Pages

Met a politician


Cerita ni dah dekat setahun aku peram. Hahaha. Aku tergerak nak citer bila aku tulis entri tentang isu ahli politik (entri akan menyusul selepas ni.haha). Tulis punya tulis tetiba teringat peristiwa berkaitan seorang ahli politik ni.

Aku nak puji ahli Parlimen Masjid Tanah(Melaka) ni. Nama dia Dato' Wira Abu Seman (sila klik link kot nak tengok muka dia). Aku kenal dia pun sebab dia ni ada bau2 bacang , kiranya sedara jauh aku. Ayah dia sepupu dengan atuk aku rasanya (atuk belah mak). Dia datang majlis perkahwinan sepupu aku bulan 2, tahun lepas. Aku macam kagum la sikit, takde pilihan raya pun takde la kempen2 pun time tu. Selalunya ahli parlimen turun kalau ada pilihan raya yang bakal muncul je kan? Aku tanya la adik sepupu aku ni "Dia kalau orang kampung sape2 jemput memang dia datang ke. Ke sedara2 je dia datang?". Adik sepupu aku jawab "Taklah.Sape2 je yang jemput dia datang. Tapi kalau dia free & tak busy la. Selalunya la, kalau orang jemput dia mesti akan datang walau lambat mana pun. Pukul 2 ke 3 ke 4 ke dia akan datang jugak".


Kagummmm aku. Ingatkan kalau sedara2 yang ada pertalian dengan dia je yang dia datang. Rupa-rupanya sape2 jemput pun dia akan usahakan untuk datang kalau free. Even orang kampung2. Dah la masa dia datang tu dalam pukul 3, makanan pun dah habis (just hidang makanan lebihan tsk tsk ) memang takde la layanan2 VIP bagai ni padahal tengok sikit jawatan dia tyme tu, Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan & Timbalan Menteri Pertahanan ok. Barisan ahli kabinet. Majlis perkahwinan sepupu aku tu pulak typical majlis kat area rumah kampung2 (FELCRA). Selalunya VIP2 gini mana nak layan jemputan 'tahap biasa' ni. Paling2 pun kat dewan je ye dak? Tu salah satu sebab rakyat Melaka memang suka kat dia ni. Sebab dia femes dengan ke-humble-an dia ni.

Lagi satu nak cerita sikit. Masa raya tahun 2007 tu (tyme tu dia Ahli Parlimen je belum masuk Kabinet lagi). Aku, family n makcik aku pergi la rumah terbuka sempena hari raya kat rumah dia. Open to seluruh rakyat Melaka terutama kawasan Masjid Tanah . Aku yang bukan rakyat melaka pun nak nyebok2 gak la sebab tyme tu dah ada kat kampung kan. Masa lepas makan2 nak balik tu salam2 (lelaki2 je yang salam dia), dia tetiba tanya "Mana yang masuk MRSM dulu tu?". Fulamak kagum giler aku dengan dia. Aku dapat offer MRSM tahun 2003, time tu dah 2007. Dah empat tahun ok. Terkesima kejap aku. How come dia boleh ingat???????(banyak tanda seru tanda terperanjat abis).

Aku bukan sedara dekat dia pun, mak ayah aku pun dia tak kenal, paling penting tak pernah memunculkan diri depan dia pun. Busy2 dia pun, tua2 gitu rambut putih abis, tajam lagi ingatan dia ok. Makcik aku sebenarnya yang inform dia aku dapat offer masuk MRSM masa 2003 dulu that's why dia tahu (dia kenal makcik aku sebab makcik aku duduk Melaka so kenal la, kitorang yang kat KL ni memang dia tak kenal la,dia nampak makcik aku tu yang dia ingat tu). Tapi pelik how come dah 4 tahun dia still boleh ingat? Mungkinkah sebab tyme 2003 tu dia jadi Pengerusi MARA so dia amik tahu bab2 MRSM ni? haha. Makcik aku pun terkejut dia boleh ingat. Mak aku n makcik aku pun tunjuk la kat aku dan cakap "Dia ni la" . Dengan termalu-malunya (eh apasal nak malu?), aku senyum2 je la. Pastu dengan senyuman dan ramahnya dia tanya "Sekarang belajar kat mana?". Aku dengan rasa rendah dirinya jawab la "UPM je". Rendah diri la sebab bukan belajar kat obersi kan. haha. Pastu dia sambung dengan senyuman dan ramah jugak "Haa.. Bagus2. Belajar elok2" pastu semua tersenyum.

Ok dah tamat kisah aku jumpa Menteri tu. Tapi serius dia ni humble abis, mesra rakyat abis la. Sebab tu semua orang Masjid Tanah suka dia. Rumah dia pun biasa2 je takde la banglo macam istana macam kat Klang tu kan. Huahuahua.. Ok bye!