Pages

Antara status dan darjat

Sebelum pergi ke tajuk asal, nak cerita sikit pasal perasaan.Err..bukan jiwang2 okay. Ari ni lega, baru tadi habis presentation Petroleum Technology (ada sesuatu nak cerita pasal presentation ni, tapi nanti2 lah). Dan juga baru habis habis test 1 . Yahoo!!! Tak payah fikir pasal test2 lagi dah. Semua test dah lepas. Dua minggu fikiran saya bercelaru. Bagi saya, test 1 ke, test 2 ke, final exam ke, semua sama je. Semua takut.hahaha..


Disebabkan nak release tension kitorang keluar ke Mines sebaik sahaja habis exam tadi. Spontan tanpa dirancang dan confirm lah kami BERBAJU KURUNG sebab presentation tadi kami diwajibkan memakai pakaian formal.


First2, kami menuju ke Lazo Diamond.Sya beli anting2 disitu. Saya tak beli pun tengok2 je. Entah la, saya kalau barang-barang perhiasan lip lap lip lap ni agak kurang berminat nak beli ke apa ke. Tengok je(lepas tu cakap “Wah!Cantiknya!”) boleh la. Entah la, perempuan sepatutnya kene minat kan? Pernah je beli rantai, cincin (silver) tapi lama2 terbiar tak pakai. So, malas nak beli dah. Saya lebih berminat ke arah gajet2 elektronik (contoh: kamera, hard disk, dan lain2). Sanggup keje sebulan semata-mata nak beli pakai duit sendiri nih (contoh:Handphone sekarang). Hati gagah betul. Tak nak minta duit mak ayah sebab mereka mesti akan kata “Membazir!”. Hahaha..




*gambar curi2 snap*



Destinasi kedua. Sushi King. Okay, sedap tapi tak banyak pilihan la. Mungkin sebab dia buat sikit2 kot, so tak banyak choice sangat.


*Sushi yang toppingnya sotong merah2 tu sedap giler!*


Destinasi….(???. Tak ingat yang ke berapa dah sebab banyak sangat kedai yang dimasuki). Ini yang nak cerita tu. Mengenai status dan darjat. Tadi masuk The Body Shop. Saja je tengok2, biasalah perempuan kalau jalan-jalan. Masuk je terus kena sergah dengan akak jurujual kedai tu. Dia tanya “Nak cari apa dik?” Okay, itu normal lagi. Biasa la tu orang masuk kedai mereka tanya nak apa. Kitorang senyum je la (sambil mata melilau tengok barang2). Okay, sekarang kita pergi ke kejadian yang agak ‘tak normal’ pulak. Dia tanya lagi


Akak jurujual: Ye dik, adik cari apa? Minyak wangi? Pencuci muka? Sabun mandi?
Sya: Takpe2, tengok je dulu
Akak jurujual: La, kalau datang masuk Body Shop mestilah nak beli kan. Takkan nak tengok2 je (sambil buat muka+nada sinis)
Nora: Sebelum beli mestilah kene survey2 dulu kan. Lepas tu baru la fikir nak beli.
Akak jurujual: Kalau nak survey, baik survey dari luar je (sambil buat nada+muka sinis lagi)


????? Jawapan apa ni? Survey dari luar?(suhu badan naik dengan tiba-tiba sekejap). Dia ingat barang2 Body Shop besar macam kereta ke boleh main survey dari jauh? Lainlah kalau dia ada buat pameran produk kat luar takpe la kan. Huh! Okay, kita pergi ke kejadian yang seterusnya.
Masa tu Sya belek2 skrub badan, dan akak tu segera cakap “Adik kalau nak beli skrub badan,kat bahagian sana kita ada buat promotion. Murah je RM 29.90. Kat bahagian sini-sini tak payah tengok lah, mahal! Kat sana ada yang murah!”


Fuh! Cara dia cakap kan macam dia ingat kita ni miskin sangat tak mampu nak beli barang2 kat kedai tu. Siap dengan gaya-gaya tu (boleh agak kan). Sinis okay. Bukan saya sorang je rasa macam tu. Sya dan Nora pun. Belum sempat nak belek pun dia dah cakap macam2 (rasanya ada lagi tapi tak ingat). Alah, setakat Body Shop, takde la apa sangat kan. Ari tu survey2 Ralph Lauren pun mereka tak kecoh pun (okay, dah kerja nanti saya pasti akan dapatkan satu :) *wink*). Lainlah Guess ke Gucci ke, logic la jurujual tu nak berlagak macam tu. Lagipun student2 ramai yang berbicara tentang Body Shop, so kira Body Shop sesuai la dengan status student kan. Sebelum ni pernah je masuk tapi jurujual okay je takde ‘masalah’ macam ni. Mungkin factor utamanya KAMI BERBAJU KURUNG masa tu. Mesti la dia ingat kami bertiga perempuan yang datang dari ceruk kampong yang miskin, tak cukup makan tapi ada hati nak masuk Body Shop.


Masa dengar ayat terakhir akak tu, masing2 dah rasa panas dah. Apa lagi, kami nak keluar lah dari kedai tu, berbahang je. On da way nak keluar tu saya pusing balik dan sempat kata dengan Sya kat belakang “Sya, cuba tengok harga dia” (sebab saya tertanya-tanya, mahal sangat ke sampai nak cakap sinis2 macam tu.Ialah, kalau betul la beratus-ratus, saya pun malas nak tengok). Lepas keluar dari kedai tu Sya beritahu harga dia “RM59.90” . Larhhh!!!! Ingatkan mahal sangat sampai beratus-ratus. Apa kes la dia tak kasi kitorang tengok-tengok hanya semata-mata dia ingat barang tu terlalu mahal sampai kitorang tak mampu nak beli.


Lepas tu aku cakap dengan Sya “Sya, mana plastic bag Lazo Diamond?” (coz dia ada beli anting2 kat sana tadi). Sya simpan dalam plastic mana tah. Saya sambung “Apasal tak bawa keluar plastic bag tu? Tunjuk je dengan akak tuh!(tayang secara tak sengaja) Nak sangat amik!” hahahahah


p/s: Rasanya kisah ni banyak berlaku di tempat2 yang ‘berjenama’. Selalunya kat KLCC la (pernah baca paper orang complain kat paper. Ada orang tu masuk kedai Guess tapi dipandang sinis oleh kesemua jurujual di situ. Siap bisik2 sesama mereka lagi. Last2 orang tu keluar tak beli apa-apa sebab takde mood+menyampah dengan pandangan sinis jurujual itu. Dan orang itu adalah ENGINEER yang mempunyai gaji bulanan 5 KALI GANDA daripada jurujual kat kedai tu.


p/s: The Body Shop tak la ‘sehebat dan se gah’ Gucci, LV or Guess kan. Standard student la. Kalau nak promote harga paling murah pun ,just cakap “Adik, kita ada buat promotion bla bla bla bla”. Tak perlu kot jurujual2 yang bermekap tebal tu nak cakap jangan tengok barang ni sebab mahal ke apa ke. Cukup dengan mention range harga je. Tak perlu la keluarkan perkataan “Jangan” tu. Macam tak kasi tengok je. Memang la kita menilai orang membeli melalui penampilan (since dia mungkin ingat kami orang kampung kan), tapi tak perlulah membeza-bezakan pelanggan berdasarkan status. Orang macam ni, kene layan macam ni. Orang macam tu kene layan macam tu. Ala, aku pun pernah kerja jurujual jugak. Takde la macam tu pun. Semua layan sama. Ada nyonya tu, pakaian memang selekeh abis, tapi sekali beli RM400-500 tu. CASH lagi.



p/s: Setakat ni rasanya belum pernah masuk kedai jenama2 ni(especially butik baju kat KLCC tu). Takde duit+malas nak tengok muka poyo jurual. hahaha

17 voice out:

Nadiah Suhaidi said...

eee menyampah gak bayangkan jurujual kat bodyshop mcm nadia cerita ni. pasni sure tak gi kedai tu dh kan? hehe. sy pun, mmg xkan g dh kedai tu once org tu dh layan kita mcm tu. mmg memburukkan nama kedai dia je kalo jurujual mcm tu..isk2

Encik Shino said...

isk xpandai die treat customer...
sy penah kena gakk.. gerammm sgt!!

Anonymous said...

pekerja biasa act cam owner kedai...hhaha!!gaji baru seribu jer...ntah3x dia yg xmmpu bli..wakkkakkaaa.......

farah, s. said...

eeeee ya allah, menyampahnya dgn jurujual mcmtu. tak suke la org yg sindir2 kite mcm kite takde duit, dn jugk kite pakai bese2 je. mmg lesap mood terus la mcm ni. yg tak thn tu body shop je pun, bukannya branded sgt.

Lovely Emy said...

nadia, pekerja yg mana ek.??
nk try masuk pakai baju kurung la lps kelas pastu nk beli brg body shop byk2.

msti dia tercengang.
hahahaha~!!

Nadia said...

nadxoxo: betul2, buat buruk nama kedai je. Tapi, akan pergi lagi. Kali ni nak kenekan akak tu balik. Ada plan.kekekeke

shino: kan? kan? kan? Jurujual apa tu. Jurujual sepatutnya kene promote bukan tak bagi orang tengok ke apa ke..huhuhu

nasya: tau tkpe. Klau kita dah keje nanti, silap2 gaji kita lagi tinggi dari dia..hoho

farah: kan? Jurujual lain ok je.Kalau jurujual LV ke nak buat macam tu takpe la jugak. Masih boleh consider..huhu

aimi liyana: heheheh..Akak yang make-up tebal badan gemuk2 sikit. Buat la..hehee. Ronda lama-lama sikit, bila dia dah cakap macam2, baru beli..hoho

Anonymous said...

kerekkkkk gilerrrrr minah jurujual tu. aku simbah jugak segala perfume body shop kat muka dia. nak sangat, amek ko.

walah. sori nadia. emo jap. diya pun rasa hangin baca part minah-kerek-tak-sedo-diri-esok-lusa-nak-mampos.

Cikgu Ije said...

eiiii sangat geram ng jurujual yg bajet tah pape pun. macam la dia tokey. tokey pun x bajet cam dia. eiii!! geram ni!!

farah, s. said...

rsnye bukan nadia je penah kene. ramai lg yg kene. tp different kedai dan different penjual.

Nadia said...

diya: huhu..Memang kerek pun diya. Masa dia cakap macam2 pun, kitorang masing2 saling buat isyarat mata (tanda masing2 rasa meluat dengan akak tu tapi malas nak tunjuk). huhu

ijechan: kan? act dia sebijik macam tokey kedai.huhu

farah: tu la pasal. Tapi yang biasa nadia dengar, butik2 yang berjenama je contoh gucci or lv ke. Ni yang Body Shop pun nak act giler, tu yang angin semacam tu...huhuhu

farah, s. said...

haha. tula. kalau butik jenama pun tak patut sebenarnye buat mcm tu. ape slhnye org nk tengok2 kan. tak semestinya pakai biasa2 tu xde duit. ade tu pakai je lebih, duit takde pon. haha

uncle sam said...

hak3..
:))

Unknown said...

eee teruknya promoter tu. tu la suka nilai org dr pdgn luaran. padahal die tu promoter jekkkkkkkk~~ daaaaa~~

opss terlebih tergeram plak :p hehe. oh nk band la body shop kat the mines tu biar pdn muka dorg kan ngehngeh

Thenadi said...

bodyshop je XD banyak nak cakap.tapi =.=" ko pon leh agakkan, apa nak cakap~!! haha hei student.ptptpu tu, ada bapa pulak dalam bank an.setakat alaaa~ haha gila belagak

Nadia said...

sam : :))

murni: betul2. Berlagak macam la kedai tu dia yang punya. Silap2 , gaji dia tu 4 kali ganda lebih rendah dari kita.wakakakaka

nad: tau takpe. Student pun at least ada ptptn nak support. Campur duit mak ayah lagi. Promoter tu harapkan gaji dia je la. Silap2 tak cukup.wakakakakak

Nadia said...

farah: Betul2, sepatutnya mereka tak boleh layan macam tu. Macam yang nadia cakap kes Engineer tu la. Penampilan selekeh sikit tapi duit berkepuk. Kan dah terlepas customer dah. Daripada nak beli terus cance tak jadi beli. Baik beli kat outlet lain je..hahhaah

murni: Lupa nak cakap. Beli kat tempat lain je. Jom kita banned boody shop mines.hahahah

Yana Ismail said...

eeeee..yana plak naik geram..annoying btol!suka hati la nk msk tgk ke..bli lain cite..tp agk stuju..body shop punye pekerja cm kerek ckit..hmmm