Pages

Tak rela

Live dari tempat kerja. Pc di tempat kerja juga. Bukan time lunch. Wahhh free sangat takde keje la ni sampai sempat update blog bagai ni?

Ok, hujung minggu ni aku akan ke Melaka lagi. Baru je balik ke Melaka minggu lepas minggu ni balik lagi. Anak buahku bertunang. Ya, umur sama ngan aku. Fuhhh (eh apasal kene 'fuh'?)

Mak dia: Ari tu masa fiza tunang tu sape punya?
Aku: Errr..Kawan punya (heheheeheh)
Mak dia: Kak long ada, nanti ko tolong amik gambar dak *** bertunang nanti eh
Aku: (aku pandang nana, nana pandang aku. Pandangan pelik)


Mulanya aku bermati-matian tak nak pergi sebab awal2 mak dia(sepupu aku) mark aku suh jadi photographer majlis pertunangan anak dia tu. Wahhhhhhh banyak cantik muka. Aku dengan anak dia tu taklah baik sangat. Bukan taklah, memang TAK BAIK pun, senyum pun buat cukup syarat je (aku kan profesional, welll). Sebab tak baik tu takyah la aku cakap kat sini kan, it's private la kot. Aku kalau dengan orang yang aku tak suka ni aku jadi cam pemalas gituuu. Kerja senang pun akan automatik jadi susah bagi aku. Nak bersusah-payah untuk dia? Please lah. I tak rela you. Tapi kan kalau orang tu takde apa2 hal dengan aku, dia tak payah cakap pun aku sendiri yang terhegeh-hegeh amik gambar sana-sini (coz naturally aku sebenarnya suka amik gambar tapi DENGAN RELA SAJA)


Ni mesti dia tengok aku amik gambar fiza tyme fiza bertunang ari tu posing sana sini so dia claim macam aku pandai la amik gambar (kononnya) padahal........ (isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai).

Ok, sebenarnya benda yang aku tulis panjang2 ni keypoint nya ialah, aku taknakkkkkkk amik gambar anak dia!!!! Walaupun mungkin kerja senang tapi aku taknak! Aaaaaaa!!!! Punya la aku nak mengelak last2 terpaksa pergi jugak. Atas dua alasan


1) Fiza pun pergi jugak. Cettt..Mula2 dia pun taknak pergi jugak(so at least kitorang tinggal berdua kat rumah. Aku punya alasan konon2 ada test JPJ, fiza plak punya alasan tak dapat cuti) tapi tetiba dia dapat cuti dan nak pergi pulak. Family tanya sanggup tak aku tinggal rumah sensorang. Bila aku kata sanggup fiza plak takutkan aku, dia kata dia pernah tinggal sensorang dulu dengar macam2 bunyi. Pintu berdegang la apa la. Ala...macam konon2 jiran kena rompak rumah gituuu. Pastu dia kata dalam hati dia berkata "Habis la malam ni aku mati kene bunuh". Ok sedikit sebanyak kata2 tu tereffect gak kat aku n family aku semua risau aku dok sorang kat rumah so suruh aku ikut gak. Kalaulah nana ada sekarang mesti dia boleh temankan aku. kat rumah ni. Apa je yang aku cadangkan mesti dia ikut. Sebab rasanya kitorang pernah dua orang bermalam kat rumah takde pun dengar bunyi2 bagai ni.

2) Family aku nak melawat nana kat UITM uruskan soal PTPTN dia. NANA SURUH AKU IKUT SEKALI. Sebab bab2 permohonan online, cetak itu ini aku je terer dalam family ni, orang lain macam tak faham sangat.

OK, 2 sebab kukuh yang mengatakan aku harus balik T__T


Ok, sudah pasti aku takkan bawa kamera aku tapi kalau mak dia suruh aku tangkap gambar guna kamera orang yang mak dia pinjam camne? Aaaaaaaa. Aku bayangkan kalau aku tukang amik gambar tu konon2 macam meraikan dia pastu of course kene banyak berkomunikasi dengan dia, bersenyum-senyuman. Arghhhhh!!!!!! Aku nak bagi alasan apa ni weh? Boleh tak kalau aku kata aku demam pastu tak larat nak berdiri so duduk baring dalam bilik je?

ATAU......

Aku amik gambar jugak. Tapi aku amik gambar buruk2 camtu. Ala-ala macam prestasi handphone aku tu. KAHKAHKAH. Tak payah fikir kreatif2, takpayah fikir suruh dia posing best2, tak payah moment2 semua tu. Sangat simple. Err...ok, macam boleh dipakai idea ni. OK set!

Selamat berjuang nana!


Sebelum aku ke cerita selanjutnya meh sini aku nak komen pasal kolej kat UITM ehem ehem ni. Kot la MPP dia ada singgah sini baca blog aku ke. Huahuahuahua*tak leh blah*

Ada ke almari boleh share2? That's mean satu anak kunci dipegang oleh dua orang. Faham tak? Maksudnya satu almari hanya ada satu kunci dan dipegang oleh dua orang (satu bilik 4 orang so ada dua almari). Apa mereka ingat adik beradik ke main share2 almari gitu2 je. Macam mana nak letak barang berharga (purse,laptop) di dalam almari since dua orang pegang kunci yang sama? Kalau sorang terlupa nak kunci almari pastu barang dua2 orang hilang siapa nak bertanggungjawab? (okay, aku berfikir jauh nampaknya). Ni bukan aku je yang komplen, bebudak satu bilik tu pun komplen jugak, termasuk la ibu bapa. Sian aku tengok diorang gigih la decide camne nak kongsi almari yang kecik tu dua orang. Why la tak buat macam kolej aku kat upm dulu. Satu almari tapi ada divider di tengah dan kunci pun asing2. So kira macam dua almari yang dicantumkan. That's more practical. Okay tetiba rindu kolej yang dulu. Kolej yang aku kirakan agak selesa berbanding kolej lain. Yang aku rasa agak luas berbanding dengan kolej lain (KTDI especially. Eh kenapa KTDI? Sebab pernah masuk sana.haha).

Tamat kisah komplen. Dengan ini aku jangkakan nana takkan lama di kolej ni. Mungkin lepas setahun akan berpindah keluar. *before ni aku galakkan dia aktif kolej supaya boleh stay kolej, bila tengok bilik, aku rasa better sewa rumah kat luar kot*


kasi can la tuan punya blog menyemak dalam gambar jugak. Kami kan sehati sejiwa. Eceh, tetiba.

Selamat berjuang nana!

You Are Beautiful





Aku kenal minah ni masa dalam drama Stairway To Heaven lagi. Walaupun sampai sekarang aku layan cerita tu lagi kadang2, tapi aku tak sangka dia boleh membawa watak cute dalam drama terbaru You Are Beautiful. Watak yang sangatlah berbeza. Apa yang mampu aku katakan, dia VERSATILE!

Muka pun lain gile. Dalam Stairway To Heaven ni muka dia nampak sangatlah innocent. Kemudian dalam drama You Are Beautiful, dia menjadi sangatlah comel.






Walaupun orang kata Kim Tae Hee artis korea paling jelita, aku nak mark dia sebagai artis korea paling comel! She's only 19! Her name is Park Shin Hye.



p/s: Lawak giler. Aku ingat kumpulan nama A.N.Jell memang betul2 wujud kat korea sebelum drama ni. Ala macam F4 (Taiwan) yang berlakon dalam Meteor Garden tu. Penyanyi jadi pelakon gitu. Rupa-rupanya A.N.Jell hanyalah dalam drama sahaja. hahaha...

pic: Semua aku google saja

Akhirnya...

Manager aku dah nak resign hujung bulan ni. 31 Dec dia last. Weeee...Eh, nadia, kenapakah macam happy?

"Nadia tunggu dia resign je ni" Ayat yang pernah aku keluarkan kepada Kak N tak lama dulu. Tergelak Kak N. Mana tah keberanian aku boleh cakap macam tu. ngahahaha... Walaupun kitorang tak suka dia, takde la sangka dia boleh resign secepat ini (aku je sorang yg sangka sebegitu tapi just simpan dalam hati before ni tapi terlepas gak. haha)

Lalalalala~

~Ingat lagi ramalan aku? Ramalan aku betul nampaknya. End~

Masih berhidup....

Hai hai hai apa khabar? Alhamdulillah walaupun lappy aku dah penuh dengan virus still boleh on lagi cuma nak start tu lambat ya ampun! Okay, update dengan laju2.

1. Tadi waktu lunch di meja makan aku telah membuat satu kerjaan yang macam tak payah buat pun tak apa. Apa lagi, promote cerita korea Boys Over Flowers la. kahkahkah.... Nak suruh dia menghadap depan tv 8 setiap kali cerita tu on air. Aku promote kat FS. Baru aku nak buat intro tetiba ada orang chinese girl depan aku menyampuk "Eh, cerita tu I dah tengok, I dah tengok! I tengok satu episode je terus I suka. There is 3 version. Japanase version, Taiwan version and Korean version but I think Korean version is the best (dia explain sambil pandang FS ). Dia punya hero manyak hensem lorr. Haiya..Manyak hensem" Okay terima kasih kepada chinese girl tersebut sebab sudah bercakap bagi pihak aku. Aku takyah promote panjang lebar ah. Muehehe..

Teringat masa mempromote cerita korea zaman dulu2 dengan customer (dulu aku promoter buat sape2 yang tak tahu). Aku berani bertaruh seyh i cakap u. "Akak, saya berani kerat jari la cerita ni best." yakin je aku cakap. "Kalau tak best macam mana?" akak tu bertanya semula. "Kalau tak best akak datang komplen kat saya balik, nanti boleh tukar cerita lain" Woo wooo.. Berani mati betul. Buat kedai tu macam kedai bapak aku la pulak kan. Suka2 je cakap macam tu, boleh main tukar2 plak. Tahu bos aku, mati aku. Huahuahua.. Mungkin sebab aku dah tengok sendiri so aku berani jamin apa yang aku cakap. Nasib baik akak tu takde komplen, dia datang balik tapi bukan untuk komplen tapi untuk tanya aku, cerita apa lagi yang best. Huehuehue. Formula aku senang, kalau setiap orang yang aku tanya, suka tak cerita sekian2, bila mana majoriti kata suka, maksudnya betul la cerita tu best. Ataupun cerita yang mampu mencetuskan 'fenomena', of course la best kan.


2. Aku rasa macam aku belajar memandu (kereta) secara speed la. 5 minit je ajar gear,clutch,brek semua terus dah suruh aku bawak. Ada la dalam dua jam. Aku bawak sampai la ke rumah. Ayah aku pun terkejut aku boleh bawak sampai ke rumah (ke biasa ni. Kalau biasa asal ayah aku terkejut eh?). Yang ajar aku tu apek (cha ya nun alif). Bila aku tanya dua kali (just nak confirmkan, bukan tanya sebab tak tahu), terus kata "Haiya, I dah ajar u , u taknak dengar bla bla bla haiya bla bla haiya." Errr.. ?? Ayat tu jek yang diulang-ulangnya. Geram plak aku dengan apek sorang ni. Apa salahnya bertanya, takleh jawab elok2? Tau2 je la apek2 ni kalau cakap volume nak kuat jek. Dulu masa kelas teori, masa kerani tu tengah panggil nama kitorang sorang2, sekumpulan apek bercakap sesama sendiri. Sebelah2 je pun tapi volume nya macam mereka jarak 5 kaki antara satu sama lain. Bila macam tu kitorang macam tak boleh dengar jelas la kerani tu panggil nama kan. Apa lagi "Shhhhhhhh!!!!!!!!!!!!" Aku bersuara kuat. Kesan? Macam tak jalan jek. Memang tak faham bahasa diorang2 ni. Lepas tu aku dengar ada pelajar lain cakap "Shhhh!!!!" jugak tapi still tak jalan. Okay, tak payah cakap apa la kan.

3. Hard disk aku jadi kosong dengan tetiba! Aaaaaa.. dah la cerita korea best2 aku simpan dalam tu. My Girl, Witch Yoo Hee dan lain2. Aaaaa...!!!!! Ari tu aku hantar hard disk ni untuk dibuang virus. Tak sangka dengan semua2 content dalam tu dibuangnya. Aku dah cakap awal2 , buang virus je bukan buang data tapi.... T_T Takpe la, redha jek.


4. Jumaat, sabtu dan ahad kami satu family akan berlepas ke Melaka untuk hantar nana. Sanggup aku tangguhkan kelas memandu aku untuk hantar nana. Demi nana apa saja sanggup ku lakukan ceh ceh ceh. Bila nana takde mesti sedikit sebanyak aku rasa kehilangan. Ialah, selama ni aku kan kamceng dengan dia tambah2 lagi bab2 drama korea, lagu korea, artis korea, kitorang je yang layan dalam rumah ni. Mak, fiza, ayah, haremmmm tak layan. Ayah aku tu lagi la, banned terus apa2 berkaitan korea2 ni. Bak kata nana "Kat rumah ni kita dua je yang gila korea, angah. Aku takde nanti ko takde geng la" :( Aku sure bila dia dah start busy confirm jarang balik rumah. Ah...takde2 aku nak suruh dia balik gak dua minggu sekali (guna kuasa veto). Muahahah... Balik eh nana, balik eh.

Demam BOF

Dulu ditayangkan kat astro. Yang takde astro memang tak tengok la kan.


Mak aku baru beritahu yang cerita Boys Over Flower ni baru ditayangkan di TV 8. Hari ni episode dua. Isnin-Jumaat 8.30 malam. Oh adakah gelombang aura Boys Over Flower akan muncul semula di Malaysia sama macam masa mula2 ia ditayangkan di ASTRO? Aku tahu pasal cerita ni pun sebab ia topik hot yang diperkatakan di blog2 awal tahun 2009 dulu. hehe.. . Ceh, tak main la tengok cerita korea kat TV sekarang kan. Kat tv alih bahasa korea ke Mandarin. Tak original. Kelakar giler aku dengar. Sesungguhnya aku memang bencikan filem alih bahasa. Apasal tah TV8@TV3 ni suka sangat main alih-alih bahasa. Dah kene sound pun macam tak faham2 bahasa. Dan ini adalah salah satu reason kenapa orang melayu suka beli yang original punya dvd/vc. Sebab nak dengar Korean punya bahasa. Spesis yang tak reti nak cari download link kat tenet(aku la tu). Ahahaha…


Aku suka giler dengan watak Gu Jun Pyo dalam cerita BOF tu. Watak dia macam variety. Berani, poyo, comel, tegas, garang, sombong, gila-gila, tah apa-apa, romantik, caring, nakal, penakut. Semuanya berubah mengikut situasi tertentu. Disebabkan variety tu membuatkan aku suka dia. Wehhehe… Watak dia ada macam Lee Dong Wok dalam My Girl sikit2 tapi dia ada elemen kecomelan lebih sikit. Bukan comel muka, tapi perangai (eh, muka pon comel juga. Whahaha). Dia takut lipas. Eh, macam comel je takut lipas meh geng dengan aku meh..


Aku nak mengumumkan bahawa Lee Min Ho adalah 'Bf' terbaru aku . Dia dah challenge Lee Dong Wok dah sekarang. Lepas ni takde dah nama Lee Dong Wok, diganti dengan Lee Min Ho. Habis la korang, muntah la asyik dengar nama Lee Min Ho je kat blog aku pasni.Muahaha…*gelak kijam*



Aku suka giler dengan lagu di atas (salah satu soundtrack BOF). Mendamaikan. Aku dengan nana asyik karaoke lagu ni je tak habis2. Nana ulang pasang dekat puluh2 kali kot satu hari. Nak tido pasang, nak basuh pinggan pasang, nak pakai baju pasang, nak mandi pun dia pasang. Demam BOF. Makan BOF, tidur BOF, mandi pun BOF. Ahhah…. Aku pun sama.Muehehehe.. Semalam,before start keje aku pasang lagu ni kejap. Sebab aku addict dengan melodinya yang mendamaikan tu. Tiba2..Gedegang!!!! Aku tertidur! Maka HP aku terjatuh! Aaaaa, kamera dah tak berfungsi okayyyy….See, mendamaikan sampai buat aku tertidur, mampu mendodoikan aku.Habis HP aku. Nasib baik MP3 still boleh pasang. Kalau tak, hp aku ni tak ubah seperti Nokia 3310 la agaknya, apa2 pun takde.

Dia macam tahu2 je aku pernah kutuk dia dalam entri yang lepas. Kata nak campak dia, sekali betul2 tak berfungsi. Tapi aku macam tak heran la kamera ni tak berfungsi. BOF punya pasal.*tetiba* Aku redha jek T_T

Tak payah la tengok kat tv tu. Macam kelakar je aku tengok bahasa Korea dialih bahasa ke Mandarin. Try la download kat sini>--Link . Tapi fail dia besar2 la. Tapi berbaloi-baloi. Nampak jelas kehenseman dan kecomelan pelakon-pelakonnya. Kalau pakai Streamyx 1Mbps, 1 episode boleh capai setengah hari.

Aku: Nana, ko tak nak baca ke Eclipse aku tu?
Nana: Ko ni angah, janganlah kacau. Aku tengah demam BOF ni. Mana boleh campur2. Nanti aku tak fokus (?). Demam twilight lain, demam BOF lain . Tak leh serentak (?)


Lawak je nana ni. Ada sekali tu dia tengah tidur nyenyak. Dia pernah laung-laungkan kalau dia tidur, dia tak suka orang kejutkan dia. Terutamanya waktu petang. Kalau kejut jugak, dengan kekerasan, dia boleh bangun setelah setengah jam kemudian. Kalau dengan kelembutan, haremmmm tak bangun. Kalau bukak mata pun, kejap je pastu wajib tutup balik. Tapi ada sekali tu, aku kejutkan dia, dia bukak mata kejap lepas tu terus aku bagi ayat keramat "Nana, jom teman aku pergi beli DVD BOF kejap". Terus dia tanya "Kat mana?" Bila aku jawab "Kat KL, dah cepat lah bangun", sekejappppp je terus bangun ko, tegak 90 darjah. Amik tuala terus mandi. Terkejut gak aku begitu senang dia bangun tak pernah2 macam ni. hahaha. Sah dia demam tu!!



p/s: Siapa tahu Gu Jun Pyo masa kecik yang mana satu? Ceh, of course la yang rambut bergulung-gulung tu kan =D

Tahniah fiza!!

Sekitar majlis pertunangan fiza dan tunangnya












Bising giler dia bila aku suruh pose ala-ala ayat2 cinta ni.




Ingat lagi pasal sepupuku yang bercermin mata hitam sepanjang hari tu? (yang kucerita dalam entri lepas). Atas ni la gambar anak dia. Comel kan. Banyak giler aku shoot gambar dia. Paling kelakar dia sangat takut kucing. Masa mula2 dia jumpa aku dalam keadaan aku memeluk kucing (Meaya), terus dia nangis2 dah. Lepas tu dia jumpa aku(hari yang sama) dalam keadaan tak pegang kucing pun dia nangis jugak, kali ketiga jumpa pun nangis2 sebab dalam kepala dia set aku=kucing. hakhakhakhak. Tapi lepas beberapa kali dia dah takde nangis2 dah. Buktinya, ni haa gambar dia senyum betul2 depan aku




Sudahhhhh... Ni kamera siapa pulak aku rembat nih? Poyosss. Hakhakhak. Ingat lagi tak, aku pernah cakap dalam entri mana tah yang aku teringin sangat nak bergambar dengan kamera type macam ni? Tercapai. Teheee... :D

p/s: Baru perasan, aku banyak guna setting 'close up' tyme majlis ni. Apasal tah, jatuh cinta dengan setting tu. hahaa...

Sometimes, original give a sentimental value

Haha belum jadi upload gambar tunang fiza. Nanti-nanti la ye. Tadi, aku pergi ke suatu tempat. Aku memang dah lama berhajat menghadiahkan (hadiah kata lainnya ialah free, kasi seikhlas mungkin, cewah) dia sesuatu. Tapi tertangguh atas sebab-sebab tertentu. Heh tak sangka, dvd ni dah lama release rupanya. Oh kunonya aku. Before ni puas la aku cari kat Speedy tak jumpa2. Dan tadi tercapai jugak hasratku. Agak mudah meng-hunter benda ni. Hanya pergi suatu tempat tiba2 jumpa. Bak kata nana, cari benda ni tak sesusah nak cari buku Eclipse. haha..

Here,





one for her, one for me (ye, aku pun beli jugak.hahaha.. Dah lama tak menghadiahkan diri sendiri).

Kadang2, original memberi sesuatu yang sentimental. Kadang2, tak semua keadaan ye. Ini yang aku belajar masa kerja kat kedai cd tu suatu ketika dulu. Ya, tempat yang sama yang aku beli dvd di atas. Nanti aku mahu reveal sesuatu kepada die-hard-fan korea yang tak berapa berminat nak tengok cerita korea di youtube@mysoju yang tak berapa berkualiti mutu gambarnya, mahu yang gambar clear@original sahaja (macam aku.hehehe) . Info yang mungkin berguna dan penting bagi mereka . Rahsia dan taktik yang orang yang pernah kerja disitu sahaja yang tahu (cewah, rahsia konon). Dan kerana rahsia itu, walaupun tertera diskaun untuk bukan VIP hanyalah 15% (suatu jumlah yang sangat kecil), tapi aku berjaya mendapat diskaun sebanyak RM32. Hah, banyak ke tak banyak diskaun tu? Kalau pergi kedai Speedy, jangan harap la nak dapat diskaun walaupun RM1. Nanti aku cerita, sekarang belum ada masa nak mengarang.hohoho...


p/s: Kepada sumone itu (kalau la dia baca this entry. hahah), silalah menanti benda ini sampai di pintu rumah anda.Shhhhhhh...diam2 ye ;)



Fast update

1) Penat giler sekarang ni. Event besar yang aku kata dalam entri lepas adalah majlis pertunangan kakak aku, Fiza. Memang aku kehulu-kehilir la kan. Harus untuk tuan rumah. Dan aku dilantik untuk menjadi photographer rasmi tapi tak bertauliah langsung. hakhakhak. Sila gelakkan aku.


Mungkin sebab aku je yang tahu sikit2 handle kamera ni kot. Fiza tak reti guna buat masa sekarang(kalau dia reti guna pun macam la boleh kan). Ayah and mak confirm2 busy takleh jadi kameraman. Mana boleh kasi Nana sebab aku lagi besar&dewasa dari dia maka aku berhak. Ececeh... Tapi ada je part yang aku paksa nana untuk amik gambar aku. Tak jadi ke, gelap ke, aku suruh dia amik gambar lagi sampai lebam (sampai jadi la maksud aku.heheh). Siapa kata jadi photographer muka dia takleh masuk langsung dalam gambar? Yang penting, kerjasamaaaaaa......


2) Fiza tak sporting amik gambar. Geram aku. Suruh amik gambar cantik2 tapi kalau taknak posing, jadi apakah???? Nana pun cakap dia tak sporting jugak. Penat je kitorang perah otak fikir aksi2 yang kitorang rasa macam best untuk dilakukan dan disnap, fiza pulak complain sana-sini. Dia kata posing cam tah pape je. Hahaha, orang kalau dah biasa tengok gambar kawen photographer hebat2 di internet, memang la macam ni. Moment, simbolik, semua diambil kira. Ni yang aku try nak cari simbolik la yang boleh keluar idea pelik2 tu. Fiza manalah faham semua tu. Landing kat katil sambil letak tangan bawah dagu pun dia dah complain tak nak buat, so? ahahah. Nasib baik nana memahami. Dia taknak posing, biar kitorang yang posing.Sampai kitorang posing mengalahkan pen-tunang pulak. Sampai ada orang tegur "Ni siapa yang bertunang ni. Fiza ke orang lain ni?" Mungkin diorang tengok kitorang beria-ia amik gambar, amik gambar pulak stail pelik2, mana la orang tak perli sana sini kan . Ceh, macam la perlian itu kasi effect ;P


3) Ada orang tegur aku shoot banyak sangat. Sikit2 shoot, sikit2 shoot. Yang tak berkaitan dengan pertunangan (contoh: muka budak) pun aku shoot jugak. Dah aku suka budak sebab budak comel, suka ati la kan. Ada makcik ni sound "Jangan la asyik amik gambar je, nanti HABIS FILEM TU KANG". Okay, jangan gelak nadia, jangan gelak. Nana dah tersenyum-senyum dah. Kalau mak cik tu kata, habis bateri, aku macam boleh terima sikit. hahaha.. Bila aku jelaskan kat dia, dia kata "Owhhh, kalau taknak gambar tu, kalau tak suka gambar tu, boleh buang la? Owhhh macam tu..."


3) Abang Ngah (sepupu) bercermin mata HITAM sepanjang hari. Mula-mula aku pelik apasal siang2 pakai spek hitam. Serta-merta aku teringat sence kat rumah kakak ayah aku (kira macam makcik la) kat N9 masa kenduri kawen sepupu aku lama dulu.


Seorang nenek: Kenapo dengan dio tu? Siang-siang buto pakai spek hitam, tak boto ko apo..
Sepupu aku: Tak boto dia tu nek.
Seorang nenek: Owhhh, patut la...

Aku dah tersenyum-senyum dah dengar perbualan tu. Sebab budak berspek hitam tu memang 'mental' pun . Aku cuma terfikir macam mana kalau orang tu feeling artis saje2 je pakai spek hitam pergi kenduri kawen. Dah tak pasal2 dapat title 'Tak Betul' kan. hahaha..Tapi itu peristiwa lama dulu. Sekarang macam trend je pakai spek hitam or sunglasses ni. Aku pun kadang2 pakai jugak (sunglasses. haha!). Tapi setakat nak bergambar je kot. Takde la aku tayang sana sini depan orang kan

Berbalik kepada kisah abang ngah aku tu .Once bila dia bukak kejap spek hitam dia baru aku perasan yang kedua-dua matanya merahhhh sangat! Kira macam kalau budak tengok budak pun takut.Huhuhu kira memang patut sangat la dia pakai spek hitam kan.

p/s: Aku tengah tengok2 gambar ni.Entry seterusnya aku upload (sikit). Dan percayalah entry itu akan dipenuhi dengan gambar dan mengandungi perkataan yang jika dihimpunkan akan jadi satu perenggan sahaja . hahah, luar biasa je entry aku less of words ;P

p/s: Aku bold, dan merahkan perkataan 'tak bertauliah' tu sebab aku taknak orang yang tersesat kat blog aku melalui laman ejen pencarian ke atau dari mana2 yang boleh diiktiraf sesat kata "Eh, photographer tapi apasal gambar tak lawa?" ataupun "Eh, dot dot dot tapi apasal gambar tak lawa pun?" haaaa, aku pantang sikit kalau dibagi kata-kata kritikan yang tak membina macam tu, mesti rasa nak fire balik. Kalau kritikan berserta saranan@nasihat takpe. Contoh: "Gambar tak lawa sangat la. Takpe, try n error, lama2 boleh la tu " Haaa, macam tu sejukkkk je hati aku mendengarnya kan.

p/sss: Macam tak sedar je aku shoot lebih 500-600 gambar. Fuh!!! Tu termasuk yang tak jadi. Aku malas nak delete lagi. Nak keluarkan semua kat lappy baru fikir nak delete ke apa ke..

p/ssss: Berapa banyak p/s daaaa. Okay, nak tido dulu. Tersengguk-sengguk dah ni.

Bunga-bunga Matahari.....

Bagi family aku, kucing merupakan 'bunga matahari bagi kami'.Kitorang satu family memang gilakan kucing (kecuali mak). Antara banyak2 kucing yang paling comel, Meaya namanya (sila sebut 'Merah' dengan nada gedik maka jadilah 'Meaya'). Kitorang namakan sebegitu sebab hidungnya yang kemerah-merahan. Act, pink tapi takkan nak namakan Pinky pulak , tak besh, sebab takde bunyi comel.ehehe.

Here, meet my Meaya



Dada dia yang putih gebuu :D Mata dia comel sebenarnya. Ayah cakap mata dia pemanis muka. Aku admire mata dia tapi sebab kamera flash, sebab tu la mata dia mengecil dan gambar seterusnya mata dia tutup teruss.




Setiap kali peminat kucing tengok Meaya ni in real, confirm kata dia tu comel lepas tu mesti nak pegang2 dia. Anak jiran aku asyik la suruh ayah aku bawak Meaya ni kat dia tapi kejap je pastu Meaya lari balik ke rumah kitorang . ahahah...Dan sebagai tuan punya kucing , macam bangga sikit la sebab walaupun kucing ni terlalu biasa, bukan kucing Parsi, bukan kucing mahal, hanya kucing biasa tetapi dia tetap menarik perhatian orang sekeliling. Bulu dia panjang dan gebu, dan lembut, best peluk. Teeheee :D



Kebetulan tyme ni mak beli tv baru so tv lama letak bawah kejap. Dah tak pasal2 Meaya ni jadi duta Sharp la pulak kan.




Errr, yang warna hitam kat belakang tu khas untuk Kak Noi. Kak Noi suka yang hitam2 kan? Bulu dia hitam melegam rentung tiada yang putih melainkan yang hitam-hitam belaka.

"Nadia cepat nadia! Ambil gambar aku cium Meaya ni"


Ops fiza, sorilah gambar ko ni nampak segala jerawat. Takpe, jerawat kan pemanis muka. Teeheee. Bukan dia sorang je yang cium Meaya direct camtu tiada tapisan. Aku ngan nana selalu pun buat macam tu jugak. Sebab dia comel sangat(bagi kitorang). Huahuahua


Kalau korang perasan, akhir2 ni aku jarang je post gambar yang ditangkap guna kamera phone akhir2 ni. Sebab apa? Sebab aku geram je dengan quality gambar kamera phone yang tah pape ni. Nama je 2MP tapi gambar ala-ala 1.3 MP je aku tengok. Cam tensen je asal amik gambar je kejap2 kabur, kejap2 gelap, kejap2 gegar macam gempa bumi. Haish...Yang aku paling kesal, gambar kawen wedding wawa yang aku amik ari tu memang sangat dasyat kualitinya sampai aku pun takde hati nak letak kat blog ni. Damn. Saat ni aku macam rindukan hp SE Cybershot aku yang dulu. Walaupun 2MP tapi gambar tetap best. Nak beli kamera digital biasa tapi aku taknak la pulak, sebab takut menyesal. Takut membazir. Sebab rasa macam baik aku kumpul duit beli........ok, takpe abaikan.



Ni dia phone yang tak best tu. Mari kita campak diaaaaaa!!! HAHAHA. Kamera dia tak best maybe sebab function dia more to walkman (sound) kot.Nama je 3G tapi aku tak guna langsung function tu. Kakak aku buat video call aku tak angkat, hahaha.. Tak best2. Kakak aku sound "Baik ko jual je la phone ko tu. Ada kemudahan tak nak guna" Err...Sebab macam alien je muka aku di dalam video call itu. wakakkaa!!! Eh serius betul tak tipu nih!

Lokasi perbualan. Aku dalam bilik air, nana kat dapur.

Aku: Nana! Aku ada lagu baru. Nak dengar tak?
Nana: Lagu apa?
Aku: Bunga-bunga matahari. La... la la la... La la la (ikut irama lagu nyanyian Maya~Bunga2 matahari)
Nana:Piccha kunna!

Amik ko, kene sound dalam bahasa Korea dah.hahaa

p/s: Errr sejak bila blog aku penuh dengan gambar ni? Selalunya penuh dengan huruf je (pinjam ayat Diya kejap)

p/ss: Esok ada event besar


Hamboi hamboi.....

Tadi aku tergerak nak bukak wall sendiri kat FB. Tetiba ternampak yang ini



Aku pun macam...eh eh, bila masa eh aku jadi fans Kim Hyun Joong ni? Siap bagi comment semua padahal AKU TAK KENAL PUN SIAPA ORANGNYA NI. Aku syak, tak lain tak bukan ni mesti keje nana ni. Jom kita skodeng apa yang dia komen tu





Adeh, ni mesti dia bajet2 Kim Hyun Joong baca komen dia ni. Sekaligus dia rasa Kim Hyun Joong handle page itu lepas tu mendapat semangat lepas baca komen dia tu. Wakakaka, comel betul nana ni. Siap keluar bahasa2 korea semua. hahah. Okay, marilah berharap dan berdoa moga-moga Kim Hyun Jong tu sendiri yang handle page tu.

Oh ye, lepas aku bukak fanpage tu baru aku tahu siapa Kim Hyun Joong ni.Ni haaa mamat ni yang berlakon dalam Boys Over Flower(BOF) tu. Siap tahu tu mamat tu rupanya ahli kumpulan SS501. Dan aku ada perasan dia ada download lagu kumpulan tu.Okeh, nana ni memang minat giler kat dia ni. Nana je aku tak.

Sekarang ni dia tengah layan BOF tu yang fanatic semacam luar biasa tu. hahah. Kemain dia sesuka hati je menjaja nama aku di page orang komen sana sini.Nasib baik la dia tak tulis I love u ke apa ke, kalau dia tulis macam itu siap dia! Mencemarkan nama aku. wakakaka! Okay nana sila buat facebook sendiri ok? ;P

p/s: Aku tak berapa minat mamat tu, aku minat Lee Min Ho je. HAHA! Err ada sesiapa yang masih tak kenal Lee Min Ho ke? Ala, hero Boys Over Flower tu. Tak kenal jugak? Okay, jangan ketinggalan dengan arus semasa marilah kita mengenali dia. Nah...

Ini first time aku aku tengok orang rambut kerinting tu adalah hensem. Ada je scene dia berambut lurus tapi aku prefer dia yang berambut kerinting, macam gambar di atas :D

p/s: Walaupun dia amik idea cerita Meteor Garden (Taiwan) tapi aku lagi suka cerita ni. Dan aku dengar memang ramai kata cerita ni lagi best daripada Meteor Garden tu. Jerry dalam Meteor Garden tu ganas sangat la, tak macam Lee Min Ho cool je aku tengok.Eheeee :D

First time...


First time aku naik gajah. Hahaha. Time ni aku tengok ada sesetengah girl elok je dari belakang peluk pinggang budak laki yang pakai baju biru tu. Aku? Sori sikit eh! Tak koser aku nak peluk pinggang tah laki mana2 tah. Walaupun instructor tu kata “Demi keselamatan, sila pegang erat bla bla bla”, peduli hapa aku kan. Aku rela jatuh tergolek dari badan gajah tu okay.Kahkahkah! Aku rasa laki baju biru tu mesti syok je bila girl2 ramai peluk dia dari belakang. Ceh, lelaki, macam la aku tak tau kan.haha


First time masuk dalam air kaki tak jejak tanah. Semua orang kata “Rilek rilek nadia.” Rilek2 mendenya, kang aku mati kelemasan sape nak tanggong? Hahaha


First time aku beraktiviti dalam keadaan selekeh giler. Bila aku tengok balik gambar ni lepas habis kem ketika gambar2 ini siap baru aku perasan aku selekeh gila masa kem ni. Baru sekarang rasa malu. Kalaulah aku tau confirm2 aku tak pakai selekeh macam ni. Masalahnya aku tak tahu. Tak ada sorang pun tegur “Weh nadia tudung ko selekeh la”. Tak ada. Sebab tu aku sendiri pun tak perasan.Aku tengok2 balik gambar masa aktiviti terakhir, antara ramai2 perempuan aku punya tudung la paling kotor sekali bertempek tanah (aku pun tak perasan)pulak tu herot-berot. Selamba badak je tudung kotor&selekeh tetiba nak interframe dalam gambar.Orang gila pun tak de selekeh macam ni. HAHAHA. Sampai ada fasilitator tegur “Ni baru balik dari bendang ke?” . See, aku tengok seluar aku, sah dia point kat aku. Malu? Tak pun. Tapi serius aku tak hirau langsung penampilan aku tyme kem ni. Mungkin sebab ketiadaan cermin. Peduli apa selebet ke, macam orang gi sawah ke. Janji aku pakai baju,seluar dan tudung.



First time aku pandai interframe dalam gambar. Selalu kalau kat kolej orang bergambar ramai2 aku malas nak interframe, sorok muka. Lagi satu, aku tak berapa selesa orang yang aku tak rapat amik gambar aku (kecuali aku yang suruh). Tapi nape tah masa kem ni aku macam hyperaktif dan berciri tak malu sampaikan asal aku nampak je kamera, mesti nak masukkan muka aku dalam kamera. First time macam ni weyh. Sampaikan bila aku tunjuk gambar2 tyme kem ni kat besties aku (mereka tak pergi tyme ni) mereka pun kata “Fuyooo, ady dah pandai interframe dalam gambar la. Ada kemajuan” Hahaha, kemajuan la sangat kan. Mereka kalau bab perli-memperli ni memang nombor 1.


First time err siapa eh? Orang..Haa orang tersebut notice aku. Selama ni tak pernah tegur2 aku, jalan berselisih buat donno je (eh, ye ke?Ye kot) tetiba kenal aku lepas tu start tegur2 aku. Mungkin dia sendiri pelik apasal ada jugak perempuan selekeh di kem ini. Ataupun dalam hati dia “Eiii selekeh nya dia ini. Tak malunya dia” so that dia cam aku sampai bila2.HAHAHA.


First time kene tengking dengan someone tapi aku berani bertentang mata dengan orang tersebut kejap selama 10 saat pastu bagi jelingan maut sikit. Kalau dia tak perasan itu adalah jelingan maut, aku tak tahu la nak cakap apa.hahaha. Actually jelingan maut tu dibuat sebab aku tak boleh nak pandang2 dia lama2 sebab nanti aku termelawan dia secara sinis kang, sape susah? Aku jugakkk, tak pasal2 kene halau balik kang. Al-maklum la, mulut aku ni tak boleh menahan kalau berhadapan dengan orang yang suka menengking-nengking tak pasal2 ni . Kalau tak balas secara kasar, paling tidak aku aku mesti balas secara apa-apa pun.


First time aku mandi berkubang. Tu haa lubang yang biasa badak atau haiwan2 besar mandi tu ha yang kitorang terpaksa masuk di dalamnya. Siapa tak masuk dikira kurang ajar sebab melanggar arahan. Masa tu aku memang terpaksa akur kepada ketentuan takdir Ilahi*tetiba


First time setiap kali makan , aku makan kurang dari 5 minit. Okay, ini takyah cakap.


First time bagi makan kepada rusa. Okay, ini jakun

p/s: Lupa nak cakap di awal entri. Semuanya di KPSM K5 UPM.

p/s: Tetiba rasa macam hyperaktif giler sebab berjaya menerbitkan 3 entri dalam sehari. Syabas!