Pages

Koleksi buku Twilight Saga dalam BM

Masa belek2 gambar kat phone, aku ternampak gambar ni. Lupa nak memblog pasal ni dalam entri new moon yang lepas. Masa aku dengan nana beli buku Breaking Dawn tu, memang terkejut la sebab terjumpa buku New Moon yang versi Bahasa Malaysia punya. Tak caya jom tengok gambar bawah ni



Lokasi ni kat POPULAR Jaya Jusco Cheras Selatan (Balakong). Aku rasa kat MPH ada la kot. Cuba tengok rupanya, memang exactly sama dengan yang english punya. Dan aku memang dah belek2 isi kandungannya, sah BM! Tapi bahasanya ala-ala klasik kot. Ayat skema. Aku mana biasa baca ayat2 skema ni. Semakin tak skema bahasa dalam novel melayu, semakin aku suka. hahahaha


Kalau rasa macam tak faham english langsung bolehlah try2 tengok version BM punya tu. Tapi bagi orang2 yang english tahap terer atau yang biasa2, better beli yang English version sebab aku rasa ayat BI nya takde la high sangat, mudah difahami. Oh ya, version BM yang ada setakat ni Twilight (Senjakala, ala awat la pelik ayat tu bila ditranslate dalam BM) dan New Moon(Cinta Baru) je. Yang Eclipse and Breaking Dawn aku rasa belum keluar lagi la kot BM version. Later, keluar la kot.


Okay, tu je yang aku nak beritahu. Bye.

p/s: Tak jumpa lagi buku Eclipse! Ni mesti semua yang tengok New Moon kat wayang terus rembat Eclipse sampai habis stok, aku nak beli pun takde. Grrr... Esok aku nak try cari kat MPH Mid Valley.

TAK ADA KAITAN DENGAN ENTRI:

Minta2 malam ni ada berita yang menggembirakan untuk aku dan nana. Masa dengar bau-bau bacang pasal berita berkenaan aku dengan nana dah nyanyi sakan dah. Kami nyanyi sorang2 dah macam orang tak betul dah. Kalau la berita berkenaan betul2 terjadi dan jadi kenyataan, memang akan pengsan dan akan sewel dalam masa 5 minit sekejap.

Kalau betul2 jadi kenyataan, anda dapat saksikan kegilaan aku dalam blog ni nanti.

Kalau tak jadi kenyataan, takdelah gila.hahaha

p/s: Ada urusan japgi. Will come back soon