Pages

Reminder


Baru balik dari Melaka. Seriusssssssss penat tak hengat. 2 hari berturut-turut berjalan ke sana ke mari. But we have fun!!! Nanti2 aku citer eh pasal ni.heehhe



Lepak2 tepi laut yang aku sendiri tak tahu kedalaman dia (nampak macam dalam giler) buat aku terfikir, macam mana eh kalau tetiba ada pusaran angin yang entah dari mana datangnya pastu membuat aku hilang pertimbangan dan jatuh ke dalam laut itu pastu 'kiok'.huhu. Tu diaaaa, imiginasi terlampau.

Balik2 dari Melaka kan, terbukak tv1. Ada documentary tentang kejadian letusan Gunung Berapi Pinatubo pada 1991 yang digambarkan letusan paling dasyat yang pernah berlaku di abad 20. Aku macam khusyuk abis la tengok laporan ni. Even nak buat apa2 pun kene tunggu iklan dulu. Dah la iklan dia sekejappp sangat (kalau iklan tv3 sure berlambak sampai kiranya sempat pergi mandi lah), so aku dengan nana dengan ayah macam tak bergerak je depan tv.


Bila menyusuri pengalaman saintis yang terlibat dalam kajian gunung berapi tu serius rasa insaffff giler. Aku rasa kalaulah saintis yang terlibat tu Islam, sure alim lah. Mana taknya, mereka diberi peluang untuk mengkaji betapa besarnya kuasa Tuhan depan mata sendiri. Berminggu-minggu sebelum tarikh letusan gunung berapi tu diorang siap dah kaji dah awal, dengan bermacam-macam graf, itu-ini. Mereka jugak yang mengeluarkan amaran supaya orang ramai pindah etc etc. Bila mereka buat kajian sendiri dengan segala pengetahuan yang mereka ada, mereka ‘nampak’ bahaya yang sedang menanti. Mereka sedar yang mereka mungkin terkorban sepanjang proses pemantauan tapi mereka teruskan jugak kerja mereka. Macam terkesan bila diorang kata “My family need me but my country need me more”.


Paling aku rasa berdebar, since mereka saintis maka mereka2 ni la orang terakhir yang meninggalkan tempat tu. Ye la, since diorang ni pengkaji mesti la ada buat rakaman itu ini, takkan tengok awan berkepul-kepul dah terus lari kan (kalau aku la, tengok asap banyak memang dah lari dah). Kiranya mereka buat pemantauan sehingga ke saat2 terakhir. Berdebar je rasa macam mana di tempat mereka bila gunung berapi dah start meletus, dah start memuntahkan lahar pastu mereka pecut menaiki kenderaan ke tempat yang lebih selamat sepantas yang boleh di mana sepanjang perjalanan tu mereka saksikan sendiri di belakang mereka, lahar2 berbentuk pusaran sedang ‘mengejar’ mereka. Seolah-olah maut sedang ‘mengejar’ mereka. Lambat sikit sure mati lah.


Ayah aku cakap since saintis2 ni dah ‘menyelamatkan’ beratus ribu nyawa manusia(dengan cara membuat kajian,ramalan tentang gunung berapi dan mengeluarkan amaran bahaya kepada orang ramai dan mengarahkan supaya perpindahan becara besar-besaran), seolah-olah kali ni Allah pula yang selamatkan mereka.


Ayah aku tanya, kalau aku lah di tempat saintis tu, apa yang aku rasa? Adakah terus bersara?(LOL). Tapi bagi aku la, kalau aku jadi macam diorang,saksikan sendiri,rasai sendiri keajaiban Tuhan sure aku dah habis alim dah. Pastu bila alim rasa macam tak berapa nak takut mati. Sebab mati itu sangat pasti, cepat atau lambat je. Aku rasa kalaulah aku sendiri yang berada si tempat mereka (bukan di tempat orang awam yang menghadapi bencana ni, tapi di tempat saintis2 yang sentiasa buat pemantauan pergerakan gunung berapi ni) sure aku tak ke arah duniawi sangat (eh sekarang duniawi sangat ke? Ahaha. Tak lah Cuma aku rasa macam tak cukup ‘bekalan’ je).


Somehow aku rasa saintis yang buat kajian gempa bumi/gunung berapi ni special sikit job diorang daripada job2 yang lain (although semua pekerjaan ada keistimewaan masing2). Sebab realitinya, alam semula jadi ni sangat berkait rapat dengan kuasa Tuhan. Siapa yang menggerakkan batu-batuan itu kalau bukan Tuhan kan? Rasa macam ajaib giler bila fikirkan balik macam mana batu-batuan ni boleh bergerak sendiri sehingga menghasilkan lahar dan bertekanan tinggi, etc etc. Dan paling penting, ia mampu mengorbankan nyawa sesiapa sahaja. Dan mengikut kajian mereka, letusan itu merupakan 200 000 kali ganda lebih dasyat daripada letusan bom nuclear buatan manusia yang kat Hiroshima dan Nagasaki tu (sila semak subjek sejarah SPM.haha). Kuasa yang jauh lebih dasyat dari ramalan mereka. Cuma bezanya Hiroshima dan Nagasaki tu memang betul2 bandar dan ramai orang manakala Pinatubo tu gunung2,pedalaman dan tak ramai orang (tetapi ‘kuasanya’ mampu ‘mengejar’ orang dan mengorbankan ratusan ribu nyawa). Dan ia membuktikan walau sehebat mana pun kuasa manusia (yang kadangkalanya cuba ‘menandingi’ kuasa Tuhan) hebat lagi kuasa Tuhan dan kesannya dah tentu lebih dasyat dan tak mampu ditandingi dan diramal oleh manusia.

p/s:Aku rasa gempa bumi+letusan gunung berapi macam dapat beri gambaran keadaan pada hari kiamat. =D

p/s: To 'my new friend', my previous entry are not referring to u. It's general (although ada kaitan sikit2 dengan peristiwa itu+i mix it with my previous exprience but really i'm not referring u). Jangan terasa eh. And i'm no longer feel uneasy to that person anymore. Although dia ada mengeluarkan memek muka+perkataan yang tak sedap didengar while u're not with us at certain time. Yeah, although i know she's a bit 'cakap lepas' but i can't stand anymore especially bila datang part she comment my milo ais tabur. Apa kuno sangat ke tak pernah jumpa milo. kahkahkah. Perhaps i'm not 'familiar' with her and that was my first time hang out with her so i can't easily fire her back. LMAO. Rasa annoying sebab tak boleh fire her back. That's all. And FYI, I'm not the one yang merajuk+gado2 dengan orang terdekat hanya sebab2 macam ni. =)

Tolong faham

Kalau aku kata tak nak tu, maksudnya aku tak nak. Bila aku geleng kepala/cakap tak nak lebih dari 3 kali maksudnya memang aku betul2 tak nak. Aku betul2 maksudkannya. Bila aku buat statement lebih dari tiga kali tolong simpan dalam kepala, jangan minta aku ulang lagi atau buat2 tak faham. Aku rasa macam terkilan bila kene buat statement almost 10 kali dalam masa yang sama. Nampak macam kau tak nak memahami aku. Tolong faham boleh? TQ. Bila ia berkaitan dengan prinsip (yang melibatkan budaya hidup dan agama), memang aku jenis yang tak akan dan tidak mudah terikut-ikut orang walau macam mana hebat pun cara kau mempengaruhi aku. Walau macam mana baik pun kau dengan aku (simpan statement ni laju2 dalam kepala). Jangan fikir if kau pujuk2 or desak aku banyak kali aku akan setuju dengan kau. Dan tolong jangan desak aku lagi otherwise aku 'terpaksa' mengeluarkan perkataan2 yang mungkin mengguris hati kau (dan mungkin akan mejauhkan diri dari kau). Aku taknak buat macam ni, sebab tu aku minta sangat2, tolong la faham.

Aku hormat dengan orang yang berlainan dengan aku yang tak pernah paksa aku buat benda yang dia buat. Yang memahami aku dan mungkin dalam hati mereka berkata "Owh..Dia tak boleh buat macam ni. Dia bukan jenis orang yang macam ni" "Owhh, dia tak boleh pergi tempat macam ni". Dan tak akan 'membuat muka' bila aku tak ikut diorang sebab diorang faham, tak desak aku buat benda yang aku tak kan buat dan tak desak aku pergi tempat yang aku tak akan pergi.

Aku tak suka orang paksa benda yang aku tak nak buat (dan secara logiknya benda yang aku tak akan buat).Tolong faham boleh? Aku tak suka la mengeluarkan perkataan yang melibatkan isu2 sensitivity orang ni. Nanti kau kata aku mempertikaikan kau pulak padahal kau tak sedar yang kau sedang mempertikaikan aku.

p/s: Tak tuju dengan sape2 yang baca ni. Kalau rasa bukan anda, anda tak buat, jangan terasa eh. Kalau terasa tu memang betul anda buat la tu(LOL. Joke) .Saje nak lepaskan perasaan. Eh, blog kan medium nak lepaskan perasaan lah bukan? Sebab ia membuatkan aku rasa orang yang aku tujukan benda ni sedang membaca ini padahal dia tak tahu pun blog aku ni wujud.

Adab ber-housemate



Alahaiiii. Dah la setiap masa aku dengar bahasa Tamil yang buat aku terpening-pening. Kuat betul depa ni pasang tv. Takpe la, tv dia tu haaa kat ruang tamu, astro dia bayar (astro kau, tapi macam tak berguna je ada astro kalau doplohpatjam bukak rancangan Tamil. Baik subscribe tv negara India terus), even rak tempat letak tv pun dia punya maka sahih dia concere ruang tamu , tak kisah la dia nak tengok apa2 pun kan. Bukak kuat2 pun ...hemmm. lantak lah kan.

Tapiiiii apa kes kan bawak adik & mak tinggal sekali. Bukan 2-3 hari okeh tapi 2 minggu!! Apa dia nak genapkan dua bulan ke apa.

Dah la tinggal lama2, pastu lepak pulak kat ruang tamu doplohpatjam sambil tengok tv pasang kuat2 bahasa Tamil, pastu borak2. Pastu masak2 bagai. Pulak tu tak bukak tingkap, habis berbau satu rumah dengan bau rempah kari apatah. Setiap kali lalu ruang tamu, pergi kerja ke balik kerja ke confirm hidung aku sesak dengan bau2 ni. Rimassss. Tolong la masak bukak tingkap!!! Masuk je bilik aku baru la hidung aku ni lega sikit. Nasib la bau2 ni tak tembus masuk bilik aku.

Pendek kata tetamu yang tak diundang tanpa segan-silu buat rumah ni sebijik macam rumah sendiri dan aku (dan sorang lagi housemate) selaku penyewa terawal rasa macam menumpang di rumah sendiri. Can imagine? Korang tak boleh imagine selagi korang tak takde housemate macam ni. Now, sekali tengok aku macam duduk rumah orang India.

Aku rasa benda ni boleh consider(mungkin) kalau semua housemate baik kamceng giler even boleh tidur kongsi satu tilam, makan pun boleh share satu pinggan. Kalau setakat baik biasa2 setakat 'baik housemate' takyah la buat peel cenggini.

Sebelum ni mana ada dia bawa2 orang tumpang tidur ni. Ni mesti sejak dia perasan aku bawak kawan aku masuk rumah ni. Hello, kawan aku datang rumah, dia duduk diam2 dalam bilik aku je okeh. Takde pun dia berlegar-legar di ruang tamu buat macam rumah sendiri. Nak cakap terkuat sikit pun cover2 takut mengganggu housemate lain. In fact tak menganggu langsung (even my other housemate said so, dia sendiri pun tak perasan bila masa aku bawak kawan masuk rumah). Dan kinda obvious my friend not even stay here (tak bermalam pun). Ni dia ni apa kes stay sini sampai 2 minggu? Nak cukupkan dua bulan ka? Nanti aku nak suruh housemate aku yg lagi sorang charge bil api dan bil air bulan ni banyak kat dia.

Kalau nak sarkastik sikit, nak je aku bawak tv, dvd (eh ada ke dvd nya? LOL) pastu place kat sebelah tv dia pastu cari la citer cina ke, citer Korea ke (bahasa yang sure dia tak faham) pastu pasang kuat2, serentak dengan diapun takpe. Nak tengok apa reaksi dia. Apakah dia akan terpening-pening jugak?

Baru aku faham apasal dulu mak aku bising kalau kitorang adik beradik tengok cerita Hong Kong style pasang volume kuat2. Dia mesti sound suruh kecikkan volume sambil cakap "Macam rumah orang Cina je" pastu bila kitorang pasang cerita Korea kuat2, ayah aku pulak sound suruh kecikkan volume (tapi sekarang tak koser pasang citer korea kat tv, pasang kat lappy jek). It's the fact kalau bahasa yang kita tak suka, bila kita dengar secara kuat dan berterusan, akan rasa macam terganggu gila. Rasa menyampahhh. hahaha. Pening ok dengar bahasa & muzik Tamil ni. Serius tak boleh masuk. Dengan bunyi seruling apa tah 24 jam yang tak sedap langsung dan di luar norma.LOL. hahaha. Hindustan takpe agi kan. Adik aku& kakak aku layan ok kadang2 cerita Tamil kat ASTRO channel apa tah. Setiap kali diorang layan, setiap kali tu la aku lari naik bilik tingkat atas.hahah. Tak larat nak dengar noks.

Sepatutnya rumah ni ada tiga je housemate. Aku, lagi sorang (malay) dan india tu. Sekarang dah jadi 5.

p/s: Housemate aku yang malay ni memang taubat lepas ni takmau amik sek sek bangsa diorang. Macam2 karenah. Dulu siap semayang dalam bilik , of course bau2 colok semerbak satu rumah. Mengganggu la okeh. Housemate aku sound, dia dah tak semayang kat bilik dah tapiiiii angkut segala patung2 masuk dalam bilik siap dengan kain kuning bagai. Housemate aku sound suruh bawak patung2 tu keluar otherwise suruh dia cari rumah sewa lain (Malaikat tak masuk rumah yang ada patung kan? Apatah lagi patung agama lain), now aku intai2 macam takde dah patung2 tu.

Teaser

1) OMG, cepatlah 30 hb. I'm dying i'm dying i'm dying.

2) Mungkin ada yang perasan aku dah tak berapa aktif update status FB sekarang. Jauh beza kot dengan dulu. Kalau dulu satu hari boleh sampai 3 status. Sekarang satu status satu hari pun susah.hoho... Juga tak berapa aktif nak berinteraksi bagai. Don't worry, i'm always 'watching' you. =)

3) Hujung minggu ni aku akan busy. Dan minggu depan jugak,. Dua kenduri kawen berturut-turut. Confirm hujung minggu ni akan ke melaka menghadiri majlis kawen. Masalahnya kamera belum servis lagi. Uwaaaa, baru nak servis ujung bulan ni.huhu. Nana, takpe, kita bergambar sakan bulan depan la eh. Sobs sobs sobs.

4) Saengil chukkha hamnida kepada blogger cik Siti Farah Aminuddin. Hehehe. Selamat hari lahir yang ke 23 dear. Dia ni antara orang terawal yang aku kenal di arena blog ni (cewahhh 'arena', skema uolss). Ini ucapan pertama, ini ucapan kedua, dan entri ini adalah ucapan ke-tiga. Moga ia berterusan selagi termampu =)

p/s: Farah, i got the feeling 'tarikh' ehem ehem tu macam nak dekat2 je. Next year kan? Hehehe =D

Tag ke-2

Tag ke-2 ni dari Arina. Dia kata boleh pilih maka aku pilih sama macam diya.hehehe

Note : Bold adalah hampir sebenar aku, italic adalah sikit2 or 50-50,yang aku strike tu adalah sangat bukan aku. Here we go! (nape aku rasa tag ni ala2 confession ek? hihi)

My personality :

* i’m loud.
* i’m obnoxious.
* i’m sarcastic.
* i’m cocky.
* i cry easily.
* i have a bad temper.
* for the most part i don’t like people.
* i’m easy to get along with.
* i have more enemies than friends.
* i’ve smoked.
* i’ve smoked weed.
* i drink coffee.
* i clean my room daily.

My appearance :

* i wear makeup.
* i wear a piece of jewelry at all times.
* i wear contacts. (sekarang tak, but in the future akan.hehe)
* i wear glasses. (dulu tyme belajar pakai masa kuliah je sekarang takde kuliah tak pakai la.hehe)
* i have braces.
* i change my hair colour often
* i straighten my hair often
* i have a piercing
* i have small feet

Relationships :

* i’m in a relationship now.
* i’m single.
* i’m crushin’.---> okeh,ini tipu. Olok2 crush dengan Kyu Jong (SS501).
* i’m in love.
* i’m always scared of being hurt.
* an ex has physically abused me at least once.
* i’ve told someone i loved them when i didn’t.
* i’ve told someone i didn’t love them when i did.
* i’ve been in love more than two times.
* i believe in love at first sight. *Ingat lagi dengan entri ini?*
* i believe lust is more important than love. *lumrah ok. Ada sesape girl boleh kawen dengan gay?LOL*

Friendships :

* i have a best friend.
* i have at least ten friends.
* i’ve gotten a phone call in the last 48 hours from a friend.
* i’ve beaten up a friend.
* i’ve been in a serious fight with a friend.*'perang dingin' dikira ke? Kalau ye, dengan dua orang je. Sorang tu kitorang baik balik selepas 5 bulan, lagi sorang tak baik2 lagi sampai sekarang. Tapi kalau fight jenis tarik2 rambut ke a.k.a secara fizikal memang takde la*
* i can trust at least five people with my life.

Experiences :

* i’ve been on a plane.
* i’ve been on a train.
* someone close to me has died.
* i’ve taken a taxi.
* i’ve taken a city bus.
* i’ve taken a school bus.
* i’ve gone bungee jumping.
* i’ve made a speech.
* i’ve been in some sort of club.
* i’ve won an award.
* i’ve spent 24 hours on the computer straight.
* i’ve been in a physical fight

Music :

* i listen to r&b.
* i listen to country.(lagu Siti Nurhaliza & Sixth Sense only)
* i listen to pop.
* i listen to techno.
* i listen to rock.
* i’m one of those people who play songs repeatedly until i hate it. *Aku selalu kene tegur dengan mak aku "Tak jemu ke dengar lagu (insert song yang selalu dimainkan) banyak2 kali?". Hate tak la kot tapi jemu sikit mungkin ada tapiii confirm esok2 kang aku pasang lagi.*
* i hate the radio. (sebab radio banyak sangat iklan dan lagu2 yang aku tak minat. Selalu kalau dalam kereta tyme semua orang dengar radio, i'm the one yang dengar mp3 (handphone)
* i download music.
* i buy cd’s. *DVD/VCD only. Aku bukan jenis yang beli audio CD*

Television :

* i spend at least six hours a day watching television.
* i watch soap operas daily. *Apa benda soap opera ni? Jenis sabunkah?*
* i’m in love with days of our lives. *Google kejap rancangan apakah ini*
* i’ve seen and liked the o.c. *o.c tu apakah?*
* i’ve seen and liked one tree hill. *pernah dengar tapi tak pernah tengok*
* i’ve seen and like americas next top model. *selalu dengar tapi tak pernah tengok*
* i’ve seen and like popular. *tak pernah dengar*
* i’ve seen and like 24. *tak pernah dengar*
* i’ve seen and liked csi. Pernah 5-6 kali try tengok (sebab macam semua orang kata best) tapi masing2 tak lebih dari 10 minit. Aku macam terpening-pening tak faham/tak boleh concentrate. Aku prefer siri penyiasatan drama2 dari Hong Kong. Walaupun tak de teknologi canggih2 dan mesin hebat2 tapi cara diorang olah plot cerita dan cara diorang menyiasat sangatlah menguji minda dan penuh dengan surprise yang tak terjangka (at least for me) . Aku, fiza dan nana dulu sama2 addicted dengan drama2 penyiasatan Hong Kong (sebelum zaman cerita Korea popular), selalu main teka2 sape yang bersalah dan sila provide reason dan bukti2 kenapa kita syak orang sekian2. Setiap kali tamat cerita, mesti ada sesi perbincangan meneka dan provide reason2 (cewahhh macam ilmiah pulak ada sesi discussion bagai neh) tapi selalunya tekaan kitorang salah.
* i’ve seen and like everwood. *tak pernah dengar*

Section ni semua strike. Nampak sangat aku tak berapa ke arah rancangan from Western. Aku ketinggalan sikit bab2 cerita/television dari omputih ni.


Section

Family life :

* i get along with both of my parents.
* my biological parents are still together.
* i have at least one brother.
* i have at least one sister.
* i have at least one step brother/sister.
* i have at least one half brother/sister.
* i’ve been kicked out of the house.
* i’ve ran away from my home.
* i’ve sworn at my parents.
* i’ve made my parents cry. Mak aku pernah nangis masa mula2 aku nak masuk MRSM. Ayah aku pernah sebak masa dia tengok result PMR aku. Yang lain2 tak tahu pulak.
* i’ve lied to my parents. *kinda*
* i’ve lied to my parents about where i am.
* i’ve lied to my parents about what i’m doing.
* i’ve lied to my parents so i’d be allowed out.
* i’ve walked out when i’ve been grounded.

Hair :

* i’ve been brown.
* i’ve had streaks.
*i’ve cut my hair in the past year.
* i’ve dyed my hair in the past year.*tak pernah dye*
* i’ve been blonde.
* i’ve had black.
* i’ve been red.
* i’ve been light brown.
* i’ve been medium brown.
* i’ve been blue/green.
* i’ve gotten my hair thinned.
* i use conditioner. *akan datang mungkin. hehehe*
* i’ve used silk therapy.
* i’ve used hot oil treatments.
* i’ve curled my hair
* i’ve straightened my hair.
* i’ve ironed my hair.--->once. Masa kecik2, main2 rambut/fesyen2 dengan akak aku. LOL.Konon laaaa.
* i’ve braided my hair.

School

* i’ve yelled at a teacher.
* i’ve been suspended.
* i’ve had an in-school suspension.
* i’ve been sent to the principals office.
* i’ve walked out of class.
* i’ve skipped an entire day of school.
* i’ve skipped a whole month of one certain class.
* i’ve failed a test.*Once*
* i’ve cheated on a test.
* i’ve helped someone else cheat on a test.
* i’ve failed art.
* i’ve failed p.e.*taktau la apa benda p.e ni*
* i’ve failed math.-->add math, yes. Once.
* i’ve failed science.
* i’ve failed another class.
* a teacher has called my parents

Ok, done! =D

Mars Men Venus Women

Melayan tag dari diya jap ;)

"- Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note. -"

1. If someone says, “Is this okay?” you say : Because I’m Stupid-SS501
2. How would you describe yourself? : U R Man- SS501 *Errr…*
3. What do you like in a guy/girl? : Open Your Eyes- Maher Zain
4. How do you feel today? : Warning- SS501 *HAHA*
5. What is your life’s purpose? : Find- SS501
6. What's your motto? : Let Me Be The One- SS501
7. What do your friends think of you? : Only One Day- SS501
8. What do you think of your parents? : Love Ya- SS501 *of course*
9. What do you think about very often? : Deja vu- SS501 (kalau aku diberi peluang masuk rancangan menari-nari or berlatih menari, or apa2 yang menari, aku nak belajar&perform dance lagu ni boleh?? Sebab dance lagu ni sangat cool owhhh. Mula2 tengok MV tak terasa sangat tapi bila tengok live performance, memang terasa la.haha)
10. What is 2 + 2? : Fate- Full House k-drama OST (tak tahu sape penyanyi sebenar)
11. What do you think of your best friend(s)? : Bisakah- Siti Nurhaliza
12. What do you think of the person you like? : Nobody- Wondergirls
13. What is your life story? : Girl Generation- SNSD
14. What do you want to be when you grow up? : Mister –KARA (sebenarnya aku pun tak tahu lagu ni pasal apa . Malas nak amik tahu,aku suka dengar je. hohoho)
15. What do you think of when you see the person you like? : Everything- SS501
16. What will you dance to at your wedding? : A Song Calling For You- SS501 *halamak setahu aku dance lagu ni bercirikan comel. Adakah aku akan menjadi pengantin TER-comel? Auwwwww. Ahaks!*
17. What will they play at your funeral? : Again- SS501 *lagu ni mempunyai muzik yang sedih plus mendayu-dayu.Sobsobsob ok la kot*
18. What is your biggest fear? : Making A Lover- SS501 *eh?HAHAHA.lol*
19. What is your biggest secret? : Confession-Kim Kyu Jong (SS501) solo.* I prefer his solo version than group version. *And errr setakat ni belum buat confession love2 kat orang lagi. Confession sebab tak puas hati kat orang ada la.haha. LOL
20. What will you post this as? : Mars Men Venus Women- Kim Hyung Jun (SS501) solo

Kantoi

Camne nak eja kantoi? K-A-N kan, T-O-I toi, KANTOI. Hahaha

Ingat lagi entri pasal 'tentang blog''? Yang aku taknak someone tahu url blog aku tu? Yang tipu sunat aku cakap kat dia aku takde blog tuu (aku cari balik entri tu rupanya aku dah delete dah). Punya la pusing2 rupa-rupanya dia dah laamaaaaa sampai blog aku da. SEBELUM ENTRI TU LAGI OKEH. Baca secara senyap2. Don’t ask me where she get my link. It just a long story (I’m not give direct to her, it just she found my blog accidentally). Aigo, ni yang nak terblushing-blushing neh *nadia,sila sorok muka dalam kain cepat*. Hahaha. Errr… Sila2 masuk, lepak lama2 macam lepak di blog sendiri. Hahaha. Yes, this is the true nadiah.


1) Yang sangat gilakan takoyaki sehinggakan berangan-angan bolehkah aku jadikan takoyaki ni sebagai salah satu menu masa majlis kawen aku in the future nanti? Wakaka… Tak pernah dibuat orang deknon!

2) Yang sukakan kpop artist(perlukah aku spesifikkan SS501 only? LOL obvious)/lagu korea/drama korea/bahasa korea etc etc. Tapi aku tak berhajat/berminat dok korea pun. Jepun bleh? hahaha

3) Yang tak ada abang kandung/adik lelaki tapi berangan yang konon2 double S itu abang2 aku or adik2 aku (eh, adik??) yang weirdo kesemuanya bila tyme bersama-sama.LOL. Like one happy family I feel for them currently..Not like fans-idol anymore as before.

4) Yang suka beremosi kat dalam blog tapi kat luar senyap giler.

5) Yang agak skema dengan orang baru kenal/tak rapat(wakakaka) tapi kat blog tak skema langsung. (Owh, tak skema2 pun BM aku A1 ok. So takyah mempersoalkan tentang struktur ayat aku mahupun tatabahasa. LOL. Janji aku tak tulis secara ‘pelat’ cukup. LOL again and again.)

6) Yang agak sarkastik dengan orang2 yang kerek/poyo sahaja. So jangan la sesapa start poyo/kerek dengan aku yee.


Takoyaki, SS501, korea,kpop ----> Dia ingat ok keyword2 utama blog aku ni/apa yang aku suka.haha. Thanks ye sebab sudi ingat ;)


Aku tanya dia sejak bila sampai blog aku? Dia kata dia dah pernah singgah blog aku lamaaaa dulu (sebelum kenal aku) sebab tu masa first time jumpa aku dia macam kenal aku tapi tidak tahu dimanakah pernah kenal dan dia jumpa sekali lagi blog aku (tyme dah kenal aku) tyme aku tulis entri berderet pasal double S dulu). Hahaha nasib baik dia tak muncul tyme entri berderet pasal YAB dulu, lagiii la. Hahaha. Entri2 kat blog aku ni 'bermusim' eh jangan taktau.

Sebentar


Aku sure ramai yang jenis macam aku. Aku kalau marah, aku jenis yang agak ‘lepas’. Maksud aku dalam blog la not in a real life. Sebab aku jenis yang sensitive maka aku pun sensitive dengan perasaan orang. Aku selalu rasa aku tak patut lepaskan rasa marah kat orang lain sebab aku tak suka bagi orang terasa. Sebab tu dalam banyak keadaan, aku banyak diam, diam dan diam. Namun, diam aku banyak disalah ertikan.


Dan tempat aku luahkan rasa marah/kecewa adalah dalam bentuk tulisan. Tapi sekarang aku dah malas menulis owh, lenguh jari2 aku ni, maka aku banyak taip, simpan dalam Ms Word (lepas tu akak aku terjumpa file tu pastu baca hah amek kau orang tau dah apa yang kau rasa). Kadang2 jugak aku bawak masuk dalam blog.


Tapi percayalahhh , marah aku tak kemana pun. Lepas je aku luahkan dalam blog, tak lama tu mesti aku rasa ‘bebas’. Bebas daripada perasaan yang mencengkam diri. Bebas daripada dendam. Sebab tu sehebat mana pun aku marah kat orang, sebesar mana pun kesalahan orang (aku rasa entri ni yang paling ‘besar’ sekali. Hanya beberapa orang je tahu cerita sebenar), aku cepat melupakan dan memaafkan. Ia, maaf dan lupa. Aku dah boleh berhadapan dengannya(2 bulan lepas kot) tanpa rasa marah/dendam/tak suka lagi dah. Just neutral (aku rasa dia mesti ingat aku marah/tak suka dia punya la.)Padahal kesalahan yang dia buat agak luar biasa daripada norma. Aku pun pelik apasal eh aku rilek/neutral je depan dia. Tak macam dulu, menggigil-gigil tangan taip mesej maki2 dia (for the first time ever happen in my life) pastu rasa macam kalau dia ada depan mata rasa nak bagi jelingan maut. Tu dulu la. Oh tuhan, semoga aku tak berhadapan dengan situasi macam ni dah. Sangat seksa ok. Sangat seksa bila hati sarat dengan rasa marah tak kira la sape pun dia.


p/s: kepada yang berkenaan: I think you read my blog. Dan aku rasa kalau berkesempatan dan ada internet mesti kau baca blog aku. Tell ‘him’ that I’m not that angry to him anymore. Langsung takde. Secara rasmi. Aku sangat la sure 501% yang mesti dia rasa kekok dengan aku kan lepas apa yang terjadi? Mesti dia ingat aku berdendam dengan dia lagi kan? Hahaha. Kelakar plak bila teringat the fact yang dia cakap dengan kau apa yang aku mesej tu dengan nada yang macam pasrah ke apatah.haha(tapi dengan aku dia tak reply pape plak.LOL). Apasal aku rasa yang dia 'berubah' lepas dapat mesej aku at that night? Kau mesti terkejut@tak sangka aku berani bagi mesej tu kat dia kan. haha.Jaga diri baik2. Just remember, kau happy, maka aku pun happy. Buat apa nak simpan rasa marah lama2. =)


p/ss: kepada yang berkenaan yang lagi sorang yang everytime ada internet skodeng blog aku(haha): Kau pulak rasa apa eh dengan dia? Secara jujur please. Adakah sama macam aku? Atau kau masih membenci dia? Ceritakan dalam blog kau, nanti aku pergi sana baca. Cerita eh, tak cerita siap kau. Haha


p/sss: Nak buat entri menyelesaikan hutang tag pasni =)

Cerita Hari Raya dan rancangan hujung bulan


1) Takde la istimewa mana. Pagi2 makan rendang dengan ketupat. Mak aku buat dua jenis rendang. Satu rendang biasa (ayam) lagi satu lagi rendang cili api (paru lembu). Fuh nak bawak gi mana tu masak banyak2 just untuk 4 orang makan? Hahah. Sebenonya mak aku nak bawak segala rendang2 tu pergi rumah pakcik aku. Kiranya raya kat sana la petang kang. Kat Klang.


Kalau dah gi Klang tu apa lagi? Of course la ada adegan merayu-rayu dengan penuh semangatnya dan penuh tragisnya (biasalah,drama lebehhh) minta ayah singgah kat Jusco Bukit Raja kejap. Best owh Jusco Bukit Raja, besarrrr dan banyak kedai. Aku dengar cerita , Jusco ni merupakan cawangan Jusco terbesar kat Asia Tenggara. You guess, apa benda main aku nak ke sana? Apa dia? Kalau dah namanya Jusco tu of course la nak beli TAKOYAKI!! Hahah. Awal2 ayah aku dah cakap “Eh, buat apa. Ada hari2 raya pergi jusco pulak”. Maka aku pun cakap la dengan mak pagi tadi


Aku: Mak, orang dengan nana nak pergi Jusco Balakong ni naik motor. Nak beli aki2 (nama manja Takoyaki yang family aku reka,kalau ada masa nanti aku cerita mana datangnya nama ni).
Mak: Buat apa? Kan kita nak pergi Klang. Nanti singgah la kat Jusco Bukit Raja tu beli.
Aku: Ayah cakap ayah tak nak singgah
Mak: Ala, tepi tu je (tepi highway). Boleh je singgah kejap (mak aku cakap dengan sungguh2 macam sure jeeee ayah aku nak singgah kan)


So, tak jadi aku dengan nana berjalan ke Jusco Balakong tadi.. Hahha. Mak aku part2 memujuk-mujuk ni memang la terer. Ayah aku taknak2 pun sure ikutkan aje kalau mak aku pujuk2. Tapi tu selalunya la. Kali ni tak tahu lagi. Doakan la aku dapat pergi eh? Dah sebulan tak makan Takoyaki ni. Wakakaka. Kalau aku tahu jalan ke sana sure aku dah berlepas ke sana takyah tunggu ayah aku daa. Hahaha. Lagipun aku nak beli ada kasut cantik murah lagikan selesa kat sana. Best owh kasut tu. Wedges type (eh betul ke aku eja wedges ni? Jangan korang ingat wedges yang KFC tu dah la ek)


Nanti aku dengan nana buat la drama2 sket dalam kereta tu pujuk ayah suruh singgah (nak memujuk ayah kami kene keluarkan segala skill memujuk yang ada. Drama2 tu adalah salah satu skill wajib. muahaha). Ayah aku ni kalau datang bab skema dia memang la skema abis. Contoh skema? ‘Mana ada hari raya orang pergi jusco’. Itu la word skemanya padahal boleh je lah kan nak pergi Jusco bebila pun hatta Hari Raya Aidilfitri sekalipun.


2) Rancangan hujung bulan


Tak sabar tunggu 30 hb. Aku rancang nak keluar gi Jusco Bukit Raja (again??) dengan officemate aku. Jalan2, tengok wayang dan etc.


Nak beli my wishlisttttt!!!!!!!!!!!!!!!


Pastu nak belanja family pergi makan Western Food kat Serdang. Sebenarnya kat tempat aku ni (area Cheras) ada je kedai Western Food yang kitorang biasa pergi dan rasanya sedap lah gak. Ramai je makan kat situ. Tambah2 lagi kedai tu pernah masuk TV3 dalam rancangan Jalan2 Cari Makan (family aku ada tengok kat TV dan ada nampak plak JJCM TV3 yang dipamerkan kat situ). Tapiiiiiii kalau kau dah selalu sangattt makan kat situ sure boring kan? So aku ingat kali ni nak makan kat Serdang. Port kedai ni ialah antara port yang selalu aku dengan kawan2 aku pergi (kalau ada duit lebih a.k.a PTPTipu baru masuk)masa kat UPM dulu. Tapi not bad lah kedai tu. Makanan pun sedap.Yang penting banyak pilihan menu. Kalau kuah tak cukup boleh mintak extra tanpa bayar lebih. Aku rasa layak masuk JJCM sebab suasana kedai dia cantek bangat+lampu kuning style ala2 romantik gituuu. Sesuai kalau makan dengan kekasih cinta hati. Wakakaka….

Ok, ayah gi masjid tolong2 Korban mana2 yang patut. Mak aku join para mak2 yang prepare makanan untuk orang makan2 (majlis untuk orang ramai). Aku dengan nana kat rumah tunggu masa je nak bersiap ke Klang ni.hehehe.. Ok bye!

Blogger inspirasi

Tak tahu nak cakap inspirasi macam mana kan. Tapi sebab baca blog my inspiration blogger ni yang buat aku tetiba join blogging =)


Dulu aku cari2 blog yang best. Selalu kalau orang tulis novel mesti la blog dia best kan. Tapi hmmmphhh, kesemuanya tak menepati citarasa aku. Termasuk la beberapa penulis kegemaran aku, yang setiap bukunya jadi top bahan bacaan tapi blog pulak tak memenuhi taste aku. Sampai la aku ter-across ke blog Kak Nia Azalea ni. I tell u, first time landing sampai ke sudah tak habis baca. Aku khatam semua entri2 dia yang lepas2 siap copy entry dia save kat Ms Word untuk dibaca di kemudian hari (tyme tu nak cuti sem, kat rumah takde internet).


Aku suka cara dia olah ayat. Despite the fact yang blog dia tak se-glemer blog2 lain yang aku pernah baca,yang earning nuffnang mencurah-curah beribu-ribu ringgit masuk tiap2 bulan, tapi aku sangat suka every each entry dia. Semacam tulisan yang sangat ori (bukan nak kata tulisan orang lain tak ori eh tapi biasa la kalau kita suka baca sesuatu blog mesti ter-influence sedikit sebanyak dengan gaya tulisan orang tu, itu biasa lah kan especially kalau baru2 nak berblogging mencari tapak~style tulisan) dan tulisan dia jugak tak terlalu nak menghiburkan orang lain/tarik perhatian orang lain dan 100% dari hati yet still entertaining. Jugak tak terlalu over-exaggerating (aku kadang2 over-exaggerating.LOL). Aku follow blog dia sejak dia blogging kat blogdrive lagi.


Kiranya isi entri dia dan cara dia tulis , aku suka. Suka baca social life dia,kata2 nasihat dia from a professional view, suka baca life dia masa amik Master kat UK (now, she’s taking phd), pasal family dia, pasal kawan2 dia, pasal kehidupan dia yang lepas2. Semua la. Yang aku paling suka baca ialah how dia describe seseorang dari perspektif dia. Bukan describe menilai ke apa, tapi the way dia cerita interaksi dia dengan orang. Contoh , macam ni

Sekarang ni, kawan statistik hanyalah Lu dan Kate. Dengan Lu aku tak leh nak cerita masalah studi sebab dia tak terbuka untuk perbincangan panjang lebar. Dia ada skema jawapan yang tersendiri. Kire dia ni cam ala-ala receptionist kat kaunter pertanyaan. Aku tanya, dia jawab. Tapi kalau nak bincang lebih lanjut, harap maaf!

Dia ni happy go lucky tapi ada unsur-unsur eccentric sket! Personalitinya boleh jadi mcm lelaki dan kadang-kadang boleh feminin macam pompuan. Kadang-kadang dia jadi seorang yang mematuhi peraturan, tapi kalau dia naik “gila“, rambut hitam pun boleh berubah jadi warna biru. Bila dipanggil oleh admin dan suruh tukar warna rambut kepada warna yang normal (ginger-coloured, red-haired, brown-haired etc), Lu memilih untuk tukar pada warna merah. Bukan merah biasa. Merah Mak Ngah occay! Itu tanda protes! Tapi tak lama pun…… sebab lepas tu kena tukar balik warna rambut.


Aku bersyukur walaupun susah payah macam mana pun, aku ada Kate kat sebelah. Kate ni kawan yang boleh bincang apa saja! Tak kira peribadi atau studi. Tapi peliknya kitaorang tak hang-out together, macam aku dengan Lu. Contohnya kitaorang tak penah kuar makan atau minum kopi (salah satu sebabnya ialah Kate mengamalkan diet yang ketat). Lunch dia sayur je….Tiap2 hari dia pasti ke gym. Kalau tak exercise pun tapi wajib ke sana untuk mandi. Mandi free occay! Jadi tak payah mandi kat umah (apatah lagi kalau shower kat umah cam hampeh + bil air pun jimat).
Sampaikan kadang2 aku dah dah boleh cam habit kawan2 dia yang dia pernah cerita kat blog =)

Dan jugak, the way she describe her sv, this entry


Love it! =D Jarang ok aku tengok kat mana2 blog yang detail cerita spesifik pasal orang lain. Banyak cerita pasal life tuan punya blog je lah kan.hehe. Bukan nak cakap tak patut tulis pasal diri sendiri je 100% (biasalah kan blog sendiri, cerita pasal diri sendiri) tapi just aku rasa sangat rare nak jumpa blog/entri yang detail cerita pasal orang lain (family dan husband/bf tak termasuk eh). Means jika seseorang tu boleh cerita detail pasal orang lain (selain family,husband,bf), aku rasa yang dia mempunyai DAYA PEMERHATIAN yang tinggi. Apatah lagi kalau ingat semua2 ciri2 pelik/moment2 yang berkaitan yang lama2 yang dia boleh ingat dan have a desire to put it dalam bentuk tulisan.


Boleh kata she is completely a stranger to me(until now) but I just feel wanna keep reading her stories.


Now, dekat 8 bulan dia tak update blog. Bz kah???? =(

Promise


Bila mendengar kisah malang orang lain (baca dan dengar dengan telinga sendiri lain ok? Bila membaca aku jarang ada feel kecuali bila aku dengar dengan telinga aku sendiri), serius membuatkan aku rasa bertuah sangat ada ayah yang tahu aku luar dalam. Yang tahu semua aktiviti aku. Yang tahu semua yang aku buat.Yang tahu dengan siapa aku berkawan, yang kenal semua kawan2 aku (siap dari negeri mana pun dia tahu ok). Yang share pendapat dia dengan aku. Sementa lah dengan aku yang suka share/bercerita dengan ayah aku.


I promise, kalau suatu hari nanti aku perlu keluar dengan 'kawan lelaki' aku akan pastikan setiap pertemuan itu ada dalam pengetahuan ayah aku. Lagi bagus jika orang berkenaan datang sendiri ke rumah aku minta izin dengan ayah aku. hahaha.

Kenapa ayah? Kenapa bukan emak? Selalu anak perempuan rapat dengan emak berbanding ayah kan? Kakak aku rapat dengan mak aku berbanding ayah. Aku pulak rapat dengan ayah berbanding mak. Dan aku rasa adik aku pun rapat dengan ayah aku berbanding mak. Oh ye, aku dengan nana sama je. Since kitorang belum ada bf takde la nak cerita2 pasal BF kan. Kakak aku selalu cerita pasal bf/tunang dia dengan mak dulu. Tak pernah kot dia cerita dengan ayah. Aku? Belum tahu lagi. Tapi aku harap aku boleh bercerita dengan ayah jugak since sebelum ni aku tak pernah letak limit bila cerita apa2 dengan ayah aku. Dari assignment, lecture,exam, sistem universiti, social life, semua benda lah. Aku rasa ayah aku ni flexible gila sebab aku boleh share macam2 dengan dia. Kalau share2 dengan kakak aku ni dia prefer pasal kawan2 je or social life, pasal akademik ke memang tak berapa menarik perhatian dia =)

p/s: Opsssss. Baru perasan ada satu benda yang aku takkan share dengan ayah aku. Iaitu apa2 yang related dengan korea. Hahaha. Tak kira lah artis korea ke, cerita korea ke, yang ni aku share bercerita dengan nana. Hihihi. Best kan bila ada at least sorang adik beradik yang ada minat yang sama dah la semua benda yang related dengan korea yang aku minat pun adik aku minat jugak. Semua ok semua. haha. Macam ada chemistry yang tak berbelah-bahagi je kitorang ni.hehe.. Nana give me five! Hihihi

Nana: Aku rasa macam tak nak balik u je dowh. Aku rasa nak duduk rumah pastu tengok semua show2 diorang kat youtube.*laugh*

Hahaha. Kenapakah youtube sangat mengketagihkan sejak dua menjak ni? Apa diorang letak dadahkah dalam semua video2 diorang? Kenapakah kami tak pernah berasa bosan walaupun berulang-ulang kali tengok benda yang sama? Kihkihkih

p/s: Gambar tak berkaitan dengan entry. Saje je letak sebab dia comel.heheh. Anak kepada sepupu aku, nama dia Irfan. Sangat sangat sangat petah dalam berkata-kata.

Syndrome


“Kenapa duduk gelap2 ni? Hmm? Buat apa kat sini hmm?”
“Ayah kata apa tadi? Degil ni, tak nak dengar cakap ayah eh”
“Haip turun2! Ayah rotan kang”
“Nak apa? Nak makan eh? Hmm?”
“Makan la. Ayah bagi makan, tak nak makan”
"Kau dah makan kan. Ayah dah bagi makan tadi, kenapa kacau orang makan lagi?


Teka dengan sape ayah aku cakap ayat2 ni? KUCING! HAHAHA. Ayah siapakah yang comel bercakap dengan kucing macam bercakap dengan anak sendiri ni? Hihihi..


Ayah aku treat kucing macam anak2 dia, so bercakap dengan kucing dan membahasakan diri “Ayah” dengan kucing adalah perkara biasa.


Act sindrom bercakap dengan kucing ni di start oleh aku. LOL. Aku ingat lagi back then, sejarah kucing mula bertapak kat rumah ni. Tyme tu rumah kitorang selalu akan ada baby masuk. Sebab aku+fiza+nana suka@obsess dengan baby maka selalu la ‘menculik’ anak jiran sekejap bawak masuk rumah then main2 pastu hantar balik. Kadang2 maknya sendiri panggil anak dia kat rumah sebab kitorang main lama sangat. LOL. Pastu dari sorang ke sorang baby bertukar, last2 tetiba 3-3 jiran aku yang ada baby ni pindah tempat lain.Masa tu frust je takde baby nak buat main2 dah. Pastu tak lama tu tetiba je ada kucing beranak bawah kat depan rumah. Bila kucing tu dah besar2 sikit aku macam treat kucing ni ala2 baby gitu (baby dah takde maka kucing ni kira pengganti la. Faham?). Aku la yang start bercakap (sorang2.LOL) dengan kucing, cakap pun style2 ala2 manja.

“Teman tatak ibom nak?” (teman kakak tidur nak?) gitulah lebih kurang.

Ingat lagi tyme tu , masa fiza first tyme dengar tu, dia cakap “Eiiii gediknya”. Hahaha dia rasa weird (atau dia rasa mental apakah aku ni?muahhaha). Pedulikk. Gedik2 pun dengan kucing bukan dengan lelaki ok? miahaha. Pastu2 tetiba je tak lama pastu aku dengar dia pun ikut style aku. Bercakap dengan kucing style manja2 gak. Of course aku ingat apa2 or sape2 yang pernah mengutuk aku dulu. HAHAHA. Terus aku pulangkan buah paku keras “Ari tu cakap aku gedik la apa la last2 ko pun ikut jugak.haha”. Dan yang peliknya dengan adik aku si nana dengan ayah aku sekali ikut bercakap dengan kucing. LOL. Cuma bezanya ayah aku cakap style biasa la sebab memang style camtu pun ayah aku cakap dengan baby. Aku fiza dengan nana je yang guna style manja bila cakap dengan baby. So aplikasikan dengan kucing.

Dalam family aku, mak aku je tak minat kucing. Tak minat tu bukan bermakna benci ok. Tapi takde la nak main2 ke atau takde la nak kata "Tengok tu diorang bergusti tu, comel je".hahah. Bercirikan ignorance sikit lah kot. Disebabkan ayah aku minat giler kucing so mak aku redha je kucing2 kat rumah aku ni.hahah. Aku rasa la kalau ayah aku jenis yang tak minat kucing sure kucing tak dibenarkan bela kat rumah aku ni. Sebab tu la kalau mak aku menunjukkan ciri2 mengambil berat hal kucing seperti "Kucing ni dah bagi makan ke belum?" mesti aku perli mak aku "Aiii mak, kata tak minat kucing, amik berat nampakkkkk" sambil sengih2. hahaha

Ada tak lelaki yang naturally suka SEMUA jenis golongan kucing macam ayah aku ni? Sebab ada lelaki yang aku kenal cenderung dengan kucing yang comel2 je like kucing kacukan, parsi, bermuka sedia comel, etc etc. Kucing yang biasa2 atau yang berwajah tak comel mereka tak berapa sangat. Ayah aku semua jenis golongan kucing dia suka/layan ok. Tak kisah la kucing tu tempang ke (ye, ada seekor kucing tempang yang dah bertapak lebih kurang 5-8 tahun kat rumah aku ni), ataupun kucing yang hitam melegam macam rentung ke atau kucing yang berwajah cengkung ke atau kucing2 yang biasa semua pun dia sayang (boleh nampak dari segi cara dia layan). Apa yang aku perasan, kucing2 yang biasa2 ni mesti ayah aku cari keistimewaan kucing ni yang boleh diingati sampai bila2 sampai la kucing tu mati atau takde lagi. Sebagai contoh, kucing aku yang tempang ni dia special dari segi suara dia yang bila dia mengiau tapi suara dia comel macam nak tak nak je keluar suara. Macam suara serak2 basah. ???. Erghh apa lah susah nak explain kat sini takyah explain lah nadia. haha. Bila dia cakap2 dengan kucing tu mesti ayah aku panggil aku or sape2 yang berdekatan suruh dengar suara kucing tu "Nadia2! Cuba dengar suara tempang ni. Comel je suara dia. Suara macam nak keluar tapi tak terkeluar". Ayah aku siap buat demo suara kucing tu kat aku dan2 tu ok.. Semua sila imagine. HAHAHA. Betul la kan, kalau kita sayang sesuatu tu, mesti kita akan cari keistimewaan atau keunikan dia walaupun dia tiada apa2 keistimewaan pun di mata orang lain . Yang pasti hanya kita je tahu keistimewaannya =)




Ini bukan kucing ye ini namanya nganjing. Hahhaha. Comel owh. Dua beradik ni sangat obsess dengan ‘Choco’ ni even pernah letak gambar choco ni sebagai pic profile kat twitter. Envy ar kat diorang. Beza 3 tahun kot tapi muka dah la nak dekat sama dan suara plak OMG boleh tak aku kata 99% sama?? I can’t differentiate them. Mati2 aku ingat suara yang kat intro ni suara HJB@si abang. Rupanya suara adik. Ala, even mak diorang sendiri pun susah nak bezakan suara diorang sampai kene tengok muka baru tahu suara siapa, so what can u expect? hahah

p/s: Aku rasa aku nak rakam je moment ayah aku bercakap dengan kucing ni. Digi-video please? Hamboi nadia banyak nya wish ko!

Bisakah?




This is the only Siti's song that can make me so warm.... really gud combination, lyric, vocal, melody. Lagu2 siti ni (atau semua lagu??) aku jarang look over the lyrics. Maksudnya aku tak terlalu mendalam ke arah lirik lagu lahh. Biaq pi la lirik macam mana pun janji melody best. Tapi untuk lagu ni, sebaik sahaja aku tengok MV ni, terus otak aku memproses lirik ni dan mencari maksud di sebalik lagu. Yeah, soo touching bila di-combinekan.


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu


And personally aku rasa this is one of her best clip MV.

p/s: Korang tahu kan yang aku suka SEMUA lagu siti?

Unknown

Susahnya situasi dimana kita menjaga perasaan orang lain lebih dari diri sendiri.Meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Membuatkan orang lain gembira,tersenyum tapi hati sendiri sakit, kecewa, menangis.Secara senyap dan terlindung.

Lagi sakit bila rasa itu tak dapat diluahkan kepada siapa2. Takde sape yang tahu. Bimbang dikatakan berfikiran begitu dan begini.