Pages

Angan-angan


Apa perasaannya ye punya angan2 dan semakin menghampiri angan2 itu kemudian tiba2 pecah dan berkecai? Sakit kan?

Aku pernah berada di situasi tu. Bila mimpi hampir menjadi nyata. Bila sedar yang angan2 tu bukan lagi angan2, bakal direalisasikan. Macam x percaya. Tapi lebur macam tu je.

Kemudian dia datang kembali ajak aku anyam kembali angan2 tu, ajak kutip semula kaca2 yang dah pecah tu. Do u think this people deserve the chance?





Hell no! Aku taknak rasa lagi dah kesakitan yang sama. Rasa serik. Itu pun entah betul entah tidak apa yang diutarakannya. 2 kali ok peluang aku dah bagi dulu tapi dua2 tu dia sia-siakan. Dan i’m glad i have the chance untuk berterus-terang kepadanya hal ni. Aku taknak ulang kembali kesakitan2 lama. Full stop.

Some part from my heart saying why not im giving him one more chance. Kiranya last chance. Mana tahu boleh bahagia kan? Tp sape boleh guarantee dia takkan ulang lagi kan? Di usia 33 tahun ni aku tak sanggup dah nak frust bagai. Cukuplah dulu tu. My last word to him kalau setakat kawan biasa tu ok la nak bf-gf mcm dulu tu memang tak la. 

Unless there is a strong reason/act yang boleh mengubah kepercayaan aku which is aku rasa Tuhan je la yang boleh ubah, aku sendiri x mampu dah nak ubah.

Aku kawan untuk go into marriage bukan kawan takde tujuan setakat gf-bf bagai. Tapi untuk orang macam beliau yang memang biasa bf-gf sebelum menuju ke arah perkahwinan tu maybe tak sesuai dengan aku yang jenis berkawan cm biasa pastu kawen je tak payah nak bf-gf bagai. Dia kata dia nak kawen dengan aku tapi tahun depan and i was like ok kawan je la mcm biasa until kawen if ada jodoh. Tp macam aku ckp la, maybe ideologi perkahwinan dia ialah bf-gf dulu pastu baru kawen. Itu memang my ideologi pun dulu but not now. No longer my ideologi. Sbb aku serik dah frust2 ni. Ideologi aku sekarang kawan je macam biasa ada jodoh kawen la haa gitu.. Tapi maybe sbb im not accepting his ideologi, he stop messaging me. Ok la tu sbb aku pun taknak bagi harapan kat orang. Berpura2 bercinta tp hati aku taknak bercinta dah, nak kawan2 je pastu ada jodoh kawen je la.

Some part of my heart keep saying.. Mana nak dapat lelaki yang caring macam dia. Yang aku rasa tahap caring dia agak close dengan macam mana care nye ayah aku terhadap aku (antara sebab kenapa aku kata angan2 aku hampir pasti tapi berkecai. Sbb bukan senang aku nak jumpa lelaki yang betul2 interested dengan aku sampai tahap sentiasa nak tahu pasal aku, apa yang aku buat & keep follow up psl aku). Contoh kalau pkl 4 dia tanya aku buat apa aku ckp aku tengah kemas2 baju nak balik kampung. Pastu dia tanya gerak pkl berapa aku ckp maybe pkl 6. Pkl 6 nnti dia message balik dah gerak ke aku jawab ye baru nak gerak. Pastu contoh perjalanan amik masa 2 jam. Pkl 8 ke 8 lebih dia message balik tanya dah sampai ke haa gitu tahap follow up sebijik macam ayah aku. Disebabkan dia mcm tu dia tahu je semua pergerakan aku tanpa perlu aku inform pun. Sebab aku jenis yang bukan suka nak btahu orang apa2 psl pergerakan aku melainkan ditanya. Betul la orang kata perempuan memang mudah suka dengan orang yang caring terhadapnya dan lelaki mudah suka dengan perempuan yang dia selalu nampak/tengok 😂 Ikutkan dia tak romantik pun takde lak surprise2 bagai tapi sebab dia caring cmtu dia buat aku rasa dekat dengannya walaupun realitinya kitorang berjauhan dan jarang jumpa. And surprisingly dia ingat semua yang dia pernah share dengan aku, apa yg dia pernah btahu aku, apa yang aku pernah cerita/btahu dia walaupun tu dah 2 tahun berlalu. Small2 things. Sampai aku pun dah lupa ada ek aku cerita/btahu dia or ada ek dia btahu aku. Sebab aku kalau dah move on memang aku akan lupakan every detail about us lah kot.

Some part of my heart saying that mana nak dapat lelaki yang betul2 suka aku sampai tahap confident betul nak kawen dengan aku dan akan kawen dengan aku. Ingat senang ke nak jentik sense nak kawen tu dalam diri lelaki 😂 Belum tentu lelaki yg baik/kenal ko nak kawen dengan ko kan. Lagipun aku bukan cantik pun. Bukan cantik mcm Nora Danish pun yg orang tengok je terus rasa nak kawen 🤭 Dia pun hensem kot & punya kerjaya idaman wanita & bakal mak mertua. Muka dia tu kalau aku tunjuk kat lelaki yang level ayah2 (40-an) pun diorng kata hensem siap kagum2 lagi, apatah lagi kalau tunjuk kat perempuan kan. Dulu kalau aku tunjuk kat mana2 kawan perempuan pun (diorang yg req nak tengok) semua kata hensem & manis orangnya, takde lagi so far yang kata “Biasa2”, maybe sbb dia sendiri darah mix tu yang muka mcm melayu tp versi hidung mancung. Haha tp bukan itu persoalannya. Aku nak highlight sbb aku pernah kata dgn dia orang mcm dia senang je nak cari perempuan lain, cari je lah perempuan lain tp jangan ulang dah apa yg dia pernah buat kat aku dulu. But he was like “I taknak perempuan lain, i nak u je” 🙄

Some part from my heart saying that mana nak cari lelaki yang cepat giler response mcm dia? Aku perasan setiap kali aku whatsapp/reply whatsapp dia, as soon as dia online kat whatsapp dia terus immediately reply kat aku. Like really immediately. Sbb bila aku nampak dia dr x online, bila online je terus status online tu tukar jd typing.  Seolah-olah mcm dia takde benda penting kat whatsapp tu selain aku. Kalau dia mmg busy (attend patient biasanya) contoh aku whatsapp kul 11 pg, 4lebih baru online & reply mmg dia akan dahulukan ucapan sorry reply lambat busy sikit td. Biasanya dia akan muncul whatsapp aku masa bangun tido, pkl 2pm lebih time rehat, pkl 4 lebih time tak busy sgt, pkl 6 lebih (time ni dua2 x busy) dan after 10pm dia dah siap mandi2 balik dr keje. Kalau perati gak plg max pun 4jam gap unless tido mlm la. Msg pun x heavy sgt sekadar tanya tgh buat apa makan apa makan mana (routine) dan kembangkan dr situ, mmg jarang heavy2 & jenis kene fikir2 baru boleh reply. So selagi dia selalu whatsapp aku routine cmtu termasuk weekend & takde mana2 perempuan serang aku, aku yakin je la dia single 😅 Sebab dgn dia yang takde apa2 social network (x minat katanya) & dia pun x pernah bawak aku jumpa mana2 ahli family dia & klinik dia, so status dia mcm status quo jugak la. Our world revolve between us je. Kat mana je aku boleh sahkan identity dia? Kot la bf org ke apa ke. At least dr social network aku boleh la tgk circle of friend dia cmne or maybe family dia jugak. Antara benda yang aku highlight kt dia jugak la. Dia mcm mysterious. Dan dia kata dia sedar kesalahan dia and wish to improve kalau aku bg chance kt dia.

But there is some part of my heart saying what if dulu tu semua tu wayang je? Kira mcm main2 je sbb nak something. haha. Org menipu biasa nakkan something. Ikutkan aku takde benda nk offer kt dia sampai sanggup buat mcm tu. Kitorang langsung x pernah bersentuhan apatah lagi yg lebih2 kan. Satu psl dia yg aku suka ialah dia x talk dirty dgn aku & respect decision aku yang taknak pegang tangan. Lepas2 tu takde minta dah & x pernah sentuh aku. Dan layanan dia masih sama. Sbb awal2 dulu dia ada req kalau2 boleh pegang tangan time jalan2 kat mall. Aku jawab dah kawen baru boleh pegang haha. Since dia non-muslim takde la aku nak tarbiah kan. Dan kalau betul dia berniat jahat mesti dia dah talk dirty dgn aku & bila aku reject pgg tangan mestilah dia giveup jauhkan diri dan cari perempuan lain yg lebih hot yg dia boleh buat main kan? Tak ke? Tp tu lah, since the day dia left without word tu, aku susah dah nak trust dia takkan tinggalkan aku, tulah jadi bila aku dah bg trust kat orang dan orang tu sia-siakan. Memang susah nak bg kepercayaan lagi dah. Memang susah nak percaya dah. Aku pernah baca dalam satu buku ni kata bila kepercayaan dah musnah nak bina balik kepercayaan tu sama mcm dulu x mudah mcm sesenang dulu. It takes extra hard work. 


Ada orang pernah ckp dengan aku kalau partner kt buat perangai, bila putus boleh cari lain berlambak orang lain ada tapi tu la.. Yang berlambak tu belum tentu sama dengan yang buat hal tu😂 You will never understand it until you experience it la i guess huhu.. Bukanlah nak kata nak getback ke apa. Aku jenis senang ingat yang baik2 psl orang walaupun dah hadap keburukannya. Keburukan dia satu je la. He left me without word. Ghosting me for 2 years. Buat aku mcm aku ni takde makna pun kat dia. Kalau betul ada masalah why not cerita je dengan aku kalau dia rasa aku ni penting la. Katanya malu sgt nak cerita dengan aku. So? Kalau kawen ada masalah malu nak cerita so boleh berlalu mcm tu je ke 😂 At least kalau rasa xnak citer ckp je la ada prob & need some space ke apa. Ni kalau kawen boleh tuntut fasakh sbb lebih 3 bulan menghilang. Aku pun bukan jenis mencari memang last time dia x response aku tu memang aku takde cari2 dia dah & buang no dia terus dari contact list aku. Aku pun kalau orang dah layan aku cmtu, xde la aku nak rayu or carik balik. Tu cm ego boleh tahan.  Bukan sebab curang/ada pompuan lain la sbb kalau tu reasonnya memang jangan harap nak cakap balik dah walaupun as kawan biasa. huhu.. Tapi tu lah. Aku kalau orang ghosting tiba2 tanpa sebarang sebab is a sign of disrespect lah kot sbb bf-gf bagai kan masa tu bukan kawan2. Aku sentiasa fikir what is dia ulang lagi? Tp tu lah, apart of keburukan dia, dia ada bnyk kebaikan yang buat aku teringat la. Yang bukan senang aku nak jumpa pada diri orang lain. 

Dia ada tanya aku dah move on dari dia. Aku jawab of course la dah klu x cmne aku dah boleh happy balik. Aku ckp aku kawan je dengan sesiapa. Selagi x decide kawen. Walaupun lelaki yg aku tgh kawan ni belum ada rs nak kawen dgn aku pun walaupun hampir setahun berkawan hari2 mesej. Haha awatlah payah & complicated nau jodoh aku ni haaa. Yg rs dekat dan yg aku betul2 trust rupanya takde feeling nak kawen dgn aku pun. Terasa one-sided feeling pulak haha. Yang aku taknak tu & tak percaya tu la boleh ada feeling kat aku pulak walaupun x sure betul ke tak feeling nya tu, nak percaya pun takut.

Tapi kat dunia ni memang bukan semua yang kt nak kt akan dapat kan. Pahit untuk ditelan tapi memang itulah realitinya. And i’m accepting the reality now.

Aku tak minta pun yang perfect, cukuplah aku jumpa yang sayang aku je la kot. huhu. Tapi camne nak buktikan sayang eh kalau x bercinta? Maybe kalau orang tu sungguh2 betul nak kawen dgn aku kot? Dibantu dengan solat istikharah tu je la aku mampu. Sebab bagi aku, kasih sayang tu yang buat dia boleh bertanggungjawab terhadap aku as a responsible husband to his wife. Kalau takde kasih-sayang tu memang tiada seri perkahwinan tu silap2 boleh hancur. Tapi tu la, nak jumpa lelaki yang sayang kt memang bukan mudah. Betul la tu, sebab harga untuk melengkapkan separuh agama itu pun mahal. Syurga bukan mudah 😅





Macam Khuzairi ni, dia buat semua ni sebab cintanya terhadap Mia je. Kalau x cinta apa jadi? Tengok je la layanan dia terhadap Nurul/Syakila tu 😂 Dia layan mcm sampah ok 😂 


Bear Hill Hiking Trail with Ayah











































Fall in Love

 Indeed ❤️



Till then 😊

Birthday Expectation from love one?


Cakap pasal birthday expectation

Aku pernah cerita kat sini
sini

Bagi aku, aku takde la harapkan suprise birthday party ke apa, dan aku pun tak prefer sbb nanti pening every year nak pikir surprise berbeza. 

Aku lebih prefer hari tersebut a little bit special dari hari2 biasa, which means going out celebrate kat tempat2 makan just so ada moment utk diingati. Takde la celebrate apa pun just makan2 sempena birthday gitu. Padahal kadang tiap2 minggu makan kat luar kan, apa salahnya birthday pun makan kat luar kan? (with additional sepotong kek bertulis Happy Birthday Nadia. Ada masalahkah? hahaha bye)

Bagi aku, dalam perkahwinan, kene ada some appreciation which translated sebagai ‘spark’.  Which both pihak buat something yang menggembirakan pasangan. Benda yang sedikit berbeza dari normal routine life. Something yang sedikit extra daripada tanggungjawab biasa sebagai suami&isteri. Kebetulan birthday date kan tarikh bermakna buat pasangan (setahun sekali pulak tu), apa salahnya kt buat mereka gembira pada tarikh tersebut, gembira dgn cara berbeza. Aku teringin nak membudayakan budaya appreciation dalam my little family. Every birthday date suami/isteri wajib makan2 kat luar dengan my little family.  Sebab family aku bukan jenis celebrate2 sgt pun just wish je so aku teringin nak di appreciate mcm tu mungkin? Birthday anak pulak buat makan2 ke panggil kawan2 dia sekali celebrate if mampu dengan niat bersedekah makan jugak utk orng lain.

Bdw ini angan2 aku je la. Tak semestinya apa yg kt nak kt akan dapat kan?

When Nadia met Maximus

Masa jalan2 dengan family kat Pantai Klebang aku terserempak dengan kuda ni.  Sukanya bila jumpa kuda putih. Aku sanggup bayar RM10 per ride semata-mata nak feeling2 naik kuda putih. Aku yang tak pernah2 naik kuda tiba2 nak naik pulak kali ni. Mungkin pengaruh cerita TKEM mungkin? 🤣🤣🤣

Kuda sangat berkait-rapat dengan fairy-tales i dont know why. Maybe sebab cerita fairy-tales Disney banyak guna kuda sebagai mode of transportation? Hahah. 😂😂😂

Oh ye. Dalam cerita TKEM nama kuda putih dalam tu ialah Maximus. So does the title of this entry 😄







Best Protector


Mendalam betul scene minit ke 3:43-4:38 tu 😇



Suka & Cinta tak boleh dipaksa


‘Sinar mata orang yang suka dan jatuh cinta dengan kita berbeza dengan orang yang tiada perasaan terhadap kita. Pandai2 la kita untuk menilai’





Hopeless Romantic