Pages

Pixy: Siapa kata murah tu tak bagus?

Aku selalu rasa produk yang murah, not really impressive. Nak cakap impressive boleh fikir 100 kali. Means biasa2 je la. Tapi aku cukup berpuas-hati la dengan 'biasa-biasa' ni (sebab aku pun dah biasa pakai produk 'biasa2' before ni). Nak pakai produk mahal yang glemer2 tak tercapai akal deknon. Tengok harga foundation Bobby Brown yang 30ml tu pun dah tersedu secara spontan (tak caya tanya nana, dia gelak tak hengat tengok reaksi aku terhadap harga foundation tersebut). Tu baru foundation, meh kita tengok harga bedak compact dia pulak. Fuhhh silap2 boleh parkinson selama 20 saat. Tengok harga pun dah tersedu/rasa macam nak Parkinson, kalau pakai macam mana plak kan, entah2 simpan je dalam almari buat pameran untuk anak cucu sebab sayang nak pakai. HAHAHA.

Tapi compact powder kat bawah ni the only product (setakat ni) yang aku guna yang membuktikan bahawa tak semestinya product yang murah tak maveles. Dan juga membuktikan produk murah can be impressive as well =D


Pack besar (ada cermin)

Pek isian semula(takde cermin)

pic credit: As tagged

Aku nak ajak kawan2 aku yang pakai bedak/foundation yang sama 'line' dengan aku (harga below RM30) untuk try bedak ni untuk tengok hasilnya&buat perbandingan dengan bedak yang korang guna. Harganya dalam RM16.88 (bekas besar-ada cermin) dan RM11 something (isian semula/bekas kecik-takde cermin) boleh cari kat Watson/Guardian kalau boleh cari sendiri sebelum tanya jurujual maklum la produk tak bape glemer sesetengah orang mana familiar. Silap2 korang tanya dia, diorang dengan muka blur2 jawab "Apa tu? Tak jual la". hoh. Pe cerita derr. Kasi aku jadi promoter part time kat situ, akan aku promote habis-habisan. LOL


Bila dah try tu, haaa tengok sendiri la perubahan muka korang sebelum dengan selepas. Dan bila apply tu,tengok jugak texture dia (how the quality when immediately apply to ur face eceh speaking omputih tetiba),untuk effect yang lebih maveles sila pakai mosturizer dulu dan pastikan mosturizer tu cukup kering before apply.Dah siap sapu2 tu perati muka, ok tak? Then, jangan lupa telek muka korang after 4-5 jam pakai (kalau pakai pagi, tengah hari boleh try belek muka). Tengok apa beza? My opinion is, even GLOWING! Minyak yang terhasil secara semulajadi oleh muka tu macam blend well dengan bedak Pixy tu dan bagi effect glow. Berbeza dengan aku pernah perhati masa 4-5 jam lepas apply foundation Maybelline (terus basuh muka sebab euwwww, capuk2 jadinya padahal mula2 pakai ok je). Kalau berpeluh jangan lap ye, just tepek2 dengan tisu je cukup (memang macam ni pun orang buat kan bila pakai compact powder/foundation?). Bla bla bla so on and so forth. Jangan lupa perati muka tang ni. Saje kasi korang buat research&perbandingan sket kalau berkesempatan. Dulu2 time aku pakai, tapi ignore je pasal sapuan2,texture,effect to skin bla bla, tapi sejak terpakai Maybelline yang mana satu tah tak ingat dan compare jugak dengan compact powder Maybelline yang aku pakai time zaman u dulu, baru aku tahu betapa specialnya Pixy ni. Dah la murah, best plak tuh. Maybelline pun kalah ok.

Tapi disebabkan takde tester, aku terpaksa menempuh pakai dua kaler yang tak bape match dengan kulit aku sebelum jumpa kaler yang betul2 match.

Dulu aku pernah kene perli dengan kakak aku pasal aku pakai Pixy. Sebab before tu kan aku pakai Pixy(sebab akak aku yang introduce bedak ni kat aku) tapi aku ignore tang tekstur bagai tu (tak perasan bab2 kualiti ni). Pastu saje pakai Maybelline. Akak aku kata "Aku tak suka Maybelline, bedak dia berdebu"(sambil buat muka keji macam menjengkelkan.HAHA). Disebabkan aku dah beli, aku pertahankanlah "Biarlah!" aku jawab. Bila pakai eh eh tetiba perati, eh tak bestnya kualiti dia when applied. Teringat kata2 kakak aku. Pastu beli Pixy balik,pakai then baru perasan betapa bestnya Pixy. Akak aku perasan aku pakai Pixy balik terus kene perli "Hai nadia, dah pakai Pixy dah? Mana bedak Maybelline kau tuuuu". Dah buang sebab tak best.HAHAHA.

Aku ingat nak buat review nak cerita panjang2 tapi last2 aku biarkan je dalam folder Ms Word kat lappy.Nak review lebih2 nanti orang kata aku gebang/propa lebih so try sendiri lah ek =D

Aku buat review pendek je la eh? Bila apply kat muka, aku dapat rasa macam effect pakai bb cream (tak gebang eh, aku pengguna bb cream dulu). Even adik aku pernah tanya ada sekali tu "Kau pakai bb cream ke angah?" padahal aku pakai bedak Pixy ni je. Pakai secara kering plak tu takde basah2 span pun. And then aku pernah baca review kat forum (bukan review/testimoni ala2 macam gelang AC Mizal/MLM eh) ada sorang pengguna M.A.C kata sejak pakai Pixy ni dia tak pakai M.A.C dah sebab dia rasa lebih kurang / setanding je kesannya (LOL. Is it?) then jimat pun jimat.. Sangat jimat! Ada sorang lagi kata bila pakai, dia rasa macam pakai produk 'mahal2' (dia dah pernah pakai dari type mahal sampai la ke murah). Aku tak pernah pakai produk mahal2 so aku tak tahu la camne effectnya.hahah.

Sebab tu bila nana minta bb cream aku(aku baru pakai tak sampai 1/2) aku senang2 je bagi dia free of charge (sambil berkata cleansing oil beli sendiri eh aku tak supply). Selalu aku tak kasi sesuka hati derr. Sebab bb cream kene bersihkan pakai cleansing oil before pencuci muka biasa manakala bedak compact ni bersihkan pakai pencuci muka biasa pun cukup dah. Buat apalah bersusah-payah bila effectnya seakan-akan sama.LOL.

Side effect: Bedak ni mild. Macam takde effect je aku tengok. Akak aku pakai bertahun-tahun ok jer. Takde plak jerawat2 bagai. Aku pulak, selalu time2 ehem ehem tumbuh jerawat dua tiga bijik berwarna merah yang mengganas tapi lately takde la plak(ke sebab effect pakai Toner& moisturizer TFS? LOL).

p/s: Untuk mengelak terbeli produk tiruan, better beli kat Watson/Guardian. Tapi kakak aku selamba je beli kat kedai jamu takde plak pape effect. Nasib dia beli yang btul2 ori kot.


p/s: Yang pasti, bedak ni buat aku dah tak pandang jenama2 lain dah. Especially maybelline. LOL. Maybelinne lagi. Sian maybelline. Tapi gel-eyeliner Maybelline tetap best. hihihi.

p/sss: Tapi ada yang kata Pixy ni lebih kurang dengan jenama Miyami (produk Cosway,type2 murah jugak). Ada yang kata Pixy lagi bagus ada jugak yang kata Miyami lagi bagus, tapi dua2 ni satu company. Aiyakkk. Camne tu? Tapi sebab Miyami hanya boleh dapat kat Cosway sahaja berbanding dengan Pixy yang boleh didapati dengan hanya terjah mana2 cawangan Watson/Guardian (mesra alam gituuuu), so stay dengan Pixy je la setakat ni. hehehe..