Pages

Adab ber-housemate



Alahaiiii. Dah la setiap masa aku dengar bahasa Tamil yang buat aku terpening-pening. Kuat betul depa ni pasang tv. Takpe la, tv dia tu haaa kat ruang tamu, astro dia bayar (astro kau, tapi macam tak berguna je ada astro kalau doplohpatjam bukak rancangan Tamil. Baik subscribe tv negara India terus), even rak tempat letak tv pun dia punya maka sahih dia concere ruang tamu , tak kisah la dia nak tengok apa2 pun kan. Bukak kuat2 pun ...hemmm. lantak lah kan.

Tapiiiii apa kes kan bawak adik & mak tinggal sekali. Bukan 2-3 hari okeh tapi 2 minggu!! Apa dia nak genapkan dua bulan ke apa.

Dah la tinggal lama2, pastu lepak pulak kat ruang tamu doplohpatjam sambil tengok tv pasang kuat2 bahasa Tamil, pastu borak2. Pastu masak2 bagai. Pulak tu tak bukak tingkap, habis berbau satu rumah dengan bau rempah kari apatah. Setiap kali lalu ruang tamu, pergi kerja ke balik kerja ke confirm hidung aku sesak dengan bau2 ni. Rimassss. Tolong la masak bukak tingkap!!! Masuk je bilik aku baru la hidung aku ni lega sikit. Nasib la bau2 ni tak tembus masuk bilik aku.

Pendek kata tetamu yang tak diundang tanpa segan-silu buat rumah ni sebijik macam rumah sendiri dan aku (dan sorang lagi housemate) selaku penyewa terawal rasa macam menumpang di rumah sendiri. Can imagine? Korang tak boleh imagine selagi korang tak takde housemate macam ni. Now, sekali tengok aku macam duduk rumah orang India.

Aku rasa benda ni boleh consider(mungkin) kalau semua housemate baik kamceng giler even boleh tidur kongsi satu tilam, makan pun boleh share satu pinggan. Kalau setakat baik biasa2 setakat 'baik housemate' takyah la buat peel cenggini.

Sebelum ni mana ada dia bawa2 orang tumpang tidur ni. Ni mesti sejak dia perasan aku bawak kawan aku masuk rumah ni. Hello, kawan aku datang rumah, dia duduk diam2 dalam bilik aku je okeh. Takde pun dia berlegar-legar di ruang tamu buat macam rumah sendiri. Nak cakap terkuat sikit pun cover2 takut mengganggu housemate lain. In fact tak menganggu langsung (even my other housemate said so, dia sendiri pun tak perasan bila masa aku bawak kawan masuk rumah). Dan kinda obvious my friend not even stay here (tak bermalam pun). Ni dia ni apa kes stay sini sampai 2 minggu? Nak cukupkan dua bulan ka? Nanti aku nak suruh housemate aku yg lagi sorang charge bil api dan bil air bulan ni banyak kat dia.

Kalau nak sarkastik sikit, nak je aku bawak tv, dvd (eh ada ke dvd nya? LOL) pastu place kat sebelah tv dia pastu cari la citer cina ke, citer Korea ke (bahasa yang sure dia tak faham) pastu pasang kuat2, serentak dengan diapun takpe. Nak tengok apa reaksi dia. Apakah dia akan terpening-pening jugak?

Baru aku faham apasal dulu mak aku bising kalau kitorang adik beradik tengok cerita Hong Kong style pasang volume kuat2. Dia mesti sound suruh kecikkan volume sambil cakap "Macam rumah orang Cina je" pastu bila kitorang pasang cerita Korea kuat2, ayah aku pulak sound suruh kecikkan volume (tapi sekarang tak koser pasang citer korea kat tv, pasang kat lappy jek). It's the fact kalau bahasa yang kita tak suka, bila kita dengar secara kuat dan berterusan, akan rasa macam terganggu gila. Rasa menyampahhh. hahaha. Pening ok dengar bahasa & muzik Tamil ni. Serius tak boleh masuk. Dengan bunyi seruling apa tah 24 jam yang tak sedap langsung dan di luar norma.LOL. hahaha. Hindustan takpe agi kan. Adik aku& kakak aku layan ok kadang2 cerita Tamil kat ASTRO channel apa tah. Setiap kali diorang layan, setiap kali tu la aku lari naik bilik tingkat atas.hahah. Tak larat nak dengar noks.

Sepatutnya rumah ni ada tiga je housemate. Aku, lagi sorang (malay) dan india tu. Sekarang dah jadi 5.

p/s: Housemate aku yang malay ni memang taubat lepas ni takmau amik sek sek bangsa diorang. Macam2 karenah. Dulu siap semayang dalam bilik , of course bau2 colok semerbak satu rumah. Mengganggu la okeh. Housemate aku sound, dia dah tak semayang kat bilik dah tapiiiii angkut segala patung2 masuk dalam bilik siap dengan kain kuning bagai. Housemate aku sound suruh bawak patung2 tu keluar otherwise suruh dia cari rumah sewa lain (Malaikat tak masuk rumah yang ada patung kan? Apatah lagi patung agama lain), now aku intai2 macam takde dah patung2 tu.

6 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Nadia stay 1 rumah ngan Indian ek?? Huhuhu.. Akak takleh lah kalau melibatkan bau2an dalam rumah.. akak memang PANTANG!!
Sebab tu lah akak kalau bab2 bau2, kebersihan dalam rumah ni, akak jaga.. walaupun kat rumah sendiri akak le paling MALAS hak hak..

Adab ber-housemate..

*Sigh*

Sangat le susah nak cari housemate yg betul2 ngam ngan kita..

Mesti ada yang slack punya..

Dah pernah tegur dia bawak bincang tak pasal dia tengok tv pasang audio kuat2 tu? Mana tau dia leh consider?

yonna said...

perh!!!! tak tahan bau kari adik oi! HAHAHAHAHAHAHA!!!! memang stress kannn? akak dulu ada je housemate yindia ni. tapi tak banyak bunyik.jenis senyap2 je. tapi si melayu2 kita ni plak buat hal! UY*&^&^$#%%#@

siap bawak mak dengan adik tu? T__T ingat rumah sendiri ke apa? respect lah kat housemate sama kan? kalau akak pun sendiri rasa segan, sedangkan kita menyewa semua sama2. haihh.

kalau lebih pada 2 minggu,kena gak cakap dengan dia ni. charge lebih sikit bil air/api

mun-e said...

tak sangka nadia ade housemate india.. hoho

Anonymous said...

Oh my. Dua minggu stay umah? Dengan bau2 lagi tu. Haih. Tak hormat jiran serumah betul. Bab bau tu mungkin leh terima since Nadia cakap bau2 tu tak masuk lam bilik. Tapiiiii, bab bunyik tu. AAAAAAA cerita tamil tak best!!!!

IT'S Me N.a.N.a said...

walaweii...giler!!
bau kari consider ok lagi kot.Jikalau bau sembahyang yg berjenis colok2 nie..OMg!mau pengsan tiap kali balik kejer...hihieee..pergi complain lar awk..dgn 'housemate' lagi 1 tue...hihiee....

**salam kenalan dari saya...ari nie lunch samer2 eyh..kuii...kuii..

Nadia said...

kak noi:entah la kak. Selalunya bab tegur2 ni biasanya housemate lagi satu sbb she's like leader. So kalau ada apa2 nadia ngadu kat dia je la.Dia tolong soundkan.huhuhu. Bab bunyi2 tu rumah ni kan style apartment, so klau apa2 bunyi kat ruang tamu mmg jelas dengar kat bilik. Rasa cam takleh buat apa je since dia mungkin pasang normal volume (tp bila rumah kecik, volume tu sampai ke bilik, kira mcm kuat gak la walaupun sbnrnya mungkin normal).huhuhu

kak yonna: bau rempah2 tu serius takleh blah plus dia masak tak bukak tingkap. Bp kali dah kene sound tp still T___T

nadia pernah masuk rumah sewa kawan nadia jugak. Nak lalu ruang tamu pun rasa macam tebal je muka apatah kalau buat ruang tamu tu mcm rumah sendiri kan. Mcm ambil kesempatan/ tak tahu malu la diorang ni.huhuhu. Luckily jumaat ni mak n adik budak tu keluar. Legaaaa, ingatkan nak cukupkan 2 bulan

kak murni: sebab india ni booking dulu. Dulu ingatkan takde orng nak menyewa pastu india ni call pastu siap nak duduk cepat2 takyah tengok bilik pun takpe, main duduk terus je (lgpun dia kata dia dah biasa duduk dgn melayu, ex-rumah dia dulu pun melayu gak). Yang melayu plak leceh sbb diorang prefer nak tgk bilik dulu. Since masa tu kitorang tak masuk rumah lagi&tak dapat kunci lagi (kunci kene minta ngan tuan rumah) so leceh sikit la..huhu.Kunci takleh dapat/takleh duduk rumah selagi tak bg deposit.Jd terpaksa amik yg india ni. Pastu tak sangka ramai jugak malay yg cari rumah area sini.

diya: yup2, 2 minggu. Adeh nasib baik nak keluar dah jumaat ni. yang kelakarnya diya, bila pintu terbuka sikit je cepat2 tutup pintu bilik (gaya tutup pintu ala2 macam ada seguni emas dalam bilik tak nak kasi org tgok.LOL) semata-mata tak nak kasi bau tu masuk bilik.hohoho. Yup2! Bahasa Tamil sgt tak best. Pening dengar

nana: kekeke. Dah complain dah. Kitorang siap berbalas sms lagi meluahkan rasa tak puas hati.Pastu rasanya mcm dia dah tegur dah budak tu sikit2. Rasanya la..hehheeh