Pages

First time...


First time aku naik gajah. Hahaha. Time ni aku tengok ada sesetengah girl elok je dari belakang peluk pinggang budak laki yang pakai baju biru tu. Aku? Sori sikit eh! Tak koser aku nak peluk pinggang tah laki mana2 tah. Walaupun instructor tu kata “Demi keselamatan, sila pegang erat bla bla bla”, peduli hapa aku kan. Aku rela jatuh tergolek dari badan gajah tu okay.Kahkahkah! Aku rasa laki baju biru tu mesti syok je bila girl2 ramai peluk dia dari belakang. Ceh, lelaki, macam la aku tak tau kan.haha


First time masuk dalam air kaki tak jejak tanah. Semua orang kata “Rilek rilek nadia.” Rilek2 mendenya, kang aku mati kelemasan sape nak tanggong? Hahaha


First time aku beraktiviti dalam keadaan selekeh giler. Bila aku tengok balik gambar ni lepas habis kem ketika gambar2 ini siap baru aku perasan aku selekeh gila masa kem ni. Baru sekarang rasa malu. Kalaulah aku tau confirm2 aku tak pakai selekeh macam ni. Masalahnya aku tak tahu. Tak ada sorang pun tegur “Weh nadia tudung ko selekeh la”. Tak ada. Sebab tu aku sendiri pun tak perasan.Aku tengok2 balik gambar masa aktiviti terakhir, antara ramai2 perempuan aku punya tudung la paling kotor sekali bertempek tanah (aku pun tak perasan)pulak tu herot-berot. Selamba badak je tudung kotor&selekeh tetiba nak interframe dalam gambar.Orang gila pun tak de selekeh macam ni. HAHAHA. Sampai ada fasilitator tegur “Ni baru balik dari bendang ke?” . See, aku tengok seluar aku, sah dia point kat aku. Malu? Tak pun. Tapi serius aku tak hirau langsung penampilan aku tyme kem ni. Mungkin sebab ketiadaan cermin. Peduli apa selebet ke, macam orang gi sawah ke. Janji aku pakai baju,seluar dan tudung.



First time aku pandai interframe dalam gambar. Selalu kalau kat kolej orang bergambar ramai2 aku malas nak interframe, sorok muka. Lagi satu, aku tak berapa selesa orang yang aku tak rapat amik gambar aku (kecuali aku yang suruh). Tapi nape tah masa kem ni aku macam hyperaktif dan berciri tak malu sampaikan asal aku nampak je kamera, mesti nak masukkan muka aku dalam kamera. First time macam ni weyh. Sampaikan bila aku tunjuk gambar2 tyme kem ni kat besties aku (mereka tak pergi tyme ni) mereka pun kata “Fuyooo, ady dah pandai interframe dalam gambar la. Ada kemajuan” Hahaha, kemajuan la sangat kan. Mereka kalau bab perli-memperli ni memang nombor 1.


First time err siapa eh? Orang..Haa orang tersebut notice aku. Selama ni tak pernah tegur2 aku, jalan berselisih buat donno je (eh, ye ke?Ye kot) tetiba kenal aku lepas tu start tegur2 aku. Mungkin dia sendiri pelik apasal ada jugak perempuan selekeh di kem ini. Ataupun dalam hati dia “Eiii selekeh nya dia ini. Tak malunya dia” so that dia cam aku sampai bila2.HAHAHA.


First time kene tengking dengan someone tapi aku berani bertentang mata dengan orang tersebut kejap selama 10 saat pastu bagi jelingan maut sikit. Kalau dia tak perasan itu adalah jelingan maut, aku tak tahu la nak cakap apa.hahaha. Actually jelingan maut tu dibuat sebab aku tak boleh nak pandang2 dia lama2 sebab nanti aku termelawan dia secara sinis kang, sape susah? Aku jugakkk, tak pasal2 kene halau balik kang. Al-maklum la, mulut aku ni tak boleh menahan kalau berhadapan dengan orang yang suka menengking-nengking tak pasal2 ni . Kalau tak balas secara kasar, paling tidak aku aku mesti balas secara apa-apa pun.


First time aku mandi berkubang. Tu haa lubang yang biasa badak atau haiwan2 besar mandi tu ha yang kitorang terpaksa masuk di dalamnya. Siapa tak masuk dikira kurang ajar sebab melanggar arahan. Masa tu aku memang terpaksa akur kepada ketentuan takdir Ilahi*tetiba


First time setiap kali makan , aku makan kurang dari 5 minit. Okay, ini takyah cakap.


First time bagi makan kepada rusa. Okay, ini jakun

p/s: Lupa nak cakap di awal entri. Semuanya di KPSM K5 UPM.

p/s: Tetiba rasa macam hyperaktif giler sebab berjaya menerbitkan 3 entri dalam sehari. Syabas!