Pages

Amerika, Israel, bom atom, bom fosforus








Israel kejam sebab guna bom fosforus ke atas Gaza. Kesannya berpanjangan . Hakis sehingga ke tulang. Israel kejam! Cukuplah setakat bom biasa yang p buat bom fosforus buat apa?.Teringat kes masa Amerika gugurkan bom atom pertama kalinya di Hiroshima dan Nagasaki 1945. Projek membuat bom atom itu (di pusat kajian Projek Manhattan) dipengerusi oleh Truman dan saintis yang mencipta bom itu adalah Oppenheimer. Selepas diberitahu bom itu telah meranapkan kedua-dua bandar itu, Oppenheimer menyesal, sedih,pilu dan tertekan (sebab dia pun tak sangka kesan bom ciptaannya sedasyat itu) lalu berjumpa Truman untuk menyatakan kekesalannya. Tetapi disambut Truman dengan kata-kata “I don’t want to see that son of a bitch ever again”. Oppenheimer terpaksa menelan kata-kata tersebut. Projek bom atom itu bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi alam sekitar termasuk diri pencipta bom itu sendiri. Oppenheimer terpaksa membawa penyesalannya itu bersama-sama penyakit barah kroniknya (barah kerongkong kesan radioaktif sepanjang penyelidikan cipta bom atom itu) sampai ke mati.










Apabila Projek Manhattan diarah untuk merekacipta bom hydrogen yang mempunyai kuasa termanuklear pemusnah seribu kali lebih dasyat daripada bom atom Hiroshima dan Nagasaki, Oppenheimer ditanya tentang arahan tersebut dan beliau hanya menjawab “Tanyalah hati masing-masing”.



Peristiwa Oppenheimer, Truman dan bom atom dirakamkan dalam sebuah puisi oleh seorang penulis Amerika (David Krieger, 1995). Hayatilah bersama-sama :)










When Oppenheimer thought
Now I become death
did he mean
“Now we have become death?”
When Oppenheimer thinking
about himself or all of us?
From Alamogordo to Hiroshima
took exactly three weeks
On August 6th Oppenheimer again became death
So did Grooves, and Brynes and Truman
so did a hundred thousand
that day in Hiroshima
so did America
“This is the greatest thing in history” Truman said
He didn’t think he had become death that day
When Americans know how to win
Truman was a winner
a shattered of worlds
three days later, Truman and military boys
Did it again at Nagasaki
Sometime later
Oppenheimer visited Truman
“I have blood on my hands” Oppenheimer said
Truman didn’t like these words
“Blood? What bloods?”
when Oppenheimer left
Truman said “Don’t ever let him in here again”
That August of 1945
Truman and his military boys
shattered a few worlds
they never learned
That the worlds they shattered
include their own




Moga pembuat bom yang digugurkan ke atas Gaza menerima akibat yang sama dengan Oppenheimer. ‘Hukuman’ untuk pemusnah dunia.



p/s: Kandungan puisi di atas ada dalam buku Falsafah Sains, subjek yang saya belajar masa sem 4 di UPM. Tulisan Prof Mat Rofa. Inilah satu-satunya buku yang saya ‘jaga sepenuh hati’ dan sayang nak buang walaupun dah habis belajar dan tak berkait pun dengan bidang Kimia yang saya belajar sekarang, subjek Elektif sahaja. Sebab bagi saya kandungan dalam buku ni sangat ‘berharga’. Subjek yang sangat2 membuka mata saya dan sentiasa membuatkan saya berfikir. Yang membuatkan saya berkata dalam hati “Oh I see..” Sangat-sangat membuatkan saya berfikir jauh jauh jauh dan jauh. Setelah sekian lama ‘buku tersebut’ ada di rumah, ayah saya baru terjumpa cuti lalu. Mula-mula saya nampak dia selak2 sikit. Lama-lama saya nampak dia baca lama lepas tu dia cakap dengan saya “Bagus jugak buku ni kan?” Dan lepas itu dia mula bertanya saya apa-apa yang dia baca yang dia tak faham seperti makna lohong hitam, tentang kajian Stephen Hawking terhadap kosmologi, tentang Gallileo Galile, tentang teori Big Bang, teori Charles Darwin dan macam2 la.



p/ss: Oh ya! Kajian tentang kosmologi (asal usul penciptaan bumi) dan astronomi memang menarik untuk dipelajari. Perbandingan dari sudut Islam dan Kristian bersertakan bukti dan hujah yang kukuh. Sesuatu yang membuatkan kita rasa tersangat kagum dengan Maha Pencipta (Allah)..In fact, ramai sebenarnya saintis Barat yang masuk Islam setelah mendalami bidang kosmologi dan astronomi =)

tiada tajuk...



Note: Gambar di atas takde kene mengena dengan entri. Saje2 je nak letak. mueheheheheh…







Masa aku baca kata sapaan 3 orang rakanku (sya, nik n helmi) kat shoutbox ni cukup buat aku tersenyum sorang2. Sampai kakak aku pun pelik dan tanya “Kenapa senyum2 ni?” hahaha. Mana pernah nadia buat entri pasal kawen.hoho. Tu ayat common aku ucap birthday kepada mereka2 yang berumur 20 tahun ke atas lorr.hahah.







Okay, ni baru boleh kira entri kawen. Err..Ye ke? Bantai je la ! (kakakaka)







Fuh! Balik2 je rumah tyme cuti raya cina ari tu, aku ‘diserang’
Mak : Nadia, dot dot dot dah nak bertunang esok. Dengan orang Kedah .(sambil senyum2)
Aku: La…Biarlah dia nak bertunang. Apa kaitan dengan orang pulak?
Nana: Melepas ko!
Aku: Hish! Tak kuasa aku!
Ayah: Nasib baik tak jadi dengan ko dulu. Kalau tak, abis la. Tahun ni bertunang, tahun depan kawen. Ahaa…




Okay, time ni satu family aku gelak giler2 (kah3x!)






Semester lepas (sem 5), adik kawan fiza tu pernah try err err err....faham2 sendiri la ye. Ni semua kakak aku punya pasal la. Kepingin sangat nak satukan aku dengan adik kawan dia tu. Sibuk canangkan aku dengan budak tu. Sibuk dok promote2 aku dengan budak tu. Kononnya budak tu memang banyak persamaan dengan aku so kira sesuai giler dengan aku. Budak tu baik giler la, pemalu tak reti ngorat perempuan la, tak suka keluar malam la, tak pernah couple la, tak social la, bla bla bla. Tak cukup dengan tu, mai pulak mak aku promote2 lagi (ulang balik ayat kakak aku cuma tambah sikit). “Kira okey apa. Muka manis je..Dah kerja, dah ada kereta, dah siap kumpul duit kat bank nak kawen”. Fuuuh, bosan dengar…







Lepas tu masa bulan puasa, ada la beberapa kali terserempak, siap dengan mak bapaknya sekali berkirim salam semua. Huish! Mak aku, adik, ayah dan kakak aku confirm la gelakkan aku. Nak dijadikan cerita, mak bapak + budak tu datang la rumah aku konon nak ‘tengok-tengok aku’ raya lepas. Ngeri seyh! Nasib baik aku dah balik kolej. Kalau tak, terpaksa la aku cari alasan keluar pergi Mid Valley dengan kawan ke apa ke, janji aku takde kat rumah tyme tu.. Mak aku pulak paling beria-ia sekali . Katanya “Ala, kawan2 la dulu”. Ayah aku pulak bagi reaksi yang berbeza. Dia cakap ngan mak aku “Ish, awak ni. Budak tu memang nak serius, buat isteri. Bukan kawan2. Kan mak dia dah cakap. Kenal2, terus tunang lepas tu kawen. Bukan try2, kawan2. Buatnya dia nak kawen tahun depan macam mana?”. In fact, ayah aku sebenarnya tak bagi aku kawen awal. Katanya keje dulu at least 2-3 tahun. Ada pengalaman keje. Takde la jadi kes yang dia selalu baca dalam paper tu, isteri yang terlalu bergantung kepada suami, bila berlaku apa-apa pada rumahtangga (in case je la), tak boleh nak survive sebab tak pernah ada pengalaman keje semua. Lepas tu terkapai-kapai. Ni aku tengok budak tu macam err..err..spesis err..err..spesis nak kawen cepat kot. Mungkin sebab factor dia dah kerja (walaupun umur dia sama aku), so takda fikir lain selain kawen. Kalau aku dah abis study ke, umur 25 ke, macam boleh difikirkan dengan lebih lanjut. I’m only 22. Keje pun belum lagi.









Aku tak tahu la kenapa mak aku beria-ia seronok lain macam bila mak bapak budak tu datang rumah tanya2 pasal aku. Asal isu budak tu ditimbulkan masa mula2 dulu, mulalah tersenyum sana, tersenyum sini. Bukan senyum biasa okeyh. Ni dah kira senyum meleret a.k.a senyum ada makna. Sampai ayah aku pun pelik dengan ‘peel’ mak aku tu. Sampai ayah aku cakap dengan aku “Eh eh ! Mak ko plak yang lebih2 Nadiah.” Hahaha..Ayah aku rilek n cool je macam aku (giv me five!!). Tah apa yang mak aku risaukan pun aku tak tahu la. Takut sangat aku takde bf lagi. Maklum la, kakak aku sendiri dah bertukar-tukar bf sampai 3 kali dah. Itu yang mak aku pelik dengan aku kot.Umur cenggini pun belum pernah berboifren2. Dia macam tak percaya, siap tanya nana lagi (coz nana tahu semua rahsia2 aku). Bila nana geleng kepala baru dia accept. Lepas tu keep asking me dah ada 'kawan lelaki' atau tak.Siap KOMPLEN kata aku ni tak pandai ngorat2 lelaki macam fiza, kakak aku tu (Apakah?? hahaha. Gelak giler aku tyme mak aku cakap tu) Apa dia ingat aku ni tak laku ke apa ntah. Kah3x!







Aku err…tak bape suka melayan mesej2 lelaki yang tak dikenali ni tapi disebabkan family dia pernah datang rumah aku borak2 ngan family so, terpaksa je la (sampai sekarang aku tak tahu siapa yang bagi no aku kat dia. Aku tanya kakak aku dia cakap bukan dia bagi, so malaslah aku nak amik tahu sape bagi).Mula2 dia mesej aku reply, lama2 tu aku rasa macam eeiii…..Aku rasa pemikiran aku ni tak sesuai betul dengan dia. Err…susah nak diterangkan tapi pendek kata bila kakak aku terbaca mesej yang dia bagi aku, dia cakap “Wei, bapak bosan dowh mesej dia” lepas tu kakak aku gelak2 lah.hahaha.. See….Kakak aku pun cakap camtu. Lepas tu aku minta pendapat Sya , sebab dia tahu serba sedikit pemikiran aku ni macam mana. Sya pun cakap aku memang tak sesuai dengan dia, so takyah. So, lepas tu stop msg secara perlahan-lahan lepas tu dia macam tau2 je dan tak mesej dah. So, bila aku dengar dia dah bertunang tu, aku BERSYUKUR giler2..hohoho









p/s: Aku prefer lelaki (tak kisah la kawan ke apa ke) yang bila aku berborak dengan dia (berborak tentang macam-macam isu), dia mampu membuatkan aku berfikir jauh. Luar dari kebiasaan. Membuatkan aku asyik terfikir-fikir je kata-kata dia tu. So, secara tak langsung membuatkan aku rasa seronok bila berborak dan bila berborak tu rasa macam tak nak berhenti. Rasa nak borak lagi walaupun dah spend 3 hours.
*Err…To Sya n ayie (dan juga nora). Peristiwa dulu (hints keyword: 3 jam) yang lama2 tu simpanlah ye, jangan didedahkan ke dalam blog. Nanti jadi kontroversi pulak. Hahahah :D

Happy Birthday Sya!!!!!!!!!!!!

*scheduled post*

~Today is Sya's birthday (she is one of my best friend kat UPM)~

Happy birthday Sya !!!!!!!!!! Dah umur 22 tahun dah..(ehem2! dah boleh kawen da ni. lalalala~)




Nama: Sya


Tarikh lahir: 28 Januari 1987


Asal: Kelantan


Negeri yang dia pernah menetap: Kelantan, Sabah,Kedah and now Terengganu



Fasih bahasa: Kelantan, KL dan Sabah (tiga bahasa sekali angkut :grin:)








Picture worth thousand word *wink*


nora tido sambil bermimpi.wakakakaka!

aik? kenapa nadia sorang je yg senyum? Spoil gambar betul la! wakakaka!














p/s: symbol of joy,symbol of happiness. Even, errr..'bad things happen' (you know what *wink*), we still happy together*peace*



Regards:
Nadia @ ady

Tentang lecturer pulak..





Notakepala: Entri ni agak panjang. Err…Anggap saje saya cover sekali entri tyme cuti Tahun Baru Cina nanti. Konon-konon la. muehehehe… Maklum la, cuti nanti nadia berehat-rehat kat rumah. Opss!!! Bukan! Bukan! Cuti terpaksa bukak buku study sebab naik dari cuti je terus ada test 1. Minggu test 1 ! Owh….



Err..entri ni berkaitan my lecturer kat UPM ni.




Dr. TKB (nama short cut, kalau letak nama penuh habis nanti dia google nama dia termasuk sini kang malu saya)






Dia seorang lelaki China dan tinggi. Umur dia masih muda lagi (dalam 20-an). Saya kenal dia masa sem 4. Tyme tu, kitorang tengah buat experiment lab Kimia Fizik. Yang peliknya setiap kali kitorang tengah busy2 buat lab tu, setiap kali tu la dia akan datang pastu tanya soalan yang pelik2 dan susah like “Ok, Class, what the meaning of heterogeneous catalysis?” (contoh je la). Memandangkan kitorang busy giler buat lab takut tak sempat nak abiskan dalam masa 3 jam tu+soalan susah belum study lagi, so satu lab tak berapa hiraukan la soalan dia tu. Dan dia akan desak jugak suruh kitorang jawab dengan mengulang soalan didahului dengan ayat “Pay attention class!” In fact, dia bukan lect yang ajar subjek tu so kitorang tak berapa kenal dia masa tu. So, macam pelik sikit apabila lect yang tak mengajar subjek tu tapi tiba2 datang tanya itu ini (biasanya lect yang ajar subjek je yg akan buat macam tu). Err..camne nak cakap ek? Pendek kata cara dia tak kena la.





So, disebabkan masa tanya soalan tu , dia TAK PERNAH SENYUM , so kitorang tak berapa suka la dia + cara dia macam berlagak sikit (ada beberapa peristiwa berkaitan dengan isu berlagak ni). Dah lama2 tu baru kitorang dapat tahu yang dia fakulti kitorang dan course kimia jugak dulu (kira senior). Dan dia adalah Graduate FIRST CLASS DEGREE (pointer 3.75 ke atas). So, nak dapat title DR. (PHD), dia tak perlu buat master dulu, buat phD terus pun boleh. So, kami membuatlah assumption “Oh, patut la, ‘lain macam’. Degree first class rupanya”. Biasa la, first impression. Tak silap saya, tiga-tiga course kimia tu (kimia pure+kimia industry+kimia petroleum) tak berapa suka dengan dia (ingatkan kami je). Bayangkan tyme Mr Lim (tutor spektroskopi kimia) tanya siapa buat projek final year dengan pensyarah sekian2, semua macam react biasa je. Yang mana penyelia dia Mr Lim sebut, angkat tangan biasa je. Tapi bila dia sebut Dr TKB je, satu kelas pandang orang yang angkat tangan tu. Lepas tu SATU KELAS GELAK TERBAHAK-BAHAK. Semua memandang budak tu sambil tergelak-gelak dan seolah-olah pandangan itu menunjukkan dalam hati masing-masing berkata “Penyelia projek Dr TKB? OMG! Abis la ko! Malang betul nasib ko!” hahaha. See, betapa ‘horor’ nya Dr TKB ni pada pandangan mata kitorang.






Orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Bila sem ni, saya dan coursemate (Saya,Sya dan Nora) takde pilihan lain selain amik subjek SS (dia la pensyarahnya). Before tu nak amik Elektif Kimia Alam Sekitar tapi memandangkan dia bukak kuota untuk budak Fakulti Sains sikit je maka berebut-rebut orang daftar(melalui internet). Sebab diorang kata subjek Kimia Alam Sekitar tu tu senang nak skorr. Tak sampai 2 jam kuota dibuka, tiba2 penuh. OMG, diorang ni ponteng kuliah ke semata-mata nak daftar subjek? So takda subjek pilihan, kitorang terpaksa amik elektif SS ni (nama je elektif tapi terpaksa sebenarnya sebab nak cukupkan jam kredit).






Then, bila masa first tyme masuk kelas SS ni, memang kitorang impress giler dengan dia. DIA SELALU SENYUM DENGAN KITORANG . Cara dia explain memang superb. Semangat okey (selalu goyang-goyang kan pen masa nak explain di board sampai tercampak 2-3 kali pen itu. Hahaha!). Setiap explanation dia disertakan example yang membuatkan kitorang dapat imagine apa yang dia cuba sampaikan. Setiap ayat dia selalu membuatkan kami terfikir-fkir. Bila nampak muka kitorang ‘blur’ semacam , dia akan soal “Do u understand class?”, dan kitorang satu kelas hanya mampu buat muka ‘blur’. Bila nampak muka blur kitorang, dia akan SENYUM LEBAR lepas tu try explain lagi. Wah, baiknya! Jarang ada lect macam ni. Concern dengan pelajar. Saya rasa kalaulah Prof Z yang ajar subjek ni, maunya melukut di tepi gantang lah jawabnya. In fact, subjek ni memang ‘horror’ di mata student kimia. Semua elak amik subjek ni kalau boleh. Bayangkan, budak yang Dean List tiap-tiap sem (pointer atas 3.75), bila dengar je kitorang nak gi kelas subjek SS ni, dia mengeluarkan bunyi “SS? Wow!”







Semua explanation dia bukan ada dalam nota kuliah dia. Nota kuliah dia ringkasan je, in fact explanation dia ada dalam buku tebal (rujuk gambar di atas) suruh kitorang rujuk kalau tak faham. Dan nak faham subjek ni kene pandai berimiginasi bayangkan bentuk-bentuk crystal semua. So, nampak macam dia study a little bit before ajar kitorang kat kelas. Dah la bila dia terang tu memang laju la okay (ibarat air yang mengalir). Macam cair betul otak dia tu. Macam dia memang hafal semua2 yang ada dalam buku kat bawah ni. Perception kami terhadap dia awal-awal kenal dulu dah 100 peratus berubah. Dia baik, dia tak berlagak, dia genius, dia pandai explain (Cuma laju sket je), dia suka senyum, dia bla bla bla (boleh la korang isi dengan perkataan positif yang lain ye) Owh…Saya truly, deeply kagum dengan dia. Owh…SAYA SUKA DENGAN ORANG YANG SELALU SENYUM. Yang penting senyum itu nampak ikhlas, bukan senyum yang SINIS ke apa ke..




Okay, sekarang tiba-tiba dah suka dengan Dr. TKB ni (hyep! Jangan salah faham!) hahaha.




p/s: teringat plak kat seseorang (lama dah). Dia suka senyum. Bila jumpa je mesti dia akan senyum dulu. Tiba2 suka dengan dia sebab setiap kali jumpa, dia akan pandang dan senyum dengan ikhlasnya. Beria-ia senyum. Ikhlas, bukan senyum gatal ke apa ke..




p/ss : Kalau dengan orang yang rapat, saya boleh jadi selalu senyum dengan tiba-tiba. Kadang2 takde sebab pun tapi saje nak senyum. Bila orang berkenaan tanya, saya akan jawab “Takde apa-apa”. Teringat rumate kat matrik, dia tahu tabiat saya ni dan setiap kali senyum je ,mesti dia cakap “Kenapa nadia senyum tiba-tiba ni? Ni mesti tengah fikir something ni kan?” hahah. Saya kalau tengah ‘gila’ skit, ‘bertembung mata’ dengan orang yang rapat pun boleh senyum dengan tiba-tiba (walaupun tengah rehat2 kat bilik sambil masing-masing study). Hahah. Saje je nak kacau dan usik mereka. Sebab mereka selalu ingat saya ada fikir apa-apa tapi tak nak beritahu mereka tapi serius saya takda fikir apa-apa pon.hoho






Err..lari sikit dari tajuk. Sebaik saja saya tahu one of my friend ada citer Taiwan ni 'Prince Turn To Frog' , terus saya mendowloadnya dari cd ke my HDD tanpa ragu-ragu. Actually saya tak la suka sangat citer ni. Suka sikit je. Tapi nana sangat gilerkan cerita ni! Berpusing kitorang cari cd ori dia kat Mid tak jumpa (dia yang nak beli. Sanggup tu). Kecewa dia bila tak jumpa.. So, haruslah saya cepat download untuk membuatkan adik saya tu happy. See, baik tak kakak dia nih???



Saya msg nana



Nadia: Nana!!! Ko takyah cari citer frog tu. Aku download dari kawan aku. Yahooo!!
Nadia: CD dia dah ada depan mata aku dah. Tnggu masa nak donlod je. Yahoo!!!!




(Bagi 2 mesej berturut-turut sebab gembira punya pasal ! )




Lepas tu nana balas



Oit, Angah ko dah tido ke? Wei angah ko tau tak aku punya excited bila dapat tahu ko ada citer frog..hohoho!!!!! Macam ‘beruk’ pun ada gak, ko donlod siap-siap okay..Ko balik nanti aku nak tengok. Jangan laptop ko buat hal lagi dah la…





Best giler mendownload. BERMAHARAJALELA. Tak yah fikir pasal tak cukup space tu semua. Bak kata cik nad, external HDD 160 G, bapak korea pun boleh masuk.hahahaha! Apasal la atuk ngan nenek moyang tak boleh masuk sekali. Kalau boleh lagi best.kakakaka




Notakaki:

1) Untuk suka sesuatu subjek tu, kita kene 'suka' dengan lecturer yang mengajarnya dulu =)


2) Citer Taiwan tu biasa2 je, tapi disebabkan nana gilerkan hero tu, tu yang jadi addicted tu sampai semua cerita hero tu berlakon dia nak beli. .hehe. Err..dia kata hero tu hensem. Ye ke? Biasa je, tak leh lawan Lee Dong Wok kot.har har har! Okay, nadia ni dah terlebih mengarut nampaknya. Selamat bercuti semua! Saya bercuti seminggu. Ayah saya datang amik esok pagi. Yahoo!!! Yabedabeduuuu…!!!

Bila nadia jumpa Lee Chong Wei...

Saya tak tahu la kenapa saya masih tak minat muzik dan kumpulan indie. (Ayie, jangan marah.kekeke) Aku dah berusaha untuk dengar lagu-lagu dan lirik mereka dari dulu dengan sepenuh hati tapi masih tak minat. Masih tak boleh terima. Dan saya macam pelik kenapa seluruh Malaysia macam gilakan indie tapi saya pulak tak minat. Aik? Masalah ke? Okay, takda masalah tapi saya pelik kenapa dalam ramai-ramai yang minat tapi saya macam terasing dan melawan arus , tak layan indie. Rasa macam nak ketuk2 kepala kat dinding dan bertanya kepada diri sendiri "Apasal aku tak minat?" "Kenapa aku tak minat?" "Apasal ramai betul admire gile, tapi aku hanya memandang tanpa perasaan?" Oh.....Hoho… Ok, kembali ke tajuk asal.



Bila nadia jumpa Chong Wei? Ngeh3x. Jumpa dalam tv la.











Note: Badminton adalah satu-satunya sukan yang saya amik tahu semua-semua (walaupun tak pandai main pun). Sukan lain takda..hahah


Sekarang saya tiba-tiba teringat dekat Lee Chong Wei ni. Kalau dekat rumah, bila dia join apa-apa perlawanan, Terbuka Malaysia ke, Terbuka Korea ke, Terbuka China and etc confirm aku akan ‘follow’ dia dari awal sampai akhir. Start dari dia punye preparation lagi. Setiap kali dapat paper je aku mesti cari bahagian sukan dan baca cerita pasal dia dulu. Nasib aku tak gunting dan tampal dalam scrap book je. Hahaha..






Kalau tengok tv, bila tengok siaran langsung perlawanan yang dia masuk, aku akan jadi excited lain macam. Bila agak2 dia macam nak menang tu saya dan nana (okay, nana memang selalu sama dengan saya. Dia pun minat badminton jugak) akan terloncat-loncat seolah-olah macam bagi sokongan kat dia (padahal macam tak guna je, bukan dia nampak. Tak effect!) . Dan bila dia menang je terus menjerit “Yahoooo!!!” dengan kuatnya (excited sangat kan) dan akan give me five banyak2 kali dengan nana tu (sampai kadang2 boleh sakit tangan sebab kuat sangat give me five tu).



Suka tengok gaya dia main. Macam cool je (Eh, bukan yang beregu muda Fairuzizuan itu lebih 'cool' ke?) Ehem2! :grin:



Tapi yang tak bestnya kalau siaran langsung tu clash dengan cerita Melayu yang mak saya nak tengok (Mak saya suka tengok citer Melayu,kalau tyme dia tengok tu memang tak leh kacau). Geram (dalam hati: Apasal la jadual boleh clash dengan waktu2 genting nih). Selalunya kami akan minta ayah kami back-up (sebab ayah saya confirm2 nak tengok gak). Tapi dia minat pun tapi tak die-hard fan, so dia tak kisah tengok siaran ulangan pun (Tapi kalau bola, wajib tengok siaran langsung! Lelaki dan bola bagai irama dan muzik, memang tak dapat dipisahkan) . Saya pujuk2 pun tak lut jugak.”Ala mak, boleh la. Final ni. Sekali je, sekali je. Boleh la eh? eh?” . Memang tak lut! Kadang2 mak saya macam nak merajuk, so terpaksa bagi mak tengok cerita Melayu*dan aku dengan nana pun buatlah muka sedih*. So, terpaksa kami tengok siaran ulangan je (kalau ada la, kalau takde melopong la gamaknya)




Dan sebab Chong Wei jugak, saya tiba-tiba tak suka dengan Lin Dan, Chen Jin dan Chun Lai. Hahaha . Padahal mereka tak bersalah pun(mereka bersaing secara sihat). Kesian. kakakaka




p/s: Minta-minta la dia menang juara Terbuka Korea ni. Bukan setakat sampai akhir je tapi JUARA.




*Masih tertanya-tanya apa taktik China tak join kejohanan2 besar badminton? Macam nak ‘simpan’ pemain je (tapi tak tahu sebab apa).



Updated : Baru lepas tengok2 paper tadi. Chong Wei kalah di tangan Peter Gade (Denmark punya hero). Terus saya buat muka masam dengan tiba-tiba selama lebih kurang 2 minit(tiba-tiba tumpang sedih dengan dia). Okay, takpe la. Chong Wei dah bolot dua kejuaraan besar baru-baru ni. Kalah sekali tak pe, boleh cuba lagi. Kalau asyik menang je tak bagus jugak, boleh menimbulkan riak (ayat penyedap hati).



Err…baru perasan, apasal macam gatal je entri nih? Bercerita pasal lelaki. Chong Wei, Chen Jin, Chun Lai, Fairuizuan semua tu lelaki. Haiyoh!!!! Okay masukkkan sikit nama perempuan. Dengar kata Wong Mei Chow (pemain badminton Malaysia no 1 perempuan) bercinta dengan Chong Wei tu. Bila la mereka nak kawen ni? Sesuai betul. Ngeh3x...



Err...Kita pergi isu lain sikit la. Baru tadi pergi mengundi. Guna system e-undi (pakai computer). UPM adalah antara IPTA yang lambat start pilihan raya sebab ada problem ari tu. Heran betul la Pilihan Raya Kampus kali ni. Tak meriah . Tak macam suasana dua pilihan raya yang pernah saya tempuhi dulu. Takde langsung kempen. So, calon pun tak kenal sangat la.Poster apatah lagi. Kalau ada pun tak ubah poster macam announcement yang macam menggambarkan pilihan raya macam tak berapa penting. huhu. Layan je la...

Young blogger


sumber: di sini




Wah wah wah! Semalam TERlawat blog budak nih. Dan yang membuatkan aku extra kagum tu(sampai terbeliak bijik mata tu), BUDAK TU UMUR BARU 13 TAHUN tapi dah pandai berblogging. I mean, sekurang-kurangnya dia tahu pilih template (cantik jugak walaupun free), daftar shoutbox pastu letak HTML shout box kat gadget, publish post, publish photo dan semua-semua la :0 (tengah buat muka kagum nih). Before ni, paling muda yang aku jumpa berumur dalam form 3 camtu, tak sangka ada lagi muda. Masa tu dan dan aku terasa betapa KUNOnya aku (err..perlu ke buat huruf besar? Walaupun macam memalukan, kene capital letter gak) dan betapa ADVANCEnya mereka. Aku rasa aku macam ingat condition aku masa usia tu (dalam 12-13 tahun). Selenga, selebet, hingus masih lagi meleleh, search guna google pun tak pandai (note: tak pernah tahu pun kewujudan google. kah3x! ). Apatah lagi apa kejadahnya nak mencari template dengan coding-coding CSS (yang agak memeningkan tu). Haish, pening okeh! hahaha. Aku dah dua tahun kat UPM ni dan berumur 20 TAHUN baru tahu pasal blog2 ni >---sila baca ayat ni dengan intonasi sedih.




Dan ia membuatkan aku tersedar, zaman dah berubah…Budak-budak sekarang dah pandai..Lebih expert (aku jarang meninggalkan jejak at the first tyme kalau aku rasa taknak cakap apa-apa@ no komen @ tak kenal dia atau tak berapa menarik perhatian, tapi blog tu aku tinggal jejak jugak=) Saje nak inform yang dia pandai blogging walaupun muda lagi)



Masa cuti ari tu, masa tengah cek blog kat cc, terlupa nana ada kat sebelah. Terbuka la muka depan blog yang terpampang entri birthday nana tu. Cepat2 saya klik pangkah (sebab macam malu nak bagi nana tengok kat depan2 saya, belakang lain kira la..hahah). On da way balik dari cc tu, nana tanya “Ko ada kawan nama nana ke?” (mungkin sebab dia ternampak tajuk entri tu) . Macam biasa la, ini ayat cover saya “Ada la. Ko ingat ko sorang je nama nana?” (pandai betul nadia ni buat ayat cover:grin:). Tapi ayat cover tu tak berapa nak cover sebab saya terpaksa beritahu dia jugak tyme dia cakap




Nana: Angah, ko tak wish pun birthday aku kan? (nada macam sedih)
Nadia: Wish la..
Nana: Mana ada!
Nadia: Aku wish kat blog lah! (ops terlepas cakap tanpa berfikir panjang) Nak tahu baca la.




Masa tu saya SAJE je buat-buat lupa. Konon-konon kreatif habis la, wish kat blog. Siap warkah2 lagi (konon2 hadiah la) . Padahal macam bodoh jugak saya ni. Kat rumah kitorang mana ada internet. Macam mana dia nak baca dan tahu.wakakaka! Tyme dia nak baca depan saya tu, saya tak bagi. Haiyoh, malu la! Dalam tu, saya macam luah perasaan (antara saya dengan dia la okay) takkan nak bagi dia baca depan saya pulak. Nanti apa reaksi yang saya perlu buat tyme dia baca tu? Nak senyum ke? Nak buat bodo ke? Nak pandang tempat lain ke? (sebab tu kalau dia baca belakang2@senyap2 lain cerita la. Itu saya memang takda malu. Bukan saya nampak pun. haha). Act, I have high expectation kot. Saya expect dia akan baca blog saya masa di rumah kawan dia tu (sebab dia selalu ke sana, ada TM Net.hahaha). Dan setelah saya balik upm, saya pergi cek keyword analysis dan terjumpa ada someone google keyword ‘nana birthday 1 december 1991




Tak sangka nana sudah pandai google-menggoogle sekarang. Nana, ko lagi pandai dari angah la! hahahaah

Check List

Subjek sem 1- sem 4


Subjek sem lepas (sem 5)


Penapisan Petroleum (Wajib)
Prinsip Teknologi Kimia (Wajib)
Kimia Polimer (Elektif tapi Wajib)
Asas Keusahawanan (Elektif)
Bahasa Melayu Saintifik (Elektif)




Dan subjek sem ini (sem 6. dug dag dug dag dug dag)



Kimia Tak Organik 3 (Elektif tapi wajib)>--- Killer subject nih!
Kimia Dalam Keadaan Pepejal (Elektif) >--- Ini pun killer subject !
Petrokimia (Wajib)
Pengucapan Awam (Elektif) >--- satu-satunya subjek ringan sem ni
Projek Tahun Akhir



Macam tak percaya je ini adalah semester TERAKHIR ku (note: Terakhir. Gembira!). Tapi saya harap2 saya tak extend sem semata-mata nak cari compound yang susah betul nak jumpa tu (projek final year). Mana boleh! Extend semata-mata sebab projek macam tak berbaloi. Saya dah tak sabar2 nak keluar dari UPM ni. Oh, GOD, please!!!



Apa yang saya akan buat bila keluar UPM nanti?



1) Saya tak sabar-sabar nak kerja, pegang duit banyak-banyak. Beli apa-apa yang diidamkan. Beli sushi hari-hari ke, takoyaki dua bungkus sekali makan ke, makan steamboat kat Johnny’s dengan lebih kerap ke, beli coklat yang mahal lagi sedap ke (Eh, kenapa semua makanan nih????) Okay, masuk lah satu barang dalam list ni. DSLR. Ngehehehe..




2) Bila kerja nanti, saya tak harap saya jumpa bos yang panas baran tak tentu pasal asyik ikut kepala dia je (nanti saya akan rasa macam asyik ‘kene tembak’ je padahal dia mana ada pegang pistol pun). Kalau panas baran yang cepat sejuk macam bos saya dulu takpe..Boleh consider (walaupun masa kene marah tu, saya rasa macam nak melawan balik je. Nasib baik kau bos aku. So, hormat sikit la. hahahah)




3) Bila saya kerja nanti, saya nak environment yang best lagi menyenangkan hati. Bersama orang2 yang best dan selalu menaikkan semangat saya (bukan men’down’kan atau membuatkan hari-hari yang saya lalui jadi tak best). Saya harap, orang yang ‘tak menyenangkan hati’ saya tidak akan muncul depan saya lagi sama ada sebagai bos mahupun rakan sekerja (Siapa???).Hahaha..Senyap Sya, senyap. Ayie pun senyap. This is not the right time to reveal. Hehehe…



4) Mungkin saya akan ada bf, tunang mahupun suami. (Nadia! Kenapa ayat macam tak malu nih? Malu la sikit, haiyyoh! Kah3x!) Ala, betul la. Ini ayat lumrah kebiasaan tak boleh lari dari kenyataan. Kan? Kan? Kan? TAPI jangan tanya saya bila, sebab takkan dapat jawapan sebab memang takda jawapan pun melainkan ENTAH, TAK TAHU.(full stop)




5) Bahagiakan ibu-bapa dan buat mereka selalu tersenyum-senyum. Macam mana? Buatlah macam mana sekalipun asal jadi. Belikan mereka barang yang mereka sukai sekali-sekala. Belanja makan besar setiap kali hujung bulan ke. Buat sesi bergelak-ketawa dengan mereka ke. Bawa mereka cuti-cuti Malaysia ke..




6) Saya nak persekitaran baru, berinteraksi dengan orang baru, jumpa orang baru (nampak sangat dah bosan menghadap muka yang sama kat UPM ni). Tapi nampak muka geng(HIME) mana pernah bosan, maksud saya orang lain la. Balik kolej muka yang sama, pergi kuliah muka tu lagi. Pergi kiosk muka itu lagi. Bosanlah. Kan bagus kalau setiap hari saya nampak dan tengok muka yang lain-lain.



Tu je la setakat ni kot...

Sayang jugak la...




Ayah: Tak sayang ea dengan laptop?
Saya: Sayang la.
Ayah: Kalau sayang kenapa biar calar2?


Banyak kali ayah dan mak saya cakap dengan saya macam kat atas ni. Jenuh jugak saya nak jawab. Mungkin orang2 tua tak berapa faham kot yang kalau laptop calar2 tu macam perkara biasa bagi student(sebab selalu guna kan). Hakikatnya, saya TAK PERNAH dengan sengajanya mencalarkan laptop ni. Ia bercalar tanpa pengetahuan saya. Saya tak sedar pun. Ia terjadi secara tiba-tiba.


Note: calar yang dimaksudkan ialah hanya tiga garisan yang setiap satunya tidak lebih 2 cm pun.


Saya hairan, macam mana caranya nak tunjukkan kasih sayang kepada laptop? Takkan nak peluk cium muah muah muah kot! (Hahahaha!)


Tak cukupkah rasa sayang tu bila saya selalu marah nana@fiza bila mereka pegang laptop saya secara tak berhemahnya?(pegang macam nak jatuh) Tak cukupkah rasa sayang tu bila laptop ni masuk virus atau tak berfungsi, saya rasa bad mood dan sedih yang teramat sampai rasa macam nak menangis?(tapi tak nangis pun) Tak cukupkah rasa sayang bila setiap kali laptop hantar pegi format selama 2 hari je tapi sepanjang tu saya rasa macam teringat-ingat,rindu, gila bayang dan sebijik macam orang putus cinta?


Occay, cukup2! whahahaha


Saya ni memang macam ni. Kalau sesuatu barang tu selalu bersama saya, tyme susah dan senang (ececeh!), macam tak best bila ia hilang secara tiba2 atau secara tak tiba2 (walaupun sebab nak repair sekejap). Rasa kehilangan (padahal tak hilang pun). Kalau rindu dengan laptop tapi tak masuk internet, saya geledah je apa yang ada dalam laptop, tengok gambar la, tengok my document la, apa-apa la yang ada kat dalam janji on lappy. Hohoho. Boleh pulak.




p/s: Masa format ari tu , saya tukar dari Vista ke XP. Tiba2 dvd/cd dan Bluetooth tak berfungsi langsung (sebelum format ok je, sihat sejahtera). Tak tahu kenapa. Saya check kat laman web HP/Compaq. Dalam tu kata ia terjadi sebab pertukaran Vista ke XP. Tah, saya pun tak faham sangat explanation tu. Bila saya try download setting Bluetooth untuk XP nye, tak boleh pulak(saya dah try download melalui banyak pc/lappy). Tah pape tah. Dan2 tu jugak saya rindu dengan Vista. Teringat kenangan bersama Vista dulu. Rindu! Saya hantar kat budak tu suruh dia check balik, tapi dia kata dia pun tak tahu sebab apa. Tyme tu, saya rasa bad mood, macam nak marah je orang yang format tu (budak upm jugak tapi tak kenal). Tapi tak boleh nak marah sebab mengenangkan jasa dia formatkan laptop ni(dengan bayaran RM15). Lagipun dia tak salah. Saya yang salah. Sepatutnya saya hantar ke orang yang lebih pakar (HP service centre ke). Cool je saya menghadap muka budak tu masa nak amik lappy ni, buat macam takde apa-apa, macam tak kisah sangat padahal hati sedih sebenarnya =(



Kesimpulan: I love my lappy! Really!

dua cerita masa cuti

CERITA PERTAMA



“Nadia,cepat masukkan ayam tu! Dah garing dah tu”

“Nana, laa..kenapa sikit sangat asam jawa ni? Lagi-lagi!”


“Ketuk je bawang putih tu dengan belakang parang, boleh, tak payah tumbuk2, cepat sikit”


“Taruk je sos tiram tu.Haa.. Abiskan.”



Macam tu la serba sedikit suasana kat dapur rumah saya tyme cuti lalu. Kecoh occay! Ayah saya kalau memasak ni memang alert. Bersuara sana-sini mengalahkan perempuan pulak. Tyme tu, ayah saya jadi coach, saya dengan nana yang mengambil alih tugas memasak makanan tengah hari. Kalau masakan yang hard skit, ayah saya jadi coach la bagi arahan. Kami hanya mengikut arahan. Hiris bawang nipis2? Ok, hiris! Amik pinggan leper? Ok,amik! Alihkan pinggan ke sinki? Ok, alihkan! Pendek kata dari sesusah2 sampai la sesimple2 kerja kami buat. Tugas ayah saya, sebijik macam coach bola sepak kat padang. Bagi arahan. Jenguk2 sikit. Tu je.




Dan ada sekali tu, terdengar la komplen dari ayah saya “Sejak ko ada ni, cepat betul bawang putih abis. Ayah nampak ko selalu pakai banyak.” Hahaha! Prinsip saya kalau memasak, lagi banyak bahan tu lagi bagus! Whahahaha. Selagi tak menjejaskan kesihatan, kira okay la. Garam dengan ajinamoto harus mengikut sukatan. I mean bawang ke, ikan bilis ke camtu la. Lain dengan mak dan ayah saya, mereka agak berjimat means pakai cukup2 je. Tapi rasa masakan tu sama je kan letak banyak ke letak cukup2 ke, tak la effect sangat. Tapi… entah, saya nak letak banyak jugak! Macam bagus je. Kah3x! Sebenarnya ayah saya komplen sebab tyme tu dia malas nak pergi kedai tyme tu (sebelum tu dia dah berulang-alik ke kedai banyak kali dah. Dia tak perasan bawang putih habis.haha) Ada satu hari tu, tyme masak lemak cili api. Nana letak banyak gila cili api. Boleh kata 2 kali ganda daripada biasa. Ayah saya suruh letak sikit, dia nak letak banyak jugak. Alasan dia, nak pedas! Selama ni tak berapa pedas! (dia la yang kata. Saya tak kata) Last2..Hah, amik kau! Pedas melilau! Semua komplen pedas. Banyak kali jugak suapan saya bersulamkan air(sebab pedas gila kan). Kene ceramah berulang kali la nana dengan ayah saya.”Tu la, lawan cakap tokey lagi. Anak murid lawan cakap cikgu macam itu la jadinya”




Ayah saya ni selalu cuba masak apa-apa yang dia rasa best. Ada sekali tu kitorang makan Yong Tau Foo Sup kat Bandar Tun Razak(makan sekali je terus addicted). Anda pernah makan? Ni makanan orang Johor mak saya kata. Yong Tau Foo tu dicicah dengan kuah cili buatan sendiri (cili merah blend+limau+??? Alamak lupa la :D ) dan dimakan bersama-sama sup sekali. All my family member rasa memang sup dia tu lain dari yang lain tapi sedap dan unik. Bukan macam sup biasa yang berminyak dan muak tu. Kitorang pernah try sup Yong Tau Foo sup kat tempat2 lain tapi semuanya sup dia macam ‘muak’ dan tak best. Setelah makan lebih kurang 2 kali kat situ, kami satu family try buat kat rumah. Ayah saya la jadi ketua nya sebab dia rasa je sup tu dia boleh detect apa-apa bahan dia. Mak saya jadi penolong ketua (occay, dah boleh nampak ayah saya lagi terer masak berbanding mak saya). Dan percubaan pertama memang 100% sama dan jadi. Sup sama, kuah cili pun sama. Menjerit kesukaan la kami adik-beradik sebab tak yah la g sana lagi, boleh buat sendiri kat rumah.






pic from : disini



CERITA KEDUA




Entah angin kus-kus apa yang melanda, nana kalau nampak lelaki2 hensem kat tv, mesti dia cakap dengan saya sambil tersenyum simpul “Angah, cuba bayangkan lelaki tu pegang DSLR…”. Saya pun layanlah gurauannya dan membalas “Wah! Nana! Smartnya nana!” dengan gaya dan mimik2 muka sekali*muka miang(muka yang senyum tersipu-sipu sambil kerdip2kan mata beberapa kali* (note: memang style kami BERGURAU macam tu~dalam family je,tak didedahkan ke orang luar sebab nanti orang cakap kami tak betul@senget padahal kami BETUL sebenarnya.kakakaka) . Dan selepas itu kami akan ketawa sama2 dengan penuh semangatnya sampai fiza mencelah sambil menggelengkan kepala “Dah gila la budak dua orang ni”






pict grab from creative.fotopages.com


*Lupa nak cerita, nana pun minat dengan fotografi jugak sebenarnya. Dia belajar masa masuk Kelab Fotografi kat sekolah dulu. Lepas saya cerita pasal DSLR dan kisah di majlis kahwin ini(tyme tu dia keje, tak ikut), terus dia bukak cerita yang dia pun minat jugak. Siap cerita shoot2 cantik (tyme majlis kahwin) yang pernah dia tengok(dalam album gambar) masa berada dalam kelab tu. Kami berazam nak beli DSLR dan jadi ‘camerawoman tak rasmi’ masa majlis kahwin fiza (tak tahu bila. Dalam 2-3 tahun lagi kot). Tak kisah la kalau dia ada upah jurukamera pun, kami nak menyelit jugak amik gambar sekali. Nana siap cakap lagi “Nanti kita dua jadi camerawoman ye angah. Pakai seluar jean,kasut sport.”(takkan nak pakai kebaya@kurung. Macam tak kena plak kan.hahahah). Ayah saya menyampuk “Kalau jadi cameraman, gambar korang takde la. Biasanya cameraman tak masuk dalam gambar,tugas dia amik gambar je la”. Saya terdiam. Betul jugak. Tak bolehlah saya nak bergaya sakan pakai kebaya cantik2, tudung lawa2 nanti. Bila fikir2 balik, takpe la kot. Saya pakai cantik2 masa majlis kawen kat rumah pihak lelaki je la..ngeh3x. Nana pun tak kisah jugak kalau gambar dia takde nanti..hohoho..Mula2 kami cadang KONGSI DUIT je beli DSLR. Saya cakap dengan dia “Tapi masa majlis fiza tu nanti, aku je yang shoot, ko jadi tukang fikir aksi macam mana nak suruh pengantin buat.” Dia balas “Wah wah wah. Banyak cantik! Aku nak pegang DSLR , nak shoot jugak” Sudah…dah dua2 nak pegang DSLR terpaksa la beli lain2. Muahahahahaha!



p/s: Sejak akhir2 ni suka betul tengok gambar kawen di website photographer2 semalaysia. Nak kawenkah nadia? Kah3x. Bukanlah... Sekadar melihat kekreatifan photographer2 mengambil gambar. Mereka memang kreatif!

Kad matrik oh kad matrik !




kedudukan lampu flash ni memang strategik betul :D



Petang tadi saya dengan Sya kene tegur dengan seorang guard(kitorang gelar dia pakcik misai). Dan sebab tu la boleh terkeluar pasal entri kad matrik ni



Antara peraturan kat UPM (yang susah student nak ikut,yang selalu student protes tak puas hati)



1) Tak boleh pakai seluar jeans
2) Wajib pakai kasut bertutup
3)Wajib pakai kad matrik




Actually peraturan no. 1 dan no. 2 tu memang kebiasaan untuk student melanggarinya. Terlalu biasa. Selalunya pak cik misai je yang selalu tegur. Guard lain buat donno je.Tapi peraturan no 3 tu jarang orang tak ikut, tapi saya+kawan saya selalu tak ikut. Saya ni macam mempunyai satu tabiat yang tak suka pakai kad matrik. Tak tahu kenapa(susah nak explain). Walhal saya rasa itulah peraturan paling simple sekali dan mudah untuk diikut. Sejak kat matrikulasi lagi. Tyme kat matrikulasi saya hanya bawa kad matrik kalau nak masuk library atau nak outing je. Kalau waktu biasa-biasa tu takde la. Masa kat UPM pulak, setiap kali saya akan bawa kad matrik tapi tak pakai, simpan dalam fail je. Kalau kene tegur dengan pak cik misai, baru terkedek-kedek keluarkan dari fail dan pakai. Lepas tu tak sampai 2 minit berlalu, saya akan tanggalkan balik dan simpan dalam fail balik.haha.Tak makan saman punya budak. Banyak kali kene tegur dengan guard(pakcik misai). Siap nak ugut2 saman lagi (melayang rm50 kalau kene saman). Dah dekat 3 tahun kat sini, belum pernah kene saman (sebab tu bermaharajalela.hoho). So, kalau kitorang nak pergi mana-mana, kalau nampak pak cik misai tu, kitorang lari! Takkan lalu depan dia!




Pernah sekali tu saya, Sya dan Nora lepak-lepak kat ada satu tempat ni sementara tunggu start kuliah. Actually tempat tu dekat sangat dengan tempat perkumpulan guard-guard masa rehat. Tengah duduk leka melayani perasaan tiba-tiba mata saya tertancap pada seseorang yang berada jarak agak jauh dari tempat tu mendekati ke arah kami (tapi saya cam dia!). Dia PAK CIK MISAI!!!! Tanpa berkata apa-apa, sepantas kilat saya berdiri dan beredar dari situ. Dan tanpa saya sedari Sya pun membuat aksi serentak dengan saya (tak sangka dia pun perasan pakcik misai,ingatkan saya sorang je yang nampak dia). Kami berlalu serentak tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan seolah-olah macam masing-masing faham sendiri-sendiri tak perlu cakap. Yang paling kesian Nora la. Hahaha.. Dia terkebil-kebil tak tahu hujung pangkal kenapa kami berlalu tinggalkan dia dengan tiba-tiba tanpa memberitahu walau sepatah perkataan. Lama-lama sikit baru dia faham dan turut mengikut jejak langkah kami melarikan diri. Haha.




Ada sekali tu kami kene tegur sebab pakai sandle (tak pakai kasut bertutup.Pakai sandle biasa) masa bulan puasa ari tu. Bila dia keluarkan ayat ni “Lain kali pakai kasut bertutup. Ni bulan puasa, berdosa saya tengok ni. Kurang pahala puasa saya hari ini” tersentap kami ! Hoho. Tapi dia menegur secara baiklah, membebel macam ayah-ayah yang ingin menasihati anaknya. Sebab tu kami selamba je senyum-senyum masa kene tegur dengan dia (sebab kelakar la. Serius kelakar setiap ayat yang dia keluarkan). Minta-minta la dia tak cam kami. Mana la tahu dia ada anak lelaki ke, lepas tu saya tiba-tiba TERbercinta dengan anak lelaki dia ke, lepas tu saya tiba-tiba TERdatang rumah dia untuk beramah-mesra ke, lepas tu dia pun tiba-tiba TERkata la dengan anak dia “Eh, budak tak makan saman ni ko nak buat calon isteri? Reject2!” kah3x. Tak pasal-pasal. =P







Yang saya herannya, masa praktikal kat MPOB dulu ,24 jam kad student (khas untuk student yang buat praktikal kat situ) tergantung kat leher saya ni. Mana taknya, semua pintu kat situ kene scan kad baru boleh bukak. Even pergi masuk toilet pun kene scan kad. Nak pi kuar makan lunch pun kene scan kat pintu keluar. Agaknya kalau UPM buat macam tu, tanpa dipaksa, confirm secara automatic, kad matrik akan sentiasa tergantung kat leher saya. :grin:




p/s: Saya baru cerita peristiwa petang ni dengan rumate saya. Gelak guling-guling kitorang. Mana taknya, dia dapat imagine macam mana reaksi pak cik misai tu terkejut beruk tengok kad matrik Sya tanpa gambar+no matrik (yang tertinggal Cuma logo UPM je (cuba bayangkan, bayangkan). Sampai terkeluar perkataan “MasyaAllah, kenapa dengan kad matrik tu?” Act, gambar dan no. matrik tu diprint atas sejenis plastic nipis(kemudian dilekatkan di atas kad matrik yang keras tu) dan plastic tu senang tertanggal sampai saya kene letak selotape bagi tak tanggal. haha..Sampai sekarang geng kitorang jadikan isu plastic kad matrik tertanggal tu untuk usik Sya..heheh..Jangan mare ea Sya :)

Sory, saya tak berminat

Sejak dulu lagi saya menyampah dengan orang yang mengiklankan ‘perkhidmatan’ di ruangan social. Menyampah! Hee!! Kalau desperate sangat, pergi la Jalan Chow Kit atau Lorong Haji Taib kat sana. Rasa nak sound je mereka2 ni tapi takde kekuatan. Rasa kalau sound2 pun takda guna pun. Setakat kutuk2 dalam hati je la. Yang membuatkan saya sedikit kesal, kebanyakan mereka adalah Islam. Takkan mereka tak dikurniakan hidayah? Asyik buat perkara yang bukan2 je. Hee! Mengarut! Dunia dah terbalik! Dah nak akhir zaman.






Saya saje2 buat akaun tagged. Nothing, just wanna look around. Semua buat, saya pun try tengok2. Yang saya terperanjat ialah di perkhidmatan “Meet Me “ ni. Disalahgunakan oleh pihak yang tah apa2. Kepada yang tak tahu, ‘Meet Me’ ni macam kita punya primary photo(dan profile) akan disebarkan secara rawak kepada akaun tagged yang lain. Sekiranya kita berminat untuk ‘Meet’ dengan orang tu, simply click yes. Then tagged akan maklumkan kat pihak satu lagi yang orang sekian2 berminat dengannya. Jika dia turut berminat, just do the same, simply click yes and then MATCH! Dua-dua akan tahu yang masing2 match then terpulang la nak buat apa . Add jadi fren ke.Just nak mesej je ke. Atau NO layan je (macam yang saya selalu buat.kakaka.Buat sesuka hati) Dengan bermain ‘Meet Me’ ni lebih mendedahkan kita kepada ‘orang2 yang tak senonoh’ (lepas ni taubat tak bukak Meet Me ni) Saya view profile dia (sebab takde gambar owner kan, so saje nak tengok bagaimana rupa ‘orang tak senonoh tu’). Bila bukak je profilenya, penuh dengan gambar2 tak senonoh kat ruangan testimonial. Eeeeuuwwww!!!!! Terkejut yaamatz saya. Terus klik pangkah kat hujung atas kanan.



Mereka umpama pelacur@kasanova kelas atasan. Berurusan di internet. Mereka tak ada maruah! Mereka tak ada harga diri!


Ya Allah, kurniakanlah mereka hidayah.Amin!


Yang saya perasan, Friendster lebih sopan daripada tagged ni. Takde gambar2 tak senonoh. Sebab itu saya hanya aktif friendster je.



Tagged macam pelik. Sepanjang ‘my look around’, kalau gambar perempuan cantik je (cantik setelah diedit guna adobe :D ) mulalah berlambak pujian dan comment2 dari lelaki “Cantik la u ni. Nak kenal boleh?” atau “Awak perempuan yang paling cantik yang pernah saya jumpa. MasyaAllah” n bla bla bla. Kalau profile lelaki2 ‘perasan macho’@ posing ala2 kasanova pulak berlambak la komen2 dari perempuan “Hai encem!” atau “Hye boleh kenal? U ni hensem la” atau “Ala ala, cutenya…” atau yang gaya manja2 sikit "Awak, taya nak tito dulu ea? Nak itot?" (translate: Awak,saya nak tidur dulu ea?Nak ikut?). Saya memang tak berapa berkenan dengan perempuan yang style cakap 'pelat ala-ala manja' ni. Terutamanya bila mereka tujukan ayat itu kepada lelaki yang baru je mereka kenal. Erk???



Oh ya! Saya pernah terbaca pengalaman orang yang mengalami ‘penipuan internet’ di mana bila lelaki tu meet up dengan seorang perempuan yang dia kenal melalui laman sosial (contoh:friendster,myspace). He found that the girl not as he imagine before. Indah khabar dari rupa. ‘Tak secantik yang dia tengok dalam gambar2 kat ruangan social tu’. Maklum lah, gambar edit guna adobe (saya yang still tak pandai guna adobe ni pun dapat bezakan sesebuah gambar tu diedit guna adobe@tak). Kecewa dia (tu la akibatnya kalau berkawan sebab rupa kan).Hahaha. Tergelak saya baca pengalaman lelaki tu dan bila saya cerita dengan kawan2 saya, kesemua kawan2 saya pecah gelak serentak masa saya cerita kisah tu. Sounds funny right? hohoho :grin:



p/s: Sebenarnya saya macam dah boring jugak dengan friendster ni. Rasa nak delete tapi mengenangkan ramai kawan2,sekolah lama, upm, semua ada di friendster, saya tak jadi delete. Saya takut lost contact dengan mereka. Macam biasa, hp kadang2 bukannya berkesan untuk medium perhubungan. Kadang2 simcard hilang, habis hilang semua nombor. So, cari balik mereka2 ni kat friendster balik :D



*I love my lappy because my friends live in it*

Impian tercapai dan.....???

Akhirnya tercapai impian nak beli External Hard Disk. 160G RM175. Beli kat Plaza Low Yatt. Quite murah kan? Lepas ni bolehlah mengsave cerita2 korea untuk ditonton bersama nana kat rumah nanti :grin: Khamis lepas (new year) saya pergi jalan2 kawan2. Sungei Wang Plaza ,Plaza Low Yatt,Times Square dan Sogo. Hahaha 4 tempat sekaligus(tapi barang tak beli banyak pun. Jalan je lebey sampai sakit2 kaki). Dari Sungei Wang Plaza nak pergi ke Low Yatt memang pening gila nak cari jalan. Last2, kawan2 saya yang jumpa jalan dan ketiga-tiganya berkata serentak kepada saya sambil gelak2 “Aish…Siapa orang KL sekarang ni? Aishh…” Saya pun apa lagi,blushing2 la(:grin:). Saya ni nama je orang KL, tapi kesemua plaza-plaza itu saya mana biasa pergi. Jalan2 kat KL tu pun saya tak berapa biasa sangat (sebab jarang berjalan.Rumah lebih heaven :D).


Saya teringat masa ada satu kejadian form 4 dulu(masa skool kat taiping). Masa saya balik rumah, bus dari Taiping ke KL tak berhenti betul2 kat Puduraya. Sebab tyme tu ramai pelajar2 asrama balik untuk cuti Hari Raya, jalan sesak kat KL tu.Dia berhenti kat kawasan mana tah (saya tak tahu). Dah la saya balik sorang2 masa tu. Saya jalan dan terus berjalan (konon2 nak pergi Pudu sebab family saya tunggu di sana). Masa tu saya stuck kat ada satu bus stop nih.Saya sesat! Oh no!! Saya macam tak percaya (tapi terpaksa percaya).Lepas tu saya nampak banyak orang-orang asing (note:Bangla). Mestilah saya menggelabah! Manalah tahu mereka nak culik saya ke,rompak saya ke. Dahla mereka pandang saya semacam. Saya jadi macam takut la.Segera saya telefon ayah saya suruh amik. Tapi disebabkan saya tak tahu lokasi saya masa tu, saya bagi tahu segala papan tanda yang saya nampak at that tyme (Mc D, tulisan Yang DiPertuan Agung). Kakak saya yang angkat phone tu dan kata “Apa? Kat mana?” banyak2 kali. Berbuih mulut saya beritahu, dia tak dapat tangkap apa yang saya cakap.


Disebabkan saya tension(plus takut) saya TERmenangis kat dalam telefon. Actually bukan menangis tapi suara yang sebak(sebab geram dengan dia,cakap banyak2 kali pun masih tak faham2.Hee!). Kakak saya dapat dengar suara saya macam tu pastu dia cakap sambil gelak kuat2 “Ko nangis eh?”. Boleh dia gelak2 lagi? Geram! Pastu dia pass kat ayah saya dan nasib baik, ayah saya dapat trace lokasi saya kat mana masa tu. Masa emak,ayah,nana n fiza dapat jumpa saya, abis saya kene gelakkan. Dari jauh mereka gelakkan saya. Sampai sekarang isu tu digunakan oleh mereka sebagai modal untuk digelakkan “Ada orang tu nangis2, tak tahu jalan kat KL”. Malu okeh! Hahha. And then masa saya keje kat Kota Raya lepas Spm dulu, saya take the opportunity untuk cam jalan, kenal pasti jalan2 kat situ. Sekarang saya kira dah master kot jalan kat area2 Pudu Raya, Kota Raya dan Jalan Sri Petaling tu (tapi segala Plaza-plaza yang saya pergi bersama kawan2 saya tu saya tak pass lagi.Pergi sepuluh kali baru cam kot :D )



p/s :Masa singgah kat Times Square saya nampak hiasan cantik,apa lagi amik peluang la bergambar. Ramai betul manusia yang mengambil gambar kat situ. Pokok Sakura (tiba2 teringat cerita PARA-PARA SAKURA:D )





2009..Saya macam tak percaya saya dah berumur 22 tahun sekarang. Oh my God! Entah kenapa, saya rasa masih di sweet 18 la. Kenapa agaknya ya?