Pages

Demam BOF

Dulu ditayangkan kat astro. Yang takde astro memang tak tengok la kan.


Mak aku baru beritahu yang cerita Boys Over Flower ni baru ditayangkan di TV 8. Hari ni episode dua. Isnin-Jumaat 8.30 malam. Oh adakah gelombang aura Boys Over Flower akan muncul semula di Malaysia sama macam masa mula2 ia ditayangkan di ASTRO? Aku tahu pasal cerita ni pun sebab ia topik hot yang diperkatakan di blog2 awal tahun 2009 dulu. hehe.. . Ceh, tak main la tengok cerita korea kat TV sekarang kan. Kat tv alih bahasa korea ke Mandarin. Tak original. Kelakar giler aku dengar. Sesungguhnya aku memang bencikan filem alih bahasa. Apasal tah TV8@TV3 ni suka sangat main alih-alih bahasa. Dah kene sound pun macam tak faham2 bahasa. Dan ini adalah salah satu reason kenapa orang melayu suka beli yang original punya dvd/vc. Sebab nak dengar Korean punya bahasa. Spesis yang tak reti nak cari download link kat tenet(aku la tu). Ahahaha…


Aku suka giler dengan watak Gu Jun Pyo dalam cerita BOF tu. Watak dia macam variety. Berani, poyo, comel, tegas, garang, sombong, gila-gila, tah apa-apa, romantik, caring, nakal, penakut. Semuanya berubah mengikut situasi tertentu. Disebabkan variety tu membuatkan aku suka dia. Wehhehe… Watak dia ada macam Lee Dong Wok dalam My Girl sikit2 tapi dia ada elemen kecomelan lebih sikit. Bukan comel muka, tapi perangai (eh, muka pon comel juga. Whahaha). Dia takut lipas. Eh, macam comel je takut lipas meh geng dengan aku meh..


Aku nak mengumumkan bahawa Lee Min Ho adalah 'Bf' terbaru aku . Dia dah challenge Lee Dong Wok dah sekarang. Lepas ni takde dah nama Lee Dong Wok, diganti dengan Lee Min Ho. Habis la korang, muntah la asyik dengar nama Lee Min Ho je kat blog aku pasni.Muahaha…*gelak kijam*



Aku suka giler dengan lagu di atas (salah satu soundtrack BOF). Mendamaikan. Aku dengan nana asyik karaoke lagu ni je tak habis2. Nana ulang pasang dekat puluh2 kali kot satu hari. Nak tido pasang, nak basuh pinggan pasang, nak pakai baju pasang, nak mandi pun dia pasang. Demam BOF. Makan BOF, tidur BOF, mandi pun BOF. Ahhah…. Aku pun sama.Muehehehe.. Semalam,before start keje aku pasang lagu ni kejap. Sebab aku addict dengan melodinya yang mendamaikan tu. Tiba2..Gedegang!!!! Aku tertidur! Maka HP aku terjatuh! Aaaaa, kamera dah tak berfungsi okayyyy….See, mendamaikan sampai buat aku tertidur, mampu mendodoikan aku.Habis HP aku. Nasib baik MP3 still boleh pasang. Kalau tak, hp aku ni tak ubah seperti Nokia 3310 la agaknya, apa2 pun takde.

Dia macam tahu2 je aku pernah kutuk dia dalam entri yang lepas. Kata nak campak dia, sekali betul2 tak berfungsi. Tapi aku macam tak heran la kamera ni tak berfungsi. BOF punya pasal.*tetiba* Aku redha jek T_T

Tak payah la tengok kat tv tu. Macam kelakar je aku tengok bahasa Korea dialih bahasa ke Mandarin. Try la download kat sini>--Link . Tapi fail dia besar2 la. Tapi berbaloi-baloi. Nampak jelas kehenseman dan kecomelan pelakon-pelakonnya. Kalau pakai Streamyx 1Mbps, 1 episode boleh capai setengah hari.

Aku: Nana, ko tak nak baca ke Eclipse aku tu?
Nana: Ko ni angah, janganlah kacau. Aku tengah demam BOF ni. Mana boleh campur2. Nanti aku tak fokus (?). Demam twilight lain, demam BOF lain . Tak leh serentak (?)


Lawak je nana ni. Ada sekali tu dia tengah tidur nyenyak. Dia pernah laung-laungkan kalau dia tidur, dia tak suka orang kejutkan dia. Terutamanya waktu petang. Kalau kejut jugak, dengan kekerasan, dia boleh bangun setelah setengah jam kemudian. Kalau dengan kelembutan, haremmmm tak bangun. Kalau bukak mata pun, kejap je pastu wajib tutup balik. Tapi ada sekali tu, aku kejutkan dia, dia bukak mata kejap lepas tu terus aku bagi ayat keramat "Nana, jom teman aku pergi beli DVD BOF kejap". Terus dia tanya "Kat mana?" Bila aku jawab "Kat KL, dah cepat lah bangun", sekejappppp je terus bangun ko, tegak 90 darjah. Amik tuala terus mandi. Terkejut gak aku begitu senang dia bangun tak pernah2 macam ni. hahaha. Sah dia demam tu!!



p/s: Siapa tahu Gu Jun Pyo masa kecik yang mana satu? Ceh, of course la yang rambut bergulung-gulung tu kan =D