Pages

Reminder


Baru balik dari Melaka. Seriusssssssss penat tak hengat. 2 hari berturut-turut berjalan ke sana ke mari. But we have fun!!! Nanti2 aku citer eh pasal ni.heehhe



Lepak2 tepi laut yang aku sendiri tak tahu kedalaman dia (nampak macam dalam giler) buat aku terfikir, macam mana eh kalau tetiba ada pusaran angin yang entah dari mana datangnya pastu membuat aku hilang pertimbangan dan jatuh ke dalam laut itu pastu 'kiok'.huhu. Tu diaaaa, imiginasi terlampau.

Balik2 dari Melaka kan, terbukak tv1. Ada documentary tentang kejadian letusan Gunung Berapi Pinatubo pada 1991 yang digambarkan letusan paling dasyat yang pernah berlaku di abad 20. Aku macam khusyuk abis la tengok laporan ni. Even nak buat apa2 pun kene tunggu iklan dulu. Dah la iklan dia sekejappp sangat (kalau iklan tv3 sure berlambak sampai kiranya sempat pergi mandi lah), so aku dengan nana dengan ayah macam tak bergerak je depan tv.


Bila menyusuri pengalaman saintis yang terlibat dalam kajian gunung berapi tu serius rasa insaffff giler. Aku rasa kalaulah saintis yang terlibat tu Islam, sure alim lah. Mana taknya, mereka diberi peluang untuk mengkaji betapa besarnya kuasa Tuhan depan mata sendiri. Berminggu-minggu sebelum tarikh letusan gunung berapi tu diorang siap dah kaji dah awal, dengan bermacam-macam graf, itu-ini. Mereka jugak yang mengeluarkan amaran supaya orang ramai pindah etc etc. Bila mereka buat kajian sendiri dengan segala pengetahuan yang mereka ada, mereka ‘nampak’ bahaya yang sedang menanti. Mereka sedar yang mereka mungkin terkorban sepanjang proses pemantauan tapi mereka teruskan jugak kerja mereka. Macam terkesan bila diorang kata “My family need me but my country need me more”.


Paling aku rasa berdebar, since mereka saintis maka mereka2 ni la orang terakhir yang meninggalkan tempat tu. Ye la, since diorang ni pengkaji mesti la ada buat rakaman itu ini, takkan tengok awan berkepul-kepul dah terus lari kan (kalau aku la, tengok asap banyak memang dah lari dah). Kiranya mereka buat pemantauan sehingga ke saat2 terakhir. Berdebar je rasa macam mana di tempat mereka bila gunung berapi dah start meletus, dah start memuntahkan lahar pastu mereka pecut menaiki kenderaan ke tempat yang lebih selamat sepantas yang boleh di mana sepanjang perjalanan tu mereka saksikan sendiri di belakang mereka, lahar2 berbentuk pusaran sedang ‘mengejar’ mereka. Seolah-olah maut sedang ‘mengejar’ mereka. Lambat sikit sure mati lah.


Ayah aku cakap since saintis2 ni dah ‘menyelamatkan’ beratus ribu nyawa manusia(dengan cara membuat kajian,ramalan tentang gunung berapi dan mengeluarkan amaran bahaya kepada orang ramai dan mengarahkan supaya perpindahan becara besar-besaran), seolah-olah kali ni Allah pula yang selamatkan mereka.


Ayah aku tanya, kalau aku lah di tempat saintis tu, apa yang aku rasa? Adakah terus bersara?(LOL). Tapi bagi aku la, kalau aku jadi macam diorang,saksikan sendiri,rasai sendiri keajaiban Tuhan sure aku dah habis alim dah. Pastu bila alim rasa macam tak berapa nak takut mati. Sebab mati itu sangat pasti, cepat atau lambat je. Aku rasa kalaulah aku sendiri yang berada si tempat mereka (bukan di tempat orang awam yang menghadapi bencana ni, tapi di tempat saintis2 yang sentiasa buat pemantauan pergerakan gunung berapi ni) sure aku tak ke arah duniawi sangat (eh sekarang duniawi sangat ke? Ahaha. Tak lah Cuma aku rasa macam tak cukup ‘bekalan’ je).


Somehow aku rasa saintis yang buat kajian gempa bumi/gunung berapi ni special sikit job diorang daripada job2 yang lain (although semua pekerjaan ada keistimewaan masing2). Sebab realitinya, alam semula jadi ni sangat berkait rapat dengan kuasa Tuhan. Siapa yang menggerakkan batu-batuan itu kalau bukan Tuhan kan? Rasa macam ajaib giler bila fikirkan balik macam mana batu-batuan ni boleh bergerak sendiri sehingga menghasilkan lahar dan bertekanan tinggi, etc etc. Dan paling penting, ia mampu mengorbankan nyawa sesiapa sahaja. Dan mengikut kajian mereka, letusan itu merupakan 200 000 kali ganda lebih dasyat daripada letusan bom nuclear buatan manusia yang kat Hiroshima dan Nagasaki tu (sila semak subjek sejarah SPM.haha). Kuasa yang jauh lebih dasyat dari ramalan mereka. Cuma bezanya Hiroshima dan Nagasaki tu memang betul2 bandar dan ramai orang manakala Pinatubo tu gunung2,pedalaman dan tak ramai orang (tetapi ‘kuasanya’ mampu ‘mengejar’ orang dan mengorbankan ratusan ribu nyawa). Dan ia membuktikan walau sehebat mana pun kuasa manusia (yang kadangkalanya cuba ‘menandingi’ kuasa Tuhan) hebat lagi kuasa Tuhan dan kesannya dah tentu lebih dasyat dan tak mampu ditandingi dan diramal oleh manusia.

p/s:Aku rasa gempa bumi+letusan gunung berapi macam dapat beri gambaran keadaan pada hari kiamat. =D

p/s: To 'my new friend', my previous entry are not referring to u. It's general (although ada kaitan sikit2 dengan peristiwa itu+i mix it with my previous exprience but really i'm not referring u). Jangan terasa eh. And i'm no longer feel uneasy to that person anymore. Although dia ada mengeluarkan memek muka+perkataan yang tak sedap didengar while u're not with us at certain time. Yeah, although i know she's a bit 'cakap lepas' but i can't stand anymore especially bila datang part she comment my milo ais tabur. Apa kuno sangat ke tak pernah jumpa milo. kahkahkah. Perhaps i'm not 'familiar' with her and that was my first time hang out with her so i can't easily fire her back. LMAO. Rasa annoying sebab tak boleh fire her back. That's all. And FYI, I'm not the one yang merajuk+gado2 dengan orang terdekat hanya sebab2 macam ni. =)

0 voice out: