Pages

Selamat Hari Jadi ayah...

Dulu aku selalu rasa ayah aku ‘biasa2’ saja. Bukan tak amazing atau tak hargai ok, sila faham. Tapi sebab aku rasa benda yang ayah aku buat adalah sama dengan apa yang ayah orang lain buat kat anak2 mereka. Kira macam ayah aku sama dengan ayah orang lain la. Benda yang general, semua ayah akan melakukan perkara yang sama terhadap anak mereka. Kemudian, masa form 4-5 dulu, salah seorang sahabat karib aku menyedarkan betapa specialnya ayah aku. *Aku baru sedar*

Kawan: Nadia, ko beruntung dapat ayah macam tu tau. Bestnya ko
Aku: Haaa?? Kenapa? Bukan memang selalu ayah2 akan buat macam tu ke?
Kawan: Ayah aku tak punnnn. *bla bla bla tak ingat apa yang dia cakap*


Aku tak ingat jawapan kawan aku tu macam mana tapi maksud dia ialah dari segi perhatian ayah aku terhadap aku la kiranya. Dari segi usaha ayah aku yang mahu memastikan segala apa yang berlaku kat aku jadi perhatian dia. Dari segi usaha ayah aku memahami apa2 yang aku alami *eh ayat aku berbelit ke?* Dan juga kerapatan aku dengan ayah. Ayah sangat sangat sangat mengambil berat. Mengambil berat yang agak luar biasa la sampai kawan aku boleh perasan. Macam yang aku pernah cakap, every inch yang berlaku ke atas aku semua ayah aku tau.


Kemudian masa aku kerja kat 7-e, sekali lagi perhatian yang ayah aku tunjukkan kepada aku mencuri perhatian rakan sekerja aku sampai diorang cakap macam ni “Nadia, bestnya ayah ko. Jom kita tukar ayah nak?” Bukan sekali dua diorang cakap macam tu, berkali-kali. Boleh bayangkan macam mana tak? Sampai kawan2 aku yang ‘nampak’ semua pakat2 jeles siap kata nak tukar ayah lagik. Boleh kata every tempat kerja yang aku pergi mesti akan ada rakan sekerja yang memperkatakan tentang ayah aku (setakat ni ada la dalam 4 tempat kerja). Masa tu aku baru tahu betapa ‘special’nya ayah aku. Ye, ayah memang special. Walaupun ayah aku tak pernah memanjakan aku dengan kemewahan macam anak2 Dato’ atau anak2 Tan Sri, tapi kasih sayang & perhatian ayah sangat special di mata aku. Dan akan aku ingat sampai mati.


Manja? Tidak. Sebab selagi boleh, ayah sendiri selalu suruh aku berdikari sendiri. Disebabkan ayah yang selalu suruh berdikari sendiri, aku kini dah berani berseorangan kalau nak kemana-mana. Yang pasti jika aku terdesak, aku takkan risau sebab AYAH ALWAYS THERE FOR ME.

Selamat Hari Jadi ke-54 ayah. Semoga ayah sentiasa dipayungi rahmat Allah swt =)

Sayang ayah sangat2 ;)

p/s: Aku dengan nana memang rapat giler dengan ayah. Kitorang selalu 'sharing2' (meluahkan perasaan,bercerita perkembangan diri atau kawan2). Cuma fiza je macam kurang sikit. Maksud aku fiza jarang berkongsi hal2 diri, perasaan, kawan2 & peribadi dengan ayah. Kalau bab sharing2 dia lebih kepada mak aku. Entah, adakah dia segan sebab ayah adalah lelaki? Especially pasal bf, lagi laaa dia takde de nak share2 dengan ayah aku. Hishh kalau aku ada bf nanti, ayah lah orang pertama yang aku rujuk kalau apa2 hal pun. Hahah. Hanya lelaki memahami lelaki. Kan? ;P lalala~