kenal, dia je yang aktif bertwitter time tu. Time tu aku tak aktif bertweet pun sampai kene tegur aku ni update tweet sebulan sekali ke apa. HAAHHAHA.


Perubahan dari FB ke twitter dimangkinkan oleh komplen terhadap status2 aku di FB apasal semua berunsurkan korea. HAHAHA. Yang sebenarnya ada je status tak berunsurkan korea yang aku selitkan sekali tapi apasal tah yang orang ingat korea aje.haha. Ini menyebabkan aku beralih arah ke medium twitter untuk update apa2 sama ada luahan hati, isu semasa, korea2,sharing link dan sebagainya. Pendek kata random thoughts. Lebih telus takda tapis2. Oh serius rasa bebas giler takda orang komplen. Lagipun kat sana, nak update 10 kali sehari pun takde orang heran *sebab semua orang pun bercirikan update 10 kali sehari atau lebih* (Disebabkan ini, aku limit abis la orang yang aku follow. ) Pastu kan tweet yang bercirikan remeh seperti *Ayah aku cakap muka vanida imran cantik. Walaupun dia lagi gelap dari Fasha, tapi dia lagi cantik dan manis daripada Fasha* pun boleh tweet jugak. Cuba aku tulis gini kat FB, sure ada kata "Ada aku kisah ayah kau kata gitu?" *kata kipassusahmatifasha*. Contoh je la.

6) One of kenangan manis 2010 ialah berpeluang training kat multinational company (US based Company) selama 6 bulan. I love their environment and culture. Dan juga berpeluang bekerja sekali dengan officemate2 omputih yang datang dari US dan menganalisis dan melihat cara kerja mereka. Satu benda ketara yang aku tertarik tentang budaya kerja mereka cepat praise orang. Kalau ada apa2 yang rakan sekerja buat bagus, doing well dalam menerangkan apa2, pendek kata even yang paling simple sekalipun, mesti diorang akan praise "Owh good! Very good". Kadang2 rasa macam kelakar pun ada ialah sebab benda simple kan. Semua benda pun good. Tapi aku tak nafikan benda2 ni membuatkan orang berkenaan rasa dihargai. Tak gitu? Benda bagus dipuji, benda yang tak kena akan ditegur secara berhemah sekali.. I like that way. Kalau aku la, aku suka je bos/orang atasan puji kalau kita buat kerja secara bagus sebab itu buat aku lebih bersemangat untuk bekerja keras. Chewahhh. Dan kedatangan2 mereka buat lab jadi ceria sebab bila dah last2 (dah mesra) diorang asyik buat lawak je dan buat semua gelak2 je kat lab. Tak kurang jugak ada jugak gurau2 bercirikan "Nadia, anak Peter muka handsome sebijik macam Harry Potter. Pergilah ngorat". "Nadia, Jeremy takde GF, baru je putus beberapa bulan yang lepas. You grab him la". Hamboiii mentang2 i single kan abis semua orang nak disuakan.

7) 2010 menyaksikan kontroversi perpecahan group2 kpop. Ada yang sebab saman-menyaman tak puas hati, ada yang tamat kontrak terpisah secara baik. Tahun 2011 aku nak tengok doubleS berlima di atas pentas. Bdw sebab utama aku 'usha' diorang ialah sebab aku suka tengok interaksi/perbualan sesama mereka, bonding dan kerapatan hubungan diorang yang kadang2 macam adik beradik je aku tengok. So bila aku tak nampak interaksi itu secara langsung (read:no new variety show), rasa macam kekurangan something. Rasa 'lain' bila tengok mereka bergerak sendiri2. 7 years together berkepit ke sana ke mari, makan sama2 tido sama2,, mandi pun pernah mandi berlima sekali (pengurus diorang mention),gurau2 gelak2 sakan, buli-membuli antara satu sama lain memang strong bonding in group la tetiba kene ubah haluan masing2. Can u feel it? Even kawan yang 3 tahun kat universiti years pun aku rasa sedikit kehilangan bila masing2 cari haluan ni, apatah lagi kalau 7 tahun kan.. Dan tweet Kyu Jong kepada Jung Min yang berbunyi "Happy New Year Mal! You are doing good job. Let us go up the stage this year too!!" adakah memberi maksud mereka akan bersatu a.k.a reunion atau ke stage secara berasingan eh? Confius pulak maksud sebenar tweet dia ni.huhu..