Pages

Update kerjaya



Ehem! Rasa cam dah lama tak cerita pasal update kerjaya kan. Yes, i will quit my current job as chemist here. Notis kene bagi 2 bulan so maknanya hujung bulan ni aku send notice dan hari last aku kerja sini adalah 30/11 . hahaah.. Eh apasal gelak?

Reason berhenti? I'm tired =_=. Bukan tired sebab kerja sebab act kerja aku senang giler ok. Cuma aku tired dengan segala ke-messy-an yang ada kat sini. Segalanya messy. Dari segi sistem, perjalanan kerja sampai la ke orang2 nya.

Act dari aku mula masuk lagi masa didedahkan dengan kerja lagi aku dah dapat detect ketakteraturan sistem kat sini. Aku maksudkan dari perjalanan sample dari bahagian production, masuk ke lab untuk analysis kemudian sampai la result tu berada kat tangan bussiness dev people. Aku rasa macam tak teratur. Mata aku dan pandangan aku ni cekap je tengok itu. Mungkin la sebab company aku dulu aku dulu agak teratur dan sangat well done sistemnya dan aku dah terbiasa dengan keteraturan itu menyebabkan bila aku masuk2 je sini DANG~ messy. Aku rasa macam nak bagi cadangan je tau macam mana nak upgrade itu ini tapi kang diorang kata aku cerewet ke apa ke kan. So aku diamkan je dan aku cuba adaptkan dengan ke-messy-an yang ada. Dugaan datang bertimpa-timpa. Mesin rosak berkali-kali. Sekaligus memburukkan lagi keadaan dan everything look extremely messy. Disebabkan orang2nya pun messy, kebanyakan benda kene ulang 2-3 kali buat kerja sekaligus melecehkan dan melambatkan kerja aku maka terhasilah back-logs yang tak clear sampai kene buat OT berminggu-minggu tapi taknak bayar gaji . Hey 7-eleven pun OT dapat duit ok. Ni setakat dapat cuti free je buat apa. Aku tak perlu cuti banyak2 pun. Sebab kalau aku cuti banyak2 pun, sample keep datang maka terhasillah sample yang bertimbun-timbun sebaik sahaj aku balik cuti. So apa guna cuti? Cuti tahunan pun dah cukup.

Eh serius la, aku rasa sebab takde ISO 9000:2001 kot. Sebab tu perjalanan aturan kat sini sangat messy. Setakat harapkan ISO yang lain buat apa. ISO 9000:2001 lagi penting okeh. Dia cover dengan menyeluruh.

Itu satu. Yang kedua ni haa senior chemist aku ni haa. Serius takleh blah. Dekat 5 bulan aku ajar dia run ICP ni, tapi standardization dengan calibration pun masih tak tahu. Aku masuk dulu dua minggu je dah kene buat sorang2 ok? Gelabah n bodo2 pun aku buat sorang2 ok. Apakah sebab dia rasa sebab aku boleh buat so dia tak payah belajar pun tak apa? Aku saja attack dia "You belajar la buat. Nanti i cuti ke sape nak buat?" . Tau dia jawab apa? "Ala, u cuti takkan begitu lama kan." Pengsan la kalau selama-lamanya dia anggap macam ni =_=

Hari tu aku cuti raya 3 hari kan. Before aku cuti tu aku dah ajar dia sehabis baik dah. Look like dia faham lah. Angguk2 masa aku ajar tu. Detail giler aku ajar. Pastu dia cakap masa cuti dia suruh aku on hp kot dia nak tanya apa2. Walaupun aku rasa macam dia faham je tapi dalam hati tetap rasa "Dia ni boleh buat ke?" Masa cuti dia takde call apa. So aku rasa dia ni faham habis la apa aku ajar. Sekali aku balik2 je aku tanya dia ada run ICP tak, dia jawab TAK. DIA TAK RUN ICP LANGSUNG. Benganggggg giler. Sangat tak boleh harap dia ni. 3 hari tu dah boleh run at least dekat 50 sample ok. Tak ke rasa macam tugi. Dia goyang kaki ok sepanjang aku cuti tu sebab TAK RUN ICP=TAK BOLEH BUAT REPORT. Bila dia tak buat report abis tu buat apa?

She is senior chemist, apa2 pun she should know how to run this ICP. Sampai bussiness dev people pun pelik how come aku boleh tahu macam2 pasal this ICP operation lebih dari dia.

Aku nak tengok apa reaksi dia bila aku cakap nak berhenti kang. Sebab aku pernah ura2/main2 konon2 aku tengah survey company lain tapi macam dia tak kasi aku pergi company lain la. Look like dia tak percaya aku boleh pergi tempat lain below then 1 years time frame

Personally aku rasa tak semestinya aku kene lengkapkan 1 years untuk cukupkan syarat move to other company. Yang paling penting how well u catch up everything as much as possible. Thanks God, mesin rosak ni ada banyakkkkk hikmahnya. I must say, i'm capable to settle most of the trouble shoot. Boleh kata segala tok nenek troubleshoot aku settlekan sendiri. Kalau tak boleh start plasma mula2 apa nak buat, kalau step tu tak menjadi pastu nak buat apa, kalau tak boleh jugak step tu nak buat apa lepas tu etc etc. Pastu flow air macam mana nak detect flow air smooth ke tak,kalau tak lancar nak buat apa, pastu kalau plasma tetiba stop in the middle nak buat apa etc etc. Segala trouble shoot datang dari segenap segi ok. Yang aku tak terfikir pun boleh tetiba ada. Mencabar betul aku fikir how to settle it. Aku panggil senior chemist aku, boleh dia terkebil-kebil je kat situ tak tolong apa. Pengsan~

Aku rasa kan, kalau la everything smooth, mesin takde rosak bagai agaknya sampai la ke sudah aku tak tahu kan pasal trouble shoot ni semua. Sebab ada masalah la kita boleh tahu macam2 dan learn everything. Yeah, everything happen ada hikmah yang tersembunyi (even the negative one)

p/s: Tengah survey nak cari kerja apa ni. Of course aku cari di bidang aku dulu but I'm not choosy one. I don't mind untuk kerja di luar bidang aku pun asalkan ehem ehem gaji ok ehem ehem. Dan jugak yang perjalanan sistem kerja tu tersusun dan teratur. Maka aku boleh bekerja dengan tenangnya. Weee. Tak kisah kerja banyak sekalipun asalkan sistem tu teratur (serius aku keje kat 7-e dulu pun lagi teratur dari keje kat sini sekarang ok.Look like 7-e punya standard lagi up dari sini). Kalau takde sangat keje yang aku jumpa dalam masa pencarian 2 bulan ni, buat sementara aku keje la promoter ke, ala macam tak biasa kan. Tak pun secret recipe ke, McD ke, KFC ke ahaks!~ Kalau boleh aku nak cari area2 kawasan rumah sewa aku ni je area shah alam ni ha..Sebab aku malas nak cari rumah sewa lain n pindah2 rumah. Mana nak cari weh, kalau duduk apartment yang cantik (heeee=D) 3 bilik tidur 2 bilik air pastu aku bayar sewa RM150 sorang untuk satu bilik pastu housemate yang ada termasuk aku adalah 3 orang je? Sangatlah privacy duduk 3 orang je. Cari sikit kalau jumpa. hahah.

p/ss: Sepatutnya aku kene kerja hari ni. Maklum la kene run sample banyak kan. Tapi aku bagi alasan aku tak sihat. Amacam? Cukup geliga tak otak aku? Hari sabtu hari tak sepatutnya kerja bukan kene bagi surat MC pun. Muahahah. Tapi minggu depan punya sabtu keje la kot tapi not every week la, pandai2 la aku bagi alasan ala nak berhenti dah pun buat apa nak kerja extra2, kerja cukup2 time sepatutnya aku kerja je dah.hahah.

p/sss: Ye, aku tak sempat la kot nak catch bonus kerje kat sini but i don't mind. Money is not everything ;)

0 voice out: