Pages

Kawen-kawen...Kahwin?????


*Bukan sekadar kasut dan kaki. Mereka senada, seirama..*



*Renjis-renjis dipilis. Restu dipinta, bahagia dicipta*







*Mereka mencipta gerak-tari, bergerak seiring dan sejalan. Kemesraan dicipta. Bagaikan di alam yang tersendiri. Jauh dari orang lain*





*Bila mata bertentang mata. Mulut, diamlah. Biarkan mata berbicara. Yang penting, hanya mereka berdua sahaja yang tahu*


picture source: Kesemuanya dari fotokahwin



note: description di atas hanya rekaan sahaja. Harap maklum..



Nadia dah gila sekarang (bold, italic,coloured maksudnya keyword itu sangat penting). Gila tengok gambar kahwin yang diambil secara kreatif oleh jurugambar-jurugambar professional. Mula-mula bukak satu page, lepas tu boleh belek semua entri2 dia semata-mata nak tengok gambar yang super duper cantik itu. Setiap kali menatap gambar kahwin di blog favourite (ada di link sebelah ‘Adore them’ termasuk candidsyndrome sekali) asyik je keluarkan perkataan “Ya Allah! Cantiknya gambar nih!” atau “Kenapa gambar ni cantik sangat?” lepas tu belek satu gambar je amik masa lama sikit (as someone said, picture worth thousand word. Ya, Nadia sedang cuba memahami maksud setiap gambar itu). Ada satu hari tu, agak banyak masa dihabiskan untuk melihat gambar2 kahwin yang kreatif dan inovatif dan cantik dan adorable dan marvellous dan, dan ,dan (Apa lagi? Apa lagi?) Okay, memang betul sah gila nih! (sampai tak tahu nak cakap apa dah)




Lepas tu melompat dari satu blog (blog jurugambar2 profesional) dan membelek gambar. Lepas tu mengkomen dalam hati . Bla bla bla . Yang tak menarik perhatian akan diklik pangkah. Yang menarik perhatian akan dibukak keseluruhan entrinya (muahahaha!)



Sabar nadia, sabar!



Jap jap jap. Bila tengok gambar2 kahwin ni kan, tiba-tiba rasa macam nak kahwin (eh eh! Tergatal pulak! Ya, itu adalah reaksi spontan bila melihat gambar2 itu. Jangan ambil serius) . But I wonder la, kenapa most photographer2 ni kahwin lambat? Diorang ambil kahwin orang lain takkan tak terdetik hati mahu berkahwin kan. Memandangkan kerjaya mereka sebagai jurugambar kahwin tu (dimana selalu melihat majlis orang) sepatutnya membuatkan mereka ada extra feeling untuk kahwin lebih sikit berbanding orang2 lain ni…hahaha…



p/s: Aku tak suka gambar kahwin 'plain;. Bagiku, ia tak sepatutnya 'plain'. Sepatutnya lebih berjiwa (ececeh!)


p/ss: Rasa macam nak hire salah satu dari mereka je nanti. Pasti! hahaha. Okay. Terlebih sudah..Lambat lagi. Abaikan
*sabtu da ahad ada finishing school. Banyak masaku perlu dihabiskan disitu. Uhuu...*

Obses dan excited (zaman dulu-dulu)

Hari ni saya menyelak-nyelak friendster dan rasa boring sampai tak tahu nak buat apa dah. Saya pun bukak balik testimonial2 saya yang dah lama-lama dan paling lama. Biasa la, bukak testimonial sendiri lebih berfaedah daripada bukak testimonial orang lain (hahah!) Dan saya terjumpa yang ini














Bila saya baca komen Dzeti dan Irma ni, membuatkan saya teringat zaman ‘muda-muda’ dulu masa skool kat Taiping (macam nak tergelak bila teringat perangai saya dulu-dulu. Tah pape tah). Environment kat kelas waktu itu. pun masih saya ingat jugak. Rasanya semua gurl kat kelas tu tahu yang masa tu saya memang obsess dengan cerita korea Winter Sonata (dan heronya Bae Yong Jun). Mereka selalu panggil “Buyong” sebab mereka tak berapa lancar atau susah nak sebut. Saya cakap dengan mereka “Eeii salah sebut la. Sebut betul2. Bae…Yong…Jun...” (saya sebut lambat-lambat supaya mereka dengar clear) “Buyong!”>--Ini jugak yang mereka sebut, so lekatlah nama tu.hahaha..Kat meja saya tu, penuh dengan gambar Hero dan Heroin cerita tu. Macam2 gambar saya letak. Orang letak kata-kata hikmah, saya letak gambar orang. Hahah.. Sampaikan ID email saya>--- nadia_ws saya letak ws (means Winter Sonata). Saya sanggup kumpul duit belanja sekolah semata-mata nak beli cd ori rm90. Dan design rantai yang Bae Yong Jun hadiahkan kat Choi Ji Woo dalam citer tu pun saya beli termasuk poskad dan poster mereka (oh,memang banyak). Obses betul. hoho


Polaris, Winter Sonata necklace (cantik kan?)


note: Rantai ni hilang sebab dicuri oleh someone (ada bukti). Yang tak boleh belah tu, berani dia pakai depan mata aku? Fuh, berbulu mata aku tengok (mungkin dia terlupa yang dia 'TERambil'). Okay, malas nak bising, aku just senyap je lagipun bukan mahal sampai beratus pun beli. Nasib baik murah, kalau mahal dah lama aku sound dia..hahaha


Bila saya kerja kat ada satu tempat ni (kedai ni ada jual segalanya pasal citer korea. CD ori+poster+buku+poskad+rantai), saya menyaksikan keobsesan orang ramai di depan mata. Saya ingat saya yang paling obsess tapi baru saya sedar yang ada orang lebih obsess daripada saya. Dasyat. Mereka beli segala-galanya sampai mahal gila. Sampaikan saya rasa kalaulah ada jual baju yang pelakon pakai dalam citer tu, confirm mereka beli jugak.Haha..Masa tu baru saya rasa saya tak perlulah obsess sampai nak beli segala-galanya yang berkaitan dengan tu. Poster la, poskad la,rantai la semua la. Macam pelik. :)




Sekarang, kalau saya minat apa-apa, saya just minat-minat macam tu je (baca: gila bayang :grin:). Tapi takde la sampai habiskan duit beli poster la, poskad la, rantai la(membazir). Poster dan poskad tu kalau satu jenis je takpe la. Kalau gambar lain-lain dan saya nak beli kesemuanya? Haruslah saya melayang-layang di udara memikirkan duit yang abis beli tu je.



Dan sekarang juga, kalau apa-apa yang saya minat@excited (apa-apa je), SATU orang je yang saya bebas bercerita dengannya (bebas macam burung yang terbang di awan biru). Iaitu adik saya Nana. Saya macam malu nak cerita kat orang lain (sebab takut orang tu kata: Eleh, tu pun nak minat. Eleh, itu pun nak suka). Bila cerita dengan nana, saya macam bebas mempamerkan segala reaksi. Memek muka, gaya dan segalanya. Kadang2 dia akan cakap “Senget la angah ni.” Kadang2 pulak dia join sekali :D.




Dulu masa kat matrik, time saya keluar dengan Alia (best fren kat matrik) masa tu saya jumpa ada satu poster dalam majalah Gempak yang saya cari selama ni. Poster cerita korea Full House (masa tu cerita Full House baru nak popular so susah nak jumpe poster). Bila dah terjumpa tu,so jadi tiba2 excited. Tanpa disedari saya buat reaksi “Alia!! Ni lah poster yang aku cari selama ni!” dan sepantas kilat saya MENCIUM muka surat MAJALAH yang ada poster itu tiga kali dengan bergayanya sambil cakap “Muah muah muah!!!”.(Setiap satu ciuman ada disertakan “Muah” sekali. 3 ciuman so tiga ‘Muah’) Err…saya di luar kesedaran masa tu (sumpah saya tak perasan) dan bila Alia tegur “Hei, Nadiah. Apa ko buat ni?!” sambil gelak giler2. Mana taknya, perbuatan saya tu disaksikan oleh mamak yang jual majalah tu betul-betul depan kami! Merah padam muka saya! Eh, malu la kan? Serius maluuuuu! Euuwwww!!!! Saya rasa macam nak campak je muka saya ni dalam longkang sebab malu punya pasal. Saya terus letak majalah tu (terus tak jadi nak beli walaupun sebenarnya berkobar-kobar nak beli) dan tarik tangan Alia blah dari situ. Saya tak sempat nak tengok reaksi mamak tu. Malu okay! Hahaha…Dulu saya selalu rasa kalau saya buat apa-apa, orang TAKKAN pandang saya. Orang TAKKAN notice saya. So saya boleh buat sesuka hati. Err..saya ni kalau excited, susah betul nak kawal, selalu terlepas. Kadang2, dengan gaya2 sekali nak buat (sebab rasa macam tak buat gaya, tak sah, tak lengkap) Buat malu je. Hee!! Sekarang saya kene ubah tanggapan tu. Walaupun saya ni bukan artis or bukan orang popular, dah jadi lumrah manusia untuk melihat-lihat orang di sekeliling mereka(sebab saya pun kadang2 suka tengok gelagat orang di sekeliling saya jugak). So, I will keep thinking that people will see me. People will notice me.



Lepas kejadian tu baru saya kawal sikit ke’excited’ an saya ni. Okay, I will try. Tapi kan excited2 pun, saya takkan buat perkara yang annoying. Contoh: Terlalu terkejut dengan soalan terjah sampai terpukul manja dengan lelaki (macam Fasha Sandha selalu buat dengan wartawan lelaki) atau peminat fanatic yang kalau jumpa je artis pujaan, tanpa segan silu terus mencium pipi walaupun berlainan jantina (contoh:Peminat wanita Anuar Zain selalu buat). Erkk…Annoying kan?




p/s: Sekarang tak minat Bae Yong Jun pun. Sebenarnya dia bukannya best sangat pun. Personaliti dia dalam citer Winter Sonata takdelah memberikan kesan sangat(biasa2 je).Tak tahu macam mana boleh minat dia. Lakonan dia terlalu biasa buat saya. Mungkin masa tu tak banyak citer korea yang ada kot (masa tu citer korea baru nak popular) . Sekarang minat kat Lee Dong Wok dalam citer korea My Girl pulak (tak abis2 dengan My Girl budak NADIA nih.Pergilah cari hero cerita lain pulak).hahaha.. Err…Lee Dong Wok sangat kelakar la dalam cerita tu. Dia tak buat lawak pun saya (dan nana) asyik gelak je tengok cerita tu sampai sekarang :grin: Sebab tu tak boleh beralih-arah ke pelakon lain. Walaupun hero dalam cerita Witch Yoo Hee pun agak sweet(perangai) dalam cerita Witch Yoo Hee tu dan mampu menggugat kedudukan Lee Dong Wok, tapi…Ish3x ..Tak boleh, tak boleh ! Dah minat yang satu kene setia pada yang satu. Hahaha..Bajet bf plak kan nak setia2. Padahal dia sikit pun tak kenal saya. Boleh blah la nadia! Wakakakakaka!




*Err..ayat Irma yang terakhir tu paling tak boleh blah la. hahahahaha!!!!


*Dzeti, Irma! Mengertilah korang. Aku dah delete Buyong dah. kah3x! *gelak kijam*


With bear ~tag~

Saya ditag oleh Aimi Liyana. She is one of my college’s friend (Kolej Kelima UPM).


Tag ni, saya pass kepada (ceh, awal2 lagi dah bagi nama)



1) Farah (main or second) (kalau laptop dah ok ;) )


2) Diya (CK or TD) (jika berkesempatan ;) )


3) nadxoxo


4) helmi (macam spesis tak layan tag je budak ni. Ah, takde. Sebagai ex-classmate, ko kene buat jugak tag ni helmi.hoho)


5) cik nad


6) Sam


Instruction

1)Go to your photos folder in your computer.
2)Go to the 6th folder of photos.
3)Go to the 6th picture in that folder.
4)Put the picture on your blog and description of it.
5)Invite six friends to join the challenge.
6)Link them in your blog and let them know they have been challenge.










Rupa-rupanya folder keenam adalah gambar2 kem yang pernah saya sertai hujung tahun 2006 lalu (Kem Pembangunan Sahsiah Mahasiswa K5 UPM~KPSM 06/07). Dan kebetulan gambar yang terkena adalah gambar ini. Oh, saya tak suka gambar ini. Sebab? Sebab ada orang interframe saya dalam pict ini (Can you see, saya adalah yang bertudung hitam itu yang tak nampak muka tu). Tapi saya simpan jugak gambar ni. Siap rename nama gambar ‘bear tak nampak muka’ lagi.hahaha





Oleh sebab dah letak tu, alang2 saya letak la gambar ni . Meh saya explain gambar ni. Anggap saja gambar ini adalah gambar yang dimaksudkan~folder keenam,gambar keenam~.ngehehehhehe










Gambar ini saya suka giler. Sebab? Gambar muka saya amat jelas di samping bear yang besar itu. Puas hatiku. Tengok, tengok! Dekat tuuu...Lagi sikit mau cium itu bear.ngeh3x..(silalah faham perasaan orang yang first time jumpa bear real). Walaupun saya ni tak berapa selesa orang yang saya tak berapa rapat amik gambar saya, tapi tak kira, saya asyik nak masuk je dalam kamera masa kat Kuala Gandah, Pahang ni. Sebab utamanya, saya teruja jumpa binatang2 ni (kalau terserempak dengan Rusdi Ramli kat pasar Ramadhan pakai seluar pendek ka, itu takda heran punya). Bukan setakat dapat tengok dan lihat macam kat Zoo Negara dan Zoo Taiping yang saya pernah pergi tu, tapi BOLEH PEGANG-PEGANG TU…Tu yang syiok tu..Lagi satu boleh berlagak dengan nana “Aku jumpa bear depan2, besar nana,aku siap pegang2 lagi. Bear tu siap jilat2 tangan aku nana, geli giler lidah dia.” Haha..Orang yang jaga bear tu ada kat situ. Dia siap tuang susu F&N kat tapak tangan kitorang dan suruh kitorang hulurkan tangan ke mulut Bear tu dan sepantas kilat Bear tu jilat susu tu. Wah, geli okay!haha





Perkara yang paling saya kesal ialah tak dapat bergambar dengan ular sawa yang besar gedabak tu (ular ni confirm jinak, takde belit orang sampai mati punye). Jeles giler tengok gambar diorang2 yang bergambar dengan ular tu. Ialah, ular tu macam ramai ‘peminat’ pulak. Semua berebut-rebut nak amik gambar dengan dia. Lelaki2 plak tuh. Lepas satu, satu. Saya pun apa lagi, pi lah tengok binatang lain. Bila datang tengok ular balik, kameraman pergi mana tah, tak dapat nak bergambar kenangan dengan ular tersebut. Fuuuu…sedih woo..Tak dapat nak eksyen2 dengan fiza “Aku amik gambar dengan ular fiza. Geli giler! Bla bla bla dot com dot my” Kakakaka. Kecoh je nadia ni (bajet dia sorang je kat muka bumi ni yang pernah jumpa ular). (note: Bau badan ular sangat busuk. Memang tak boleh blah. Banyak kali saya pegang dan gosok2 badan dia semata-mata nak cam bau busuk itu.haha)




Alang2 meh saya letak lagi beberapa gambar lain yang ada dalam folder ni




Saya tengah bagi rusa makan








Ahli kumpulanku sepanjang kem ni . Masa kem ni memang saya selekeh giler la. Tudung pun asyik senget2 je (saya tak suka penampilan tak kemas macam ni). Biarlah, lagipun semua pun macam ni. Mana taknya, memang rush giler masa yang diperuntukkan. Makan pun kasi 5-10 minit je (padahal nadia kalau makan MESTI lebih daripada 20 minit). Itu baru part makan, belum masuk part lain lagi. Seluar pun masing2 kotor je kat bahagian bawah (sebab kat sana banyak lecak). Sampaikan masa kitorang buat persembahan masa malam BBQ, ada urusetia yang bersuara “Itu dia pesawah-pesawah yang baru keluar dari bendang” kah3x…Siut jer..Tyme tu aku tengok bahagian bawah seluar semua ahli kumpulanku, ok, memang betul pun. Semua pun macam tu..Sebab tu tyme tu macam tak berapa nak kisah. Cuma bila tengok balik gambar2 ni terdetik dalam hati “Apa la nadia ni, tudung senget2, kotor2 ni. Eeeiii, malu jer..” hahaha








Peserta kem bersama urusetia yang terlibat (Hari terakhir kat Kuala Gandah atau nama tipunya Tasik Kenyir ke apa tah.hahaha)


p/s: Err...dah macam entri pasal KPSM la pulak. 2 in 1. heheheh

p/ss: Trip dalam entri lepas yang saya ceritu tu sangat2x tak best. Fuuuhhh. Nasib baik takda keluar duit. Tak la rasa menyesal sangat.

Tentang trip...



source picture

Petang ni, kami satu course (dalam 70 orang) akan pergi ke Petronas Gurun Kedah. Dan trip ini diwajibkan sebagai satu component wajib dalam subjek Petroleum Technology. Semester lepas kitorang pergi Petronas kat Port Dickson. Itu ok, dekat.Pergi pagi balik petang. Kali ni kitorang pergi yang jauh sikit nun di Kedah. Sebab Loji Petronas kat Gurun tu ada related dengan subjek yang kitorang belajar kali ni. Pasal production of petrochemicals product. Kat PD tu lebih kepada proses penghasilan minyak. Petang ni (Khamis) bertolak. Sampai maybe malam dan yahoooo!!!! Tidur kat hotel Swiss Inn.Dan pagi Jumaat tu barulah melawak loji Petronas kat Gurun tu.



Trip ni tak diiringi oleh lecturer.




Mula2 bajet untuk trip ni diluluskan oleh Ketua Jabatan Kimia (Prof Halim). Ada la dalam ribu2 jugak(Oh!Saya terkejut dengar jumlahnya, boleh pinang anak orang tu). At the end kitorang dapat tahu daripada Prof Taufiq (lecturer subjek ni) memaklumkan ada pihak yang tarik balik kelulusan ni separuh. Maknanya, penginapan takde peruntukan. Oh my god! Pakai duit sendiri duduk hotel? Hahaha. Dah la ‘diwajibkan’ (satu spesis dengan dipaksa la tu), takkan nak keluar duit sendiri kan..haha..Lagipun bukan semua orang sanggup keluarkan duit sebab tu. Kalau misal kata memang tak ada peruntukan untuk penginapan dan terpaksa diabaikan (err…tido dalam bas la tu), takkan nak bertolak malam lepas tu sampai pagi Jumaat terpisat-pisat bangun tidur dan lepas tu terus pi dengar penerangan orang Petronas tu.hahahah. Tak dapat bayangkan. Bak kata Prof Taufiq, “Kita bawa nama UPM, takkan kita nak pergi sana dengan muka tak mandi dan gigi tak bergosok?” Satu kuliah gelak masa tu.hhahaha. Dan Prof Taufiq kata dia nak ‘fight’ untuk dapatkan balik peruntukan yang ditarik tu dan…He really did it! Hehehehe..




p/s: Jauh di sudut hati, saya pergi dengan perasaan risau sebenarnya. Penat memikirkan projek final year yang belum siap (kalau trip ni takde, boleh buat projek kat lab seharian hari Jumaat tu). Kenapa la banyak masa dihabiskan kat lab (siap terpaksa korbankan cuti sem), tapi masih belum jumpa ‘compound’ yang dicari. Ramai yang dah dapat. Cuma beberapa orang saja yang belum dapat ‘compound’ tu. Tiba2 rasa bad luck yang amat :(

10 perkara yang orang tak tahu?~tag~






Jom layan jap tag dari nadxoxo ni



10 perkara tentang diriku yang orang lain tak tahu


SATU
Aku tak peramah dengan semua orang. Hanya orang2 tertentu saja (Memilih ke apa ni?hahha). Entah la, kalau bab tegur-menegur orang ni , aku mengikut gerak hati . Kalau kene dengan situasi dan mood tertentu aku boleh jadi peramah yang amat giler2. Kalau tak kene dengan situasi dan orangnya, aku lah yang menjadi orang paling pendiam di dunia. Tapi kalau dah baik tu, memang baik giler la. Semua rumate aku cakap mereka ingat aku sombong mula2, last2 takda sombong pun. Hoho. Mungkin sebab aku tak peramah awal2 sebab aku fikir aku ada banyak masa untuk kenal mereka, so takda la tergesa-gesa sangat ..Slow2..heheh





DUA
Dua benda yang biasa (orang selalu buat. That’s mean saya tak kisah orang lain buat, takde cakap apa) tapi saya rasa macam menjatuhkan maruah kalau saya sendiri yang buat





1) Orang lelaki berkumpul ramai2 sambil bising2 lepas tu aku berjalan ‘masuk di kalangan mereka’(join mereka sekali). Tak kisah la nak borak2 kosong ke apa ke..Lepas tu ber hoi hoi hoi. Entah, aku admit yang aku ni bukannya social sangat. Kalau takde keperluan betul2 penting jangan harap la…BUT , it doesn't mean I'm antisocial. Jangan rasa bila saya tak berkomunikasi @ bermesraan dengan kamu, I know nothing about you. I use my other way to learn which is "see, think more over and remember" . Cuma, kadang2 malas nak tunjuk yang kita tahu sesuatu perkara. So, don't judge a book by its cover =)




2) Orang bagi ayat “Hai, boleh berkenalan?” atau “Hai,leh kenal?”( Err…bukan perempuanlah, lelakilah) dan aku menjawab “Boleh je..” Pang!!! (rasa nak tampar pipi sendiri sebab jawab macam tu) . Dulu masa sekolah menengah saya selalu jawab macam ni (kat MIRC.ahhaha). Sekarang bila ingat balik, macam apa je jawab macam tu (eiiii). Rasa macam jatuh maruah. Entah, aku ni pelik sikit, tak suka merespon ayat2 macam itu. Bagilah ayat yang berilmiah sikit contoh “Hai! Ermm..awak belajar kat mana ye?” atau "Minat bla bla bla ea?" atau bagi salam ke atau apa-apa lah ayat yang sewaktu dengannya.




TIGA
Kalau dilandam sindrom PMS (tau tak apa ini? Boleh cek kat google.ngeh3x), aku akan cepat sayu dalam apa-apa perkara je. Kadang2 boleh dengan tiba2 keluar air mata. Cepat sensitive.Hati jadi sentimental. Teringat kenangan bersama kawan lama pun boleh nangis. Hahahaha. Pelik gak, orang lain biasanya akan cepat marah dan mengamuk, aku terbalik pulak. Err..tapi jangan harap la aku menangis depan orang ye kawan2. Tutup lampu dan nangis dalam selimut la okay.muahaha.(Aku tak suka nangis depan orang)





EMPAT
Selalu status ‘INVISIBLE’ dalam ym. Banyak sebab. Kadang2 sebab wireless yang hampeh kejap putus kejap ada. Kadang2 sebab malas nak bertegur dengan orang yang perangainya annoying (ada some boy ni). Dengan rasa tak bersalahnya, INVI dengan semua orang.Marahkan nyamuk, satu kelambu YM kene bakar ! hahaha. Yang tak boleh blah tu, bila dah invi tu siap komplen2 dengan Sya (tyme cuti sem ari tu) “Sya, apasal la tak de orang nak chat dengan kita ni? Bosan giler ” kah3x. Aku yang invi, masih mau complain takde orang nak chat dengan aku. Masih harapkan miracle, walaupun offline, akan ada manusia2 yang buzz dulu. Konfom2 la aku kene sound dengan Sya “Ady, kalau nak chat,buat status online jangan buat INVISIBLE.” Lepas tu kitorang gelak2 lah apa lagi. Heran betul. Orang macam ini pun ada ka? Komplen2 tapi still taknak visible. Kah3x! Tah apa2. Okay, dalam HAL NI, perangai memang macam budak2, tak matang. Tau boring mau chat tapi buat status invi sape suruh kan. Lepas tu kene tegur dengan kawan pun masih tak serik2.Invi lagi, invi lagi dan invi lagi .Ehee






LIMA
Bila jumpa orang yang disukai@diminati (ececeh…of course la yang berlawanan jantina kan) , aku akan selalu tiba2 rasa berdebar-debar dug dag dug dag (Eleh nadia nih, part ni semua orang tahu sebab naturally perempuan selalu macam ni kan) Paling tak bleh blah, berdebar-debar sampai tak bleh telan makanan tuuu. Sampai tak lalu makan. Seriusly, walhal makanan tu punya la lazat depan mata (makan feveret contoh:Udang ka sotong ka). Padahal orang tu bukan ada depan mata pun. Nampak dari jauh je dah menggelabah. Takut sangat dia datang ke apa ke. Sikit2 menggelabah, sikit2 menggelabah. Wakakakaka! Ya Allah, jauhkanlah aku dari orang yang aku sukai selama-lamanya supaya hati aku jadi tenteram. Amin ya rabbal Alamin. (Eh, boleh ke doa macam ni?)





Err…5 je? Kata sepuluh? Hahaha.. Saya sambung lain kali la (Ada jugak orang yang main jawab tag separuh-separuh ea...)






Dan ini dia tag dari miazai dan kak ijechan (Fuh, sebulan lebih terperam)




Jenis Tag - Tulis Tangan ( handwriting)


Tulis -


1.Nama / nama Samaran kat alam maya ( net)
2.Tulis guna tangan kanan atau kidal (tangan kiri)
3.huruf yang suka ditulis
4.huruf yang tak suka ditulis
5.Tulis " The quick brown fox jumps over the lazy dog"
6. Nama orang yang di tag.




Ni dia ... (alamak, terlupa tulis nama kak ije dalam kertas tu pulak.heee)


err...akhir2 ni dah jarang praktikkan tulisan yang lawa2 dan berseni-seni. Maklum la, zaman teknologi sekarang, blog pun sudah menggantikan diari type sudah.kehkehkeh :D

Antara status dan darjat

Sebelum pergi ke tajuk asal, nak cerita sikit pasal perasaan.Err..bukan jiwang2 okay. Ari ni lega, baru tadi habis presentation Petroleum Technology (ada sesuatu nak cerita pasal presentation ni, tapi nanti2 lah). Dan juga baru habis habis test 1 . Yahoo!!! Tak payah fikir pasal test2 lagi dah. Semua test dah lepas. Dua minggu fikiran saya bercelaru. Bagi saya, test 1 ke, test 2 ke, final exam ke, semua sama je. Semua takut.hahaha..


Disebabkan nak release tension kitorang keluar ke Mines sebaik sahaja habis exam tadi. Spontan tanpa dirancang dan confirm lah kami BERBAJU KURUNG sebab presentation tadi kami diwajibkan memakai pakaian formal.


First2, kami menuju ke Lazo Diamond.Sya beli anting2 disitu. Saya tak beli pun tengok2 je. Entah la, saya kalau barang-barang perhiasan lip lap lip lap ni agak kurang berminat nak beli ke apa ke. Tengok je(lepas tu cakap “Wah!Cantiknya!”) boleh la. Entah la, perempuan sepatutnya kene minat kan? Pernah je beli rantai, cincin (silver) tapi lama2 terbiar tak pakai. So, malas nak beli dah. Saya lebih berminat ke arah gajet2 elektronik (contoh: kamera, hard disk, dan lain2). Sanggup keje sebulan semata-mata nak beli pakai duit sendiri nih (contoh:Handphone sekarang). Hati gagah betul. Tak nak minta duit mak ayah sebab mereka mesti akan kata “Membazir!”. Hahaha..




*gambar curi2 snap*



Destinasi kedua. Sushi King. Okay, sedap tapi tak banyak pilihan la. Mungkin sebab dia buat sikit2 kot, so tak banyak choice sangat.


*Sushi yang toppingnya sotong merah2 tu sedap giler!*


Destinasi….(???. Tak ingat yang ke berapa dah sebab banyak sangat kedai yang dimasuki). Ini yang nak cerita tu. Mengenai status dan darjat. Tadi masuk The Body Shop. Saja je tengok2, biasalah perempuan kalau jalan-jalan. Masuk je terus kena sergah dengan akak jurujual kedai tu. Dia tanya “Nak cari apa dik?” Okay, itu normal lagi. Biasa la tu orang masuk kedai mereka tanya nak apa. Kitorang senyum je la (sambil mata melilau tengok barang2). Okay, sekarang kita pergi ke kejadian yang agak ‘tak normal’ pulak. Dia tanya lagi


Akak jurujual: Ye dik, adik cari apa? Minyak wangi? Pencuci muka? Sabun mandi?
Sya: Takpe2, tengok je dulu
Akak jurujual: La, kalau datang masuk Body Shop mestilah nak beli kan. Takkan nak tengok2 je (sambil buat muka+nada sinis)
Nora: Sebelum beli mestilah kene survey2 dulu kan. Lepas tu baru la fikir nak beli.
Akak jurujual: Kalau nak survey, baik survey dari luar je (sambil buat nada+muka sinis lagi)


????? Jawapan apa ni? Survey dari luar?(suhu badan naik dengan tiba-tiba sekejap). Dia ingat barang2 Body Shop besar macam kereta ke boleh main survey dari jauh? Lainlah kalau dia ada buat pameran produk kat luar takpe la kan. Huh! Okay, kita pergi ke kejadian yang seterusnya.
Masa tu Sya belek2 skrub badan, dan akak tu segera cakap “Adik kalau nak beli skrub badan,kat bahagian sana kita ada buat promotion. Murah je RM 29.90. Kat bahagian sini-sini tak payah tengok lah, mahal! Kat sana ada yang murah!”


Fuh! Cara dia cakap kan macam dia ingat kita ni miskin sangat tak mampu nak beli barang2 kat kedai tu. Siap dengan gaya-gaya tu (boleh agak kan). Sinis okay. Bukan saya sorang je rasa macam tu. Sya dan Nora pun. Belum sempat nak belek pun dia dah cakap macam2 (rasanya ada lagi tapi tak ingat). Alah, setakat Body Shop, takde la apa sangat kan. Ari tu survey2 Ralph Lauren pun mereka tak kecoh pun (okay, dah kerja nanti saya pasti akan dapatkan satu :) *wink*). Lainlah Guess ke Gucci ke, logic la jurujual tu nak berlagak macam tu. Lagipun student2 ramai yang berbicara tentang Body Shop, so kira Body Shop sesuai la dengan status student kan. Sebelum ni pernah je masuk tapi jurujual okay je takde ‘masalah’ macam ni. Mungkin factor utamanya KAMI BERBAJU KURUNG masa tu. Mesti la dia ingat kami bertiga perempuan yang datang dari ceruk kampong yang miskin, tak cukup makan tapi ada hati nak masuk Body Shop.


Masa dengar ayat terakhir akak tu, masing2 dah rasa panas dah. Apa lagi, kami nak keluar lah dari kedai tu, berbahang je. On da way nak keluar tu saya pusing balik dan sempat kata dengan Sya kat belakang “Sya, cuba tengok harga dia” (sebab saya tertanya-tanya, mahal sangat ke sampai nak cakap sinis2 macam tu.Ialah, kalau betul la beratus-ratus, saya pun malas nak tengok). Lepas keluar dari kedai tu Sya beritahu harga dia “RM59.90” . Larhhh!!!! Ingatkan mahal sangat sampai beratus-ratus. Apa kes la dia tak kasi kitorang tengok-tengok hanya semata-mata dia ingat barang tu terlalu mahal sampai kitorang tak mampu nak beli.


Lepas tu aku cakap dengan Sya “Sya, mana plastic bag Lazo Diamond?” (coz dia ada beli anting2 kat sana tadi). Sya simpan dalam plastic mana tah. Saya sambung “Apasal tak bawa keluar plastic bag tu? Tunjuk je dengan akak tuh!(tayang secara tak sengaja) Nak sangat amik!” hahahahah


p/s: Rasanya kisah ni banyak berlaku di tempat2 yang ‘berjenama’. Selalunya kat KLCC la (pernah baca paper orang complain kat paper. Ada orang tu masuk kedai Guess tapi dipandang sinis oleh kesemua jurujual di situ. Siap bisik2 sesama mereka lagi. Last2 orang tu keluar tak beli apa-apa sebab takde mood+menyampah dengan pandangan sinis jurujual itu. Dan orang itu adalah ENGINEER yang mempunyai gaji bulanan 5 KALI GANDA daripada jurujual kat kedai tu.


p/s: The Body Shop tak la ‘sehebat dan se gah’ Gucci, LV or Guess kan. Standard student la. Kalau nak promote harga paling murah pun ,just cakap “Adik, kita ada buat promotion bla bla bla bla”. Tak perlu kot jurujual2 yang bermekap tebal tu nak cakap jangan tengok barang ni sebab mahal ke apa ke. Cukup dengan mention range harga je. Tak perlu la keluarkan perkataan “Jangan” tu. Macam tak kasi tengok je. Memang la kita menilai orang membeli melalui penampilan (since dia mungkin ingat kami orang kampung kan), tapi tak perlulah membeza-bezakan pelanggan berdasarkan status. Orang macam ni, kene layan macam ni. Orang macam tu kene layan macam tu. Ala, aku pun pernah kerja jurujual jugak. Takde la macam tu pun. Semua layan sama. Ada nyonya tu, pakaian memang selekeh abis, tapi sekali beli RM400-500 tu. CASH lagi.



p/s: Setakat ni rasanya belum pernah masuk kedai jenama2 ni(especially butik baju kat KLCC tu). Takde duit+malas nak tengok muka poyo jurual. hahaha

Saya rindu dia....

*Menjeling-menjeling , ku bertentang. Mata kita sama memandang.Bercakap, bertanya dan bermesra....*



*saliva pun saliva lah. Nasib baik kamu baby..ngeh3x *







*Comel!*









Kalau ada siapa2 yang perasan, masa design blog ni dulu2, saya ada letak gambar saya dengan budak ni kat sidebar (gambar second). Lama tak jumpa dia. Hari tu fiza balik kampong dan dia jumpa budak ni, saje je dia bagi aku jeles dengan kata “Nadia, tadi aku jumpa ngan Shahinda. Comel giler!” huhu. Aku tayang muka cool lah, padahal dalam hati=geram+jeles. Sebab saya belum jumpa dia lagi selepas pertemuan pertama dulu. Budak ni cepat mesra dengan orang, takda nangis2 pun lepas tu asyik gelak je kalau kita main cak-cak dengan dia. Ayah aku pun suka dia. Kami tiga beradik berebut-rebut nak dukung dia. Siap buat tyming lagi, sorang boleh dukung tak lebih dari 5 minit lepas tu kene pas kat orang lain. Ikut turn. hahahah! Aku la yang paling beria sekali. Asyik nak berkepit je dengan dia bajet aku mak dia pulak.Kakakaka







Oh yea, cuti raya cina lepas, saya ada tengok cerita Rob-B-Hood kat tv. Siapa dah tengok? Jackie Chan berlakon. Cerita ni dah lama dah. Baby yang berlakon dalam cerita ni memang serius comel giler!! Rasa nak cubit je pipi dia. Sepanjang cerita ni, saya dengan fiza asyik ulang2 ayat yang sama je "Eeiii...comel la baby ni! Rasa nak cubit je pipi dia!" Setiap kali baby ni ketawa, setiap kali tu la kitorang ulang ayat tu. Cerita mengenai dua orang perompak yang dipertanggungjawabkan untuk menculik baby dan menyerahkan kepada seseorang (mereka dibayar 6 juta seorang untuk tugas ini). Yang uniknya, kedua-dua perompak ni ada etika semasa merompak. Antaranya, mereka takkan bunuh orang atau mencedarakan orang. Mereka hanya merompak je. Sebab tu mereka ragu2 bimbang jika baby ni dicederakan. Sebenarnya mereka tak berapa pandai jaga baby, so diorang ni sanggup la masuk kelas untuk jaga baby. Wakaka... Yang paling aku menangis terharu ialah part Jackie Chan sanggup badannya dialirkan elektrik semata-mata nak sedarkan baby tu (dia takut baby tu mati.Ala yang macam kat hospital selalu guna untuk sedarkan orang yang nyawa2 ikan tu). Memang sayu lah.

















Part lain yang saya suka tu ialah masa baby tu sedih berpisah dengan dua orang perompak tu, dan budak tu sebut “Mummy!” dan “Daddy!” (merujuk kedua-dua perompak itu). Lepas je dengar word tu, dua perompak tu terus selamatkan baby ni (sebelum tu mereka yang serahkan walaupun tak rela). Kesimpulan, cerita ni memang best!







p/s: Sanggup pulak orang buang anak sendiri kan? Macam takde perasaan je...

Nota untuk lelaki, secebis untuk perempuan...

Entry’s mood: Emosi


Izinkan aku beremosi disini.


Aku mimpi semalam. Mimpi yang cukup mebuatkan aku berfikir panjang sebaik sahaja aku bangun. Aku menyaksikan kecurangan seorang perempuan. Semuanya semata-mata wang ringgit. Yang paling aku kesali, perempuan itu merupakan orang terdekatku. Termangu aku dalam mimpi itu. Ah! Mimpi adalah mainan tidur. Harap ia tak menjadi kenyataan. Mengapa aku dapat mimpi ini? Mungkin sebab aku membaca blog someone semalam. Sama ada dia orang yang aku kenal atau tidak, biarlah ianya menjadi rahsia.. Sebaik sahaja aku membaca blognya, aku mengucap panjang. Lama aku berfikir dan mungkin sebab itu ia terbawa ke alam mimpi

------------------------------------------------------------------------------------------


Nota untuk lelaki:


Berkasih sayanglah secara besederhana
Biarlah kau mempunyai wang berjuta sekalipun
Jangan didik kekasih kau dengan wang ringgit berlebih-lebihan
Jangan nanti bila wanita itu tinggalkan kau
Kau menuduh perempuan itu PISAU CUKUR
Kau marahkan wanita itu
Sedang kau tak tahu
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Sedang kau tak sedar
Kau yang dengan rela hati memberi
Memanjakan wanita dengan wang, baju berjenama, beg berjenama, tempat berjenama semuanya berjenama


Tahukah kau perempuan mempunyai sembilan nafsu?
Tugas kau adalah mengawal nafsu-nafsu wanita itu
Memberi petunjuk dan secebis nasihat
Bukan membiarkan nafsu itu bermaharajalela
Bukan menggalakkan nafsu-nafsu tersebut


Sedarkah kau?
Kau terpedaya dengan pujuk rayu wanita
Pantang direngek manja
Kau layu
Lemahnya kau
Wanita itu siapa?
Ibu kau? Mak cik kau? Adik kau? Isteri kau?
Bukan! Dia bukan siapa-siapa
Dia belum berhak
Dia hanyalah kekasih , tunang pun belum
Tapi kau berlagak seolah-olah SUAMI kepada wanita tersebut
Memberi dan memberi dan memberi
Tanpa kau sedar
Kau sedang mengasuhnya dengan wang ringgit berlebihan
Ahhh! Mungkin wang kau terlalu banyak
Mungkin dengan memberi, kau tak terjejas langsung
Tidak mengapa
Cuma jika ada apa-apa perkara buruk berlaku
Kau jangan mengamuk mahupun bertempik
kau jangan salahkan sesiapa
Jangan tunding jari ke arah wanita itu
Jangan!!!


Salahkan diri sendiri
Yang kurang beringat
Mengakulah
Kau puncanya
Kau akar umbinya

--------------------------------------------------------------------------------

Nota untuk perempuan:


Apa maknanya nilai kasih sayang?
Jika wang ringgit jadi pertaruhannya.
Bila kemiskinan mengetuk pintu,
Cinta dan sayang akan terbang keluar melalui tingkap
Rendahnya martabat kau
Nipisnya harga diri
Menjadikan wang sebagai pemangkin kepada kasih sayang
Semakin banyak wang diberi
Semakin tinggi kasih sayang
Inikah hipotesis yang kau pegang????
Adakah jika suatu ketika dia tidak mempunyai apa-apa,
Kasih sayang kau akan berkurang?
Lalu kau mungkin akan mencari insan lain
Yang mampu memberi tanpa banyak soal
Begitukah?


Gembirakah kau jika lelaki-lelaki muka bumi ini membuat kesimpulan sesama mereka
“Nak dapat perempuan? Tabur sahaja dengan wang ringgit. Gerenti dia sangkut dengan kau!”
Apa perasaan kau?
Apakah kau masih mempunyai perasaan?
Aku malu
Aku malu
Aku malu
Walaupun aku tidak terlibat
Tapi aku dapat merasainya
Kerana
Aku juga seorang wanita .........

------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak sangka insan seperti kamu berdua terlalu banyak di muka bumi ini. Seolah-olah ianya menjadi perkara biasa. Mungkin kerana orang yang rapat denganku bukan seperti kamu berdua. Sebab itu aku tak tahu kewujudan kamu…Aku tak sedar…


*Everythings need money but money is not everything
*Aish, kenapa aku beremosi ni? Mungkin sebab 'mimpi' itu. Aku taknak ianya menjadi kenyataan..



updated:


Lelaki-lelaki di luar sana, mari kita lihat apa kata-kata perempuan2 terhadap kamu. Mari saya tunjukkan! Mari! Lai! Lai! Lai!



Errrrr... macam2 pengalaman yang aku dengar pasal lelaki kasanowa, dan perempuan pisau cukur ni.. kawan sekeliling aku pun ade yang jenis perempuan pisau cukur ni...tapi kawan aku cakap bukan dia yang nak kikis, tapi laki tu yang nak bagi....sama la tu..dulu same aku study ade gak kawan aku yang berniat tuk mengcukur orang..haha...yang bestnya kawan aku ni cukur, pastu share ngan ktrg..hahaha...best tul..ape yang dia dapat, kami pun dapat...siap kena ajak gi melancong lagi..walaupun tak jauh mane, tapi dapat gak la berjalan free...yang bagusnya kawan aku ni jenis yang tak makan sorang....leh tak, laki tu ajak kawan aku ni bercuti, pastu kawan aku ni ajak ktrg jugak, nak tak nak laki tu terpaksa la setuju, kalau tak setuju kang xdapat lak dia nak bercuti ngan kawan aku ni...lawak tul lak...laki tu pun xtau ke yang kawan aku ni hanya nak mengikis dia je...bodoh tul kan??bagi ktrg, kalau orang dah baik hati nak bagi, kite ambik jela...ktrg tak mintak....Tapi tak sume perempuan je yang pandai mengikis, ade gak lelaki yang jenis mengikis...aku tak respek la laki yang jenis camni...tp kalau perempuan xpe kot.hahahahaha....



Tak perlu aku letak link dari mana aku dapat sumber(kaler merah itu sengaja aku bold dan highlight). Bukan niat aku untuk memalukan siapa. Aku google saja, nah terjumpa sudah. Cukup aku copy paste untuk dijadikan iktibar. Google lah kalau mahu :)


p/s: Sya, nora, ayie. Jangan jadi macam tu ye. Babab karang. heeee...

Dari kerana mata...

source: flickr



Baru semalam lepas exam KTO 3. Soalan not bad jugak. Dan sebab hati tengah lapang sikit (walaupun masih di mood exam), maka terlahirlah entri ni. Dari kerana mata… (macam pernah dengar je lagu ni. Sape tah nyanyi)



Dulu kan, masa kecik2 aku selalulah bergaduh dengan kakak aku, si fiza tu. Kadang-kadang sebab kecik pun boleh jadi bahan untuk diejek. Ejek-mengejek tu macam perkara yang sangat biasa. Pantang diejek, cepat je aku melenting (biasa la budak2). Paling aku ingat dia selalu ejek saya cinapek (cina apek). Semuanya gara-gara mata aku yang sepet ni la. Sejak kecik aku dimomokkan yang mata aku ni huduh, sepet, lain dari orang lain. Kesimpulan=muka tak lawa. Kesimpulan yang mudah. Ye la, orang kan selalu kata mata besar macam Heliza tu lawa kan…



Fiza : Sepet! Eii..dah la mata sepet! Anak cina mana ni? Cinapek berak tak basuh. Eii..!!! kah3x! (baca dengan versi ketawa berdekah-dekah)
Nadia: Biarlah ! Daripada ko tu, dah la hitam! India mari. Keling!! (baca dengan nada sensitive dan marah giler)
Fiza: Cinapek!
Nadia: Keling!!!!!!



Hahaha. Oleh sebab dia suka2 hati ejek aku cinapek (macam hodoh je sebutan word nih, sebab tu menyampah), aku geram la. Aku ejek la dia India (kebetulan dia gelap sikit daripada saya time tu. Saya putih sikit dari dia). Ayah aku pun selalulah usik kata aku ni dalam gambar nampak macam hantu jepun la apa la. Tension masa tu.


Disebabkan geram dengan semua tu, kadang-kadang kalau berjalan bawah panas, aku sengaja menadahkan muka bagi kasi matahari lama-lama. Dalam hati aku berkata, biar kasi saya gelap sikit lah (hah, amik kau! Nasib baik tak hitam!). Dengan harapan, lepas ni biarlah takde rupa cina ke apa ke. Okay, bila dah gelap sikit sekarang, menyesal tak sudah . T.T



Zaman berlalu.. Masa sekolah menengah pulak, aku tak suka bergambar. Sebab aku akan nampak macam pelik dalam gambar. Buruk! Mana tak peliknya, setiap gambar, aku akan sedaya-upaya buat nampak mata aku besar (ye la, dah dari kecik asyik kene ejek mata sepet je kan.Trauma). Macam mana?



Masa kat matrik(lompat cerita sekejap), aku, Nashimah, Alia dan Suhairul je yang budak MARESMART dalam kuliah Hayat 1 tu (kuliah kami). Masa majalah sekolah dah keluar (post kat rumah), Alia tak dapat lagi (maybe sebab rumah dia jauh kat Kelantan, so lambat dapat). Nashimah tu bawak la majalah sekolah tu nak tunjuk kat Alia. Tak lama lepas tu, best friend saya Nashimah tu beritahu saya



Nashimah: Nadiah, ko tau, tadi aku tunjuk la majalah Taiping kat budak Tutorial aku. Diorang nak tengok. Lepas tu aku tunjuk la gambar ko, Alia dengan Suhairul kat diorang. Lepas tu semua terkejut tengok gambar ko. Diorang macam tak percaya je itu gambar ko. Apasal ko buat mata macam tu nadia? Pelik la. Hahahah..Lawak la ko ni nadia. Eii…nadia2x.. hahaha



Aku tak ingat sangat. Macam lebih kurang ni kot dia cakap.


Gelak giler dia. Reaksi aku? Saya bantai gelak la takde jawab apa-apa. Hahahah. Sebab aku pun macam tak percaya apasal muka aku macam tu. Aku tak senyum langsung, lepas tu buat mata terbeliak macam hantu pontianak mana ntah. Kah3x! Gila horror okeh! Hahah. Itu sebenarnya Nashimah nak cakap, tapi aku kan kawan dia, mesti la nak jaga hati saya, so dia takde la cakap terbeliak macam hantu semua .Cuma dia buat gaya je (tapi aku faham. Chewah!) Semuanya gara-gara nak bagi mata nampak besar sikit la. Last2, amik kau!!! Malu tujuh keturunan gambar tu satu batch aku tengok. Lepas tu mana tahu mereka pas2 kasi orang lain tengok.Dusshhh!!!


Betul la tu, yang aku perasan, gambar2 aku dulu-dulu memang lah horror (termasuk gambar passport.hoh!). Dalam setiap gambar, aku takkan senyum sebab kalau senyum mata akan nampak lebih kecil (of course la muka masam mencuka kan), lepas tu buat mata besar2. Kakakaka. Aku tak sangka pulak, bila buat mata macam tu, gambar aku akan nampak macam hantu pelik.Miahahaha. Bila aku tengok gambar2 tu, aku tak tahu lah cara macam mana supaya gambar aku nampak ‘normal’ tapi bermata besar. Okay, kesimpulannya, sejak tu aku MALAS dah nak masuk dalam gambar. Buat muka macam mana pun asyik buruk je.



Malah masa form 5, aku sampai kene ‘tangkap’ dengan cikgu displin lelaki sebab ponteng masa nak ambik gambar batch (satu batch amik gambar ramai2 kat dewan). Aku Am dan Shairah (classmate) duduk kat depan kiosk .Dah la ponteng, berani lagi berlegar-legar kat tempat tumpuan ramai cikgu lalu-lalang. Nashimah tu selamat sebab dia menyorok bawa meja kelas dia, so takda orang tahu dia ponteng amik gambar.Kami je la yang kantoi. hahaha. Cikgu displin tu siap amik no. maktab (ID student) dan dia kata nak bagi kat pengetua.Nasib baik takda apa-apa jadi, tak kene denda ke apa ke..Malu woo…(maklum la, nak mengekalkan ‘rekod baik’ kan. Hahaha..) Kalau ada kawan2 perasan, aku jarang letak kat mana2 (friendster ke, blog ke), gambar masa muka sekolah menengah dan kecik2 dulu. Memang aku jarang bergambar pun, kalau tersesat ada tu, gambar ‘jenis2 yang macam tu la’. Ye la, kalau tunjuk kat orang tak pasal2 heart attack nanti orang tengok! Bertambah malu berbelas-belas keturunan nanti.



Bila lama-lama kan, aku mula berfikir. Kalau takde gambar muka aku, aku takkan ada kenangan yang boleh aku ingat. Contoh, bila pergi mana-mana dengan siapa-siapa, kalau ada gambar kita, at least kita boleh ada kenangan bergambar dengan orang sekian-sekian. Kat tempat sekian-sekian. So, kalau tengok gambar, ada ‘kenangan’ disitu. So, sekarang dah tak berapa kisah dah. Biarlah orang kata mata kecik ke apa ke. Saya dah mampu ‘buat muka normal’ dalam gambar.




p/s: Peristiwa masa kecik jelas memberi ‘impak’ yang besar dalam hidup aku. ‘Rasa’ itu belum hilang sepenuhnya, Cuma mungkin dah berkurangan… Dan err…kakak aku dah tak ejek saya pasal mata@cina2 tu dah. Sebab kalau dia ejek pun, aku akan bantai cakap “Ala, Siti Nurhaliza pun mata sepet jugak. Cantik jugak!” hahah.. Walaupun bentuk mata aku dengan Siti jauh beza, peduli apa kan, janji fiza dah tak ejek aku dah.

Err...memang tak boleh pakai.hahaha


source: Flickr


Nadia ni kadang2 macam hampeh la jugak. Kalau saya kata kat rumah nak study giler2 memang kata-kata tu tak boleh nak percaya sangat. Cuti ari tu konon2 berkobar-kobar azam nak study giler2, tak nak spend masa untuk hiburan langsung, study straight, hari2 stay-up (konon la*poyo*.muehehe) last-last…Urmph…Sampai rumah tgh hari jumaat. Jumaat, Sabtu, Ahad memang berfoya-foya giler. Tengok tv tak ingat dunia,belajar masak baca paper yang lepas2 secara marathon, bersosial dengan adik dan kakak dan family (err..berfoya-foya kat rumah la bukan kat luar. Main2. Gelak sana, gelak sini.). Bersenang-lenang tanpa rasa bersalah langsung kalau tak sentuh buku pun. Pandang buku-buku dan nota2 kuliah itu dengan sebelah mata jek.



Hari isnin, selasa, rabu ada study sikit-sikit. Timbul jugak rasa bersalah masa tu kalau tak sentuh buku dalam jangka waktu yang lama. Sentuh dan baca buku tapi tak boleh concentrate sangat. Dah la baca subjek yang susah kan. Lepas tu main sikit2. Sebolehnya memang elak tengok cerita dalam Hard Disk (memang kuat tahan ni. Tak bukak langsung sebab once bukak, mesti nak sambung lagi sebab cerita bersiri kan). Tiba-tiba datang godaan dari nana




Nana: Angah, ko cakap nak tengok cerita Witch Yoo Hee tu (before tu saya beria-ia promote suruh dia tengok. Promote giler2 siap cerita synopsis semua)
Saya: Tengok la. Ada dalam HDD tu..
Nana: Ala, jom la tengok SAMA-SAMA. Cakap nak tengok sekali. Tak best la tengok sorang-sorang.(demand plak nana ni. Citer fav dia tajuk frog tu boleh plak tengok sorang2 takda aku teman)




Duhh..Dia ajak sekali je terus tergoda dengan menjawab “Ok, jom!” ( Hampeh je). Cerita bersiri kan, haruslah nak sambung2 tak boleh miss. Di pertengahan tu, rasa bersalah tiba-tiba datang balik dan serta merta tak bagi nana tengok dah. “Ko nak tengok nanti, tunggu aku balik bulan 4 nanti. Nanti tengok la puas-puas” hahaha. Giler kejam. Tak bagi adik tengok sebab jeles. Walaupun saya dah tengok abis, disebabkan saya yang promote, seharusnya saya mesti tengok bersama dia (nanti dia tak faham apa ka, saya boleh explain.hahaha)




Hari khamis, jumaat, sabtu, hah amiikkkk!!! Saat-saat genting.Menggelupur aku! Marathon study. Mulalah terhegeh-hegeh nak stay-up, tido lambat, minum Nescafe semua.Huish..Tak tahulah bila nadia nak berubah ni. Bilalah aku boleh study seminggu straight kat rumah tanpa berfoya-foya. Dari dulu sejak kat mrsm lagi cenggini, lepas tu ke matrik sampai la UPM ni (tapi dulu rajin sikit kot, haha). Asal balik rumah je bawak buku tebal kemain. Harap beg je berat tapi urmphh…Tapi kan, kalau tak bawa balik buku tu, tyme tu la mula la tergedik-gedik nak study dan rasa macam ruginya tak bawa buku tu! Hish, ruginya! Hahaha


Minggu ni aku dilanda sindrom berdebar. Sebab exam la. Dug-dag-dug-dag.




Picture kredit to : Helmi




Rasa macam leher kena jerut! Hahah. Exaggerated pulak. Takde la sampai macam tu. Rilek2 je.. (ececeh!)



p/s: Harap2 saya tak la jawab exam macam dalam gambar atas ni (klik link untuk explanation lebih lanjut). Dah susah sangat, ada plak dia p buat lukisan gantung diri. hahaha. Giler malu kalau lecturer heboh no. matrik kat satu lecture hall tu ..hoho.




Pesanan: Kalau rasa soalan susah sangat JANGAN MERAPU .hahahah. Bantai je tulis apa-apa (yang tak merapu) dan tinggalkan kosong kalau dah tak tahu sangat (boleh jatuh maruah kalau buat mende2 tu.hoho)