Pages

Jangan terlalu yakin


1 tahun lebih yang lepas (don't remember exactly date) masa anak kawan mak (perempuan) kawen, kitorang satu family pergi majlisnya. Sampai2 aku tengok pasagannya a.k.a pengantin lelaki. Tiba2 aku rasa tak sedap hati giler. Like something fishy yang aku pun tak boleh jelaskan apa dia. Setahu aku, ini kali pertama aku rasa tak suka orang sebaik sahaja melihat mukanya. Tak pernah2 ok, selalunya aku tak suka orang at least sebab perangai, orang tu cakap benda yang aku tak suka atau setelah mentengok gaya poyo ke etc etc etc la. Ini aku sebaik sahaja tengok muka dia, right then terus rasa something so aku classifykan 'rasa' itu sebagai rasa 'tak suka'. Masa balik, aku suarakan rasa itu dengan nana (senyap2 tanpa pengetahuan mak n ayah)

"Nana, kau tak rasa lelaki tu something ke?"
"Maksud kau?"
"Entah..Tapi aku rasa diorang macam tak lama je"

Hah gilo nak kene penampo cakap benda macam ni dengan mak ayah aku atau dengan kawan mak aku tu? Aku tak ingat adik aku balas apa dan tak ingat further perbualan kitorang sebab memang benda ni tak penting pun buat aku. Tapi kitorang ada bincang2 la sikit pasal benda ni. So aku keep benda ni dalam hati aku je(dalam blog pun tak cakap.haha).

Kemudian awal tahun ni, aku dapat berita dari mak yang pasangan tu dah bercerai. Dang!!~ Yang pasti penceraian tu berpunca dari perangai lelaki tu (takkan aku nak cerita detail2 kat sini kan). Tyme tu baru aku cerita kat mak apa yang aku rasa setahun lebih yang lepas masa menghadiri perkahwinan dia.

Kali kedua, aku rasa fishy ialah sebaik sahaja aku tengok muka seseorang buat kali pertama di kaca televisyen. Beliau adalah ahli politik (rahsia). Aku rasa raut wajah dia macam something je (again tak reti nak explain macam mana) yang pasti aku tak suka. Nak kata prejudice, kenapa dengan dia sorang je aku rasa macam tu??? Dia SORANG je, bukan satu kumpulan bukan satu parti. Orang lain langsung aku tak rasa apa2 tapi dengan dia je aku rasa macam ni. Lepas tu aku perhati je gaya dia bercakap setiap kali muncul dalam tv. Aku rasa macam kebanyakan yang dia cakap adalah dengan tujuan 'dia nak berbohong dengan audience'. Kemudian aku perhati cara dia senyum. Kebanyakan senyuman dia bercirikan sinis dan palsu. Aku pernah baca ada satu buku psikologi ni (mat saleh yang tulis, pakar psikologi, berkisar tentang 'learning body language' somthing like that), dia ada mention cara2 macam mana nak detect senyuman itu palsu atau tidak. Salah satu contoh senyuman palsu ialah senyum tapi mata tak ikut sekali senyum. Cuba korang pergi kat cermin muka dalam keadaan neutral pastu senyum tapi posisi@kebesaran mata sila kekalkan, cuma mulut je gerak untuk senyum, tengok macam mana rupa senyuman itu? Sila kenal rupa senyuman itu, itu adalah senyuman palsu. Kemudian korang baca la mesej sweet ke, tengok gambar kat laptop2 yang sweet ke atau baca apa2 yang sweet ke..Mesti korang ada spontan tersenyum kan? Lepas senyum cuba perhati senyuman itu. Takyah tengok kat cermin pun takpe tapi dapat rasa tak yang mata korang pun ikut 'senyum' sekali? Itu adalah senyuman tak palsu. Dan buku tu juga ada menerangkan macam mana nak detect seseorang bercakap palsu jugak termasuk ahli politik. Ahli politik ni special sikit cara nak detectnya dari orang biasa. Well? Ahli politik kan pandai bercakap.

Kali ni aku tak cakap kat sape2 pun.

Sebab aku tak terlalu yakin membenarkan apa yang aku rasa. Sesetengah benda, sesetengah pendapat kita, bukan semua betul. Walaupun kita boleh kemukakan bukti atau penafsiran yang membenarkan pendapat kita tapi kadang2 bukti atau tafsiran kita tu entah betul entah tidak. Sesetengah benda, biar Allah je menentukan sama ada benda tu betul atau salah, kita takde hak nak cakap itu ini secara public tambah2 kalau benda tu berciri negative dan tak berkaitan dengan kita langsung. Langsung takde kaitan. Let's Allah settle that part? =)

p/s: nak karang surat berhenti keja. HAHAHAHA. Entri yang lepas tuuu ;)

2 voice out:

Anonymous said...

Sesetengah orang, memang bila kita tengok muka die pun, kita da leh nampak ada 'cahaya' ke tak. Orang kata, air muka yang bercahaya ni membuatkan kita sejuk mata memandang kan =)

Nadia said...

betul2! Air muka yang bercahaya nampak berseri-seri je tgk, sejuk je mata memandang contohnya tahfiz2 tu. ehehehehe