Pages

Menyelami perasaan penghidap HIV

Buat pertama kalinya, air mata turun laju ketika membaca tulisan orang di alam maya. Luahan hati blog seorang lelaki yang telah beristeri dan ada beberapa orang anak dan penghidap HIV positif. Membaca bait2 penyesalan yang menunjukkan dia telah insaf dari kejahilan zaman silam dan kembali ke tikar sejadah, kembali mengenal Tuhan. Membaca luahan ketakutannya yang sudah mula menghadapi tanda2 pesakit HIV yang mana berpotensi untuk ke peringkat pesakit AIDS. Membaca betapa risaunya dia takut penyakitnya berjangkit kat isteri&anak dan langkah2 pencegahan yang dibuatnya. Sedihnya. Turutan kata-katanya membuatkan aku lebih tabah menghadapi hari2 yang mendatang. Rasa diri ni sangat bertuah kerana tidak dipilih untuk menghadapi ujian yang paling ditakuti oleh setiap insan bergelar manusia.

Selalunya kisah ni aku tengok dekat tibi je. Tak pernah pulak ada orang terdekat aku penghidap HIV. So bila baca blog orang secara real ni, rasa sayu semacam.huhu..

Kita selalu rasa kenapa la malang/tak bertuah nya kita sekian2. Asal ada dugaan/cabaran sikit mulalah merungut. Tapi kita tak sedar ada orang yang 1000 kali lebih malang daripada kita.

1 voice out:

Anonymous said...

suka diya baca entri nadia ni. sengih sorang2, terutama masa part nadia kena interview dengan senior chemist. boleh jadi panduan untuk diya interview minggu depan, dan masa2 akan datang =D

good luck dekat tempat baru nanti! ;)