Pages

Bakal mertua tak jadi

Tadi pergi rumah bakal mertua tak jadi. HAHAHHAHA. Ingat lagi kisah yang aku pernah cerita tu? Kisah risik-merisik tu. Budak lelaki tu kawen dah. Aku rasa orang yang dah lama bekerja ni memang jenis fikir kawen kot. Tak kisah sape2 asalkan kawen. Tak kenal pun takpe, rembat je sesape janji kawen. Tambah2 lelaki. Huahuahua..

Bila tengok dia bersanding tu, kepala aku tetiba terbayang aku yang bersanding dengan dia. Hualamak advanced nya imiginasi aku ni kan! Ye la, kalau aku bersetuju dengan cadangan mak&ayah aku aritu memang aku la yang bersanding tyme tu. Tetiba erkk, aku rasa geli boleh? HAHAHA. Rasa geli dengan imiginasi sendiri. Maklum la, dengan orang yang tak kenal dan tak suka, hensem ke tak hensem ke tetap rasa geli. Rasa euw euw. Cuba kalau orang yang kita kenal dan interested skit2 (muehehe), tak hensem pun kita kata hensem ;)



Hahaha dah dah. Tu je benda yang aku nak citer.

Wordless Wednesday #2


kredit:tumblr

yangakutakfahamkadang2orangsekelilingyangdokrisau2lebih2pasalakumehakunaktepekayatnikatdia

Menyelami perasaan penghidap HIV

Buat pertama kalinya, air mata turun laju ketika membaca tulisan orang di alam maya. Luahan hati blog seorang lelaki yang telah beristeri dan ada beberapa orang anak dan penghidap HIV positif. Membaca bait2 penyesalan yang menunjukkan dia telah insaf dari kejahilan zaman silam dan kembali ke tikar sejadah, kembali mengenal Tuhan. Membaca luahan ketakutannya yang sudah mula menghadapi tanda2 pesakit HIV yang mana berpotensi untuk ke peringkat pesakit AIDS. Membaca betapa risaunya dia takut penyakitnya berjangkit kat isteri&anak dan langkah2 pencegahan yang dibuatnya. Sedihnya. Turutan kata-katanya membuatkan aku lebih tabah menghadapi hari2 yang mendatang. Rasa diri ni sangat bertuah kerana tidak dipilih untuk menghadapi ujian yang paling ditakuti oleh setiap insan bergelar manusia.

Selalunya kisah ni aku tengok dekat tibi je. Tak pernah pulak ada orang terdekat aku penghidap HIV. So bila baca blog orang secara real ni, rasa sayu semacam.huhu..

Kita selalu rasa kenapa la malang/tak bertuah nya kita sekian2. Asal ada dugaan/cabaran sikit mulalah merungut. Tapi kita tak sedar ada orang yang 1000 kali lebih malang daripada kita.

Kenegerian?




Aku selalu dengar orang kata orang Pantai Timur ehem2 agak kenegerian. Even ada kawan2 aku (yang pantai timur jugak la) mengakui sedikit hal itu. Dan pandangan tersebut telah aku sangkal 100% sejak aku menjejakkan kaki ke MRSM Taiping dulu. Yessssss, that school teach me a lottttt! One of my besties kat MRSM tu, Ain orang Dungun pernah cakap yang awal2 dulu (kat MRSM Taiping) budak Pantai Timur ramaiii dan mereka hanya geng dengan budak Pantai Timur je, tak bercampur, dia tanya aku, aku perasan tak hal tu. Aku cakap memang aku perasan pun. Kemudian bila dah lama2 skit semua berpecah (dah geng dengan budak negeri lain) malah ada di kalangan mereka dah tak berkawan antara satu sama lain (bermusuh atas sebab2 tertentu2). Yang tu memang aku sangat perasan. Aku ingat masa tu musim tesis, ramai yang bergaduh dengan team-mate masing2 termasuk aku&team-mate aku jugak (team-mate aku orang kl gak). Tapi kerana sikap mengalah aku dan keterbukaan aku menerima kelemahan orang dan kesediaan dia meminta maaf membuatkan kami cepat berbaik dan menjadi best friend sampai la sekarang.

Friends is all about chance. Asalkan ko bagi peluang kat orang lain dan dia pun bagi peluang kat ko, memang lah korang boleh berkawan baik tak kiralaaa dari ceruk mana pun dalam satu Malaysia ni.

Dan aku perasan, ke mana je aku menjejakkan kaki je, mesti adaaaa je orang Pantai Timur yang jadi besties aku. Yang bukan setakat bertegur sapa dan senyum2 je tapi yang jenis keluar sekali gi mana2 tanpa rasa kekok, yang tahap share cerita peribadi, gelak2 sharing2 etc etc. Ni housemate aku sekarang ni pun, yang satu tempat kerja, 3 orang kelantan, aku sorang je orang key ell a.k.a aku sorang je ‘orang luar’. Haha. Not big issue bdw, kitorang kamceng gile kepala masing2. Even diorang bercakap dengan aku diorang tak tukar bahasa oke. Sama macam aku. Takde la plak aku tercakap kelantan dengan diorang ke apa kan. Masing2 mengekalkan bahasa asal. Diorang tanya aku apa pandangan aku terhadap diorang dulu2. Aku jawab, diorang nampak sangat rapat dan macam taknak cakap sangat dengan orang lain. Aku tanya pulak apa pendapat diorang terhadap aku. Aku nampak sombong ke. Diorang jawab aku biasa2 je, tak nampak sombong sangat sebab kata diorang aku join jugak diorang bercerita menyampuk skit2 cerita diorang walau tyme tu belum nampak kemesraan pun antara kami. Aku memang begini, kalau aku belum rasa ‘selesa’ memang takkan ada kemesraan a.k.a susah nak nampak aku gelak, Kalau tak nampak aku gelak tu maksudnya tak mesra, tak baik mana la tu sebab aku kalau bercakap dengan orang yang aku selesa, tak pernah tak gelak. Sekarang? Cerita sikit gelak, cakap sikit gelak.hahaha



YOU CAN TRUST ON FIRST IMPRESSION BUT DON’T 100% RELY ON IT

p/s: Ada je orang sekitar aku yang berpandangan septikal dengan orang Pantai Timur ni. Dan setiap kali tu la aku mesti rasa nak cakap “Ko pernah ke baik/bercampur dengan diorang? Kalau tak pernah tolong senyap. Ko tak tahu apa2”. Hahah. Terasa okeh, maklumla bestfren aku ramai orang sana. Nampak gaya macam nak kutuk aku sekali sebab berkawan dengan diorang. Ada sesetengah tu orang yang dia kenal yang berperangai begitu begini (just kenal gitu2 je tak baik mana pun), habis semua orang satu negeri dia nak anggap sama.Tak patut kan? . Kalau nak kutuk sekalipun, tolong jangan kutuk depan aku oke.


We.....

Bila aku inform diorang yang aku dapat kerja baru dan nak berhenti kerja yang sekarang ni, satu hari suntuk mood diorang down, bad mood,keje pun tak bersemangat. First time aku rasa aku jumpa orang yang terang-terangan tunjuk rasa 'down' bila nak berpisah dengan aku. Siap 'paksa secara halus' suh aku jangan berhenti lagik. Ada sorang tu belummm berpisah secara official lagi terus kata rindu kat aku. hahahha (padahal ari2 jumpa lagi setakat ni). Dia kata ada satu keunikan aku yang membuatkan dia suka kawan dengan aku dan akan merindui sifat aku yang tu. Bila aku citer kat ayah aku hal ni ayah aku tanya "Nape, best sangat ke , special sangat ke kawan dengan ko ni sampai sedih2 gitu.." hahaha. Opkos la, kalau tak best takkan diorang tunjuk rasa sedih gitu kan.hoho.. Aku pasti akan merindui diorang dan saat2 bersama diorang. Diorang pun ada keunikan masing2 yang membuatkan mereka kelihatan special di mata aku =)

p/s: Berdasarkan 3-4 pengalaman bersama rakan sekerja yang berlainan, tempat kerja sekarang ni adalah yang paling aku rasa selesa sekali sebab semua pun (asalnya dalam lebih kurang 20 orng) best2. Rasa macam nak je ajak diorang ke tempat kerja baru.

Judgement

Aku tak suka tau kalau orang judge hanya dengan 1st impression. At least kalau nampak aku macam tak banyak cakap ke, boleh tak jangan buat muka kelat AT THE VERY FIRST yang membuatkan aku lagi malas nak bercakap dan terus hilang mood nak bercakap ok? Boleh tak buat muka 'mesra alam' sikit yang sememangnya memang anda harus profesional perlu buat muka mesra alam?

Kalau aku jumpa orang macam ni kan, membuatkan aku rasa macam .....

penampo bleh?

Oh behave nadia, behave. Mana mungkin. hahaha.

Tapi rasa macam nak blah dari situ immediately pun ada la jugak. Serius!

Selamat Hari Jadi ayah...

Dulu aku selalu rasa ayah aku ‘biasa2’ saja. Bukan tak amazing atau tak hargai ok, sila faham. Tapi sebab aku rasa benda yang ayah aku buat adalah sama dengan apa yang ayah orang lain buat kat anak2 mereka. Kira macam ayah aku sama dengan ayah orang lain la. Benda yang general, semua ayah akan melakukan perkara yang sama terhadap anak mereka. Kemudian, masa form 4-5 dulu, salah seorang sahabat karib aku menyedarkan betapa specialnya ayah aku. *Aku baru sedar*

Kawan: Nadia, ko beruntung dapat ayah macam tu tau. Bestnya ko
Aku: Haaa?? Kenapa? Bukan memang selalu ayah2 akan buat macam tu ke?
Kawan: Ayah aku tak punnnn. *bla bla bla tak ingat apa yang dia cakap*


Aku tak ingat jawapan kawan aku tu macam mana tapi maksud dia ialah dari segi perhatian ayah aku terhadap aku la kiranya. Dari segi usaha ayah aku yang mahu memastikan segala apa yang berlaku kat aku jadi perhatian dia. Dari segi usaha ayah aku memahami apa2 yang aku alami *eh ayat aku berbelit ke?* Dan juga kerapatan aku dengan ayah. Ayah sangat sangat sangat mengambil berat. Mengambil berat yang agak luar biasa la sampai kawan aku boleh perasan. Macam yang aku pernah cakap, every inch yang berlaku ke atas aku semua ayah aku tau.


Kemudian masa aku kerja kat 7-e, sekali lagi perhatian yang ayah aku tunjukkan kepada aku mencuri perhatian rakan sekerja aku sampai diorang cakap macam ni “Nadia, bestnya ayah ko. Jom kita tukar ayah nak?” Bukan sekali dua diorang cakap macam tu, berkali-kali. Boleh bayangkan macam mana tak? Sampai kawan2 aku yang ‘nampak’ semua pakat2 jeles siap kata nak tukar ayah lagik. Boleh kata every tempat kerja yang aku pergi mesti akan ada rakan sekerja yang memperkatakan tentang ayah aku (setakat ni ada la dalam 4 tempat kerja). Masa tu aku baru tahu betapa ‘special’nya ayah aku. Ye, ayah memang special. Walaupun ayah aku tak pernah memanjakan aku dengan kemewahan macam anak2 Dato’ atau anak2 Tan Sri, tapi kasih sayang & perhatian ayah sangat special di mata aku. Dan akan aku ingat sampai mati.


Manja? Tidak. Sebab selagi boleh, ayah sendiri selalu suruh aku berdikari sendiri. Disebabkan ayah yang selalu suruh berdikari sendiri, aku kini dah berani berseorangan kalau nak kemana-mana. Yang pasti jika aku terdesak, aku takkan risau sebab AYAH ALWAYS THERE FOR ME.

Selamat Hari Jadi ke-54 ayah. Semoga ayah sentiasa dipayungi rahmat Allah swt =)

Sayang ayah sangat2 ;)

p/s: Aku dengan nana memang rapat giler dengan ayah. Kitorang selalu 'sharing2' (meluahkan perasaan,bercerita perkembangan diri atau kawan2). Cuma fiza je macam kurang sikit. Maksud aku fiza jarang berkongsi hal2 diri, perasaan, kawan2 & peribadi dengan ayah. Kalau bab sharing2 dia lebih kepada mak aku. Entah, adakah dia segan sebab ayah adalah lelaki? Especially pasal bf, lagi laaa dia takde de nak share2 dengan ayah aku. Hishh kalau aku ada bf nanti, ayah lah orang pertama yang aku rujuk kalau apa2 hal pun. Hahah. Hanya lelaki memahami lelaki. Kan? ;P lalala~

2 tahun lagi

kredit:tumblr

Gerun memikirkan 'janji' yang dilontarkan kepada ayah. Tak terjangkau dek akal fikiran aku selama nih. Kita tunggu je apa yang akan jadi dalam masa 2 tahun ni.

Sama ada berpihak kepada aku atau ayah.

Tuhan, berikan petunjuk-Mu. Please!

Wordless Wednesday #1

Peristiwa memalukan

4 June. Hari ini dalam sejarah la kiranya. Kejadian berlaku kat Jusco Bandaraya Melaka. Tyme tu aku sakan bercerita dan gelak2 dengan nana otw pergi toilet. Sekali masuk2 aku rasa macam wierd. Apasal cleaner dia lelaki ni?????? Sekali nampak budak2 kecik lelaki. Again. Pesal rasa macam aneh semacam suasana ni? Pastu cleaner tu buat tunjuk2 satu arah. Aku macam blur2 jap. Pastu aku baru tersedar.


Boooodoooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rupa-rupanya cleaner tu nak menyatakan yang kami salah masuk toilet suruh pergi dari situ. OMAIGOD malu giler ok. Malu giler2! Tak habis2 cakap diri sendiri bodo sebab bleh plak tak perasan kan. Malu giler weh. Malu sampai rasa macam nak menangis. Rasa macam tercalar maruah jap. Muahahaha. Nasib baik tak ternampak apa2 yang tak sepatutnya. Erkk? hahah kbai!

p/s: Masa baca kisah orang salah masuk toilet, aku selalu rasa macam mustahil jek signboard besar gedabak takkan tak perasan kan. Sekali terkena batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi rendah.

Day 2 – your favorite movie




Aku takde sebarng movie yang boleh aku katakan fav. Selalunya kalau aku kata best, ulang tayang 2-3 kali ke pastu sure da start bosan. Terus rasa 'biasa2'. hahaha

Tapi kalau drama selalunya jangka masa fav tu lama sikit la berbanding movie.


Selalunya tengok sesebuah drama (korea) rasa best gila. Tapi bila ulang untuk kali yang ke-20 tu tetiba rasa macam nak skip skip cari part best or bleh kata kurang umph, tak macam tyme awal2 tengok (excited). Sape tak bosan kan tengok benda sama sampai 20 kali sure kali ke 21 tu mcm bosan sket.


Tapiiiii kan, kalau citer ni kan, aku perasan aku tengok berapa2 kali pun tak pernah rasa nak skip2 atau tak pernah rasa bosan setakat ni. Berapa tahun da? citer ni tahun 2006 kot. Walaupun selepas tu aku claim ada citer lain yang lebih baik jalan ceritanya, lebih bagus skripnya, etc etc, tetap citer ni menjuari carta sebagai citer yang aku paling tak bosan dan tak skip2 walau tengok banyak2 kali pun. Maybe sebab aku SUKA GILER WATAK HEROIN CITER NI. Gila2. Cerita lain walau ada watak heroin yang gila2 pun, tetappppppp TAK BOLEH CELEN watak heroin citer ni ok. Nape ek? Entah, tak tahu. Lakonan dia 'masuk' dalam jiwa aku kot. Gila2, baik, cheerful tapi dalam masa yang sama teaseful, nakal. Camtu lah wataknya. Selalunya watak heroin yang aku jumpa dalam drama just gila2 je tak bape teaseful sangat. haha. Part habit teaseful heroin ni memang aku suka sangat. LOL. kbai