Pages

Young blogger


sumber: di sini




Wah wah wah! Semalam TERlawat blog budak nih. Dan yang membuatkan aku extra kagum tu(sampai terbeliak bijik mata tu), BUDAK TU UMUR BARU 13 TAHUN tapi dah pandai berblogging. I mean, sekurang-kurangnya dia tahu pilih template (cantik jugak walaupun free), daftar shoutbox pastu letak HTML shout box kat gadget, publish post, publish photo dan semua-semua la :0 (tengah buat muka kagum nih). Before ni, paling muda yang aku jumpa berumur dalam form 3 camtu, tak sangka ada lagi muda. Masa tu dan dan aku terasa betapa KUNOnya aku (err..perlu ke buat huruf besar? Walaupun macam memalukan, kene capital letter gak) dan betapa ADVANCEnya mereka. Aku rasa aku macam ingat condition aku masa usia tu (dalam 12-13 tahun). Selenga, selebet, hingus masih lagi meleleh, search guna google pun tak pandai (note: tak pernah tahu pun kewujudan google. kah3x! ). Apatah lagi apa kejadahnya nak mencari template dengan coding-coding CSS (yang agak memeningkan tu). Haish, pening okeh! hahaha. Aku dah dua tahun kat UPM ni dan berumur 20 TAHUN baru tahu pasal blog2 ni >---sila baca ayat ni dengan intonasi sedih.




Dan ia membuatkan aku tersedar, zaman dah berubah…Budak-budak sekarang dah pandai..Lebih expert (aku jarang meninggalkan jejak at the first tyme kalau aku rasa taknak cakap apa-apa@ no komen @ tak kenal dia atau tak berapa menarik perhatian, tapi blog tu aku tinggal jejak jugak=) Saje nak inform yang dia pandai blogging walaupun muda lagi)



Masa cuti ari tu, masa tengah cek blog kat cc, terlupa nana ada kat sebelah. Terbuka la muka depan blog yang terpampang entri birthday nana tu. Cepat2 saya klik pangkah (sebab macam malu nak bagi nana tengok kat depan2 saya, belakang lain kira la..hahah). On da way balik dari cc tu, nana tanya “Ko ada kawan nama nana ke?” (mungkin sebab dia ternampak tajuk entri tu) . Macam biasa la, ini ayat cover saya “Ada la. Ko ingat ko sorang je nama nana?” (pandai betul nadia ni buat ayat cover:grin:). Tapi ayat cover tu tak berapa nak cover sebab saya terpaksa beritahu dia jugak tyme dia cakap




Nana: Angah, ko tak wish pun birthday aku kan? (nada macam sedih)
Nadia: Wish la..
Nana: Mana ada!
Nadia: Aku wish kat blog lah! (ops terlepas cakap tanpa berfikir panjang) Nak tahu baca la.




Masa tu saya SAJE je buat-buat lupa. Konon-konon kreatif habis la, wish kat blog. Siap warkah2 lagi (konon2 hadiah la) . Padahal macam bodoh jugak saya ni. Kat rumah kitorang mana ada internet. Macam mana dia nak baca dan tahu.wakakaka! Tyme dia nak baca depan saya tu, saya tak bagi. Haiyoh, malu la! Dalam tu, saya macam luah perasaan (antara saya dengan dia la okay) takkan nak bagi dia baca depan saya pulak. Nanti apa reaksi yang saya perlu buat tyme dia baca tu? Nak senyum ke? Nak buat bodo ke? Nak pandang tempat lain ke? (sebab tu kalau dia baca belakang2@senyap2 lain cerita la. Itu saya memang takda malu. Bukan saya nampak pun. haha). Act, I have high expectation kot. Saya expect dia akan baca blog saya masa di rumah kawan dia tu (sebab dia selalu ke sana, ada TM Net.hahaha). Dan setelah saya balik upm, saya pergi cek keyword analysis dan terjumpa ada someone google keyword ‘nana birthday 1 december 1991




Tak sangka nana sudah pandai google-menggoogle sekarang. Nana, ko lagi pandai dari angah la! hahahaah

15 voice out:

Cikgu Ije said...

haha. better late than never. *erkk. berblogging ni bagus ke? tapi cam ketagih la kan? ehe. =)

Nadiah Suhaidi said...

budak-budak skrg mmg advance. kalau dulu2 tak tau komputer ok lg. skang kalo tak tau mmg ketinggalan kot. hehe..

Anonymous said...

goasop: blogging kadang2 bagus untuk tambah pengetahuan. Kalau kita pandai cari blog yang best =)

nadxoxo: yup2. Kalau sekarang tak tau komputer, silap2 kene pulau.wakakaka

Yana Ismail said...

hihih..bdk2 zmn skrang..smua dh moden...;)

Intan Hanina said...

zaman dah berubah.dunia dah maju hihi!

Anonymous said...

princess liyana: yup2 semua dah moden abis..huhu

ien: hehehe..so, kita terpaksa la kene ikut kemajuan kalau taknak ketinggalan kan?heheh

farah, s. said...

hahaha.comel la nadia. wish kt blog, tp org yg di wishkan tu tak bc pun blog kite.hehe. same la ngan farah. lol.

haha. kelakar la nana tu.

advance betul dak form 1 tu. isk3. farah pun struggle gile nk siapkan satu blog ni. hehehe. bdk2 nz ni lg mantap. mase g sekolah diorg ari tu, budak umo 12 thn dh pandai website. omg!! terkelu lidah kejap. sebabnye frh sendiri pun tak reti wat mende alah tu.hahaha

Nadia said...

buat blog kira macam ok gak kalau 12 tahun (wpun susah nak terima) tapi buat website tu..OMG! Nadia pun terkejut nih! How come? wawawa..extra pandai la diorang2 tu.hoho

Bro Framestone said...

blog budak tue nmpk menarik la... cam best je

Anonymous said...

untuk kebaikan xpala jugark.. jgn jadik kes jenayah sudah haha! >:)

IamYonna said...

hahah tu la.
akak pon terkejut tgk blog budak tu baru 13 thn!!
ishh!! akak kan time form 1 dulu,haram tatau pape pasal internet. tau taip komp je huhu.
advanced budak2 skang ni hehe

Thenadi said...

ko tgok budak nie ny blog. huhu

http://amirashasmeen.blogspot.com/

Nadia said...

ien: ngeh3x..betul2!

yonna: sama la kak. nadia pun buta it masa tu. Silap2 typing pun tak reti.wakakaka

eclipse: aku dah tengok dah. Unbelievevable. Macam tak percaya dia yang tulis..huhuhu

Anonymous said...

dah tengok blog budak bawah umur tu. amboih la. kecik2 lagi dah ada blog. kita dulu, masa form 1 pun bersememeh lagi. inikan pulak nak ada blog. huhu

Nadia said...

yup2. Betul2. Sememeh lagi nadia masa tu. Typing pun tak pandai..hoho