Pages

Obses dan excited (zaman dulu-dulu)

Hari ni saya menyelak-nyelak friendster dan rasa boring sampai tak tahu nak buat apa dah. Saya pun bukak balik testimonial2 saya yang dah lama-lama dan paling lama. Biasa la, bukak testimonial sendiri lebih berfaedah daripada bukak testimonial orang lain (hahah!) Dan saya terjumpa yang ini














Bila saya baca komen Dzeti dan Irma ni, membuatkan saya teringat zaman ‘muda-muda’ dulu masa skool kat Taiping (macam nak tergelak bila teringat perangai saya dulu-dulu. Tah pape tah). Environment kat kelas waktu itu. pun masih saya ingat jugak. Rasanya semua gurl kat kelas tu tahu yang masa tu saya memang obsess dengan cerita korea Winter Sonata (dan heronya Bae Yong Jun). Mereka selalu panggil “Buyong” sebab mereka tak berapa lancar atau susah nak sebut. Saya cakap dengan mereka “Eeii salah sebut la. Sebut betul2. Bae…Yong…Jun...” (saya sebut lambat-lambat supaya mereka dengar clear) “Buyong!”>--Ini jugak yang mereka sebut, so lekatlah nama tu.hahaha..Kat meja saya tu, penuh dengan gambar Hero dan Heroin cerita tu. Macam2 gambar saya letak. Orang letak kata-kata hikmah, saya letak gambar orang. Hahah.. Sampaikan ID email saya>--- nadia_ws saya letak ws (means Winter Sonata). Saya sanggup kumpul duit belanja sekolah semata-mata nak beli cd ori rm90. Dan design rantai yang Bae Yong Jun hadiahkan kat Choi Ji Woo dalam citer tu pun saya beli termasuk poskad dan poster mereka (oh,memang banyak). Obses betul. hoho


Polaris, Winter Sonata necklace (cantik kan?)


note: Rantai ni hilang sebab dicuri oleh someone (ada bukti). Yang tak boleh belah tu, berani dia pakai depan mata aku? Fuh, berbulu mata aku tengok (mungkin dia terlupa yang dia 'TERambil'). Okay, malas nak bising, aku just senyap je lagipun bukan mahal sampai beratus pun beli. Nasib baik murah, kalau mahal dah lama aku sound dia..hahaha


Bila saya kerja kat ada satu tempat ni (kedai ni ada jual segalanya pasal citer korea. CD ori+poster+buku+poskad+rantai), saya menyaksikan keobsesan orang ramai di depan mata. Saya ingat saya yang paling obsess tapi baru saya sedar yang ada orang lebih obsess daripada saya. Dasyat. Mereka beli segala-galanya sampai mahal gila. Sampaikan saya rasa kalaulah ada jual baju yang pelakon pakai dalam citer tu, confirm mereka beli jugak.Haha..Masa tu baru saya rasa saya tak perlulah obsess sampai nak beli segala-galanya yang berkaitan dengan tu. Poster la, poskad la,rantai la semua la. Macam pelik. :)




Sekarang, kalau saya minat apa-apa, saya just minat-minat macam tu je (baca: gila bayang :grin:). Tapi takde la sampai habiskan duit beli poster la, poskad la, rantai la(membazir). Poster dan poskad tu kalau satu jenis je takpe la. Kalau gambar lain-lain dan saya nak beli kesemuanya? Haruslah saya melayang-layang di udara memikirkan duit yang abis beli tu je.



Dan sekarang juga, kalau apa-apa yang saya minat@excited (apa-apa je), SATU orang je yang saya bebas bercerita dengannya (bebas macam burung yang terbang di awan biru). Iaitu adik saya Nana. Saya macam malu nak cerita kat orang lain (sebab takut orang tu kata: Eleh, tu pun nak minat. Eleh, itu pun nak suka). Bila cerita dengan nana, saya macam bebas mempamerkan segala reaksi. Memek muka, gaya dan segalanya. Kadang2 dia akan cakap “Senget la angah ni.” Kadang2 pulak dia join sekali :D.




Dulu masa kat matrik, time saya keluar dengan Alia (best fren kat matrik) masa tu saya jumpa ada satu poster dalam majalah Gempak yang saya cari selama ni. Poster cerita korea Full House (masa tu cerita Full House baru nak popular so susah nak jumpe poster). Bila dah terjumpa tu,so jadi tiba2 excited. Tanpa disedari saya buat reaksi “Alia!! Ni lah poster yang aku cari selama ni!” dan sepantas kilat saya MENCIUM muka surat MAJALAH yang ada poster itu tiga kali dengan bergayanya sambil cakap “Muah muah muah!!!”.(Setiap satu ciuman ada disertakan “Muah” sekali. 3 ciuman so tiga ‘Muah’) Err…saya di luar kesedaran masa tu (sumpah saya tak perasan) dan bila Alia tegur “Hei, Nadiah. Apa ko buat ni?!” sambil gelak giler2. Mana taknya, perbuatan saya tu disaksikan oleh mamak yang jual majalah tu betul-betul depan kami! Merah padam muka saya! Eh, malu la kan? Serius maluuuuu! Euuwwww!!!! Saya rasa macam nak campak je muka saya ni dalam longkang sebab malu punya pasal. Saya terus letak majalah tu (terus tak jadi nak beli walaupun sebenarnya berkobar-kobar nak beli) dan tarik tangan Alia blah dari situ. Saya tak sempat nak tengok reaksi mamak tu. Malu okay! Hahaha…Dulu saya selalu rasa kalau saya buat apa-apa, orang TAKKAN pandang saya. Orang TAKKAN notice saya. So saya boleh buat sesuka hati. Err..saya ni kalau excited, susah betul nak kawal, selalu terlepas. Kadang2, dengan gaya2 sekali nak buat (sebab rasa macam tak buat gaya, tak sah, tak lengkap) Buat malu je. Hee!! Sekarang saya kene ubah tanggapan tu. Walaupun saya ni bukan artis or bukan orang popular, dah jadi lumrah manusia untuk melihat-lihat orang di sekeliling mereka(sebab saya pun kadang2 suka tengok gelagat orang di sekeliling saya jugak). So, I will keep thinking that people will see me. People will notice me.



Lepas kejadian tu baru saya kawal sikit ke’excited’ an saya ni. Okay, I will try. Tapi kan excited2 pun, saya takkan buat perkara yang annoying. Contoh: Terlalu terkejut dengan soalan terjah sampai terpukul manja dengan lelaki (macam Fasha Sandha selalu buat dengan wartawan lelaki) atau peminat fanatic yang kalau jumpa je artis pujaan, tanpa segan silu terus mencium pipi walaupun berlainan jantina (contoh:Peminat wanita Anuar Zain selalu buat). Erkk…Annoying kan?




p/s: Sekarang tak minat Bae Yong Jun pun. Sebenarnya dia bukannya best sangat pun. Personaliti dia dalam citer Winter Sonata takdelah memberikan kesan sangat(biasa2 je).Tak tahu macam mana boleh minat dia. Lakonan dia terlalu biasa buat saya. Mungkin masa tu tak banyak citer korea yang ada kot (masa tu citer korea baru nak popular) . Sekarang minat kat Lee Dong Wok dalam citer korea My Girl pulak (tak abis2 dengan My Girl budak NADIA nih.Pergilah cari hero cerita lain pulak).hahaha.. Err…Lee Dong Wok sangat kelakar la dalam cerita tu. Dia tak buat lawak pun saya (dan nana) asyik gelak je tengok cerita tu sampai sekarang :grin: Sebab tu tak boleh beralih-arah ke pelakon lain. Walaupun hero dalam cerita Witch Yoo Hee pun agak sweet(perangai) dalam cerita Witch Yoo Hee tu dan mampu menggugat kedudukan Lee Dong Wok, tapi…Ish3x ..Tak boleh, tak boleh ! Dah minat yang satu kene setia pada yang satu. Hahaha..Bajet bf plak kan nak setia2. Padahal dia sikit pun tak kenal saya. Boleh blah la nadia! Wakakakakaka!




*Err..ayat Irma yang terakhir tu paling tak boleh blah la. hahahahaha!!!!


*Dzeti, Irma! Mengertilah korang. Aku dah delete Buyong dah. kah3x! *gelak kijam*


11 voice out:

Cikgu Ije said...

hahahha.. dulu pun sakan tgk korean drama~ ehe. skrg ni dah tua, huks. slow sket~

farah, s. said...

hahahaha. siap cium2 majalah bagai.. mmg obses nih!! hahhaa

eh eh tu dzeti la ;p

err.. farah kalau pelakon korea ni farah obses kejap2 je. tgk mood la. hihi. yg farah obses spanjang zaman adelah dbsk. boy band korea. kt times quare ade kedai jual brg2 diorg ni. tp frh beli sikit2. tu pun sorok dpd alif takut dia jeles. hahaha.

err.. lee dong wok mmg comel wp dia muke xde feeling.hahaha. tp skarang i lg suke hero witch yoo hee tu. awww.. ;p

Nadia said...

ijechan: betul..makin tua makin matang..eheee..

farah: yup2..dzeti tu..kui2!

wawawa...siap sorok2 tu takut tunang jeles.ekekek..farah, hero witch yoo hee tu memang sweet ..hoho..tapi feeling lagi lebih sikit ke arah lee dong wok sebab dia cinta pertama(ayat tak boleh blah!)..kehkehkeh

farah, s. said...

hahha. tu cinta korea pertama ku jugak. hahahaha. tapi dah curang. nk yg hero witch yoo hee lak.

ni ayat tak bleh blah gk ni. hahaha.

jgn ckp kt aliff ;p

Nadia said...

farah: hahhahaha..farah,mari kita buat ayat tak boleh blah bersama-sama..wakakaka!


"McD Crew Trainer.Lai lai lai! Saya mau cerita something" hahaha... =P

Wokeyh2, rahsia akan disimpan kemas..hihi

Nadiah Suhaidi said...

ingatkan dari mana la datangnya nama Buyong tu haha

p/s: sy suka anime dan drama jepun sbb cite korea nama panjang2 susah nk sebut hehe..

Unknown said...

hah, adakah ko masih gila2 kan meteor garden? dah tgk versi korea punye tak?

miSS lyAn4 said...

ahaha ady..finally ady letak gak gambo time kat mrsm eyh..heheehhe..;P

Nadia said...

nadxoxo: bukan dari gayung tau..whahaha

helmi: tak! hahahha..ada versi korea ke? (aku macam tak pernah tau je)

p/s: bila nak jawab tag aku ni?hahah

ayie: ayie, gambar tu mata kita nampak normal.Sebab tu boleh letak. Sebarang gambar yg nampak mcm hantu takkan diletak.hoho

laligaespanyola said...

Salam...sy nie org yg x dikenali,tp sy nk tny cik,kat mane sy leh dptkan rantai polaris tu ek?dh lame sy carik,n then sy nk tny kedai yg jual brg2 citer korea tu katne cik?bkn obses sgt, skit je ni..hehe..juz nk dptkan rantai tu je..hehe..kalau x keberatan sila la email kat sy ttg rantai tu ye..
thanks..salam

Anonymous said...

Pengkomen bernama Udin,

opppss..sori ler..lupe lak
ni email sy..arzaimi_86@yahoo.com