Pages

Tentang Mimpi-2 : I kill him!

Semalam aku mimpi. Seseorang yang aku harap2 kan muncul dalam mimpi aku akhirnyaaaaa muncul jugak. Tapi dengan cara yang sadis. I kill him in that dream. Sob sob sob. Sadis betul. Aku rasa sejak2 kes Sosilawati ni kot, tu yang scene bunuh2 bleh masuk dalam mimpi aku tu.huhu..

Ceritanya macam ni. Aku pergi rumah ada sorang perempuan ni. Perempuan tu orang kaya2. Aku pun tak tahu apa kaitan perempuan tu dengan aku. Pastu tiba2 datang seorang lelaki nak jumpa perempuan ni. Dia ni macam ala2 bodyguard kepada someone. Lelaki itu la. Pastu kan tetiba je perempuan tu suruh aku tembak lelaki tu dan aku pun tembak la. Bang!~ Aku pun pelik apasal pistol tetiba ada kat tangan aku dan setahu aku, lelaki tu aku macam kenal dia dan macam minat dia tapi apasal tah tergamak plak aku tembak dia. Dalam mimpi tu sendiri aku rasa aneh ok. Macam kene pukau ke apa tah. Pastu aku refresh balik ingatan aku, sebelum tu perempuan tu bagi aku minum air dan aku rasa air tu lah kot dia jampi2 ke apa ke. Lepas tembak tu aku tergamam jap pastu ohhh aku terus terbangun dari tidur. haha.. Tak sempat nak ada scene bakar2 ke scene polis2 ke. ahaha. LOL

Dalam mimpi tu aku tahu aku kenal lelaki tu, dan aku tahu aku minat dia tapi aku tak ingat dia sape. Maksudnya aku tak tahu lebih detail2 dari mana datangnya dia.. Bangun2 je dari tidur terus aku cam dia. It's him!

Aku bajet2 la kalau dia masuk dalam mimpi, dia cakap "Nadia, I love you" ke apa ke kan. KAHKAHKAH. Muntah darah la nadia oiii!

People can change


Bulan 2 yang lepas tyme jumpa budak ni memang sombong habis. Tak nak dengan orang. Kalau orang macam nak main2 dengan dia ke, dia nangis. Sikit2 melalak sikit2 melalak. Asyik nak berkepit je dengan mak dia tak nak lepas. Kerek2 pun, dia je aku suka kacau.ngeh ngeh ngeh.


Tapi sekarang, masa raya rumah dia minggu lepas wahhh ramah betul. Cakap banyakkk. Masuk2 je rumah dia, dia jerit “Atukkkkkk” sebaik sahaja nampak ayah aku. Lepas tu nampak hp aku asyik la suruh aku amik gambar dia tengah posing. Aigooo sayang bateri hp enggak ada dong tika itu. Kalau ada dah lama aku tayang gambar dia posing tu.hehehe

Habis cerita pasal budak ni. Pengajarannya...Tak semestinya once sombong, selamanya akan jadi sombong. Get it? ;) . Ternyata manusia boleh berubah bila2 masa, kadang2 tak dijangka. Kemudian, bila bencikan sesuatu jangan terlalu benci sebab MUNGKIN kita akan tersuka dengan benda yang kita benci tu (eh aku tak benci budak tu pun, saje je nak kaitkan kat sini). Ramai terlupa tentang ni. Dan benda ni bukan semata-mata di apply untuk kisah cinta cintun sahaja ok, ianya menyeluruh.

Dulu, aku "alergik" betul dengan kuih tart nenas. Try sekali, langsung tak sentuh dah lepas tu.Tapi sekaranggggg, tiap2 hari aku ngap tart nenas. Rasa tak complete kalau tak telan seketul dua sehari. Manusia itu berubah. Benda yang kau rasa benci macam mana sekali pun, tak mustahil kau akan suka satu hari nanti. Sekian
via diya@twitter
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan tadi masa pergi open house rumah jiran ni, aku ada perhati ada sorang budak ni. Comel, perempuan, rambut kerinting,mata bulattttt, pipi pun bolattt, umur lebih kurang setahun lebih-2 tahun. Apa yang aku nampak, budak ni sangat suka perhati orang di sekeliling dia. Jenis yang suka memerhati. Tengokkkk je orang lama2 (ada la dalam 20 saat atau lebih sekali landing mata kat sesuatu). Cara dia pandang tu bukan pandang biasa2 ok. Ni jenis pandang atas bawah atas bawah punya pandang. Dengan kepala2 dia sekali bergerak (maklumlah pandang orang yang lagi tinggi dari dia). Yang mana kalaulah dia berusia 20 tahun pandang orang macam tu kat orang lain sure kene sound “Apasal pandang2?”


Aku rasa budak tu macam unik sebab rata2 budak yang seusia dia yang selalu aku usha selalunya leka dalam dunianya sendiri. I mean main dengan toys ke,main dengan jari sendiri ke, main dengan budak lain ke berlari sana sini ke,ngendeng2 dengan mak dia ke. Tapi dia macam lain. Sorang2 berdiri perhati orang lain dengan telitinya. Dah la mata dia bolattt. Kening dia pulang kadang2 berkerut-kerut masa pandang orang. Can imagine? Macam otak dia tengah berfikir something masa pandang tu. Hahaha. Masa nak balik aku sempat ‘grab’ dia kejap.hehe. Aku dokong dia kejap je lebih kurang 5 saat gitu pastu turunkan balik sebab nak balik kan (hishh rugi tak dokong awal2 kalau tak boleh main2 lama sket kan.haha.Mungkin aku leka perhatikan telatah dia kot so tak terfikir nak pergi kat dia dokong2 semua.haha). Masa turunkan dia dari dokongan tu aku lambai2 kat dia. Terus dia gi kat aku hulur tangan suruh aku dokong dia balik. Ishh comel betul budak tu.

Update kerjaya



Ehem! Rasa cam dah lama tak cerita pasal update kerjaya kan. Yes, i will quit my current job as chemist here. Notis kene bagi 2 bulan so maknanya hujung bulan ni aku send notice dan hari last aku kerja sini adalah 30/11 . hahaah.. Eh apasal gelak?

Reason berhenti? I'm tired =_=. Bukan tired sebab kerja sebab act kerja aku senang giler ok. Cuma aku tired dengan segala ke-messy-an yang ada kat sini. Segalanya messy. Dari segi sistem, perjalanan kerja sampai la ke orang2 nya.

Act dari aku mula masuk lagi masa didedahkan dengan kerja lagi aku dah dapat detect ketakteraturan sistem kat sini. Aku maksudkan dari perjalanan sample dari bahagian production, masuk ke lab untuk analysis kemudian sampai la result tu berada kat tangan bussiness dev people. Aku rasa macam tak teratur. Mata aku dan pandangan aku ni cekap je tengok itu. Mungkin la sebab company aku dulu aku dulu agak teratur dan sangat well done sistemnya dan aku dah terbiasa dengan keteraturan itu menyebabkan bila aku masuk2 je sini DANG~ messy. Aku rasa macam nak bagi cadangan je tau macam mana nak upgrade itu ini tapi kang diorang kata aku cerewet ke apa ke kan. So aku diamkan je dan aku cuba adaptkan dengan ke-messy-an yang ada. Dugaan datang bertimpa-timpa. Mesin rosak berkali-kali. Sekaligus memburukkan lagi keadaan dan everything look extremely messy. Disebabkan orang2nya pun messy, kebanyakan benda kene ulang 2-3 kali buat kerja sekaligus melecehkan dan melambatkan kerja aku maka terhasilah back-logs yang tak clear sampai kene buat OT berminggu-minggu tapi taknak bayar gaji . Hey 7-eleven pun OT dapat duit ok. Ni setakat dapat cuti free je buat apa. Aku tak perlu cuti banyak2 pun. Sebab kalau aku cuti banyak2 pun, sample keep datang maka terhasillah sample yang bertimbun-timbun sebaik sahaj aku balik cuti. So apa guna cuti? Cuti tahunan pun dah cukup.

Eh serius la, aku rasa sebab takde ISO 9000:2001 kot. Sebab tu perjalanan aturan kat sini sangat messy. Setakat harapkan ISO yang lain buat apa. ISO 9000:2001 lagi penting okeh. Dia cover dengan menyeluruh.

Itu satu. Yang kedua ni haa senior chemist aku ni haa. Serius takleh blah. Dekat 5 bulan aku ajar dia run ICP ni, tapi standardization dengan calibration pun masih tak tahu. Aku masuk dulu dua minggu je dah kene buat sorang2 ok? Gelabah n bodo2 pun aku buat sorang2 ok. Apakah sebab dia rasa sebab aku boleh buat so dia tak payah belajar pun tak apa? Aku saja attack dia "You belajar la buat. Nanti i cuti ke sape nak buat?" . Tau dia jawab apa? "Ala, u cuti takkan begitu lama kan." Pengsan la kalau selama-lamanya dia anggap macam ni =_=

Hari tu aku cuti raya 3 hari kan. Before aku cuti tu aku dah ajar dia sehabis baik dah. Look like dia faham lah. Angguk2 masa aku ajar tu. Detail giler aku ajar. Pastu dia cakap masa cuti dia suruh aku on hp kot dia nak tanya apa2. Walaupun aku rasa macam dia faham je tapi dalam hati tetap rasa "Dia ni boleh buat ke?" Masa cuti dia takde call apa. So aku rasa dia ni faham habis la apa aku ajar. Sekali aku balik2 je aku tanya dia ada run ICP tak, dia jawab TAK. DIA TAK RUN ICP LANGSUNG. Benganggggg giler. Sangat tak boleh harap dia ni. 3 hari tu dah boleh run at least dekat 50 sample ok. Tak ke rasa macam tugi. Dia goyang kaki ok sepanjang aku cuti tu sebab TAK RUN ICP=TAK BOLEH BUAT REPORT. Bila dia tak buat report abis tu buat apa?

She is senior chemist, apa2 pun she should know how to run this ICP. Sampai bussiness dev people pun pelik how come aku boleh tahu macam2 pasal this ICP operation lebih dari dia.

Aku nak tengok apa reaksi dia bila aku cakap nak berhenti kang. Sebab aku pernah ura2/main2 konon2 aku tengah survey company lain tapi macam dia tak kasi aku pergi company lain la. Look like dia tak percaya aku boleh pergi tempat lain below then 1 years time frame

Personally aku rasa tak semestinya aku kene lengkapkan 1 years untuk cukupkan syarat move to other company. Yang paling penting how well u catch up everything as much as possible. Thanks God, mesin rosak ni ada banyakkkkk hikmahnya. I must say, i'm capable to settle most of the trouble shoot. Boleh kata segala tok nenek troubleshoot aku settlekan sendiri. Kalau tak boleh start plasma mula2 apa nak buat, kalau step tu tak menjadi pastu nak buat apa, kalau tak boleh jugak step tu nak buat apa lepas tu etc etc. Pastu flow air macam mana nak detect flow air smooth ke tak,kalau tak lancar nak buat apa, pastu kalau plasma tetiba stop in the middle nak buat apa etc etc. Segala trouble shoot datang dari segenap segi ok. Yang aku tak terfikir pun boleh tetiba ada. Mencabar betul aku fikir how to settle it. Aku panggil senior chemist aku, boleh dia terkebil-kebil je kat situ tak tolong apa. Pengsan~

Aku rasa kan, kalau la everything smooth, mesin takde rosak bagai agaknya sampai la ke sudah aku tak tahu kan pasal trouble shoot ni semua. Sebab ada masalah la kita boleh tahu macam2 dan learn everything. Yeah, everything happen ada hikmah yang tersembunyi (even the negative one)

p/s: Tengah survey nak cari kerja apa ni. Of course aku cari di bidang aku dulu but I'm not choosy one. I don't mind untuk kerja di luar bidang aku pun asalkan ehem ehem gaji ok ehem ehem. Dan jugak yang perjalanan sistem kerja tu tersusun dan teratur. Maka aku boleh bekerja dengan tenangnya. Weee. Tak kisah kerja banyak sekalipun asalkan sistem tu teratur (serius aku keje kat 7-e dulu pun lagi teratur dari keje kat sini sekarang ok.Look like 7-e punya standard lagi up dari sini). Kalau takde sangat keje yang aku jumpa dalam masa pencarian 2 bulan ni, buat sementara aku keje la promoter ke, ala macam tak biasa kan. Tak pun secret recipe ke, McD ke, KFC ke ahaks!~ Kalau boleh aku nak cari area2 kawasan rumah sewa aku ni je area shah alam ni ha..Sebab aku malas nak cari rumah sewa lain n pindah2 rumah. Mana nak cari weh, kalau duduk apartment yang cantik (heeee=D) 3 bilik tidur 2 bilik air pastu aku bayar sewa RM150 sorang untuk satu bilik pastu housemate yang ada termasuk aku adalah 3 orang je? Sangatlah privacy duduk 3 orang je. Cari sikit kalau jumpa. hahah.

p/ss: Sepatutnya aku kene kerja hari ni. Maklum la kene run sample banyak kan. Tapi aku bagi alasan aku tak sihat. Amacam? Cukup geliga tak otak aku? Hari sabtu hari tak sepatutnya kerja bukan kene bagi surat MC pun. Muahahah. Tapi minggu depan punya sabtu keje la kot tapi not every week la, pandai2 la aku bagi alasan ala nak berhenti dah pun buat apa nak kerja extra2, kerja cukup2 time sepatutnya aku kerja je dah.hahah.

p/sss: Ye, aku tak sempat la kot nak catch bonus kerje kat sini but i don't mind. Money is not everything ;)

Jangan terlalu yakin


1 tahun lebih yang lepas (don't remember exactly date) masa anak kawan mak (perempuan) kawen, kitorang satu family pergi majlisnya. Sampai2 aku tengok pasagannya a.k.a pengantin lelaki. Tiba2 aku rasa tak sedap hati giler. Like something fishy yang aku pun tak boleh jelaskan apa dia. Setahu aku, ini kali pertama aku rasa tak suka orang sebaik sahaja melihat mukanya. Tak pernah2 ok, selalunya aku tak suka orang at least sebab perangai, orang tu cakap benda yang aku tak suka atau setelah mentengok gaya poyo ke etc etc etc la. Ini aku sebaik sahaja tengok muka dia, right then terus rasa something so aku classifykan 'rasa' itu sebagai rasa 'tak suka'. Masa balik, aku suarakan rasa itu dengan nana (senyap2 tanpa pengetahuan mak n ayah)

"Nana, kau tak rasa lelaki tu something ke?"
"Maksud kau?"
"Entah..Tapi aku rasa diorang macam tak lama je"

Hah gilo nak kene penampo cakap benda macam ni dengan mak ayah aku atau dengan kawan mak aku tu? Aku tak ingat adik aku balas apa dan tak ingat further perbualan kitorang sebab memang benda ni tak penting pun buat aku. Tapi kitorang ada bincang2 la sikit pasal benda ni. So aku keep benda ni dalam hati aku je(dalam blog pun tak cakap.haha).

Kemudian awal tahun ni, aku dapat berita dari mak yang pasangan tu dah bercerai. Dang!!~ Yang pasti penceraian tu berpunca dari perangai lelaki tu (takkan aku nak cerita detail2 kat sini kan). Tyme tu baru aku cerita kat mak apa yang aku rasa setahun lebih yang lepas masa menghadiri perkahwinan dia.

Kali kedua, aku rasa fishy ialah sebaik sahaja aku tengok muka seseorang buat kali pertama di kaca televisyen. Beliau adalah ahli politik (rahsia). Aku rasa raut wajah dia macam something je (again tak reti nak explain macam mana) yang pasti aku tak suka. Nak kata prejudice, kenapa dengan dia sorang je aku rasa macam tu??? Dia SORANG je, bukan satu kumpulan bukan satu parti. Orang lain langsung aku tak rasa apa2 tapi dengan dia je aku rasa macam ni. Lepas tu aku perhati je gaya dia bercakap setiap kali muncul dalam tv. Aku rasa macam kebanyakan yang dia cakap adalah dengan tujuan 'dia nak berbohong dengan audience'. Kemudian aku perhati cara dia senyum. Kebanyakan senyuman dia bercirikan sinis dan palsu. Aku pernah baca ada satu buku psikologi ni (mat saleh yang tulis, pakar psikologi, berkisar tentang 'learning body language' somthing like that), dia ada mention cara2 macam mana nak detect senyuman itu palsu atau tidak. Salah satu contoh senyuman palsu ialah senyum tapi mata tak ikut sekali senyum. Cuba korang pergi kat cermin muka dalam keadaan neutral pastu senyum tapi posisi@kebesaran mata sila kekalkan, cuma mulut je gerak untuk senyum, tengok macam mana rupa senyuman itu? Sila kenal rupa senyuman itu, itu adalah senyuman palsu. Kemudian korang baca la mesej sweet ke, tengok gambar kat laptop2 yang sweet ke atau baca apa2 yang sweet ke..Mesti korang ada spontan tersenyum kan? Lepas senyum cuba perhati senyuman itu. Takyah tengok kat cermin pun takpe tapi dapat rasa tak yang mata korang pun ikut 'senyum' sekali? Itu adalah senyuman tak palsu. Dan buku tu juga ada menerangkan macam mana nak detect seseorang bercakap palsu jugak termasuk ahli politik. Ahli politik ni special sikit cara nak detectnya dari orang biasa. Well? Ahli politik kan pandai bercakap.

Kali ni aku tak cakap kat sape2 pun.

Sebab aku tak terlalu yakin membenarkan apa yang aku rasa. Sesetengah benda, sesetengah pendapat kita, bukan semua betul. Walaupun kita boleh kemukakan bukti atau penafsiran yang membenarkan pendapat kita tapi kadang2 bukti atau tafsiran kita tu entah betul entah tidak. Sesetengah benda, biar Allah je menentukan sama ada benda tu betul atau salah, kita takde hak nak cakap itu ini secara public tambah2 kalau benda tu berciri negative dan tak berkaitan dengan kita langsung. Langsung takde kaitan. Let's Allah settle that part? =)

p/s: nak karang surat berhenti keja. HAHAHAHA. Entri yang lepas tuuu ;)

Can't stand it anymore...

It's enough already. Too much. I can't stand it anymore. I'm not happy for this while therefore i made the decision and nothing held me there.Nothing. Sudah beritahu detail kat ayah, dan ayah tak cakap apa2. Glad! Aku risau kalau ayah marah je. Err what i'm gonna write right now? Ouchh, it's 5:50 am already, kene bersiap-siap ke tempat kerja. hahaha. Will write full story tomorrow. Nak tulis malam tadi tapi macam biasa tertidur dalam area kul 10pm lebih camtu. Oh sangatlah awal. Kan aku dah cakap lately selalu tertidur awal pastu bangun2 je dah pagi. Aku rasa macam membazi jer. Hey at least 12 tgh malam lah kan ;P

Citarasa muzik

Situasi 1 (Ruang tamu, lagu melayu berkumandang)

Ayah: Ha ha ha hari raya. Tah apa2 tah. Meleweh je lagu.. (meleweh tu maksudnya cara penyanyi tu alunkan lagu adalah tah apa2, err..susah plak nak terangkan.LOL)

Situasi 2 (Dalam kereta, lagu korea berkumandang)

Aku: Eh nana nana. Jap. Aku dengar lagu korea la (dengar dengan teliti selama berberapa saat). Apa punya tak best lah lagu ni

Nana: Eeeii lagu apa ni angah? Tak bestnya.

Aku: Entah. Autotune kot. Autotune kalau muzik best takpe la kot. Ni macam bercakap je. LOL

Situasi 3 (Dalam kereta, lagu melayu berkumandang)

Ayah: Huh, tah pape lagu tah.

Ok itu adalah contoh situasi bila lagu berkumandang. Sama ada diam dan dengar atau KOMPLEN. hahaha

Ok, yang aku peliknya ayah aku ni la. Semua pun tahu ayah aku gila gila punya menyampah kalau dengar bahasa korea. Kalau tahu kitorang tengah tengok cerita korea sure suruh perlahankan suara atau takyah tengok langsung. Kadang2 kitorang tengah tengok cerita Taiwan (yang jelas bahasa Mandarin) pun dia sangkanya korea pastu bising2. LOL. Sebab tu apa2 yang relate dengan korea aku takkan show dengan ayah aku. Akan aku senyap2 tengok kat bilik. Lagu korea? Of course pasang perlahan2 tak pun pasang earphone. Bila nana balik, dia ni jenis selamba sikit. Selamba je pasang lagu melalui hp & laptop kat ruang tamu kuat2, lagu korea plak tu. Dah la ayah aku tak suka korea kan, selamba je pasang. YANG AKU HAIRANNYA, EH EH AYAH AKU TAK BISING PULAK?? Aku baru perasan benda ni masa nana kat rumah cuti lepas. Masa nana pasang2 lagu korea kuat2 melalui laptop ada sekali tu, aku menunggu je ayah aku sound tapi eh takde pulak??? Padahal aku tahu sangat ayah aku ni, kalau lagu tu dia rasa annoying, sepantas kilat dia akan bersuara at least 'tah apa2 tah lagunya'. See situasi di atas, dia komplen lagu melayu pulak?? Lagu korea tak complain? Oh sangat hairan!!

Aku relate balik cuti masa nana balik yang lepas2 (masa zaman aku minat YAB), pasang lagu OST YAB kuat2 kot dalam kereta, ayah aku tak bising pon?? Cuma dia akan bersuara kalau kitorang play lagu yang sama lebih dari 10 kali straight! heheeh. Oh well, untuk lagu yang best i won't mind untuk pasang lebih dari 10 kali ;)

Pastu aku membuat kesimpulan macam ni

1) Adakah citarasa muzik kami adalah sama? Sebab lagu yang ayah aku menyampah tu, aku pun turut menyampah ok tapi dalam hati je la, takde la aku cakap terang2.LOL. Ingat tak aku complain lagu raya zaman sekarang yang versi rock la versi tu la versi ni la yang pasti hilang terus 'keaslian' lagu raya. Tu antara lagu yang ayah aku akan complain setiap kali dengar.

2) Atau aku pandai pilih lagu korea yang best2 sampai ayah aku dengar pun takda complain? LOL. Ini masuk bakul angkat sendiri ni. Wakakaka... Maklum la.. Hanya lagu korea yang terpilih je masuk dalam playlist wajib pasang aku ni, bukan banyak pun. Sedikit itu adalah special. Sekian

Err... muzik tu melangkaui bahasa kan. Kita tak perlu faham bahasa untuk menghayati muzik. Dan kebetulannn semua lagu Korea yang aku suka bukan bertemakan atau mengandungi lirik ketuhanan agama lain, seks, ganas dan sebagainya. Of course aku check translation lirik dalam BI dulu sebelum meminati lagu ok. ngahaha

3) Aku pun layan citer Taiwan, so banyak dengar lagu Taiwan masa tengok citer.. Yang anehnya muziknya tak boleh masuk dengan aku. I mean, boleh je dengar, tak annoying pun tapi belum cukup tahap untuk aku cari mp3 dan masukkan dalam phone/laptop&ulang2 dengar. LOL.

4) Jepun? Aku pernah tengok ada satu citer Jepun ni. Anehnya, satu lagu pun aku tak tahu macam mana. Oh ignorance nya aku. hahah. Nampak sangat muzik Jepun takleh lekat langsung dalam kepala.

So kesimpulan dari segi matematik adalah:

Lagu Korea+Siti Nurhaliza+Ziana Zain+Misha Omar+Adibah Noor+Jac> Taiwan+lagu melayu lain yang best la jugak dengar+english > Jepun.

Camtu la lebih kurang

5) France? Horror okeh! Wakaka. Aku pernah dengar ada satu lagu france yang dulu ada orang suka so dia bagi aku dengar. So bila dengar tu kan, hadoi la, mampuihhh. Kihkihkih.


p/s: It's kinda annoying when someone ask "Dengar lagu korea jepun ni faham ke?". Oh please, dulu aku layan lagu BSB, Westlife, Boyzone pun aku tak faham ok apa yang diorang nyanyi. Maklum la aku kan ba alif ngappp sikit kan dulu2. Aku main bantai je liriknya pun. Aku just hayati muzik sahaja. Dan oh ya, juga zaman lagu hindustan dulu. =D . Lagu hindustan sekarang dah tak best jek

Kurang penglihatan vs Kurang pendengaran


Ada sepasang suami isteri yang sudah boleh dikatakan lanjut usia. Kerana semakin berusia, yang lelaki sudah kurang penglihatan (atau boleh kata memang tak boleh nampak langsung) dan yang perempuan sudah kurang pendengaran (dia hanya boleh dengar dengan jarak dekat sahaja).

Ema=perempuan (bukan nama sebenar)
Atan=lelaki (bukan nama sebenar)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Atan:

Ema! oh ema! Emaa!!! Kau ni pekak ke aku panggil. Kau sje je buat aku marah kan.

Ema! Ema! Kau ni tak dengar la aku panggil. Kau nak aku panggil macam mana lagi. Kau nak bagi aku panggil kuat2 biar satu kampung dengar ke? Pekak la kau ni

Ema! ema! Ko ni memang la, aku panggil sejengkal je kau tak dengar kan. Sebelah je. Dekat pun tak dengar (padahal dia tak nampak, isteri dia yang tadinya sebelah dia dah takde sebelah dia dah. Dah pergi tempat lain tapi dia masih ingat isteri dia sebelah dia waktu itu)

Ema! Ema! Aku panggil kau tak dengar kan. Kang aku balun kau kang, biar aku masuk lokap. (padahal nak berjalan pun pakai tongkat, nak pegang cawan pun terketar-ketar)

Aku cakap nak roti. Roti. Aku taknak makan nasi. Yang kau bawak nasi kenapa. Kau ni tak dengar aku cakap kan.

Aku tahu la. Ubat ni blablabla (note:aku tak ingat dia cakap pasal apa tapi berkisar pasal ubat). Kau diam je jangan sibuk2. Aku tahu la.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tanya orang yang terdekat dengan pasangan tua tu. Yang Atan (bukan nama sebenar) memang pemarah sejak dari muda ke? (atau short cut nya, Atan memang jenis pemarah sejak azali ke?). Orang tu jawab, dulu Atan (bukan nama sebenar) tu ok je, bukan jenis marah2 atau cakap harsh macam tu. BUKAN. Dan orang tu pun terkejut bila dah lamaaaaaa tak jumpa (pasangan tu baru balik Malaysia setelah lamaaaa bertahun-tahun menyepi di oversea tu) dan jumpa2 je dapat tahu Atan (bukan nama sebenar) dah berubah. Lelaki tu kata ia mungkin sebab effect 'berusia' (as we know orang makin tua, akan jadi makin sensitive,aku tahu fakta ni) dan effect yang Atan (bukan nama sebenar) baru je hilang penglihatan (semua pun tahu kalau kita ada nikmat mata/mana2 anggota badan sekian lama tiba2 dah takde dah, kita akan jadi super sensitive, ia LOGIK)

Satu je kesilapan Atan. Dia tak sedar (atau tak tahu atau takde orang yang beritahu atau dia yang tak memahami?) yang isteri dia semakin lama semakin kurang pendengaran. Despite dia menjadi semakin sensitive dan kurang faham situasi sebenar isteri dia. Tapi nasib baik isteri dia tahu yang suami dah hilang penglihatan. Dan nasib baik isteri dia jenis tak kisah dan tak ambil hati for whatever harsh word yang keluar dari mulut Atan. Tu nasib baik isteri dia masih boleh dengar dengan jarak dekat dan boleh ikut apa dia cakap (ambil roti ke ambil ubat ke etc), aku cuba bayangkan in the future bila isteri dia dah tak boleh dengar sepenuhnya. Can imagine macam mana mengamuknya Atan?

p/s: Jangan tanya apa reaksi aku dan family aku terhadap mereka. It's far from your expectation or imagination (aku ada cakap tak yang aku ni someone who is UNPREDICTABLE when react with something?). haha. Kadang2 sepatutnya/naturally orang akan react macam ni tapi aku react macam tu. Kadang2 orang expect aku react macam tu tapi aku sebenarnya react macam ni. Then regarding this, i just realise that my family are with me at this time! haha. Nana too! Tak sangka kebetulan sama.. Aku ingat aku sorang je bereaksi macam tu (it's under-normal.LOL).Nana la obviously sama dengan aku. haha.Nak cerita sepenuhnya but hermm...hermmm...read below till the end of entry =)

p/ss: Aku harap dah tua nanti, aku dan pasangan tak seperti mereka. I just wanna live peacefully for my entire life. Dan aku jugak berharap mak dan ayah aku tak seperti mereka bila dah lanjut usia nanti.

p/s: Actually aku nak cerita panjang pasal ni. A little more detail, my feeling about this, my family feeling&reaction about this but i doubt some of my readers(if any) doubt me. Yeah, aku sedar kadang2 apa yang kita tulis tak semua akan sampai kat orang dan orang mungkin mistake about my statement. Orang boleh tafsir macam2 dengan apa yang kita tulis (kat mana2 sekalipun). TAK SEMUA ORANG FAHAM apa yang kita nak sampaikan sebenarnya. Hanya orang yang betul2 'faham' diri kita@situasi je yang tahu. I just feel pissed of when someone easy judging on me (if any). Oh yeah, aku mengaku dulu2 pun aku easy-judging at the first jugak. Thank GOD. Allah sent somethings that make me realize, kalau aku baca/dengar apa2 yang dulunya aku rasa little bit annoying at the first (walaupun aku tak say out tapi dalam hati still rasa annoying) tapi sekarang aku baca/dengar dengan ZERO feeling and not easyly judging especially orang yang aku tak kenal. Seriusly ZERO feeling. Untuk orang yang kenal, I just fully accept who-ever they are.

P/S: Ada chance entry2 akan datang akan jadi less word. Atau mungkin less entry.hahaaha less entry macam susah je. LOL


RESPECT


Err..sebenarnya aku nak simpan je word ni tapi bila baru2 ni baca news pasal mereka, i just feel uneasy about them & their fans. Walaupun aku tak minat pun diorang dan bukan fans mereka but bila baca a lot of their fans bashing their own bias artist just make me feel uneasy.

"When the fame, the fans, the money and everything else disappears in front of them, it is their brotherhood & friendship that would hold them together. I respect their decision. As long as they happy with their decision, it will be enough for me .There’s a CHANCE that we might not see them on stage together but if the day that this possibility come to reality, I would proudly say “It was a great ride. Thank you for the music, laughter and memories. It was worth it” to each of them."


p/s: Aku jumpa ayat tu dari orang lain dan aku tambah sikit dua ayat. Kata2 ni buat aku berfikir sejenak dan yeahhh, i fully agree with that word. Sekarang pun kan misal kata aku menerima 'bad news' from my own bias group (dan aku membayangkan sekarang), aku dah boleh tersenyum like this ^_^. Serius i mean it. Sebab? It's not all about music & joyful only. It's about R-E-S-P-E-C-T & U-N-D-E-R-S-T-A-N-D-I-N-G too. There must be a reason for every decision made. Respect their decision dan jangan terlalu pentingkan kehendak dan kemahuan diri sendiri tanpa memikirkan situasi orang tersebut. Just think this. ------> Which one do u prefer? They do continue making music in your preferance way with such unhappy,uneasy&pressure feeling (maybe, for any reason that we don't know), or happy with their decision but not in your preferance way? Boleh jawab dalam hati =)

Aku suka ayat ni sekarang. Respect respect respect. Sekarang ni kan, kalau apa2 yang aku akan lakukan atau perkatakan, aku akan seboleh-bolehnya fikirkan word ni dulu-----> RESPECT.



P/S: I don't know why,their 'words' especially from HJ leader are really mysterious. Nanti2 aku citer .LOL

Merealisasikan impian 7 tahun

FM dah officially cancel. =(

Takpe la..Mungkin ada hikmahnya. Just positive thinking!

Adakah hikmahnya ini?
-------------------------------------

Mungkin aku akan merealisasikan impian 7 tahun aku yang selama ni asyik distract dengan macam2 benda. hahaha. Bukan apa, selama ni macam ada je benda menghalang. Itu la ini la. Sampai impian sejak 2004 seolah-olah dikaburi dengan kabus yang tak penting dan mungkin sekarang di 2010 akan disinari dengan pelangi wth-ayat-aku-ni?

Impian 7 tahun impian 7 tahun impian 7 tahun. Wahh macam hot sangat je benda ni padahal takde la hot mana pun. Mungkin sebab ianya 7 tahun maka sangat hot bagi aku! muahahaha.

Kemungkinan besar aku akan realisasikan hujung bulan ni. Kemungkinan kecil hujung bulan depan.

Tak berkaitan dengan tajuk:

Lens akuuuuuuuu!!!!!!! Dasyatnya. Dah tumbuh kulat. Akhirnya... Benda yang aku paling risau muncul jugak. Tu la, tak jaga bebetul. Sobsobsob. Aku baca kat internet ramai je mengalami masalah yang sama pastu hantar repair, boleh bersihkan. Patut la kabur semacam bila amik gambar. Ingatkan mata aku yang rabun. Waaa, still boleh repair lagi ke tak eh? Kene antar service la nih. Sigh.. Kalau mahal servisnya terpaksa la aku postpone impian 7 tahun ke bulan depan..... Shiro! Huhuhuhu.. Pening2. Kalau FM tak cancel memang hujung bulan ni jugak aku hantar service sebab kamera adalah penting untuk FM. Since FM dah cancel makanya....., boleh tak aku pospone je service kamera ni? Makin teruk tak kalau hantar service lambat sikit??????

p/s: Aku macam pernah dengar&baca yang service adalah FREE kalau hantar dekat centre. Is it true?? Kene waranty card tak? Dah la warranty card aku lupa aku letak mana (that's the big problem!). Aku kalau beli barang jarang kisah pasal warranty2 ni sekian. Aku tahu ambik barang pastu guna. Tu je. huhu

p/sss: Lupa nak inform, my camera brand belong to Canon dan berusia lebih 9 bulan.

Cerita raya

1) Raya pertama. Malam raya di kedai mamak. Pagi raya rilek2 kejap pastu pergi rumah sedara kat Klang.

2) Raya kedua balik kampung. Sampai rumah nenek pastu berjalan raya sehari suntuk. Ayah cakap tak pernah2 macam ni sebab selalu petang je jalan raya malam tu mesti rehat kat rumah.

3) Ayah buat nasi minyak. Perghhh terbaik la nasi minyak ayah. Boleh la buat katering masa aku kawen nanti. Eh eh. hover pulak aku.

....

.......

err tak tahu nak citer apa dah. Nampak sangat tak berapa menarik untuk diceritakan. Tapi saje je nak cerita buat entri cukup syarat . Sekian

Jap nah gambar raya tahun ni.





Semacam je muka aku, maklum la kamera laptop nana. haha. Nana, aku cilok gambar ni ye. Sian aku ni haaa nak upload gambar tapi disebabkan malas, aku cilok daripada ko punya je la eh. Cepat dan ekspress.

Kes bunuh lagi hot daripada cerita raya

Tyme raya ari tu. Hari2 ok kalau kat depan tv je, pastu kebetulan kes Sosilawati dipaparkan mesti semua khusyukkk je dengar. Pastu berjalan raya rumah ada sedara aku ni. Orang melaka kan tau2 je la, stok cakap nak kuat je. Sekali keluar berita pasal kes bunuh tu. Pembaca berita mengulas, dia pun sibuk2 nak ulas jugak, habis riuh rumah sedara aku tu semua orang sibuk nak bercerita jugak. Aku dengan adik aku pun selamba je "ShhhhhH!!!!~~" hahaha padahal rumah dia tu, tv dia. LOL. Ialah, aku nak dengar tv ulas bukan orang lain. LOL

Tahan,pukul sampai mati, bakar buang. Perghhh kejam giler. Ingat boleh hilangkan bukti la tu. Silap besar! Ingat polis Malaysia tak cekap ke? Nak ikut cara jenayah kat negara 'sana' tapi agak2 la. Polis kat sana macam mana, polis kat sini macam mana. haha. Silap perhitungan lah


Ayah aku cakap, polis kalau siasat kes bunuh2 or orang hilang ni diorang ada pakai 'bomoh' diorang yang tersendiri. Ni sebab ayah aku ada kawan2 di kalangan polis jugak sebab tu dia tahu jugak skit2. Percaya atau tidak terpulang. Tapi kalau Allah mengizinkan kes itu dapat diselesaikan dengan cara itu mengapa tidak lah bukan? Dia kata mula2 bomoh akan tengok 'area' mana mangsa berada/area berkaitan. Pastu polis tumpu habis-habisan untuk cari kat area situ lah. Pastu bila dah siasat tempat kejadian, polis akan cari suspek yang terlibat pastu err entah la. Korang tak rasa ke proses mencari suspek ni sendiri adalah rumit? Baru proses nak cari suspek belum proses nak cari bukti2 berkaitan lagi. Tak rasa macam kes tu mustahil untuk diselesaikan tanpa campur tangan polis?

So....

R-E-S-P-E-C-T

Aku tak faham bila orang kan sikit2 nak kutuk2 polis sikit2 nak kutuk polis. Cara mereka bercakap kan macam polis ni takde kebaikan langsung. How could? Aku rasa kan orang2 macam ni kan biar kene sekali kat diorang kes2 macam ni baru tahu langit tinggi atau rendah. Masa tu baru terhegeh-hegeh nak minta bantuan polis cari orang itu orang ini. Boleh tak kalau nak kutuk tu at least sertakan pujian sikit sebab kutukan tanpa pujian ni adakala sangattttt lah bias dan tak professional.

Perghhh nampak macam aku ni backing polis plak kan. hahah.. Padahal takde la nak backing sangat pun. Cuma kalau aku nampak kelemahan tu aku takde la beria nak kutuk sangat. Sebab aku tahu setiap institusi ada kelemahannya masing2. Hey~ Semua orang ada kelemahan lah bukan. Orang selalu nampak kelemahan je jarang nampak kelebihan.

Pastu ni apa kes ni nak libatkan isu politik dalam kes pembunuhan ni kan? Menyampah betul aku dengan orang Malaysia sekarang ni. Sikit2 nak libatkan isu politik sikit2 nak politikkan isu. Macam takde benda lain nak kaitkan. Narrow minded.

p/s: Kalau orang yang mati tu bangsa dia confirm dah berarak kat tengah jalan dah.

p/s: Aku pernah masuk balai polis IPD laporkan kes jenayah. Err jenayah tak berat la. haha.. Pastu masuk je balai polis tu mata aku melilau memerhatikan kerja mereka. Terbit rasa kagum terhadap mereka. Terhadap kesungguhan mereka melayan karenah orang yang sikit2 gaduh sana sini pastu sikit2 nak report polis. Dulu kawan aku ni pernah bergaduh dengan ada sorang samseng ni. Dia kenal la samseng ni. Gara2 tak puas hati kawan aku ni kutuk GF dia. Pastu gaduh la mereka belakang kedai mamak pastu handphone kawan aku kene rampas. Gaduh biasa2 takde darah2 pun. Terus kawan aku report polis dan sepantas kilat polis respon kes dia. Aku macam wahhh.... polis layan gak eh kes2 so called remeh macam ni? haha. Professional aite?

p/s: Ramai sedara aku cakap, cara aku bercakap dan bertanya sebijik macam polis. LOL. Tak tahu la tang mana. Tapi aku memang minat giler nak jadi polis dulu tapi bila tahu polis kene berlari2 aku macam cancel ah~ Aku tak minat berlari. Sebab kalau sekumpulan berlari, aku mesti jadi antara orang paling last. LOL

Pic:1


p/s: Err...Sejak bilakah nadia dah pandai minimalize dalam ayat? HAHAHAHA. Sejak ada tumblr kot. lalalala~

p/ss: Did i choose wrong colour for the words?

p/sss: Abaikan struktur ayat yg tak berapa betul, maklumlah SPM BI tak A1 kan. hhahah. Dan gambar tu aku lupa aku amik dari mana, yang pasti akaun tumblr orang lain 0_o

Cerita malam raya

Ok orang buat entri cerita pasal raya aku pun nak buat jugakkkk. Tapi maap lah ye, takde gambar .hehe

1) Malam raya aku satu family pergi cari baju raya. Baju raya aku la sebab diorang dah beli awal2 dah aku je sambar last minit. Tahun ni tetiba je aku sambar baju jenis cotton.

2) Fiza cakap raya tahun ni(dan juga tahun lepas) kitorang rasa kurang meriah.huhu..Bukan tak rasa langsung tapi feel tu kurang. Mungkin sebab tak balik kampung awal kot. Dan ini tahun kedua raya tanpa arwah nenek belah ayah. Kalau arwah nenek masih ada sure2 dah kitorang satu family dah balik kampung awal dan rasa la feel raya tu. Hmm mungkin otw balik kampung raya kedua nanti baru feel raya tu datang secara pukal kot? Tunggu je la macam mana cerita raya aku after raya nanti. Live dari kampung. Hamboiii mentang2 ada broadband kan.hakhakhak. I love u la broadband.lalala~( tetiba)

3) Sekarang pukul 5 pagi. The only reason aku tulis entri ni sebab aku terjaga dari mimpi yang agak menyedihkan dan menakutkan tadi. Aku mimpi aku tengah baca paper. Sekumpulan pelajar Malaysia di luar negara (tak ingat daerah apa dan negara apa yang aku tahu negara yang ada salji) menghidap penyakit barah mata. Gara2 serbuk rempah yang diorang guna tyme study2 dulu mengandungi bahan terlarang yang mengakibatkan kesan jangka panjang effect kat mata diorang. Kiranya depa semua nak saman la pengeluar rempah kat luar negara tu. Sampai sekarang aku ingat lagi imej gambar yang terpampang kat newspaper yang aku baca dalam mimpi aku tu. Satu: Imej sekumpulan orang yang masa2 study tu mata semua ala2 merah masa bergambar (kesan jangka pendek) pastu imej kedua ialah sekumpulan orang yang matanya merah dan berlubang kat tengah2 mata (tyme dah kene barah mata). Sadis okeh. Pastu imej ketiga, dengan mata macam tu diorang pegang ayam goreng berempah hala ayam tu ke kamera (nak tunjuk yang diorang guna rempah tu untuk goreng ayam dan macam mana rupa ayam yang digoreng menggunakan rempah tu).

Ok aku tak tahu apasal citer pasal mimpi dan rempah ni lagi panjang daripada cerita pasal raya aku. Yang pasti mimpi tu buat aku takleh tidur dah dikala orang lain nyenyak tidur dan aku tulis entri ni sebab aku rasa rare aku dapat mimpi macam ni. Aku kan jarang bermimpi..huhu...

p/s: Selamat Hari Raya . Maaf zahir batin. Maaf la kepada semua2 yang membaca blog ni yang rasa macam terasa dengan entri aku. Mana la tahu kan kot2 terasa dengan apa yang aku tulis or pendapat yang aku suarakan....huhu.. Sebab aku percaya dengan pepatah "Sometimes, i'm not arguing, i just explaining why i'm right"

Takde twitter=ketinggalan zaman?

Statement ni bukan datang dari mulut aku. Meh nak citer meh.

Ada seorang artis ni, popularrrr sangat. Berumur 25 tahun tahun ni. Bila dengar semua orang sibuk bertwitter dia bagi statement dia pening dengan sistem twitter so dia just stuck dengan web yang sistemnya ala2 facebook la gitu.

Sekali tengok2 tak lama pastu dia pun buat twitter daaa... Terpengaruh la tu.hehe

First tweet dia tweet satu gambar and caption skali so aku ingat dia dah terer guna la. Untuk second tweet, dia beritahu dia geledah twitter thing sampai battery dia habis daa (dia tweet guna phone kot). Pastu dia beritahu walaupun dia dok geledah2, even belajar dengan budak 15 TAHUN macam mana nak guna twitter, dia sebenarnya masih tak faham guna twitter ni. Dia hanya tahu tulis status, benda2 lain dia tak tahu. Pastu dia beritahu kat update tweet yang walaupun dia macam pening2 gitu tapi dia still try guna SUPAYA DIA RASA DIA TAK KETINGGALAN ZAMAN or rasa ketinggalan daripada orang lain. Is that twitter really popular sampai dia wat statement gitu?hahaha.

Ok aku rasa statement ni comel+lawak giler sebab tu aku buat post ni. Aku citer kat adik aku pun dia tergelak.

Artis mana oi yang sanggup buat statement cenggini kat public? Dah la ARTIS POPULAR, YANG ADA FOLLOWERS DARI PELBAGAI NEGARA, paling2 pun dia cover n takde la beritahu straight forward kan. Artis kan biasanya jaga air muka (sebab tu aku lebih suka artis yang tak berapa nak jaga air muka,straight gitu)

p/s: Aku rasa dalam2 banyak2 artis yang aku follow, update dia yang blur2 pasal twitter ni la yang paling comel sekali pernah aku baca. Tambah2 aku faham jugak la perangai dia ni so bila dia update status gitu, aku boleh bayangkan reaksi 'muka blur' dia masa update status gitu and aku boleh bayangkan situasi@reaction dia tyme tu and matchingkan dengan nada suara yang dia selalu bercakap sebab tu aku gelak kot.hahaha. Dulu2 aku tak minat dia pown dan rasa dia tak interesting pun tapi sejak aku tengok perangai dia yang selalu cam blur2 terus minat plak.ekeeke..

p/s: Mula2 ingatkan sape la yang dia dok tanya2 pasal twitter tu. Ingatkan baya2 aku gak. Sekali aku google nampak je muka sape spontan aku tergelak. Budak kecik daaa. haha macam comel je belajar dengan budak 15 tahun macam mana nak guna twitter

p/ss: Tak pasal2 keluar topic, sepatutnya citer hariRaya-related things. hahaha.

Confius

Aku dah terconfius-confius dah ni. Apasal banyak status kat FB cakap raya hari Khamis? Kenapakah? Ada pihak2 berkenaan announce kat tv ke? JAKIM? =_=. I don't know... Sebab mengikut kalendar raya hari Jumaat lah bukan?

Oh aku sangatlahhhh confius =_=

Dah la tak prepare apa2 lagi ni. Baju raya belum beli, kasut raya belum beli tudung raya eh tudung raya dah beli dah. Selamba badak je kan planning satu hari sebelum raya baru nak gi cari.

Aku telefon mak. Mak cakap pelik je bila aku beritahu raya hari khamis. Diorang kata jumaat. =_=


Kalau betul raya hari khamis memang habis la aku. Dah la malam ni baru beredar dari rumah sedara aku ni. Pukul 10 malam plak tu ayah aku datang amik. Mana sempat nak cari semua benda2 tu dalam satu malam. Silap2 tak beraya kang aku.

Ok, kita nantikan pengumuman sahih.

How to differentiate autotune sound

Semalam (err…ke kelmarin) ada orang tanya aku macam mana nak differentiate autotune sound. Aku nak jelaskan detail2 kat sini. Bersedia lahhhhhhh. Muahahah


First, kita pergi ke definition word itu sendiri. Autotune pada pemahaman aku ialah suara manusia yang di-modified oleh computer . Tujuan/kelebihannya ialah, suara orang tu akan jadi perfect&flawless takde langsung cacat celanya. Sebarang kelemahan pada suara dapat disembunyikan (sebab tu perfect giler). Ke-tak-baik-kan-nya (tak nak cakap keburukan sebab tak buruk pun.LOL) ialah hilang keoriginality dan identity suara penyanyi asal. Autotune ni ada banyak tahap. Tahap rendah ke tinggi (ada peratusannya kot). Kalau tahap paling tinggi ialah ala2 macam suara chipmunk tu.


Ok, kita pergi ke cara macam mana nak differentiate. First, tengok perbezaan MV dengan persembahan live. Jika anda seorang yang tengok MV ulang2 kali pastu tengok live perf mesti boleh detect kelainan dari segi bunyi/sound. Yang ni aku tak tengok ulang2 kali pun tapi sebab aku agak peka dengan bunyi, so aku cepat detect.



Kedua, kita mesti kasi contoh. Err…kita kasih contoh my bias band lah ek a.k.a band yang aku suka. Kang aku bagi contoh band lain cam tak best plak kan. Here we go, lagu yang aku rasa dari first sampailah ke last dipenuhi dengan sound autotune .



MV

Oh no…. hilang keaslian suara HJB, hilang ke-manly-an suara JM, hilang keoriginaliti-an suara KYU&leader dan of course hilang kemerduan suara YS. Aku macam tak kenal suara diorang dalam ni -_- Yes, this is the ONLY song yang ada autotune secara pukal. Lagu lain tadak. Aku rasa mungkin diorang nak testing ikut trend kot sebab setiap solo line ada dari awal lagu sampai last.. Before ni ada jugak tapi sangat sikit setakat 1-2 line je dalam satu lagu.


Live



Dan aku rasa part chorus tu je kot yang sounds normal. Aku rasa ini sebab dari dulu sampai sekarang lagu ni tak mendapat tempat dalam hati aku. Keke. Nana my sis, so u know why time ko ajak aku minat lagu ni (back to zaman ko discover diorang hujung 2009 after BOF), tapi aku pandang sebelah mata jek? Hehe.


Just carefully hear the singer voice than u can detect it. If u often get used of SS501 song, of course can recognize their voice right? Their voice are really unique that u can easily recognize and detect it. Then boleh detect sebarang bunyi2 pelik.

Ok sekarang aku bagi contoh lagu yang sikit je autotune (like 2% je kot) dan tak menjejaskan langsung perjalanan lagu. Act jadi kebiasaan kot lagu rapping ada autotune tapi untuk lagu diorang ni sikitttt sangat. Memang tak menjejaskan langsung la.

Tajuk: Fighter. Part intro (yang English lyric tu).Oh my…HJB yang nyanyi? U can differentiate part intro ni dengan part intro dalam LOVE YA. Orang yang sama tapi suara berbeza. Aku tak dapat detect dia yang nyanyi part ni..huhu.. Dan lagi satu part “I can fight you always in my mind” the first two, part leader nyanyi tu. Yang JM nyanyi tu normal..

Ok dah. Tu je. Antara contoh lagu yang 100% takde autotune langsung


A Song Calling For You. Oh tolong. Everything pasal lagu ni adalah comel. Choreography, MV and all. This song gonna be the cutest song for me out of all =)

Pemerhatian aku, kpop fans ada dua jenis. Satu, yang tak kisah lagu autotune ke tak autotune ke janji boleh 'in' ok je bagi diorang dan satu lagi yang tak boleh masuk langsung dengan bunyi autotune (aku salah sorang la tu). No kompromi even minat macam mana pun artist tersebut. Aku harap lagu2 SS501 after this takde autotune secara pukal please otherwise lagu tu takkan ada dalam playlist aku..huhu.... So great album terbaru ni doesn't sound autotune at all. Ni idea HJB la ni (dia penyumbang kepada idea muzik&lagu untuk album terbaru ni) , sebab dia kata dengan bunyi tak autotune, dia rasa lagu akan lebih 'dekat' dengan pendengar. Oh HJB u're just great. hihihi

ANTI FANPAGES IS REALLY RIDICULOUS


Oh sekarang akan bercakap dengan nada sungguh straight-forward. Aku rasa sangat annoying setiap kali nampak anti fanpages ni. Apa lagi melalui 'like' rakan2 la. Aku tak faham kenapa semua nak anti2 bagai ni. After all, they just an artist who did nothing to u. Tak rosakkan hidup korang pun, tak menjejaskan korang pun. Why must show ur official hate for that much. I mean why not u just keep ur hate dalam hati je instead of mengumumkan "SAYA BENCI DOT DOT DOT"??? Can u imagine berada di tempatnya? It's hurt okay menyaksikan ribuan orang membenci anda tanpa sebab atau atas sebab yang anda sendiri tak tahu. Ok la, kalau benci sebab perangai pun,but errr...do u really know about them? I mean REALLY??? I mean SERIOUSLY??? Do u even best friend with them and know the real personality of them? Stop being ridiculous.

Aku pun ada la tak suka orang jugak. Bukan BENCI. Just dislike. Ye ,ada la sorang artis malaysia perempuan ni sebab instinct rasa macam dia gedik je. Tapi aku tak tergamak la nak like "KAMI BENCI DOT DOT DOT" kat FB tu. Sebab aku rasa 'rasa tak suka' ni tidak berasas sama sekali untuk disebarkan atau diumumkan unless aku betul2 kenal dia.

Aku ada sejarah, tak suka orang sekian2 at the first tapi bila last2 kenal, kawan baik okeh. So stop judge people that u really didn't know anything about them. Jangan bila orang lain benci , kau pun ikut trend sama2 benci jugak.

p/s: Kecuali ANTI ISRAEL. Ye, semua sila benci ISRAEL. Mereka jelas kejam and deserve our hate lah kan.

p/s: If u really hate something that unreasonable, just leave it alone instead nak heboh2 anti sana anti sini. Menyampah aku tengok.

p/s: Sorry for being straight-forward

Happy belated Birthday Nik Nur Liyana! ^_~




Happy Belated Birthday my BFF, Nik Nur Liyana bt Ilias. Thanks for being my wonderful roomate for 3 years ( pecah rekod, roomate terpaling lama ;P ). Thanks for being such a wonderful friend for me. Love Ya!

July 2006

Our first meet. Tengok senarai nama... Terus ayah cakap "Nadia roomate kau orang Kelantan. Ni ada nama 'Nik' kat pangkal nama dia ni ". Terasa berdebar-debar giler. Sebab kot la takleh 'masuk' kan. Masuk2 bilik je, aku disambut dengan wajah cerianya. My first impression was "Waaa, she's good.". Senyum je + ramah. Aku pulak terlebih-lebih pemalu. hakhakhak

Yang pasti hari pertama & awal2 dulu, macam biasa aku tak bercakap banyak sangat dengan dia. Banyak jugak tapi tak sebanyak sekarang. Mungkin aku rasa aku ada banyakkkk masa akan bercakap banyak dengan dia so just slow2 ^_^

July 2009

She revealed "Ady dulu awal2 dulu nampak macam sombong sket" hakhakhak. Dah agak dah. "Sombong? Ye ke? Macam mana?". She reply "Kt rasa kt ada tanya something tapi ady cam tak jawab tapi ady just angguk n senyum je"

hihihi. Ini bukan kali pertama orang kata gitu. Kalau tak silap aku, wawa pernah cakap aku camni gak masa kat matrik. hohoho...

p/s: She is our 'ayie'. Sebab dah banyak orang nama 'Nik' dan 'Nadia' kat kolej so kitorang create nama baru supaya tak terconfius-confius dengan orang lain. For my name, kadang2 diorang panggil 'ady', kadang2 diorang pendekkan jadi 'dy'. Basically, Sya dengan Nora own their own name sebab takde kan orang lain yang nama Sya & Nora kan? hehehe...

p/s: Nak publish entri ni semalam tapi disebabkan internet super hampeh semalam so takleh last2 tertidur aku sampai pagi.hukhukhuk

p/s: Sya terserempak dengan 'stabilo' semalam. Ngeh3x (eh apasal ngeh3?) Ok jeles sebenarnya. Wakakaka