Pages

#confessionhour


#confession hour- kalau tak silap, antara word yang selalu naik trending kat twitter.

Beberapa minggu yang lepas aku menerima mesej dari seseorang. Dan aku sangatlah pasti dia dapat no aku dari seseorang yang aku rapat/mana2 form yang aku pernah isi masa keje kat tempat lama dulu. Paling tak boleh blah pick up line dia tu. Dengan nana sekali gelak terbahak-bahak baca mesej dia. Maleh eh aku nak citer panjang2 tapi secara ringkasnya kira dia ni nak berkenalan tapi tak nak beritahu identity dia atas sebab2 tertentu. Rahsia2 ler gitu. LOL. Itu pick up line zaman sekolah derrr. Zaman keje2 ni zaman orang lebih open minded mana ada dah pick up line gitu derr. Buatnya aku terkawan dengan laki orang aku jugak yang susah derr. haha semua pun derr daa.. Paling tak boleh blah pick up ala2 gedik pun ada. “Kalau awak tak sudi, hancur musnah lah harapan saya” Aduhaii tepuk dahi aku. Tak sangka eh ada jugak ayat2 gedik camni dari seorang lelaki. LOL. Ke ayat biasa2 je ni aku je yang meng-katogeri-kan ayat ini sebagai gedik?

Resultnya, aku dah tak reply mesejnya. Atas sebab anonymous itu.haha. Dan jugak ayat yang macam geli2 itu.hahah. Chill. Cuba kalau dia reveal dia sape. Even if I'm not interested to him, perhaps we can be a friends yaw. Aku allergic la kalau dengan orang yang belum ada apa2 tapi stok nak cakap jiwang2 sebagai pick up line. Alergik tau tak? Selamba sikit buleh? Sekian terima kasih

Kengkadang kan aku pernah rasa kan best kalau perasaan suka kepada orang boleh diluahkan secara senang dan tanpa memberi rasa malu kepada dua2 pihak. Sebab kadang2 suka tu bukan sebab nak couple ke,berpasangan ke apa. Just suka sebab attitude, appearance dan sebagainya.

Dulu2 pernah ada sorang yang terang-terangan kata dia suka ada bahagian2 tertentu kat muka aku . I mean bukan suka tahap biasa2 tapi secara lebih dari itu. Bukan muka ye tapi bahagian2 tertentu kat muka (nampak sangat muka aku selekeh dulu). Agak hairan macam mana dia perhati padahal aku dah selindung sebaik mungkin. Make-up jangan cakap lah, haram tak make-up segala.

Dia confess depan2 aku ok, selamba je berdiri depan aku then cakap “Nadia, saya suka la tengok ___ u. Sangat comel macam bla bla bla bla”. Malu giler aku tak tahu mana nak letak muka (eh, apasal plak aku yang perlu malu. Bukan dia ke sepatutnya malu? Huh aku pun tak paham). Semuanya bermula pada satu hari tu, aku perasan dia pandang aku lain macam. Aku dengan selambanya tanya “Kenapa?” kot la dia ada hal penting nak cakap. Tau dia cakap apa? “Saya suka la tengok ____ awak. Comel” sambil sengih2 sampai telinga hoh. Memang lah ngok aku rasa. Tergelak ok. Berani gila mamat neh. Kot la betul pun sekurang-kurangnya cakap la “Takde pape” sambil gelengkan kepala ke apa ke kan sorok2 sikit.

Kenapa aku cakap dia ni bercirikan agak extreme? Sebab bila ada je kesempatan dia akan pandang aku taknak lepas. Look like most of the time the time. Walaupun jarak yang jauh. Tiap2 hari ok? Kengkadang aku macam rasa dia ni takde keje ke asik dok pandang. Sangatlah obvious untuk aku buat2 tak perasan (walaupun most of the time aku buat2 tak perasan). Yang peliknya selalu kalau orang biasa pandang pastu orang yang dipandang perasan, dia akan melarikan pandangan kan? Aite? Tapi dia ni tak ok. Selamba je senyum2 bila 'tertangkap'. Bila aku buat isyarat “Kenapa?” dia akan membalas dengan isyarat jugak “Saya suka tengok _____ awak”. Hoh. Pastu kalau dia rasa macam nak cakap, dia main cakap je sesuka hati “Nadia, I suka la tengok ___ u bla bla bla.” Ulang2 benda yang sama sampai 100 kali. Pernah aku sound2 dia sket2 secara gurau2 sebab taknak kasi dia terasa tapi sebab rasa annoying rasa nak sound jugak “Ye ye saya tahu. Tak payah la u cakap lagi dah” tapi nampaknya tak faham bahasa dia ni.

Ok takpe la kalau dia je yang rasa camtu. Yang buat aku start menyampah tu bila dia ‘jaja’ kesukaan dia tu. Err promote orang kata? Tahpapetah. Ada ke bila ada sesapa orang lain di antara kami, selamba je dia cakap dengan orang tu “_____ nadia comel kan? Macam bla bla bla (insert pujian2 word here)”. Terkejut bukan kepalang aku bila dia cakap macam tu dengan orang lain. Aku rasa macam apa tujuan kejadahnya dia nak sebar2 neh dah la aku berada di tempat kejadian ye sila bayangkan reaksi orang berkenaan. Nak cakap 'Ye ye' sedangkan dalam hati berkata tidak dan tak sama sekali. Nak cakap 'Tak', hello aku kat situ ye sila lah faham. takyah cakap pape bleh. haha. Bukan sorang dua okeh. Berkali-kali dia repeat ayat yang sama dengan orang2 yang berlainan. Tyme tu aku rasa menyampah giler mamat neh. Over! Melebihi batasan. Sebab dia dah melibatkan orang lain. Eeee malu giler. Kalau aku betul2 cantik tak disangkal macam Siti Nurhaliza ke Jung So Min ke Park Shin Hye ke Song Hye Kyo ke takper ar kan. Ni setakat biasa2 je takyah la nak propa lebih kan.


Sejak tu aku rasa dia annoying giler. Macam tak suka berada di sekitar dia. Kalau dia ada kat sebelah, sure aku lari cepat2 sebelum dia ulang ayat yang sama kepada orang lain. Sumpah malu okeh!

Lupa nak cakap, mamat yang aku cerita ni Chinese.



p/s: Gaya mamat cina ni ala2 macam kalau aku usha mamat neh. Tapi sekurang-kurangnya aku tak la ketara sangat (tak pernah terkantoi pun) dan aku rasa mamat tu tak perasan pun aku usha dia. Dan I will never and ever confess to him directly.HAHAHA. Kengkadang rasa macam best je confess2 ni (confess dengan beridentiti, bukan anonymous). Ala bukan suka nak couple ke nak berkenalan ke berpasangan ke hape in fact takde rasa apa2 yang berkaitan hati dan perasaan pun. Cuma nak dia tahu, perangai pelik dia tu/gaya dia berjaya menarik perhatian orang lain walaupun muka dia biasa2 je.kehkehkeh. k bye!