Pages

Amerika, Israel, bom atom, bom fosforus








Israel kejam sebab guna bom fosforus ke atas Gaza. Kesannya berpanjangan . Hakis sehingga ke tulang. Israel kejam! Cukuplah setakat bom biasa yang p buat bom fosforus buat apa?.Teringat kes masa Amerika gugurkan bom atom pertama kalinya di Hiroshima dan Nagasaki 1945. Projek membuat bom atom itu (di pusat kajian Projek Manhattan) dipengerusi oleh Truman dan saintis yang mencipta bom itu adalah Oppenheimer. Selepas diberitahu bom itu telah meranapkan kedua-dua bandar itu, Oppenheimer menyesal, sedih,pilu dan tertekan (sebab dia pun tak sangka kesan bom ciptaannya sedasyat itu) lalu berjumpa Truman untuk menyatakan kekesalannya. Tetapi disambut Truman dengan kata-kata “I don’t want to see that son of a bitch ever again”. Oppenheimer terpaksa menelan kata-kata tersebut. Projek bom atom itu bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi alam sekitar termasuk diri pencipta bom itu sendiri. Oppenheimer terpaksa membawa penyesalannya itu bersama-sama penyakit barah kroniknya (barah kerongkong kesan radioaktif sepanjang penyelidikan cipta bom atom itu) sampai ke mati.










Apabila Projek Manhattan diarah untuk merekacipta bom hydrogen yang mempunyai kuasa termanuklear pemusnah seribu kali lebih dasyat daripada bom atom Hiroshima dan Nagasaki, Oppenheimer ditanya tentang arahan tersebut dan beliau hanya menjawab “Tanyalah hati masing-masing”.



Peristiwa Oppenheimer, Truman dan bom atom dirakamkan dalam sebuah puisi oleh seorang penulis Amerika (David Krieger, 1995). Hayatilah bersama-sama :)










When Oppenheimer thought
Now I become death
did he mean
“Now we have become death?”
When Oppenheimer thinking
about himself or all of us?
From Alamogordo to Hiroshima
took exactly three weeks
On August 6th Oppenheimer again became death
So did Grooves, and Brynes and Truman
so did a hundred thousand
that day in Hiroshima
so did America
“This is the greatest thing in history” Truman said
He didn’t think he had become death that day
When Americans know how to win
Truman was a winner
a shattered of worlds
three days later, Truman and military boys
Did it again at Nagasaki
Sometime later
Oppenheimer visited Truman
“I have blood on my hands” Oppenheimer said
Truman didn’t like these words
“Blood? What bloods?”
when Oppenheimer left
Truman said “Don’t ever let him in here again”
That August of 1945
Truman and his military boys
shattered a few worlds
they never learned
That the worlds they shattered
include their own




Moga pembuat bom yang digugurkan ke atas Gaza menerima akibat yang sama dengan Oppenheimer. ‘Hukuman’ untuk pemusnah dunia.



p/s: Kandungan puisi di atas ada dalam buku Falsafah Sains, subjek yang saya belajar masa sem 4 di UPM. Tulisan Prof Mat Rofa. Inilah satu-satunya buku yang saya ‘jaga sepenuh hati’ dan sayang nak buang walaupun dah habis belajar dan tak berkait pun dengan bidang Kimia yang saya belajar sekarang, subjek Elektif sahaja. Sebab bagi saya kandungan dalam buku ni sangat ‘berharga’. Subjek yang sangat2 membuka mata saya dan sentiasa membuatkan saya berfikir. Yang membuatkan saya berkata dalam hati “Oh I see..” Sangat-sangat membuatkan saya berfikir jauh jauh jauh dan jauh. Setelah sekian lama ‘buku tersebut’ ada di rumah, ayah saya baru terjumpa cuti lalu. Mula-mula saya nampak dia selak2 sikit. Lama-lama saya nampak dia baca lama lepas tu dia cakap dengan saya “Bagus jugak buku ni kan?” Dan lepas itu dia mula bertanya saya apa-apa yang dia baca yang dia tak faham seperti makna lohong hitam, tentang kajian Stephen Hawking terhadap kosmologi, tentang Gallileo Galile, tentang teori Big Bang, teori Charles Darwin dan macam2 la.



p/ss: Oh ya! Kajian tentang kosmologi (asal usul penciptaan bumi) dan astronomi memang menarik untuk dipelajari. Perbandingan dari sudut Islam dan Kristian bersertakan bukti dan hujah yang kukuh. Sesuatu yang membuatkan kita rasa tersangat kagum dengan Maha Pencipta (Allah)..In fact, ramai sebenarnya saintis Barat yang masuk Islam setelah mendalami bidang kosmologi dan astronomi =)

13 voice out:

Encik Shino said...

Israel ni memang dah MELAMPAU..
Inilah dikatakan penghapusan etnik..

grrrrr...

Anonymous said...

mereka sangat kejam
fosforus tu mcm api jugak kan efek dia..aku tak tahu sangat pasal kimia ni..tp tu yang aku tau..huu

Nadia said...

shino: mereka memang melampau. Terutama PM dia Ehud Olmert tu.Angkuh betul!hee!!!

kusu: aah. Yang aku baca, kalau kene simbah dengan air dia jadi macam berasap-asap. Macam terbakar kot. Kesian diorang.huhuhu..

Ain said...

Ada orang yang bagitau kita, jangan panggil israel,israel. Kerana isra bermaksud orang yang dilindungi Allah manakala el maksudnya Allah...

Anonymous said...

ain: ye ke? camne tahu ea? huhu

farah, s. said...

mereka ni memang lembek. gune bom fosforus tu apehal? jahat + bodoh.

Nadiah Suhaidi said...

/me suke tau pasal kejadian alam semesta gak..tu yg dulu2 ada cita2 nak jadi saintis/astronomer tu. haha

Anonymous said...

farah: yeah! sokong kata2 farah ;)

nadxoxo: best kan tau pasal kejadian alam semesta ni :)

Anonymous said...

ye la...
aku sokong ko..

biarkan pencipta tu menerima hukuman yang lebih berat, kecuali dia betul2 menyesal...

sebab bagi aku fosforus tu kejam sangat..

patutnya seluruh lakhanat israel tu yang musnah..

Anonymous said...

bukan ke fosforus yang kita buat eksperimen sains terbakar bile masuk dalam air? kejam gile.

13may said...

agent orange

Anonymous said...

sangat2 lah fakta entri nadia kali ni. sampai terkelu diya tak tau nak komen apa. huhu =D

Nadia said...

menteil: diorang pengecut tu sebab tu guna bom fosforus, lepas tu nak seksa betul2 dan berterusan..huhu

qdetactive: dah lupa dah la .hehehe..:D Tapi fakta yang baca dalam paper , dia cakap memang macam tu. Kene air je (even nak cuci luka) pun bersasap-asap macam terbakar.

13may: hehehe :D

diya: memang fakta diya, nadia amik dari buku :D Sebab bila baca pasal bom fosforus tu teringat kes bom atom tu n macam ada kaitan sikit2 so tu yang bukak buku tu.heheheh