Pages

Makin dewasa makin tak meriah persiapan raya?



Cer tengok baju raya aku tahun ni.




Cotton je! Sempoi abis. Budak2 pun tak sempoi cam aku. Budak2 pun baju liplap liplap daripada aku. Ni baju gini risau plak aku nak berjalan raya kot silap2 gi rumah orang, alas meja sama ngan corak baju aku. Wakakak.

Taktau nape tahun ni aku tak berapa nak ada mood untuk raya. Salah satu punca mungkin sebab aku tak berpuas hati dengan baju raya aku yang aku pilih (ye, aku pilih). Alkisahnya kawan mak aku ada jual baju raya. Demi tak menghampakan mak aku yang susah2 je bawa baju balik rumah untuk aku tengok, so aku main beli je la (kaler ungu, kalau nampak dalam masa terdekat ni aku pakai baju ungu, ha tu lah dia bajunya). Yang tak puas hatinya, corak tak lawa mana pun tapi harga mak datoooo, mahal seh (sekarang, lepas tengok baju kat Jalan TAR, terus rasa macam apasal corak camni plak harga mahal, bek aku beli kat Jalan TAR, puas hati, cantik pun cantik). Pulak tu aku tetiba ditakdirkan (eceh) terjumpa baju tu dijual online harga RM25 lagi murah dari harga yang aku beli. Terus bad mood. Rasa cam tertipu beli harga mahal2. Bertambah bad mood with the fact yang aku tak bawa baju langsung pun dari Kerteh ari tu (penat je aku packing awal2 sekali lupa bawa) Terus aku beli baju cotton je malas nak pilih2 beria dah.Huhuhu

Atau ini disebabkan perubahan hormon? Makin dewasa makin tak bernapsu terhadap baju raya? Atau sebenarnya mood aku yang sememangnya tengah terpusing sekarang. Sekian

Tebiat


Satu-satunya manusia kat dunia ni yang aku suka berlagak/gedik/bajet/over-perasan/mengaku/minta dipuji comel ialah dengan nana. Tak tau kenapa. Kitorang kan ala2 ‘lepas skit’. Selalu kalau time2 muka aku banyak jerawat selamba je dia tegur ‘Kenapa teruk muka ko ni angah’ Haaaa gitu. Kalau jumpa2 dia je kalau rasa dia agak membesar skit aku plak tegur dia “Apasal perut ko makin naik ni nana?”. Haaaa. Kira jujur abis la ni antara satu sama lain. So kalau dia macam tak sedar ‘terpuji’ skit memang aku amik kesempatan sepuas-puasnya. Selalu mengutuk je jarang puji kan so kalau ter-ter tu memang la aku amik kesempatan. Hahaha. Maybe sebab aku suka tengok reaksi muka dia. Sebab setiap kali aku bajet2 dengan dia mesti dia akan tayang muka macam menyampah sambil tergelak (atau dalam hati mungkin nak bagi penampo) like ‘Ya Allah, gediknya kakak aku nihhhhhh. Kenapa la aku dapat kakak macam ni’. Wakakakakak.

Nana: Angah, raya nanti kita buat photoshoot gambar kat pokok eh. Macam profile picture FB ko tu.
Aku: Ok je…*kacing, perangai bajet comel mula datang* Kenapa???!!! Comel eh gambar tu? Comel kan? Kretip kan???
Nana:*tahan nak tergelak apahal aku perasan terover padahal bagi dia comel mungkin peratus yang sikit tapi gaya aku cakap hekeleh macam comel serupa Siti Nurhaliza je*
Aku: Cepatlah cakap! Comel takkkkk???!!!! *ugut ala2 ahlong tapi gelak2+sengih*
Nana:*gelak tapi tak cakap pape. Mungkin dalam hati menyesal sebab tegur ala2 suka pic profile aku*
Aku: Cepatlah cakappppp.
Nana: Yeeeeeee!!!
Aku: Ok memandangkan ko kata comel aku taknak tukar la pic profile tu setahun. Kahkahkah.
*Dua2 gelak tahap tak boleh blah*

Tapi serius aku suka buat2 perasan dengan nana. Suka berover-over dengan dia. Kadang2 tak boleh nak terangkan kenapa. Ini dinamakan tebiat, tapi dengan dia je la bukan dengan orang lain. Hahaha, nana kalau ko baca ni aku harap ko faham la peel aku ni..Sekian

Good Old Days



1) Apa yang ‘realiti’ lebih utama dari apa yang ‘dipertontonkan’. Action always speaks louder than words. Make your own conclusion of situation by 'action' not 'words' because words sometime can lie.

2) Berpijak pada bumi yang nyata. Bukan mencipta ‘kenyataan’ yang kita sendiri tak tahu ianya benar atau tidak.

3) I need to accept, people changed. That's we called reality. Dulu dan sekarang, takkan sama.

4) At least they teach me the feeling of ‘attachment’ within entertainment industry which is I don’t expect it could ever happen.

p/s: 501 my favourite number and i want to put it like everywhere because whenever I saw any ‘501’, it reminds me The Good Old Days. Especially those memories with nana,my younger sis. Kan nana kan? =)
p/ss: Above signboard can be found at Kerteh, Terengganu, Malaysia =)
p/sss: First time buat entry yang ada banyak double/hidden meaning yang mungkin aku sorang je yang faham.

Hi si comel! Dah besar nanti mesti hensyummm


Ahhhh gambar ni comel gilak! Aku suka!


Da besar nanti mesti hensyiummmm

Omey-omey


Alamak terbalik, malas nak rotate ;P


meow meow


Tomeynyaaaaaaa


auwwwwww


Ada air liur la bawah dagu.. Tapi tetap omey =)


Cakkkkkk!


Stresssssss giler aku tengok anak2 orang lain comel2 ni! Bila aku nak ada baby sendiri ni! Mak saya mahu kawen! Kahkahkah ;P

p/s: Dia adalah bayi ini =)