Pages

Promise


Bila mendengar kisah malang orang lain (baca dan dengar dengan telinga sendiri lain ok? Bila membaca aku jarang ada feel kecuali bila aku dengar dengan telinga aku sendiri), serius membuatkan aku rasa bertuah sangat ada ayah yang tahu aku luar dalam. Yang tahu semua aktiviti aku. Yang tahu semua yang aku buat.Yang tahu dengan siapa aku berkawan, yang kenal semua kawan2 aku (siap dari negeri mana pun dia tahu ok). Yang share pendapat dia dengan aku. Sementa lah dengan aku yang suka share/bercerita dengan ayah aku.


I promise, kalau suatu hari nanti aku perlu keluar dengan 'kawan lelaki' aku akan pastikan setiap pertemuan itu ada dalam pengetahuan ayah aku. Lagi bagus jika orang berkenaan datang sendiri ke rumah aku minta izin dengan ayah aku. hahaha.

Kenapa ayah? Kenapa bukan emak? Selalu anak perempuan rapat dengan emak berbanding ayah kan? Kakak aku rapat dengan mak aku berbanding ayah. Aku pulak rapat dengan ayah berbanding mak. Dan aku rasa adik aku pun rapat dengan ayah aku berbanding mak. Oh ye, aku dengan nana sama je. Since kitorang belum ada bf takde la nak cerita2 pasal BF kan. Kakak aku selalu cerita pasal bf/tunang dia dengan mak dulu. Tak pernah kot dia cerita dengan ayah. Aku? Belum tahu lagi. Tapi aku harap aku boleh bercerita dengan ayah jugak since sebelum ni aku tak pernah letak limit bila cerita apa2 dengan ayah aku. Dari assignment, lecture,exam, sistem universiti, social life, semua benda lah. Aku rasa ayah aku ni flexible gila sebab aku boleh share macam2 dengan dia. Kalau share2 dengan kakak aku ni dia prefer pasal kawan2 je or social life, pasal akademik ke memang tak berapa menarik perhatian dia =)

p/s: Opsssss. Baru perasan ada satu benda yang aku takkan share dengan ayah aku. Iaitu apa2 yang related dengan korea. Hahaha. Tak kira lah artis korea ke, cerita korea ke, yang ni aku share bercerita dengan nana. Hihihi. Best kan bila ada at least sorang adik beradik yang ada minat yang sama dah la semua benda yang related dengan korea yang aku minat pun adik aku minat jugak. Semua ok semua. haha. Macam ada chemistry yang tak berbelah-bahagi je kitorang ni.hehe.. Nana give me five! Hihihi

Nana: Aku rasa macam tak nak balik u je dowh. Aku rasa nak duduk rumah pastu tengok semua show2 diorang kat youtube.*laugh*

Hahaha. Kenapakah youtube sangat mengketagihkan sejak dua menjak ni? Apa diorang letak dadahkah dalam semua video2 diorang? Kenapakah kami tak pernah berasa bosan walaupun berulang-ulang kali tengok benda yang sama? Kihkihkih

p/s: Gambar tak berkaitan dengan entry. Saje je letak sebab dia comel.heheh. Anak kepada sepupu aku, nama dia Irfan. Sangat sangat sangat petah dalam berkata-kata.

2 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Yeah.. akak pon macam tu... Kalau boleh, kalau ditakdirkan bercinta lagi memang akak nak future boyfriend tu minta izin kat ayah baru le boleh ajak keluar.. baru la gentleman.. kan kan kan...

Nadia said...

betul2 kak noi. Gentleman =) hehehe. Selain tu family kita tahu mana kita pergi, kalau terjadi apa2 kat kita tyme keluar tu at least family kita tahu nak cari sape kan. hehehe