Pages

People can change


Bulan 2 yang lepas tyme jumpa budak ni memang sombong habis. Tak nak dengan orang. Kalau orang macam nak main2 dengan dia ke, dia nangis. Sikit2 melalak sikit2 melalak. Asyik nak berkepit je dengan mak dia tak nak lepas. Kerek2 pun, dia je aku suka kacau.ngeh ngeh ngeh.


Tapi sekarang, masa raya rumah dia minggu lepas wahhh ramah betul. Cakap banyakkk. Masuk2 je rumah dia, dia jerit “Atukkkkkk” sebaik sahaja nampak ayah aku. Lepas tu nampak hp aku asyik la suruh aku amik gambar dia tengah posing. Aigooo sayang bateri hp enggak ada dong tika itu. Kalau ada dah lama aku tayang gambar dia posing tu.hehehe

Habis cerita pasal budak ni. Pengajarannya...Tak semestinya once sombong, selamanya akan jadi sombong. Get it? ;) . Ternyata manusia boleh berubah bila2 masa, kadang2 tak dijangka. Kemudian, bila bencikan sesuatu jangan terlalu benci sebab MUNGKIN kita akan tersuka dengan benda yang kita benci tu (eh aku tak benci budak tu pun, saje je nak kaitkan kat sini). Ramai terlupa tentang ni. Dan benda ni bukan semata-mata di apply untuk kisah cinta cintun sahaja ok, ianya menyeluruh.

Dulu, aku "alergik" betul dengan kuih tart nenas. Try sekali, langsung tak sentuh dah lepas tu.Tapi sekaranggggg, tiap2 hari aku ngap tart nenas. Rasa tak complete kalau tak telan seketul dua sehari. Manusia itu berubah. Benda yang kau rasa benci macam mana sekali pun, tak mustahil kau akan suka satu hari nanti. Sekian
via diya@twitter
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan tadi masa pergi open house rumah jiran ni, aku ada perhati ada sorang budak ni. Comel, perempuan, rambut kerinting,mata bulattttt, pipi pun bolattt, umur lebih kurang setahun lebih-2 tahun. Apa yang aku nampak, budak ni sangat suka perhati orang di sekeliling dia. Jenis yang suka memerhati. Tengokkkk je orang lama2 (ada la dalam 20 saat atau lebih sekali landing mata kat sesuatu). Cara dia pandang tu bukan pandang biasa2 ok. Ni jenis pandang atas bawah atas bawah punya pandang. Dengan kepala2 dia sekali bergerak (maklumlah pandang orang yang lagi tinggi dari dia). Yang mana kalaulah dia berusia 20 tahun pandang orang macam tu kat orang lain sure kene sound “Apasal pandang2?”


Aku rasa budak tu macam unik sebab rata2 budak yang seusia dia yang selalu aku usha selalunya leka dalam dunianya sendiri. I mean main dengan toys ke,main dengan jari sendiri ke, main dengan budak lain ke berlari sana sini ke,ngendeng2 dengan mak dia ke. Tapi dia macam lain. Sorang2 berdiri perhati orang lain dengan telitinya. Dah la mata dia bolattt. Kening dia pulang kadang2 berkerut-kerut masa pandang orang. Can imagine? Macam otak dia tengah berfikir something masa pandang tu. Hahaha. Masa nak balik aku sempat ‘grab’ dia kejap.hehe. Aku dokong dia kejap je lebih kurang 5 saat gitu pastu turunkan balik sebab nak balik kan (hishh rugi tak dokong awal2 kalau tak boleh main2 lama sket kan.haha.Mungkin aku leka perhatikan telatah dia kot so tak terfikir nak pergi kat dia dokong2 semua.haha). Masa turunkan dia dari dokongan tu aku lambai2 kat dia. Terus dia gi kat aku hulur tangan suruh aku dokong dia balik. Ishh comel betul budak tu.

2 voice out:

dilla molly said...

aloo..comel la budak 2..mungkin org sekelilingnya cantik2 kot..sebab tu asyik pandang jew..=)

Anonymous said...

dah ade bakat untuk jadi mak comel nih, Kak Nad. hahaha ape lagi? :D