Pages

Dah tak ada kerja lain ke nadia?

Note: Entri kali ni mempunyai banyak gambar sebab mood EXCITED!


Nadia memang betul2 tak ada kerja kot hari tu. Sebab tu nadia buat aktiviti ni>---SKODENGGG! Wakaka!


TAPI! Jangan la salah faham,ini bukan skodeng untuk mengutuk, tapi untuk memuji occay :D


Nak tahu saya skodeng apa?


MEREKA DAN DSLR!

Saya skodeng cameraman la! Hahaha…Inilah hobi saya. Saya suka sebenarnya tengok GAYA jurugambar professional ni (especially waktu majlis kahwin). Of course la mereka bersama DSLR nya itu. Tak kisah la lelaki or perempuan yang jadi jurukameranya (tapi perempuan jarang la. Kalau majlis biasa kat k5 UPM,ada la sorang dua). Klik sana! Klik sini! Bila tengok gaya mereka ambil gambar ni, nampak macam mereka ni sangatlah bersungguh-sungguh mencari ‘angle’ yang baik semata-mata untuk menghasilkan shoot yang terbaik,kreatif dan memuaskan(Ayah saya pun kagum dengan cara mereka shoot). Sejak bila saya minat DSLR ni ek? Sejak saya tengok gambar kawan saya(girl) bergambar bersama DSLR(tak tahu DSLR siapa punya, tapi bukan dia punya). Saya rasa gambar tu sungguh unik dan bergaya la(terdetik dalam hati: Tu kamera sape? Saya pun nak bergambar macam itu jugak!). Tapi tyme tu saya tak tahu kamera tu namanya DSLR.. Dan masa tu terdetik je, tak minat lagi. Start minat DSLR dan ‘menghayati gambar’ sejak saya tengok gambar2 kat blog ini (OMG, gambar disitu semuanya kreatif dan cool! Bukan sekadar gambar ‘biasa-biasa’. Editting dia pun bagus. Gambar yang mempunyai sejuta makna.Salah satu gambar yang saya suka adalah gambar ini) Lama saya terpaku di depan lappy ni (extra kagum). Masa tu saya cakap dalam hati “Macam mana la agaknya gaya mereka masa amik gambar ni?” hoho. Dan minat pun jadi bertambah selepas saya tengok ramai blogger2 meletakkan gambar2 yang extra cantik dan kreatif di blog mereka.Erm..selalunya cameraman je yang amik gambar candid orang lain kan? Kali ni kita tengok ‘aksi candid’ cameraman pulak. Jom! Lai ! Lai! Lai!


Tarikh:25 Disember 2008

Tempat: Dewan Perdana, Lembaga Getah Malaysia

Majlis perkahwinan: Roslin(sepupu saya) dan isterinya







Serius saya ingin meniru ketiga-tiga gaya jurugambar ini mengambil gambar. Saya teringin nak buat aksi macam tu! (saya rasa,dalam ramai2 cameraman, dia la yang paling banyak buat gaya. Kagum betul :D)





Contoh angle yang baik untuk ambil gambar cincin kahwin





Tengok, sampai senget2 kepala semata-mata nak amik ‘shoot’ yang cantik.



















*siapa dapat snap gambar paling cantik, saya bagi hadiah!* :grin:

(note: semua gambar di atas diambil dari jauh tapi diZOOM di laptop)


Dan ini dia gaya ‘camerawoman’ tak professional yang mengambil kesemua gambar di atas.(berlainan lokasi.Gambar ni kat Mid Valley,kat hiasan pokok krismas.Whahahaha!)




Err..Siapakah ‘camerawoman’ itu? Sayakah, nanakah atau fiza atau orang lain? Okay, kat perenggan bawah ni ada jawapannya (^^,)


Mak saya bising2 “Ambil la gambar pengantin dekat sikit. Apa la. Amik jauh2 mana nampak” padahal dia tak tahu, SAYA bukan nak ambil gambar pengantin sebenarnya. Wakakaka.. Nak ambil gambar pengantin kene amik dekat2 (kasi nampak muka sebab kalau pengantin,muka penting). Amik jauh macam tak berfaedah la. Gambar yang SAYA amik tu semua jauh2 lorr. Mana taknya, takkan SAYA seorang je perempuan yang nak menyelit2 di celah2 jurugambar lelaki tu kot (Malu la sikit!). Ada je perempuan2 yang amik gambar guna kamera digital tangkap gambar jauh sikit (Tapi saya kene sedar diri, kamera phone saya takde fungsi zoom) Kalau nak diikutkan boleh je nak menyibuk dengan berhati-hati sket tapi bila teringat kamera ni…KAMERA CIKAI!! Terus cancel nak menyelit(rendah diri terus!). Macam peraturan yang saya reka sendiri , kamera phone tak boleh ‘terbang’ bersama-sama kamera DSLR (kene sedar 'kekurangan' diri.haha) Dah la ‘camerawoman’ tak professional, kamera pun cikai yaamatzz (maklum la, kamera phone SE K550i kan). Kalau SAYA menyelit jugak confirm dalam hati jurugambar2 profesional tu cakap camni “Hek eleh pompuan ni, kamera cikai2 pun ada hati nak menyebok jugak!”…Haa.. siapa yang malu? SAYA jugak kan. So, SAYA amik jauh2 la, konon2 amik gambar pengantin la tu. Amik jauh2 pun takpe (sebab aim nak amik gaya cameraman sebenarnya. Muka cameraman tak berapa nak nampak, itu tak penting. GAYA paling penting! kah3x!)


*Yang baju hitam dan rambut panjang paras bahu tu sepupu saya (baru tahu sebab selama ni tak pernah berjumpa, duduk jauh, so tak baik la). Masa dah abis majlis sementara nak tunggu2, ada sekali tu duduk sebelah dia. Kalaulah saya baik dengan dia(atau kalaulah dia seorang perempuan) , dah lama saya cakap macam ni “ Err..boleh tak nak pegang DSLR tu kejap? Tak tekan apa-apa butang pun, just nak bergambar dengan kamera tu je.Boleh la” .T.T >---- Muka kempunan, sebab tak cakap kan. So terkilan+jeles dengan dia. T.T


Saya aim nak beli DSLR (pakai duit sendiri,bukan duit mak@ayah) sebelum hujung tahun 2009 ^_^


p/s: Saya takut jugak kalau ‘cameraman2’ tu terperasan saya asyik memerhatikan mereka. Kot la mereka ingat saya ‘syok’ kat mereka ke..Kan dah salah faham tu…Ye la, saya kalau tengok orang sambil berfikir memang susah nak kawal diri (mata tak lepas pandang. Asyik nak tengok je.Perhatikan semua gaya@cara mereka.Cara mereka shoot,mereka shoot apa,angle shoot mereka). Lepas majlis tu baru terfikir, apasal la saya asyik ‘mengekori’ mereka je. Buat malu je kalau mereka tahu!(Jangan risau,mereka takkan tahu sebb nadia memang pandai cover.kakaka) Mereka pergi sini, mata saya pun pandang sini. Mereka pergi sana, mata saya pun ikut pandang sana. Mereka ambil gambar siapa saya tengok, “Oh, shoot gambar budak kecil yang sedang menangis rupanya”. Tengok lagi “Oh, shoot gambar pengantin perempuan yang sedang menuruni tangga dewan rupanya”. Dengan ini, SAH! MEMANG NADIA TAKDE KERJA LAIN. Wakakakaka!



Berita itu menarik perhatianku...

sebenarnya nak cerita pasal benda yang saya excited nak cerita dalam entri yang lepas.Tapi sebab belum settle lagi problem tu, saya cerita pasal ni la. Sepanjang cuti ari tu, banyak berita2 yang menggemparkan saya. Setelah ditapis-tapis berikut merupakan berita yang paling menarik perhatian SAYA.


1)Harga minyak turun 7 kali. Harga sekarang RM1.80. Untuk RON97 je la . Kalau RON92 tak ingat berapa harga dia. Tapi walaupun macam tu, harga barang kekal tinggi. Kenapa ea? Diorang cakap sebab musim tak menentu. Hujan je kan. Atau mungkin pemborong MENGAUT keuntungan yang tinggi melalui cara ni..Mana la kita tahu kan?


2)Tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa (melibatkan 14 buah banglo kat Taman Bukit Mewah). Cukup menggemparkan seluruh Negara. Inilah yang paling hot sekali bagi saya. Tanpa disedari, kami follow cerita dia (kalau tak silap, tanah runtuh berlaku sekitar pukul 4 pagi,tapi saya dapat tahu tengah hari esoknya). Follow start dari temu-ramah mangsa yang terlibat, penemuan mayat2 yang tertimbus (5 orang kalau tak silap), perpindahan lebih kurang 3000 penduduk taman berdekatan, pembinaan jambatan taktikal ATM, sehinggalah kepada isu saman-menyaman. Masing2 tunding jari. Penduduk salahkan pemaju. Pemaju salahkan PBT (dengar kata PBT KEBAL dengan undang2, so memang susah nak saman). Pembangkang salahkan kerajaan, kerajaan salahkan pembangkang. Okay, rasanya memang tak berkesudahan isu tunding2 jari ni. Yang saya tertarik ialah part ‘Penduduk menuduh anggota keselamatan mencuri’ Tak kuasa kan dengar tuduhan2 tak berasas ni tanpa bukti ni? Sepatutnya mereka berterima-kasih sikit, sebab anggota keselamatan SANGGUP tak balik Raya Haji sebab nak tolong mereka (janganlah tuduh melulu). Yang saya rasa macam pelik dan tertanya-tanya tu, tanah2 runtuh bertimbun tu diorang longgokkan kat ada satu tempat ni. Lepas tu, penduduk (14 banglo tu) dibenarkan cari barang peribadi mereka kat situ. Perghhh…Tak ke macam SENGSARA je nak cari dalam banyak2 barang tu (ye la 14 rumah banglo kan) tambah2 dalam timbunan tanah? (occay, sila anda bayangkan kalau nak cari gelang emas@platinum@berlian dalam timbunan tanah tu macam mana :D hahaha) Ops…saya sedang bayangkan macam mana suasana mereka cari tu..(sebok je nak tahu.Nak tahu pergi sana la nadia.hahahah)


3)Robot bernama Aiko, Japan Technology. Robot ini dicipta untuk dijual. Rupanya dan figurenya sebijik macam manusia(perempuan). Robot ni terer gile(dibandingkan dengan robot lain la). Dia boleh buat 1000 lebih reaction. Dan yang paling pelik tu, pencipta robot ni boleh terfikir pulak ada manusia lelaki nak buat seks dengan robot tu.LOL.Pelik giler.hahaha. Walaupun dia kata robot tu ada fungsi ‘itu’ dan nampak comel yaamatzz, tapi macam TAK LOGIK je lelaki normal buat seks dengan robot (macam dah takde girl lain kat dunia ni kan). Comel@cantik macam mana pun, robot tetap robot, bukan manusia. Tapi, Wallahualam la..(sebab saya pernah terbaca ada manusia boleh buat seks dengan haiwan. Lembu ke kambing tah. What the he** was that? hahhahah.)


4) Bush kene baling kasut dengan wartawan sana masa dia buat lawatan perpisahan kat Iraq. Whahahaha..padan muka Bush! Kat internet sekarang siap ada game main baling2 kasut lagi sebab saje nak kaitkan dengan peristiwa tu.hoho. Yang saya tertarik dengan isu ni ialah saya dengar satu berita dari radio(sumber Bernama) mengatakan ada orang offer wartawan ni jadi menantu dia. Kagum betul dengan orang itu J (lelaki2 sekalian boleh ambil perhatian. Jadi la berani macam dia.Wakakaka) Ada satu kartun kat paper ni yang buat saya tergelak kecil. Ada dialog yang mengatakan, Obama boleh la belajar sumthing dari Bush. Belajar apa? Belajar cara2 mengelak dari terkena serangan kasut! Kah3x! Sebab Bush pandai kan dalam hal ni.hahaha. Saya tertarik dengan ayat ni (lupa dapat dari mana) “Dia bukan seorang pengebom mati yang mahu letupkan dirinya sia-sia tetapi mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Bush PERLU diaibkan. Dalam budaya orang Arab, perbuatan baling kasut ke muka seseorang adalah paling hina. Walaupun tidak kene sasaran, tapi aib telah dilemparkan. Dan Bush pasti tidak akan kejadian aib yang menimpa dirinya itu, sampai mati “


5)Perkahwinan rahsia antara Rita Rudaini dengan pemain bola sepak Negara, Aidil Zafuan kat selatan Thailand. Tak nak cakap banyak pasal ni (sebab berkaitan artis) tapi yang pasti,ia mengejutkan saya (sebab sebelum ni beria-ia nafi2 last2 terbongkar selepas 10 bulan. Neway, semoga mereka bahagia :D).


6)Perpisahan Diana Danielle dan Samsul Yusoff. Saya taknak cakap banyak pasal hal ni(sebab berkaitan artis jugak). Tapi, ada sesuatu menarik perhatian saya. Sebab masa cuti ari tu (sebaik sahaja saya tahu kes ni), saya ada taip SATU ENTRI pasal perkaitan hal tu dan kaitannya dengan satu ‘peristiwa’ yang berlaku dalam hidup saya. Akan menyusul nanti :D


7)Malaysia menang tiga kejuaraan Badminton Super Series Masters Final (note: Dalam banyak2 sukan di Malaysia, saya hanya take care dengan Badminton sahaja. Sukan lain, saya tak ambil tahu pun). Macam seronok tengok Chong Wei kalahkan Peter Gade dengan bergayanya dalam final tu. Tanpa disedari, saya bertepuk tangan kuat2, kadang2 excited sampai terlompat-lompat (padahal bukan dia nampak pun.Takde faedah). Adakah Malaysia menang mudah sebab China tak join? Tapi yang pastinya, Chong Wei bermain dengan cemerlang sekali (Peter Gade pun cakap). Lawan dengan Taufiq,dia menang straight set, dengan Peter Gade pun dia menang straight set jugak. Dan saya tertanya-tanya, kenapa Taufiq Hidayat main dengan tak bagusnya kali ni? Kalah dengan sangat mudah. Selalunya kalau dia kalah pun, kalahnya bermaruah (sebab dia terer sebenarnya,takkan kalah mudah.Selalunya dia fight betul2 sebelum kalah).


p/s: Isu politik tak baca la pulak. Tengok camtu2 je. Tak berminat la nak memikirkannya. Bak kata salah seorang lecturer saya “Media Malaysia mana boleh percaya sangat”. Macam susah nak jumpa media yang tidak menyelebahi mana-mana pihak. Boleh kritik@puji dua2 pihak dalam satu2 media. Kalau pro tu, pro la sampai bila2. Tak pernahnya kontra. :D

SALAM HIJRAH....

Sebenarnya semalam saya marah (sikit je,tak banyak) dengan seseorang. Sebab dia telah menyusahkan saya. Sedangkan keadaan tu tak sepatutnya berlaku. Boleh bertolak ansur. Ayah saya pun turut marah dengan dia (saya yang jadi mangsa kene dengar bebelannya). Nasib baik, saya duk KL(agak dekat), senang nak balik, kalau Kelantan ke, Kedah ke, Johor ke..Tak ke kesian hamba Allah yang bernama Nadia ni??

Kawan saya cakap " Duit penuh kat poket(ehem!PTPTN :D) tak boleh marah2.hahaha!". Dan saya balas kat dia "Duit penuh poket lain cerita, marah lain cerita.Tak boleh campur aduk.hahaha".Actually dah tak marah dah kat orang tu sekarang (biasa la,kejap je). Setelah saya terima ucapan 'sory' dari orang lain yang mewakili pihak dia, hati terus jadi sejuk sikit(budak tu pun turut kesian kat saya)..huhu

Okay, nak bukak cerita baru...

Salam Hijrah kepada semua umat Islam....

Azam tahun baru: Tahun ni saya nak jadi lebih baik dari tahun2 yang lepas.Tak kisah la dalam apa2 perkara sekalipun.

Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan...

"Peristiwa hijrah membawa pengertian yang besar di mana, kita TIDAK perlu menunjukkan kekuatan sebelum tiba masanya apatah lagi bertindak di luar kebijaksanaan"

p/s: saya tak sabar betul nak cerita something ni tapi terpaksa hold dulu sebab kabel phone takde nak pindahkan gambar dari phone ke blog ni. Entri akan lepas ni *PEACE* :D

Happy birthday nana!!!!!!!!!!!!!!

*scheduled post* kesian betul dengan orang yang takde broadband mahupun internet kat rumah ni (saya la tu).Muka yang hanya berinternet mengharapkan wireless UPM. Post ni adalah sempena birthday adikku sayang (chewah!) yang nama nana ni ^_^




Happy birthday nana!!!!!!!

*Liyana bt ab wahab*

1/12/1991

17 tahun

Hobi: Lebih kurang kakak dia yang nama nadia ni

perangai: lebih kurang kakak dia yang nama nadia ni sebab nadia tu memang suka pengaruh nana dalam apa-apa perkara ^_^

pyhsical : LEBIH TEMBAM daripada nadia

i lap u nana! muaxxxx! @sengihnampakgigi


Nana!!!! Ni hadiah aku untuk ko sempena hari jadi ko hari ni. Klik link kat bawah okay.Daa ^_^


LINK HADIAH UNTUK NANA


p/s: To farah >--- Selamat kembali farah :) Farah balik auck, nadia bercuti pulak. Macam sistem giliran pulak(Ececeh!). Tak dapat merasa entri2 fresh+gambar2 kisah 'cuti2 australia' tu..huhu..Takpe, nanti nadia 'khatam' n qada' entri farah pulak ^_^

saya tak suka zaman kanak-kanak


Kebanyakan orang suka zaman kanak-kanak mereka. Boleh kata semua orang kata zaman kanak-kanak adalah zaman riang. Macam pepatah selalu kata ‘Kanak-kanak riang’. Kalau diberi pilihan, saya akan pilih zaman remaja,bukan zaman kanak-kanak. Walaupun orang kata zaman kanak-kanak best,tapi saya tak suka.Sebab?


Zaman kanak-kanak adalah zaman saya selalu berprasangka pada kedua ibu bapa saya dulu. Saya sedih sebab saya mempunyai perasaan itu suatu ketika dahulu. Sangat menyesal. T..T


1) Saya selalu rasa mak dan ayah tak sayang saya bila mereka ‘pukul-pukul manja’ or marah-marah. Fikiran saya,kalau pukul sikit je maksudnya benci. Marah je tak sayang. Saya selalu tanya mak “ Mak sayang orang tak?” Mak jawab "sayang". Dalam hati saya cakap “Kalau sayang kenapa marah-marah?" Saya selalu fikir nak lari dari rumah. Seriusly. Padahal mereka ‘pukul-pukul manja’ dan marah supaya saya sedar kesilapan saya.Saya pun tak ingat kesalahan2 saya masa kecik yang membuatkan mereka marah tu. Biasalah,masa kecik saya memang nakal, jangan tak tahu.Pernah sekali tu terdetik kat hati saya “Kalau macam ni, mati lagi baik. Mesti diorang tak kisah” MasyaAllah. Sangat bodoh ketika itu. Seriusly. Tapi bila fikir-fikir balik tyme tu, saya nak cemerlang dalam PMR nanti (masa tu form 1. UPSR tak dapat 5A so haruslah PMR kene excellent.Err..saya mencapat tahap matang bila hujung form 2 ye harap maklum). Saya nak dapat PMR 8A supaya mak dan ayah akan sayang saya. Saya nak buktikan kepada mereka yang ‘anak yang dia tak sayang’ ni la yang membanggakan mereka.


2) Bila berurusan dengan customer, ayah saya selalu mention “Customer first”. Pernah sekali tu saya minta apa tah, tapi ayah saya macam tak pedulikan saya sebab tgh serve customer. Borak-borak kot. Apa lagi, saya merajuk la. Masa tu saya pergi kat sebuah longkang besar tak jauh daripada situ. Tercongok-congok saya kat situ. Lama saya renung longkang tuh. Dalam merenung tu sempat saya terfikir “Agak-agak kalau saya terjun longkang nih,ayah saya akan peduli kat saya tak?Dia akan datang kat saya tak?” Tapi saya tak terjun la. Masih mampu berfikiran waras ­okay ^_^. Mesti kereta yang lalu-lalang rasa pelik dan mungkin berkata dalam hati “Apa hal lah budak kecik ni tercongok kat longkang yang tak best dan bau busuk tuh!”


Saya sangatlah hairan kenapa saya ada berperasaan macam ni.


“ Ala,zaman budak-budak. Biasalah. Takde perasaan. Buat ikut suka hati je.”


Ya..sebab itu saya tak suka zaman kanak-kanak saya. Zaman di mana saya tak tahu menilai perasaan orang lain. Zaman saya takde perasaan(tapi perasaan merajuk ada la pulak).. Zaman di mana saya sangat berprasangka dengan ibu bapa. Zaman saya tak matang. Zaman saya tak tahu menilai setiap perbuatan mak dan ayah saya tu.Saya tak suka!!!


Saya seorang yang imiginatif. Suka membayangkan sesuatu. Begitu begini. Sebab tu saya boleh berfikir macam-macam. Siap boleh buat drama lagi. Contoh imiginasi saya masa zaman kanak-kanak(dulu je sekarang takda da fikir macam tu) :

Saya terjun dalam longkang. Lepas tu saya minta tolong ayah saya “Tolong!Tolong!Ayah!Tolong Ayah!”. Blurpp..Blurpp..Blurpp..(sound effect orang yang nak lemas nyawa-nyawa fish). Lepas tu ayah saya datang bersama customer itu.(Dalam hati: Datang jugak ayah,igatkan jerit2 tak nak datang. Tu la,layan customer lagi. Kan dah terjun longkang nih! Hah,customer! Padan muka! Sape suruh borak dengan ayah saya lama-lama sampai ayah saya tak pedulikan saya lagi? Sebab kamu saya terjun nih tahu!) . Tak lama pastu saya dibawa arus deras air longkang masuk jauh ke dalam. Ayah saya tak dapat trace saya dimana. Sepanjang laluan berliku-liku dalam longkang tu dah tentu la saya berhadapan sampah sarap dan segala bagai sampah2 yang tak best kan(bau pun busuk). Kepala pun asyik terhantuk.Lepas tu saya pun dah lemas (kononnya la kan). Lepas tu, tah mamat indon mana tah jumpa mayat saya kat hujung longkang n dia report polis. Lepas tu gambar saya masuk lah tv atau keluar paper. Mungkin masa tu saya seharusnya sudah jadi roh la kan? Mungkin masa roh saya berkeliaran tu saya ternampak orang baca paper keluar muka saya kat cover page . Mungkin saya terlebih dulu akan rasa bangga sebab glemer kan(susah gambar nak kuar paper nih). Tiba-tiba rasa bangga itu LENYAP sebaik saja saya tengok gambar itu adalah gambar passport dan sangatlah buruk(gambar masa darjah enam kat IC la tu) Haiyyooohhh..Malu woo!!! Satu Malaysia tengok! (sambil tutup muka sebab malu.Bajet2 diorang nampak la kan). Lepas tu roh saya balik rumah tengok mak dan ayah saya sedang bersedih atas kematian saya. Bila tengok mereka macam tu maknanya mereka sayang saya lagi la kan? Mungkin saya akan berkata “Ya Allah,saya nak hidup balik boleh tak? Saya dah menyesal T….T ”.


End of da angan-angan story~


Disebabkan saya tak suka zaman kanak-kanak, so saya lupa apa-apa peristiwa best atau tak best masa zaman kanak-kanak saya. Yang ni je la saya ingat pun.Owh,selain tu saya masih ingat peristiwa bermain mercun dan menangkap berudu dalam longkang masuk dalam botol bersama jiran(seorang lelaki seorang perempuan) dan adik saya nana. Lepas tu kami berempat kasi lepaskan berudu-berudu tu kat jalan raya bertar di tengah panas terik matahari atas kepala. Har har har. Tak kesian sama itu berudu menggelupur kepanasan lepas tu mati.kakakaka. Sebab berudu adalah katak n saya tak suka katak. Tak suka dengar suara katak panggil hujan "Ong! Ong! Ong!" . OMG. Tak merdu la kan? Sebab tu saya tak suka berudu.Konon nak jadi heroin hapuskan semua spesis katak la. Whahaha..Apa punya pemikiran daa…Sekarang saya baik sikit..Tak jahat macam dulu kay..heheheheh


Masa form 5 dulu ada bedah katak masa kelas biologi. Tujuan>-- nak tengok organ katak untuk pelajaran subjek biologi. Tak sampai hati nak pengsankan katak guna klorofom pastu belah perut dia. Kesian! Tapi terpaksa,so buat je la. Kecik je katak tu. Teragak-agak masa nak belah perut dia..huhu.. Sekarang asyik kesian je dengan binatang (tapi kalau LIPAS jangan harap nak kesian. Pukul je!)


KATAK COMEY :) >--- (kan Sya kan?)


p/s: Sekarang saya totally berbeza daripada dahulu. Setelah melalui berbagai peringkat perkembangan frasa. Belajar daripada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman memang berharga. Semua pun pernah melalui frasa yang sama kan? Salah satu sebab suka alam dewasa ialah saya boleh rasa macam-macam perasaan. Marah,risau,gelabah,suka,gembira,geram,kecewa dan macam2 la. 1001 perasaan. Bukankah variety itu bagus?


Entri ini disudahi dengan gambar di bawah ^_^




@nari@rayaI'm Vacation@raya@nari


Ececeh, bernada poyo betul statement nadia kali ni… Bajet pergi cuti-cuti Australia@london@korea atau luar negara la pulak kan. Okay, sebenarnya cuti2 malaysia di rumah saja. Eh, bercuti kat rumah pun best jugak la! Sebab kalau kat rumah, hari-hari saya akan pergi ke tempat yang berbeza seperti pasaraya Bintang(100 meter dari rumah), kedai mamak untuk makan malam, kedai jual nasi lemak untuk sarapan atau mungkin Jaya Jusco dan Econsave (kalau rajin). Berjalan-jalan di tempat yang ramai orang kira sangat best lah kan? Kalau kat upm ni,hari2 pergi 2 tempat yg sama je. Bosan seyh. Kalau menarik ada banyak barang macam Econsave tu tak pe la kan. Dua tempat yg dimaksudkan di upm ini hanyalah kafe yg takde orang dan lab yang bosan. Nak balih rumah esok pagi.

@nariCuti2! Yihaaaaa!!!!!!!!!!!!@tata@tata@raya





musim tag

*Sekarang musim orang tag-mengetag*. Tag pun bermusim jugak. Macam musim hujan. Berderet je hujan. Tag pun . ^_^. Okay, jom layan tag dari Mohd Nasri nih


7 fakta tentang saya


  1. Saya gilakan coklat, udang,sotong dan segala jenis makanan laut!
  2. Saya TAK secomey Siti Nurhaliza dan Kim Tae Hee (sudah semestinya la kan)
  3. Saya suka tempat yang ada ramai orang sebab saya suka tengok gelagat orang yang berbagai-bagai ragam (kalau perangai pelik2 boleh tolong gelakkan*wakakaka**jahat seyh** )
  4. Saya suka makan.Yummy2!!!!
  5. Walaupun saya makan tanpa kawalan tapi saya tak pernah berjaya naikkan berat badan. Tensen betul!
  6. Kadang2 perangai tak tetap. Bila berbual or bergaul dengan budak-budak automatic saya akan berperangai mcm budak2 (hanya di depan budak2 saja.Kalau ada orang dewasa tengok,saya takkan buat macam tu. Malu weyh). Bila berbual dengan orang dewasa,saya akan menjadi dewasa(Chewah!) . Kadang2 kita pun kene menyesuaikan diri dengan persekitaran jugak ^_^
  7. Kalau tengah excited@gembira terhadap sesuatu perkara,saya susah nak mengawal pergerakan tubuh badan mahupun emosi. Main lepas je. Sebab tu kadang2 bila orang tengok, diorang akan cakap saya ni 'pelik' sikit (sikit je). Bila saya sedar yang orang sedang melihat pergerakan saya tuh,mulalah saya jadi malu. Lepas tu apa lagi, saya tayang muka takde perasaan la (mana boleh tayang muka malu ok@sengihnampakgigi)
  8. Opss..sory no 8 nak menyemak sikit (sepatutnya 7 je.heheh) Saya mudah ingat url blog yang saya selalu masuk(sah2 url kat 'I read this' kat sebelah ni saya ingat kalau saya selalu masuk) So, bila dah ingat, kadang-kadang saya boleh terus direct dari browser,tak melalui blog saya ni :-)

7 perkara menakutkan saya di dunia


  1. Saya takut Allah (Okay,semua orang Islam sudah sedia maklum)
  2. Saya takut lipas. Bila nampak je lipas, saya dah jadi geli-geleman . Iyyyyyeeeeee!!! Yucckkkzzzzsss! (see..ada banyak harakat perkataan nih. Panjangnya harakat dipengaruhi oleh hormon kegelian ye.Harap maklum) Kalau lipas tu 10 meter dari saya pun, saya boleh terlompat-lompat atau lari sampai ayah gelakkan saya dan cakap “Eleh,lipas! Kecik je! Halau saja dengan penyapu. Kalau dibandingkan dengan ko,berkali-kali ganda besar ko lagi daripada lipas tu”. Memang la. Kenapa nak takut? Lipas tak kacau saya pun apatah lagi nak bunuh saya. Saya tak takut tapi saya menyampah dengan lipas. Bila menyampah, apa-apa yang berkaitan lipas saya tak suka. Sebab utama saya menyampah ialah LIPAS adalah haiwan yang UNEXPECTED. Tak boleh diramal perangainya.Lipas boleh terbang. Kalau dia terbang tiba-tiba hinggap ada kat tangan saya? Yuckzzsss!!!!
  3. Saya takut lalu kat kubur tak kira la agama apa sekali pun. Ini effectnya orang yang suka tengok citer berunsurkan seram dan hantu.heheh
  4. Saya takut kehilangan orang-orang yang saya sayang. Sedih seyh!
  5. Saya takut mati eksiden. Sebab tak pasal2 saya jadi glemer nanti. Orang kat lebuh raya yang bawa kereta berhenti kejap tengok,berhenti lagi tengok. Lagi sadis kalau muka keluar tv! Gambar passport pulak tuh.Walaupun masa kecik2 dulu saya selalu berangan nak glemer macam tu (kecik. Biasa la tak matang) tapi sekarang NO NO NO.
  6. Saya takut segala benda yang boleh memudaratkan diri . Ceh! Maggie tak takut ka? Boleh buat mati cepat jugak woo.. Err..maksud saya benda yang nyata terang lagi bersuluh la contoh macam terjun dari tempat yang tinggi tanpa apa-apa alatan. Sah2 lepas tu direct mati kan?
  7. Saya takut LELAKI ! wakahkahkahkah! Err..kenapa nak takut? Manusia jugak kan? Ayah saya pun lelaki. Tapi saya taklah takut dengan dia. Okay,serius part no 7 ni saya MAIN-MAIN saja.hahaha~

7 lagu buat masa skrg

  1. Pemergianmu-In Team
  2. Layar Keinsafan-Mestica
  3. Destiny-Witch Yoo Hee OST
  4. Sad Sonata theme OST
  5. Semua lagu Siti
  6. Semua soundtrack citer korea.keh keh keh ^_^
  7. Apa-apa lagu yang dimainkan melalui piano

7 perkara selalu sebut

  1. Ececeh!
  2. Tah ape2 tah
  3. Poyo giler
  4. Chewah!
  5. Suka hati je.
  6. Hmmm..(sambil buat muka poyo+takde perasaan)
  7. Kehkehkeh *gelak2*

7 perkara yang amat bernilai

  1. My family
  2. My best friends
  3. My Lappy
  4. Beg duit dan segala isi-isi di dalamnya
  5. Segala nasihat orang
  6. Tu je kot ^_^

7 pertama kali dalam hidup saya

  1. 1st time cellphone. 3315 nokia masa form 3 *handphone yg org kata boleh baling kat anjing je*
  2. 1st time suka orang(ehem2!). Bila? Lupa sudah…
  3. 1st time best friend –farahiyah. Then,fatihah,anura,farhana.Buat geng kat BTS dulu. Haha~
  4. 1st time keje. Promoter kat S&M lepas SPM
  5. 1st time Skool. S.K Taman Segar
  6. 1st time pergi Mall with frens. Form 2. G mid valley.
  7. Apa lagi yang first? Tak ingat dah

7 org bertuah menjawab tag ni

Cik nad (7 kali) . kekekeke

tag daripada yg7@nazhirul dan miazai

Tag dari yg7

1) Three names in your inbox cellphone
Ayah,nana, maxis(yang ketiga ni memang tak boleh blah.hahhaaha)


2) YOUR MAIN RINGTONE?
OF course lah Korean song. Never Say Goodbye(My Girl OST)*love2*

3) WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
tengok movie best kat laptop!

4) WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT? WHERE?
Owh,keluar dengan Sya pergi jalan2 kat Mid Valley and The Mall

5) YOUR FAVOURITE FOODS?
Semua boleh? Wakakaka (exeption nan-halal food). Super fav=sushi,takoyaki,makanan pelik2 dan jarang orang makan.hahaha

6) DO YOU LOVE STAYING AT HOME?
home sweet home *wink*

7) THREE OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
Laptop,laptop,laptop. Tanpa lappy, saya kebosanan. Seriusly! Handphone pun kalah u!

8) THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
Biru itu menawan.kekeke

9) HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
Nadia malas nak mengira (menggunakan secara berhemah memang saya rajin! )

10) WHAT DID YOU DO THE MOST TODAY?
Jalan2 dekat Mid Valley. Makan KFC. Pergi Pets World tengok binatang seperti hamster(comel),ikan, arnab(comel juga) dan anjing (yang ni tengok dari jauh je)

11) ARE YOU IN LOVE WITH SOMEONE RIGHT NOW?
Nope2! Belum terbukak hati (tak nak percaya pun tak apa^_^)

12) WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
Haiyoh…home sweet home lah. Hoyehhhh!!!!!

13) WHAT DO U THINK ABOUT LIFE?
Happy. Try solve any problem in a right way.


14) WHAT MADE YOU LAUGH TODAY?
Banyak betul ketawa kah kah kah dengan Sya tadi sampai terlupa sebab yang mana satu. Okay, the conclusion is semua benda pun boleh jadi bahan untuk ketawa. haha

15) THE WORDS THAT YOU LIKE FROM SOMEONE YOU LOVE?
Nadia, ko kene belajar betul2 = from my ayah

16) WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
My ayah…

17) WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
dinner makan mee goring kat foodcourt upm

18) THE LAST SURPRISE YOU GOT?
my kakak nak tunang disember ni. Giler terkejut okay. Last minit baru dia bagitau.

19) LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
Handphone sya.

20) WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
ada meh????(tak nak percaya sudah^_^)

21) WHAT DO YOU FEEL NOW?
Rindu kat rumah..huhu

22) WANNA SHARE WITH WHO?
share dengan sya yang ada kat bilik nih n errr...Share dengan diri sendiri boleh?

23) YOUR FAVOURITE SHOES?
Saya adil dengan kasut. Semua kasut pun suka.

24) DO U HAVE ANY FAVOURITE TEACHERS?
My add math teacher masa kat mrsm. Beliau berjaya mencambahkan minat saya kepada Add Math sampai saya berjaya dapat A1 . A lot of thanks to her..

25) ARE YOU SEARCHING FOR SOMETHING?
Nak searching apa ek? Searching duit supaya boleh melancong ke Korea dengan gembiranya.wakakah

26) WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
Of Course la apa-apa perkataan yang ada ‘BIG’ kat depan dia. Contoh, big mac. hahaha

27) THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
Masa mum kat ICU

28) WHEN SOMEBODY SAYS GOODBYE, YOU SAY?
Hi hi bye bye! hahahah

31) WHO IS THE LAST PERSON WHO MADE YOU SAD?
*secret receipe* (tak boleh bagitau)

32) WHY?
*secret recipe lagik* (tak boleh bagitau lagi)

33) IF YOU EVER HAD ONE WISH TO DO RIGHT NOW, WHAT WOULD IT BE?
Saya nak hidup dengan gembira tanpa masalah sampai berumur 100 tahun. Bolehkah?

34) IF YOU WANT TO SHARE YOUR BED, WITH WHOM YOU WANT IT TO BE?
Siapa?????

35) WOULD YOU PREFER HAVING A BOYFRIEND/GIRLFRIEND OR SINGLE?
Owh…tang ni saya pun tak tahu *innocent*

36) WHO IS YOUR LATEST EX?
Takda ex

37) DO YOU STILL LOVE YOUR EX BOYFRIEND/GIRLFRIEND?
*Boleh rujuk no 36 untuk jawapannya*

38) LAST CALL FROM?
Ayah,amik kat stesen ktm serdang tadi.

39) LAST TEXT MESSAGES?
My adik. Nana

40) WHICH ONE WOULD YOU CHOOSE EITHER YOUR BOYFRIEND/GIRLFRIEND OR YOUR BESTFRIENDS?
My family(takde kaitan).hahaha

41) WHAT IS YOUR PLANNING FOR TOMMOROW?
Lab? Huh,bosan! Kembali ke minggu yang membosankan. Takpe,5 hari je lagi. Lepas tu,horeyyyy!!!!!!!!!!

42) ARE YOU HUNGRY RIGHT NOW?

Yup2! Takpe,satgi nak makan nasi ayam ayah hantar.

43) WOULD YOU HIKE A MOUNTAIN WITH YOUR EX BOYFRIEND/GIRLFRIEND?

*Boleh rujuk no. 36 untuk jawapannya*


44) DOES CARLSBERG MAKE YOU FEEL HIGH?
Haiiyooohhh! Soalan apa ini?

45) WHAT IS THE LAST THING YOU SPEND?
Tiket KTM.haha

46) WHO MADE YOU LAUGH TODAY?
Owh,terlalu banyak. Tak larat nak tulis satu2..

47) DOES YOUR PARTNER MAKE YOU HAPPY ALL THE TIME?
Partner apa?

48) ARE YOU IN A RELATIONSHIP RIGHT NOW?
*Married* wakakakakka. Sangat tak logic! Okay, jawapan boleh rujuk no 11

49)WOULD YOU FEEL SAD IF YOU FOUND OUT THAT YOUR BOYFRIEND/ GIRLFRIEND CHEATING BEHIND YOUR BACK?
Sedih itu semestinya. Tapi treat that problem nicely. Yang penting jangan tunjuk kesedihan itu di depannya. Apa kes? Takda apa-apa kes. You cheat me, than bye2 to u lar. hahaha

50)WHAT WOULD YOU DO?
Takde buat apa-apa. Live as usual.


UPDATED! Setelah fikir secara separuh masak,50 soalan di atas saya mahu tag Ketuk Angel dan mohd nasri . Silalah jawab dengan bersungguh-sungguh ye ^_^


Tag from miazai


The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair... Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


Err...disebabkan laptop ni bermasalah sebab format dulu, transfer secara bluetoth tak dapat dilakukan. Kabel tertinggal pulak kat rumah. So,terpaksa extract gambar yang sedia ada kat lappy ni untuk letak kat sini (back up data still ada). Secara conclusionnya,syarat no 1 tak dapat dipenuhi(syarat yg lain lepas ^_^ ). Dan permintaan miazai telah dapat dipenuhi iaitu:

5)nadia (boleh la bergambar tengah2 bosan wat eksperimen tu)

10 person wanna tag: Liyana(my adik) 10x..(padahal dia tak tahu pun kewujudan tag ini.wakakakah. Takpe, balik nanti saya beritahu dia, dia boleh jawab dalam hati sahaja.Deal ^_^)

A simple birthday wish for her...

*scheduled post*

Tak tau la jam kat blogspot ni pukul berapa sekarang. Tak tahu jugak jam kat tv3,tv8,tv1 and astro menunjukkan pukul berapa sekarang. Jam kat menara condong teluk intan pun saya tak tahu jugak
.Apatah lagi waktu kat NZ. Tapi yang pasti, saya set di post ini jam 12:01 tgh malam 22/11/2008 . Jom nyanyi!


Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to farah

Happy birthday to u….


Clap10x..

22/11/1987

Happy birthday.Sweet 21 ^_^




Err...tadi jalan2 kat 123 greetings,terjumpa yg ni pulak(kalau tak dapat tengok,tunggu dia loading sebentar :) ). Melihatkan makhluk berwarna kuning itu menari-nari, rasa tiba2 nak menari jugak la. kehkehkeh..Rasa comel pulak benda alah flash ni.Dah la berbentuk bulat, buat aksi lompat kijang la pulak.Comel jek(aik,bape kali comey daa...) hehhe.Tu yang letak jugak tu. ^_^



Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Friends 4eva~. Kawen nanti jangan lupa jemput tau.heheh ^_^

Daa... ^_~


p/s: farah, gambar tu unik la ! *main nyorok-nyorok*@sengihnampakgigi

lab oh lab...

Saya sedang merenung nasib diri sendiri.Muhasabah diri lah katakan(kononnya)



Ni amik kat mana tah.Lupa. Syok surfing internet,jumpa gambar yang unik sket,terus save. Err..apa pulak motif gambar ni? Sebenarnya taklah sedih sampai nangis2. Gambar ni sebagai simbolik aja dan mungkin untuk hyperpola kan perasaan



Simbolik sebab saat ni memang terfikirkan rumah dan segala benda2 yg ada di rumah termasuk ahli family. Rindu giler. Ada budak kat lab tanya "Rumah ko kan dekat,kenapa tak balikk2 walaupun sekejap time cuti ni?"



Saya jawab "Sebab kalau aku balik rumah walaupun sekejap,aku takkan datang-datang dah kat lab nih". Serius sebab 2 minggu lepas abis praktikal ari tu konon-konon nak datang lab buat projek. Last2 batang hidung pun tak nampak.. Sangat seronok bila kat rumah. Macam takde masalah langsung (ayat hyperbola). Macam berada kat syurga dunia(hyperbola lagik). Okey,it means,dah tak fikir benda2 luar yang boleh mengurangkan mood gembira tu. Kalau sempat terfikir masalah, ia akan hilang dengan sekelip mata>---means cepat recover



Hari ni saya dengan Sya tak pergi lab. Semuanya gara-gara kehabisan botol sample. Takde botol sample macam mana nak pogress project? Ia merupakan instrument wajib. Err..sebenarnya botol sample saya masih ada beberapa lagi. Bilangan yang mencapai nyawa-nyawa fish lah orang kata. Tetapi disebabkan Sya tak pergi,maka saya pun tak pergi lah. Kami kan umpama kembar siam di dalam lab itu (note:kembar siam disini bermaksud bila salah seorang tidak ada,akan ada suara lain yang bertanya “Mana sorang lagi?” ). Saya memang macam ni. Semua benda pun buat secara berjemaah. Pergi kafe berjemaah. Tido malam secara berjemaah, bangun tido pun secara berjemaah . Best kan bila buat benda secara beramai-ramai? Namun, bila saya macam ni,ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Hek eleh, pergi mana mesti nak bertiga-tiga or berlima-lima(dulu) or berempat-empat. Tak boleh berdikari. Manja! “ Saya tertanya-tanya.Aik? Macam inikah yang dikatakan manja? Actually saya boleh je survive di tempat lain secara berseorangan selama ini. Cuma mereka tidak nampak or tidak tahu. Pelikkah kalau 4 orang ingin makan serentak, pergi ke kafe serentak untuk makan bersama? Perlukah jalan berasingan sedangkan masing2 mempunyai tujuan yang sama pada waktu yang sama?


Okay,back of the topic


Esok kami akan pergi stor bahan kimia untuk amik botol sample. Dalam 200 mungkin. Kalau takde botol sample jugak, siap la pakcik yang jaga stor tuh (ececeh,macam berani je nadia ni. Aish..tak baik buat aktiviti sound menyound orang tua nih). Pelik la dengan system university ni. Kalau suruh student final year buat project,provide la barang2 yang diperlukan selengkapnya. Ini tak. Ada je barang yang tak cukup. Tak cukup barang tak payah la suruh student buat project kan? Dulu masa mula2 mintak botol sample dalam 100 tapi dapat 25 je. Nasib baik budak2 master kat lab tu kasi pinjam untuk cukupkan 50. Dulu masa buat praktikal kat MPOB mmg bahagia je (walaupun sedikit boring). Alatan dan bahan kimia memang lengkap dan cukup. Dah la lab tu saya concer sorang. Super duper happy buat research tu tanpa ada orang kacau atau tunggu turn(macam lab sekarang). Memang cepat siap la. Tinggikan speed.


Kadang2 geram bila kerja tergendala sebab BUKAN ATAS kesalahan sendiri. Pendek kata sebab factor-faktor luar seperti ketiadaan barang yang diperlukan. Contoh lain,peralatan yang digunakan baru kita sedari ianya telah rosak so kene start all the whole thing back.Sepanjang buat project ni dua kali dah kene macam tu.Sampai ada budak lab naik kesian ‘Kesian betul la nadia ni.Macam kene sabotaj je’. Padahal takde orang sbotaj pun. Sengsaranya.. Kesengsaraan menyebabkan saya berkata-kata dengan hati sendiri.


Hati Nadia: Tu la , sape suh buat project pasal natural product? Extract2 nih, ingat senang ke? Kalau kamu ni bernasib baik je,kamu akan senang jumpa benda alah pure compound tu. Kamu harus tahu yang kamu tu selalu je bad luck. Dah la masuk apa-apa contest tak pernah menang. Cabutan bertuah pun tak pernah terkena.Bukankah itu boleh dikatogerikan sebagai bad luck?


Nadia: Ye,saya tahu. Tapi natural productlah project yang senang faham sekali. Tak payah nak buat2 data berjela-jela(mmg malas nak buat data lah ni). Cara nak analyze memang paling mudah sekali compared dengan tajuk yang lain.


Hati Nadia : Sah,kamu memang malas..Nak senang je..


Ye,ingatkan buat natural product ni senang. Bukan bagus ke kalau pilih tajuk projek yang kita senang faham dan senang nak explain? Secara normalnya macam tu la kan. Memang ia senang dan senang jua difahami tapi step dia memang melecehkan,merengsakan dan memakan masa yang amat lama.Ulang step yang sama berjuta-juta kali semata-mata untuk mendetect kehadiran pure compound. Kedengaran bosan kan? Tau tak,kebanyakan budak yang stay kolej masa cuti ni adalah yang terlibat dengan natural product. Budak2 lain selamba je tak start project lagi .Pulak tu, selamba je bersenang-lenang kat rumah sekarang (ayat jeles) padahal kitorang dah start project dari sem lepas lagik.Uwawawa…Ini tidak adil !!@marah @nangih


p/s: aktiviti saya membaca blog orang semakin agresif akhir2 ni. Almaklumla, orang yang dah abis final exam+kebosanan sebab tiada hiburan di sini..Nak surf internet dah tak tau nak search apa dah. So,blog oranglah hiburan saya sekarang...

kisah di awal pagi

Di keheningan pagi yang sunyi...1,2,3 action!!!!

Kedua-dua budak di dalam bilik itu terbangun dr tido kerana terdengar bunyi bising-bising


Suara itu : Awak kalau buat benda tak pernah fikirkan saya kan!!!! Ikut kepala awak je!!!!!


Kedua-dua gadis itu terkejut dan serentak saling memandang antara satu sama lain(Dalam kepala: Aish…Ada benda menarik nih)


Suara itu: Kenapa awak selalu macam ni? Kalau buat benda tu cuba lah fikir sikit!!!!! Bla bla bla (Cakap macam keretapi laju,so tak sempat nak tangkap)


Kedua-dua gadis itu bersokseksok (a.k.a berbisik)


Gadis 1: Kenapa? Dapat tangkap tak apa yang dia cakap?


Gadis 2: (jungkitkan bahu)


Serentak itu kedua-dua gadis itu daripada baring, terus bangun dan duduk tegak di atas katil (konon2 nak focus lah tu)


Suara itu: Abis tu …..Perangai macam setan!!....... (dot dot dot bermaksud kitorang tak memahami butir percakapannya itu)


Suara itu: Kenapa awak buat macam ni ha? Kau ingat kau hensem sangat???!!!(Amik ko,tak main awak saya da.Terus berKau Aku. Time ni suara dia sebak sket macam nak nangis) Bla bla bla(tak faham juga apa yg dibebelkan)


Aish..kalau ikutkan banyak benda yang dia cakap. Tapi disebabkan cara gurl tu cakap serupa kereta api laju tak nak berhenti (serius sama) membuatkan kitorang yang peka ni tak dapat tangkap apa yang dimarahkan sangat tu..Serius sangat ke? Aish..sebok pulak nak ambil tahu hal orang nih. Nadia,jaga tepi kain sendiri sudah.hoho. Tapi salah dia jugak,sape suruh cakap kuat-kuat bagi semua orang dengar. Kan dah TERdengar dah..huhu..


Pelik jugak ngan gurl tu. Cara dia bercakap bukan setakat marah-marah biasa(marah2 biasa tu normal,gurl kan,emosi itu ada) tapi dah stail menengking dah. Serius.Mengalahkan lelaki pulak. Masa tu kitorang terfikir “Ada jugak ek orang lelaki yang boleh tahan dengan dia”. Kalau saya jadi lelaki tu, saya dah cabut lari dah.


Apa yang kitorang faham (skit2) kesalahan lelaki tu taklah sebesar mana(lainlah dia bunuh mak kamu ke). Setakat pergi mana tah tapi tak report kat gurl tu (mungkin la kot.Dah cakap macam kereta api,haruslah kami tak faham sangat kan) tak perlulah menengking sebegitu dasyat. Suami isteri pun kalah nih. Baru couple. Saya rasa masalah diorang tu boleh diselesaikan cara yang tenang , tak perlu kecoh2 sedemikian rupa. Tu belum boy tu minta clash. Kalau ye camne agaknya? Rasanya confirm perkataan ba**, si*l dan seangkatannya yang akan keluar dpd mulut perempuan tu.


Gadis 1: Memang orang couple memang gaduh stail macam tu ek?

Gadis 2: Tak tahulah

Gadis 1: *** kan pernah couple. Dulu gaduh dengan dia macam mana. Tengking2 ke?

Gadis 2: Uish…takde la. Kalau kita marah dgn dia, kita banyak senyap je..

Gadis 1 : Tahan jugak lelaki tu dengan dia. Macam mana la type lelaki tu ek?Boleh tahan dengan perangai macam tu.

Gadis 2: Maybe yang jenis mengikut je kot..

Gadis 1: Takpun yang jenis angguk2 macam burung belatuk.wakakakaka(kedua-dua gadis itu tergelak)


Err…kepada lelaki2 di luar sana,kalau gurl korang stail memendam rasa ke(means kat depan try cool,tp kat belakang nangis),marah tapi tak cakap ke, anda patut bersyukur. Kerana mereka masih boleh mengawal emosi mereka dengan tenang.Kalau dapat gurl yang kalau senang meluahkan kemarahan diorang? Takpe,boleh tahan lagi kot..Tapi kalau cakap je nak menengking, pulak tu macam keretapi laju tak nak berhenti , boleh ke tahan?Kalau saya, tak boleh kalau orang tengking-tengking ni. Emosi skit. Bila dah emo..Apa? Tengking dia balik? No.No. Blah je dari situ. Pergi mana-mana yang boleh menyejukkan hati. Buat apa nak balas2 dgn orang tu lagi? Lagi menyakitkan hati kalau terus berbalah okeyh..


Kepada suami isteri: Kalau nak gaduh,jangan gaduh kat depan anak-anak kecil. Tension diorang nanti. Nak gaduh pergi kat taman permainan terbiar yang takde orang, atau mana-mana tempat yang takde orang.Gaduh la korang kat sana puas-puas okay@sengihnampakgigi

warkah panjang berjela untuk nana...


Angah chicibuya !

Aku rindu la kat Mike He aku tu.

Ko balik lambat sangat la.25 hb kan..hehe

angah doakan aku dr sne tau.Mudah2an aku berjaya dalam spm…Amin…

Cuak siot…heheh


Saya(aish..kali ni tukar ganti nama saya pulak ye) bukak inbox kat phone tadi. Saje nak tgk mesej2 lama (yang tak berapa lama sangat). Saya terjumpa mesej yang adik saya kasi ni.Dia merupakan satu-satunya adik saya dan dia antara orang yang paling rapat dengan saya sehingga antara kami bagaikan tiada rahsia.Tiba-tiba saya terfikir nak buat ‘sesuatu’ untuk dia.Nak hadiahkan kepada dia nanti.Lagipun,birthday dia dah dekat ^_^



WARKAH UNTUK NANA

Nana..Aku sayang ko! Wah,free2 je ko dapat ayat azimat berharga daripada aku ni. Ko ingat senang ke aku nak cakap sayang2 kat orang ni? Memerlukan keberanian dan keazaman yang tinggi okay. Bukan macam Aliff Aziz yang lancar menggunakan perkataan ‘sayang’ dalam lagunya itu ^_^


Psstt…nana

Nama sebenar ko LIYANA BT AB WAHAB (dengan sengajanya aku tulis nama penuh ko supaya kalau ko saje goggle nama sendiri, ko akan terjumpa entri aku ni.lalalalala). Nama aku pulak tukar je LIYANA tu jadi NADIAH. Pendek kan nama kita. Kita selalu complain ngan mak (complain dalam gurauan)

Aku: Mak, kenapa bagi nama kitorang pendek2? Satu nama je.Bagi la panjang2 sikit. At least ada dua nama yang biasanya orang lain ada. Letak la Nadia Syazliana, Nadia Syaliza ke. Ni nama nana ni, letak la Natasya Liyana ke Liyana Syamira ke..

Mak: Amboi,nama nak glemer kemain! (tergelak kita terkekek-kekek ! Haruslah nama kene glemer kan? Sedap di dengar) Eh, bukan mak yang bagi la. Ayah ko yang bagi. Tanyalah ayah ko. Mak tak tahu apa-apa.

Ayahku menyampuk: Ayah amik daripada buku tau (sambil menggayakan aksi menyelak buku.Dia memang suka bercakap+gaya yang bersungguh. Harap maklum). Satu nama ada maksud takpe. Daripada panjang2 takde maksud?

Aku: Ala,kalau susah2 sangat, letak la Nur kat depan2. Nur>-- cahaya. Haa ada maksud ape…

Ayah: Ala, ok la tu nama tu. Cuba ko bayangkan kalau ayah letak nama korang Kamariah ke, Karimah ke, Saripah ke..camne?(saje je ayah nak berkerek ni)


Psttt…Nana…

Kita banyak persamaan kan? Aku Korean drama n movie addicted, ko pun sama. Aku la yang bawa pengaruh citer korea kat ko. Segalanya terjadi sejak aku keje sementara lepas SPM dulu kat kedai cd citer korea kat S&M kat KL tu. Tyme kat sana aku tau sumer cite2 korea yg besh dan terbaru. Aku yang mencadangkan citer korea besh kat ko untuk ko tengok. Hasil pengaruh aku, ko beli cd Stairway To Heaven tu pakai duit sendiri hasil kumpul duit belanja yang mak bagi. Itu citer korea first yang ko tengok. Lama kau kumpul untuk beli tapi lepas ko tengok , ko mmg puas hati dan tak nyesal pun. Ingat lagi tyme kita marathon dari pukul 9pg-4 pg keesokan hari semata-mata tengok citer Stairway To heaven tu. Rehat untuk perkara2 yg penting je. Tyme tu mak n ayah takde kat rumah kita bermaharaja lela la kan.Tyme aku balik rumah cuti je, aku sanggup marathon tido pukul 5 pagi tengok citer korea,ko pun sama jugak, join sama(even siaran ulangan berkali-kali kat laptop ko slalu join aku tengok). Sampai ayah pun pelik dan tertanya-tanya nape bil elektrik tiba2 melambung naik bila tyme aku balik(heheh). Aku suka ct ko pun suka jugak. Bila aku nyanyi lagu ct je, ko pun nak nyebok gak nyanyi skali. Potong line aku.Masa aku bawa pengaruh ct kat rumah dulu,aku sorang je yang minat dia. Last2 aku tak tau sejak bila(mungkin sejak aku asyik mendendangkan lagu ct berulang-ulang kali),ko pun minat gak. Aku suka lakonan Aaron aziz dalam emil emilda, ko pun suka jugak. Aku suka perwatakan Lee Dong Wok dalam My Girl, ko pun suka gak. Pendek kata semua benda dan perkara yang aku suka, ko pun suka jugak. And the unique is, cara gelak kita pun sama kan? Tengah kita gelak sakan tu sempat lagi ko suruh berhenti ketawa kejap semata-mata nak cakap “Kejap2! Kenapa aku rasa macam cara dan nada kita gelak sama ek?” .Err..sebenarnya aku dah lama perasan dah cuma aku tak cakap ngan ko je,tak sangka ko pun perasan jugak cara kite gelak sama. Entah la nana, aku pun tak tau apa sebabnya . Asik sama je.Suka pun pada benda yang sama.Jangan ko suka laki aku dah la ye ^_^.wakakakaka…Er…nana, bila kita jumpe persamaan2 di atas ni, aku slalu cakap ngan ko “Nana,ko ni suka tiru aku kan.Aku suka ,ko pun suka gak!”. Tyme tu kita bergurau. Tapi kan nana,sebenarnya aku saje je ckp macam tu,just nak main2.The reality is, aku suka sebab kita bnyk persamaan. Susah kan nak jumpa org yang sama minat ni..


Pssttt…nana…

Kita pernah melalui peristiwa sedih sama-sama kan? Buat pertamanya berlaku dalam family kita. Aku dah coretkan dalam entri tentang peristiwa itu kat blog aku ni buat tatapan ko. Sejak itu aku perasan yang ko lebih menghargai mak. Perasan tak, sejak peristiwa tu kita dah pandai initiate untuk manja2 and gurau2 dengan mak. Dengan ayah dan along skali. Kita da pandai mencari idea untuk mengusik dan mengenakan antara satu sama lain menggunakan cara yang ideal tanpa ada yang terasa (nama pun gurau kan?)Sebelum tu kita macam malu-malu kan?ekekek…Kita lalui hidup kita dengan gembira, gurauan dan ketawa tanpa sebarang sekatan. Sikit-sikit nak gelak. Ada je bahan untuk digelakkan, kita akan ketawa beramai-ramai dengan sepenuh hati. Ko perasan tak nana tabiat kita bila tengok tv satu family? Bila tyme iklan je kita akan berguling dan bergusti dengan mak sambil gelak2. Aku tak join sebab aku kurus, korang sumer sama saiz takpe la(bak kata ayah.Ayah pun kurus jugak mcm aku.heheh). Kalau aku join confirm2 aku kalah terhimpit susah nak bernafas. Ayah ngan ayah hanya mampu tengok. Ko perasan, aku slalu usik perut mak yang ‘lembut’ tu sambil cakap “Baby… tido senyap2 ek..” padahal mak banyak kali cakap perut tu memang semulajadi begitu. Gemuk selepas lahirkan kita tiga beradik. Nenek tengok pun terkejut n cakap kita terlalu selamba dengan mak. Macam treat kawan pulak. Nenek cakap kalau zaman dulu-dulu, anak-anak akan takut dengan mak dan ayah mereka. Mereka biasanya tunduk dan tak berani gurau lebih-lebih dgn ibu bapa. Masa tu kita tergelak kejap kan nana? Mak ngan ayah pun tergelak kejap.. Kelakar plak statement tu. Tak dapat bayangkan kalau situasi itu berlaku kat family kita. Bosan kan? Tapi, takpe la nana. Nenek tak tahu cara kita bergurau dengan satu family memang macam tu. Tak bermakna kita tak hormat mak n ayah kita kan? Mak ngan ayah pun memang suka main2 dengan kita macam tu. Orang yang tak biasa tengok memang la tak tahu kan?


Nana chicibuya!!!

Masih ingat dengan nick-name ni? Ko kene ingat trademark nick name ni sampai bila-bila. Aku yang bagi kat ko. Bila aku jerit dari jauh “Chicibuya! Owh chicibuya!” , ko seolah-olah tahu yang aku panggil ko dan ko terus datang kat aku and cakap “Ada apa angah chicibuya?”. Mula-mula dulu ko tanya aku mana aku dapat perkataan chicibuya ni.Aku jawab yg aku pun tak tahu.Aku main sebut je. Yang pasti sebab aku slalu terdengar pelakon citer korea dia sebut macam tu(not exactly.Aku rasa ‘buya’ je. ‘Chici’ tu tak tau mana datang) dan kita kan selalu tengok citer korea sama-sama sebab tu aku khaskan panggilan tu kat ko. Lama2 ko pun terikut-ikut dan panggil aku ‘Angah chicibuya’.


Pssttt…Nana…

Mak rajin layan kegilaan kita kan? Ko ingat lagi tak, kita selalu suruh mak sebut perkataan ‘chicibuya’ tu bersama memek muka + gaya skali. Mak cakap mak tak tahu macam mana nak sebut dalam lenggok korea. Mak tanya kita “Macam mana nak sebut?” Kita pun siap buat demo lagi beserta gaya. Mak macam malu-malu nak sebut pada mulanya tapi kita paksa mak sebut jugak. Tapi bila mak sebut je terus pecah kita bertiga. Kita gelakkan mak. Mak pun tumpang gelak.Kita bertiga gelak sakan. Ayah dan Along hanya mampu tengok kita dan geleng kepala. Kelakar kan nana? Cara mak sebut beserta gaya yang ditunjukkan macam pelik. Nak buat tone orang korea cakap tapi tak jadi dan kedengaran kelakar pulak. Ko siap ajuk lagi cara mak sebut tu lepas mak cakap(siap gaya lenggok badan lagi). Terkekek-kekek mak gelak atas ketidakjadian sebutannya itu. Until now kita ajar mak berkali-kali pun mak tak lepas lagi. Hohoho.


Pssttt…nana…

Kita slalu sharing2 kan? Macam2 benda. Pasal citer korea la,pelakon korea la,pasal sepupu kita la.. Ko pernah cakap kalau aku takde kat rumah, ko macam takde inspiration. Ko cakap ko suka kalau aku nasihatkan ko dari sudut pelajaran. Cara nak excellent dalam math dan type2 soalan SPM. Ko cakap kalau aku takde kat rumah, ko macam takde semangat untuk belajar sebab takde aku untuk memberi kata-kata semangat untuk ko. Ko cakap nasihat aku besh. Kembang kempis sekejap masa ko puji aku tu. Aish..Ko ni nana, kalau nak puji aku pun jangan la puji aku depan-depan dan terang-terangan. Malu aku weh! Tak tau nak react macam mana~ Dari sudut kematangan plak,kita slalu gak citer pasal rumah tangga , kecurangan or pasal cinta. Ko bagi pendapat ko, aku bagi pendapat ko. Walaupun pendapat ko tak seberapa, tapi aku suka nak dengar ko punye point of view. Mungkin sebab kita serasi dan aku tak kisah walau macam mana pun pendapat ko, aku suka nak dengar. Cara kita bercakap pasal cinta pulak macam kita ni dah ada pengalaman pulak kan? Padahal tak pernah pun bercintan-cintun ni tapi gaya macam mengalahkan along yang dah bercinta dan bertukar bf sebanyak 3 kali tu. Along pulak, kalau dengar kita nyer pendapat, dia slalu cakap kita ‘berfalsafah’ kan padahal kita bercakap dari sudut pandangan kita. Aku rasa kalau dia jumpa kaunselor mesti dia tertekan sebab kaunselor lagi la ‘berfalsafah’ daripada kita. Wakakakaka


Psssttt..nana..

Ko ingat lagi dulu aku rapat dengan along. Mungkin sebab umur aku n dia nak dekat2 sama.Beza 1 tahun. Aku ngan ko beza 4 tahun Aku ngan along slalu jadi geng and buli ko. Tapi tu dulu. Tapi sekarang aku rasa aku lebih banyak bercakap dengan ko berbanding dia. Segala rahsia aku berada kat tangan ko. Mesti sebab kita banyak habiskan masa bersama kan? Hmm…kalau mak or ayah balik kampung pegi kenduri kahwin ke ko mesti tanya aku, aku pergi tak. Kalau aku taknak pergi, ko pun taknak pergi jugak. Aku pun macam ko jugak…Kalau ko tak g, aku tak nak p jugak.


Pstt…nana..

Ko tau kalau ko takde aku rasa sunyi je…Bila tyme aku balik rumah ko takde(ko pegi camping ke,tido rumah kawan ke), aku rasa amatlah bosan. Aku harap ko cepat-cepat balik. Ko pun macam tu jugak. Selalu suruh aku balik rumah walaupun aku busy kat sini. Aku pun memang la slalu nak balik tapi memandangkan aku di final year so tak leh balik selalu. Takpe,nanti aku da abis study nanti kita marathon citer korea sama-sama lagik ek? Sekarang tengah kumpul material citer2 ni.Ngeee..


Psstt…nana

Setiap perhubungan adik beradik tak sah kalau tak gaduh. Kita pun macam tu jugak. Kalau kita gaduh je confirm rumah kita tu jadi sunyi sepi je. Sebab selalunya kita lah yang ‘membisingkan’ rumah. Sampai mak boleh detect dan bertanya kepada ko “Gaduh ke” dan ko hanya menjungkitkan bahu je(aku pernah tengok dari jauh @sengihnampakgigi) . Mesti ko nampak aku macam cool je kan padahal hati aku tak tenang je masa tu.Masa kita gaduh tu aku rasa kehilangan je(walaupun kejap)


Psstt…Nana

Ko rajin teman aku pergi mana-mana. Ko ingat lagi,kalau tyme family kita pergi econsave, aku mesti minta ko teman aku pergi beli sushi kat jusco (depan econsave). Walaupun jauh jaraknya,ko sanggup temankan aku.Aku minta ko teman sebab jalan nak pergi sana agak gelap. Mula-mula ko complain, tapi lama-lama ko teman aku dengan kerelaan hati dan ia seolah-olah menjadi kebiasaan bagi ko sekarang. Terharu aku nana ^_^. Aku tahu, ko sayang aku kan nana? Kalau tak,ko takkan teman aku walau macam mana hebat pun aku pujuk kan? Kalau aku pujuk along,banyak pulak alasan dia. Penat la apa la, tapi kalau ko,ko tak complain pun


Psstt…Nana..

Ko ingat tyme aku bawa budaya ‘bergurau ala manja2’ kat rumah dulu. Dulu masa mula2 ko cakap “Gediknya minah ni.” Pastu aku balas “ Rilek la nana. Main-main je.Layan sudah. Kalau tak menggedik dengan ko,aku nak menggedik dengan sape? Takkan dengan lelaki kot*wakakakakaka*”. Sejak tu aku perasan yang ko pun bergurau dengan aku menggunakan cara yang sama. Ko pun terikut-ikut dengan aku. Kita sama2 gedik. Dan yang paling penting tak sape tahu selain along,mak dan ayah. Ko memang selalu terikut-ikut aku kan nana. Kalau ada apa-apa benda yang melucukan yang aku gelak(walaupun benda kecik) , ko mesti sambut. Means kita akan gelak sakan bersama-sama dan penuh perasaan dan penghayatan yang optimum. Sampai ayah pun heran n cakap “Eh2,kelakar sangat ke? Beria-ia gelak nih. Eh”. Pastu sambil ketawa aku akan cakap ngan ayah “Kelakar2! Kan nana kan?” Ko pun angguk sambil gelak dan kita siap give me 5 lagik. Aku suka kenekan ayah sebab ayah agak kerek dan suka cari point kenekan kita. So, nak cari point untuk kenekan dia agak susah(sebab dia pandai cari idea untuk tepis point kita) sebab tu bila aku dapat idea untuk kenekan ayah yang ayah sendiri tak dapat tepis, aku akan gelakkan ayah habis-habisan kerana kegembiraan yg terlampau.Ngeh3x..Aish..memang la ayah cakap macam tu sebab rasa malu coz tyme tu dia dah terkena. Ayah tu kalau kenekan mak pulak, dia jugak yang gelak lebih2 jugak. Penuh bersungguh-sungguh cerita kat kite siap dengan gaya lagi (yang kadang2 sengaja dioverkan) untuk ajak kita join dia gelakkan mak skali. Tapi kalau aku terkena (macam biasa ayah yang slalu bagi point untuk kenekan aku), ko, ayah, mak n along pakat-pakat gelakkan aku. Ko tak back up aku pun nana! Tapi tak pe la,sebab kalau ko yang terkena aku pulak berpakat ngan diorang untuk gelakkan ko.Nga3.Adil kan?hehehe


Psstt…nana..

Ko ingat lagi nana,aku slalu cakap ngan ko “Nana,ko tau nana,ada orang cakap aku ni pemalu.Wakakaka.Pemalu ke aku ni nana?Cuba ko cakap sikit” Pastu ko cakap “pemalu?Hahaha.Perasan! Pemalu taik kucing! Aku tengok tak malu adalah.Hahaha”. Ehh…aku ni pemalu jugak la nana.... Kalau tak , dah lama aku print entri ni bagi ko baca. Ni buat apa aku buat warkah segala bagai kat blog2 ni aih. Kalau tak, baik aku bagi direct je kan? kan?Itu bukti tu..hehehe..Lagipun kalau aku simpan entri ni dalam laptop, mesti along akan dapat baca. Malu la aku.Kalau aku simpan mana-mana tempat, kalau misplaced camne? Dah tu takkan aku nak simpan entri ni kat bank Negara suh jagakan plak.Wakakaka.

Nana, ko mesti tau, aku slalu buat muka tak malu dengan ko sebab ko salah sorang yg paling aku rapat kat dunia ni. So, haruslah aku slalu buat muka tak malu dengan ko okay…Ko kene terima jugak*lalalala~


Psstt..nana…

Dalam family kite ko sorang je yang tahu kewujudan blog aku nih. Ko cakap ko nak try masuk blog aku nih kat CC tapi ko asik lupa URL aku.Takpe la nana…Ko masih tidak pandai nak surfing internet..Ko masih blur..Aku faham tapi..


Aku tak kira, andai kata suatu hari nanti ko da pandai berblog atau berinternet, ko harus komen entri aku kali ni okay? Ko ingat senang ke aku nak buat entri panjang berjela cenggini? Sehari suntuk tau! Nak refresh balik memori2 lama kita *LOL*. Kalau ko terbaca entri aku kali ni(kot2 lah ko tergerak hati saje2 nak google nama ko n tiba-tiba boleh terjumpa entri aku ni) tyme aku masih hidup, ko komen lah ye tapi jangan btahu aku ko dah baca tau. Malulah aku. Senyap2 sudah.Ok? Tapi kalau ko tak terbaca entri ni selama aku masih hidup, aku akan wasiatkan entri khas aku ni untuk ko. Print dan simpan ok? Komenlah nana. Contohnya…Ko sayang aku jugak tak? @sengihnampakgigi Cakap la nana……Kekekekeke

By: Angah@Nadiah. Kakakmu yang best! lalalala~@nari

tag from nad

tag from eclipse: agak menarik tag ni .Tu yang bila dapat segera buat tu.@nari@nari@nari


gambar 1 (kat snow world genting)


gambar 2 (kat dewan k5 UPM)


Erm..inilah gambar best friend nadia sepanjang kat UPM ni. Biar apa pun tanggapan orang lain terhadap mereka,baik atau buruk, I'm proud of them. Banyak kenangan yg kami lalui bersama. Suka dan Duka. Sebenarnya banyak yang nakku ceritakan disini tentang KAMI tapi maybe masa tak sesuai kot.Lepas abis UPM la baru cerita ^_^

5 sebab kenapa suka gambar di atas

1) Sebab mereka best friendku disini
2) Sebab mereka pun paling suka gambar di atas (sehati sejiwa la konon)
3) Gambar 1 tu sebab satu-satunya gambar kitorang kat salji bergaya ala-ala winter season (konon)..Layannnn..@sengihnampakgigi
4) Gambar 2 tu sebab kami berbaju kurung dan gambar tu colourful (ececeh..ya ka?)
5) sebab gambar ini adalah kenanganku =)


person wanna tag:

1)Lee Dong Wook
2) Lee Da Hae
3) Kwon Sang Woo
4) Choi Ji Woo
5)Han Ga In
6) Jae Hee
5) Siti Nurhaliza

ada ka????

kekekekeke..Diorang pown boo layan la tag nih @guling@guling