Pages

Terminal Bersepadu Selatan BTS= Malaysia's 570 million bus terminal

Tadi aku berkesempatan melihat terminal bas yang berharga 570 juta ni. My first impression is wow! Dah jadi macam jakun2 aku kat situ. 100% macam KLIA ok. Kalau dah ramai orang kang bolehlah dipanggil KLIA ke-2.hahah..Kalau KLIA aku tak heran sangat sebab lapangan terbang, ini terminal bas kan so macam kagum2 sikit. Berpadanan dengan sistem canggih, kemudahan, keselamatan dan apa2 la kat situ. 5 star aku kasi. Kalau KLIA pun boleh dapat pengiktirafan dunia, apatah lagi terminal kan. Jom tengok gambar yang aku ambik tadi


Dengan memandang benda alah ni dah buat korang rasa macam grand2 je. Tambah2 kalau bawak beg yang tarik2 yang selalu orang bawak masa naik flight tu, memang lah bleh feeling2 naik flight selalu



Tiket menggunakan sistem online. Diuruskan sepenuhnya oleh pihak terminal. Kau duduk rumah pun boleh beli tiket ni (tapi tak tahu plak cara pembayarannya camne.hehe) Masa nak purchase tiket ni aku tengok dia bukak laman web mana tah. Pastu tiket dia pulak ada barcode, main scan2 macam kat pasaraya pulak.hehe. Bila sistem macam ni, harapnya takde la kes double-tiket (tempat duduk sama,bas sama,waktu sama tapi ada dua tiket berlainan). Tiket ni guna macam sistem lapangan terbang. Kat tiket ada nama, no ic dan no telefon (dia minta maklumat masa nak beli tiket. So silalah bawak IC masa nak beli tiket eh). Hanya nama yang tertera je boleh naik bas tersebut. Kiranya takleh ar beli tiket pastu jual kat orang lain dah. hoho.. Oh yang hitam2 tu speaker. Dia akan inform sekali lagi maklumat tiket bas, waktu, harga tiket, so kita boleh dengar jelas before confirmkan beli tiket tu.



Masuk sini rasa macam masuk kedai emas Habib Jewels. Lantai dia berkilat abis. Berpadanan dengan lampu yang terpantul kat lantai tu terang-bederang membuatkan rasa macam tak cukup lampu kat atas, kat lantai pun ada lampu. Cahaya blink2 umpama berada di mana-mana. Cewahhh.

Tiket diuruskan oleh pihak terminal. Maka confirm takda kejadian ulat2 tiket yang tahan kau tengah jalan pastu tanya2 dan paksa2 kau beli tiket padahal kau dah beli tiket sebelum datang. Eh annoying kan orang2 yang bising2 tahan2 tanya nak beli tiket kat pudu raya tu. Semak.


Sila abaikan tangan aku tu :P


Nampak tak kat siling tu? Cantik! Design macam 3D ok!

Lantai lip lap berkilau-kilau ni, aku nak buang sampah a.k.a jatuhkan plastic gula2 (secara tak sengajalah konon padahal sengaja) pun segan sebab cantik sangat. hahaha. Bersih, sampaikan rasa macam nak bentang tilam baring2 kat situ. muahaha.


User-friendly. Kalau tengok board pun tak paham, korang boleh tanya kat orang customer service terminal yang berlegar-legar di kawasan itu dengan uniform segak bergaya tu. Polis pun ada kat situ so takyah takut la kalau ada kejadian2 jenayah ke apa. CCTV takyah cakap la, beratus-ratus kot yang aku dengar. WiFi pun adooo.


Lobi Ketibaan. Sebut betul2, lobi betibaan. hahah. Dah canggih-manggih lampu lip lap lip lap ni, haruslah panggil lobi. Lobi ni, pendatang asing tanpa izin nak tidur bermalam kat sini pun takut sebab polis depan mata hoi. Permit ada permit? haha


Aku amik gambar kat dalam je. Kat luar a.k.a balai berlepas, balai ketibaan semua2 tu aku lupa nak amik. Tapi memang cantik la. Mari kita boo pudu raya yang sesak giler+kotor tu. hahah. Dulu aku rasa bosan giler pergi pudu raya. Dah la sesak, panas, kotor berabuk.haha..

Tapi since first time pergi macam terconfius-confius jugak jalan nak masuk dengan jalan nak keluar. Pastu nak cari lobi2 tu pun terangak-angak 2-3 minit.haha . Sebab ayah aku parking kat bahagian bawah tingkat 1 so time kat sana macam confius yang lobi ketibaan tu kat tingkat berapa sebenarnya (tingkat 3 seingat aku).

Kalau aku laa produser filem, aku akan jadikan tempat ni sebagai salah satu tempat penggambaran. Boleh ar tunjuk kat orang luar, Malaysia ada terminal bus yang canggih-manggih ala2 macam airport ni. Sebagai daya tarikan lah orang kata (err..tapi ada ke orang luar yang nak tengok cerita Melayu? hoho). Teringat cerita korea. Boleh kata every cerita macam wajib ada scene kat lapangan terbang. haha tapi diorang pandai promote tempat2 menarik diorang dalam drama. So dengan orang2 yang tengok pun tahu. Aku rasa Malaysia perlu ubah style la buat drama la. Tak payah la asyik2 tempat penggambaran kat salon rambut, rumah canggih 5 tingkat,dalam kereta, dalam bilik tidur, restoran mewah, kelab malam bagai. Cuba perluaskan dengan amik penggambaran kat Genting Highland ke, Cameron Highland ke, Pulau Langkawi ke, pulau2 kat Sabah ke (sambil dalam dialog mention tempat so that orang yang tengok pun tahu kat mana diorang berlakon). Sekurang-kurangnya ada la promosi tempat menarik kat Malaysia ni. huhu.. meleret-leret dah cerita aku ni. Dari TBS-BTS ke drama la plak.hoho..

7 voice out:

xXrucciXx said...

eyhh.. dah beroperasi ke? awat la aku xtau nih?? huhuhu
habis yg kat bukit jalil tu pun pindah sini la ek..

sbb skrg kan mcm confuse sket.. sbb ada destinasi lain2 turunnye kat bkt.jalil n jln apa ntah satu lg tu, pekeliling eh??

yang kat sini semua destinasi ke?
ok sgt blur... huhuu

c.nad said...

x bekesempatan lg p sane...
tp tgk gmbr u snap, wow terpegun..cntik bebeno!!!
n sistem die cggih nye...kalau tak silap, dkt tiket tuh siap ade name lg kan? mmg ulat-ulatan tak leh cr mkn la...

c.nad said...

cik rucci: kalau tak silap, tak smue pndh sane lg, sbb sane mhl utk disewa... ade stgh company yg still kat bukit jalil, tu kes tak mau byr mhl... dorg pk dorg je nak cr mkn, sewa mau murah... facilities pnumpg tak amek kire pun... yg kat pudu sesak2 rimas2 tu la die suke... dh seselesa and secanggih ni, worthy la mahal...

Nadia said...

rucci: Dah beroperasi sejak 2 jan lepas. Tapi ada syarikat2 bas yang tak nak berpindah lagi atas sebab2 tertentu (yang still ada kat bukit jalil tu la). Setakat ni ada yang dah pindah. Ada yang belum. Lepas mesyuarat lepas, diorang bersetuju untuk pindah perlahan-lahan. Dengar cerita tarikh last berpindah akhir febuari unless permit2 sykt bas tu akan ditarik balik. Pelik asal diorang ni degil taknak berpindah.huhu.

Yang lagi satu tu Perhentian Jalan Duta ..Yang tu rasanya khas untuk Pantai Timur. Kelantan dengan Terengganu je..

naluv: aah baru je update, lupa pulak part tu. hehe..dia minta IC masa nak purchase tiket. So tak tahu la kalau pendatang asing tanpa izin nak beli tiket camne.Canggih kan. Tengok gambar dulu rasa macam wow, bila pergi betul2 memang rasa wow wow wow la.hahaha

Nadia said...

naluv: betul2. Diorang nak untung banyak la tu. Ada dengar yg diorang taknak pindah sebab kene bayar sewa lebih. Berbaloi la kan dgn facility canggih, keselesaan penumpang, keselamatan penumpang lagipun diorang takyah susah2 nak jual tiket dah or hire orang untuk jual tiket since terminal yang uruskan.

Bila kerjaan ugut akan batalkan permit kalau taknah pindah, baru diorang nak pindah..

Anonymous said...

huiyoh! berkilau-kilau sampai silau mata eden. :D dulu saya balik malaysia, tak siap lagi.

Nadia said...

ehehe tu la. Boleh sakit mata lama2 kat situ (ayat over). kekkeke

Aah, baru je beroperasi arina =)